bab 5 biologi tingkatan 4
DESCRIPTION
Pembahagian selTRANSCRIPT
BAB 5
PEMBAHAGIAN SEL
MELIBATKAN: Pembahagian nukleus - Mitosis (sel soma) - Meiosis (sel gamet) Pembahagian sitoplasma - Sitokinesis
DEFINISI MITOSIS
Proses pembahagian nukleus sel Menghasilkan 2 nukleus anak (diploid) Mempunyai bilangan kromosom yang
sama seperti induknya Kandungan genetik sel anak yang
dihasilkan sama dengan induknya Berlaku dalam sel soma (bukan dalam
sel pembiakan)
Kepentingan Mitosis
Menambah bilangan sel
semasa pertumbuhan
Pertumbuhan sel baru &
Membaiki tisu –tisu rosak
Pembiakan Aseks
Penjanaan semula bahagian tubuh badan yang hilang
Memastikan sel baru dibentuk mempunyai maklumat
genetik dan sifat yang
sama seperti sel induk
KROMOSOM
Kromatid kembar
Terbina daripada rantai DNA yang terdapat dalam nukleus
Terdiri daripada gen (unit perwarisan) dalam turutan linear
Dalam sel soma, setiap kromosom mempunyai pasangan (1 dari ibu & 1 dari bapa) – kromosom homolog
Sepasang – diploid (2n) – sel soma
X sepasang – haploid (n) – sel gamet
kromatid
sentromer
BILANGAN KROMOSOM
Tetap untuk setiap spesies
Setiap organisma mempunyai bilangan kromosom yang berbeza
Organisma
Bilangan kromoso
m
Nilai n
Manusia 46 23
Kucing 38 19
Katak 26 13
Lalat 12 6
Kubis 18 ?
Bunga matahari
34 ?
bawang 16 ?
KITAR SEL
Tempoh bermulanya peringkat sel baharu dihasilkan sehinggalah peringkat sel tersebut selesai membahagi & menghasilkan dua sel anak
Dibahagikan kepada:a) fasa interfasab) fasa mitosis (fasa M)
- pembahagian nukleus / mitosis
- pembahagian sitoplasma / sitokinesis
INTERFASA
Merangkumi 3 fasa iaitu:- fasa G1, - fasa S - fasa G2
90% daripada hayat sesuatu sel berada dalam interfasa
FASA G1,
kromosom berkeadaan amat halus, terburai dan tidak dapat dilihat menerusi mikroskop cahaya
Kromosom disebut kromatin
Sintesis protein mudah berlaku kerana rantai DNA tidak berpintal
Sitoplasma & bilangan organel seperti mitokondrion bertambah
kromatin
FASA S
Kromatin mengganda (replikasi)
Setiap kromosom berutas dubel
Setiap utas rantai DNA sekarang disebut kromatid
replikasi
kromatid
sentromer
FASA G2
Sel bersedia untuk membahagi
Enzim dan protein yang diperlukan dalam pembahagian sel disintesiskan
Dinding sel
Membran nukleus
Nukleolus
Sitoplasma
MITOSIS
Terdiri daripada 4 peringkat:- profasa- metafasa- anafasa- telofasa
PROFASA
Bermula apabila kromatid berpilin & memendek (kromosom dapat dilihat guna mikroskop cahaya)
Membran nukleus mula menghilang
Gelendong mula membentuk, menghubungkan sentromer dengan sentriol
Pengecutan gelendong menggerakkan kromosom ke arah khatulistiwa
METAFASA
Bermula apabila kromosom beratur pada satah khatulistiwa
Kromatid kembar masih terikat pada sentromer
Berakhir apabila sentromer berpisah untuk melepaskan ikatan kromatid kembar
ANAFASA
Setelah sentromer memecah, kromatid kembar mula bergerak ke kutub berasingan
Kromatid sekarang disebut kromosom
Tamat apabila kromosom sampai ke kutub masing-masing
TELOFASA
Bermula apabila kromosom sampai di kutub masing-masing
Gelendong mula menghilang, kromosom membuka lilitan dan memanjang semula
Telofasa tamat apabila membran nukleus mengelilingi kelompok kromosom terbentuk
SITOKINESIS
Pembahagian sitoplasma Bermula sebaik sahaja
nukleus terbentuk Bagi sel haiwan, membran
plasma mencerut di antara dua nukleus sehingga terputus dan menghasilkan 2 sel anak
Bagi sel tumbuhan, plat sel terbentuk di antara dua nukleus dan membahagikan sitoplasma. Dinding sel terbentuk di antara plat sel, dan 2 sel anak terhasil
PERBANDINGAN MITOSIS DAN SITOKINESIS DALAM SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN
SEL HAIWAN
Gentian gelendong terbentuk daripada sentriol
Sitokinesis berlaku dengan pengecutan membran plasma
SEL TUMBUHAN
Gentian gelendong tidak terbentuk daripada sentriol
Sitokinesis berlaku dengan pembentukan plat sel
Persamaan 1. Kedua-dua proses terlibat dalam interfasa, profasa,
metafasa, anafasa, telofasa dan sitokinesis.2. Nukleus dan sitoplasma membahagi satu kali sahaja.3. Sel anak yang terbentuk adalah seiras dengan sel
induk.
