bab 5 - kerja konkrit

12
BAB 5 KERJA KONKRIT 5.1 Pengenalan Konkrti merupakan suatu elemen struktur yang dihasilkan daripada gabungan simen (cement), batu baur halus (fine aggregate), batu baur kasar (coarse aggregate) dan a ir mengikut nisbah tertentu.Konkrit boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kegunaannya. Jenis konkrit adalah seperti berikut :- i. Konkrit simen (plain cement concrete) ii. Konkrit bertetulang (reinforcement cement concrete) iii.  Konkrit kapur (lime concrete) 5.2 Bahan ± Bahan Konkrit Dalam kerja ± kerja konkrit, bahan ± bahan yang digunakan adalah seperti berikut :- a) Simen Simen yang hendak digunakan dalam kerja konkrit mestilah simen Portland dari pembuat yang diluluskan. Simen Portland haruslah mematuhi kehendak ± kehendak Piawaian Malaysia M.S 7.13.jenis ± jenis simen Portland yang biasa digunaka n adalah seperti berikut : i. Simen Portland Biasa (Ordinary Portland Cement) ± simen jenis ini mesti menepati Piawaian M.S 522. Bahan ± bahan mentah yang biasa digunakan adalah kalsium karbonat, silika, alumina dan besi oksida. ii. Simen Portland Cepat Mengeras (Rapid Hardening Portland Cement) ± simen jenis ini mesti menepati Piawaian Malaysia M. S 522. Ia mempunyai komposisi yang sama dengan simen Portland biasa akan tetapi ia dikisar dengan lebih halus supaya dapat mengeras dengan lebih cepat.

Upload: muhammad-hanafi

Post on 06-Jul-2015

9.890 views

Category:

Documents


82 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 1/12

 

BAB 5

KERJA KONKRIT

5.1 Pengenalan

Konkrti merupakan suatu elemen struktur yang dihasilkan daripada gabungan simen

(cement), batu baur halus (fine aggregate), batu baur kasar (coarse aggregate) dan air mengikut

nisbah tertentu.Konkrit boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kegunaannya. Jenis

konkrit adalah seperti berikut :-

i.  Konkrit simen (plain cement concrete)

ii.  Konkrit bertetulang (reinforcement cement concrete)

iii.  Konkrit kapur (lime concrete)

5.2 Bahan ± Bahan Konkrit

Dalam kerja ± kerja konkrit, bahan ± bahan yang digunakan adalah seperti berikut :-

a)  Simen

Simen yang hendak digunakan dalam kerja konkrit mestilah simen Portland dari pembuat

yang diluluskan.Simen Portland haruslah mematuhi kehendak ± kehendak Piawaian Malaysia

M.S 7.13.jenis ± jenis simen Portland yang biasa digunakan adalah seperti berikut :

i.  Simen Portland Biasa (Ordinary Portland Cement) ± simen jenis ini mesti menepati

Piawaian M.S 522. Bahan ± bahan mentah yang biasa digunakan adalah kalsium

karbonat, silika, alumina dan besi oksida.

ii.  Simen Portland Cepat Mengeras (Rapid Hardening Portland Cement) ± simen jenis

ini mesti menepati Piawaian Malaysia M.S 522. Ia mempunyai komposisi yang sama

dengan simen Portland biasa akan tetapi ia dikisar dengan lebih halus supaya dapat

mengeras dengan lebih cepat.

Page 2: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 2/12

 

iii.  Simen Portland Penahan Sulfat (Sulphate Resisting Portland Cement) ± simen jenis

ini haruslah menepati Piawaian British B.S 4027 sebelum ia boleh digunakan. Ia adalah

merupakan simen Portland yang mempunyai kandungan trikalsium aluminat yang rendah

dan kandungantetrakalsium aluminoferrit yang tinggi berbanding simen Portland lain.

Dengan adanya kandungan trikalsium aluminat terhidrat yang akan bertindak balas

dengan sulfat, maka konkrit yang dihasilkan akan mampu menahan kandugan sulfat yang

wujud. Simen jenis ini sesuai digunakan untuk struktur bawah tanah serta kawasan yang

terdedah kepada air laut dan bahan kimia.

