bahagian xi laporan pengauditan khas dan...
TRANSCRIPT
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
241
Terdapat tiga (3) komponen di bawah laporan pengauditan khas dan siasatan iaitu
laporan pengauditan khas kajian audit terhadap pengurusan ambulan; laporan
terhadap aktiviti verifikasi baki awal aset, liabiliti, Akaun Belum Terima, Akaun Belum
Bayar Dan Aset Dalam Pembinaan; serta senarai 13 siasatan yang telah CAD
laksanakan dalam tahun 2015 di mana aktiviti-aktiviti tersebut adalah berdasarkan
arahan Pengurusan Atasan atau atas aduan yang diterima. Laporan yang berkaitan
telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian serta pihak yang
berkenaan.
1 PENDAHULUAN
Pengauditan khas dijalankan atas arahan pihak pengurusan atasan berdasarkan
skop dan objektif yang tertentu. Pada tahun 2015, Cawangan Audit Dalam (CAD)
telah diarahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian untuk menjalankan kajian
terhadap pengurusan ambulan.
2 LATAR BELAKANG
Sehingga bulan Ogos 2015, terdapat 1,014 buah ambulan di 140 buah hospital
seluruh negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membelanjakan
sejumlah RM112.38juta dari tahun 2013 hingga 2015 bagi perolehan 304 buah
ambulan. Pengurusan ambulan di hospital dipantau oleh Unit Perkhidmatan
Pembedahan dan Kecemasan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM manakala
perkhidmatan penyenggaraan dan pembaikan ambulan yang dilaksanakan oleh
syarikat konsesi akan dipantau oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM.
Bagi mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan ambulan serta menjamin
keselamatan semasa mengendalikan perkhidmatan ambulan, KKM telah
mengeluarkan Garis Panduan Penambahbaikan Perkhidmatan Ambulan pada 10
Januari 2012.
3 OBJEKTIF, SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan ambulan
dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai objektif yang
ditetapkan. Manakala skop pengauditan meliputi pelaksanaan perkhidmatan ambulan
BAHAGIAN XI LAPORAN PENGAUDITAN KHAS DAN SIASATAN
A. PENGAUDITAN KHAS :
KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN AMBULAN
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
242
seperti penyelenggaraan rekod-rekod ambulan, penggunaan ambulan,
penyenggaraan dan pembaikan ambulan, pengurusan pemanduan ambulan serta
pelupusan ambulan. Hospital Dungun, Terengganu; Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri
Sembilan; dan Hospital Sik, Kedah dipilih sebagai sampel bagi pengauditan ini
berdasarkan jumlah kes kemalangan membabitkan ambulan yang dicatatkan di
ketiga-tiga buah hospital berkenaan. Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail,
rekod dan dokumen yang berkaitan dari tahun 2013 hingga bulan September 2015.
Selain itu, temu bual dengan pegawai yang terlibat dan juga pemeriksaan fizikal turut
dilaksanakan
4. PENEMUAN AUDIT DALAM
4.1 Pengurusan Penyelenggaraan Rekod-rekod Ambulan
4.1.1 Fail Kenderaan (Ambulan) Tidak Teratur dan Lengkap
Semakan Audit Dalam terhadap Fail Kenderaan bagi Ambulan
mendapati kesemua fail tidak teratur dan tidak lengkap dengan
dokumen mengenai kenderaan tersebut. Antara maklumat yang tidak
difailkan/tidak lengkap bagi ambulan yang terlibat dengan kemalangan
seperti:
a) Laporan Polis;
b) Borang Laporan Kemalangan Am (362A); dan
c) Borang Laporan Kerosakan Am (362B).
Pihak Audit Dalam juga mendapati salinan Baucar Bayaran bagi
penyenggaraan dalam tempoh waranti; pembaikan akibat kemalangan;
serta kecuaian dan vandalisme tidak difailkan dalam Fail Kenderaan.
Maklum Balas Hospital Dungun (HD)
Salinan baucar bayaran telah disimpan oleh Pegawai Kenderaan di
dalam fail kenderaan yang disediakan untuk setiap kenderaan.
Maklum Balas Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ)
Fail Kenderaan telah dikemaskinikan dari semasa ke semasa di Unit
Pentadbiran.
Maklum Balas Hospital Sik (HS)
Tindakan pembetulan telah dibuat dan Unit Kenderaan telah membuat
semua salinan invois, resit bagi sebarang pembaikan yang dijalankan
dan mengisi KEW.PA-14.
4.1.2 Buku Log Ambulan Tidak Lengkap Dan Dikemas Kini
Semakan Audit Dalam terhadap semua Buku Log ambulan di Hospital
Dungun mendapati:
a) salinan asal tidak diceraikan dan dimasukkan ke dalam fail;
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
243
b) pengiraan kadar penggunaan bahan api bulanan tidak dibuat;
c) ruangan jarak perjalanan tidak diisi;
d) ruangan nama dan tandatangan pelulus tidak lengkap;
e) ruangan nama dan tandatangan pengguna tidak lengkap; dan
f) maklumat kenderaan tidak diisi.
Semakan Audit Dalam terhadap semua Buku Log ambulan di Hospital
Sik mendapati:
a) pengiraan kadar penggunaan bahan api bulanan tidak tepat; dan
b) tandatangan pegawai yang memberi kuasa dengan pegawai
yang mengguna adalah sama.
Semakan seterusnya di HS mendapati Buku Rekod Pergerakan Kad
Inden Minyak dan Buku Rekod Pergerakan Dan Penggunaan Kad
Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit (Touch “n” Go) tidak mengikut format
yang ditetapkan dalam peraturan.
Maklum balas HD:
Format penyeliaan yang standard diwujudkan dan diguna pakai
semasa proses penyeliaan kenderaan oleh Pegawai Kenderaan
yang dilantik.
Surat arahan penjagaan kenderaan Jabatan telah dikeluarkan
kepada semua pemandu pada 1 Disember 2015.
Pelantikan 2 orang pegawai kenderaan yang baru dilakukan.
Maklum balas HS:
Taklimat kepada pemandu dan penyelia menetapkan setiap
hujung bulan iaitu pada 30/31 bagi setiap kenderaan akan diisi
minyak tangki penuh supaya anggaran minyak setiap hujung
bulan adalah lebih tepat.
Rekod pergerakan kad minyak dan rekod pergerakan Touch “n”
Go telah menggunakan format 1PP WP 4.1.
4.1.3 Rekod Penyelenggaraan Berbeza Dan Tidak Tepat
Semakan Audit Dalam terhadap data Asset History dalam Central
Management Information System (CMIS) mendapati:
a) data Asset History yang diselenggarakan oleh pihak konsesi di
HD berjumlah RM2,832,530.16 manakala data CMIS berjumlah
RM2,057,177.20. Data tersebut berbeza sebanyak
RM775,352.96; dan
b) rekod dalam Asset History bagi empat (4) ambulan di HTJ
mengandungi work order kenderaan lain. Sejumlah 20 work order
dengan nilai kos penyenggaraan berjumlah RM1,722.96 telah
dikunci masuk oleh syarikat konsesi merupakan rekod
penyelenggaraan bagi kenderaan yang lain. Ini menyebabkan
data yang diselenggara oleh pihak konsesi tidak tepat.
