bahan folio internship

51
1

Upload: muhamad-b-smail

Post on 09-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

folio

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJOHOR

BIODATA PELAJAR

NAMA MUHAMAD BIN SMAIL

OPSYENBAHASA MELAYU 2 (SR)

NO KAD PENGENALAN781201015925

NO H/P0127595345

NAMA SEKOLAHSK TAMAN INDAHPURA 1, 81000 KULAIJAYA

ALAMAT RUMAH13357, JLN RAJAWALI 8, BANDAR PUTRA

81000 KULAIJAYA, JOHOR DARUL TAKZIM

NAMA PENILAIPN ROHAYA BT A. RAZAK

JABATAN/UNITPENGAJIAN MELAYU

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJELMAKAN NILAI DAN MENULIS ULASANDALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 6 IMPIANMENGGUNAKAN TEKNIK 3 MENARAolehMUHAMAD BIN SMAILABSTRAKKajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menangani permasalahan menulis ulasan nilai murni daripada petikan. Peserta kajian dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid dari Tahun 6 Impian yang memperoleh markah terendah dalam ujian sebelum intervensi. Data dikumpul melalui ujian sebelum dan selepas intervensi, pemerhatian dan soal selidik. Hasil analisis data mendapati bahawa semua peserta kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian selepas berbanding sebelum intervensi. Di samping itu, berlaku perubahan tingkah laku yang positif dalam kalangan peserta kajian. Mereka menganggap Teknik 3 Menara yang diperkenalkan mudah diikuti dan sangat membantu dalam menjelmakan nilai murni dan menulis ulasan nilai murni daripada petikan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah yang diperkenalkan sangat berkesan dalam membantu murid menjelmakan nilai dan menulis ulasan nilai murni daripada petikan.1.0 PENGENALANKemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003. Dalam KBSR ini, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid kerana merupakan kemahiran yang paling kompleks. Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah. Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.

Mata pelajaran bahasa Malaysia pula merupakan mata pelajaran teras di sekolah. Setiap murid perlu menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Ini kerana Bahasa Malaysia merupakan salah satu mata pelajaran yang diuji dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid-murid perlu menduduki ujian tersebut dan wajib untuk lulus.

Lantaran itu, pengkaji telah memperkenalkan Teknik 3 Menara dan berusaha untuk melaksanakannya dengan sedaya upaya dan sebaik mungkin. Teknik yang cuba diperkenalkan ini diharap mampu untuk merungkai permasalahan dan membantu guru Bahasa Melayu yang lain dalam mengembang dan menajamkan kemahiran menulis nilai murni dalam kalangan murid.

Menurut John Elliott (1995, seperti dinyatakan dalam Lim Chong Hin, 2001) kajian tindakan yang baik ialah menumpukan kepada mengubah amalan atau pengajaran agar ianya lebih konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin dicapai. Selain itu juga, kajian tindakan itu haruslah mengumpul maklumat, bukti dan data mengenai sejauh mana amalan atau pengajaran yang sesuai dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin dicapai. Selain itu juga, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan negara sebenarnya telah menganjakkan diri pada kedudukan hadapan dengan menjelaskan prinsip dan nilai asas yang membentuk sistem pendidikan Malaysia secara ansur maju dari peringkat sekolah ke peringkat yang lebih tinggi seperti di menara gading.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian pengkaji ialah membantu murid-murid tahun enam mengukuhkan penguasaan mereka dalam kemahiran menjelmakan nilai murni yang tersirat daripada maklumat yang tersurat daripada petikan yang diberikan. Sewaktu pengkaji menyemak jawapan dalam buku latihan menulis ulasan yang diberi kepada murid-murid, pengkaji mendapati 50 peratus daripada murid-murid menghadapi masalah untuk mencari dan menyatukan nilai-nilai murni tersebut.

Murid juga sukar untuk menghuraikan nilai-nilai murni tersebut supaya menjadi ayat yang ringkas, tepat dan sesuai dengan menggunakan ayat sendiri. Keprihatinan saya ialah murid perlu mencari dan menghuraikan nilai-nilai murni tersebut dengan ringkas, tepat dan sesuai serta penulisan mereka tidak melanggar arahan yang telah ditetapkan iaitu ulasan tidak melebihi 50 patah perkataan.

Mengajar murid untuk mencari dan mengesan nilai murni juga seringkali memberikan masalah kepada para guru. Dalam bahagian C penulisan ini, murid perlu mengesan dan mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang diberikan. Pelbagai strategi biasanya digunakan oleh guru untuk memastikan murid-murid boleh menulis ulasan tersebut dengan betul. Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid-murid pengkaji tetapi pengkaji hanya memfokuskan aspek berkenaan sebagai fokus kajian pengkaji.

