bab 6 pembentukkan kerajaan islam dan subbangannya.docx

69
BAB BAB 6 6 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA TEMA 8.3 ( HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH SMA BARU 4 Sejarah Dunia Pembentukan Kerajaan Islam Dan Khulafa al-Rasyidin Bani Umaiyah Bani Abbasiyah Turki Uthmaniyah Konsep Syarat Dan Cara Pemilihan Tugas Sumbangan Khalifah Pembentukan Kerajaan Sumbangan Kejatuhan Pembentukan Kerajaan Sumbangan Kejatuhan Pembentukan Kerajaan Sumbangan Faktor Penyebaran Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain Di Dunia Cara Pertembungan Tamadun 1

Upload: zamri-talib

Post on 29-Jan-2016

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

BABBAB

66 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

TEMA 8.3( HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH SMA BARU

4 Sejarah Dunia Tingkatan

Pembentukan Kerajaan Islam Dan

Khulafa al-Rasyidin

Bani Umaiyah Bani Abbasiyah Turki Uthmaniyah

Konsep Khalifah

Syarat Dan Cara Pemilihan

Tugas Khalifah

Sumbangan Khalifah

Pembentukan Kerajaan

Sumbangan

Kejatuhan

Pembentukan Kerajaan

Sumbangan

Kejatuhan

Pembentukan Kerajaan

Sumbangan

Faktor Penyebaran Islam

Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain Di Dunia

Cara Pertembungan Tamadun

Kesan Pertembungan

1

Page 2: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

1. Nabi Muhammad s.a.w telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir pada musim haji tahun 10 Hijtah.

2. Di dalam khutbah tersebut terdapat banyak mesej penting antaranya ialah gesaan agar umat islam bersatu padu, mencintai perdamaian dan berpegang kepada agama Islam dengan berteraskan kepada al-Quran dan hadis.

3. Ia menjadi asas kekuatan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

4. Terutamanya sewaktu pemilihan untuk mendapatkan calon bagi mengantikan baginda sebagai pemimpin kerana semasa hayatnya baginda tidak pernah menamakan bakal penggantinya.

5. Cabaran juga terpaksa dihadapi oleh orang Islam dengan muncul golongan yang mengaku menjadi nabi, kemunculan orang yang enggan membayar zakat dan golongan murtad yang dikenali sebagai golongan al-Riddah.

Pembentukkan Kerajaan IslamSumbangannyaBab

6Tema 8.3dalam Huraian sukatan pelajaran sejarah SMA Baru 2003

A Zaman Khalifah al-Rasyidin

Menyatakan maksud khalifah. Menerangkan syarat-syarat untuk

menjadi khalifah Menjelaskan cara-cara pemilihan dan

perlantikan khalifah.

Pengenalan

Nabi Muhammad s.a.w tidak meninggalkan sebarang wasiat atau pesanan mengenai bakal penggantinya atau khalifahnya. Sebaliknya Baginda menyerahkan kepada kebijaksanaan para sahabatnya untuk menyelesaikan masalah pemilihan khalifah supaya mereka dan masyarakat islam lainnya berasa bebas memilih antara mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan sebagai seorang khalifah.

2

Page 3: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

1. Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w, negara islam telah dipimpin oleh empat orang khalifah sehingga tahun 661 Masihi. Zaman ini dinamakan sebagai Zaman Khalifah al-Rasyidin.

2. Terdapat empat orang khalifah yang diiktiraf sebagai khalifah al-Rasyidin iaitu :

a. Abu Bakar al-Siddiq r.a ( 632 – 634 Masihi ) ( Bani Tamim )b. Umar bin al-Khatab r.a ( 634 – 644 Masihi ( Bani Adi )c. Uthman bin Affan r.a ( 644 – 656 Masihi ) ( Bani Umaiyah )d. Ali bin Abi Talib k.w ( 656 – 661 Masihi ) ( Bani Hasyim )

3. Khalifah adalah perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti, iaitu pengganti yang akan melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

4. Mereka telah diberi mandat untuk memimpin dan mentadbir negara islam berdasarkan undang-undang Syariah.

5. Khalifah bermaksud Pengganti iaitu gelaran yang disandang oleh ketua negara Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

6. Tugas mereka ialah memerintah dan mentadbir negara serta mempertahankan kesucian agama islam.

7. Khalifah juga merupakan satu tanggungjawab untuk memelihara kemurniaan agama Islam dan mengekalkan kerharmonian serta kestabilan umat Islam.

8. Khulafa al-Rasyidin adalah merupakan suatu pemerintahan Islam selepas kewafatan Nabi Mhammad s.a.w.

9. Setiap Khalifahnya amat menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat dan Negara yang akhirnya membawa kepada perkembangan kerajaan Islam yang kuat dan cemerlang.

1. Khalifah dilantik menerusi upacara mengangkat sumpah atau “baiah”.2. Baiah membawa maksud taat setia dan kerelaan antara orang yang

memerintah dengan orang yang diiperintah.3. Setiap khalifah mestilah melaksaksanakan tanggungjawab dengan

betul dan sempurna berlandaskan hukum syariah.4. Jika hal tersebut tidak dilaksanakan, khalifah berkenaan boleh dihukum

atau dipecat daripada jawatan khalifah.5. Menurut islam, pemilihan khalifah mestilah dibuat menerusi proses

perundingan atau musyarah setelah dirundingkan pada peringkat tertinggi oleh ahli bijak pandai iaitu Ahli Syura

I Konsep Khalifah

Syarat Dan Cara Pemilihan Khalifah

Soalan : Khalifah merupakan satu jawatan yang bertanggungjawab memerintah dan mentadbir sebuah negara mengikut lunas-lunas al-Quran dan Hadis.Bagaimanakah seseorang itu dipilih oleh rakyat untuk menjawat jawatan tersebut?

A. Menerusi BaiahB. Menerusi WasiatC. MonarkiD. Rampasan kuasa

Jawapan : A: Menerusi Baiah.Fakta : Khalifah dilantik menerusi upacara angkat sumpah atau baiah.Bukti : Rujuk Tajuk Syarat dan Cara Pemilihan Khalifah di halaman 143 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

3

Page 4: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

6. Antara syarat-syarat kelayakan untuk menjadi seorang khalifah adalah seperti berikut :

a. Lelaki yang merdeka dan beragama islamb. Mempunyai ilmu agama islam yang lengkapc. Tubuh badan yang sihat dan tidak cacatd. Adil dan mempunyai tingkah laku yang baike. Mempunyai fikiran yang cerdas dan pandai mentadbir urusan

negeri.f. Bersifat berani dan warak.

7. Perlantikan khalifah Islam adalah berdasarkan empat kaedah pemilihan iaitu Musyawarah atau Syura iaitu permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputususan tentang sesuatu pekara.

8. Perlantikan Khalifah Abu Bakar adalah menerusi keadah ini. Ia berlaku ketika golongan Ansar daripada Bani Saadah, hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka di Saqifah.

9. Atas cadangan Saidina Umar ibnu al-Khatab, dan disertai dengan persetujuan ramai Abu Bakar telah dilantik sebagai Khalifah.

10. Kaedah yang kedua ialah menerusi cadangan satu nama sahaja, contohnya sewaktu perlantikan khalifah Umar ibnu al-Khatab.

11. Namanya telah dicalonkan oleh Khalifah Abu Bakar sebelum beliau wafat.

12. Kaedah yang ketiga adalah menerusi pemilihan calon- calon yang layak. Semasa perlantikan Saidina Uthman bin Affan, enam calon telah diusulkan di dalam pemilihan tersebut.

13. Saidina Uthman bin Affan telah terpilih didalam pemilihan tersebut.14. Kaedah yang keempat pula adalah menerusi pencalonan sekelompok

masyarakat seperti perlantikan Khalifah Ali bin Abu Talib.15. Semua kaedah ini adalah menerusi proses Syura atau musyawarah dan

telah diperkukuhkan dengan baiah iaitu perakuan sumpah taat setia kepada orang yang dilantik sebagai khalifah.

16. Ia bagi menjamin perlantikan bakal pemerintah adalah orang yang berkelayakan dan berhemah tinggi.

1. Khalifah adalah merupakan ketua negara yang wajib menjalankan tugas untuk memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut al-Quran dan Hadis.

2. Khalifah juga berkewajipan untuk menitikberatkan sistem politik,sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.

3. Khalifah juga bertanggungjawab memastikan pentadbiran negara berjalan dengan sempurna dan dapat mempertahankan negara daripada musuh.

Tugas Khalifah

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, Orang-orang Ansar yang terdiri daripada Aus dan Khazraj telah berhimpun di Saqifah Bani Saidah untuk memilih calun bagi menggantikan Rasulullah. Abu Bakar dan pembesar Quraisy yang lain telah diberitahu tentang keadaan tersebut Mereka telah bergegas ke tempat itu untuk menyelesaikan masalah pemilihan pengganti Rasulullah s.a.w dan Akhirnya Abu Bakar telah diberi Baiah oleh umat Islam untuk menjadi khalifah.

Soalan : Perlantikan Khalifah di dalam Islam adalah berdasarkan beberapa cara. Manakah antara berikut merupakan syarat-syarat penting untuk menjadi khalifah?

I. Beragama IslamII. Pengetahuan lengkap

III. Kaya dan dermawanIV. Warak

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

Jawapan :B- .I, II dan IVFakta : Lelaki yang merdeka dan beragama islam,Mempunyai ilmu agama islam yang lengkap ,Tubuh badan yang sihat dan tidak cacat, Adil dan mempunyai tingkah laku yang baik Mempunyai fikiran yang cerdas dan pandai mentadbir urusan negeri, berifat berani dan warak.

Bukti : Rujuk Tajuk Syarat dan Cara Pemilihan Khalifah di halaman 143 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

4

Page 5: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

1. Apakah hikmah Islam mewajibkan zakat kepada Umatnya

4. Kebajikan rakyat juga harus dititikberatkan oleh Khalifah agar kebajikan rakyat terjaga dan dapat hidup dengan sejahtera di dunia dan akhirat.

5. Khalifah juga bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah s.w.t.

6. Khalifah juga harus mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura dan memantapkan perundangan Islam.

7. Hal-hal yang berkaitan ekonomi seperti kewangan, perbendaharaan negara, baitulmal dan pungutan kharaj, Jizyah dan Zakat.

8. Kharaj adalah cukai yang dikenakan keatas orang bukan Islam manakala jizyah pula ialah cukai yang dikenakan terhadap individu bukan islam yang berselindung di negara Islam.

9. Zakat pula ialah pengeluaran sebahagian harta dan tanaman oleh orang Islam dan ia adalah wajib untuk semua umat islam yang berkelayakan.

1. Abu Bakar al-Siddiq r.amenjadi khalifah pertama bagi umat

islam.Beliau adalah berketurunan Bani Tamim dan dilahirkan pada tahun 573 Masihi.

2. Nama sebenanya adalah Abdullah bin Abu Quhafah dan dikenali sengan gelaran al-Siddiq yang bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa membenarkan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.

3. Pemerintahannya bermula dari tahu 632 Masihi hingga 634 Masihi yang berpusat di Madinah.

4. Beliau amat terkenal dengan sikap dan budi pekerti yang mulia, seorang pemimpin Quraisy yang tegas dan disegani.

5. Belaiu juga terkenal dengan sifat ikhlas, jujur dan setia kepada Rasulullah s.a.w dan merupakan slah seorang yang terawal memeluk agama islam.

6. Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, umat islam menghadapi masalah perlantikan khalifah antara golongan Ansar dan Muhajirin.

7. Orang Ansar telah bercadang untuk melantik Saad bin Ubadah sebagai pemimpin begi menggantikan nabi Muhammad s.a.w.

8. Abu Bakar tekah berjaya menyelesaikan masalah perlantikan khalifah dengan hanya memberi hujah, bahawa pemilihan khalifah dikalangan orang Ansar akan meletakkan perselisihan lama antara suku Aus dan Khazraj.

9. Abu bakar telah dilanti sebagai seorang khalifah dan telah dipersetujui oleh semua penduduk islam.

Sumbangan Khalifah al-Rasyidin

Khalifah Abu bakar al-Siddiq

Pidato Khalifah Abu Bakar setelah dilantik menjadi

Khalifah

“…jika aku berlaku adil dalam urusan ku, sokonglah aku. Akan tetapi jika aku bersalah betulkan lah aku kembali. Kejujuran ialah

amanat, kedustaan pula ialah suatu khianat…. Taattilah aku

selama aku taat kepada Allah dan rasul-Nya. Akan tetapi kalau aku melanggar perintah-Nya jangan

ikut aku lagi,”

5

Page 6: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

1. Abu bakar telah mentadbir negara islam yang berpusat di Madinah mengikut undang-undang dan syariat yang dilaksanakan oleh rasulullah s.a.w.

2. Khalifah Abu bakar telah berjaya mengalahkan gerakan al-Riddah iaitu satu gerakan yang mengengkari ajaran islam.

3. Di dalam gerakan al-Riddah itu, munculnya golongan nabi palsu iaitu Tulaihah bin Khuwalid al-Aswad al-Absi dan Musailamah al-Kazab.

