bab 5 peranan pengajaran dan pembelajaran … 5 & 6.pdf · kemasyarakatan, dan lain-lainl ).1 nilai...
TRANSCRIPT
-
126
BAB 5
PERANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI SALURAN BAGI PENYERAPAN DAN PENERAPAN NILAI
Bahagian pertama bab ini memberikan gambaran umum tentang latar belakang
pendidikan nilai di sekolah-sekolah di Singapura dan hubungan antara pengajaran dan
pembelajaran bahasa dengan pendidikan nilai dan budaya. Seterusnya, rujukan akan dilakukan
terhadap sukatan pelajaran dan bahan-bahan pengajaran bagi mengenal pasti matlamat
pendidikan nilai yang terdapat dalam kurikulum Bahasa Melayu. Kajian terperinci akan
dilakukan terhadap peranan aspek-aspek peribahasa dan bahan-bahan sastera yang digunakan
dalam bahan pengajaran sebagai alat penyerapan dan penerapan nilai-nilai murni yang
diingini. Bahagian ini juga akan membincangkan beberapa masalah yang berkaitan dengan
penyaluran dan penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan. Ini diikuti dengan beberapa
saranan yang diharapkan dapat menyumbang kearah mempertingkatkan usaha mendidik dan
membentuk pelajar-pelajar menjadi insan yang berbudi dan berhemah tinggi.
5.1 Skop dan Objektif Kajian
Pada umumnya, kajian ini membuat penelitian terhadap peribahasa, dan bahan-bahan
sastera yang digunakan dalam bahan-bahan pengajaran Bahasa Melayu di peringkat
menengah 1-4/5 sejak tahun 1983 sebagai saluran penyerapan dan penerapan nilai-nilai murni.
Bahan-bahan pengajaran ini meliputi buku teks, buku kerja dan buku panduan guru yang
diterbitkan oleh MOE. Beberapa rujukan juga akan dilakukan terhadap sukatan pelajaran
Bahasa Melayu yang digunakan sejak tahun 1983 hingga tahun 2004 (tahun kajian dijalankan).
Jenis-jenis nilai yang terkandung dalam bahan-bahan kajian ini akan diteliti dan dianalisis
-
127
kesesuaiannya berdasarkan matlamat penyerapan nilai-nilai murni pendidikan di sekolah-
sekolah menengah di Singapura.
Secara ringkas, kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana peribahasa dan
bahan-bahan sastera Melayu telah bertindak selaku wadah bagi penyerapan dan penerapan
nilai-nilai murni menerusi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bentuk atau jenis
nilai apakah yang cuba diperkenalkan? Dapatkah bahan-bahan yang diketengahkan memenuhi
aspirasi dan matlamat penyerapan nilai-nilai murni pendidikan seperti yang terkandung dalam
sukatan pelajaran? Mampukah bahan-bahan ini memberikan model atau contoh-contoh yang
boleh diikuti oleh para pelajar? Bagaimanakah nilai-nilai ini diserapkan atau disampaikan bagi
memaksimumkan peluang tercapainya hasrat yang diingini? Dengan kata lain, apakah peranan
yang dimainkan oleh bahan-bahan ini untuk menjadikan penyerapan dan penerapan nilai-nilai
murni melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu satu kenyataan.
5.2 Definisi dan Fungsi Nilai
Nilai boleh dimengertikan sebagai sifat ketinggian (pemikiran, agama,
kemasyarakatan, dan lain-lainl ).1 Nilai dilihat sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih
sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan
kesederhanaan.2 Beberapa orang sarjana seperti Sutan Takdir Alisyahbana, Rokeach,
Williams, R., M., Loius Raths, Merrill Harmin, dan Sidney B. Simon memandang nilai
sebagai sesuatu yang berupaya mencerminkan perlakuan manusia. Nilai pemikiran adalah
sesuatu unsur penting yang mempunyai kuasa penentu bagi bentuk dan corak tindakan dan
1. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994. Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, DBP, hlm 930. 2. Jules Henry, disebut dalam Abdul Rahim Abdul Rashid, 1993. Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum, Kuala Lumpur, DBP, hlm 1.
-
128
perlakuan manusia.3 Ringkasnya, nilai merupakan suatu sistem yang menentukan patut
tidaknya tindakan atau kelakuan seseorang. Bolehlah dikatakan nilai ialah satu sistem yang
merupakan aspek penting dalam mencorakkan budaya hidup seseorang. Nilai ialah sesuatu
yang menjadi garis panduan umum terhadap cara dan gaya bertingkah laku, bertutur,
memberikan pandangan, dan mempengaruhi pilihan seseorang. Garis panduan ini menjadi
pegangan atau gagasan yang memberikan satu arah kepada kehidupan seseorang atau anggota
sesuatu masyarakat.
Nilai yang disampaikan melalui sesuatu kurikulum berfungsi untuk memberikan garis
panduan ini kepada para pelajar dalam mencapai kehidupan yang sejahtera. Nilai bertindak
untuk mengawal dan mencorakkan pola tingkah laku mengikut apa yang baik dan tidak baik.
Tingkah laku dan peribadi yang baik dapat dibentuk dengan penerapan nilai-nilai murni
secara berterusan. Seterusnya, dengan berpandukan nilai-nilai murni ini, seseorang pelajar
lebih berupaya untuk memahami dunia sosial di sekelilingnya dan ini membantunya untuk
menjauhi dan mengatasi gejala sosial dan moral yang dihadapinya dalam kehidupan. Oleh
yang demikian, seseorang pelajar itu boleh mengurangkan krisis dalam kehidupan dan
hubungannya dengan masyarakat.4
3. Lihat: Raths L, Harmin M., dan Simon S., 1966. Values and Teaching. Ohio, Charles B. Merril: Rokeach, 1973. The Nature od Human Values. Illinois, Free Press: Sutan Takdir Alisjahbana, 1974. Value An Intergrating Force in Personality, Society and Culture, Kuala Lumpur, Universiti Malaya Press: Williams, R., M., 1968. Values dalam Sills, E., (ed), International Encyclopedia of the Social Sciences, New York, Macmillan. 4. Lihat Hillindale Peter, 1986. Values in the Teaching of English and Drama, dalam Tomlinson Perter & Quinton Margaret (ed), Values Across the Curriculum, hlm 29- 50, Great Britain, taylor and Francis (Printers) Ltd.:Liddicoat, Anthony J. and Crozet, Chantal (ed), 2000. Teaching Languages, Teaching Cultures, Melbourne, Applied Linguistics Association of Australia: Sapir Edward, 1961. Culture, Language and Personality, Berkelay, University of California Press: Sufean Hussin, 1995. Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum, edisi kedua, Shah Alam, Fajar Bakti Sdn Bhd.
-
129
Penghayatan dan pembatinan nilai-nilai murni boleh memberikan panduan kepada
seseorang pelajar bagi dirinya dan dalam hubungan kemasyarakatanya. Nilai-nilai murni yang
dihayati boleh mempengaruhi sikap, pegangan, prinsip dan falsafah hidupnya. Nilai-nilai yang
dipegang merupakan satu kriteria bagi seseorang itu dalam membuat keputusan. Setiap
keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan yang melibatkan nilai iaitu
berdasarkan apa yang difikirkan baik dari kaca mata atau sistem nilai yang dipegangnya.
Tegasnya, seseorang itu dipandu untuk bertindak dan membuat keputusaan dengan bijak
berdasarkan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat, negara dan agama.
5.3 Latar Belakang Sejarah Pendidikan Nilai di Singapura
Penyerapan dan penerapan nilai merupakan salah satu ciri penting pendidikan di
Singapura sejak Singapura mencapai taraf pemerintahan sendiri. Fungsi pendidikan sebagai
wadah bagi membangunkan identiti nasional amat penting terutama bagi sebuah negara yang
baharu ketika itu dan mempunyai rakyat yang pelbagai bangsa. Sejak itu, beberapa program
pendidikan nilai telah diperkenalkan oleh pemerintah untuk mencapai tujuan ini.
Usaha ini bermula dengan subjek yang dikenal sebagai Tatasusila (Ethics) pada
tahun 1959. Subjek ini kemudian digantikan oleh pelajaran Sivik (Civics) pada tahun 1963
yang ditujukan kepada pelajar-pelajar peringkat menengah bagi pelajar yang berumur antara
13 hingga 16 tahun. Pada tahun 1973 pula, satu subjek rentas disiplin yang berfokus kepada
pendidikan nilai diperkenalkan. Subjek yang dikenali sebagai Pendidikan untuk Kehidupan
(Education for Living) adalah untuk pelajar-pelajar peringkat rendah yang berumur antara 6
hingg 12 tahun. Namun, subjek ini didapati tidak sesuai dan merupakan satu usaha yang agak
lemah bagi tujuan pendidikan nilai. Berikutan dengan itu, dua program telah dibina dan
-
130
dilaksanakan pada awal tahun 1980an: Rakyat yang Baik (Good Citizen) bagi peringkat
sekolah rendah dan Being and Becoming5 bagi peringkat sekolah menengah. Tetapi tidak
lama selepas dua program ini diperkenalkan, pada tahun 1984, subjek Pengetahuan Agama
(Religious Knowledge atau RK) diperkenalkan dan menjadi subjek wajib bagi setiap pelajar
menengah atas. Pelajar-pelajar daripada kumpulan etnik yang berlainan dikehendaki memilih
subjek ini daripada enam subjek yang telah dikenal pasti iaitu Bible Knowledge, Buddhist
Studies, Hindu Studies, Islamic religious Knowledge, Sikh Studies dan Confusion Ethics.
Namun, tidak lama selepas itu, MOE mengambil langkah yang mendadak dengan
memansuhkan subjek ini sebagai subjek wajib pada tahun 1989. Antara sebab yang diberikan
ialah langkah memperkenalkan dan menyokong pendidikan agama di sekolah-sekolah tidak
konsisten dengan corak pemerintahan sekular yang diamalkan di Singapura. Subjek ini juga
dikatakan berpotensi untuk mengugat keharmonian kaum dan perpaduan negara. RK
mempunyai kesan untuk meningkatkan sokongan terhadap agama etnik setiap masyarakat,
oleh itu ia mendatangkan ancaman kepada kaharmonian kaum dan perpaduan negara.6
Dengan pemansuhan RK, White Paper for Shared Values yang telah dibincangkan
di parlimen sejak tahun 1988, telah diumumkan pada tahun 1990. Sebanyak lima nilai telah
diusulkan bagi menjadi asas pembentukan nilai-nilai yang dikongsi sama oleh rakyat
Singapura. Nilai-nilai ini memberikan tumpuan kepada pentingnya mendahulukan keperluan
5. Hanya diajar di peringkat sekolah menengah dalam Bahasa Inggeris. 6. Han Christine, Chew Joy and Tan Jason, 2001. Singapore: Values Education for Knowledge-Based Economy, dalam Cummings William K., Tatto Maria Teresa & Hopkins John (eds ), Values Education for Dynamic Societies: Individualsm or Collectivism?, Hong Kong, Comparative Education Research Centre, University
of Hong Kong, hlm 268. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah RK had the intended effect of increasing the religious favour of each ethno-religious community, and thus posed a threat to multiracial harmony and national unity
-
131
masyarakat daripada keperluan diri dan keluarga sebagai asas yang kukuh bagi sesebuah
masyarakat dan negara. Nilai muafakat dalam menyelesaikan masalah dan keharmonian kaum
juga diberikan penekanan. Dalam ucapan pembukaan di sidang parlimen ketujuh, Encik Wee
Kim Wee (pada masa itu presiden Singapura) mengatakan bahawa Jika kita tidak mahu
kehilangan pertalian, kita perlu mengekalkan warisan budaya setiap komuniti kita, dan
mempertahankan nilai-nilai umum tertentu yang merangkumi sari pati sebagai rakyat
Singapura. Nilai-nilai teras ini termasuk mendahulukan masyarakat daripada diri, meletakkan
keluarga sebagai blok asas masyarakat, menyelesaikan isu-isu yang besar melalui kesepakatan
dan bukan pertelingkahan, dan menekankan toleransi dan keharmonian agama dan kaum. Kita
perlu mengekalkan idea-dea asas dalam Ideologi Nasional. Kenyataan formal seperti ini akan
mengikat kita bersama sebagai rakyat Singapura, dengan kelainan dan nasib kita sendiri. Kita
perlu menyemai Ideologi Nasional ini dalam setiap rakyat Singapura, terutamanya rakyat
yang muda.7 Dengan kata lain, nilai-nilai yang merentasi pelbagai kaum ini dilihat sebagai
cambah atau mangkin bagi pembentukan identiti Singapura dan bertujuan untuk mengekalkan
identiti masyarakat timur dan untuk menanam nilai-nilai dan kepercayaan asas bagi
pemupukan dan pembentukan kesedaran nasional di kalangan rakyat Singapura.