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
244
Maklum balas HD:
Surat arahan dikeluarkan kepada pihak syarikat konsesi bagi
memastikan data yang wujud dalam sistemnya tepat dan selari dengan
CMIS.
Maklum balas HTJ:
Terdapat kesilapan ketika mengisi data semasa aduan diambil dan
terdapat pemindahan data yang dilakukan pada sistem pengurusan
dalam talian, yang menyebabkan kekeliruan data secara teknikal pada
tahun 2009-2010. Masalah ini akan di atasi dalam penambahbaikan
sistem pengurusan dalam talian yang baru, iaitu ASIS.
4.1.4 Daftar Penyelenggaraan Harta Modal (KEW.PA-14) Tidak
Disediakan
Semakan Audit Dalam mendapati kos penyenggaraan yang tidak
termasuk dalam kontrak konsesi yang telah dibayar dengan
menggunakan peruntukan HS berjumlah RM52,409.01 bagi tahun
2013 hingga Oktober 2015 tidak direkodkan dalam KEW.PA-14.
Maklum balas HS:
Pegawai kenderaan telah merekodkan semua pembaikan dan
penyenggaraan dalam KEW.PA-14.
4.1.5 Fail Meja Tidak Diwujudkan Bagi Setiap Pemandu
Pihak Audit Dalam mendapati Fail Meja di HD bagi 14 orang pemandu
tidak dibuat untuk setiap individu. Semakan Audit Dalam juga
mendapati Fail Meja Pegawai Kenderaan dan Ketua Unit Kecemasan
dan Trauma tidak lengkap dan kemas kini.
Maklum balas HD:
Surat arahan telah dikeluarkan kepada semua Ketua Unit bertujuan
memaklumkan kepada setiap anggota untuk menyedia dan mengemas
kini Fail Meja.
4.2 Pengurusan Ambulan
4.2.1 Penggunaan Ambulan Tidak Optimum
Penggunaan ambulan di HD adalah untuk memberi bantuan kepada
pesakit yang terlibat dengan kemalangan, pesakit yang memerlukan
rawatan lanjut di hospital serta pesakit yang memerlukan rujukan lanjut
dengan doktor pakar di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
Terengganu (HSNZ). Jarak perjalanan bagi dua hala di antara HSNZ
dan HD adalah 150 km.
Analisis Audit Dalam terhadap Buku Log mendapati empat (4) ambulan
iaitu WLX 1236, WLX 1217, TAS 935 dan WTD 4082 mencatatkan
jumlah perbatuan yang rendah berbanding lima (5) ambulan yang
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
245
lainnya. Kenderaan tersebut tidak dapat digunakan secara optimum
kerana mengalami kemalangan/kerosakan/uzur. Maklumat lanjut
seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1
Kekerapan Penggunaan Ambulan Dan Jumlah Perbatuan
Dari Bulan Mei Hingga Julai 2015
Bil. No.
Pendaftaran Ambulan
Mei Jun Julai Jumlah Perbatuan Mei hingga
Julai (km)
Bil. Perjalanan
Jumlah Perbatuan
(km)
Bil. Perjalanan
Jumlah Perbatuan
(km)
Bil. Perjalanan
Jumlah Perbatuan
(km)
1. BKN 9172 25 8,248 58 8,295 65 10,579 27,122
2. WUS 649 29 10,778 58 7,644 53 7,045 25,467
3. W 4697 N 57 8,704 36 5,350 49 5,827 19,881
4. WUJ 9152 23 3,151 51 6,310 34 5,119 14,580
5. WTD 4138 13 4,255 8 2,506 12 4,306 11,067
6. *BME 1038 TM TM TM TM 61 8,426 8,426
7. WLX 1236 20 2,538 17 1,575 16 1,973 6,086
8. WLX 1217 1 42 3 476 17 2,854 3,372
9. TAS 935 6 188 1 6 4 268 462
10. **WTD 4082 - - - - - - -
Sumber : Buku Log Kenderaan Bagi Bulan Mei hingga Julai 2015
Nota : * Buku Log Kenderaan tidak dikemukakan untuk bulan Mei dan Jun 2015
** Ambulan terlibat dengan kemalangan dan masih belum dibaiki
Maklum balas HD:
Ambulan WLX 1236 dan WLX 1217 telah berusia melebihi 10 tahun
dan telah memperoleh sijil PEP; ambulan WTD 4082 terlibat dengan
kemalangan jalan raya pada 16 Julai 2014 memerlukan kos pembaikan
yang besar dan ambulan WUJ 9152 telah siap dilakukan pada 15
Disember 2015.
4.2.2 Kos Penyenggaraan Yang Tinggi
Semakan Audit Dalam terhadap dokumen berkaitan penyenggaraan
ambulan di HD yang dilaksanakan oleh Radicare mendapati kos
penyenggaraan bagi tiga (3) ambulan yang berusia 8 hingga 11 tahun
adalah melebihi kos pembelian. Juga didapati purata kos
penyenggaraan sebulan antara RM2,454.15 hingga RM3,771.20 bagi
sebuah ambulan. Maklumat lanjut seperti dalam Jadual 2.
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
246
Jadual 2
Kos Penyenggaraan Yang Tinggi
No. Pendaftaran
Ambulan
Usia (Tahun)
Kos Penyenggaraan
(RM)
Purata Kos Penyenggaraan/
Bulan (RM)
Kos Pembelian
(RM)
WLX 1217 11 323,947.39 2,454.15 216,580.00
WLX 1236 11 497,798.65 3,771.20 216,580.00
TAS 935 8 255,962.91 2,666.28 146,996.00
Maklum balas HD:
Ketiga-tiga ambulan tidak dibuat pelupusan segera walaupun kos
penyenggaraan tinggi dan melebihi kos perolehan. Ini disebabkan
Hospital Dungun mengalami kekurangan ambulan pada waktu yang
sama akibat dari ambulan-ambulan lain yang mengalami kerosakan
dan terlibat dengan kemalangan.
4.2.3 Tempoh Pembaikan Yang Panjang Oleh Syarikat Konsesi
Bagi kontrak yang berkuat kuasa sebelum bulan April 2015, tempoh
pembaikan yang ditetapkan adalah 15 hari. Manakala bagi kontrak
yang berkuat kuasa mulai 1 April 2015, Appendix 3, Section B -
Technical Requirements and Key Performance Indicators
menghendaki syarikat konsesi melaksanakan pembaikan dalam
tempoh 7 hari.