Simen yang akan digunakan haruslah disimpan ditempat yang kering dan bebas daripada

kelembapan bagi mengelakkan proses pembekuan pada simen. Simen yang didapati rosak 

disebabkan usianya, kerosakan pada kampit, penyimpanan yang tidak sempurna, isinya keras

atau didapati cacat dalam apa jua bentuknya mesti dikeluarkan daripada tapak bina serta merta

san digantikan dengan yang baharu.

 b)  Batu Baur 

Terdapat pelbagai jenis dang red batu baur di pasaran.Namun begitu untuk kerja ± kerja

 pembinaan, batu baur yang hendak digunakan mestilah mematuhi Piawaian Malaysia iaitu M.S 

74. Semua batu baur yang hendak digunakan mestilah dari jenis yang kuat, tahan lama, bersih

dan tidak diselaputi kotoran serta tidak mengandungi bahan ± bahan perosak yang akan

membawa kesan buruk kepada kekuatan dan ketahanan konkrit dan tetulang. Ia harus disimpan

dengan baik. Pada umumnya, batu baur dibahagikan kepada dua jenis mengikut saiz yang

 berbeza iaitu :-

i.  Batu Baur Halus ± ia mestilah dari pasir semulajadi yang terdapat di kawasan air tawar.

Batu baur halus dipastikan tidak mengandungi selut atau bahan ± bahan halus launmelebihi 3% mengikut isipadu apabila diuji mengikut Piawaian M.S 7.5.penggunaan

  pasir dari pecahan batu adalah tidak dibenarkan. Manakala pasir yang didapati dari

kawasan lombong dan laut haruslah dibersihkan terlebih dahulu sebelum boleh

digunakan.

Page 3: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 3/12

 

ii.  Batu Baur Kasar ± batu baur jenis ini mestilah menepati Piawaian M.S 29. Ia mesti

  jenis yang bebas daripada segala kotoran. Ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang

utama iaitu batu igneus, batu mendakan, dan batu jelmaan. Saiz maksimum batu baur 

mesti berada dalam lingkungan 19mm.

c)  Air 

Air yang digunakan untuk bancuhan konkrit haruslah mematuhi Piawaian M.S 28.Ia mestilah

  bebas daripada segala kotoran yang boleh memberi kesan kepada bancuhan konkrit. Air 

mempunyai pengaruh besar dalam proses tindakbalas kimia di dalam bancuhan konkrit. Nisbah

 bancuhan air dalah 0.4 hingga 0.7 mengikut berat simen yang digunakan.

d)  Bahan Tambah

Bahan tambah mestilah menepati Piawaian M.S 922, dimana ia merupakan sejenis bahan

yang dicampur ke dalam bancuhan konkrit semasa bancuhan dijalankan. Tujuannya adalah untuk 

meningkatkan sifat ±sifat konkrit kepada keadaan yang diperlukan. Jenis ± jenis bahan tanbah

adalah seperti berikut :-

i.  Pencepat (Accelerators)

ii.  Pelambat (Retarders)

iii.  Bahan Tambah Perangkap Udara (Air Entraining Agent)

iv.  Bahan Penangkis Air (Water Repelling Agent)

5.3 Membancuh Konkrit

Konkrit boleh dibancuh dengan 3 cara iaitu :-

i.  Membancuh secara manual menggunakan penyodok.

ii.  Membancuh menggunakan mesin penggaul (mixer)

iii.  Konkrit bancuhan siap dari kilang

Page 4: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 4/12

 

Bancuhan secara manual dan menggunakan mesin penggaul biasanya untuk kerja ± kerja

yang memerlukan kuantiti konkrit yang sedikit.Sukatan simen perlu ditambah 10% lagi untuk 

memudahkan kerja ± kerja membancuh. Bahan campuran akan digaul kering dahulu sebelum air 

dicampurkan. Air dicampurkan sedikit demi sedikit sehingga sukatannya mencukupi.Kerja

menggaul dilakukan sehingga bahan campuran menjadi sekata.

Bagi kerja ±kerja berskala besar, konkrit bancuhan siap digunakan.Konkrit ini boleh didapati

daripada pembekal konkrit siap tuang yang mendapat pengiktirafan serta menepati nisbah

 bancuhan yang dikehendaki bagi menghasilkan konkrit yang berkualiti.