Berdasarkan nilai-nilai yang diperkenalkan ini, satu program yang dikenali sebagai
Sivik dan Pendidikan Moral (Civics and Moral Education) dibina antara tahun 1992-1995
7. Quah Jon S. T. ( ed ), 1990. In Search of Singapores National Values, The Institute of Policy studies, Times Academic Press, hlm 2. Tukilan dalam bahasa Inggeris ialah If we are not to lose our bearing, we should preserve the cultural heritage of each of our communities, and uphold certain common values which capture the essense of being a Singaporean. These core values include placing society above self, upholding the family as the basic block of society, resolving major issues through consensus instead of contention, and stressing racial and religious tolerence and harmony. We need to enshrine these fundamental ideas in a National Ideology. Such a formal statement will bond us together as Singaporean, with our Own distinct and destiny. We need to inculcate this National Ideology in all Singaporeans, especially the young.
-
132
dan diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Inti pendidikan nilai yang
terangkum dalam subjek ini ialah untuk menggalakkan penghayatan terhadap budaya dan
agama; menggalak dan meningkatkan semangat kemasyarakatan; meningkatkan kehidupan
berkeluarga; menyemai hubungan interpersonal dan memupuk rakyat agar komited terhadap
pembangunan negara. Subjek ini masih dilaksanakan di kedua-dua peringkat, sekolah rendah
dan menengah hingga ke hari ini.
Usaha menanam nilai murni di kalangan rakyat khususnya di kalangan para pelajar
sekolah tidak berhenti di sini sahaja. Pada bulan May 1997, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien
Loong ( pada masa itu Timbalan Perdana Menteri Singapura) telah melancarkan satu inisiatif
baharu dalam pendidikan, iaitu Pendidikan Nasional ( National Education atau NE ).8 NE
merupakan salah satu daripada tiga inisiatif MOE selain Teknologi Maklumat dan Kemahiran
Berfikir. Dalam pelaksanaannya, semua subjek termasuk subjek bahasa ibunda perlu
mengandungi komponen NE sekurang-kurangnya 10% daripada keseluruhan masa kurikulum.
Komponen ini dibentuk khusus untuk mengajar para pelajar pengetahuan yang dianggap
penting bagi penakatan negara pada kurun 21. Tujuan asas komponen ini adalah untuk
membina perpaduan nasional, semangat penakatan dan yakin diri terhadap masa depan negara.
Pada tahun 1998 pula, MOE memperkenalkan pula Hasil Pendidikan Yang Diingini (Desired
Outcome of Education)9. Seperti juga NE, Hasil Pendidikan Yang Diingini ini juga perlu
diserapkan dalam pengajaran semua subjek di sekolah-sekolah termasuk Bahasa Melayu.
8. Lihat Ucapan Encik Lee Hsien Long dalam Majlis Perasmian NE pada 17 May 1997, MOE. Perutusan NE yang lengkap ada dicatatkan dalam Bab 5 ini, halaman 152-153. 9. Lihat Laporan tentang Hasil Pendidikan yang Diingini yang diterbitkan oleh MOE pada 1 Januari 2000 dalam lelamannya. Teks penuh Hasil Pendidikan yang Diingini ada dicatatkan dalam Bab 5 ini, halaman 153.
-
133
Usaha-usaha yang dijalankan selama ini menunjukkan bahawa penyerapan dan
penerapan nilai-nilai di kalangan rakyat Singapura mendapat perhatian yang amat mendalam
khususnya daripada pihak pemerintah. Keadaaan ini ialah kerana ia (penyerapan dan
penerapan nilai-nilai murni) akan menentukan daya saing nasional kita,
dan juga kemakmuran dan penakatan kita sebagai sebuah negara.10
Secara ringkas dapatlah disimpulkan bahawa semua usaha yang dijalankan berkaitan
dengan pendidikan nilai di sekolah-sekolah menunjukkan bahawa sistem pendidikan di
Singapura memainkan peranan yang penting bagi pembangunan negara sama ada dari segi
ekonomi, politik atau sosial. Melalui pendidikan nilai, pemerintah ingin membina identiti
nasional, menyemai dan mengekalkan nilai-nilai masyarakat timur seperti jimat cermat, kerja
keras dan taat setia, meletakkan keperluan masyarakat melebihi keperluan individu,
memastikan kekebalan negara daripada pengaruh luar yang tidak diingini dan meningkatkan
keupayaan Singapura untuk menghadapi persaingan ekonomi di persada dunia bagi menjamin
penakatannya.
Walaupun demikian, usaha menanam dan menyemai nilai-nilai yang dihajatkan
bukanlah satu tugas yang mudah. Para guru sering mengalami konflik yang menjadi hambatan
kepada keberhasilan usaha murni ini. Selain faktor masa dan dilema untuk
mengimbangi program yang dapat memenuhi tuntutan yang bertentangan, para guru juga
berhadapan dengan para pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang keluarga dan juga
memegang sistem nilai yang berbeza-beza.11 Oleh itu tidaklah mudah bagi para guru
10. Ibid, hlm 1. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah it will determine our national competitivenes, and hence our prosperity and survival as a nation. 11. Lihat: Chew, J., 1997. Schooling for Singaporeans: The Interaction of Singapore
-
134
menerapkan nilai-nilai murni yang dihajati oleh sebab para pelajar tersebut tidak akan mudah
menerima apa jua nilai yang dihadapkan kepada mereka khususnya nilai-nilai yang
bertentangan dengan sistem nilai yang ada pada mereka. Tugas membentuk para pelajar juga
memerlukan para guru untuk memahami proses perkembangan moral dan pemikiran kanak-
kanak. Pengetahuan ini dapat membantu para guru memilih dan menggunakan pendekatan-
pendekatan pengajaran yang dapat menyokong tahap perkembangan moral dan pemikiran
para pelajar. 12
5.4 Hubungan antara Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa dengan
Pendidikan Nilai dan Budaya
Beberapa orang pengkaji seperti Kramsch, Byram dan Edward Sapir berpendapat
bahawa sesuatu bahasa itu tidak boleh dipelajari atau diajar kepada para pelajar tanpa
mendedahkan para pelajar tersebut kepada budaya dan nilai di mana bahasa tersebut
dilahirkan dan digunakan. Satu-satu program bahasa itu akan mengandungi dan melibatkan
pelbagai cara yang bertindak untuk membentuk nilai dan kepercayaan para pelajar. Paling
tidak, dalam setiap pelajaran bahasa, guru akan menyentuh atau mengetengahkan contoh-
contoh yang ada kaitan dengan apa yang dipelajari seperti sikap, tindakan dan nilai-nilai
Culture and Values in the School, dalam J. Tan, S. Gopinathan and W. K. Ho (eds ), Education in Singapore: A Book of Reading, Singapore, Prentice Hall, hlm 90-91: Pring Richard, 1986. Aims, Problems and Curriculum Contexts, dalam Tomlinson Peter & Quinton Margaret (ed ) Values Across the Curriculum, Hlm 181-194, Great Britain, Taylor and Francis (Printers ) Ltd, hlm 182. 12. Lihat: Kohlberg, L., 1973. The Claim to Moral Adequacy of Higher Stage of Moral Judgement, dalam The Journal of Philosophy 70, Bil 18: Kohlberg, L., 1982. Recent Work in Moral Education, dalam Ward, I.,O., The Ethical Dimension of the School Curriculum, Swansea, Pineridge Press: Piaget, C., 1932. The Moral Judgement of the Child, London, Routledge and Kegan Paul: Sufean Hussin, 1995. Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum, edisi kedua, Shah Alam, Fajar Bakti Sdn Bhd.
-
135
masyarakat bahasa yang dipelajarinya. Walaupun, hal ini pada satu-satu masa memberikan
kesan yang agak kecil, dalam jangka panjang pendedahan ini boleh mempengaruhi
pembangunan dan pembentukan para pelajar.
Budaya dalam konteks kajian ini bermaksud keseluruhan cara hidup dari segi cara
bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kebendaan dan penciptaan yang berupa
kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan (akal
budi).13 Budaya ialah satu set-sistem-- prinsip-prinsip interpretasi, bersama dengan produk
sistem tersebut. 14 Dalam hal ini, budaya boleh dilihat sebagai satu kerangka bagi anggapan,
idea dan kepercayaan yang digunakan bagi menginterpretasikan gerak laku dan perkataan
seseorang. Budaya merupakan tunjang atau warisan adat dan ini merangkumi kepercayaan,
sistem nilai dan tatalaku.
