bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan...

Upload: joseph-wong

Post on 08-Apr-2018

277 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM DAPAT MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERP

    1/2

    BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI

    KAUM DAPAT MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKANPERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA?

    Malaysia ialah satu Negara yang sangat kaya dengan sumber-

    sumber. Selain daripada itu, Malaysia pun sangat kaya dengan

    sesuatu yang sangat penting, iaitu rakyat negara Malaysia yang

    mempunyai pelbagai jenis kaum seperti, Melayu, Cina,India,

    Kadazandusun, Iban dan banyak lagi.

    Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan nilai patriotisme,

    kita haruslah bersatu padu dan berharmoni antara satu sesama

    lain, seperti sebuah pasukan bolakeranjang. Pemain-pemain harus

    saling bersatu-padu baru boleh memenangi juara.

    Selain itu, kita haruslah selalu bertolak ansur dan bertoleransi.

    Nilai ini amat penting kerana sebagai negara yang mempunyai

    pelbagai kaum dan tradisi yang berbeza, nilai bertolak ansur dan

    bertoleransi amat diperlukan supaya negara ini akan menjadi

    sebuah negara yang aman dan damai.

    Di samping itu, kita mestilah hormat-menghormati antara satu

    sesama lain. Nilai ini membolehkan kita menghormati hak-hak

    orang lain dan adat resam dan agama mereka. Dengan itu, kita

    bolehlah mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Malaysia akan

    bertambah maju sekiranya nilai hormat menghormati orong lain

    boleh diamalkan.

    Seterusnya, nilai bersefahaman dan bermuafakat adalah

    juga sangat penting. Dengan nilai ini, kita bolehlah memahami

  • 8/7/2019 BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM DAPAT MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERP

    2/2

    kaum-kaum yang berlainan di negara kita dan menghormatinya

    supaya negara kita akan menjadi sebuah negara yang aman serta

    mempunyai rakyat yang memahami antara satu sesama yang lain.

    Akhirnya, sebagai warganegara Malaysia yang

    bertanggungjawab, kita haruslah mengamalkan semua nilai yang

    dikatakan di atas supaya negara kita akan bertambah maju dan

    ramai orang termasuk pelancong asing akan menghormati negara

    kita yang aman dan damai ini.