Terdapat juga murid yang hanya menyalin semula petikan yang diberi dan terdapat juga segelintir daripada mereka yang hanya menulis semula nilai murni yang dijumpai di dalam petikan dalam bentuk urutan nombor. Namun begitu, yang pastinya ialah kegagalan murid menulis ulasan nilai murni juga merupakan kegagalan seorang guru yang mengajar. Jika guru Bahasa Melayu mengajar menggunakan kaedah yang betul, pengkaji berpendapat murid-murid tidak akan menghadapi masalah besar untuk menjawab soalan pada bahagian ini. Dengan demikian, pengkaji berasa terpanggil untuk mempertingkatkan kemahiran murid ketika membuat ulasan nilai-nilai murni agar mereka tidak menghadapi kesukaran pada bahagian ini dalam UPSR nanti.

Rumusannya, masalah yang pengkaji kenal pasti di sini ialah murid tidak tahu menentukan nilai yang tepat atau menjelmakan nilai daripada pernyataan yang diberi melalui petikan. Mereka lebih suka sentiasa dibantu atau dibimbing oleh guru. Jika dilihat pada skema pemarkahan untuk bahagian ini pula, murid tidak akan mendapat sebarang markah bagi setiap nilai yang salah walaupun huraian yang dibuat menepati pernyataan yang diberi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif UmumKajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ulasan nilai murni daripada petikan dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Kertas 2 bagi murid-murid Tahun 6 Impian di SK Taman Indahpura 1, Kulaijaya.

3.2 Objektif Khususi. Memastikan sekurang-kurangnya 10 orang murid Tahun 6 Impian mendapat sekurang-kurangnya markah 10/20 dalam Bahagian C, Penulisan Bahasa Melayu dengan teknik 3 MENARAii. Meningkatkan penguasaan dan kemampuan murid dalam membina lima ayat yang mengaitkan lima nilai murni daripada pernyataan isi dalam petikan.iii. Memudahkan murid tahun 6 di SK Taman Indahpura 1 menjawab bahagian C menggunakan teknik 3 MENARA yang dihasilkan.3.3Soalan Kajiani. Adakah prestasi murid-murid bagi Kertas Bahasa Melayu Penulisan dapat ditingkatkan dengan Teknik 3 MENARA?ii. Adakah murid menguasai dan mampu membina lima ayat yang mengandungi lima nilai murni daripada pernyataan isi dalam petikan?iii. Apakah terdapat perubahan tingkah laku yang positif murid ketika menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik 3 Menara?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 6 Impian di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 yang terdiri daripada murid-murid lemah dalam bahasa Malaysia. Majoriti murid-murid di dalam kelas ini mempunyai tahap pencapaian akademik yang lemah. Mereka berada di kelas ini kerana gagal dalam salah satu mata pelajaran teras pada peperiksaan akhir tahun lalu.

Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas peserta ini adalah berdasarkan hasil keputusan ujian pra yang dijalankan terhadap murid Tahun 6 Impian. Sepuluh orang murid yang mendapat markah terendah dalam ujian tersebut dimasukkan ke dalam kumpulan sasaran.

Kajian ini juga sebenarnya melibatkan 10 orang murid Tahun 6 Impian. Mereka terdiri daripada lima orang murid perempuan dan lima orang murid lelaki. 5 orang daripada mereka adalah datangnya daripada keluarga yang tahap pendidikan ibu bapanya sederhana dan 5 orang lagi agak terpelajar. Mereka datang ke sekolah dengan dihantar oleh van sekolah yang disewa oleh keluarga masing-masing setiap bulan.

5.0 TINDAKAN5.1 PROSEDUR TINDAKANKajian ini dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan mengikut model Lewin (1946). Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewins Action Research Spiral yang menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai perkara yang telah dikaji. Kajian tindakan ini memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah bermula daripada merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kitaran ini saling berkaitan dan berterusan.

5.2PERANCANGAN PENGUMPULAN DATAPengumpulan data adalah penting dalam sesuatu kajian tindakan yang dilaksanakan . Pelbagai data dapat dikumpul melalui kaedah-kaedah yang tertentu bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Dalam pelaksanaan kajian ini, pengumpulan data telah dibuat berdasarkan soal selidik , temu bual, pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data. Berikut merupakan kaedah-kaedah pengumpulan data yang telah digunakan:1. Soal selidik1. Pemerhatian 1. Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Pengkaji telah merancang cara menganalisis data yang akan digunakan dalam kajian tindakan ini bagi memberikan gambaran awal serta memudahkan data-data yang bakal diperolehi nanti untuk diproses dengan baik, secara saintifik dan sistematik. Kaedah yang pengkaji gunakan dan cara menganalisis data-data adalah seperti di bawah:-i)Soal selidik

Bagi data yang telah dianalisis dan dikodkan mengikut kesesuaian tema akan dimasukkan pula ke dalam jadual analisis seperti di bawah:-

BILSOALANYATIDAKTIDAK PASTIJUMLAH

1Apakah tahap penguasaan anda tinggi terhadap kemahiran menjelmakan nilai murni?