Banyak kajian yang dijalankan terhadap budaya, bahasa dan sosiolinguistik
merumuskan bahawa secara tak langsung, pembelajaran sesuatu bahasa melibatkan
pendedahan terhadap budaya masyarakat bahasa tersebut. Oleh itu, menurut Kramsch
Sesuatu bahasa itu tidak boleh dipelajari tanpa memahami konteks budaya dimana
bahasa itu digunakan.15 Bagi Kramsch kesedaran tentang budaya akan memungkinkan dan
membantu pembelajaran dan penguasaan seseorang tentang bahasa yang dipelajari. Dalam
13. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994. Kamus Dewan, Edisis Ketiga, Kuala Lumpur, DBP, hlm 180. 14. Hinkel Eli (ed.), 1999. Culture in Research and Second Language Pedagogy, dalam Hinkel Eli (ed ), Culture in Second Language Teaching and Learning, Cambridge, Cambridge University Press, hlm 197. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah Culture is a set perhaps a system- of principles of interpretation, together with the products of that systems. 15. Disebut dalam Hinkel Eli (ed.), 1999. Culture in Research and Second Language Pedagogy, dalam Hinkel Eli (ed ), Culture in Second Language Teaching and Learning, Cambridge, Cambridge University Press, hlm 6. Tukilan asal dalam bahasa
-
136
mempelajari budaya sesebuah masyarakat kita berpeluang dan berupaya untuk mempelajari
tentang interaksi sosial dan bahasa tulisan dan bahasa pengucapan masyarakat tersebut. Oleh
yang demikian, beliau berpendapat bahawa Budaya dan bahasa tidak boleh dipisahkan dan
membentuk satu alam semesta atau satu bidang pengalaman.16
Hubungan erat kedua-dua aspek ini disokong oleh Byram yang mengatakan bahawa
pengajaran bahasa tidak mungkin berlaku tanpa melibatkan pendedahan budaya penutur
bahasa tersebut kerana baginya bahasa selalunya merujuk pengetahuan dan persepsi mereka
tentang dunia, konsep dan pembelajaran budaya. Kecekapan berkomunikasi melibatkan
penggunaan bahasa yang betul dimana sekurang-kurangnya ia melibatkan aspek budaya yang
khusus.17 Ini bermakna pembelajaran sesuatu bahasa itu akan melibatkan antara lain
pendedahan terhadap sistem pengucapan dan sistem makna sebagaimana yang diamalkan dan
diterima pakai oleh masyarakat penutur bahasa tersebut, juga pengetahuan dan pandangan
mereka terhadap sesuatu perkara berdasarkan sistem budaya mereka. Begitu juga sebaliknya,
pembelajaran sesuatu budaya termasuk nilai dan pandangan masyarakat penutur bahasa itu,
melibatkan pendedahan terhadap struktur dan sistem bahasa masyarakat berkenaan. Ini kerana,
sifat sesuatu bahasa itu mempunyai perhubungan rapat dengan cara hidup masyarakat yang
menuturkanya. Jika sesuatu masyarakat itu bersifat pertanian, maka kata-kata dan
ungkapannya menggambarkan cara hidup pertanian; jika masyarakat itu cenderung kepada
Inggeris ialah a language cannot be learned without an understanding of the cultural context in which it is used. 16. Ibid., hlm 6. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah Culture and language are inseperable and constitute a single universe or domain of experience. 17. Byram, M., 1989. Cultural Studies in Foreign Language Education, Clevedon, United Kingdom, Multilingual Matters, hlm 16. Tukilan dalam bahasa Inggeris ialah language invariably refers to their knowledge and perceptions of the world, the concepts of culture, and culture learning. Communicative competence involves appropriate language use which, in part at least, is cultural specific.
-
137
perniagaan, corak bahasanya juga condong ke arah perniagaan, dengan istilah-istilah dan
bunga bahasa yang berkait rapat dengan aspek-aspek perniagaan.18
Edward Sapir menyimpulkan bahawa bahasa dan budaya seseorang penutur itu tidak boleh
dianalisis secara berasingan. Baginya Bahasa boleh dilihat sebagai satu cara untuk
menerangkan atau mewakili pengalaman dan pemahaman seseorang tentang dunia, dan
anggota masyarakat bahasa itu berkongsi kepercayaan dan anggapan yang mendasari taksiran
mereka tentang dunia. Taksiran tersebut, dilihat sebagai fenomena yang mempunyai objektif ,
kepercayaan dan sejarah disampaikan melalui bahasa, dengan demikian ia mewujudkan
hubungan antara bahasa dan budaya sesebuah masyarakat
itu.19
Dalam hal ini bahasa dikaitkan dengan budaya kerana bahasa dilihat sebagai wadah
bagi penerangan dan penyaluran pengalaman dan pemahaman seseorang tentang alam
sekelilingnya berdasarkan sistem nilai dan kepercayaan yang dikongsi sama dengan anggota
masyarakat yang lain. Tugas bahasa yang khusus ini membentuk hubungannya dengan budaya
masyarakat di mana bahasa itu lahir dan dituturkan.
Dengan kata lain , bahasa dan aspek-aspek lain yang ada hubungan dengan budaya
para penutur bahasa tersebut merupakan dua entiti yang saling berkaitan. Hubungan antara
18. Nik Safiah Karim, 1981. Beberapa Persoalan Sosiolonguistik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, DBP, hlm 39. 19. Sapir Edward, 1961. Culture, Language, and Personality, Berkeley, University of California Press, hlm 11. Tukilan asal dalam bahasa Inggeris ialah Language can be seen as a way to describe and represent human experience and understanding of the worlds, and members of a language community share systems of beliefs and assumption which underlie their constructions of the world. These constructions, views of objective phenomena, beliefs and histories are communicated through language, thus establishing a connection between language and the culture of a community .
-
138
bahasa dengan budaya ada diterangkan oleh Asmah Haji Omar. Menurut beliau, telah
menjadi fakta yang sudah lama diketahui bahawa bahasa adalah indeks bagi budaya. Ini
bermaksud yang bahasa mencerminkan budaya para penuturnya, cara hidup mereka dan juga
persekitaran fizikal serta sosial mereka.20 Pernyataan ini menggambarkan bahawa unsur-
unsur budaya bagi sesuatu bangsa merupakan sebahagian daripada sifat bahasa yang
dituturkan oleh bangsa tersebut. Unsur-unsur yang terkandung dalam bahasa sering kali
menggambarkan budaya masayarakat yang menggunakan bahasa kerkenaan.
Dalam menghuraikan keeratan hubungan antara bahasa dan budaya, Brown
berpendapat, budaya merupakan unsur yang bersifat utuh yang menjadi sebahagian daripada
diri kita, dan bahasa sebagai alat komunikasi anggota sesuatu budaya- merupakan
pernyataan yang paling jelas dan yang sedia ada bagi budaya tersebut.21 Kenyataan ini
memberikan penjelasan kepada kita bahawa tiada bahasa yang tidak diwarnai dengan budaya
para penutur bahasa tersebut.
Oleh itu pembelajaran sesuatu bahasa tidak boleh tidak akan melibatkan pendedahan
dan penyaluran pengetahuan tentang bagaimana sesebuah masyarakat penutur bahasa tersebut
bertindak, berfikir, memberikan tindak balas terhadap alam sekeliling mereka dan membuat
pilihan. Dengan mempelajari bahasa seseorang itu akan terdedah kepada sistem nilai,
kepercayaan, tamadun dan peradaban masyarakat berkenaan.
20. Asmah Haji Omar disebut dalam Zulkifley Hamid, 1997. Bahasa dan Budaya, dalam Pelita Bahasa, Jilid 9:4, hlm,26-27, Kuala Lumpur, DBP, hlm 26. 21. Brown, Ibid., 26.
-
139
5.5 Kurikulum Bahasa Melayu Sebagai Wadah Penyerapan dan
Penerapan Nilai-nilai Murni
Dalam konteks pendidikan, kurikulum Bahasa Melayu mempunyai peranan dwifungsi
iaitu yang pertama bertujuan untuk melengkapkan para pelajar dengan kemahiran-kemahiran
bahasa bagi mencapai tahap penguasaan Bahasa Melayu yang diingini dan yang kedua
sebagai wadah bagi penyerapan dan penerapan budaya dan nilai-nilai murni. Tugas yang
kedua ini amat jelas termaktub dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang disediakan oleh
MOE pada tahun 1993 dan 2002 kecuali sukatan pelajaran tahun 1982. Sukatan tahun 1982
tidak menyatakan secara terang akan peranan kedua program Bahasa Melayu ini, namun jika
diteliti, nilai-nilai murni masyarakat, agama dan negara jelas diserapkan dalam teks-teks yang
digunakan. Matlamat program bagi pendidikan nilai yang terdapat dalam sukatan tahun 1993
dan 2002 ini mencatatkan bahawa program yang disediakan bertujuan untuk:
1. membolehkan pelajar menyerapi nilai-nilai murni dan menanam sikap positif
terhadap konsep, idea dan gagasan.
2. menghargai dan menghayati unsur-unsur budaya Melayu khususnya dan budaya-
budaya lain amnya serta menanam atau memupuk kecintaan pada negara.22
Bagi tujuan penyerapan dan penerapan nilai-nilai murni ini juga, program Bahasa
Melayu dibina berdasarkan tema-tema tertentu yang disarankan dalam sukatan yang
merangkumi aspek kehidupan yang luas dan menyeluruh seperti sikap dan perlakuan, tabiat-
tabiat baik, nilai-nilai masyarakat dan sejagat, hak dan tanggungjawab terhadap diri
22. Jabatan Pegembangan dan Pembangunan Kurikulum, MOE,1993 & 2002. Sukatan Pelajaran bagi Sekolah Menengah,Singapura, MOE, hlm 5 dan 9.
-
140
sendiri, keluarga, rakan, jiran dan negara.23. Selain itu, program ini merangkumi perutusan
Pendidikan Nasional dan Hasil Pendidikan yang Diingini yang telah diperkenalkan di sekolah-
sekolah sejak tahun 1997 dan 1998. Menurut kurikulum, penerapan Pendidikan Nasional
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini antara lain bertujuan untuk memupuk
sikap kecintaan terhadap tanah air, dan mengukuhkan jati diri sebagai rakyat Singapura yang
kecintaan mereka tidak berbelah bagi.24 Berikut ialah perutusan Pendidikan Nasional dan
Hasil Pendidikan yang Diingini seperti yang termaktub dalam sukatan pelajaran Bahasa
Melayu.
Pendidikan Nasional mengandungi enam perutusan seperti berikut:
1. Singapura adalah tanah air kita; di sini tempat kita. Kita mahu mengekalkan warisan dan cara hidup kita. 2. Kita mesti mengekalkan keharmonian kaum dan agama. Walupun kita terdiri daripada berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya, kita mempunyai nasib yang sama. 3. Kita mesti mendukung meritokrasi dan sifat amanah. Ini bermakna peluang bagi semua, mengikut kebolehan dan usaha mereka. 4. Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap Singapura. Kita mesti mencari jalan sendiri untuk bertahan dan mencapai kemakmuran. 5. Kita sendiri yang mesti mempertahankan Singapura.
Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan kita.
6. Kita mempunyai keyakinan terhadap masa depan kita. Dengan bersatu, berazam dan bersedia, kita akan membina masa depan yang cerah bagi diri kita sendiri.25
23. Lihat lampiran 5 bagi perincian tema-tema yang disarankan dalan sukatan pelajaran Bahasa melayu tahun 1993 dan 2002. 24. Lihat Jabatan Pegembangan dan Pembangunan Kurikulum, MOE, 2002. Sukatan Pelajaran bagi Sekolah Menengah,Singapura, MOE, hlm 10. 25. Ibid., hlm 10
-
141
Hasil Pendidikan Yang Diingini mengandungi matlamat-matlamat afektif. Inisiatif ini
bertujuan untuk membolehkan para pelajar mencapai perkara-perkara berikut di akhir
pendidikan di sekolah menengah:
1. Mempunyai integriti moral
2. Mengambil berat terhadap orang lain
3. Dapat bekerja dalam kumpulan dan menghargai setiap sumbangan
4. Mempunyai asas yang luas untuk pendidikan lanjutan
5. Yakin dengan kebolehan mereka
6. Menghargai nilai-nilai estetik
7. Mengenali dan yakin terhadap Singapura.26
Secara ringkas, fungsi kedua program Bahasa Melayu adalah untuk memupuk sikap
dan nilai-nilai murni sesuai dengan budaya dan masyarakat pelajar dan dalam konteks negara
berbilang bangsa dan budaya di Singapura. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar
mencapai kemahiran-kemahiran untuk menggunakan fungsi bahasa sebagai alat pembentuk
sikap dan nilai; menunjukkan sikap positif terhadap budaya-budaya lain; mengenal pasti dan
menghargai nilai-nilai budaya sendiri terutama yang sesuai dengan semua masa dan zaman;
mengenal pasti dan menghargai nilai-nilai sejagat seperti keadilan, tanggungjawab dan
persamaan; dan memahami peranan bahasa sebagai wahana penerusan budaya.27
26. Ibid., hlm 96. 27. Ibid., hlm 9.
-
142
5.5.1 Peribahasa Sebagai Wadah Penyerapan dan Penerapan Nilai
Dalam kurikulum Bahasa Melayu peringkat menengah, peribahasa merupakan salah
satu aspek bahasa yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar semua peringkat dan kursus/aliran.