 Nisbah

 Konkrit 

 Anggaran

 Berat Pasir 

 Kering Bagi 

50kg Simen

 Anggaran

 Berat Batu-

 Baur Kasar 

bagi 50kg 

 Simen

 Air termasuk air Dalam

 Batu-Baur 

 Kekuatan

 Mampatan

 Minimum Bagi 

 Kiub Kerja

 Saiz 

maksimum

19mm

Jarak Turun

(mm)

25 ± 50 Nisbah

Air/S

imen

Kuantiti Air Hari

ke - 7

Hari

ke - 28Faktor 

Pemadatan

0.88 ± 0.94

Kg Kg Liter N/mm2

 N/mm2 

1 :1 :2 65 110 0.45 22.5 20 20

1 : 1 ½ : 3 80 135 0.50 25 17 25.5

1 : 2 : 4 90 155 0.55 ± 0.60 27.5 14 21

*1 : 3 : 6 155 222 - SepertimanaDiluluskan

Oleh P.P

- -

 Jadual 5.1 : Nisbah campuran nominal konkrit (spesifikasi JKR 344)

Page 5: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 5/12

 

5.4 Jenis ± Jenis Gred Konkrit

Terdapat pelbagai variasi nisbah bancuhan konkrit.Kepelbagaian nisbah bancuhan ini

adalah untuk menjelaskan tahap kekuatannya mengikut keseuaian kegunaannya di tapak bina.

Campuran konkrit akan digredkan mengikut gred ± gred seperti berikut :-

i.  G15 (1:3:6)

ii.  G20 (1:2:4)

iii.  G25 (1:1 ½ :3)

iv.  G30 (1:1:2)

Gred ± gred ini didefinisikan sebagai satu nombor yang membayangkan ³characteristic

Compressive Strength´ dan unitnya adalah N/mm2.

5.4.1 Jenis ± Jenis Campuran

i.  Campuran 1:2:4

1 bahagian simen : 2 bahagian pasir : 4 bahagian batu baur. Campuran 1:2:4

ini adalah campuran yang biasa digunakan untuk segala kerja struktur konkrit

 bertetulang dan juga kerja konkrit tuang dulu. ( pre-cast concrete).

ii.  Campuran 1:3:6

1 bagian simen : 3 bahagian pasir : 6 bahagian batu baur. Campuran ini

digunakan dalam kerja konkrit yang banyak seperti papak lantai konkrit.

iii.  Campuran 1:9

1 bahagian simen : 9 bahagian pasir. Campuran ini biasanya digunakan sebagai

µscreed¶ konkrit. Kegunaan µscreed¶ adalah seperti berikut :-

y  Memberikan permukaan yang lebih bersih dalam kerja contohnya untuk 

membuat tetulang.

y  Untuk menahan lubang yang baru digali dari hakisan air.

Page 6: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 6/12

 

5.5 Ujian Ke atas Bancuhan Konkrit

Tujuan utama ujian dilakukan ke atas konkrit adalah untuk mengetahui kekuatan sesuatu

konkrit. Dengan ini kekuatan konkrit sebelum dan selepas digunakan dapat ditentukan supaya

mencapai kehendak yang diperlukan. Konkrit adalah sejenis bahan yang mempunyai kekuatan

mampatan untuk menanggung daya bebanan. Jenis ± jenis ujian konkrit adalah seperti berikut :-

i.  Ujian Runtuh (Slump Test)

ii.  Ujian kiub (Cube Test)

iii.  Ujian Vebe Consistometer 

iv.  Ujian Faktor Mampatan

5.5.1 Ujian Kiub (Cube Test)

Ujian kiub merupakan ujian yang penting bagi konkrit.Tujuan ujian ini dijalankan

adalah untuk menentukan kekuatan mampatan yang mampu ditanggung oleh konkrit apabila

dikenakan beban ke atasnya. Keputusan ujian juga akan menunjukan kesebatian campuran

konkrit dalam menghasilkan kekuatan yang dikehendaki.