4. Terdapat juga golongan murtad dan golongan yang enggan membayar zakat di Bahrain, Yamamah, Oman dan Yaman.

5. Di sebelah luar pula, kerajaan Islam Madinah menghadapi ancaman orang-orang Rom dan Parsi.

6. Kesemua cabaran dan masalah tersebut telah dapat diatasi dan diselesaikan oleh khalifah Abu Bakar dengan tenang, bijaksana dan bersungguh-sungguh.

7. Beberapa langkah juga telah diambil untuk menghadapi ancaman tentera Rom dan Parsi.

8. Khalid bin al-walid telah dihantar untuk menentang tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Ziad ke Ghassan.

Peta : Gerakan tentera Islam di bawah Khalifah Abu Bakar menentang kuasa Parsi dan Rom

9. Khalifah Abu Bakar sendiri telah berjaya mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang kemudiannya dimansafkan pada zaman pentadbiran Khalifah Uthman bin Affa r.a.

10. Beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit untuk menghimpunkan tulisan al-Quran yang terdapat pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang untuk disalin semula.

SumbanganKhalifah Abu bakar al-Siddiq

.Khalid bin al-Walid telah diarahkan oleh khalifah Abu Bakar untuk mengetuai tentera Islam hingga

dapat menguasai Syria serta mengalahkan tentera Byzntine pada tahun 636 Masihi, dan seterusnya menguasai Iraq pada tahun 637

Masihi, Manakala Mesir pula telah ditawan daripada empayar

Byzantine pada tahun 639 Masihi.

6

Page 7: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

11. Bagi melincinkan pentadbirannya Khalifah Abu bakar telah membahagikan pentadbiran kerajaan kepada sepuluh wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, Nijran.

12. Setiap wilayah tadi telah dilantik seorang ketua atau amir.13. Beliau juga telah memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera

melalui hasil harta rampasan perang,undang-undang tanah, dan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali

14. Golongan Mawali ialah orang bukan Arab yang teleh memeluk islam dan memiliki keistimewaan yang sama dengan orang Arab Muslim.

15. Mereka telah dikenakan cukai tambahan.16. Abu Bakar al-Siddiq telah digelar sebagai “penyelamat Umat

Islam” kerana jasa-jasanya menyatupadukan umat islam yang telah berpecah-belah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w dengan menghapuskan gerakan al-Riddah.

17. Sebelum Abu Bakar mangkat beliau telah menamakan atau mencadangkan agar Umar bin al-Khatab dilantik menjadi penggantinya.

Sumbangan Khalifah Abu Bakar

Menghadapi Ancaman Rom

Mengumpulkan ayat al-Quran

Hancurkan Gerakan al-Riddah

Nabi Palsu Orang MurtadEnggan bayar Zakat

Carta Minda : Sumbangan Khalifah Abu Bakar

Soalan : Gerakan al Riddah ialah satu gerakan yang menentang kerajaan Islam. Golongan manakah yang terlibat di dalam gerakan tersebut?

I Orng yang enggan bayar zakat

II Orang-Orang yang MurtadIII Orang-orang RomIV Golongan yang mengaku

sebagai nabi.

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

Jawapan : B : I, II dan IVFakta : Gerakan alRiddah ialah satu gerakan yang mengengkari ajaran islam, mereka termasuklah golongan nabi palsu, orang yang enggan bayar zakat dan orang yang mengaku nabi palsu.Bukti : Rujuk Tajuk Sumbangan Khalifah Abu Bakar di halaman 144 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat..

Soalan : Abu Bakar ialah Khalifah pertama di sistem Khulafa al-Rasyidin. Jelaskan Sumbangan Abu Bakar sehingga beliau digelar Penyelamat Umat Islam? (10M)

Isi berdasarkan Tema-tema Penting.

1. Mentadbir Negara 2. Hapuskan nabi palsu3. Memerangi orang Murtad4. Menghapuskan orang yang

enggan bayar zakat5. Menyatupadukan umat

islam6. Hadapi Ancaman Rom dan

Parsi7. Kumpulkan al-Quran.

Esei : Pelajar perlu menghuraikan tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk Sumbangan Abu Bakar di halaman 144 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat

Membahagikan Tanah Arab kepada 10 Wilayah

7

Page 8: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

Tujuan Khalifah Abu Bakar memilih penggantinya iaitu

Umar Al-Khatab adalah untuk menghindarkan sebarang pertikaian mengenai pemilihan

khalifah selepas kematiannya.

1. Beliau menggantikan khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a dari tahun 634 Masihi sehingga 644 Masihi.

2. Nama sebenarnya ialah Umar bin al-Khatab bin Naufal dari keturunan Bani Adi dan telah dilahirkan pada tahun 583 Masihi.

3. Namanya telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar sewaktu beliau sedang sakit dan telah dipersetujui oleh semua sahabat dan orang ramai.

4. Umar al-Khatab amat terkenal dengan sifat berani dan tegas, tindakan beliau memeluk islam merupakan satu kemenangan kepada umat islam.

5. Belaiu telah banyak membantu Khalifah Abu Bakar di dalam pentadbiran.

6. Khalifah Umar r.a telah diberikan gelaran Amir al-Mukminin atau Panglima Agung orang Mukmin.

7. Semasa pemerintahannya, beliau tidak mencalonkan khalifah yang baru. Tugas tersebut diserahkan kepada Majlis Syura.

1. Zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukan olehnnya.

2. Khalifah Umar telah melaksanakan pembaharuan dalam bidang ketenteraan dan pentadbiran wilayah.

3. Beberapa jabatan baru telah ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran negara antaranya ialah Jabatan Tentera.

4. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, beliau telah melaksanakan pembahagian wilayah. Setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor ( Wali ), Setiausaha dan pegawai-pegawai daripada jabatan tertentu.

5. Antara Jabatan-jabatan yang telah dibentuk oleh Umar r.a ialah :

a. Jabatan Kadib. Jabatan Polisc. Jabatan Percukaiand. Jabatan Perbendaharaane. Jabatan Setiausaha tentera.

6. Setiap jabatan ini telah diketuai oleh katib atau setiausaha.7. Jabatan Kehakiman telah dipisahkan daripada jabatan lain dan

untuk mengelakkan salah laku hakim, mereka telah diberi gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham.

8. Beliau juga telah menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh wakil Muhajirin dan Ansar.

9. Bagi melicinkan pentadbiran Khalifah Umar telah membahagikan wilayah-wilayah Islam kepada beberapa kawasan seperti Makkah, Madinah, Kufah, Palestin, Jazirah dan Basra.

10. Beliau juga telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik Wali atau

Khalifah Umar Bin Al-Khatab

Sumbangan Khalifah Umar al-Khatab

Pidato Khalifah Umar al-Khatab setelah dilantik

menjadi Khalifah

“…Demi Allah, akan kubawa umatku ke jalan yang lurus dan

selamat,”

Soalan : Khalifah Umar telah menubuhkan banyak jabatan-jabatan baru yang bertujuan untuk melicinkan pentadbirannya. Apakah jawatan yang mengetuai jabatan-jabatan tersebut ?

A AmirB KatibC GabenorD Wali

Jawapan : B – KatibFakta : Setiap jabatan ini telah diketuai oleh katib atau setiausahaBukti : Rujuk Tajuk Khalifah Umar al-Khatab di halaman 146 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

8

Page 9: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

2. Apakah fungsi Baitulmal kepada Negara Islam?

Gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera.

11. Khalifah Umar juga telah membuat pembaharuan dalam bidang sosial terutamanya bidang pendidikan.

12. Pengajaran al-Quran telah diperkembangkan iaitu dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan bidang pendidikan.

13. Abu Sufyan pernah dihantar oleh Khalifah Umar al-Khatab ke kawasan pendalaman untuk mengajar orang-orang Badwi di sana.

14. Khalifah Umar juga telah memperkenalkan kalender Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam.

15. Dalam bidang ketenteraan pula Khalifah Umar telah membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.

16. Tentera tetap telah dibayar gaji dan pakaian seragam.17. Markas tentera juga dibina di Bandar utama, manakala kubu

pertahanan telah dibina di kawasan sempadan yang menghadap Negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

18. Dalam bidang ekonomi pula khalifah Umar telah membina terusan dan taliair untuk menigkatkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir.

19. Rakyat juga telah digalakkan untuk meneroka tanah baru bagi menjalankan kegiatan pertanian dan mengusahakan tanah terbiar.

20. Khalifah Umar juga telah mengenakan cukai iaitu cukai jizyah yang dikenakan ke atas golongan Zimmi iaitu golongan yang berada dalam Negara islam tetapi tidak beragama Islam.

21. Cukai Kharaj juga telah dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.

22. Tanaman Barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, gandum dikenakan cukai dua dirham dan anggur pula telah dikenakan cukai 10 dirham.

23. Khalifah Umar juga telah menubuhkan Baitulmal bagi mengawal aliran pendapatan Negara .

Soalan : Umar al-Khatab ialah khalifah kedua negara Islam Madinah. Jelaskan apakah sumbangan Umar al-Khatab semasa pemerintahannya? ( 15M)

Isi berdasarkan Tema-tema Penting.

Khalifah Uthman Bin Affan

Peta : Wilayah Islam di bawah Khalifah Umar

9

Page 10: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

1. Nama sebenar Khalifah Uthmanbin Affan ialah Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah dari keturunan Bani Umaiyah dan lahir pada tahun 576 Masihi.

2. Beliau terkenal kerana sifat hartawannya, seorang yang lemah lembut, bertolak ansur, dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukkan.

3. Beliau digelar Zun Nurain ( Mempunyai dua cahaya ) kerana pernah mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w selepas seorang daripadanya meninggal dunia.

4. Ahli-ahli Syura telah memilih khalifah Uthman bin Affan sebagai Khalifah yang baru.

5. Sebelum Khalifah Umar meninggal dunia, terdapat enam orang calon yang layak telah dicadangkan untuk menjawat jawatan sebagai khalifah iaitu Uthman sendiri dan Ali bin Abi Talib.

6. Setelah Khalifah Umar al-Khatab meninggal, mesyuarat telah diadakan untuk memilih penganti khalifah, Saidina Uthman dan Saidina Ali telah mendapat undi yang sama banyak.

7. Abdul Rahman bin Auf sebagai pengerusi Masyuarat telah meninjau pendapat orang ramai berkaitan isu tersebut, akhirnya mendapati ramai yang bersetuju Saidina Uthman dilantik sebagai Khalifah yang ketiga.

8. Pemerintahan beliau adalah yang paling lama dikalangan Khalifah al-Rasyidin iaitu selama 12 tahun dari 644 Masihi hingga 656 Masihi.

9. Uthman pernah melaksanakan tugas berbahaya sewaktu menyertai utusan Islam dalam Perjanjian Hudaibiyah.

1. Khalifah Uthman telah banyak membina kemudahan infrastrukturkepada rakyatnya seperti kemudahan jalanraya jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara.Beliau telah berusaha untuk mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitumal dan menggunakannya untuk membayai pembangunan Negara dan juga memperkuatkan tentera laut Islam dengan peralatan yang lengkap seperti senjata dan kapal.

2. Cukai Jizyah telah dikenakan kepada penduduk bukan Islam yang merupakan sumber penting pendapatan baitulmal.

3. Beliau juga telah berjaya memperluaskan lagi wilayah islam sehingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli.

4. Di zamannya juga buat pertama kalinya angkatan tentera laut Islam yang pertama telah ditubuhkan.

5. Khalifah Uthman juga telah berjaya mengadakan satu naskah al-Quran yang rasmi yang di panggil “Mashaf Uthman” yang telah dipakai sehingga ke hari ini.

Soalan : Umar al-Khatab ialah khalifah kedua negara Islam Madinah. Jelaskan apakah sumbangan Umar al-Khatab semasa pemerintahannya? ( 15M)

Isi berdasarkan Tema-tema Penting.

Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan r.a

Khalifah Ali Bin Abi Talib R.A

Soalan : Uthman telah dikatakan terlibat dalam satu tugas yang merbahaya semasa zaman rasulullah s.a.w. Apakah tugas bahaya yang disertai oleh Uthman?

A. Berperang dengan RomB. Utusan dalam perjanjian

Hudaibiyah.C. Berperang dengan orang

QuraisyD. Utusan dalam perjanjian

Aqabah I dan I

Jawapan : B : Utusan dalam perjanjian Hudaibiyah.Fakta : Uthman pernah melaksanakan tugas berbahaya sewaktu menyertai utusan islam dalam perjanjian Hudaibiyah.Bukti : Rujuk Tajuk Perjanjian Hudaibiyah di halaman 132 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

Pidato Khalifah Uthman bin Affan setelah dilantik menjadi

Khalifah

“…Ketahuilah bahawa dunia ini dipenuhi daya.Maka janganlah kamu tertipu oleh kemewahan hidup serta tipu daya dunia.

Contohilah mereka yang terdahulu daripada kamu…..,”

10

Page 11: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

1. Khalifah Ali bin Abu Talib lahir pada tahun 602 Masihi berketurunan Bani Hasyim.

2. Ali bina AbuTalib adalah sepupu dan menantu Rasulullah dan merupakan kanak-kanak yang mula-mula sekali memeluk islam.

3. Beliau telah dipelihara oleh Nabi sejak kecil dan telah banyak berkorban untuk Nabi dan agama islam.

4. Beliau memiliki sifat keberanian yang luar biasa, memiliki ilmu yang tinggi, jujur dan pandai berhujah.

5. Beliau telah berkahwin dengan Siti Fatimah, puteri Rasulullah s.s.w.

1. Ali telah dilantik menjadi khalifah oleh seluruh masyarakat islam Madinah kerana kepakarannya dalam selok belok hokum dan banyak membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan masyarakat dan undang-undang Islam.