Memang diakui umum bahawa peribahasa sama ada jenis simpulan bahasa, perumpamaan,
pepatah atau bidalan, mempunyai peranan unik dalam mengetengahkan nilai-nilai dan unsur-
unsur budaya Melayu. Oleh itu, melalui penggunaan peribahasa, kurikulum yang ada cuba
menyampaikan tugas keduanya iaitu sebagai wadah penyerapan dan penerapan nilai-nilai
murni di kalangan para pelajar.
Mengikut sejarahnya, peribahasa ialah warisan kebudayaan Melayu lama yang
diperturunkan dari satu jenerasi ke satu jenerasi secara lisan dan perkembangannya juga
banyak berlaku secara lisan. Lama-kelamaan peribahasa dikumpulkan dan dirakamkan dalam
bentuk tradisi tulisan sebagai warisan budaya dan bahasa Melayu. Peribahasa merupakan
susunan perkataan yang teratur, sedap didengar dan padat maknanya. Peribahasa sama ada
jenis simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan atau bidalan dibentuk atau dicipta oleh
masyarakat Melayu berdasarkan pandangan, pengalaman dan perbandingan yang teliti
terhadap alam sekeliling dan kejadian atau peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Oleh
yang demikian, peribahasa merupakan cerminan pemikiran dan kehidupan masyarakat
Melayu.
Pendita Zaaba mendifinisikan peribahasa Melayu sebagai
segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak
beberapa lama, oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya; dipakai
akan dia jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Maka
-
143
ialah juga dikatakan bidalan, perumpamaan kerana tiap-tiap satu ini cakap yang
mengandungi segala sifat-sifat peribahasa yang telah disebutkan itu.28
Ciri-ciri yang terdapat dalam peribahasa daripada definisi di atas seperti susunan
cakap yang pendek dan sedap dan bijak perkataannya, diperjelas oleh Keris Mas. Beliau
mengatakan bahawa gaya percakapan dan ujaran yang berisi kebijaksanaan fikiran dan
pemerhatian, yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah,
sedap didengar dan benar pada perasaan serta fikiran.29
Menurut H. Tenas Effendy, peribahasa mencerminkan kehalusan budi pekerti Melayu,
yang selalu mengatakan sesuatu dengan bahasa yang singkat tetapi mengandungi makna yang
dalam. Peribahasa juga mencerminkan akal budi Melayu yang santun, yang berusaha untuk
mengatakan sesuatu melalui kata-kata yang sopan, halus dan terpuji. Peribahasa juga
mencerminkan kearifan Melayu, yang berusaha menyampaikan sesuatu dengan halus dan arif,
sehingga tidak menyinggung perasaan atau tidak melukai perasaan
orang lain.30 Selanjutnya, beliau mengatakan bahawa orang tua-tua juga mengatakan bahawa
nilai-nilai asas budaya Melayu yang menjadi jati diri, petuah amanah, tunjuk ajar dan
sebagainya diwariskan melalui peribahasa, yang mudah diingat dan mudah difahami, serta
dapat dijabarkan atau ditakrifkan sesuai dengan perkembangan zaman dan masyarakatnya.
28. Zaba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu, Kuala Lumpur , DBP, Kementerian Pelajaran, hlm 165. 29. Keris Mas disebut dalam Kamaruzzaman A. Kadir (Dharmawijaya), 2002. Jauhari Juga yang Mengenali Manikam Peribahasa Melayu: Apresiasi dan Aplikasi Estetikanya, kertas kerja dalam ceramah sempena Bulan Bahasa 2002 anjuran PGBM, Singapura , hlm 2. 30. Tenas Effendy disebut dalam Mohd Gani Ahmad, 2003. Peribahasa Menjana Minda, Singapura, S-One Consultant Pte Ltd, hlm 9.
-
144
Kerananya, peribahasa tetap hidup dan dapat disesuaikan dengan perubahan zaman, sepanjang
para pewarisnya mampu menerjemahkan dengan pemahaman yang benar dan arif.31
Jika dilihat dari segi isi, Peribahasa merupakan nasihat atau aturan tingkah laku yang
mengandungi nilai. Tingkah laku ini mempunyai aturan dan menyangkut juga larangan-
larangan. Tingkah laku ini menggambarkan pula hubungan di antara manusia dengan manusia,
manusia dengan hidup, manusia dengan karya, manusia dengan waktu dan manusia dengan
alam. Dari segi makna pula, peribahasa mengungkapkan masalah perbandingan,
perumpamaan dan prinsip hidup.32 Jadi, peribahasa menjadi pedoman di dalam tingkah laku
apabila anggota masyarakat mahu melaksanakan kegiatan yang berkaitan dengan setiap unsur
budayanya.
Jelasnya melalui peribahasa, anggota masyarakat diajak untuk meneroka nilai-nilai
murni keMelayuan yang penuh dengan tuntutan baik untuk kehidupan; nilai-nilai yang
cintakan kedamaian dan mengajak semua anggota masyarakatnya hidup rukun damai dan
saling hormat menghormati agar tidak membawa bencana yang merosakkan kehidupannya
dan kehidupan orang lain. Berpandukan nilai-nilai yang terangkum dalam peribahasa ini,
masyarakat Melayu menggunakan peribahasa sebagai kiasan, teladan dan pengajaran dalam
pembentukan tingkah laku, peribadi dan sikap para anggotanya dan juga dalam menangani
isu-isu yang berkaitan dengan aspek kehidupan masyarakat sehari-hari. Setiap peribahasa itu
mengandungi maksud yang sama ada terungkap secara tersirat atau tersurat. Anggota
masyarakat dididik dan diasuh dengan cara yang halus dan santun. Dalam hal ini, peribahasa
31. Ibid., hlm 9. 32. H. Ahmad Samin Siregar, 2002. Nilai-nilai Budaya di dalam Peribahasa Melayu Serdang, dalam Dewan Bahasa, Jilid 2:1, Hlm 36-43, Kuala Lumpur, DBP, hlm 36.
-
145
digunakan sebagai alat bagi menyemai nilai-nilai murni masyarakat Melayu. Penyaluran dan
penerapan nilai-nilai murni ini jugalah yang cuba dihasilkan atau dicapai melalui pengajaran
peribahasa dalam program Bahasa Melayu di sekolah-sekolah selain bagi tujuan pengekalan
warisan budaya.
Berdasarkan kurikulum yang ada, jumlah peribahasa yang perlu dipelajari berbeza-
beza mengikut kursus/aliran. Berikut ialah jumlah peribahasa yang perlu dipelajari seperti
yang tercatat dalam sukatan pelajaran:
Jadual 15: Jumlah Peribahasa Yang Perlu Dipelajari
Jumlah Peribahasa Kursus
Sukatan Pelajaran Tahun
Penggunaan 1993
Sukatan Pelajaran Tahun Penggunaan
2002
Normal (Akademik )
128
75
Ekpres
160
100
Khas
180
120
( Sumber: Kementerian Pendidikan Singapura, 1993 dan 2002:62 )
Jadual 15 di atas menunjukkan bahawa jumlah peribahasa yang perlu dipelajari oleh
para pelajar berbeza-beza berdasarkan kursus/aliran pelajar tersebut. Umpamanya bagi tahun
penggunaan 2002, sukatan pelajaran memperuntukkan sejumlah 75 peribahasa bagi pelajar
aliran Normal (Akademik), 100 peribahasa bagi para pelajar aliran Ekspres dan 120
peribahasa bagi pelajar aliran Khas. Jadual 15 ini juga menunjukkan bahawa terdapat
pengurangan dari segi jumlah peribahasa yang perlu dipelajari oleh pelajar pelbagai kursus
bagi tahun 2002 berbanding tahun 1993. Umpamanya bagi kursus Khas, jumlah peribahasa
yang ditetapkan ialah 120 peribahasa bagi tahun 2002 berbanding dengan 180 peribahasa pada
-
146
tahun 1993. Pengurangan terhadap komponen ini merupakan salah satu usaha untuk
memberikan laluan kepada penerapan tiga inisiatif MOE ketika itu iaitu Pendidikan Nasional,
Kemahiran Berfikir dan Teklologi Maklumat.33 Bagi sukatan pelajaran tahun 1982, jumlah
peribahasa yang perlu dipelajari oleh pelajar pelbagai kursus/aliran tidak dinyatakan. Namun
sukatan pelajaran menyarankan sejumlah 160 peribahasa bagi peringkat menengah 1-4/5 perlu
dipelajari. Ini dapat diandaikan bahawa semua pelajar akan mempelajari jumlah peribahasa
yang sama tidak kira sama ada mereka daripada kursus Khas, Ekspres atau Normal
(Akademik ). Begitu juga, bagi kesemua sukatan pelajaran iaitu bagi tahun 1982, 1993 dan
2002, tiada catatan atau garis panduan yang diberikan bagi pembelajaran peribahasa untuk
para pelajar kursus Normal (Teknikal ). Tanggapan yang boleh diambil ialah para pelajar
Normal (Teknikal ) tidak perlu mempelajari peribahasa. Tiada sebarang kenyataan yang
terang yang tercatat dalam sukatan pelajaran bagi menerangkan pengecualian ini. Namun
dapat difahami bahawa pendekatan yang diambil ini berdasarkan andaian bahawa pelajar-
pelajar Normal (Teknikal) yang memang agak lemah penguasaan bahasanya tidak berupaya
untuk mempelajari peribahasa Melayu. Juga, pendekatan ini mungkin satu cara untuk tidak
membebankan para pelajar ini dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Ini bermakna kumpulan
pelajar ini berada dalam kedudukan yang kurang mendapat faedah (disadvantage) berbanding
dengan rakan-rakan mereka dalam kursus/aliran lain di peringkat menengah. Mereka tidak
berpeluang untuk mengenal dan mempelajari peribahasa Melayu dan mempelajari nilai-nilai
murni masyarakat mereka seperti mana yang cuba diajarkan melalui peribahasa. Jika pelajar-
pelajar ini didedahkan kepada nilai-nilai yang terdapat dalam peribahasa, besar kemungkinan
mereka boleh didorong untuk lebih bermotivasi atau paling tidak didedahkan kepada nilai-
nilai kerja keras, semangat kekumpulan, sikap tidak putus asa, berdikari dan sikap berani
mencuba. Walaupun demikian, buku teks bagi pelajar Normal (Teknikal) yang diterbitkan
33. Lihat Sukatan Pelajaran bagi tahun penggunaan 2002, hlm 62 bagi penerangan tentang pengurangan jumlah peribahasa yang diajar.
-
147
berdasarkan sukatan pelajaran 2002 sudah memberikan sedikit tumpuan dalam hal ini,
walaupun pendedahannya hanya tertumpu kepada simpulan bahasa sahaja.