5.5.1.1 Peralatan yang Digunakan

y  Kiub keluli berdimensi 150mm panjang x 150mm lebar x 150mm tinggi

y  Rod besi berdiameter 16mm dan 600mm panjang

y  Minyak gris untuk mengelakan konkrit melekat didalam mould.

Page 7: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 7/12

 

 

Gambarajah 5.1 : Acuan kiub keluli dan rod besi

5.5.1.2 Prosedur Ujian Kiub

1.  Minyak gris disapukan di permukaan dinding acuan untuk mengelakkan konkrit

melekat apabila mengeras.

2.  Konkrit dituangkan ke dalam acuan secara berperingkat. Mengandungi tiga lapisan

yang hamper sama ketebalannya.

3.  Tiap ± tiap lapisan hendaklah dipadatkan dengan menggunakan rod besi sebanyak 35

kali hentakan.

4.  Konkrit yang telah memenuhi ruang acuan dikemaskan permukaanya, dan kerja ± 

kerja melabel dijalankan. Kiub dilabelkan mengikut jenis strukturnya dan tarikh ia

dibuat. Kemudian, konkrit dibiarkan mengeras.

5.  Konkrit yang telah mengeras dikeluarkan dari acuan dan direndamkan didalam air.

Kiub ujian dibahagikan kepada dua fasa iaitu tempoh matang 7 hari dan 28 hari.

6.  Ujian fasa pertama (7 hari) haruslah mencapai kekuatan 75%. Jika kekuatannya

kurang dari 75%, ujian peringkat kedua perlu dijalankan iaitu untuk fasa 28 hari

tempoh matang.

Page 8: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 8/12

 

5.5.1.3 Analisis Ujian Kiub

Gred konkrit yang digunakan = G25 N/mm2

Luas permukaan kiub yang dikenakan beban

= 150 mm x 150 mm

= 22 500 mm2

Katakana beban yang dikenakan ialah 500 KN = 500 000 N

P = F/A 

= 500 000 N/ 22 500 mm2

= 22.22 N/mm2

Peratusan kekuatan konkrit :

= 22.22 N/mm2

/ 25 N/mm2x 100

= 88 %

Maka, ujian ini lulus kerana memebihi 75% had kekuatan yang dibenarkan.

Nisbah

Campuran

Nominal

Kek uatan Kiub Pada Hari Ke - 7 Kek uatan Kiub Pada Hari Ke - 28

Ujian Awal Ujian Kerja Ujian Awal Ujian Kerja

1 : 1 : 21 : 1 ½ : 31 : 2 : 4

 N/mm2

26.722.718.7

 N/mm2 

202714

 N/mm2 

403428

 N/mm2 

3025.521

 Jadual 5.2 : Jadual kekuatan kiub konkrit (berdasarkan spesifikasi JKR 344)

Page 9: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 9/12

 

5.5.2 Ujian R untuhan (Slump Test)

Ujian runtuhan bukan suatu garis pengukur kepada kekuatan konkrit. Akan tetapi

ia perlu untuk menentukan skala kesekataan bancuhan dalam menghasilkan konkrit yang

terbaik. Ujian ini dilakukan sebelum konkrit boleh dituang kepada struktur bangunan.

Ujian ini haruslah dijalankan pada setiap lori yang membawa bancuhan konkrit ke tapak 

  bina.Tujuan utama ujian ini ialah untuk menentukan kemudahan kerja (degree of 

workability) bagi sesuatu campuran konkrit.Nisbah bahan-bahan konkrit sudah

ditentukan seperti yang dikehendaki. Kekuatannya bergantung kepada cara konkrit itu

dituangkan. Oleh itu, konkrit yang hendak digunakan mestilah mudah dituang dan

  berkeadaan padat.Faktor-faktor yang mempengaruhi kemudahan kerja adalah seperti

 berikut:

i.  Kandungan air 

ii.  Sifat batu baur - saiz, kekerasan, bentuk dan corak permukaan

iii.   Nisbah air/simen

Gambarajah 5.2 : Ujian Runtuhan (Slump Test)

Page 10: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 10/12

 

5.5.2.1 Alat ± Alat yang Digunakan

a)  Kon kejatuhan konkrit, diameter muncung atas bersamaan 100mm, manakala

muncung bawah bersamaan 200mm. tinggi kon ialah 300mm.