2. Beliau sentiasa berusaha untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian Negara.

3. Contohnya di dalam satu peperangan saudara, iaitu Perang Siffin yang ekoran tidak puas hati Muawiyah bin Abu Sufian.

4. Penentangan tersebut telah menyebabkan berlakunya berlakunya peperangan Siffin diantara Muawiyah dan Ali yang akhirnya hampir dimenangi oleh pihak Ali.

5. Walaupun tenteranya hamper mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut, pihak lawan telah mengangkat al-Quran dan beliau telah sanggup untuk menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses rundingan.

6. Khalifah Ali bin Abu Talib tidak pernah melupakan tentang system pertahanan Negara dengan membina markas tentera di Parsi dan di Sempadan Syria.

7. Kutikan Cukai Jizyah juga telah diteruskan untuk mengembangkan ekonomi Negara.

8. Khalifah juga telah mengarahkan al-Asytar yang merupakan gabenor di Mausil dan Bandar-bandar lain di Iraq dan Syria supaya mengikat perjanjian dengan golongan Zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka.

9. Pekara ini dapat dilihat di dalam surat yang dihantar kepada al-Asytar.

Pidato Khalifah Ali Bin Abu Talib setelah dilantik menjadi

Khalifah

“…Bekerjalah dengan jujur demi perpaduan umat isl. Orang

Islam yang sebenarnya ialah orang yang selalu menjaga

lidahnya dan tangannya daripada mencaci dan mengambil hak

orang lain…Patuhilah perintah Allah dan jagan sekali-kali

derhaka kepadaNya. Apabila kamu melihat kebaikan maka kerjakanlah, dan apabila kamu

melihat kejahatan tinggalkanlah.”

Soalan : Di dalam peperangan manakah yang melibatkan orang-orang islam berperang sesama sendiri dan diakhiri rundingan?

A. Perang tabukB. Perang jamalC. Perang SiffinD. Perang Badar

Jawapan : C: Perang Siffin.Fakta : Walaupun tenteranya hamper mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut, pihak lawan telah mengangkat al-Quran dan beliau telah sanggup untuk menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses rundinganBukti : Rujuk Tajuk Khalifah Ali in bi Talib di halaman 148 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

Sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib

11

Page 12: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

Peta tahap perluasan kuasa Islam pada zaman Khulafa al-Rasyyidin.

12

Page 13: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

1. Kematian Khalifah Ali bin Abu Talib pada tahun 661 Masihi menandakan berakhirnya pemerintahan khulafa al-Rasyidin.

2. Kaedah perlantikan yang mengikut system Syura juga telah berakhir.3. Ia telah digantikan dengan system warisaniaitu diwarisi secara turun

temurun atau dikenali juga sebagai pemerintahan monarki.

1. Kerajaan Bani Umaiyyah telah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Suffian pada tahun 661 Masihi atau 41 Hijrah.

2. Selepas kematian Ali pada tahun 661Masihi, penyokong-penyokongnya telah melantik anaknya iaitu Hassan sebagai Khalifah

3. Hassan telah menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah demi perpaduan di dalam islam yang telah berpecah belah.

4. Seramai 14 orang Khalifah telah memerintah kerajaan bani Umaiyyah yang berpusat di Damsyik.

5. Kerajaan bani Umaiyyah terbahagi kepada dua tahap iaitu

B Kerajaan Bani Umaiyah

Menerangkan latar belakang pembentukan kerjaan Bani Umaiyah.

Menjelaskan sumbangan kerajaan Bani Umayiah

Menklasifikasikan khalifah-khalifah yang membawa kemajuan kepada kerajaan Bani Umaiyah.

Pembentukan Kerajaan Bani Umaiyah

Soalan : Mengapakah Hassan menyerahkan jawatan Khalifah kepada Muawiyah ?

A. Tidak berminat menjadi khalifahB. Untuk perpaduan orang

islam yang telah berpecah belah

C. Tidak mendapat sokonganD. Takut kepada Muawiyah

Jawapan : B: Untuk perpaduan orang islam yang telah berpecah belah.Fakta : Hassan telah menyerahkan jawatan khalifah islam kepada Muawiyah kerana perpaduan islam yang telah berpecah belah.Bukti : Rujuk Tajuk Pembentukan Kerajaan Bani Umaiyyah di halaman 150 Buku Teks sejarah Tingkatan Empat.

13

Tahap Pengasas Pusat Pentadbiran

Tahap Pertama( 661 hingga 750 M)

Muawiyah Bin Abu Suffian Damsyik

Tahap Kedua(756 hingga 1031M)

Abdul Rahman al-Dakhil Cordova Sepanyol

Page 14: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

2. Mengapakah wujudnya tahap kedua kerajaan Bani Umaiyah di

Cordova?

6. Antara khalifah bani Umaiyah tahap pertama yang terkenal ialah:

7. Pemerintahan Bani Umaiyah adalah bermula dari tahun 661 Masihi hingga 750 Masihi dan pemerintahannya adalah di Damsyik.

8. Kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik merupakan tahap pertama kerajaan Bani Umaiyah dan pemimpinnya menggunakan gelaran Khalifah

Soalan : Beliau amat terkenal sebagai pengasas pertama kerajaan Bani Umaiyyah. Siapakah tokoh tersebut?

A. Muawiyah Bin Abu SuffianB. Abdul Malik Bin MarwanC. Umar Bin Abdul AzizD. Marwan Bin Al-Hakam

Jawapan : B: Muawiyah bin Abu Siffian.Fakta :. Kerajaan Bani Umaiyyah telah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Suffian pada tahun 661 Masihi atau 41 HijrahBukti : Rujuk Tajuk Pembentukan Kerajaan Bani Umaiyyah Umaiyyah di halaman 150 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat..

14

NAMA KHALIFAH SUMBANGAN

Muawiyah bin Abu Suffian( 661 – 680 M )

1. Pengasas kerajaan Bani Umaiyyah

2. Pintar dan fikiran tajam3. Ubah sistem perlantikan dari

Syura kepada warisan

Abdul malik Bin Marwan( 685 – 705 M )

1. Pengasas kedua kerajaan Bani Umaiyyah

2. Membina semula kerajaan yang hampir runtuh. Akibat pemberontakan Khawarij dan Syiah

Umar Bin Abdul Aziz( 717 – 720 M )

1. Pemimpin yang adil dan mempunyai semangat islam

yang kuat.2. Mencontohi pemerintahan

khalifah Umar al-Khatab.3. Dianggap sebagai khalifah al-

Rasyidin yang kelima4. Melaksanakan undang-undang

islam.

Hisham Bin Abdul Malik( 724 – 743 M )

1. Pintar dan bijak2. Kemunculan agak lewat yang

telah menyebabkan kegagalan beliau dan khalifah selepasnya mempertahankan kerajaan

Bani Umaiyyah.

Page 15: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

3.Bagaimanakah gerakan yang dijalankan oleh Abbasiyah telah

menjadi faktor kepadakeruntuhan kerajaan Bani Umaiyah tahap

pertama?

9. Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman I telah mengasaskan pemerintahan Bani Umaiyah di Cardova dan Andalusia telah dijadikan sebagai ibu kotanya.

10. Ia bermula dari tahun 756 masihi hingga 1031 Masihi dan merupakan tahap kedua kerajaan Bani Umaiyah.

11. Pemimpinnya adalah menggunakan gelaran Amir.12. Keruntuhan Bani Umaiyah tahap pertama di Damsyik adalah disebabkan

oleh gerakan Abbasiyah.13. Hampir kesemua keturunan Bani Umaiyah telah dibunuh,kecuali Abdul

Rahman yang berjaya melarikan diri daripada tahanan di Fustat dan telah menuju ke Palestin, Afrika Utara,Maghribi dan kemudiannya ke Sepanyol.

14. Beliau telah mendirikan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua di Bumi Eropah.

1. Dari segi pentadbiran dan pemerintahan,terdapat empat aspek utama dalam sistempemerintahan danpentadbiran Kerajaan Bani Umaiyah iaitu :

a. Pemerintahan menggunakan sistem Khalifahb. Penggunaan sistem Wazarah iaitu Wazir telah dilantik

sebagai pentadbir kerajaan Pusat, menakala gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.

c. Urusetia yang menguruskan hal-hal yang berkaitan rekod, surat-menyurat dan sebagainya dan terdapat beberapa bahagian seperti Bahagian Surat Menyurat, Bahagian Cukai, Bahagian Ketenteraan, Bahagian Polis, dan Bahagian Kehakiman.Perkhidmatan PosBerkuda juga telah diperkenalkan.

d. Sistem Hijabah iaitu terdapat pegawai yang memeriksa orang yang mahu menemui Khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan sebagai pemegang amanah.Hanya tiga pegawai sahaja yangdikecualikan daripada sekatan ini iaitu Bilal, Ketua Pos dan Ketua Penyelia makanan.

2. Terdapat lima wilayah pentadbiran yang besar dalam kerajaan Bani Umaiyah iaitu:

a. Hijaz, Yaman dan seluruh Tanah arab di Bahagian tengahb. Hulu dan Hilir Mesirc. Kedua-dua bahagian Arab ( Bibilonia dan Asyor) dan

bukan Arab ( Parsi dan lain-lain)d. Al-Jazirah, Armenia, Azebaijan, dan negeri-negerikecil

Asia Minor.e. Afrika Utara hingga Barat Mesir( Andalusia dan

kepulauan Tengah )

Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah

Soalan : Muawiyah bin Abu Sufian telah memulakansistem hijabah terhadap orang yang hendak berjumpadengan khalifah.Siapakah orang yang dikecualikan daripasa sistem ini?

I. GabenorII. Bilal

III. Ketua PosIV. Ketua Penyelia Makanan

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

Jawapan :D-II, III dan IV Fakta :. Hanya tiga pegawai sahaja yang dikecualikan daripada sekatan ini iaitu Bilal, Ketua Pos dan Ketua Penyelia makanan.Bukti : Rujuk Tajuk Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyyah Umaiyyah di halaman 151 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat..

15

Page 16: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

3. Perlantikan beberapa orang gabenor adala untuk memastikan keberkesanan system pentadbiran di wilayah yang besar.

4. Kewujudan system ini telah memperlihatkan pengurusan pentadbiran yang sistematik dan jelas.

5. Ini ditambah lagi dengan penubuhan empat buah jabatan iaitu :

a. Jabatan Cukaib. Jabatan Surat Menyuratc. Jabatan Urusan Amd. Jabatan Urusan Cop Mohor Pemerintahan

6. Bagi menguatkan system ketenteraan Kerajaan Bani Umaiyah telah menubuhkan Diwanul Jundi ( Jabatan Ketenteraan )

7. Penubuhan jabatan tentera ini telah membolehkan penubuhan angkatan tentera darat dan laut.

8. Ilmu pengetahuhan telah berkembang dengan pesat pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah.

9. Ilmu-ilmu ini meliputi bidang bahasa dan sastera, sains perubatan dan ilmu agama seperti Hadith, fikah, tafsir dan Tauhid.

10. Kota Basrah telah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan.

756-788

Abdul Rahman I

822 -825

Abdul Rahman II

912- 961

Abdul Rahman III

961 -976

Abdul Rahman IV

Peta :Kerajaan Bani Umaiyah

16

Page 17: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

Penubuhan unit terjemahan karya-karya

asing ke dalam bahasa Arab telah membolehkan semua

rakyat Arab dapat mempelajari ilmu-ilmu

penting yang merangkumi pelbagai bidang yang

semeestinya agak sukar jika dipelajari dengan bahasa

asing

Ini telah membolehkan Arab membina tamadun sendiri tanpa terlalu bergantung

kepada bahasa Asing

Pemerintah masyhur Bani Umaiyah tahap kedua di Sepanyol

Sumbangan Bani Umaiyyah

Ilmu Pengetahuan

Bahasa

Sastera Perubatan

Sains

Ilmu Agama

Tauhid Hadith Fekah Tafsir

Carta Minda : Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyyah

17

Page 18: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

11. Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dapat dilihat seperti di bawah

12. Terdapat juga perkembangan dalam bidang kimia dan astronomi yang menambahkan lagi perkembangan ilmu pengetahuan bagi kerajaan Bani Umaiyah.

Soalan : Ibn-al-Nafis terkenal dalam bidang Sains dan perubatan. Karyanya yang terkenal adalah as-Shamil Fil-Sinaat al- Tabbibyah.Manakah kenyataan yang tepat berkaitan dengan buku tersebut?

A. Teknik pembedahan menggunakan pisau

B. Teknik perawatan selepas bersalin

C. Teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan

D. Teknik perawatan selepas kemalangan.

Jawapan : B: Teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahanFakta : Ibn al-Nafis telah menghasilkan karya as-Shamil Fil-Sinaat al-Tabbibyah iaitu menerangkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan.Bukti : Rujuk Tajuk Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyyah di halaman 152 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

Ibn al-Nafis adalah seorang doktor dan pakar bedah, beliau telah mendapati bahawa darah beredar antara jantung dengan perut. Kajian ini telah membetulkan kesilapan teori Galen Yunani

18

Bidang Tokoh Perkembangan

BahasaKhalil b. Ahmad (Pakar Bahasa dan Fisiologi Arab)

Sibawaih (Pakar Nahu Arab)

Basrah dan Kufah sebagaipusat pengajaran dan penyebaran.