Penggunaan peribahasa sebagai wadah bagi penyerapan dan penerapan nilai amat
dipersetujui oleh pengkaji. Tetapi, berdasarkan penelitian pengkaji terhadap sukatan pelajaran
yang disediakan, kurikulum yang ada tidak menyenaraikan nilai-nilai yang hendak
disampaikan melalui pengajaran dan pembelajaran peribahasa ini. Kurikulum yang ada hanya
menyenaraikan peribahasa dan jumlah peribahasa yang perlu dipelajari oleh para pelajar bagi
setiap peringkat dan aliran/kursus. Jadi penyerapan dan penerapan nilai yang disasarkan oleh
kurikulum tidak dijelaskan bagi panduan para guru. Hal ini sudah tentu mempengaruhi cara
dan pendekatan yang digunakan oleh para guru dalam pengajaran mereka dan seterusnya
mempengaruhi hasilan yang diingini. Oleh itu, kurikulum yang ada haruslah mengemukakan
nilai-nilai yang hendak diserapkan dan diterapkan dengan jelas dan boleh menjadi panduan
atau bimbingan kepada para pendidik.
Berdasarkan hasil penelitian dan kajian yang dijalankan oleh pengkaji terhadap
peribahasa yang disarankan dalam kurikulum, pengkaji dapat merumuskan bahawa secara
umum peribahasa yang disarankan dalam kurikulum Bahasa Melayu cuba menyampaikan
nilai-nilai yang boleh digolongkan kepada tiga jenis. Pertama, nilai budaya yang baik dan
yang harus dipegang oleh setiap anggota masyarakat bagi kesejahteraan hidup. Antara
contohnya ialah peribahasa yang menggambarkan hubungan sesama manusia seperti yang
terdapat dalam peribahasa yang berikut:
Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam.
(Mengerjakan sesuatu bersama-sama, baik ringan mahupun berat.)
-
148
Air yang dingin juga yang dapat memadami api.
(Perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang
marah.)
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
(Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang
sembarangan boleh membawa akibat yang buruk.)
Peribahasa di atas yang dikemukakan dalam kurikulum ini menggambarkan perlunya
kerjasama dan hubungan yang baik dalam sesebuah kumpulan, keluarga, masyarakat dan
negara. Hal inilah yang menguatkan kesatuan dan persatuan masyarakat dalam menjalani
kehidupan seharian dan seterusnya mengarah kepada keharmonian dan perpaduan hidup yang
diingini. Contoh lain tentang nilai baik yang harus dipegang juga terdapat dalam peribahasa
yang berikut:
Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam.
(Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai.)
Ringan tulang, berat perut.
(Jika rajin dan tekun berusaha melakukan pekerjaan, maka akan
murahlah rezekinya.)
Sehari selembar benang lama-lama jadi kain.
(Sesuatu kerja yang dibuat dengan tekun dan sabar akhirnya akan selesai.)
Melalui peribahasa di atas, para pelajar diajar agar jangan putus asa, sentiasa berusaha
dan sabar untuk mencapai kejayaan. Mereka juga didedahkan kepada sifat berhati-hati supaya
apa jua yang dilakukan akan membuahkan hasil yang dihajatkan.
-
149
Kedua, melalui peribahasa, kurikulum juga mengetengahkan nilai yang tidak patut
dipegang. Nilai sedemikian haruslah digunakan sebagai tauladan atau sesuatu yang patut
dihindari agar anggota masyarakat tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sistem
nilai masyarakatnya yang akhirnya membawa kerugian bukan sahaja kepada dirinya tetapi
juga kepada keluarga dan anggota masyarakat yang lain. Kurikulum mengetengahkan
peribahasa yang mengandungi nilai tersebut seperti:
Umpama air digenggam tiada tiris.
(Orang yang sangat kikir atau bakhil tidak sedikit terbuka tangannya
untuk menolong orang yang hidup sengsara.)
Melepaskan batuk di tangga
(Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.)
Ayam terlepas tangan berbau tahi.
(Orang yang membuat pekerjaan yang ditegah, akhirnya mendapat malu.)
Menconteng arang di muka.
(Melakukan sesuatu pekerjaan yang boleh memberi aib atau
mencemarkan nama baik ibu bapa atau keluarga.)
Nilai seperti yang digambarkan dalam contoh peribahasa yang dikemukakan dalam
kurikulum ini tidak harus dipegang kerana menunjukkan perlakuan manusia yang tidak baik.
Orang yang melakukan perlakuan seperti itu dianggap tidak mempunyai pertimbangan dan
kebijaksana dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan sehingga perlakuan seperi itu
mendatangkan kerugian kepada dirinya dan juga orang-orang sekelilingnya. Oleh itu para
pelajar dididik agar tidak menunjukkan perlakuan seperti itu.
-
150
Ketiga, kurikulum juga mengetengahkan nilai budaya yang bersifat universal dan
umum yang boleh digunakan untuk mengetahui kegiatan dan kebiasaan manusia yang bersifat
umum dan lumrah berlaku. Dalam hal ini, peribahasa yang disampaikan dalam kurikulum ini
diharapkan boleh bertindak untuk memberikan pengetahuan dan informasi kepada pelajar
tentang pelbagai tingkah laku manusia yang akhirnya dengan tidak secara langsung
diharapkan dapat membentuk sikap dan peribadi mereka. Contoh peribahasa seperti yang
termuat dalam kurikulum yang ada ialah:
Seperti anak kehilangan ibu.
(Sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah-belah akibat kehilangan
pemimpin atau tempat tumpuan dan penghargaan.)
Besar periuk besar keraknya.
(Orang yang berpendapatan besar, besar juga perbelanjaannya )
Laut mana yang tidak ditimpa hujan.
(Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.)
Setelah meneliti dan memperincikan peribahasa yang disarankan dalam kurikulum
secara lanjut, pengkaji mendapati bahawa peribahasa yang disarankan dalam kurikulum
Bahasa Melayu menengah ini cuba mengenegahkan nilai-nilai murni yang dirasakan perlu
bagi pembangunan individu, masyarakat dan negara terutamanya dalam konteks masyarakat
berbilang kaum seperti di Singapura, walau pun nilai-nilai ini tidak dinyatakan dengan jelas
dalam kurikulum Bahasa Melayu yang ada.
Seterusnya, berdasarkan gambaran umum tentang tiga jenis peribahasa yang
diketengahkan, pengkaji memperincikan jenis-jenis nilai murni tersebut kepada beberapa
-
151
kumpulan nilai berikut dan memberikan penerangan ringkas mengenai setiap kumpulan nilai
itu diikuti oleh contoh peribahasa yang terdapat dalam kurikulum:
1. Berdikari dan bekerja keras
Nilai berdikari dan bekerja keras merupakan salah satu tunjang bagi kejayaan.
Seseorang yang mahu berusaha itu, tidak hanya mengharapkan bantuan orang lain,
terutama untuk mencapai cita-cita atau kejayaan. Orang-orang yang berdikari
mempunyai daya usaha dan azam yang kuat walaupun menghadapi kesukaran dan
cabaran. Bersungguh-sungguh dalam menjalankan apa juga pekerjaan akan
meletakkan kita sebagai warga yang berdaya maju dan berdaya saing. Hanya orang
yang mempunyai kekuatan untuk berdaya maju dan berdaya saing akan berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain. Nilai-nilai ini disampaikan
melalui peribahasa:
Naik tangga dari bawah.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh.
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh dapat sagunya.
Ditumbuk, dikisar barulah lumat.
2. Muafakat dan kerjasama
Nilai ini amat perlu bagi pembangunan dan perpaduan sesebuah masyarakat,
bangsa dan negara khususnya negara berbilang kaum seperti Singapura. Sesuatu
perkara yang hendak dilakukan atau sesuatu keputusan itu terutama yang
menyangkut maslahat masyarakat dan negara perlulah dibincangkan dan difikirkan
bersama terlebih dahulu. Mereka juga digalakkan untuk bantu-membantu dan
-
152
bersedia untuk melalui kepayahan dan cabaran dan kejayaan bersama-sama. Nilai-
nilai murni ini boleh dilihat dalam peribahasa yang berikut:
Bahu-membahu.
Bagai aur dengan tebing.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
Bulat air oleh pembetung, bulat kata oleh muafakat.
3. Budi pekerti yang mulia atau berhemah tinggi
Amalan berbudi amat penting dijadikan budaya dalam kehidupan kita. Hidup
tanpa berbudi pekerti yang mulia menjadikan kita orang-orang yang tidak
berhemah. Orang-orang yang tidak berhemah itu adalah orang-orang yang
rendah martabatnya sebagai ahli sesebuah masyarakat. Sebaliknya, orang yang
mempunyai budi pekerti yang mulia biasanya bersopan santun dan berbudi
bahasa. Dia tidak sombong atau angkuh sebaliknya dia sentiasa merendahkan
diri walaupun dia dikurniakan dengan pelbagai kelebihan. Dia juga pandai
menyesuaikan diri apabila bergaul dengan orang-orang di sekelilingnya. Budi
pekerti yang mulai ini disampaikan melalui peribahasa berikut:
Halus bahasa
Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati.
Baik membawa resmi ayam betina.
Jika ular menyusur akar tiada akan hilang bisanya.
Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin
lama makin tinggi.
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama.
-
153
4. Taat setia dan cintakan tanah air
Nilai patriotisme atau rasa cinta akan negara amat penting bagi kesetabilan,
perpaduan dan kedaulatan sesebuah negara. Seseorang yang taat setia dan
cintakan tanah airnya yakin terhadap negaranya dan sanggup berkorban untuk
melindungi kedaulatan dan maruah bangsa dan negara. Orang yang demikian
ini sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan di mana dia
tinggal. Contoh peribahasa yang mengandungi nilai ini ialah:
Biar putih tulang jangan putih mata.
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
5. Berkasih sayang dan hormat-menghormati
Berkasih sayang dan hormat-menghormati merupakan asas bagi menuju
kepada kehidupan yang lebih bahagia dan harmoni. Berkasih sayang dan
hormat-menghormati amat perlu bagi membina keluarga yang bahagia dan
utuh. Begitu juga, setiap orang hendaklah saling menyayangi, menghormati
dan mengambil berat terhadap orang lain tanpa mengira bangsa, agama,
keturunan atau hartanya. Setiap anggota masyarakat dan negara berhak
mendapat kasih sayang dan dihormati. Jika nilai ini dapat ditanam, anggota
masyarakat akan menjadi orang-orang yang lebih ihsan dan lebih bersedia
untuk membantu mereka yang memerlukan. Dia juga akan lebih terlindung
daripada melakukan perbuatan yang boleh mencetuskan perselisihan dan
merosakkan hubungan sesama insan. Contoh peribahasa yang mengajar nilai-
nilai ini seperti:
-
154
Seperti labah-labah cinta akan telurnya.
Quran buruk.
Ditatang bagai minyak yang penuh.
6. Hidup bermasyarakat
Apabila seseorang hidup dalam masyarakat, dia hendaklah mengamalkan sikap
dan menjalankan kegiatan yang sesuai dengan sistem nilai dan diterima oleh
masyarakat. Seseorang itu juga haruslah menyesuaikan dirinya dengan keadaan
dan adat resam masyarakatnya. Nilai hidup bermasyarakat ini juga
memerlukan seseorang itu untuk berbuat baik, bertolak ansur dan bekerjasama
atau dapat bekerja dalam kumpulan dan menghargai sumbangan anggota
masyarakat yang lain. Nilai ini terkandung dalam peribahasa ini:
Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa.