 b)  Road besi, berdiameter 16mm dan 600mm panjang (standard tamping)

c)  Pita ukur (untuk mengukur kejatuhan konkrit)

5.5.2.2 Prosedur Ujian R untuh

a)  Bancuhan konkrit dimasukkan ke dalam µslump cone¶

 b)  Konkrit dimasukkan secara berperingkat sebanyak 3 lapisan. Setiap lapisan

hendaklah dimampatkan menggunakan rod.

c)  Setiap lapisan perlu dipadatkan sebanyak 25 kali hentakan dengan menggunakan

rod.

d)  Selepas selesai 3 lapisan, µslump cone¶ diangkat secara perlahan-lahan daripada

konkrit. Perhatikan runtuhan yang berlaku.

e)  Ketinggian runtuhan yang diukur haruslah tidak melebihi 75mm, tidak kurang

25mm, barulah konkrit dibenarkan untuk dibawa masuk ke tapak bina. Jika

runtuhan melebihi 75mm, ujian dikira gagal dan konkrit perlu ditukar.

 Nota :Design Slump = 75mm (+/-) 25mm

Gambarajah 5.3 : Ujian Runtuhan Konkrit 

Page 11: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 11/12

 

  5.5.2.3 Jenis - Jenis Pemendapan

y  Pemendapan Sebenar - telah mencapai kemudahan kerja ( degree of workability)

sesuatu campuran konkrit. 

y  Pemendapan Ricih (shear slump) ± jika ini terjadi, ujian hendaklah diulangi.

Sekiranya pemendapan ricih berlaku pada tiap-tiap kali ujian ini berlaku bila

campuran ± campuran itu kekurangan air, ini menunjukkan bahawa campuran itu

mempunyai kurang lekatan. 

y  Pemendapan Roboh (Collapse Slump) - campuran-campuran yang tegar pada

keseluruhannya akan mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu

campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air) pemendapan roboh akan terjadi.

Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu

 perlulah diambil. 

Konsistensi R untuhan (Inci) R untuhan (Cm)

Terlalu Kering O 0

Sangat Keras 0- ½ 0 ± 1.27

Keras ½ - 1 1.27 ± 2.54

Plastik Keras 1-2 2.54 ± 5.08

Plastik 2 - 4 5.08 ± 10.16

Cair 4 ± 6 10.16 ± 15.24

Sangat Cair 6 - 8 15.24 ± 20.32

 Jadual 5.1 : Konsistensi dan Taraf Kerja

Page 12: Bab 5 - Kerja Konkrit

5/7/2018 Bab 5 - Kerja Konkrit - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/bab-5-kerja-konkrit 12/12

 

5.6 Mengangk ut dan Menuang Konkrit

Kerja ± kerja mengangkut dan menuang konkrit adalah seperti berikut :-

i.  Konkrit perlulah diangkut secepat mungkin dari alat pembancuhan.

ii.  Cara penuangan yang betul hendaklah dipraktikkan untuk mengelakkan pengasingan

 bahan-bahan yang sedia ada atau kehilangan bahan-bahan bancuhan.

iii.  Konkrit hendaklah dituang sedekat yang mungkin ke tempat tuangan yang dikehendaki

untuk mengelakkan tuangan semula atau pengaliran.

iv.  Konkrit perlulah dituang ke tempat ± temapt yang dikehendaki secepat mungkin untuk 

mengelakkannya mengeras.

v.  Konkrit yang telah dituangkan hendaklah dipadatkan menggunakan alat penggetar khas.

vi.  Konkrit mestilah dipadatkan secukupnya sehingga ke sudut-sudut acuan dengan

menggunakan papan pemadat.

vii.  Alat getar jentera hanya boleh digunakan untuk memadat konkrit dan bukan untuk 

memadatkan konkrit ke bahagian-bahagian tertentu.

viii.  Konkrit diantara dinding ± dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari

 jenis benam dan konkrit untuk papak ± papak yang tidak menggunakan acuan di sebelah

atasnya, hendaklah dipadatkan dengan alat getar jenis permukaan atau alat getar jenis

rasuk atau jenis ± jenis lain yang mana diluluskan.