Semakan Audit Dalam mendapati sejumlah 101 work order telah lewat
dilaksanakan dengan kelewatan antara 8 hingga 184 hari. Maklumat
lanjut seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3
Tempoh Pembaikan Ambulan Dari Tahun 2013 Hingga Oktober 2015
Bil. Hospital Tempoh Pembaikan
Yang Sepatutnya (Hari)
Bilangan Ambulan
Yang Terlibat
Bilangan Work Order Melebihi
Tempoh
Tempoh Pembaikan
(Hari)
1. Dungun 15 7 20 / 455 (4.4%) 22 – 78
7 3 5 / 68 (7.4%) 8 – 16
2. Tuanku Ja’afar
15 8 45 / 924 (4.9%) 31 – 184
7 6 13 / 112 (11.6%) 8 - 58
3. Sik 15 5 12 / 422 (2.8%) 21 – 44
7 4 6 / 77 (7.8%) 8 - 12
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
247
Maklum balas HD:
Sesetengah pembaikan melibatkan penukaran atau penggantian
alat ganti baru dan memerlukan tempoh yang agak lama kerana
alat ganti tersebut tiada di pasaran tempatan dan perlu ditempah/
import dari luar negara.
Cadangan dikemukakan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu (JKNT) berkaitan pemilihan ambulan yang lebih
mudah diperoleh alat ganti dalam pasaran tempatan.
Maklum balas HTJ:
Masa yang lama diambil oleh pihak konsesi untuk melakukan
pembaikan terhadap sesebuah ambulan mengakibatkan ambulan
tidak dapat digunakan secara optimum setiap hari.
Pihak hospital melaksanakan Klausa 44 (pembaikan
menggunakan pihak ketiga) bagi menjalankan proses pembaikan
ambulan dengan lebih cepat agar dapat digunakan secara
optimum.
Maklum balas HS:
Punca kegagalan pembaikan dalam tempoh yang ditetapkan
adalah disebabkan oleh kerosakan besar pada enjin.
Pemotongan yuran telah dikenakan ke atas syarikat konsesi
tersebut.
Pendapat Audit Dalam:
Pembaikan ambulan hendaklah dilaksanakan dengan segera bagi
memastikan ambulan dapat digunakan.
4.2.4 Ambulan Yang Rosak Masih Belum Dibaiki
Semakan Audit Dalam mendapati sejumlah lapan (8) buah ambulan
rosak dan belum dibaiki di HD dan HTJ. Maklumat lanjut seperti dalam
Jadual 4 dan Gambar 1 hingga 6.
Jadual 4
Ambulan Yang Rosak Belum Dibaiki
Bil. Hospital Nombor
Pendaftaran Ambulan
Usia Ambulan (Tahun)
Lokasi Ambulan
Tarikh Work Order/
Kemalangan Catatan
1. Dungun
WTD 4082 6 Parkir HD 16.07.2014 Kemalangan
2. WUJ 9152 6 Parkir HD 30.07.2015 Kemalangan
3.
Tuanku Ja’afar
WLC 9691 12 Bengkel 24.09.2014 Kenderaan berada di Rediflet, Batu Cave untuk pembaikan
4. BMH 6634 2 Parkir HTJ 07.08.2015 Terlibat dengan kemalangan (menunggu Laporan Polis)
5. WUX 457 4 Bengkel 17.08.2015 Pembaikan menggunakan Klausa 44.1
6. BKG 2286 6 Bengkel 03.10.2015 Lampu bateri menyala dan tidak boleh start
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
248
Bil. Hospital Nombor
Pendaftaran Ambulan
Usia Ambulan (Tahun)
Lokasi Ambulan
Tarikh Work Order/
Kemalangan Catatan
7. WLC 9702 12 Bengkel 12.10.2015 Pembaikan menggunakan Klausa 44.1
8. WTE 4074 5 Bengkel 04.11.2015 Pembaikan menggunakan Klausa 44.1
Gambar 1 Gambar 2
WTD 4082 – Melanggar Kereta Yang Tiba-Tiba Membuat Pusingan U
Gambar 3
Gambar 4
WUJ 9152 – Melanggar Awning Wad Bersalin
Pintu belakang –
renggang
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
249
Gambar 5 Gambar 6
BMH 6634 - Terlibat Dengan Kemalangan
Maklum balas HD:
Ambulan WUJ 9152 - Pembaikan kerosakan telah siap dilakukan
pada 15 Disember 2015.
Ambulan WTD 4082 - Pihak Hospital Dungun telah membuat
surat permohonan peruntukan kepada Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu (JKNT) dengan nilaian permohonan sebanyak
RM85,000.00.
Maklum balas HTJ:
Bengkel yang telah dipilih untuk melakukan pembaikan
memerlukan masa untuk mendapatkan barang-barang dan
komponen untuk menggantikan komponen yang rosak.
Pihak hospital sentiasa mengemas kini status pembaikan
ambulan-ambulan tersebut dan meminta pihak bengkel untuk
mempercepatkan proses pembaikan agar ambulan dapat
digunakan segera.
Pendapat Audit Dalam
Pihak Audit Dalam mengesyorkan pembaikan terhadap ambulan
yang rosak akibat kemalangan dibuat dengan segera supaya
semua ambulan dapat digunakan secara optimum.
4.3 Pengurusan Kontrak Konsesi
4.3.1 Bayaran Yuran Konsesi Belum Dipotong
Mengikut klausa 44.1, sekiranya syarikat gagal melaksanakan
pembaikan, pihak hospital boleh mendapatkan khidmat pihak ketiga
dan segala kos perkhidmatan akan ditanggung oleh syarikat melalui
potongan terus daripada yuran perkhidmatan.
Semakan Audit Dalam mendapati bayaran yang dibuat oleh HTJ
kepada bengkel luar yang belum dipotong dari yuran perkhidmatan
Pintu belakang –
renggang
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
250
FEMS yang berjumlah RM2,430.70. Maklumat lanjut adalah seperti
dalam Jadual 5.
Jadual 5
Bayaran Kepada Bengkel Luar Yang Belum Dipotong Dari
Yuran Perkhidmatan FEMS
Bil. No./Tarikh
Baucar Nama Bengkel Luar
No. Pendaftaran
Ambulan
Kos Pembaikan
(RM)
1. B7001/09.09.2015 Image Mechanical Engineering Sdn Bhd
WUX 457 1,542.30
2. B7032/09.09.2015 Hashim Motor Workshop WTE 4074 888.40
Jumlah 2,430.70
Maklum balas HTJ:
Bayaran telah dipotong daripada yuran perkhidmatan bulan Februari
2016.
4.3.2 Invois Perkhidmatan Negeri Sembilan Chinese Maternity Medical
Center (NSCMMC) Masih Belum Didapatkan
Mengikut klausa 44.2, sekiranya pesakit perlu mendapat rawatan
segera di fasiliti kesihatan yang lain dan syarikat konsesi gagal
melaksanakan pembaikan terhadap ambulan yang rosak atau
memerlukan penyenggaraan, pihak hospital boleh menghantar pesakit
ke fasiliti kesihatan berkenaan dengan menggunakan ambulan yang
disewa daripada syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut.