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Ambil patinya, buangkan hampasnya.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
7. Bertindak dengan rasional
Anggota masyarakat sentiasa diingatkan agar mengutamakan pemikiran waras
dan tenang semasa melakukan sesuatu tindakan dan jangan mengikut hawa
nafsu dan perasaan semata. Ini juga bermakna setiap anggota masyarakat perlu
menggunakan kebijaksaan, pertimbangan, pemikiran yang kritis dan kesabaran
agar sebarang tindakan atau perbuatan yang dilakukan tidak mendatangkan
-
155
bencana, kerugian dan akibat yang negatif yang boleh merosakkan dirinya dan
orang lain. Nilai-nilai yang dimaksudkan ini terhimpun dalam contoh
peribahasa yang berikut:
Air tenang jangan disangka tiada buaya.
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
Seperti manarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung
jangan berserak.
8. Berlaku adil dan jujur
Ini bermakna dalam setiap perlakuan dan tindakan, seseorang itu hendaklah
berlaku adil dan tidak berat sebelah umpamanya ketika membuat keputusan.
Keputusan yang diambil hendaklah berpihak kepada yang benar dan setiap
kesalahan dikenakan hukuman yang sewajarnya. Dalam melakukan keadilan,
seseorang pula perlu bersikap jujur, ikhlas dan amanah. Orang yang jujur juga
menepati janji yang dibuatnya dan menjaga kepercayaan yang diberikan
kepadanya. Nilai-nilai ini dapat dilihat dalam contoh peribahasa yang berikut:
Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang janjinya
Memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada
katanya.
Tangan mencencang, bahu memikul.
Berani kerana benar, takut kerana salah.
-
156
9. Nilai kekeluargaan
Hubungan kekeluargaan amatlah dipentingkan dalam masyarakat Melayu.
Keutuhan unit keluarga bukan sahaja dapat menjamin keutuhan masyarakat
tetapi juga negara. Keluarga yang baik akan menghasilkan keturunan yang baik
dan seterusnya menjamin mutu hidup masyarakat dan negara. Nilai-nilai
kekeluargaan ini terkandung dalam contoh peribahasa yang berikut:
Air dicincang tiada putus.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Biduk lalu kaimbang bertaut.
10. Jimat cermat
Sikap jimat cermat ialah satu sikap yang terpuji dan perlu dimiliki oleh setiap
anggota masyarakat. Dengan berjimat cermat bermakna kita melakukan
perancangan bagi menjamin masa depan kita. Sikap berjimat cermat ini bukan
sahaja dalam bentuk material tetapi juga merangkumi tutur kata dan perlakuan
kita. Nilai yang demikian ini terdapat dalam contoh peribahasa yang berikut:
Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Cermat masa banyak, jimat masa kecil.
Secara ringkas, nilai-nilai yang cuba diterapkan melalui pembelajaran peribahasa ini
menyentuh, walaupun tidak menyeluruh, nilai-nilai masyarakat Melayu, dan menyokong
perutusan dalam Pendidikan Nasional dan Hasil Pendidikan yang Diingini yang juga
mengandungi nilai-nilai seperti yakin diri, bertanggungjawab, cintakan keluarga, masyarakat
-
157
dan negara, rajin berusaha, bekerja dalam kumpulan dan mengambil berat terhadap orang lain.
Dengan menggunakan ungkapan yang pendek, bernas dan tepat, peribahasa dapat
memberikan makna dan nilai yang padat. Makna dan nilai yang disampaikan itu dapat
dijadikan pengajaran kepada para pelajar bagi membina jati diri yang lebih meyakinkan dan
seterusnya menjadi anggota masyarakat yang berbudi dan berhemah tinggi.
Namun, sejauh manakah nilai-nilai ini dapat disampaikan dan diterapkan secara
berkesan? Apakah penilaian yang digunakan untuk memastikan keberkesanan matlamat
penyerapan dan penerapan nilai-nilai murni ini? Persoalan inilah yang akan dikupas dalam
perenggan yang seterusnya.
Berdasarkan reka bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran peribahasa seperti yang
terdapat dalam program Bahasa Melayu bagi sekolah menengah, penyerapan nilai dan
penerapannya dijalankan secara tidak langsung. Para pelajar akan diperkenalkan kepada
sejumlah peribahasa yang sudah ditetapkan bagi setiap peringkat dengan memberikan
penekanan terhadap maksud peribahasa yang diperkenalkan. Buku panduan guru yang
disediakan pula, tidak mencatatkan jumlah masa pengajaran tertentu yang diperuntukkan bagi
pengajaran dan pembelajaran peribahasa. Aspek peribahasa ini pula terangkum di bawah
komponen tatabahasa. Buku panduan guru yang disediakan bagi para guru juga tidak
menyatakan jenis nilai murni yang perlu ditekankan dan disalurkan oleh para guru apabila
mengajar sesuatu peribahasa itu. Dapatlah dibayangkan bahawa pengajaran peribahasa ini
lebih tertumpu kepada pengajaran dari segi maksudnya tanpa penekanan yang sewajarnya
kepada nilai yang hendak disampaikan. Jadi persoalan sama ada pengajaran dan pembelajaran
peribahasa telah menyalurkan dan menerapkan nilai-nilai murni yang dihajati masih
diragukan. Penyaluran dan penyerapan nilai-nilai ini akan lebih berkesan sekiranya kurikulum
-
158
yang ada memberikan panduan yang jelas kepada para guru yang bertindak sebagai agen
penting dalam usaha menanam nilai-nilai murni yang diingini dalam kalangan para pelajar.
Penelitian yang dilakukan terhadap pembelajaran peribahasa di sekolah menengah ini,
menunjukkan selain mengetahui peribahasa dan maksudnya, para pelajar juga dikehendaki
untuk mengetahui penggunaannya dalam ayat atau sesuatu wacana yang diberikan. Latihan-
latihan yang dimuatkan dalam kurikulum berfokus kepada maksud peribahasa tadi melalui
latihan memadankan peribahasa dengan maksud dan penggunaannya dalam ayat atau teks.
Tidak ada soalan, aktiviti atau perbincangan susulan yang meninjau atau menyentuk tentang
soal nilai murni yang tersurat atau yang tersirat yang terdapat dalam peribahasa yang
dipelajari. Jadi penekanan dari segi pengajaran dan pembelajarannya lebih tertumpu kepada
memperkenalkan peribahasa dan maksudnya kepada para pelajar dan kurang penekanan yang
diberikan kepada pendidikan nilai yang terkandung dalam peribahasa tersebut. Dengan yang
demikian, setakat ini keberkesanan penyerapan dan penerapan nilai-nilai murni yang
terkandung dalam peribahasa Melayu ini melalui program Bahasa Melayu di sekolah-sekolah
belum dapat dipastikan.
Begitu juga, penelitian pengkaji terhadap sukatan pelajaran yang ada mendapati bahawa
asas pemilihan peribahasa seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu tidak
jelas. Ini kerana sukatan yang ada tidak mengenal pasti dan menyenaraikan nilai-nilai murni
yang hendak disampaikan dengan terang dan jelas yang boleh menjadi panduan dan asas
pemilihan peribahasa yang disarankan. Ketiadaan senarai ini menggambarkan bahawa
pemilihan peribahasa yang diajar dilakukan secara rawak. Sekiranya pengenalpastian nilai-
nilai ini dapat dilaksanakan terlebih dahulu, pemilihan peribahasa akan lebih sistematik dan
dapat mengelakkan perulangan peribahasa yang mempunyai nilai yang sama atau hampir
-
159
sama.34 Pemilihan yang lebih sistematik juga dapat memberikan tumpuan dan penekanan yang
sama rata terhadap nilai-nilai murni yang telah dikenal pasti. Dengan ruang dan masa
pengajaran yang terhad, pemilihan peribahasa yang hendak diajar perlulah dilakukan secara
berhati-hati agar peluang menyampaikan nilai-nilai murni boleh dimaksimumkan dan dengan
sebaik mungkin.
5.5.2 Bahan Sastera Sebagai Wadah Penyerapan dan Penerapan Nilai
Selain peribahasa, program Bahasa Melayu memuatkan bahan-bahan sastera sebagai
wadah bagi mengajar bahasa, memperkenalkan dan mengekalkan warisan budaya dan juga
sekali gus menyerapkan dan menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam bahan
sastera. Bahan sastera yang dimaksudkan ialah seperti pantun, gurindam, syair, sajak, prosa
klasik dan moden.
Bahagian ini akan meneliti beberapa contoh bahan sastera yang digunakan untuk
mengenal pasti nilai murni yang hendak disampaikan, model atau tokoh-tokoh yang
ditonjolkan dan keberkesanan peranan model atau tokoh-tokoh ini dalam penyaluran dan
penerapan nilai-nilai yang dihajati. Bahan-bahan yang akan diteliti ialah gurindam, pantun,
prosa klasik dan prosa moden. Penelitian terhadap keempat-empat bahan ini didapati sudah
dapat mewakili bahan-bahan sastera yang digunakan dalam kurikulum dan cukup untuk
memberikan gambaran umum mengenai tujuan utama penggunaannya khususnya dalam
penyerapan dan penerapan nilai. Jadi penelitian terhadap kesemua jenis bahan sastera yang
digunakan tidak akan dilakukan.
34. Lihat daftar peribahasa yang terdapat dalam ketiga-tiga sukatan pelajaran yang dikaji: hlm 41-54 bagi sukatan pelajaran tahun penggunaan 1983, hlm 64-81 bagi sukatan pelajaran tahun penggunaan 1993 dan hlm 64-76 bagi sukatan pelajaran tahun penggunaan 2002.
-
160
5.5.2.1 Gurindam
Gurindam sering dijadikan contoh bagi memperkenalkan puisi klasik kepada para
pelajar sekolah menengah. Selain bentuknya yang tersendiri, gurindam mengandungi
maksud yang padat dan nilai-nilai murni yang sesuai diketengahkan kepada para pelajar.
Menurut Zaaba, gurindam ialah suatu jenis syair melarat yang tiada tetap sukatnya, atau
rangkapnya, isinya mengandungi fikiran-fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang dan
suka sebagai nyanyian.35 Berdasarkan penyelidikan pengkaji, hanya Gurindam 12 yang
termuat dalam ketiga-ketiga pakej MOE yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu iaitu pakej Intisari Bahasa, pakej Pancaran Bahasa dan pakej
Jendela Bahasa.
Gurindam 12 merupakan salah satu hasil puisi Raja Ali Haji yang terkenal selain Syair
Abdul Muluk. Gurindam ini mengandungi nilai-nilai murni dan pengajaran yang boleh
dijadikan panduan oleh manusia seperti perlunya pegangan agama yang kukuh, memelihara
anggota badan dan hati, hidup bermasyarakat, menghormati orang tua, sikap muafakat,
berbuat baik dan berjasa, berbudi bahasa dan berhemah tinggi. Sebagai contoh, cuba teliti
rangkap dalam pasal kedua dan ketiga daripada Gurindam 12 ini.
Fasal kedua:
Apabila terpelihara mata, Sedikit cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tidaklah damping. Bersungguh-sungguh engkau memeliharanya, Tangan daripada segala berat ringan.