2Adakah anda mengetahui kesemua 17 nilai murni yang utama?

3Adakah Teknik 3 MENARA ini berkesan untuk menjelmakan nilai?

4Adakah Teknik 3 MENARA mudah digunakan?

5Apakah Teknik 3 MENARA dapat membantu anda meningkatkan kemahiran penulisan ulasan nilai murni ?

6Adakah Teknik 3 MENARA ini boleh meningkatkan pencapaian anda dalam Bahasa Melayu Kertas Penulisan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

6.1:Jadual Soal Selidikii)Pemerhatian Mengkategorikan DataCara ini akan digunakan dalam pemerhatian analisis kandungan dan data-data dalam bentuk kualitatif. Kebanyakan data yang akan diperolehi adalah dalam bentuk teks yang banyak dan bertimbun-timbun. Maka data akan dikategorikan mengikut kehendak dan keperluan persoalan kajian.Tema-tema dalam bentuk persoalan yang diperolehi daripada responden dengan tujuan untuk mendapatkan kekuatan dan frekuansi tema iaitu Teknik 3 MENARA. Analisis ini dapat memberikan gambaran kekuatan dan kelemahan Teknik 3 MENARA ini.

iii)Ujian Sebelum dan Selepas IntervensiDalam analisis data ini juga, pengkaji akan menganalisis dapatan ujian pasca menggunakan pendekatan kuantitatif secara peratus. Ini adalah untuk melihat pencapaian yang dicapai oleh setiap responden yang terlibat. Seperti ujian sebelum, soalan selepas intervensi juga meminta murid membina ulasan nilai murni. Ujian ini sangat penting bagi mengukur keberkesanan Teknik 3 MENARA dalam meningkatkan kemahiran murid tahun enam membina ulasan nilai murni.

Kajian susulan akan dilakukan serta ditentukan melalui hasil analisis dan keputusan yang diperoleh dari penyelidikan yang akan dijalankan. Kajian susulan bertujuan untuk menambahbaik tindakan intervensi yang dijalankan. Kajian tindakan dijalankan dalam bentuk gelungan ke-2 dengan empat peringkat dalam penyelidikan tindakan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh:16 April 2015Masa:8.00 pagi 9.00 pagi (60 minit)Mata Pelajaran : Bahasa MelayuKelas: 5 ImpianBilangan Murid : 31 orangTema : Keselamatan Tajuk : Catatan PerkhemahanHasil Pembelajaran :Fokus Utama :5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.Aras 1 (ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Fokus Sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.Aras 2(ii). Menyusun perkataan untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk.

ObjektifPada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : membaca petikan bertajuk `Catatan Perkhemahan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta lancar menulis ulasan daripada nilai murni yang terdapat dalam petikan

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat tunggal, sebutan dan intonasi.Kosa kata : perayaan, kebangsaan, meriah, pertunjukan, perarakan.

Pengisian kurikulum :Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral

Nilai : kesyukuran, kerjasamaKemahiran Bernilai Tambah (KBT):1. Kemahiran belajar cara belajar 2. Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik, muzik

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah menyertai perkhemahan di sekolah

Bahan Bantu mengajar : Komputer, LCD, Alat pembesar suara, klip video perkhemahan, petikan, lembaran kerja,

Langkah/masaIsi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)Paparan gambar perkhemahan

a) Apakah yang kamu telah lihat? b) Siapakah yang terlibat dengan perkhemahan? 1) Murid dipaparkan dengan gambar perkhemahan2) Guru menyoal murid tentang gambar yang dipaparkan3) Guru mengaitkan tayangan gambar dengan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu: `Perkhemahan.BBM: Komputer riba, LCD

Ilmu :Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan

Nilai :Kerjasama

Langkah 1(15 Minit)Petikan `Catatan Perkhemahan

Penilaian :Guru membetulkan sebutan dan intonasi pelajar.1) Guru mengedarkan lembaran petikan yang bertajuk Catatan Perkhemahan kepada murid.2) Murid membaca lembaran petikan secara luncuran dan senyap.3) Murid kumpulan a, dan b membaca petikan berkenaan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar.4) Kemudian, guru mengarahkan kumpulan c, dan d membaca petikan berkenaan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar.8) Guru membetulkan sebutan dan intonasi murid .

BBM: Lembaran petikan,

KBT :Kemahiran belajar cara belajar- kemahiran membaca

Langkah 2(20 minit)Soalan pemahaman petikan Catatan Perkhemahan

Kosa kata:perayaan, kebangsaan, meriah, pertunjukan, perarakan

1)Murid-murid dan guru membincangkan isi-isi penting dan kosa kata yang terdapat dalam petikan dengan pelajar.