Tanda bunyi diletakkan pada ayat-ayat al-Quran.

SasteraJamilJarirFaradaqUmar bin Abi Rabiah

Banyak usaha untuk memperterjemahkan buku-buku Yunani ke Dalam Bahasa Arab

Sains Dan Perubata

n

Ibn al-Nafis telah menghasilkan karya as-Shamil Fil-Sinaat al-Tabbibyah iaitu menerangkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan.

Pembinaan Hospital pertama semasa pemerintahan al- Walid bin Abdul Malik.

Pembinaan Hospital penyakit kusta yang pertama pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Azizi.

Agama

Urwah Bin Al-Zubair(Tokoh Hadith)

Ibn Syibah al-Zuhri(Tokoh Hadith)

Ibn Jarih(Tokoh Tafsir al-Quran)

Hasan al-BasriWasil bin ‘Ata’

(Tokoh Usuluddin)

Berkembang pesat pada zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.

Ilmu Fekah dan Usuluddin semakin berkembang dengan kemunculan Puak Murjiah dan Mktazilah.

Page 19: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

Bangsa Eropah telah menjadikan buku-buku hasil penulisan cerdik

pandai Islam sebagai bahan bacaan yang pentig dan sebagairujukan dalam

Negara dan telah dipasarkan di Eropah

13. Dalam system perundangan hakim telah menggunakan hukuman berdasarkan ijtihad iaitu menggunakan daya pemikiran dalam melaksnakan sesuatu hukum syarat.

14. Ia adalah berpandukan kitab al-Quran,Sunnah dan ijmak ( persepakatan antara ulama tentang sesuatu hukum )

15. Setiap hakim yang dilantik adalah mesti menjalankan bertindak dengan adil tanpa memilih mana-mana pihak.

1. Kerajaan bani Umaiyyah di Andalus diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil.

2. Kerajaan ini bermula dari tahun 756 Masihi hingga 1031 Masihi. Ia berpusat di Cordova, Sepanyol.

3. Kerajaan ini telah berjaya membina tamadun yang gemilang dalam bidang agama dan bukan agama.

4. Cordova telah menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada kurun ke 10 Masihi.

5. Abdul Rahman III telah mengasaskan pusat pengajian tinggi yang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah dan sebuah perpustakaan juga telah dibina semasa al-Hakam II.

6. Semasa pemerintahan kedua-dua tokoh diatas telah wujud 17 buah pusat pengajian serta 70 buah perpustakaan di Andalusia

7. Pada masa tersebut wujud sebuah universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia untuk menimba ilmu pengetahuan.

8. Bangsa Eropah telah mempelajari pelbagai ilmu daripada sarjana islam yang berkembang di seluruh Andalus bukan sahaja di Bandar Cordova, tetapi juga di Bandar-bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada.

9. Sebuah unit terjemahan didirikan di Toledo untuk memperterjemahkan karya-karya Yunani kepada bahasa Arab.

10. Orang-orang Eropah mendapat manfaat yang besar kerana berpeluang menimba ilmu pengetahuan daripada buku-buku terjemahan dan menerusi karya-karya sarjana-sarjana islam yang terkenal.

11. Cordova telah dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu dan telah menjadi jambatan kepada masyarakat eropah.

12. Dalam bidang seni bina, kerajaan Bani Umaiyyah di Andalus telah membina

Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyyah di Andalus

Soalan : Cordova amat terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada kurun ke 10 Masihi. Apakah yang menyebabkan Cordova menjadi tumpuan para pelajar?

19

Page 20: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

Soalan : Beberapa buah masjid dan istana cantik yang melambangkan perkembangan bidang seni bina islam terdapat di Andalus.Apakah nama Masji yang terdapat di Sepanyol ?

A. Masjid CordovaB. masjid IsabelaC. Masjid AlhambraD. Masjid Andalus

Jawapan : C : Istana Alhambra.Fakta : Antara Msjid yang terkenal ialah Masjid Cordova.Bukti : Rujuk Tajuk Kerajaan Bani Umaiyyah di Andalus di halaman 153 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

beberapa buah masjid dan istana yang indah di Cordova dan Granada.

13. Masjid dan istana di Andalus telah dibina dan dihiasi dengan tulisan khat ayat-ayat al-Quran dalam pelbagai bentuk yang melambangkan kesenian islam.

14. Dari segi ekonomi, Kerajaan Bani Umaiyah di Cordova telah menubuhkan baitulmal yang memainkan peranan dalammewujudkan system kewangan untuk mengimbankan pendapatan danperbelanjaan negara.

15. Sumber penting pendapatan kerajaan ialah Kharaj ( cukai tanah ), Jizyah ( cukai perlindungan ), zakat, usyur ( cukai 1/10 daripada hasil pertanian ) dan Ghanimah ( harta rampasan perang )

16. Hasil barangan tembikar, barang-barang perhiasan emas dan perak juga dihasilkan di Andalus.

17. Cordova merupakan pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

18. Terdapat juga kilang membuat alat-alat senjata dan industri memproses kulit.

19. Orang islam Andalus juga turut memperlihatkan kemajuan tentang cara memajukan tanah pertanian seperti, adanya sistem saliran,, memilih benih-benih tumbuhan dan cara menyuburkan nya.

Gambar : Seni bina masjid yang terdapat di Cordova

Soalan : Cordova amat terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada kurun ke 10 Masihi. Apakah yang menyebabkan Cordova menjadi tumpuan para pelajar?

Masjid Cordova Sepanyol

Masjid Cordova mempunyai menara yang tinggi sekitar 36Meter.

Kubahnya adalah beralaskan kayu berukir yang mempunyai 1293 tiang

yang diperbuat daripada marmar.

Pada waktu malam masjid ini diterangi dengan 4700 buah lampu

dan memerlukan 11 tan minyak setahun untuk tujuan tersebut.

20

Page 21: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

1. Kerajaan Bani Abbasiah telah muncul selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.

2. Kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah adalah disebabkan berlakunya penentangan di dalam dan luar Negara.

3. Sikap tidak puas hati golongan yang bukan berketurunan Arab seperti Mawali, Parsi dan Barbar yang telah didiskriminasi oleh pemerintah Umaiyah.

4. Mereka telah tidak diberi tempat di dalam kerajaan walaupun mempunyai kelayakan.

5. Golongan ini juga telah dikenakan cukai yang tinggi daripada orang Islam lain yang berketurunan Arab.

6. Golongan Mawali telah menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah untuk menentang pemerintahan Bani Umaiyah.

7. Khalifah kerajaan bani Umaiyah juga tidak mempedulikan tentang rakyatnya, disamping mengabaikan ajaran Islam, Sikap ini telah menimbulkan kemarahan rakyat.

8. Golongan Syiah( menyokong Ali ) dan Khawarij (menentang Ali) telah menentang kerajaan bani Umaiyah kerana amalan pemilihan khalifah yang menggunakan sistem warisan begitu juga dengan rakyat islam yang lain.

9. Ini semua telah menjadi penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.

C Kerajaan Bani Abbasiyah

Menyatakan proses pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah.

Mnenjelaskan sumbangan Kerajaan bani Abbasiyah

Menyenaraikan khalifah-khalifah terkenal kerajaan Abbasiyah.

Golongan Syiah dan Khawarij telah lahir selepas peristiwa Perang siffin antara Khalifah Ali dan Muawiyah yang telah menyebabkan pihak ali telah terpecah dua iaitu Syiah dan Khawarij

21

Page 22: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

Pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyah telah dipindahkn ke kota Baghdad kerana kedudukannya yang strategik, subur dan mempunyai sistem perhubungan yang baik dengan kawasan lain

1. Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 Masihi bersamaan 132 Hijrah dengan pertolongan pelbagai pihak, terutamanya puak Syiah melalui suatu revolusi yang dipanggil Revolusi Abbaysiyah.

2. Pada peringkat awal gerakan ini telah ditaja oleh Ali bin Abdullah yang bergerak secara sulit.

3. Semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dijalankan secara terbuka.

4. Golongan telah menggunakan nama Ahlul Bait ( keluarga Nabi Muhammad s.a.w ) untuk mendapatkan sokongan.

5. Bandar Khurasan,Kufah dan Humaimah telah dijadikan sebagai pusat operasi.

6. Revolusi ini mula dipimpin oleh Abu Muslim al-Khurasani dan berpusat di Khurasan dan Salamah al-Khallal yang berpusat di Kufah.

7. Pada tahun 750 Masihi, mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyyah dan mendirikan kerajaan baru yang dipanggil kerajaan Abbasiyah.

8. Abu al-Abbas al-Saffah telah dilantik sebagai khalifah yang pertama dan diikuti oleh 37 orang khalifah yang lain.

9. Kerajaan Abbasiyah memerintah selama lima abad iaitu dari 132 Hijrah hingga 654 Hijrah, dan kesemua khalifah Abbasiyah adalah dilantik secara warisan sepertimana yang diamalkan oleh kerajaan Bani Umaiyyah.

10. Kerajaan Bani Abbasiyah ini mengambil nama sempena al-Abbas,iaitu Nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.

11. Semasa pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur, pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah telah ditukar dari Damysik ke Baghdad.

12. Dalam zaman kerajaan Abbasiyah, terdapat dua orang khalifah yang terangung, iaitu Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun.

13. Zaman pemerintahan mereka dikemali sebagai Zaman Keemasan atau zaman kegemilangan.

14. Pada tahun 1258 Masihi, kerajaan Abbasiyah telah tewas ditangan tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan dan berakhirlah kerajaan Abbasiyah di Kota Baghdad.

Pembentukan KerajaanBanAbbasiyah

Hulagu Khan ialah pengasas kerajaan IIkhan di Iran dan

merupakan cucu kepada Genghiz Khan.

Hulagu telah berjaya mengusir Khalifah al-Musta’sim dari Baghdad

danmenakluk sementara bahagian Barat Syria yang berada di bawah

kekuasaan kerajaan Mamluk.

Beliau telah meninggal dunia di Pulau Shahi setelah memeluk Islam.

Kerajaan Bani Abbasiyah

Fasa Pertama Fasa Kedua

Pemerintahan Khalifah

( 749 – 847 M )

Pemerintahan Kerajaan Kecil(847 – 1194M )

Khalifah Terkenal

22

Page 23: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

Carta Masa :Pemerintahan Kerajaan bani Abbasiyah

1. Kota Baghdad telah memainkan peranan penting di dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun.

2. Zaman ini dipanggil sebagai zaman Keemasan kerajaan Abbasiyah, ia berlaku pada masa khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-makmun.

3. Berlaku kegiatan bercorak ilmiah yang pesat melalui penulisan, terjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.

4. Kegiatan ilmiah tersebut telah melahirkan ramai tokoh, ahli bahasa dan sastera yang serba boleh serta tokoh lain dalam bidang ilmu lain, seperti astronomi, astrologi, matematik, perubatan, seni muzik dan falsafah.

Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah

Abu Abbas al-Saffah( 750 -754 M )

Abu Jaafar al-Mansur

( 754 – 775 M )

Harun al-Rasyid( 786 – 809 M )

Abdullah al-Makmun

Turki ( 847 – 946 M

Bani Buwayh ( 946 – 1055 M

Bani Saljuk ( 1031 – 1157 M )

Soalan : Baghdad merupakan pusat kegiatan ilmiah bagi kerajaanAbbasiyah.Bagaimanakah kegiatan yang bercorak ilmiah berkembang di Baghdad?

I Menulisan penulisanII Menerusi terjemahanIII Menerusi PerdaganganIV Menerusi diplomatik

A. I dan II B. I dan III C. I, III dan IVD. Semua Di atas.

Jawapan : A : I dan II.Fakta : Berlaku kegiatan bercorak ilmiah yang pesat melalui penulisan, terjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.Bukti : Rujuk Tajuk Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah di halaman 156 Buku Teks SejarahTingkatan Empat..

23

Page 24: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

Usaha untuk mempelajari bahasa asing adalah perlu bagi membolehkan kita menambah

seberapa banyak maklumat daripada tamadun lain bagi

membina tamadun kita semdiri.

5. Sebuah institusi keilmuan telah ditubuhkan semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid iaitu BaitulHikmah.

6. Institusi ini telah mengalami perkembangan yang pesat semasa pemerintahan Al-Makmun.

7. Kegiatan utama Baitulhikmah ini ialah untuk memperterjemahkan karya falsafah dan sains terutamanya bahasa Yunani.

8. Usaha-usaha perterjemahan karya-karya dalam bahas Yunani, Sanskrit dan suriani telah mengalakkanlagi perlkembangan intelektual pada waktu itu.

9. Kegiatan penulisan yang dilakukan adalah adalah mengikut tiga tahap iaitu :

a. Tahap pertama – mencatat segala idea atau percakapanb. Tahapkedua – mengumpulkan segala idea yang serupa

atau mengumpulkan hadis Nabi Muhammads.a.w ke dalam sebuah buku.

c. Mengarang – ia dilakukan dengan teliti kerana segala yang dicatatkan itu diatur ke dalam bahagian dan bab tertentu, serta berbeza antara satu sama lain.