35. Zaba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu, Kuala Lumpur , DBP, Kementerian Pelajaran, hlm 242.
-
161
Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Fasal ketiga:
Hati itu kerajaan di dalam tubuh, Jikalau zalim segala anggota pun roboh. Apabila dengki telah bernanah, Datanglah daripadanya beberapa anak panah. Mengumpat dan memuji hendaklah fikir, Di situlah banyak orang yang tergelincir. Pekerjaan marah jangan dibela, Nanti hilang akal di kepala. Jika sedikit pun berbuat bohong, Boleh diumpamakan mulutnya pekong. ( Sumber: MOE 1986: 95 ) Fasal kedua dan ketiga Gurindam 12 ini memperkatakan tentang diri dan cara-cara
bagaimana manusia boleh menjaga diri daripada terjerumus ke lembah kejahatan. Menurut
Raja Ali Haji, sekiranya manusia boleh menjaga anggota badannya seperti mata, telinga,
tangan dan lidah, maka manusia boleh terhindar daripada perbuatan jahat. Antara bahagian
anggota tubuh yang disentuh ialah hati yang merupakan bahagian terpenting dalam tubuh
manusia. Manusia menurutnya lagi, perlulah menjaga hatinya agar sentiasa bersikap baik.
Jika hati manusia itu tidak dijaga dan menjadi rosak, maka akan rosaklah segala anggota
badan yang lain. Begitu juga manusia mestilah membuang perbuatan keji dalam dirinya
seperti perasaan marah kerana sikap ini boleh mendorong kepada perbuatan keji dan boleh
menghilangkan kewarasan akal dalam membuat keputusan dan melakukan tindakan.
Pengkaji bersetuju bahawa Gurindam 12 yang sarat dengan pengajaran ini amat baik
dijadikan wadah bagi menyalurkan nilai-nilai murni ini. Tetapi, keberkesanan penyaluran ini
-
162
bergantung kepada kecekapan dan kebijaksanaan para guru untuk mentakrif dan mencungkil
setiap nilai yang terkandung dalam gurindam ini dan disampaikann secara berkesan pula
dalam bilik darjah dengan contoh-contoh yang boleh meyakinkan. Malangnya kajian yang
dijalankan terhadap kurikulum mendapati bahawa Gurindam 12 yang tersaji dalam buku
teks Bahasa Melayu tidak dikupas isinya secara terperinci. Juga tidak terdapat penerangan
yang boleh dijadikan panduan sama ada oleh para guru atau para pelajar tentang isi dan
pengajaran yang boleh diraih daripada gurindam yang dipelajari. Sukatan pelajaran dan
buku panduan guru juga tidak memberikan contoh-contoh pengajaran atau pendekatan yang
boleh digunakan oleh para guru dalam pengajaran gurindam. Selain itu para guru tidak
diberikan panduan atau saranan tentang bahan-bahan bacaan lain yang boleh dijadikan
rujukan. Keadaan ini mengandaikan bahawa setiap guru yang mengajar haruslah sudah
berupaya untuk menangani hal ini dalam pengajaran mereka. Andaian serupa ini kurang
tepat, kerana sukatan pelajaran dan bahan pengajaran haruslah memberikan panduan yang
jelas dan cukup untuk dijadikan contoh oleh para guru agar mereka dibimbing dalam
menjalankan tugas mereka untuk mencapai objektif pengajaran Gurindam 12 ini.
Begitu juga, untuk mendapatkan hasil yang diingini, para pelajar haruslah dibimbing
oleh para guru agar maksud dan pengajaran yang terkandung dalam gurindam dapat
difahami dan dihayati. Para pelajar tidak harus diminta untuk membincangkan atau
mengupas maksud gurindam yang diberikan tanpa sebarang panduan dan penjelasan yang
sepatutnya. Jika ini berlaku fungsi dan tujuan memperkenalkan gurindam kepada para
pelajar khususnya bagi tujuan penyaluran nilai tidak akan menemui matlamatnya.
Malangnya, hal inilah yang sebenarnya berlaku umpamanya dalam teks bagi para pelajar
yang mempunyai tahap penguasaan bahasa Melayu yang agak lemah iaitu para pelajar dari
kursus/aliran Normal (Teknikal). Latihan dalam buku teks menengah 4, pakej Pancaran
-
163
Bahasa, halaman 96 dan 97, menghendaki para pelajar untuk membincangkan fasal ketujuh
Gurindam 12. Buku ini hanya memuatkan fasal tersebut tanpa sebarang huraian. Di bawah
ini diturunkan pasal ketujuh yang dimaksudkan sebagai mana yang termuat dalam buku teks
tersebut:
Fasal Ketujuh:
Apabila banyak berkata-kata, Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebih suka, Itulah tanda hampir duka. Apabila kita kurang siasat, Itulah tanda pekerjaan akan sesat. Apabila anak tiada dilatih, Jika besar bapanya letih. Apabila banyak mencela orang, Itulah tanda dirinya kurang. (Sumber: MOE 1995: 96 & 97 ) Dalam latihan yang diberikan, para pelajar dikehendaki untuk memberikan penjelasan
ringkas mengenai salah satu rangkap dalam fasal tersebut tanpa adanya pengajaran dan
penjelasan tentang gurindam tersebut terlebih dahulu. Latihan ini sebenarnya merupakan
latihan susulan setelah para pelajar membaca teks bacaan mengenai Raja Ali Haji.
Pendekatan seperti ini boleh membebankan para pelajar, kerana pelajar perlu mengenal pasti
nilai-nilai yang ingin disampaikan terlebih dahulu, dan oleh sebab para pelajar ini adalah
para pelajar yang mempunyai tahap keupayaan yang agak rendah, kemungkinan
pengenalpastian nilai-nilai tersebut tidak akan tercapai sekiranya pelajar tidak memahami
maksud yang terkandung dalam gurindam tersebut. Pendekatan ini juga boleh mematikan
minat pelajar terhadap puisi ini dan pemahaman serta penghayatan para pelajar terhadap
-
164
nilai-nilai yang terkandung dalam gurindam ini belum dapat dipastikan. Ini bermakna bagi
tujuan kerberkesanannya, para pembina bahan dan guru haruslah peka terhadap pendekatan
yang sesuai yang perlu digunakan dalam pengajaran puisi ini berdasarkan tahap keupayaan
para pelajar yang disasarkan.
5.5.2.2 Pantun
Pantun merupakan salah satu genre puisi Melayu tradisional yang tergolong dalam
kategori sastera rakyat. Ramai sarjana seperti Zaaba, Mohd Taib Osman dan Harun Mat Piah
yang membincangkan asal-usul, maksud dan fungsi pantun.36 Pantun dikatakan puisi lama
yang mempunyai bentuk atau rangkap yang teratur. Pantun bertujuan untuk memimpin,
mendidik dan memberikan panduan.37 Pantun dicipta sebagai satu saluran untuk
menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara.
Bahkan pantun digunakan juga untuk menyindir, berjenaka, memberikan nasihat dan bersuka-
suka. Menurut Mohd Taib Osman sebagai artifak pantun mempunyai fungsi yang dimainkan
dalam kehidupan orang Melayu. Sebagai puisi ia merupakan pernyataan melalui bahasa indah
satu-satu pemikiran seperti juga pepatah petitih. Untuk berfalsafah terhadap hidup manusia,
mengutarakan nasihat, menyatakan isi hati atau sekadar untuk menyerikan majlis adalah
36 . Lihat Zaba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu, Kuala Lumpur , DBP, Kementerian
Pelajaran: Zaba ( penyelenggara) 1983. Kumpulan Pantun Melayu, Kuala Lumpur DBP, Kementerian Pelajaran Malaysia: Mohd Taib Osman, 1965. Kesusasteraan Melayu Lama, Singapura, Federal Berhad: Mohd Taib Osman (penyusun), 1975. Warisan Puisi Melayu, Kuala Lumpur, DBP: Mohd Taib Osman 1983. Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur, DBP: Harun Mat Piah, 2001. Pantun Melayu Bingkisan Permata, Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan. 37. Harun Mat Piah, 2001. Pantun Melayu Bingkisan Permata, Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan, hlm viii.
-
165
antara penggunaan pantun.38 Selain itu, Pantun juga sarat dengan nilai-nilai murni yang
dianggap baik oleh masyarakat Melayu: ini termasuk nilai budi, nilai ilmu dan nilai seni dan
sebagainya. Unsur-unsur ini dianggap sebagai sebahagian daripada ciri-ciri estetika pantun,
iaitu digolong dalam estetika dalaman.39
Pantun merupakan cerminan akal pemikiran dan hati budi serta budaya masyarakat
Melayu. Melalui pantun, seseorang itu dapat mengenali orang Melayu kerana pantun
mempunyai pertalian akrab dengan kehidupan sosiobudaya masyarakat Melayu. Ini kerana
pantun menjadi wadah bagi mengungkapkan isi hati orang-orang Melayu yang kaya dengan
nilai kesopanan dan kesantunan serta mengutarakan pemikiran yang tinggi dan bermakna.
Misalnya, sejak zaman berzaman pantun memainkan peranannya sebagai satu bentuk hiburan
di samping berperanan dalam majlis merisik, meminang atau majlis istiadat perkahwinan
secara meluas. Pantun juga digunakan sebagai alat pertarungan antara cendikiawan dan
pendekar untuk menguji kepintaran mereka. Begitu juga pantun digunakan untuk melahirkan
perasaan yang tersirat melalui ungkapan dan ucapan yang dalam dan murni maksudnya.
Pendeknya, pantun memberikan satu ruang dan bidang pengucapan yang cukup luas untuk
difahami dan pada keseluruhannya merupakan suatu bentuk pengucapan dengan fungsi sosial
dan unsur psikologi yang cukup berkesan.40
Melalui penggunaan pantun sebagai bahan pengajaran dalam kurikulum Bahasa
Melayu, para pelajar diajak untuk menyusuri pola dan cara berfikir serta hati budi orang
38. Mohd Taib Osman, 1996. Pantun Sebagai Cerminan Minda Melayu, dalam Pantun Manisfestasi Minda Masyarakat, Kuala Lumpur, Akademi pengajian Melayu, Universiti Malaya, hlm 5. 39. Opcit., hlm xiii.
40. Ibid., hlm xiii.
-
166
Melayu. Para pelajar didedahkan kepada nilai-nilai budaya Melayu seperti halus budi bahasa
dan pekerti dan suka menjaga hati orang lain. Masyarakat Melayu berpendapat bahawa cara
terbaik untuk menegur kesilapan orang lain atau memberikan teguran, nasihat atau kritik ialah
dengan cara berseloroh atau dengan kata-kata kias dan sindiran. Oleh itu, pantun digunakan
untuk tujuan ini selain meluahkan hasrat hati dan kemahuan dengan cara halus, tertib dan
dipandang manis oleh masyarakat. Nilai-nilai ini amat bertepatan dengan matlamat
penyaluran nilai-nilai murni program Bahasa Melayu yang ingin membentuk para pelajar agar
berbudi pekerti yang baik dan berhemah tinggi.