2) Murid dikehendaki menjawab lima soalan pemahaman BBM:Lembaran kerja,buku latihan

KBT:1. Kecerdasan pelbagai verbal linguistik

2. Kemahiran belajar cara belajar kemahiran menulis

Langkah 3(15 minit)Ayat tunggal

Ayat majmuk

1) Guru menerang penggunaan Teknik 3 Menara dalam membina ulasan.2) Murid mengisi jadual Teknik 3 Menara3) Murid menyalin ulasan selengkapnyaBBM: Perisian multimedia, borang pengurusan grafik

Sistem bahasa:Tatabahasa:- ayat tunggal dan majmuk

Nilai : Kerjasama

Penutup(5 minit)1. Rumusan isi pelajaran dan nilai

1)Murid membuat rumusan isi pelajaran.2)Guru merumuskan nilai yang dipelajari pada hari ini.

BBM: Gambar Perkhemahan

KBT:Kecerdasan pelbagai verbal linguistik

LAPORAN PROJEK INOVASI

NAMAPELAJAR :MUHAMAD BIN SMAIL NO.KADPENGENALAN : 781201015925PROGRAM :PPG AMBILAN JUN 2011NAMASEKOLAH :SK TAMAN INDAHPURA 1NAMAPROJEK :INOVASI MENJELMAKAN NILAI MENGGUNAKAN TEKNIK 3 MENARATEMPOH PELAKSANAAN :4 MINGGU1. OBJEKTIFi. Memastikan murid-murid Tahun 6 Impian mendapat sekurang-kurangnya markah 10/20 dalam Bahagian C, Penulisan Bahasa Melayu dengan teknik 3 MENARAii. Meningkatkan penguasaan dan kemampuan murid dalam membina lima ayat yang mengaitkan lima nilai murni daripada pernyataan isi dalam petikan.iii. Memudahkan murid tahun 6 di SK Taman Indahpura 1 menjawab bahagian C menggunakan teknik 3 MENARA yang dihasilkan.

2. STRATEGIPELAKSANAANBILTARIKHPERKARA

122.03.2015BERJUMPA DAN BERBINCANG DENGAN PENSYARAH SERTA GURU PEMBIMBING DAN MEREKA MENCADANGKAN SAYA MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN YANG TELAH DIBUAT DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU

229.03.2015

MENYIAPKAN SEGALA BAHAN-BAHAN SEPERTI CARTA, SLIDE DAN LEMBARAN KERJA

3.16.4.2015MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MELIBATKAN TEKNIK INOVASI 3 MENARA DAN MEMBUAT RAKAMAN VIDEO

4.19.4.2015MENDAPATKAN PANDANGAN DAN CADANGAN DARIPADA GURU PEMBIMBING TENTANG RAKAMAN VIDEO YANG TELAH DIBUAT

5.20.4.2015

MENYUNTING VIDEO YANG TELAH DIRAKAM SERTA MENYIAPKAN LAPORAN YANG PERLU DIHANTAR

6.

23.4.2015MENGHANTAR LAPORAN YANG TELAH LENGKAP KEPADA UNIT PRAKTIKUM DAN PENSYARAH PEMBIMBING UNTUK PENILAIAN

3. REFLEKSI

a) KekuatanProjek:1. Melalui projek ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru kelas kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti menguruskan sesuatu pertandingan ko-akademik.

2. Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang murid-murid tahun. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa bekerjasama dalam mempelbagaikan reka cipta untuk lebih menarik dan kreatif.

3. Dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu kelas P&P.

4. Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat sekolah namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar dan cadangan telah saya perolehi untuk menjalankan projek inovasi ini.

b) KelemahanProjek:1.. Masa untuk mengadakan pertandingan singkat kerana saya mengikut jadual waktu penggunaan bilik komputer. Segalanya perlu dilakukan tepat pada masa bagi mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran seterusnya terganggu atau terlewat.

2. Penyediaan tempat kurang saya titik beratkan di mana kurangnya kerusi menyebabkan murid tidak dapat untuk duduk. Saya terpaksa mencari kerusi dalam kelas lain.

3. Kebersihan semasa tamat sesi P&P adalah kurang memuaskan walaupun telah dipesan supaya mengemaskan meja kumpulan masing-masing..

4. Langkah keselamatan kurang dititikberatkan kerana terdapat murid yang bermain dengan alatan komputer dan ini boleh mendatangkan kecederaan terhadap murid lain. Seharusnya aspek keselamatan hendaklah saya utamakan

5. Semasa P&P berlaku gangguan bekalanelektrikmenyebabkan P&P terhenti seketika.

4. CADANGANPENAMBAHBAIKAN1. Saya berharap agar mendapat masa yang lebih untuk mengadakan P&P ini kepada murid murid tahun 4, 5, & 6 pula. Hal ini kerana saya akan dapat menilai keberkesanan teknik yang saya perkenalkan kepada murid-murid yang berbeza

2. Sokongan daripada guru-guru terhadap pelaksaan juga penting jika saya mahu mengadakan projek inovasi yang melibatkan semua tahap.