9. Golongan ulama juga turut terlibat dalam bidang penulisan, contohnya pada tahun 761 Masihi, ramai ulama telah mulamenyusun hadis dan menghasilkan Tulisan dalam bidang fekah, tafsir, sejarah dan sebagainya.

10. Ulama yang terkenal pada waktu itu ialah :

a. Imam Malik ( Penyusun buku al-Muwatta’)b. Ibn. Ishaq ( Penyusun Fiqah dan pendapat ijtihad )c. Imam Abu Hanifa d. Imam Syafi’ie. Imam Ahmad bin Hanbal.

11. Pada zaman itujuga terdapat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah ( sejarah Nabi Muhammad s.a.w ) dan ilmu Hadis.

12. Perkembangan bidang intelektual ini telah memperlihatkan orang Islam bukan sahaja memperterjemahkan malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalambahasa Arab.

13. Mereka juga telahmembuat penambahan dan pembaharuan yang sangat tinggi nilainya.

14. Peranan orang Islam adalah amat besar kepada peradaban dunia iaitu dengan memelihara warisan ilmu daripada terkubur begitu sahaja kerana pada waktu itu orang Eropah tidakmenghargai ilmu pengetahuan kerana berada di zaman Gelap.

15. Penubuhan pusat pengajian tinggi dan peranan yang dimainkan olehnya telah dapat mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan hingga hasil kajian sarjana Islam telah tersebar ke Eropah.

16. Karya-karya tersebut mula diterjemahkan ke dalam bahasa asing yang akhirnya telah membawa Eropah kepada zaman kebangkitan.

Soalan : I dan II

A. I dan III B. I, III dan IVC. Semua Di atas.

Jawapan : A : I dan II.Fakta : Berlaku kegiatan bercorak ilmiah yang pesat melalui penulisan, terjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.Bukti : Rujuk Tajuk Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah di halaman 156 Buku Teks SejarahTingkatan Empat..

24

Page 25: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

Usaha untuk mempelajari bahasa asing adalah perlu bagi membolehkan kita menambah

seberapa banyak maklumat daripada tamadun lain bagi

membina tamadun kita semdiri.

Perkembangan ilmu yang berlaku di kota Baghdad, Cordova dan kota-kota Islam yang lain telah membuka mata orang Eropah sehingga mewujudkan Zaman Renaissance di Eropah.

Peta kerajaan Bani Abbasiyah

D Kerajaan Turki Uthmaniyah

Menyatakan proses pembentukan kerajaan Turki Uthamaniyah.

Mnenjelaskan Faktor perkembangan kerajaan Turki Uthaminayah.

Menyenaraikan Sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dan nama-nama

25

Page 26: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

1. Kerajaan Bani Abbasiyah semakin lemah dan menyebabkan munculnya kerajaan-kerajaan kecil di Kawasan Parsi dan Turki.

2. Pada tahun 1258 Kerajaan Bani Abbasiyah telah berakhir kerana di serang oleh orang-orang Mongol.

3. Pada masa tersebut telah wujud sebuah kerajaan kecil di Turki iaitu Kerajaan Seljuk.

4. Kerajaan Turki Uthmaniyah adalah bermula sebagai sebuah kerajaan yang kecil yang terletak di sebelah barat Anatolia ( Turki pada hari ini ).

5. Kerajaan Anatolia adalah berada dibawah pengaruh kerajaan Seljuk, tetapi darisegi pemerintahan dan pentadbirannya adalah bebas daripada kerajaan Seljuk.

6. Kerajaan Anatolia ini walaupun pada asalnya adalah sebuah kerajaan yang kecil tetapi ia telah berjaya menguasai kerajaan lain dan akhirnya dapat membentuk Kerajaan Uthmaniyah.

1. Kerajaan Turki Uthmaniyah terkenal sebagai sebuah empayar islam yang terkenal dan terbesar.

2. Ia bermula dari tahun 1281 Masihi hingga 1924 Masihi dan berlangsung selama 600 tahun.

3. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman bin Ertoghul.

4. Perkataan Uthmaniyah adalah berasal daripada nama pengasas kerajaantersebut iaitu Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasaldari suku Qayi.

5. Uthman merupakan amir atau gabenor saljuk bagi kawasan barat Anatolia yang bersempadan dengan Empayar Byazantine ( Rom Timur )

6. Pada tahun 1301 Uthman telah berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan ini telah

Pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah

Menyatakan proses pembentukan kerajaan Turki Uthamaniyah.

Mnenjelaskan Faktor perkembangan kerajaan Turki Uthaminayah.

Menyenaraikan Sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dan nama-nama

Soalan : Semasa kerajannya masih baru, Kerajaan Turki Uthmaniyah sudah menguasai kawasan-kawasan yang dikuasau oleh Kerajaan Byzantin. Bagaimanakah kawasan-kawasan tersebut diperolehi oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah?

A. Menerusi kegiatan politik dan ketenteraan.

B. Menerusi perjanjian persahabatan

C. Penyerahan kuasa oleh pemerintah kawasan berkenaan.

D. Menerusi ugutan kepada pemerintah berkenaan.

Jawapan : B : Menerusi kegiatan politik dan ketenteraan.Fakta : Wilayah-wilayah ini diperolehi menerusi kegiatan politik dan ketenteraan daripada kerajaan Byzantin. Bukti : Rujuk Tajuk Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah di halaman 159.Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat

Sultan merupakan kuasa tertinggi di sepanjang pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Sultan telah dibantu oleh Wazir Besar yang merupakan ketua pentadbir dan penasihat kepada sultan.

26

Page 27: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

menyebabkan ramai Ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluaskan kawasan penaklukannya.

7. Selepas mnakluki kawasan sekitar Anatolia, Uthman telah a sebagai ibu negeri pemerintahannya.

8. Selepasa kematian Uthman pada tahun 1326, usaha perluasan kuasa telah diteruskan oleh anaknya Orhan I dan pemerintahan Uthmaniyah yang seterusnya.

9. Seramai 37 orang khalifah telah memerintah kerajaan Turki Uthmaniyah.

10. Antara tokoh-tokoh yang terkenal ialah :

Jangka Masa Pemerintahan

1280 - 1326 Utman bin Ertughul1326 - 1362 Orhan I1362 - 1389 Murad I1389 - 1402 Bayezid I1413 - 1421 Mehmed I1421 - 1444 Murad II1444 - 14461451 - 148

MehmedII( Fatih )

1481 -1512 Bayezid II1512 - 1520 Selim1520 - 1566 Sulaiman Kanuni1566 - 1574 Selim II1574 - 1595 Murad III1595 - 1603 Mehmed III

Carta : Pemerintah Kerajaan Turki Uthmaniyah

11. Orhan I telah berjaya menguasai kawasan Marmara, dan pantai Aegean, Ankara dan Gallipoli.

12. Semasa pemerintahan Murad I dan Bayezid pula kerajaan Turki Uthmaniyah telah berjaya menguasai kawasan Balkan selatan dan utara Bullgaria, Philippopolis, Sofia, Salonica, Kosovo, Utara Albania dan Wallachia.

13. Semasa pemerintahan Mehmed II, beliau telah menjalankan dasar perluasan wilayah dan telah berjaya menawan Istanbul ( Constantinople ), ibu negeri Rom pada tahun 1453.

Soalan : Kejayaan Uthman mengalahkan tentera Byzantine pada tahun 1301 telah membawa perubahan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Apkah perubahan tersebut ?

D. Bermula zaman perluasan kuasa kerajaan Uthmaniyah

E. Ramai Ghazi atau tentera dan pemimpin mesyarakat bersatu di bawah Uthman.

F. Turki telah muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal

G. Rmai orang-orang Eropah mula memeluk agama Islam.

Jawapan : B - Ramai Ghazi atau tentera dan pemimpin mesyarakat bersatu di bawah UthmanFakta : Pada tahun 1301 Uthman telah berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan ini telah menyebabkan ramai Ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluaskan kawasan penaklukannya.Bukti : Rujuk Tajuk Pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah halaman 159 Buku Teks SejarahTingkatan Empat..

27

Page 28: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

14. Zaman pemerintaan Mehmed II ini telah mewujudkan pengukuhan empayar yang berlanjutan dari penaklukan kota Constantinople pada tahun 1453 hinggalah kepada kematian Suleiman I pada tahun 1566.

15. Empayar Uthmaniyah ini telah berlanjutan sehingga ke awal abad ke 20.

16. Selepas abad yang ke 16, kerajaan Uthmaniyah mula mengalami kemerosoton dan tidak mampu untuk menguasai politik dan ekonomi jajahannya seperti mana sebelum abad ke 16.

17. Banyak faktor yang telah menyebabkan berlakunya kemerosotan kuasa Uthmaniyah antaranya ialah terdapat pemimpin yang lemah, keruntuhan system pungutan cukai, pemberontakan dan pertambahan penduduk yang pesat dan sukar di kawal dengan sepenuhnya.

18. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah bertahan selama hamper 600 tahun dan meliputi kawasan yang agak luas.

Peta Kerajaan Turki Uthmaniyah

1. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah mewujudkan sebuah empayar yang besar yang menyatukan orang Islam diseluruh dunia.

2. Kota Istanbul telah dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia Islam.

3. Selepas Sultan Selim I menguasai Makkah pada

Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah

Soalan : Kerajaan Turki telah mengalami kemerosotan selepas abadyang ke 16. Apakah factor yang menyumbang kepada kemerosotan tersebut ? ( 10 M )

Isi berdasarkan Tema-tema Penting.

1. Pemimpin yang lemah2. Keruntuhan system cukai3. Pemberontakan4. Sukar mengawal wilayah yang

luas5. Pertambahan pendudukEsei : Pelajar perlu menghuraikan tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk Pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah di halaman 159 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

28

Page 29: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

4. Apakah perubahan yang dibawa oleh Islam kepada masyarakat

Eropah yang mengamalkan sistem kebangsawanan?

tahun 1517, Kerajaan Turki Uthmaniyah telah dianggap sebagai pelindung kepada umat Islam diseruh dunia.

4. Sultan Selim I telah menggunakan gelaran “ pelindung dua Bandar suci Makkah dan Madinah” dan diterus oleh penggantinya yang lain.

5. Sultan Sulaiman I telah dikenali sebagai Kanun Suleiman kerana sumbangannya memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta, kehormatan setiap individu tanpa mengenal bangsa dan agama.

6. Pengenalan jawatan Kadi dan Mufti ia adalah sebahagian sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dan ia telah dijadikan sebagai organisasi tetap pentadbiran Islam diseluruh dunia Islam.

7. Terdapat juga jawatan Sheikh-us-Islam sebagai ketua ulama dan perananya adalah mengeluarkan fatwa yang berkaitan agama Islam.

8. Banyak koleksi fatwa yang telah dikeluarkan oleh Sheikh-us-Islam pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan salah satu sumbanagan utama kerajaan Uthmaniyah kepada agama dan sains undang-undang yang kekal dan telah digunakan hingga sekarang.

9. Kedudukan Kerajaan Turki Uthmaniyah di pusat pertemuan jalinan kegiatan perdagangan di antara Timur dan Barat serta antara Dunia Islam dan dunia bukan Islam.

10. Hubungan perdagangan telah wujud disepanjang Laut Tengah, Merah,Laut Hindi dan Laut Mediterranean.

11. Kawasan – kawasan tersebut telah dikuasai oleh kerajaan Uthmaniyah yang telah membentuk jalinan perdagangan dunia Islam yang berpusat di Istanbul.

12. Kerajaan Turki juga telah membawa perubahan kepada masyarakt Eropah yang berada di wilayah Balkan yang pada ketika itu mengamalkan sistem bangsawan berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat.

13. Islam telah memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu dan telah mengubah masyarakat Eropah yang bergantung kepada status bangsawan kepada masyarakat yang lahir dan bergantung kepada usaha individu itu sendiri yang akhirnya telah membawa kepada mobiliti sosial yang lebih luas kepada masyarakat Eropah.

14. Perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan amat pesat berlaku dalam kerajaan Uthmaniyah.

15. Sumbanga Uthmaniyah yang penting dan berpegaruh dalam dunia Islam ialah Sistem madrasah.

16. Terdapat juga system pendidikan berasaskan sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.

17. Perkembangan sekolah pendidikan ini telah melahirkan ramai golongan intelektual Islam. Antara yang terkenal ialah Fanari dan Molla Lufti yang telah menulis ensiklopedia sains Islam.

Soalan : Sultan Sueiman I telah dikenali sebagai al-Kanuni. Apakah yang menyebbkan beliau digelar sedemekian?

A Penggubal undang-undang al-Qanuni

B Memperkenalkan undang-undang mempertahankan nyawa, harta dan kehormatan

C Memperkenalkan Kanun Suleiman

D Memperkenalkan undang mengikut bangsa dan agama.

Jawapan : B - Memperkenalkan undang-undang mempertahankan nyawa, harta dan kehormatanFakta : Sultan Sulaiman I telah dikenali sebagai Kanun Suleiman kerana sumbangannya memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta, kehormatan setiap individu tanpa mengenal bangsa dan agamaBukti : Rujuk Tajuk Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah halaman 159 Buku Teks SejarahTingkatan Empat..