MITOSIS TERKAWAL
Kadar dan masa pembahagian ditentukan oleh maklumat genetik dalam kromosom
Sel berbeza, kadar & masa pembahagian berbeza (cth: sel kulit mengalami mitosis sec. tetap & mempunyai kitar sel selama 49 hari – penting utk hasil sel baru & ganti permukaan kulit yg haus)
Sel dalam organ berhenti membahagi bila sudah matang (kecuali bila cedera)
Terkawal bagi memenuhi keperluan organisma
CONTOH MITOSIS TERKAWAL
Pucuk pokok dipotong – mitosis berlaku, tumbuh pucuk baru
Cicak yang putus ekor – mitosis berlaku pada bahagian ekor yang tinggal, hasilkan ekor baru
Penderma darah – mitosis berlaku cepat utk hasilkan sel darah merah yang baharu
Luka pada kulit – mitosis berlaku, hasilkan sel baharu & sembuhkan luka
Contoh Mitosis
Terkawal
Pucuk pokok dipotong – mitosis berlaku, tumbuh pucuk baru
Penderma darah – mitosis berlaku cepat utk hasilkan sel darah merah yang baharu
Cicak yang putus ekor – mitosis berlaku pada bahagian ekor yang tinggal, hasilkan ekor baru
Luka pada kulit – mitosis berlaku, hasilkan sel baharu & sembuhkan luka
MITOSIS TIDAK TERKAWAL
Sebabkan kanser Diakibatkan oleh gangguan mekanisme yang kawal
kitar sel (mutasi, terdedah dengan karsinogen, bahan radioaktif dll)
Sel kanser membahagi dengan bebas dan tidak terkawal tanpa menghiraukan sistem kawalan kitar sel
Sel kanser akan bersaing dengan sel disekitarnya untuk dapatkan tenaga & nutrien bagi pertumbuhan
Sel kanser yg x dimusnahkan akan membahagi secara x terkawal & bentuk tumor (ketumbuhan tisu x normal)
Tumor akan serang & musnahkan sel-sel bersebelahan yang normal
APLIKASI PENGETAHUAN MENGENAI MITOSIS DALAM PENGKLONAN
PENGKLONAN DALAM HAIWANPENGKLONAN DALAM TUMBUHAN
(TEKNIK KULTUR TISU)
KEBAIKAN & KEBURUKAN PENGKLONAN
KEBAIKAN KEBURUKAN
Semua ciri tumbuhan / haiwan yang baik dapat dikekalkan dari satu generasi ke generasi yang lain
Kadar pertumbuhan klon lebih cepat untuk mencapai kematangan
Meningkatkan kadar & mutu pengeluaran hasil tanaman
Pengklonan boleh dijalankan pada bila-bila masa
Keseragaman baka tumbuhan tanaman terjamin
Pengklonan dijalankan dalam keadaan terkawal. Apabila persekitaran berubah, semua klon akan termusnah kerana mempunyai ciri yang sama dengan induk sepenuhnya
Serangan parasit yang mengadaptasi pada satu klon akan menyerang klon yang lain kerana kerintangannya terhadap sebarang penyakit adalah sama
Pengklonan menghindarkan proses pilihan semulajadi
CUBA TEKA SIAPA MEREKA?