3. Saya akan meningkatkan tahap P&P kepada suatu tahap yang lebih baik jika diberi peluang lagi.

4. Jika saya mahu melaksanakan sesi P&P, saya haruslah cekap dalam menguruskan kewangan untuk pembelian bahan.

5. Pengurusan masa juga akan ditingkatkan kerana masa permulaan sesuatu P&P akan memainkan peranan yang penting. Jika lewat maka guru akan tergangu emosinya kerana banyak lagi perkara lain yang harus dilakukan selepas itu.

6. Persediaan yang rapi haruslah dirangka dahulu sebelum memulakan sesuatu P&P.

5. KESIMPULAN

Melalui aktiviti P&P melibatkan bahan inovasi ini, saya mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini, saya mengambil bahagian dalam menyediakan kumpulan murid-murid. Ini merupakan pengalaman baru untuk saya. Selain itu, saya berpeluang meningkatkan tahap kreativiti murid tahun 4 Unggul yang saya telah pilih untuk subjek kajian saya. Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti pertandingan ini, hanya tahun 4 sahaja yang terlibat dalam penggunaan Teknik 3 Menara tersebut dan saya berharap agar boleh diberikan peluang pada masa akan datang untuk melaksanakan kepada hampir semua murid tahap dua pula. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan. Saya berharap agar dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar belakang murid-murid. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa bekerjasama dalam mempelbagaikan reka cipta untuk lebih menarik dan kreatif. Selain itu saya berharap dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu P&P kerana pengurusan masa adalah sangat penting.Saya juga mempelajari sesuatu bahawa penyediaan tempat hendaklah dilakukan awal kerana perkara tersebut akan memakan masa dan menyebabkan P&P bermula lewat. Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru dalam menjayakan projek ini. Banyak tunjuk ajar dan cadangan telah saya perolehi untuk mengadakan pertandingan ini. Kesimpulannya, projek inovasi ini telah dapat menarik minat murid terhadap subjek Bahasa Melayu dan meningkatkan kebolehan menjelmakan nilai murni.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)MINGGU PERTAMAMASALAHPada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari. Ini adalah kerana saya mendapati respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran.Selain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran sehingga ia berakhir. Keadaan ini agak menyedihkan, namun saya atasinya dengan cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam pengajaran saya.Saya sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini, saya telah menggunakan pendekatan bermaian walaupun ia tidak terdapat di dalam perancangan harian saya pada hari ini. Ternyata, cara ini berkesan. Mereka tertarik dengan pengajaran saya.Howard Gardner (1943), seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard, Amerika Syarikat, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu : muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan intrapersonal (kendiri).ANALISIS MASALAHSaya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu : Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang lemah ? Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa pengajaran saya ? Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ? Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ? Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan murid-murid ini di dalam pengajaran saya ? Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah ini ?Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan : Murid-murid cepat memahami pelajaran, tetapi cepat bosan kerana mereka telah mengetahui pengajaran yang diajar dan cara yang digunakan sama. Tumpuan mereka menjadi kurang. Murid-murid di kelas ini terdapat pelbagai kecerdasan yang perlu dicungkil Kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang dan kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza. Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama. Murid-murid tidak berminat dengan subjek Penidikan Islam.Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan ke atas diri setiap murid untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan dalam diri setiap murid.

CADANGANUntuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar :- Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid- Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai- Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang diperhati- Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid- Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya.- Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan.Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu :- Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perli diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak pandai- Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran- Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar- Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