29

Page 30: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

18. Seorang lagi intelektual Islam yang menghasilkan ensiklopedia ialah katip celebi karyanya masih lagi menjadi rujukan hingga ke hari ini.

19. Banyak perpustakaan telah ditubuhkan semasa zaman kerajaan Uthmaniyah. Perpustakaan itu telah dibina di masjid, hospital dan juga rumah.

20. Bidang seni bina juga tidak ketinggalan terutamanya seni bina masjid yanggga ke hari ini.

21. Antara tokoh yang terkenal ialah Mimar Sinan yang telah membina Masjid Sultan Ahmed( masjid Biru ) di Istanbul.

Masjid Sultan Ahmed ( Masjid Biru di Istanbul )

1. Agama Islam telah sampai ke Eropah sejak zaman Kerajaan Bani Umaiyah di Cordova Sepanyol lagi terutamanya di kawasan Sicily dan Selatan Sepanyol.

2. Perkembangan agama islam semasa zaman kerajaan Turki Uthmaniyah bermula apabila Sultan Mehmed Fatiih telah berjaya menguasai kota Constantinople.

3. penaklukan kota tersebut menandakan bermulanya penyebaran Islam ke kawasan Eropah Timur yang dikenali sebagai Balkan.

4. Penyebaran agama Islam ke Eropah adalah disebabkan oleh faktor pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam semasa zaman Bani Umaiyah dan Turki Uthmaniyah.

Faktor-Faktor Penyebaran Islam ke Eropah

Soalan : Kerajaan Uthmaniyah telah membina banyak perpustakaan. Antara berikut manakah tempat perpustakaan tersebut di bina ?

I. MasjidII. Hospital

III. IstanaIV. Rumah

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

Jawapan : B – I, II dan IvFakta : Banyak perpustakaan telah ditubuhkan semasa zaman kerajaan Uthmaniyah. Perpustakaan itu telah dibina di masjid, hospital dan juga rumah.Bukti : Rujuk Tajuk Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah halaman 161 Buku Teks SejarahTingkatan Empat..

30

Page 31: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

5. Tentera-tentera Islam juga mempunyai semanat Ghazi, iaitu semangat kepahlawanan yang tidak gentar dan takut serta sanggup berkorban jiwa dan raga untuk penyebaran Islam.

6. Tentera Islam juga adalah tersusun dan mempunyai kelengkapan senjata moden.

7. Tentera islam mempunyai tentera berkuda dan kumpulan infantri yang kuat

8. Pada waktu itu juga terdapat tentera Janissari iaitu kumpulan elit yang terlatih dalam selok belok peperangan.Jumlah ini telah meningkat sehingga 54 000 orang semasa zaman Murad III iaitu zaman kerajaan Uthmaniyah berada di tahap kecemerlangan.

9. Peralatan yang digunakan oleh tentera Uthmaniyah juga adalah moden seperti meriam besar yang telah membantu perluasan kuasa empayar Uthmaniyah.

10. Kerajaan Uthmaniyah juga mempunyai armada laut yang kuat, contohnya semasa pemerintahan Suleiman al-Kanuni, armada laut Uthmaniyah mempunyai 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean.

11. Islam juga telah dapat berkembang di Eropah juga adalah disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil kerana sering berlaku pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan-kerajaan kecil di Eropah.Ini telah memudahkan perluasan kuasa Islam di Eopah.

12. Islam juga telah mesuk ke Eropah atas permintaan Maharaja John VI Cantacuzens pada tahun 1346 yang membuat perjanjian dengan Orhan untuk mendapatkan bantuan kerajaan Uthmaniyah dalam usaha untuk mendapatkan tahta Byzantine.

13. Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine juga telah memberikan laluan yang mudah kepada penyebaran agama Islam, terutamanya di kalangan masyarakat Balkan.

14. Intitusi Gereja Ortodoks, tidak lagi menjadi pelindung masyarakat Eropah kerana Kerajaan Byzantine tidak dapat lagi melindungi intitusi Gereja tersebut.

15. Intitusi gereja juga hampir hancur kerana berlakunya penyalahgunaan kuasa, pergaduhan pemimpinya, kekurangan sumber kewangan dan inilah yangmenjadi punca ramai penganut Kristian tertarik dengan keistimewaan agama Islam.

16. Dasar tolenrasi dan diplomasi telah digunakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah dalam penyebaran Islam di Balkan.

17. Masyarakat Balkan tidak dipaksa untuk menganut Islam, Islam juga telah mengiktiraf kedudukan, perundangan, dan harta gereja Ortodock.

18. Intitusi Gereja itu juga dibenarkan untuk melindungi kepentigan masyarakat Kristian di kawasan Balkan.

19. Sistem sosial yang telah digunakan oleh orang Islam telah menarik minat orang Kristian kerana dasar sosial islam ialah berasaskan kecemerlangan individu bukannya keturunan.

20. Ini membolehkan setiap individu berusaha untuk memperbaiki diri demi kecemerlangan diri sendiri.

21. Kerajaan Uthmaniyah juga telah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan untuk kemudahan rakyat.

Soalan : Huraikan faktor-faktor yang telah menyumbang kepda penyebaran Islam ke Eropah? (20 M)

Isi berdasarkan Tema-tema Penting.

1. Semangat Ghazi2. Peralatan Senjata3. Janissari4. Armada laut5. Eropah tidak Stabil6. Permintaan Raja Eropah7. Kelemahan Byzatine8. Kehancuran intitusi Gereja9. Dasar Diplomasi

10. Dasar sosial Islam11. Kemudahan 12. Usaha Dakwah13. Ahli Sufi

Esei : Pelajar perlu menghuraikan tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk Faktor Penyebaran Agama Islam ke Eropah di halaman 162 - 163 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

Jannisari ialah kumpulan tentera infantry elit dalam sistem

ketenteraan kerajaan Uthmaniyah.Kanak-kanak yang mengikuti system devshirme tidak semua akan menjadi pentadbir kerana

sebahagiannya akan diserapkan ke dalam system ketenteraan Uthmaniyah. Kanak-kanak

tersebut akan diberi latihan fizikl dan ketenteraan terutamanya selok

belok dan taktik serta teknik peperangan

31

Page 32: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

5. Apakah tujuan dan matlamat penubuhan unit tentera Janissari atau

Yani Cheri ?

22. Peranan yang dimainkan oleh pendakwah juga penting yang menyebabkan islam tersebar ke Eropah terutamanya di wilayah Balkan.

23. Ramai orang Turki telah berpindah ke kawasan Balkan terutamanya di Thrace, Lembah Maritsa, utara Bulgaria, dan Albania.

24. Mereka telah membina petempatan mereka di kawasan yang didiami oleh kumpulan mubaligh Islam, iaitu kumpulan Sufi.

25. Orang-orang Kristian tertarik dengan pengajaran ahli Sufi yang menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran mereka.

26. Penyebaran agama Islam ke Eropah telah berterusan hinggalah abad ke-17 dan abad ke- 18 ia tersebar ke kawasan Utara Albania, Montenegro dan Selatan- Barat Macedonia dan Crete. lam

27. Pada tahun 1520-1530 berdasarkan banci yang dibuat oleh kerajaan Uthmaniyah telah menunjukkan hamper 19% penduduk Balkan ialah orang Islam.

28. Mereka ini tertumpu di kawasan Bandar seperti Bosnia yang mempunyai 45% penduduk beragama Islam.

29. Sementara itu Bandar lain yang mempunyai penduduk Islam ialah Sofia yang mempunyai 66% penduduk Islam dan Bandar Edirne mempunyai 82% penduduk Islam.

Gambar : Tentera Turki

Soalan : Kerajaan Turki Uthmaniyah menjadi kuat apabila mendapat sokongan yang kuat daripada kaum pendatang Turki yang memang terkenal.Antara berikut yang manakah ciri-ciri bangsa Turki?

I Sifat perkauman yang KuatII Berani dan gagahIII Semangat Jihad yang tinggiIV Kuat beribadat.

A. I dan IIB. II dan IIIC. I dan IIID. III dan IV

Jawapan : B : II dan IIIFakta : Kaum Turki ini amat terkenal dengan sifat berani dan kuat, disamping semangat jihad yang tinggi ketika menentang tentera Kristian Byzantin.Bukti : Rujuk Tajuk Faktor-faktor Penyebaran Agama Islam Ke Eropah di halaman 162 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

32

Page 33: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

1. Sebelum tamadun Islam bermula, telah wujud beberapa tamadun seperti tamadun China, Mesopotamia, Mesir, Yunani, Rom dan India.

2. Tamadun-tamadun ini telah bertembung dengan tamadun Islam, apabila lahirnya agama Islam terutamanya semasa pemerintahan Khalifah al-Rasyidin.

3. Pada tahun 639 Masihi di bawah pemerintahan Khalifah Umar ibn al-Khatab, Panglima Amr ibn al-as telah menakluki Mesir.

4. Ini telah mewujudkan pertembungan tamadun antara tamadun Islam dengan Tamadun Yunani-Rom yang telah bertapak di Mesir.

5. Perluasan kuasa kerajaan Islam ke Baghdad telah menyebabkan berlakunya pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Parsi.

6. Semasa zaman kerajaan Bani Umaiyah, penaklukan ke atas Qayrawan di Utara Afrika pada tahun 670 Masihi dan pada tahun 711 masihi menakluki Sepanyol telah menyebabkan Islam telah bertembung dengan tamadun Eropah.

D Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain di Dunia

Mengetahui wujudnya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.

Menjelaskan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

Menerangkan kesan pertembungan tersebut.

Pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia sudah berlaku sejak zaman awal islam lagi Nabi Muhammad s.a.w pernah sampai ke negeri Syam untuk menjalankan perniagaan dan dapat melihat tamadun Kristian di sana.

Soalan : Semasa pemerintahan Murad I , hubungan antara pemerintah dengan penduduk setempat yang beragama Kristian terjalin dengan erat. Apakah kesan perhubungan tersebut?

I Ramai penduduk kristian memeluk agama islam.

II Orang-orang Eropah tertarik hati dengan agama Islam.

III Terbentuknya unit tentera Jannisarri atau Yeni Cheri

IV Ramai orang islam telah murtad dan menganut agama Kristian.

A. I dan IIB. I, dan IVC. II dan IVD. III dan IV

Jawapan : A : I dan IIFakta :. Sistem sosial yang telah digunakan oleh orang Islam telah menarik minat orang Kristian kerana dasar sosial islam ialah berasaskan kecemerlangan individu bukannya keturunan. Bukti : Rujuk Tajuk Faktor-faktor Penyebaran Agama Islam Ke Eropah di halaman 148.

33

Page 34: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

7. Wilayah-Wilayah islam Islam telah bertembung dengan tamadun-tamadun dunia yang lain antaranya ialah :

Negara Islam

Pertembungan Dengan Tamadun Lain

Iraq Babylon dan Parsi

Syria dan Mesir

Yunani dan Rom

India (Zaman Islam )

India Tempatan

China Islam China tempatan (Buddha)

Andalus Eropah

1. Pertembungan tamadun islam dengan tamadun lain berlaku melalui beberapa cara iaitu :

a. Diplomatik b. Perniagaan/perdaganganc. Kebudayaand. Intelektuale. Penaklukan/Ketenteraan

2. Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun lain menerusi kegiatan perdagangan dan perniagaan.

3. Orang-orang Islam Islam keturunan Arab memang terkenal dalam bidang perniagaan. Semasa menjalankan perniagaan ini orang-orang islam akan dapat menyaksikan pelbagai kebudayaan dan tamadun bangsa-bangsa lain.

4. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah terlibat dalam perdagangan dan perniagaan sehingga sampai ke Syam ( Syria ).

5. Penguasan Islam ke atas kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan Timur Mediterranean telah membolehkan perdagangan jarak jauh menjadi salah satu alat utama pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

Cara Pertembungan

Soalan : Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Eropah sejak zaman awal Islam lagi. Huraikan bagaimanakah berlakunya pertembungan tamadun antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia? ( 12M )

Isi berdasarkan Tema-tema Penting.

1. Perniagaan2. Perdagangan jarak jauh3. Hubungan Diplomatik4. Pemahaman5. Penaklukan/ketenteraan6. Interaksi dan asimilasi7. Kebudayaan8. Intelektual

Esei : Pelajar perlu menghuraikan tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk Cara Pertembungan Tamadun di halaman 164-165 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

34

Page 35: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

6. Tamadun Islam telah bertembung dengan Tamadun China pada awal abad ke-7 Masihi lagi. Pada waktu itu orang-orang Islam telah sampai ke China iaitu berdagang di Bandar Canton.

7. Hubungan diplomatik juga telah menyebabkan berlakunya pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.

8. Orang-orang Islam telah mendapatkan pengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar.

9. Semasa pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah, beberapa kumpulan peneroka telah dihantar ke Utara Selat Gibralta di Selatan Sepanyol.

10. Kumpulan peneroka tersebut telah bertembung dengan petempatan bukan Islam di Cordova, Valencia dan Rhonda.

11. Pertembungan ini telah mewujudkan hubungan diplomatik diantara kawasan tersebut dengan tamadun Islam.

12. Pertembungan tersebut telah membolehkan berlakunya pemahaman secara aman antara orang Islam dengan orang bukan Islam berkaitan cara hidup, pandangan poltik, keagamaan,ekonomi dan pentadbiran.