MEIOSIS Proses pembahagian sel yang berlaku pada
organ pembiakan Hasilkan empat sel anak (gamet) Sel anak terbentuk mempunyai separuh
(haploid/n)daripada bilangan kromosom yang terdapat pada sel induk (diploid/2n)
Kandungan genetik sel anak yang dihasilkan adalah berbeza dengan sel induk
Terbahagi kepada meiosis I dan meiosis II Berlaku pindah silang Penting kepada organisma dalam penghasilan
gamet
DI MANA MEIOSIS BERLAKU?
Dalam manusia:
Testis jantan - hasilkan sperma
Ovari betina - hasilkan ovum
Dalam tumbuhan:
Anter bunga – membentuk gamet jantan dalam debunga
Ovari bunga – membentuk sel telur dalam ovul
Kepentingan Meiosis
Membolehkan ciri-ciri daripada induk di wariskan kepada
anaknya
Menjamin pembentukan gamet-gamet haploid dalam
pembiakan seks
Mengekalkan bilangan kromosom diploid setiap generasi
Menyebabkan variasi genetik antara anak-
anak
PERINGKAT PROSES MEIOSIS
Meiosis I(pembahagian
nukleus I)
Meiosis II(pembahagian
nukleus II)PROFASA IMETAFASA IANAFASA ITELOFASA I
PROFASA IIMETAFASA IIANAFASA IITELOFASA II
•INTERFASA BERLAKU SEBELUM MEIOSIS I•SITOKINESIS BERLAKU SELEPAS MEIOSIS I DAN MEIOSIS II
PROFASA I Sentriol mula bergerak ke kutub bertentangan Kromosom menjadi tebal dan memendek Setiap kromosom dapat dilihat dan terdiri
daripada 2 kromatid yang diikat pada sentromer Kromosom-kromosom homolog berpasangan &
membentuk bivalen / tetrad dalam proses sinapsis Pertukaran segmen tertentu rantai DNA antara
dua kromatid yang bukan kembar berlaku pada sesuatu bivalen – pindah silang
Tapak pindah silang berlaku – kiasma Nukleolus & membran nukleus mula menghilang Profasa I berakhir apabila bivalen beratur pada
satah khatulistiwa
METAFASA 1 Bivalen bersusun
pada satah khatulistiwa
Sentromer tidak terpisah seperti dalam mitosis
ANAFASA I Kromatid tidak
terpisah daripada kembarnya tetapi kromosom dubel berpisah daripada pasangan homolognya menuju ke kutub bertentangan
TELOFASA I
Setiap set kromosom berkumpul di kutub bertentangan
Satu kutub satu set kromosom
Gentian gelendong menghilang
Nukleolus muncul semula
Sitokinesis berlaku
PROFASA II
Dua sel anak bersedia membahagi
Gentian gelendong mula terbentuk dalam kedua-dua sel
Setiap kromosom kelihatan terdiri daripada sepasang kromosom yang bercantum pada sentromer
METAFASA II
Bermula apabila kromosom berada pada satah khatulistiwa
Kromosom terdiri daripada kromatid kembar
Setiap kromatid terikat kepada gentian gelendong pada sentromer
Tamat apabila sentromer terpisah
ANAFASA II
Sentromer kromatid kembar membahagi
Setiap kromatid kembar berpisah & bergerak ke kutub sel bertentangan dengan didahului oleh sentromer
Kromatid kembar pada peringkat ini - kromosom
TELOFASA II Kromosom sampai di kutub
masing-masing Membran nukleus &
nukleolus terbentuk semula di setiap kumpulan kromosom
Gelendong mula menghilang, kromosom membuka lilitan dan memanjang semula
Telofasa tamat apabila membran nukleus mengelilingi kelompok kromosom terbentuk
Sitokineis berlaku untuk menghasilkan 4 ael anak haploid
TUGASAN KUMPULAN 1, 3, 5
PERBANDINGAN ANTARA
MEIOSIS I & MEIOSIS II(DALAM BENTUK CARTA)
PERBEZAAN ANTARA MEIOSIS & MITOSIS
MEIOSIS MITOSIS
TUGASAN KUMPULAN 2, 4, 6
PERBANDINGAN ANTARA
MITOSIS & MEIOSIS (DALAM BENTUK CARTA)
PERBEZAAN ANTARA MEIOSIS I & MEIOSIS II
MEIOSIS MITOSIS
MENSYUKURI PERGERAKAN KROMOSOM DALAM MITOSIS & MEIOSIS
Semasa pembahagian sel, kromosom bergerak ke satah khatulistiwa dan kemudian ke kutub secara teratur.