Segala kos sewaan perkhidmatan akan ditanggung oleh syarikat
konsesi melalui potongan terus daripada yuran perkhidmatan.
Semakan Audit Dalam mendapati perkhidmatan sewaan ambulan dari
NSCMMC telah digunakan pada 10 Jun dan 3 Ogos 2015 untuk
menghantar pesakit ke HKL, namun sehingga ke tarikh pengauditan,
tiada bayaran dijelaskan. Ini disebabkan pihak NSCMMC masih belum
mengemukakan invois kepada HTJ.
Maklum balas HTJ:
Invois telah diperoleh dan dibayar kepada NSCMMC pada bulan
Disember 2015 dan pemotongan yuran konsesi telah dilaksanakan
pada bulan Februari 2016.
4.4 Pengurusan Pemanduan
4.4.1 Latihan
Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil.17 Tahun 2012
menetapkan antaranya pemandu ambulan hendaklah mengikuti latihan
pemanduan ambulan dan latihan berkaitan pengendalian kecemasan
dan trauma seperti Basic Life Support, Pre Hospital Care, Paediatric
Advance Life Support, Malaysia Trauma Life Support dan
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
251
Cardiopulmonary Resuscitation. Sijil latihan yang dikeluarkan
mempunyai tempoh sah selama dua (2) tahun sahaja.
Semakan Audit Dalam terhadap pengurusan latihan pemandu di
ketiga-tiga buah hospital mendapati tiada pelan perancangan latihan
disediakan untuk pemandu bagi Modul Pemanduan Berhemah.
Terdapat 20 pemandu yang memerlukan latihan tersebut kerana tidak
pernah menghadirinya atau sijil latihan telah tamat tempoh. Maklumat
lanjut seperti dalam Jadual 6.
Jadual 6
Senarai Pegawai Yang Memerlukan Latihan Pemanduan Ambulan
Bil. Hospital Nama Pegawai
Tahun Terakhir Menghadiri Latihan
Pemanduan Ambulan
*Tahun Terlibat Dengan
Kemalangan
1.
Dungun
En. Mohd Yasin bin A.Rahman 2011 -
2. En. Mohd Zaphil bin Ismail 2011 2013, 2014
3. En. Mohd Sukri bin Abdul Rahman 2012 -
4. En. Marzuki bin Ismail 2013 2015
5. En. Abdul Insan@Abd Ihsan bin Ibrahim
2013 -
6. En. Mohamad Shahifullah bin Mohamad Shah
2013 -
7. En. Fario bin Ismail 2015 2015 (dua kali)
8.
Tuanku Ja’afar
Jeffri bin Mat Aris 2013 2013
9. Razis bin Resident 2013 2014
10. Mohd Asroll bin Basri 2013 -
11. Mohamad Shaharizam bin Abd Ghani
Tidak pernah menghadiri
-
12. Mizan bin Rashid -
13. Satiwil a/l Ramachandran -
14. Mohd Hairie bin Zulkafli -
15. Mohd Sukur bin Saeman -
16.
Sik
Ibrahim bin Ismail
2013
2014
17. Che Omar bin Rejab 2013
18. Mohd Faizal bin Abdul Karim 2013
19. Muhd Rahimy bin Abd Rahim Tidak pernah menghadiri
-
20. Mohd Hilmi bin Hassan -
4.4.2 Analisis Kemalangan Ambulan
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak ketiga-tiga
hospital mendapati sejumlah 33 kemalangan telah berlaku yang
melibatkan 19 buah ambulan bagi tahun 2013 hingga bulan September
2015. Butirannya seperti dalam Jadual 7.
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
252
Jadual 7
Ambulan Yang Terlibat Dengan Kemalangan Jalan Raya
Bagi Tempoh 2013 Hingga Bulan September 2015
Bil. Hospital Nombor
Pendaftaran Ambulan
Tarikh Kemalangan/ Pemandu
Sebab Kemalangan
1.
Dungun
WLX 1236 02.08.2015 En. Fairo bin Ismail
Gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar tiang telekom
2. WTD 4082 16.07.2014 En. Marzuki bin Ismail
Kereta Proton Waja DAJ 7323 tiba-tiba membuat pusingan “U”.
3. BKN 9172 17.12.2013 En. Mohd Zaphil bin Ismail
Melanggar kereta Perodua Kancil nombor pendaftaran TT 3166
4.
BME 1038
23.09.2013 En. Ruszalam bin Mohd
Bergesel dengan tiang besi
5. 06.11.2014 En. Mohd Zaphil bin Ismail
Melanggar kereta Proton Saga nombor pendaftaran JBS 2266
6.
WUJ 9152
24.06.2013 Mohd Shah Hiew b. Ab. Halim
Terlanggar kon pembinaan jalan raya di atas jalan
7. 27.02.2015 En. Marzuki bin Ismail
Kereta di hadapan brek mengejut dan kereta belakang melanggar ambulan.
8. 30.06.2015 En. Fairo bin Ismail
melanggar belakang kereta Suzuki Swift nombor pendaftaran WWK 680
9. 30.07.2015 En. Marzuki bin Ismail
Langgar atap Wad Bersalin semasa mengundur untuk mengambil pesakit di wad
10.
Tuanku Ja’afar
NBG 8359 15.04.2014 Thiyagarajan a/l Allagan
Digeser dengan Proton Waja
11. WLC 9702 11.03.2015 Mohd Azizul bin Zainal Abidin
Dilanggar kereta dari belakang
12.
WLC 9691
03.10.2013 Mainilizam bin Ngatini
Motosikal langgar di sebelah kiri
13. 31.01.2014 Razis bin Rasident
Bergesel dengan kereta Myvi
14. WQU 4146 26.07.2014 Mainilizam bin Ngatini
Digesel oleh kereta di sebelah kanan
15.
BKG 2286
18.01.2013 Mainilizam bin Ngatini
Bergesel dengan van lain di sebelah kiri
16. 17.03.2013 Mohd Zamri b. Abdullah
Terlanggar kabel elektrik yang jatuh
17. 25.04.2013 Varatharajan a/l Vello
Dilanggar oleh kereta dari belakang dan melanggar kereta hadapan
18.
WTE 4074
07.07.2013 Thiyagarajan a/l Allagan
Dilanggar oleh kereta dari belakang
19. 18.07.2014 Muhammad Asnawi bin Jamian
Bergesel dengan kereta Iswara
20. 21.09.2014 Muhammad Asnawi bin Jamian
Dilanggar motosikal
21.
Tuanku Ja’afar
WTE 4074 14.03.2014 Thiyagarajan a/l Allagan
Dilanggar Toyota Estima
22.
WUX 457
05.05.2013 Jeffri bin Mohd Aris
Terlanggar wayar elektrik terjuntai
23. 31.12.2013 Mohd. Azizul bin Zainal Abidin
Bergeser dengan kenderaan sebelah kiri
24. BMH 6640 09.12.2013 Dilanggar motosikal
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
253
Bil. Hospital Nombor
Pendaftaran Ambulan
Tarikh Kemalangan/ Pemandu
Sebab Kemalangan
Kalaiselvan a/l Sinnadorai
25. 07.08.2015 Mohd Hafiz bin Abd Rahman
Kereta di hadapan berhenti secara mengejut.