13. Pertembungan juga berlaku apabila menerusi cara penaklukan dan ketenteraan.

14. Usaha perluasan wilayah dan penyebaran agama Islam, Kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniya telah membentuk ekspedisi ketenteraan.

15. Penguasaan Islam ke atas Iran dan Iraq telah menyebabkan Islam bertembung dengan tamadun Parsi.

16. Di samping itu juga berlakunya interaksi dan asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain.

17. Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Rom ataupun Eropah apabila dapat menguasai kawasan Mesir dan Afrika Utara.

18. Penguasaan islam terhadap kawasan-kawasan baru terutramanya di Eropah telah mewujudkan pertembungan tanmadun dari segi Kebudayaan.

19. Contohnya, Kemunculan kerajaan Islam di Sepanyol telah mewujudkan satu kebudayaan baru di Eropah.Bahasa Arab telah dijadikan sebagai bahasa utama di Sepanyol semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah di Cordova.

20. Pada waktu itu lahir golongan orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.Golongan ini dipanggil Mozarab.

21. Islam juga telah bertembung dengan tamadun lain menerusi intelektual yang berlaku antara ahli sufi Islam dengan orang bukan islam.

22. Penyebaran Islam di Eropah telah membawa banyak keuntungan kepada Islam.Ia bukan sahaja memberikan keuntungan kepada golongan peniaga yang dapat berniaga di Eropah, juga membawa keuntungan kepada para intelek Islam.

23. Golongan intelek Islam telah dapat mendalami ilmu pengetahuan Eropah dan berjaya memperkembangkan lagi ilmu tersebut bersesuian dengan kehendak Islam.

Soalan : kemunculan Kerajaan Islam di Eropah telah mewijudkan golongan Mozarab. Manakah antara berikut benar mengenai kumpulan di atas?

A Golongan kristian yang menganut Islam.

B Golongan Islam yang berada di bawah kekuasaan Kristian

C Golongan Kristian yang mengamalkan kebudayaan Islam

D Golongan Kristian yang berada di bawah kekuasaan Islam

Jawapan : C- Golongan Kristian yang mengamalkan kebudayaan Islam

Fakta : Pada waktu itu lahir golongan orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.Golongan ini dipanggil Mozarab.

Bukti : Rujuk Tajuk Cara Pertembungan di halaman 165 Buku Teks SejarahTingkatan Empat..

35

Page 36: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

1. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia telah meningggalkan kesan di seluruh dunia.

2. Ini dapat dilihat menerusi sumbangan tamadun Islam kepada peradaban manusia.Sumbangan tersebut dapat dilihat dari aspek-aspek berikut :

i. Keagamaanii. Perluasan wilayah Islam

iii. Kebudayaan dan Intelektualiv. Seni Binav. Kesusasteraan

1. Antara sumbangan yang paling besar ialah dari segi keagamaan itu sendiri.

2. Islam telah mengubah sistem kehidupan penganutnya dan juga mereka yang berada di bawah takluknya.

3. Di dalam Islam nilai akidah adalah pekara paling penting, iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t.

4. Islam juga telah menyediakan sistem perundangan yang berasaskan kitab al-Quran dan Hadis.

5. Akidah dan Syariah Islam amat mudah diterima kerana ia adalah bersifat sawajagat dan tidak terbatas kepada bangsa ataupun kaum dan kawasan geografi.

6. Adat yang diamalkan selagi tidak bercanggah dengan islam terus dibenarkan tanpa apa-apa sekatan.

1. Pertembungan tamadun antara tamadun Islam dengan tamadun lain telah menyebabkan berlakunya pertambahan wilayah penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam.

2. Kerajaan-kerajaan Islam telah wujud di negeri-negeri India seperti Kerajaan Mughal di India, Wujudnya masyarakat Islam di China sehingga ke hari ini.

3. Pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah, walaupun berbeza dari segi institusi dan organisasi tapi telah mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat.

4. Ketiga-tiga kerajaan tersebut juga telah mengamalkan sistem pemerintahan yang berasaskan akidah dan syariah.

Kesan Pertembungan

Dari Segi Keagamaan

Dari Segi Perluasan Wilayah

Soalan : Petembungan tamadun telah menyebabkan berlakunya pertambahan wilayah Islam di India dan China. Apakah bukti yang mengaitkan pertambahan wilayah di atas?

I. Masyarakat Islam di ChinaII. Kerajaan Islam di India

III. Kerajaan Islam di ChinaIV. Kegiatan perdagangan

antara Islam, China dan India.

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

Jawapan : I, II dan IV

Fakta : Kerajaan-kerajaan Islam telah wujud di negeri-negeri India seperti Kerajaan Mughal di India, Wujudnya masyarakat Islam di China sehingga ke hari ini.Bukti : Rujuk Tajuk Kesan Pertembungan di halaman 166 Buku Teks SejarahTingkatan Empat..

36

Page 37: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

5. Penguasaan Islam ke atas wilayah-wilayah tersebut telah membolehkan orang Islam menguasai ekonomi terutamanya dari segi perdagangan dengan lebih berkesan.

6. Keselamatan disepanjang laluan perdagangan amat dijaga, bagi membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan dengan lebih licin.

7. Contohnya semasa zaman Uthmaniyah, armada-armada laut telah disedikan bagi memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Meditewrranean dan Laut Hindi.

8. Kegiatan ekonomi umat Islam adalah berlangsung di banyak kawasan. Antara pusar ekonomi Islam ialah meliputi kawasan seperti Aden, Siraf, Basra, Iskandariah dan Istanbul.

9. Islam juga telah menguasai kegiatan perdagangan di India, Ceylon, Kepulauan Melayu, dan China disebelah timur sejak abad ketujuh Masihi lagi.

10. Kegiatan perdagangan juga dijalankan di kawasn sebelah barat iaitu di Sepanyol, Selatan Peransic, Armenia, dan kawasan Selatan Gurun Sahara di benua Afrika.

11. Laluan-laluan perdagangan di Laut Merah, Laut Mediterranean, Teluk Parsi, Lautan Hindi, dan laut China Selatan telah dikuasai oleh orang Islam.

12. Pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, Kota Istanbul adalah merupakan pusat kegiatan ekonomi perdagangan.

13. Ini kerana ia terletak di kawasan yang strategik dan menjadi jambatan di antara Timur dan Barat.

1. Pertembungan tamadun antara Islam dengan Eropah telah mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di Bandar dan kawasan sekitarnya.

2. Undang-undang Islam telah mempengaruhi peyelarasan undang-undang di kawasan Balkan semasa zaman kerajaan Uthmaniyah.

3. Orag-orang Islam juga telah mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan mebangunkan kurikulum yang memberikan penekanan bukan sahaja berbentuk agama tetapi juga pendidikan yang merangkumi bidang sains, matematik dan teknologi.

4. Semasa zaman kerajaan Abbasiyah, pelajar telah diwajibkan untuk mempelajari ilmu mantik ( logik ), matematik, geografi, sejarah, sains fizikal, dan biologi.

5. Islam juga telah mempengaruhi tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik.

6. Semasa zaman kerajaan Umaiyah di Sepanyol, orang bukan islam telah mengamalkan cara hidup orang Islam.

7. Mereka bercakap dalam bahasa Arab dan juga berpakaian seperti orang Islam.

Dari Segi Kebudayaan dan Intelektual

Soalan : Huraikan Kesan pertembungan tamadun dari segi pertambahan wilayah Islam di Eropah ? ( 12 M )

Isi berdasarkan Tema-tema Penting.

1. Bentuk Kerajaan Islam2. Kerajaan Pusar3. Akidah dan Syariah4. Penguasaan Ekonomi5. Keselamatan perdagangan6. Armada laut7. Istanbul sebagai pusat

kegiatan ekonomi.

Esei : Pelajar perlu menghuraikan tema-tema satu persatu. Lihat Tajuk Kesan Pertembungan Tamadun di halaman 165-166 Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat.

Soalan : Bagaimanakah pertembungan tamadun antara Islam dan Eropah dari segi perdagangan telah memberikan keuntungan kepada Islam?

A Menguasai bahan mentah di Eropah

B Keselamatan aktiviti perdagangan dapat dijaga.

C Menguasai Pelabuhan-pelabuah penting

D Mengenakan cukai yang tinggi terhadap barangan eropah

Jawapan : B - Keselamatan aktiviti perdagangan dapat dijagaFakta : Keselamatan disepanjang laluan perdagangan amat dijaga, bagi membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan dengan lebih licinBukti : Rujuk Tajuk Kesan Pertembungan di halaman 166 Buku Teks SejarahTingkatan Empat..

37

Page 38: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

6.Bagaimanakah Mudejars memindahkan ilmu

pengetahuan islam kepada Barat. ?

Tulisan-tulisan cendekiawan Islam telah memberikan kesan yang

mendalam terhadap perkembangan pemikiran politik dan perundangan

dalam sejarah orang Islam dan Barat..

8. Pengaruh ini telah kekal di Eropah sehingga ke pertengahan Zaman Renaissance.

9. Golongan yang memainkan peranan penting dalam proses ini ialah golongan Mudejar iaitu orang Islam setempat ( minoriti ) yang terus tinggal di kawasan pemerintahan Kristian.

10. Semasa zaman Khalifah Harun al-Rasyid perpustakaan telah ditubuhkan yang membolehkan bahan penulisan daripada tamadun lain disimpan dan dikaji oleh cendekiawan Islam.

11. Kajian tersebut telah menyebabkan munculnya satu budaya keilmuan intelektual yang tinggi di kalangan orang Islam yang bermula dengan proses memperterjemahkan karya-karya bukan Islam.

12. Pada abad kelapan hingga abad ke masa keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahun 1258 Masihi adalah merupakan zaman kemuncak keilmuan Islam.

13. Ia berlangsung selama hampir lima abad dan merupakan satu-satunya era sejarah Islam yang gemilang.

14. Sumbangan tokoh-tokoh intelektual islam yang terkenal ialah seperti di bawah :

15. Tokoh-tokoh di atas telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan pada waktu itu.

Soalan : Manakah antara tokoh-tokoh di bawah, merupakan tokoh-tokoh yang berkaitan dengan Usuludin, falsafah sains, pemikiran Kritis dan agama?

I. Ibn SinaII. Al-Farabi

III. Imam GhazaliIV. Al-ZahrawiA I, II dan IIIB I, II dan IVC I, II dan IVD II, III dan IV

Jawapan : A-I, II dan IIIFakta : Ibn-Sina,al-Kindi,Fakhr al-Din,Al-Razi,Ibn. Al-Farabi dan Ibn Rushd serta Imam Ghazali telah memberikan kesan yang mendalam terhadap falsafahUsuludin, Sains, Pemikiran Kristis dan kesedaran agama.Bukti : Rujuk Tajuk Kesan Pertembungan di halaman 167 Buku Teks SejarahTingkatan Empat..

38

Bidang Tokoh-tokoh

Matematik dan Astronomial-Khawarizmi

al-BataniAbu IshaqAl-BirujiAl-Bitruni

Politik dan Undang-Undangal-Farabi

al-Miskawayhal- Mawardi

Ilmu Mantik dan falsafahUsuludin, Sains, Pemikiran Kristis dan kesedaran agama.

Ibn-Sinaal-Kindi

Fakhr al-DinAl-Razi

Ibn. Al-FarabiIbn Rushd

Imam Ghazali

Orang yang arif tentang kajian Perubatan dan Farmasi Al-Zahrawi

Page 39: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

16. Tokoh yang terkenal yang banyak memberikan sumbangan kepada perkembangan islam ialah Ibn Sina dan Ibn Rushd. Antara sumbangan mereka ialah :

Tokoh Sumbangan/ Karya

Ibn SinaNamanya yang sebenarnya ialah Abu Ali bin Husain ibn Abdullah.Di lahirkan di Bukhara.

Ahli falsafah . Ahli Perubatan Menghasilkan buku tentang falsafah

iaitu al-mantiq, Danesh nameh dan Uyun al-Hikmah dan Mujiz Kabir Wa saghir.

Buku Perubatan seperti al-Shafa, Qanum dan Sadidiyya

Kebanyakan buku perubatannya telah digunakan di Universiti Eropah hinggalah abad ke-19

Ibn RushdNamanya ialah Abu Walid Muhammad bin Ahmad.Di lahirkan di Codova.

Ahli falsafah Islam Ahli Perubatan dan astronomi Pernah menjadi kadi Tulisan yang terkenal ialah Tahafut al-

Tahafut, Mabadi, al-Falasifah dan Muwafaqati al-Hikmah Wa Shari’a.

Ideanya banyak menekankan ilmu akal dan mantik

Ilmunya telah menjadi rujukan di barat dan mempengaruhi pemikiran Eropah yang membawa kepada zaman Renaissance.

Zakaria al-Razi Tokoh Ilmu Perubatan Kepentingan perubatan klinikal Menghasilkan lebih 20 buah karya Kitab terkenal al-Hawi dan sebuah

ensiklopedia. Penterjemah utama karya Galen iaitu

ahli perubatan Greek yang terkemuka.