MINGGU KEDUAMasalahSetelah 2 minggu mengajar bahasa Melayu saya mendapati beberapa orang murid-murid di bahagian belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Ada kalanya saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas akan menganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan mesti wujud. Walau bagaimanapun sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan menjejas pengajaran pembelajaran. Gangguan daripada kebisingan kelas amat ketara semasa pertukaran waktu mengajar. Mengikut Wong (1998) pelajar mengambil masa 2 hingga 3 minit ini untuk bercakap, bergerak dari tempat duduk serta bertingkah laku yang mengganggukan. Dalam pada itu Wong (1998) turut menjelaskan bahawa prosedur dan rutin akan memberi keyakinan kepada pelajar kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap masa. Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang lain.Analisis MasalahSaya terpaksa menyiasat punca-punca masalah kebisingan daripada sebilangan kecil murid-murid di belakang. Setiap kali saya mengajar, beberapa murid-murid akan bercakap atau bermain di belakang. Mereka akan berbuat demikian sepanjang masa pengajaran saya. Beberapa soalan berlegar dalam minda saya: Apakah murid-murid ini sudah bosan dengan pengajaran saya? Apakah yang menjadikan mereka bosan? Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini? Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran saya? Adakah saya menjadi punca berlakunya? Bolehkah faktor-faktor lain yang terlibat dalam hal ini?Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual dan soal selidik serta pemerhatian, beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan: murid-murid ini adalah dari kumpulan lemah. Murid-murid ini tidak faham apa yang disampaikan dalam kelas Murid-murid ini tidak berminat dalam pembelajaran bahasa Inggeris Suara saya kurang jelas dan tidak didengari oleh merekaSaya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan dengan masalah ini. Pada dasarnya saya percaya murid-murid dari kumpulan lemah kurang minat belajar kerana mereka tidak mempunyai motivasi untuk berbuat demikian. Selepas membuat refleksi saya rasa andaian ini tidak berasas kerana guru sebagaiPendidik perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid ini belajar. Kemampuan saya sebagai guru telah dicabar. Dari suatu perspektif yang lain saya boleh melihat peristiwa ini sebagai suatu percanggahan dari segi kerelevanan mata pelajaran yang diajar dengan realiti mereka. Murid-murid dari sekolah luar bandar tidak menganggap bahasa Inggeris sebagai penting dan relevan dalam kehidupan mereka. Kenapakah mereka belajar sesuatu yang mungkin tidak berguna pada masa depan?Dari perspektif murid-murid, kebisingan ini adalah biasa dan percakapan di antara satu sama lain adalah pembelajaran juga. Murid-murid tidak mempunyai banyak masa untuk berinteraksi memandangkan beban kerja sekolah bukan sahaja bertambah tapi kelas-kelas tambahan yang diadakan pada setiap hari, telah mengurangkan masa untuk mereka berkomunikasi dengan satu sama lain. Murid-murid perlu bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumat terkini berkaitan dunia mereka. Adakah kebisingan murid-murid ini satu tanda kebosanan terhadap pembelajaran? Adakah kebisingan kelas sesuatu yang buruk? Adakah kebisingan menandakan murid-murid sudah hilang minat belajar? Cadangan PenambahbaikanUntuk mengelakkan murid-murid membuat bising saya ingin mencadangkan langkah-langkah berikut: menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas. Membahagikan kepada empat kumpulan mengikut tahap kebolehan yang berbeza membuat ujian diagnostik untuk tahap pencapaian kemahiran / topik yang dikuasai oleh murid yang membuat bising menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka diberikan latihan-latihan yang mudah berbeza dengan murid-murid lain memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan

Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui tinjauan literatur supaya tindakan yang diambil lebih mantap dan bermanfaat. Saya telah membaca literatur berkaitan dengan perkara ini supaya dapat mengenal pasti tindakan yang paling sesuai. menyedia aktiviti permainan apabila berkongsi bacaan teks, menarik perhatian pelajar melalui mod pendengaran aktif memberi ulasan dan ringkasan dengan cepat serta petunjuk pemahaman memberi sokongan kepada pelajar yang mungkin bertingkah laku masalah kerana menghadapi masalah membaca

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)MINGGU KETIGASepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya berada di SK Taman Indahpura 1, saya tidak pernah menjalankan aktiviti berpasangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Jadi, selepas memperkenalkan tajuk anggaran saya bercadang untuk menjalankan aktiviti berkumpulan sebagai aktiviti pengukuhan kepada pengenalan konsep yang saya perkenalkan.

Bagi proses pembahagian pasangan, saya lakukan mengikut tempat duduk masing-masing memandangkan mereka sudah secara berpasangan. Pada mulanya, saya menghadapi kesukaran apabila terdapat beberapa orang murid tidak mahu pasangan yang telah saya tetapkan. Namun selepas itu, saya berasa lega sedikit kerana mereka akur dengan arahan saya.

Pelbagai ragam dan kerenah setiap pelajar di dalam kelas tersebut. Hal ini mungkin berlaku kerana jumlah bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas tersebut iaitu 30 orang. Namun jauh di sudut hati saya, saya begitu terhibur dengan setiap karenah yang ditunjukkan oleh mereka. Walaupun bagaimanapun,masih banyak lagi personality murid-murid saya yang belum saya terokai dan temui memandangkan minggu ini merupakan minggu pertama saya mengajar mereka. Mungkin ini yang dialami oleh guru-guru saya dahulu.

Pada awal proses pengajaran dan pembelajaran , tidak dapat dinafikan semua pelajar memberikan tumpuan dan perhatian. Namun apabila tiba kepada peringkat untuk pembahagian kumpulan, keadaan kelas sudah mula bising kerana murid-murid bersama pasangan masing-masing. Saya telah member sehelai kertas kepada setiap pasangan. Seterusnya, saya berikan arahan tentang apa-apa yang perlu mereka buat. Oleh kerana mereka sangat bersemangat untuk menjalankan aktiiviti, tiada soalan yang dikemukakan untuk kekeliruan arahan.