26. BLX 2901 06.08.2013 Kenderaan bergeser dengan bin longkang
27.
Sik
WLD 4014
25.06.2013 Suffian bin Samsudin
Dihimpit oleh kereta nombor pendaftaran PKN 8283 dari kiri lalu terbabas dan terlanggar pembahagi jalan sebelah kanan
28. 27.08.2013 Mohd. Faizal bin Zainoldin
Bergeser dengan ambulan tentera nombor pendaftaran ZU 1127 di Hospital Sultanah Bahiyah
29. WLC 9715 09.10.2013 Che Omar bin Rejab
Ambulan terlanggar singki aluminium yang terjatuh di atas lebuh raya
30.
W 5914 M
07.04.2014 Mohd Haffiz bin Md Saad
Terlanggar palang besi penghalang di atas
31. 11.09.2014 Ibrahim bin Ismail
Terkena batu
32. KV5729 A 12.04.2015 Ahmad Subri bin Wahab
Terkena batu
33. BLS 4461 11.03.2015 Azizan bin Othman
Bergeser dengan motosikal
Semakan Audit Dalam terhadap Laporan Jawatankuasa Siasatan bagi
setiap kemalangan di HD mendapati ambulan yang terlibat dalam
kemalangan semasa menghantar pesakit ke HSNZ disebabkan oleh
beberapa faktor seperti berikut:
(i) kemudahan jalan raya yang masih dalam pembinaan;
(ii) memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan;
(iii) membawa ambulan secara tidak berhemah; dan
(iv) perbuatan vandalisme yang dilakukan oleh orang kurang siuman.
Maklum balas HD:
Penekanan telah diberi kepada penyelia baru yang dilantik untuk
menjaga pemandu terutama dalam perancangan latihan Modul
Pemanduan Berhemah.
Cadangan penambahan kekerapan bilangan latihan Modul
Pemanduan Berhemah dilakukan dihantar ke Jabatan Kesihatan
Negeri Terengganu untuk pertimbangan.
Penilaian semula kecekapan pemanduan anggota berkenaan
akan dilakukan pada tahun 2016.
Maklum balas HTJ:
Segala kursus latihan pemanduan ambulan diuruskan oleh
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS). Pihak JKNNS
mengadakan kursus ini hanya 2 kali setahun, Pihak hospital
mengutamakan pemandu yang tidak pernah menghadiri kursus
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
254
berkenaan memandangkan jumlah pemandu hospital yang
ramai.
Cadangan pihak hospital adalah untuk mengadakan kursus ini di
peringkat hospital.
Maklum balas HS:
Pihak hospital akan meneruskan lagi kursus pengendalian
kecemasan dan trauma yang perlu kepada pemandu bagi tahun
2016 seperti kursus Basic Life Support, Pengendalian Bencana
Kebakaran.
Bagi kursus Pemanduan Berhemah semua pemandu telah
mengikuti kursus berkenaan kecuali 2 pemandu yang baru
berpindah masuk.
4.5 Pelupusan Ambulan
Semakan Audit Dalam mendapati proses pelupusan bagi satu (1) ambulan di HTJ
yang mendapat BER1 pada 2013 masih belum diselesaikan manakala tiga (3)
ambulan yang lainnya di HS dan HD masih dalam tindakan awal pelupusan. Status
pelupusan bagi ambulan-ambulan seperti dalam Jadual 8.
Jadual 8
Ambulan Dalam Proses Pelupusan
Bil. Hospital Nombor
Pendaftaran Tarikh
Perolehan Kos Perolehan
(RM) Status Perlupusan
1. Dungun
WLX 1217 29.06.2004 216,580.00 Permohonan BER1 pada 26 Mei 2015 2. WLX 1236 29.06.2004 216,580.00
3. Tuanku Ja’afar
WJS 5818 20.05.2001 358,810.00 BER1 telah dikeluarkan pada 4 Oktober 2013
4. Sik WGC 2043 06.12.1997 99,688.00
Laporan Pemeriksa Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-17) telah dibuat dalam bulan Julai 2015 dan tidak dilengkapkan dengan maklumat seperti Tarikh Pemeriksa, Tempat Pemeriksa serta Syor Kaedah Pelupusan Dan Justifikasi.
Maklum balas HD:
Pihak Hospital Dungun telah mengeluarkan surat permohonan pelupusan ambulan
bagi WLX 1217 dan WLX 1236 dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pada
11 Januari 2016.
Perancangan untuk proses pelupusan bagi kenderaan yang layak akan dilakukan
secara berperingkat.
Maklum balas HTJ:
HTJ telah menghantar surat peringatan kepada pihak JKR untuk mendapatkan
laporan pemeriksaan JKR Cawangan Mekanikal, NS untuk laporan BER2
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
255
Maklum balas HS:
Lembaga pemeriksa telah melengkapkan KEW.PA-17. Walau bagaimanapun
pelupusan tidak diteruskan kerana pihak Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar
memohon ambulan itu untuk dijadikan bahan pembelajaran statik kepada pelatih.
Hospital Sik dalam proses memindahkan aset tersebut kepada pihak kolej berserta
dengan semua dokumen yang berkaitan
Pendapat Audit Dalam
Pihak hospital hendaklah mempercepatkan proses pelupusan ambulan bagi
memastikan hospital tidak menyimpan ambulan yang tidak boleh digunakan,
menjimatkan ruang parkir dan mendapatkan hasil pulangan yang terbaik.
5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT DALAM
Secara keseluruhannya, pengurusan ambulan boleh ditambah baik dengan
mengesyorkan pihak pengurusan mengambil tindakan terhadap perkara berikut:
a) fail kenderaan hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa bagi
memudahkan pengurusan terhadap ambulan berkenaan;
b) merekodkan kos pembaikan dan penyenggaraan dalam KEW.PA-14 dan
sentiasa dikemas kini;
c) Buku Log hendaklah dilengkapkan dan diperiksa oleh Pegawai Kenderaan
bagi tujuan pemantauan;
d) Ketua Jabatan atau wakilnya selain daripada Pegawai Kenderaan hendaklah
membuat pemeriksaan mengejut terhadap Buku Log sekurang-kurangnya
sekali setahun dan mencatatkannya dalam Buku Pemeriksaan Mengejut;
e) membuat semakan terhadap rekod dalam Asset History yang telah dikunci
masuk oleh syarikat konsesi bagi memastikan rekod berkaitan kos
penyenggaraan adalah tepat;
f) pembaikan terhadap ambulan yang rosak akibat kemalangan dibuat dengan
segera supaya semua ambulan dapat digunakan;
g) pemandu ambulan perlu diberi latihan pemanduan berhemah sejajar dengan
peraturan yang berkuat kuasa;
h) ambulan yang melebihi usia 10 tahun dan kos penyenggaraannya melebihi
dua kali daripada kos pembelian wajar dipertimbangkan untuk pelupusan bagi
memastikan keselamatan terjamin; dan
i) proses pelupusan dipercepatkan bagi memastikan hospital tidak menyimpan
ambulan yang tidak boleh digunakan, menjimatkan ruang simpanan dan
mendapatkan hasil pulangan yang terbaik.
