bahagia selalu
TRANSCRIPT
Suamiku…
Usah gusarBila melalui jalan sukarKerana kita harus sedarHidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…
Suamiku…
Usah membisuJika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatuBerkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahuBeratnya beban menanggung pilu…
Suamiku…
Memang tidak mudahUntuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabahDan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indahBila haluan kita searah…
Suamiku…Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintangBiar ia menyinarHingga ke siang
Kerana kilaunya adalah….KASIH SAYANG ISTERIMU…
Anakku......Bila kau sudah maju ke hadapanSesekali tolehlah ke belakang
Agar tidak kau lupaBagaimana susahnya menjadi
Seorang manusia berguna
Anakku......Bila kau berjaya ke kemuncak langitSesekali pandanglah rumput di bumi
Agar tidak kau lupaTanah tempat asalmu
Anakku.....Bila kau sudah mencapai segalanya
Janganlah kau mendabik dadaKerana Tuhan itu Maha Berkuasa
Dalam sekelip mata kau akan menjadiSeorang yang meminta-minta
Anakku.....Apabila kau telah mendapat apa yang kau
impikanBersyukurlah kerana Dia adalah segala-
galanyaJangan sekali-kali kau lupa
Bahawa semua itu hanya sementara
Anakku ......Jika kau gagal mencapai apa yang kau
impikanJanganlah kau kecewa menyalahkan
takdirKerana itu adalah sikap yang dibenci
olehNyaDan jadilah seorang manusia yang
bertaqwa
Anakku.....Hanya itu nasihat dari ku
Buat bekalan di hari depanmuDoaku sentiasa mengiringimu
Insyallah keberkatan dunia dan akhirat