Melalui pantun juga, pelajar dapat melihat betapa sememangnya masyarakat Melayu
menekankan sifat-sifat ketertiban yang memperlihatkan adab dan rasa hormat yang tinggi
terhadap orang lain. Sejak kecil lagi , dalam setiap jiwa anak Melayu sudah ditanam nilai-nilai
murni agar memiliki budi dan budaya sendiri yang menjadi identiti unggul orang-orang
Melayu. Nilai ini tergambar dalam maksud pantun yang digunakan dalam kurikulum Bahasa
Melayu Mesej dan nasihat yang diterapkan dalam pantun-pantun pusaka itu amat berguna
dan boleh dijadikan pegangan hidup. Berdasarkan pantun-pantun Melayu, seseorang itu dapat
mewarisi nasihat dan meneroka alam pemikiran datuk nenek mereka.41 Sebagai contoh,
kurikulum Bahasa Melayu menampilkan pantun-pantun berikut bagi menggambarkan sikap
orang Melayu yang mementingkan nilai budi.42
41. Buku teks 4, Kursus Normal (Teknikal), Pancaran Bahasa, Institut Perkembangan Kurikulum Singapura, MOE, hlm 15. 42. Buku Teks 1A, Kursus Khas, Jendela Bahasa, Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE, hlm 46. Lihat juga buku teks 1 Intisari Bahasa, Institut Perkembangan Kurikulum Singapura, MOE, hlm 76-77: buku teks 1, Kurus Ekspres, Pancaran Bahasa, Institut Perkembangan Kurikulum Singapura, MOE, hlm 32: buku teks 4, Kursus Normal (Teknikal), Pancaran Bahasa, Institut Perkembangan Kurikulum Singapura, MOE, hlm 15-16.
-
167
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Apa guna berkain batik, Kalau tidak serta raginya; Apa guna rupa yang cantik, Kalau tidak serta budinya. (Sumber: MOE 1996 & 2002 : 15-16 & 46-47)
Orang-orang Melayu sangat mengutamakan hubungan keluarga, sesama jiran dan
sesama ummah. Untuk menunjukkan rasa hormat, sopan dan beradab, setiap orang Melayu
dituntut untuk berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata. Anak-anak dididik agar jangan
menjatuhkan air muka atau mendedahkan keaiban orang di khalayak ramai.43 Kata-kata yang
hendak diutarakan haruslah dinilai dan diteliti supaya tidak menyinggung orang lain secara
kasar. Seseorang itu akan berasa lebih selesa jika teguran, nasihat atau kritik yang membina
itu disampaikan dengan cara berseloroh atau kata-kata kiasan. Melalui pantun jugalah hasrat
hati dan kemahuan disampaikan dengan cara yang dipandang manis oleh masyarakat.44 Oleh
sebab dididik demikian, dengan menggunakan pantun, orang Melayu mempunyai kemampuan
untuk mengucapkan dan menyampaikan mesej, amanat dan kehendak secara halus dan
bersopan tetapi mengandung makna dan pengajaran tanpa menjejaskan simpulan tali
silaturahim yang telah dibina. Dalam hubungan seharian, orang-orang Melayu lebih suka
berpegang atau memilih untuk menggunakan cara yang lembut dan berhati-hati dalam
43. Institut Perkembangan Kurikulum Singapura, MOE, 1996. Pancaran Bahasa, Buku Teks 4, Kursus Normal (Teknikal), hlm 15. 44. Ibid, hlm 5.
-
168
pertuturan dan pergaulan. Sifat inilah yang tertera dalam pantun. Kurikulum Bahasa Melayu
menggunakan pantun-pantun berikut yang bertujuan untuk memberikan gambaran betapa
orang Melayu memandang tinggi kemurnian budi dan akhlak dan mengingatkan seseorang
kepada pesanan dan nasihat datuk neneknya dahulu.45
Kalau tuan pergi ke darat, Bawa saya bersama pergi; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. Kebun ini tanam-tanaman, Ke barat juga condong buahnya; Dunia ini pijam-pinjaman, Akhirat juga kesudahannya. (Sumber: MOE 1996: 16 & 17 ) Pendek kata, menggunakan pantun untuk membentuk dan melentur peribadi para
pelajar sebagaimana yang diusahakan oleh kurikulum Bahasa Melayu merupakan satu
pendekatan yang tepat dan bijak. Walaupun demikian, kajian yang dijalankan terhadap
pantun-pantun yang digunakan mendapati kebanyakan pantun yang digunakan dalam bahan
pengajaran program Bahasa Melayu berkisar tentang soal mengenang budi dan menghormati
orang yang menabur budi serta aspek berbudi bahasa dan sedikit tentang menuntut ilmu.
Nilai-nilai lain seperti nilai taat setia kepada negara, bekerja keras, berdisiplin, berani
mencuba dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu diteladi oleh para pelajar dalam
mengharungi gelombang hidup kurang diberikan perhatian.
Aspek-aspek lain yang sering dibentangkan dalam ketiga-tiga pakej bahan pengajaran
yang dikaji ialah tentang sejarah penciptaan pantun, stuktur pantun dan cara-cara mencipta
pantun. Memang tidak dapat dinafikan sejarah penciptaan pantun dan struktur pantun ini perlu
45. Ibid, hlm 15.
-
169
diterangkan agar para pelajar mempunyai pengetahuan latar yang cukup sebelum mereka
belajar tentang pantun dan memahami maksudnya. Tetapi untuk tujuan keseimbangan, perlu
juga nilai-nilai murni yang lain yang boleh diketengahkan melalui pantun diberikan ruang dan
peluang agar para pelajar dapat meninjau kepelbagaian nilai tersebut dan juga untuk tujuan
pengukuhan terhadap nilai-nilai murni yang disampaikan melalui genre-genre lain dalam
kurikulum yang disediakan.
5.5.2.3 Prosa Klasik dan Moden
Bahan atau teks prosa klasik dan moden yang digunakan dalam buku teks Bahasa
Melayu dipilih berdasarkan tema-tema tertentu yang disarankan dalam sukatan pelajaran.
Tema-tema ini selaras dengan tema-tema yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil. Pembina bahan biasanya diberikan tugas melakukan pemilihan ini
berdasarkan topik atau tema-tema yang dipilih. Walaupun demikian, para guru diberikan
kelonggaran untuk memilih teks prosa klasik atau moden yang lain yang lebih sesuai dengan
tahap keupayaan pelajar mereka dengan syarat pemilihan tersebut memenuhi objektif
pengajaran dan pembelajaran yang ditentukan.
Bagi prosa klasik, kurikulum memberikan tumpuan yang lebih kepada kisah-kisah
yang memaparkan sikap taat setia, kepahlawanan dan keistimewaan watak yang mempunyai
ciri-ciri yang luar biasa. Terdapat juga cerita-cerita lain yang dipaparkan seperti Pak Pandir,
Dang Anum, Si Tanggang dan cerita binatang, tetapi bilangannya amat sedikit. Barisan watak
yang mendapat tempat ialah seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Bendahara Tun Perak, Raja
Anggun Cik Tunggal, dan Raja Suran. Antara watak-watak ini, watak Hang Tuah yang
banyak sekali mendapat perhatian dalam ketiga-ketiga pakej yang dikaji. Dalam kurikulum,
-
170
watak Hang Tuah dianggap sebagai watak yang ideal yang mempunyai taraf kecemerlangan
yang amat tinggi yang patut diteladani. Selain Hang Tuah, Hang Jebat dan Tun Perak sering
dijadikan model dalam cerita-cerita prosa klasik yang dipaparkan sebagai bahan pengajaran.46
Oleh itu, perenggan yang seterusnya akan cuba membincangkan ketiga-tiga watak utama
tersebut sebagai watak yang mewakili pejuang dan wira yang biasa ditonjolkan sebagai
contoh dalam prosa klasik. Perbincangan mengenai watak-watak ini juga bertujuan untuk
meninjau sejauh mana kesesuaian ciri-ciri watak dan nila-nilai yang cuba diketengahkan bagi
memenuhi matlamat penyerapan dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan para pelajar
yang disasarkan.
Dalam kurikulum, Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang mempunyai
kekuatan yang luar biasa, tangkas berlawan dan mempunyai sikap taat setia kepada sultan
yang tidak berbelah bagi. Kisah yang dipaparkan tertumpu kepada kegagahan Hang Tuah
sejak kecil lagi contohnya peristiwa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya melawan lanun ketika
berusia sepuluh tahun.47 Melalui wataknya dalam cerita-cerita yang termuat dalam kurikulum,
Hang Tuah dianggap sebagai seorang wira yang mempunyai keberanian dan kepahlawanan.
Mengenai watak Hang Tuah ini, terdapat pendapat beberapa pengkaji yang
bertentangan. Umpamanya, Mohd Taib Osman dalam Kesusasteraan Melayu Klasik: Suatu
Tinjauan Ringkas mengatakan bahawa Hang Tuah ialah wira kebangsaan Melayu zaman
46. Lihat :Institut Perkembangan Kurikulum Singapura, MOE, 1984. Intisari Bahasa, Buku Teks 2, hlm 26-28: Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE, 2004. Jendela Bahasa, Buku Teks 2B, Kursus Ekspres, hlm 80: Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE, 2004. Jendela Bahasa, Buku Teks 3B, Kursus Normal (Akademik), hlm 1-4. 47. Lihat Bahagian Perancangan dan Pengembangan Kurikulum, Singapura, MOE, 2004. Jendela Bahasa,Buku Teks 2B, Kursus Ekspres, hlm 72-74.
-
171
klasik kerana beliau memaparkan semua nilai-nilai tradisional bangsa Melayu.48 Menurut
Shaharuddin (1979) terdapat dua jenis manusia yang disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu,
iaitu wira feudal dan wira jenis kebendaan. Menurut beliau lagi, kedua-dua konsep wira ini
bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan manusia sejagat tetapi diagung-agungkan oleh
golongan elita dan terdidik Melayu sebagai contoh-contoh yang elok ditiru oleh orang-orang
Melayu.
S. Othman Kelantan pula dalam eseinya Hikayat Hang Tuah: Kisah Tragedi Orang
Melayu mempunyai tanggapan yang berlainan tentang Hang Tuah. Baginya Hang Tuah
bukan wira bahkan penjajah. Beliau tidak menafikan bahawa Hang Tuah ialah wira Melayu
tetapi hanya pada satu kumpulan orang Melayu di bawah raja Melaka dan Bendahara sahaja.
Hang Tuah juga dikatakan memperlihatkan watak-watak yang penuh tipu muslihat, fanatik,
tidak bersopan dan takbur. Hang Tuah menjadi lambang kemusnahan dan lambang penjajah
kepada kebangkitan bangsa Melayu di negeri-negeri Melayu yang lain.49
Selain cerita kehebatan Hang Tuah terutamanya ketika melawan lanun dan membunuh
orang yang mengamuk, kisah pertarungannya dengan Hang Jebat sering dijadikan bahan
pengajaran atau teks bacaan bagi para pelajar sekolah menengah. Melalui watak ini, para
pelajar disogokkan dengan nilai-nilai taat setia dan sanggup berkorban bagi mempertahankan
negara dan menurut perintah raja. Misalnya dalam cerita pertarungan antara Hang Tuah dan
Hang Jebat seperti yang disajikan dalam kurikulum, Hang Tuah sanggup membunuh Hang
Jebat, sahabat karibnya kerana Hang Tuah tidak dapat memaafkan perbuatan Hang Jebat yang
48. Mohd Taib Osman disebut dalam Siti Aishah Murad (penyelenggara ), 1996. Konsep Nilai dalam Kesusasteraan Melayu, Kuala Lumpur, DBP, hlm viii. 49. S. Othman Kelantan, Ibid., hlm ix.
-
172
dikatakan menderhaka kepada sultan.50 Bagi Hang Tuah taat setia yang tidak berbelah bagi
kepada sultannya amat p