Selepas saya memberikan masa selama 15 minit, keadaan kelas mula bising kerana meraka mula berbincang Saya telah memberikan arahan supaya mereka memperlahankan suara. Namun suasana kelas masih bising. Setelah saya teliti, pasangan tersebut terdiri daripada pelajar lelaki. Selepas ini, saya akan pastikan setiap pasangan mahupun kumpulan perlu bercampur.

Bagi memastikan pelajar-pelajar faham tentang aktiviti yang dijalankan, saya berjalan ke setiap pasangan untuk member tunjuk ajar sekiranya mereka tidak jelas tentang arahan yang diberikan.Kesedaran Kini saya sedar bahawa menjalankan aktiviti berpasanganbaru / Harapan bukanlah suatu perkara yang mudah. Walaupun saya hanya perlu akui bahawa aktiviti berpasangan ini lebih memberikan peluang kepada setipa murid untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan berbanding dengan aktiviti berkumpulan.

Apa yang paling penting, saya perlu menyediakan diri saya untuk memberi arahan yang jelas dan pada masa yang sama mengawal kelas dengan baik bagi mengelakkan bunyi bising seperti di pasar ikan. Arahan perlu diberikan sebelum menyerahkan peralatan kepada murid- murid. Hal ini bagi mengelakkan mereka tidak memberi tumpuan ketika saya memberi arahan. Selain itu, saya sepatutnya memberi arahan dengan jelas dan ringkas supaya para pelajar mudah memahaminya. Selepas ini, saya juga perlu mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas agar pelajar lebih tertarik untuk menimba ilmu.

Sewaktu pertama kali saya menjejakkan kaki ke kelas 5 Impian ini, saya dapat rasakan saya berhadapan dengan satu cabaran yang besar kerana kelas ini merupakan kelas terakhir dalam senarai pencapaiannya. Murid-murid dalam kelas ini aktif dan pintar serta begitu semangat terutama apabila melakukan aktiviti. Saya perlu menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik perhatian mereka. Saya juga perlu mempelbagaikan sumber pengajaran supaya mereka tidak berasa bosan.

Namun pada masa yang sama, saya perlu mempertingkatkan cara pengawalan kelas supaya keadaan kelas kondusif dan tidak terlalu bising. Saya perlu lebih banyak melibatkan murid-murid dalam sesi pengajaran agar semua murid berpeluang untuk menyertai P&P dan tidak hilang fokus serta lebih berminat mengikuti pengajaran. Selain itu, penegasan perlu dipertingkatkan agar setiap daripada mereka memberi tumpuan sepenuhnya. Bagi kumpulan yang bising, saya perlu lebih tegas untuk mengarahkan mereka untuk diam atau mengenakan denda seperti tidak dapat membuat aktiviti ataupun berdiri sepanjang kelas.

Dengan ini, murid-murid lain akan mempelajari daripada kesan yang dikenakan ke atas rakan mereka dan tidak akan mengulangi perkara yang sama. Saya akan mengaplikasikan setiap teguran yang diberi oleh pensyarah pembimbing saya dan guru pembimbing untuk sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Saya juga akan merefleks dan menilai kembali P&P yang telah saya jalankan bagi melakukan penambahbaikan pada masa akan dating.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)MINGGU KEEMPATMasalahProses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru sepanjang minggu ini agakmemberansangkan kerana setiap aktiviti dapat dilakukan mengikut perancangan yang telahdibuat dengan teliti dan mengikut fokus dan objektif yang ingin dicapai. Penglibatan murid pula amat menggalakkan terutamanya dalam aktiviti nyanyian. Walau bagaimanapun, sayamendapati satu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah, iaitu ramai antara mereka yang tidak menulis nama pada hasil kerja masing-masing

Buku Rekod Profil Murid yang dikeluarkan pada tahun 2009 ada menyenaraikan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid pada awal semester tahun persekolahan, salah satu daripada kemahiran tersebut adalah kemahiran menulis nama sendiri. Kemahiran ini adalah penting bagi memupuk nilai kendiri murid dan awal permulaan bagi murid mengenali diri mereka sendiri. Di samping itu, ia akan memudahkan guru memeriksa hasil kerja yang telahdilakukan oleh murid bagi membuat penilaian dan penaksiran secara berterusan