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
256
B. PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN :
VERIFIKASI BAKI AWAL ASET, LIABILITI, AKAUN BELUM TERIMA,
AKAUN BELUM BAYAR DAN ASET DALAM PEMBINAAN
1. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk mengesahkan kewujudan aset alih serta ketepatan
data aset alih dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA) bagi perakaunan akruan di
Kementerian Kesihatan Malaysia adalah benar, saksama dan bebas daripada
sebarang kesilapan yang material.
2. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Pengauditan interim bagi pengesahan aset alih ini dijalankan dari bulan Julai hingga
September 2015. Mengikut data SPA jumlah aset alih Kementerian Kesihatan
Malaysia bagi 13 buah negeri termasuk IPKKM dan institusi adalah berjumlah
RM4,216,465,171 (RM4.2 bilion) dengan bilangan kad harta modal KEW.PA-2
sebanyak 213,322 setakat 25.6.2015.
Pengesahan secara sampel telah dilaksanakan terhadap 33 PTJ yang meliputi
13 negeri dan institusi dengan bilangan kad harta modal berjumlah 49,604 yang
bernilai RM1,213,781,491.71(RM1.2 bilion) atau 28.7% daripada nilai keseluruhan
aset alih KKM.
3. PENEMUAN AUDIT DALAM
Daripada 49,604 kad Daftar Harta Modal yang bernilai RM1.2 bilion pihak Audit
Dalam telah membuat pengesahan secara sampel terhadap 486 (1%) kad Daftar
Harta Modal KEW.PA-2 yang bernilai RM171,882,431.53 (RM171.8juta atau 14%)
daripada nilai keseluruhan aset alih di 33 PTJ tersebut. Hasil pengauditan mendapati
perkara-perkara seperti berikut:
3.1 Nilai Aset Alih Terlebih Nyata Dalam SPA
Pihak Audit Dalam telah membuat pengesahan terhadap 486 kad harta modal
KEW.PA-2 dalam SPA yang bernilai RM171,882,431.53 di 33 PTJ. Didapati
sebanyak 37 kad Harta Modal KEW.PA-2 yang bernilai RM47,266,585.64
sepatutnya menunjukkan nilai sebenar aset alih sebanyak RM4,509,407.32
sahaja. Oleh itu nilai aset alih dalam SPA pada 25 Jun 2015 telah terlebih
dinyatakan sejumlah RM42,757,178.32 atau 948%. Nilai aset alih ini lebih
dinyatakan adalah disebabkan oleh pendaftaran yang bertindih, rekod yang
tidak tepat dan aset alih yang telah dilupuskan masih wujud dalam SPA.
Butirannya seperti dalam Jadual 9.
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
257
Jadual 9
Nilai Aset Alih Lebih Nyata Dalam SPA
Perkara Bil. Kad
Nilai Aset Alih Dalam SPA
(RM)
Nilai Sebenar
(RM)
Nilai Lebih Nyata (RM)
Lebih Nyata
(%)
Pendaftaran bertindih
20 11,920,020.64 3,309,510.32 8,610,510.32 260
Rekod tidak tepat 9 21,185,449.73 1,049,135.23 20,136,314.50 1,919
Aset yang lupus 2 4,829,350.00 - 4,829.350.00 100
Kos perolehan tidak sama
1 570,000.00 5,700.00 564,300.00 9,900
Data KEW.PA-2 telah padam di PTJ tetapi masih wujud di IPKKM
5 8,761,765.27 145,061.77 8,616,703.50 5,940
Jumlah 37 47,266,585.64 4,509,407.32 42,757,178.32 948%
3.2 Pendaftaran Aset Alih Yang Bertindih
Pihak Audit Dalam mendapati nilai aset alih dalam SPA lebih dinyatakan
berbanding dengan nilai sebenar adalah disebabkan oleh pendaftaran aset
alih dalam SPA dibuat lebih daripada sekali terutamanya semasa pendaftaran
Daftar Harta Modal yang lama kepada Daftar Harta Modal SPA. Bagi
pendaftaran aset bertindih daripada 33 PTJ yang diaudit, sebanyak 7 PTJ
yang mana nilai aset alih dalam SPA adalah terlebih dinyatakan. Nilai aset alih
mengikut data SPA adalah RM11,920,020.64 berbanding dengan nilai
sebenar aset alih yang diaudit iaitu RM3,309,510.32. Oleh itu nilai aset alih
dalam SPA telah terlebih dinyatakan sebanyak RM8,610,510.32. Antara
sebab berlakunya pertindihan pendaftaran aset alih, adalah kerana nombor
casis atau nombor siri pembuat tidak dicatat atau dicatat berbeza bagi aset
alih yang sama bagi memboleh aset alih ini didaftarkan semula. Butirannya
seperti dalam Jadual 10.