Dalam mitosis, pergerakan kromosom yang teratur ini memastikan bilangan kromosom di dalam sel anak adalah sama seperti sel induk (2n).
Dalam meiosis, pergerakan kromosom yang teratur ini juga memastikan bilangan kromosom dalam sel gamet adalah separuh (n) daripada sel induk .
Pergerakan kromosom ini dikawal oleh gentian gelendong.
Kesilapan dalam sambungan gelendong boleh menyebabkan pembentukan sel yang mempunyai bilangan kromosom yang abnormal.
KARIOTIP PEREMPUAN DAN LELAKI NORMAL
KALAU TAK NORMAL? APA JADI?
SINDROM DOWN (MONGOLISM)
Disebabkan terdapat satu kromosom lebih pada pasangan ke-21 dalam zigot
Orang yang menghidap sindrom Down biasanya berkepala besar, tubuh yang pendek, mempunyai lidah terjelir, raut wajah yang rata dan pertumbuhan yang lambat
SINDROM TURNER
Berlaku apabila zigot yang terbentuk mempunyai 45 kromosom sahaja
Biasanya dialami oleh perempuan yang kehilangan satu kromosom X
Sebabkan mereka mandul kerana tiada ovari dalam sistem pembiakan mereka
SINDROM KLINEFELTER
Kecacatan yang berlaku pada lelaki Mempunyai 1 kromosom X yang lebih Pesakit biasanya mandul dan
mempunyai sifat-sifat kewanitaan seperti mempunyai buah dada
APA YANG SEBABKAN KESILAPAN DALAM SAMBUNGAN GENTIAN GELENDONG?
Sesetengah bahan kimia seperti colchicine boleh lambatkan pembentukan gentian gelendong
Semasa pembahagian sel berlaku secara normal, sentromer pecah, kromatid kembar akan bergerak ke kutub berasingan.
Apabila pembentukan gentian gelendong dilambatkan, kromatid kembar itu tidak dapat bergerak ke kutub
Apabila membran nukleus terbentuk, semua kromosom akan terkumpul dalam nukleus.
Ini sebabkan bilangan kromosom digandakan dan membentuk sel-sel yang abnormal
CARA MENHINDAR?
Elakkan bahan kimia yang boleh sebabkan kesilapan dan lambatkan proses pembentukan gentian gelendong
PENCEGAHAN MUTASI
Mutasi - perubahan yang berlaku secara tiba-tiba dan rawak pada maklumat genetik
Boleh sebabkan kanser Disebabkan oleh agen mutasi seperti sinar-X,
sinaran radioaktif (sinar gamma, beta @ alfa dari bahan radioaktif spt uranium, plutonium) dan sinar UV
Karsinogen – bahan penyebab kanser Contoh bahan karsinogenik – natrium nitrit (bahan
pengawet), afflatoxin (dijumpai dalam bijirin / kacang yang ditumbuhi fungi)
JADI?
Kita kena berwaspada semasa mengendalikan bahan karsinogenik dan sinaran radioaktif sebab boleh ancam kromosom, sebabkan mutasi dan kanser
TAMAT SUDAH BAB 5….
When you change your thinking,
You change your beliefs,When you change your beliefs,You change your expectations,
When you change your expectations,
You change your attitude,When you change your
attitude,You change your behaviour,
When you change your behaviour,
You change your performance,When you change your
performance,YOU CHANGE YOUR LIFE!