Analisis

Pemerhatian telah dilakukan di sepanjang minggu ini dan minggu yang sebelumnya. Berikutmerupakan hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan ;

a. Empat orang murid dapat menulis nama dengan betul, iaitu mengikut ejaan dan huruf yang betul tetapi tidak kemas. b. Ada murid yang sudah menguasai kemahiran memegang pensel tetapi tidak dapat mengenal ejaan nama mereka walaupun sudah mengenal huruf a hingga z. c. Guru memakan masa yang banyak dalam membina garisan putus-putus untuk membantu murid menulis nama pada hasil kerja mereka. d. Ada murid yang menulis pada ruangan nama tetapi ejaan tersebut bukan nama mereka sendiri melainkan susunan huruf secara rawak. e. Apabila guru memberi arahan untuk menulis nama, kanak-kanak yang belum pandai menulis nama akan meminta bantuan rakan yang sudah mahir untuk menulis nama mereka.Berdasarkan pemerhatian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kemahiran menulis namasendiri ini amat penting dalam memupuk nilai kendiri murid iaitu bukan sahaja mengenal namamereka malah juga tahu menulis nama mereka pada hasil kerja masing-masing. Hal ini secaratidak langsung membantu kanak-kanak menghargai diri mereka dengan mengenal dan menulis nama mereka sendiri.

Guru pula membuang masa untuk menilai hasil kerja murid yang laindengan membantu golongan murid yang belum pandai menulis nama sendiri dengan membinagarisan putus-putus pada ruangan nama. Ini mengakibatkan proses penilaian dan penaksiransecara berterusan tidak dapat berjalan dengan licin dan lancar. Guru tidak dapat memeriksa hasil kerja murid secara terus (on the spot) selepas muridmenyiapkan kerja mereka kerana kekangan masa untuk slot yang seterusnya.

Oleh itu guru menghadapi kesukaran mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran kanak-kanak apabila tibawaktu memeriksa hasil kerja murid pada akhir tempoh persekolahan kerana hasil kerja tidakdapat dikenalpasti (unknown).

Cadangan Untuk MemperbaikiSebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolaborasi dengan guru pembimbing dan berbincang mengenai hal ini. Hasil daripada kolaborasi tersebut, gurupembimbing juga bersetuju dengan masalah menulis nama dalam kalangan kanak-kanakprasekolah. Berdasarkan pengalaman yang lalu, guru pembimbing mencadangkan agar latihanmenulis nama dilakukan pada setiap awal pagi sebaik sahaja murid sampai dalam bilik darjah.Saya berpendapat bahawa kaedah latih tubi ini dapat membantu kanak-kanak untuk menulisnama mereka dalam setiap kerja yang diberikan.Tindakan Susulan

Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalahmenulis nama ;

a. Menyediakan lembaran menulis nama bagi semua murid. b. Mengarahkan murid menulis nama sendiri pada lembaran yang diberikan pada setiap awal pagi sebelum rutin bermula ataupun pada renggangan masa selepas waktu rehat. c. Latihan menulis nama ini akan dijalankan setiap hari sehingga semua murid boleh menulis nama mereka pada lembaran kerja yang diberikan. d. Bagi mengenalpasti sama ada kemahiran ini sudah dikuasai, guru memberikan name- tag yang kosong kepada semua murid dan meminta mereka menulis nama mereka masing-masing dengan ejaan yang betul dan kemas. e. Setiap murid yang sudah boleh menulis nama dengan betul dan kemas akan diberikan ganjaran berupa hadiah, token ataupun pujian.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kemahiran menulis nama ini adalah merupakan satu kemahiran yang penting dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah pada sesi awal semester persekolahan lagi. Ini bukan sahaja dapat melicinkan dan melancarkan proses penilaian dan penaksiran yangdilakukan oleh guru, tetapi juga penting bagi kanak-kanak mengenal dan menghargai diri mereka melalui tulisan nama sendiri. Penilaian akan mudah dijalankan secara terus apabilawaktu mengajar tamat, dan guru tidak perlu mengingat semula siapa kanak-kanak yang telahmenyiapkan hasil kerja dengan mengecam tulisan atau karya yang mereka lakukan. Sebagai seorang guru pelatih, saya menyedari bahawa hal ini adalah satu aspek yang perlu diambil kira ketika mula semester satu persekolahan. Ia bukan sahaja membantu muridmenguasai kemahiran menulis tetapi juga membantu murid dalam kemahiran membaca namamereka sendiri. Pendek kata buang yang keruh, ambil yang jernih, amalan yang baik perlu diteruskan dan kelemahan itu diperbaiki demi kecemerlangan dan kegemilangan generasi bakalpemimpin

RAKAMAN VIDEO INOVASI

38

KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

AMBILAN JUN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JALAN DATIN HALIMAH

80350 JOHOR BAHRU

INTERNSHIP

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

AMBILAN JUN 2011

NAMA : MUHAMAD BIN SMAIL

NO MATRIKS: 1CBM1106053

NO K.P: 781201015925

OPSYEN: BAHASA MELAYU (KUMP 2)

TAJUK : PORTFOLIO INTERNSHIP

NAMA PENSYARAH: PN ROHAYA BT A. RAZAK

TARIKH HANTAR: 30 APRIL 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JALAN DATIN HALIMAH

80350 JOHOR BAHRU