bahagian c

2
Bahagian C [ 20 Markah ] [ Masa dicadangkan : 20 minit ] Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Setiap hari Darshini dan adik-adiknya berjalan kaki ke sekolah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah. Mereka keluar awal pagi supaya sampai di sekolah sebelum pukul 7.10 pagi. Apabila sampai di sekolah, Darshini membersihkan kelas dengan kawan-kawannya. Mereka melaksanakan tugas yang telah diagihkan oleh guru kelas mereka. Setelah selesai membersihkan kelas, Darshini dan kawan-kawanya berhimpun di dewan untuk mendengar taklimat daripada guru bertugas. Mereka mendengar segala maklumat yang disampaikan oleh guru tersebut dengan teliti. Kemudian, mereka masuk ke dalam kelas masing-masing untuk memulakan pelajaran. Semasa guru mengajar, Darshini akan bertanya kepada guru sekiranya dia tidak faham. Di rumah Darshini juga akan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Dia juga akan mengulang kaji pelajaran pada masa lapang. Dia ingin menjadi seorang doktor apabila dewasa kelak.

Upload: izzi-izhan

Post on 25-Sep-2015

10 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nilai murni upsr

TRANSCRIPT

Bahagian C[ 20 Markah ][ Masa dicadangkan : 20 minit ]

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap hari Darshini dan adik-adiknya berjalan kaki ke sekolah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah. Mereka keluar awal pagi supaya sampai di sekolah sebelum pukul 7.10 pagi.

Apabila sampai di sekolah, Darshini membersihkan kelas dengan kawan-kawannya. Mereka melaksanakan tugas yang telah diagihkan oleh guru kelas mereka. Setelah selesai membersihkan kelas, Darshini dan kawan-kawanya berhimpun di dewan untuk mendengar taklimat daripada guru bertugas. Mereka mendengar segala maklumat yang disampaikan oleh guru tersebut dengan teliti.

Kemudian, mereka masuk ke dalam kelas masing-masing untuk memulakan pelajaran. Semasa guru mengajar, Darshini akan bertanya kepada guru sekiranya dia tidak faham. Di rumah Darshini juga akan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Dia juga akan mengulang kaji pelajaran pada masa lapang. Dia ingin menjadi seorang doktor apabila dewasa kelak.

JAWAPAN

1. Berdikari pergi ke sekolah berjalan kaki sejauh dua kilometer.2. Menepati masa / berdisiplin keluar awal pagi supaya sampai di sekolah sebelum pukul 7.10 pagi.3. Bertanggungjawab / bekerjasama membersihkan kelas bersama kawan-kawannya.4. Amanah melaksanakan tugas yang diagihkan oleh guru.5. Berani bertanya kepada guru sekiranya tidak faham.6. Rajin menyiapkan kerja rumah / mengulang kaji pelajaran.7. Berwawasan mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang doktor.