Jadual 10
Pendaftaran Aset Alih Yang Bertindih
Bil. Nombor Rujukan
SPA
Rekod SPA (RM)
Fizikal Sebenar
(RM)
Lebih Nyata (RM)
Perihal Aset
1. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
KKM/JKN/HSHAS/ 06-08-01/H/05/3524
439,081.32
439,081.32 439,081.32 Siemens/Siremobile Compact L-23cm/DSA
KKM/JKN/HSHAS/ 06-08-01/H/05/3160
439,081.32
KKM/JKN/HSHAS/ 06-08-01/H/14/193
328,400.00
328,400.00 328,400.00 Hitachi Aloka KKM/JKN/HSHAS/ 06-08-01/H/14/75
328,400.00
Jumlah 1,534,962.64 767,481.32 767,481.32
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
258
Bil. Nombor Rujukan
SPA
Rekod SPA (RM)
Fizikal Sebenar
(RM)
Lebih Nyata (RM)
Perihal Aset
2. Hospital Umum Sarawak
KKM/JKN/HUSAR/13-01-01/H/07/101
330,000.00 330,000.00 330,000.00
Siemens Arcadis Varic-10610 KKM/JKN/HUSAR/
13-01-01/H/07/113 330,000.00
KKM/JKN/HUSAR/13-01-01/H/08/451
194,800.00
194,800.00 194,800.00 Ultrasound Scanner KKM/JKN/HUSAR/13-01-01/H/08/638
194,800.00
Jumlah 1,049,600.00 524,800.00 524,800.00
3. Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Terengganu, Terengganu
KKM/JKN/PKPD/ 11-04-01/H/11/4
62,000.00
62,000.00 62,000.00 Nissan Grand Livina 1.6L A/T TCB4940 KKM/JKN/PKPD/
11-04-01/H/11/23 62,000.00
KKM/JKN/PKPD/ 11-04-01/H/14/63
74,500.00
74,500.00 74,500.00 Shinhung Taurus Sante KKM/JKN/PKPD/
11-04-01/H/14/7 74,500.00
Jumlah 273,000.00 136,500.00 136,500.00
4. Hospital Miri, Sarawak
KKM/JKN/HM/ 13-14-01/H/05/20
974,929.00
974,929.00 974,929.00 Computed Tomography Scanner General
KKM/JKN/HM/ 13-14-01/H/05/64
974,929.00
Jumlah 1,949,858.00 974,929.00 974,929.00
5. Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan
KKM/JKN/HTJ/ 05-05-01/H/04/31
5,890,000.00
589,000.00 589,000.00 Siemens, Sonoline Andara G20 KKM/JKN/HTJ/
05-05-01/H/07/333 589,000.00
Jumlah 6,479,000.00 589,000.00 589,000.00
6. Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang
KKM/JKN/HKB/ 07-02-01/H/06/36
189,000.00
189,000.00 189,000.00 MED 1152 MAL KKM/JKN/HKB/ 07-02-01/H/06/35
189,000.00
Jumlah 378,000.00 189,000.00 189,000.00
7. Hospital Melaka
KKM/JKN/HM/ 04-03-01/H/04/67
127,800.00
127,800.00 127,800.00 Synergy Portable 5 Channel Multimedia KKM/JKN/HM/
04-03-01/H/04/95 127,800.00
Jumlah 255,600.00 127,800.00 127,800.00
Jumlah
Keseluruhan 11,920,020.64 3,309,510.32 8,610,510.32
3.3 Rekod Aset Alih Yang Tidak Tepat
Semakan Audit Dalam juga mendapati kos perolehan aset alih yang
dicatatkan dalam SPA adalah tidak tepat. Sebanyak 4 PTJ terlibat di mana
nilai perolehan yang dicatat dalam SPA adalah RM21,185,449.73 berbanding
dengan kos sebenar iaitu sebanyak RM1,049,135.23. Oleh itu nilai aset alih
dalam SPA telah terlebih dinyatakan sebanyak RM20,136,314.50. Perkara
ini berlaku antaranya disebabkan data dikunci masuk oleh Pekerja Sambilan
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
259
Harian (PSH) dan tidak disemak oleh Pegawai Pengesah semasa membuat
pengesahan dalam SPA. Butirannya seperti dalam Jadual 11.
Jadual 11
Rekod Aset Alih SPA Tidak Tepat
Bil Nombor Rujukan
SPA
Rekod SPA
(RM)
Kos Sebenar/
LO/KEW.PA Asal (RM)
Lebih Nyata
(RM)
Perihal Aset
1. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu
KKM/JKN/HSNZ/ 11-04-1/H/14/1559
371,301.00
399,301.00 362,301.00
Fundus Camera With Retinal Angiography System
KKM/JKN/HSNZ/ 11-04-01/H/14/1560
1,000.00
Patient Monitoring Equip. (Automatic Multiparameter)/ Vital Sign Monitor
KKM/JKN/HSNZ/ 11-04-01/H/15/9
3,000.00
Transilluminator/ transsilluminator 3.6V C/W Mini Charger
KKM/JKN/HSNZ/ 11-04-01/H/14/203
386,301.00 Fundus Camera/ Cirrus Photo Zeiss
KKM/JKN/HSNZ/ 11-04-01/H/10/619
7,839,000.00 78,390.00 7,760,610.00 Engstrom Pro Ventilator
KKM/JKN/HSNZ/ 11-04-01/H/10/621
850,000.00 8,500.00 841,500.00 Fisher & Paykel
Jumlah 9,450,602.00 486,191.00 8,964,411.00
2. Pejabat Kesihatan Pergigian Kuala Terengganu, Terengganu
KKM/JKN/PKPD/ 11-04-01/H/07/17
8,574,650.00 85,746.50 8,488,903.50 Van Toyota Hiace Model TRH203R-EDMDK (TAP 9075)
Jumlah 8,574,650.00 85,746.50 8,488,903.50
3. Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan
KKM/JKN/HPD/ 05-03-01/H/13/263
383,500.00 197,500.00 186,000.00 Toyota Hiace Super
Long Wheelbase
Jumlah 383,500.00 197,500.00 186,000.00
4. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
KKM/JKN/HSHAS/ 06-08-1/H/05/3159
2,776,697.73 276,697.73 2,500,000.00
Laproscopic Surgery Set CW Insufluflator, Video And Monitoring System
Jumlah 2,776,697.73 276,697.73 2,500,000.00
Jumlah
Keseluruhan 21,185,449.73 1,049,135.23 20,136,314.50
3.4 Rekod Aset Yang Telah Lupus Masih Dalam SPA
Pihak Audit Dalam mendapati 2 PTJ iaitu Hospital Bukit Mertajam, Pulau
Pinang dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang telah mendapat
kelulusan untuk melupuskan aset alih masing-masing yang bernilai
RM196,350.00 dan RM4,633,000.00, bagaimanapun didapati rekod kedua-
dua aset alih ini masih lagi berada dalam SPA. Oleh itu nilai aset alih dalam
SPA telah lebih dinyatakan sebanyak RM4,829,350 seperti dalam Jadual
12.
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
260
Jadual 12
Rekod Aset Yang Telah Lupus Masih Dalam SPA
Bil. Nombor Rujukan
SPA Rekod SPA
(RM) Rujukan/Tarikh
Lupus Lebih Nyata
(RM) Perihal Aset
1. Hospital Bukit Mertajam
KKM/JKN/HBM/07 -01-01/H/06/159
196,350.00 (42)HBM/002/25Jld.9 04.03.2015
196,350.00 Syringe Pump Pilot A2
2. Hospital Tengku Ampuan Afzan
KKM/JKN/HTAA/ 06-04-01/H/02/19
4,633,000.00 KK/BPA(S)10/09C/664/20(SK.15)(3) 16.04.2015
4,633,000.00 Philips Gyroscan Intera 1.5T Master
Jumlah 4,829,350.00 4,829,350.00
3.5 Maklumat Data SPA Di Bahagian Perolehan IPKKM Berbeza Dengan
Maklumat SPA Di PTJ
3.5.1 Kos Perolehan Aset Tidak Sama
Semakan Audit Dalam terhadap data yang dikemukakan oleh
Bahagian Perolehan Dan Penswastaan, IPKKM bagi Kad Daftar Harta
Modal KEW.PA-2 mendapati aset alih Weighing Scale bernilai
RM570,000 dalam data SPA di IPKKM berbeza dengan rekod Kad
Daftar Harta Modal KEW.PA-2 yang dicetak di Hospital Sultanah Nur
Zahirah (HSNZ) melalui SPA pada tarikh auditan dijalankan iaitu
bernilai RM5,700.00. Oleh itu nilai aset alih dalam SPA terlebih
dinyatakan sejumlah RM564,300.00. Maklumat lanjut seperti dalam
Jadual 13.