1. Islam juga telah memberikan sumbangan yang penting dalam

Soalan : Al-Razi adalah tokoh yang terkenal dalam bidang Perubatan, bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan digunakan diuniversiti-universiti di Eropah. Namakan karya terkanal yang ditulis oleh al-Razi?

A. al-HawiB. Al-AsrarC. Al-Jabr wa al-MuqabalahD. Al-Qanun fi al-Tibb

Soalan : Beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal dalam bidang perubatan dan astronomi. Banyak karyaya menekankan kepada ilmu akal dan mantik. Siapak tokoh di atas?

A Al- RaziB Ibn SinaC Ibn RushdD Al-Zahrawi

Jawapan : C - Ibn RushdFakta : Ibn Rushd adalah tokoh dalam bidang perubatan .Ideanya banyak menekankan ilmu akal dan mantik Bukti : Rujuk Tajuk Kesan Pertembungan di halaman 167 Buku Teks Sejarah Ting. Empat

Dari Segi Kesenian Dari Segi Kesenian

39

Page 40: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

perkembangan ketamadunan di dunia terutama di dalam bidang seni bina.

2. Keindahan seni bina islam dapat dilihat di Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed ( Masjid Biru ) di Istanbul dan Istana Alhambra di Granada.

3. Seni bina ini melambangkan ketinggian nilai seni seni bina islam.

4. Seni bina dalam tamadun Islam adalah berasaskan kepada kepercayaan tauhid dan akidah.

Seni Bina Islam yang indah

Soalan : Al-Razi adalah tokoh yang terkenal dalam bidang Perubatan, bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan digunakan diuniversiti-universiti di Eropah. Namakan karya terkanal yang ditulis oleh al-Razi?

A. al-HawiB. Al-AsrarC. Al-Jabr wa al-MuqabalahD. Al-Qanun fi al-Tibb

Istana Alhambra di GranadaSoalan : Huraikan Kesan pertembungan tamadun dari segi Perkembangan intelektual ? ( 12 M )

Isi berdasarkan Tema-tema Penting.

1. Kurikulum pelbagai bidang ilmu

2. Wajibkan pendidikan

Soalan : Islam telah memberikan sumbangan yang penting di dalam perkembangan bidang seni bina. Manakah antara berikut merupakan keindahan seni bina Islam ?

I. Masjid di Cordova, Sepanyol

II. Masjid Biru di IstanbulIII. Istana Ratu Isabella di

SepanyolIV. Istana Alhambra di

Granada

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

Jawapan : B- I, II dan IVFakta: Keindahan seni bina islam dapat dilihat di Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed ( Masjid Biru ) di Istanbul dan Istana Alhambra di Granada.Bukti : Rujuk Tajuk Kesan Pertembungan di halaman 168 Buku Teks Sejarah Ting. Empat

Dari Segi Kesenian

40

Page 41: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

.Para Cendekiawan Islam pada awalnya hanya bergantung kepada

hasil karya daripada tamadun luar.Mereka telah berjaya

1. Islam juga telah memberikan sumbangan yang besar di dalam bidang kesusasteraan.

2. Terdapat penulis puisi dan novel agung dalam sejarah persuratan manusia termasuklah Omar Khayyam yang telah menulis Ruba’iyah dan al-Jahiz terkenal dengan kitab al-Bayan.

3. Puisi yang berbentuk ketuhanan juga wujud pada waktu itu iaitu Jalad ad-Din.

4. Wanita juga tidak ketinggalan dalam menghsilkan puisi iaitu Rabi’ah al-Adawiah yang banyak menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan tuhan.

1. Pertembungan tamadun juga telah memberikan kesan yang penting kepada dunia pelayaran Islam kerana ia telah melahirkan ramai tokoh-tokoh pelayaran Islam.

2. Semasa zaman kemuncak keagungan Islam, ramai cendekiawan Islam telah mengembara dan meneroka kawasan diluar naungan Islam untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

3. Salah salah seorang tokoh yang tekenal ialah Ibn Batutah yang telah mengembara ke China, India, dan Afrika.

4. Semasa mengembara, Ibn Batutah telah membuat catatan yang tepat berkaitan dengan fakta kawasan yang dilawatinya.

5. Catatan tesebut telah dihargai oleh sejarawan dan hasil karyanya telah menjadi rujukan sejarawan hingga ke hari ini.

6. Tokoh-tokoh pengembara yang lain ialah seperti al-Mascudi yang mengembara ke China, Parsi, Idia dan Timur Afrika.Manakala Ibn. Fadhlan pula telah mengembara ke Utara Eropah pada abad ke-12.

1. Sumbangan Tamadun Islam telah memberikan kesan yang besar kepada peradaban dunia yang bermula dengan kemunculan Kerajaan Islam di Madinah.

2. Ia bukan sahaja terbatas kepada umat Islam sahaja,malah kepada semua manusia tanpa mengira agama, warna kulit dan kawasan geografi mereka.

3. Banyak pekara yang berkaitan dengan sejarah jatuh bangun kerajaan Islam yang dapat kita jadikan sebagai iktibar dan pengajaran.

4. Contohnya selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, ia telah mengajar betapa perlunya perpaduan dikalangan umat Islam untuk menentukan kejayaan sesebuah kerajaan dan Negara.

5. Pemerintah juga memainkan peranan yang penting dalam mempertingkatkan kegemilangan intelektual seperti yang ditunjukkan

Soalan : Huraikan Kesan pertembungan tamadun dari segi Perkembangan intelektual ? ( 12 M )

Isi berdasarkan Tema-tema Penting.

1. Kurikulum pelbagai bidang ilmu

2. Wajibkan pendidikan

Dari Segi Pelayaran/Pegembaraan

Kesimpulan

Soalan : Ibn Batutah adalah merupakan salah seorang tokoh Islam yang terkenal dalam bidang pengembaraan dan penerokaan.Apakah yang dititik beratkan oleh Ibn Batutah semasa mengembara?

A Tempat yang dilawatinyaB Menyebarkan ajaran Islam

di tempat yang dilawatinyaC Memastikan segala ilmu

pengetahuan tentang Negara yang dilawatinya di catatkan

D Mencatat tepat fakta yang berkaitan dengan kawasan yang dilawatinya.

Jawapan : D- Mencatat tepat fakta yang berkaitan dengan kawasan yang dilawatinyaFakta: Semasa mengembara, Ibn Batutah telah membuat catatan yang tepat berkaitan dengan fakta kawasan yang dilawatinyaBukti : Rujuk Tajuk Kesan Pertembungan di halaman 168 Buku Teks Sejarah Ting. Empat

41

Page 42: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

.Para Cendekiawan Islam pada awalnya hanya bergantung kepada

hasil karya daripada tamadun luar.Mereka telah berjaya

oleh Kerajaan-kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah.

6. Begitu juga dengan golongan cerdik pandai yang memainkan peranan mengembangkan ilmu pengetahuan hasil dari kajian dan penyelidikan karya-karya luar.

7. Segala kemudahan yang disedikan oleh kerajaan seperti tempat pembelajaran,kemudahan perpustakaan adalah untuk memajukan bidang pendidikan.

8. Sikap tolenransi yang ditunjukkan oleh kerajaan Bani Umaiyah dan Uthmaniyah yang berkembang di Eropah telah memperlihatkan wujudnya sikap toleransi dan kebebasan beragama kepada rakyatnya bertujuan untuk menjaga keamanan dan membawa kepada zaman kegemilangan.

9. Islam juga tidak hanya berkembang dalam hal-hal keagamaan sahaja,kerana Islam juga telah mampu menguasai segala bidang kehidupan ekonomi, perdagangan, politik dan sosial.

10. Ini telah membawa kepada kegemilangan dalam sejarah tamadun Islam.

11. Pencapaian tamadun Islam telahmemperlihatkan bahawa pencapaian politik, ekonomi dan sosial boleh dilakukan sekali gus dengan pencapaian keilmuan keagamaan.

KBKK CARTA MINDABAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN

42

Page 43: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

jjjgggt

1A. Sumbangan Dan Pemerintahan Empat Khalifah Al-

Rasyidin

Khalifah al-Rasyidin

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

Khalifah Umar al-Khatab

Khalifah Ali bin Abi Talib

Khalifah Uthman bin Affan

Mengatasi masalah pemilihan perlantikan khalifh

Menentang golongan murtad dan orang-orang yang enggang bayar zakat.

Keupayaan mempertahankan Madinah daripada ancaman luar iaitu Rom dan Parsi

Menyatukan seluruh umat Islam.

Membahagikan Makkah kepada 10 wilayah.

Membayar gaji tentera

Mengumpulkan tulisan al-Quran

Menubuhkan jabatan baru.

Mengadakan pembahagian wilayah di bawah Gabenor.

Menetapkan kalendar Hijrah

Sistem pentadbiran tanah

Pembinaan Terusan

Jabatan penyiasatan jenayah.

Majlis Syura. Mengembangkan

pengajian al-Quran Membentuk tentera

tetap dan sukarela Perkenalkan

pelbagai cukai Mendirikan

Membina markas tentera di Parsi dan di Sempadan Syria

Berusaha kekalkan kestabilan dan keharmonian Negara

Meneruskan kutipan Jizyah

Kemudahan infrastruktur.

Perluasan wilayah. Pengenalan tentera

laut. Mengadakan

naskah al-Quran. Dasar perluasan

Wilayah Membina angkatan

laut

Khalifah ialah Pengganti iaitu gelaran yang disandang oleh ketua negara Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

2

KBKK CARTA MINDABAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN

43

Page 44: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

yid

Kerajaan-Kerajaan Islam dan sumbangannya

Kerajaan Bani Umaiyah di Damysik

Muawiyah b.Abi Sufian

Ab.Malik b.MarwanUmar bin Abdul Aziz

Hisham bin Ab. Malik

Sistem pentadbiran dan pemerintahan telah diperkemaskan

Beberapa jabatan baru telah ditubuhkan

Sistem tentera telah diperkemaskan (Jabatan tentera)

Terkenal sebagai pusat pengajaran dan intelektual

Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan

Melahirkan tokoh seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri

Pembinaan Hospital pertama dan hospital penyakit kusta

Melahirkan Tokoh Ibn al-Nafis ( pakar bedah yang termasyur di Damsyik )

Hukuman adalah berdasarkan Ijtihad berpandukan al-Quran dan Hadis

Kerajaan Bani Umaiyah di Cordova

Abdul Rahman IAbdul Rahman IIAbdul Rahman IIIAbdul Rahman IV

Abu Abbasal-SaffahAbu jaafar al-

MansurHarun al-Rasyid

Al-Makmun

Penubuhan Pusat pengajian tinggi di Cordova

Penubuhan perpustakaan yang mengembangkan lagi ilmu pengetahuan

Pembinaan pusat penterjemahan Cordova sebagai pusat

kegemilangan ilmu pengetahuan Kecemerlangan dalam bidang

seni bina, contohnya Binaan masjid Cordovadan istana Alhambra di Granada

Penubuhan Baitulmal Pusat kegiatan ekonomi

antarabangsa Pembinaan sistem pengairan Kajian terhadap benih yang

berkualiti

Zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun dianggap sebagai zaman keemasan

Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual

Terdapat pusat keilmuan seperti Baitulhikmah

Penterjemahan karya falsafah dan sains

Penglibatan golongan ulama dalam bidang penulisan

Melahirkan Tokoh ulama seperti Imam Malik, Ibn Ishak, Abu Hanifa dan lain-lain

Kerajaan Bani Abbasiyah

Sumbangannya

Sumbangannya

Sumbangannya

3 Kerajaan Turki Uthmaniyah : Sumbangan dan Faktor Perkembangannya

KBKK CARTA MINDABAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN

44

Page 45: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

Kerajaan Turki Uthmaniyah

Uthman ErtughulOrhan IMurad I

Suleiman I

Tokoh Di asaskan Oleh Uthman bin

Ertughul Uthman merupakan seorang amir

atau gabenor Saljuk. Berjaya tumpaskan tentera

Byzantine Ramai ghazi bersatu di bawah

Uthman Mula menakluki Anatolia

Proses pembentukan

Dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia Islam Sistem perundangan yang mempertahankan dan

membela nyawa, harta dan kehormatan tanpa mengira bangsa dan agama

Mewujudkan jawatan kadi dan mufti Jawatan Sheikh-ul-Islam ( ketua ulama

mengeluarkan fatwa ) Membentuk jalinan perdagangan Dunia Islam yang

berpusat di Istanbul Sistem menggalakan kecemerlangan individu Perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan,

kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan. Pengenalan system madrasah Penulisan ensiklopedia Penubuhan perpustakaan di masjid, hospital dan

rumah Bidang seni bina masjid (Masjid Biru di Istanbul)

Sumbangannya

Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi.

Semangat Ghazi Peralatan senjata moden seperti tentera berkuda dan

infantri yang kuat dan meriam besar Kumpulan Janissari ( tentera elit ) Mempunyai armada laut yang kuat Keadaan politik yang stabil Perjanjian dengan pemerintahan tempatan Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine Institusi gereja telah hancur Dasar politik dan keagamaan yang berteraskanlam

diplomasi Dasar sosial islam Penghijrahan orang-orang Turki ke wilayah Balkan Usaha para pendakwah Is

Faktor penyebaran Islam ke Eropah

45

Page 46: bab 6 Pembentukkan kerajaan Islam dan Subbangannya.docx

46