Jadual 13
Kos Perolehan Aset Pada Daftar Harta Modal KEW. PA-2 Tidak Tepat
Bil. Nombor Rujukan
SPA SPA – IPKKM
(RM) SPA – HSNZ
(RM) Lebih Nyata
(RM) Jenis Aset
1. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu
KKM/JKN/HSNZ/ 11-04-01/H/10/628
570,000.00 5,700.00 564,430.00 Weighing Scale 703/20
Jumlah 570,000.00 5,700.00 564,300.00
3.5.2 Kad Daftar Harta Modal KEW.PA-2 Telah Dipadamkan Di PTJ
Tetapi Masih Wujud Dalam Data SPA di IPKKM
Semakan Audit Dalam di PKPD Kuala Terengganu (PKPDKT) dan
Hospital Melaka mendapati Kad Daftar Harta Modal KEW.PA-2
mengikut data SPA di Bahagian Perolehan Dan Penswastaan, IPKKM
bernilai RM8,761,765.27 berbeza dengan data SPA di PKPDKT
bernilai RM145,061.77. Pihak Audit Dalam dimaklumkan bahawa
maklumat berkenaan telah dipadamkan di PTJ bagaimanapun
maklumat tersebut masih wujud dalam data yang dikemukakan oleh
IPKKM bertarikh 25 Jun 2015. Oleh itu nilai aset alih di IPKKM telah
terlebih dinyatakan sejumlah RM8,616,703.50. Maklumat lanjut
seperti dalam Jadual 14.
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
261
Jadual 14
Kad Daftar Telah Dipadamkan Di PTJ Tetapi Masih Wujud Dalam Data SPA Di IPKKM
Bil. No. Ruj.
SPA
SPA – IPKKM (RM)
SPA - PTJ (RM)
Lebih Nyata (RM)
Jenis Aset PTJ/
Lokasi
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Terengganu, Terengganu
1. KKM/JKN/ PKPD/11-04 -01/H/07/18
8,574,650 - 8,574,650.00 Van Toyota Hiace Model TRH203R-EDMDK (TAP 9078)
PKPD
2. KKM/JKN/ PKPD/11-04 -01/H/07/18
- 85,746.50 - Van Toyota Hiace Model TRH203R-EDMDK (TAP 9078)
KP Seberang
Takir
3. KKM/JKN/PKPD/11-04 -01/H/12/03
59,315.27 - 59,315.27 Exora F.L 1.5L TBJ483
PKPD
4. KKM/JKN/PKPD/11-04 -01/H/12/03
- 59,315.27 - Exora F.L 1.6 Manual Executive Bold
KP Bukit Tunggal
Hospital Melaka
1. KKM/JKN/ HM/04-03-01/H/04/67
127,800.00 Telah padam
127,800.00 Synergy Portable 5 Channel Multimedia Synergy
Hospital Melaka
Jumlah 8,761,765.27 145,061.77 8,616,703.50
4. MAKLUM BALAS PTJ
Pihak Audit Dalam telah mengeluarkan Laporan Penemuan Audit Dalam kepada
PTJ yang terlibat bagi membolehkan pihak PTJ mengambil tindakan pembetulan
terhadap data SPA yang tidak tepat. Mengikut maklumbalas yang diterima tindakan
pembetulan terhadap data SPA telah dilaksanakan kecuali bagi Hospital Kepala
Batas dan Hospital Melaka.
5. RUMUSAN
Berdasarkan pengesahan terhadap sampel aset alih sejumlah 486 kad Daftar Harta
Modal KEW.PA-2 berjumlah RM171,882,431.53 yang diaudit, didapati sebanyak 37
Kad Daftar Harta Modal yang bernilai RM47,266,585.64 dalam SPA sebenarnya
hanya bernilai RM4,509,407.32, iaitu telah terlebih dinyatakan sebanyak
RM42,757,178.32 atau 948%. Oleh itu nilai aset alih dalam SPA di KKM tidak
memberi gambaran yang benar dan saksama dan boleh menjejaskan ketepatan
baki awal aset alih dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan nanti. Selain itu jumlah
dan nilai aset alih yang diterima setakat 25 Jun 2015 adalah tertakluk kepada aset
alih yang belum dikemas kini dalam SPA dan aset alih yang masih dalam proses
pelupusan.
[B
ah
.X
I-
Pe
ng
au
di
ta
n K
ha
s]
262
C SIASATAN
Pada tahun 2015, CAD telah menjalankan/dilantik sebagai ahli Jawatankuasa
Siasatan berdasarkan arahan pihak pengurusan tertinggi. Laporan-laporan yang
berkaitan telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan pihak
yang berkenaan. Senarai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan aduan yang disiasat
seperti dalam Jadual 15.
Jadual 15
Senarai PTJ Dan Aduan Yang Disiasat Pada Tahun 2015
Bil. Pusat Tanggungjawab Aduan
1. Hospital Seberang Jaya,
Pulau Pinang
Penggunaan Premis Demis Tanpa Bayaran Sewa
Oleh FaberMedi-Serve Sdn. Bhd.
2. Pihak Berkuasa Peranti
Perubatan
Prosedur Dan Peraturan Ke Luar Negara Bagi
Pegawai
3. Hospital Kuala Lumpur Tuntutan Bayaran Balik Pembelian Kasut
4. Pejabat Kesihatan Kawasan
Keningau, Sabah Pengauditan Susulan (Khas)
5. Hospital Tengku Ampuan
Rahimah, Klang, Selangor
Kehilangan Satu (1) Peralatan BEMS –
Phototherphy Unit
6. Hospital Tengku Ampuan
Rahimah, Klang, Selangor Kehilangan Satu (1) Kerusi Roda
7. Pejabat Kesihatan Daerah
Muar, Johor
Pengurusan Perbelanjaan Peruntukan Latihan
Dalam Perkhidmatan
8. Pejabat Kesihatan Kawasan
Tawau, Sabah
Kehilangan Wang Awam Di Klinik Desa Tanjung
Batu
9. Pejabat Kesihatan Kawasan
Beluran, Sabah
Kehilangan Kutipan Wang Hasil Klinik Kesihatan
Paitan
10.
Bahagian Perkhidmatan
Kejuruteraan, Ibu Pejabat
KKM
Ketidakpatuhan Prosedur Pengurusan Kewangan
(AI) Yang Berulang Dari Tahun 2011 hingga 2014
11. Hospital Queen Elizabeth,
Kota Kinabalu, Sabah
Siasatan Terhadap Pembayaran Kepada Faber
Medi-Serve Bagi Kerja-kerja Reimbursable Work
12. Unit Latihan, JKN Sabah Siasatan Terhadap Pendahuluan Diri AP59 Bagi
Pembayaran Kepada Hotel Tang Dynasty Park
13. Hospital Mersing, Johor
Pengauditan Khas Terhadap Projek Naik Taraf
Dewan Bedah, Klinik Pakar, Makmal Patologi Serta
Wad Kelas 1 Dan 2