bahan internet.docx

Upload: mohamadghazalighani

Post on 02-Mar-2016

102 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PERISTIWA Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian kerohanian Rasulullah pada masa lalu.Ia sekali gus menjadi peristiwa agung yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati oleh umat baginda pada masa kini.Hanya dalam satu malam, Allah SWT mencipta perjalanan Rasulullah SAW untuk melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya; mulai dari proses penciptaan alam semesta hingga ditetapkannya perintah solat. Berjuta misteri dan keajaiban menyelubungi perjalanan suci yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasullullah SAW dalam keadaan jaga itu (bukan mimpi).Perjalanan ini memiliki makna yang sangat khusus, terutama bagi diri Rasulullah.Ia berlaku kerana Allah hendak menunjukkan kepada Muhammad tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya, seperti yang disebut dalam al-Quran: Agar Kami tunjukkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Kami (Surah Al-Isra ayat 1).Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhannya yang paling benar (Surah Najm ayat 18).Meskipun terdapat jurang perbezaan pendapat yang agak luas mengenai sejarah peristiwa Israk dan Mikraj, terutama yang berkaitan dengan ketepatan hari dan bulan serta tahun terjadinya peristiwa agung itu, namun dunia Islam keseluruhannya memperingati tarikh 26 Rejab (malam 27 Rejab) setiap tahun sebagai tarikh penuh bermakna.Banyaknya pendapat yang membahaskan perihal Israk dan Mikraj ini telah mencipta ruang polemik tersendiri dalam periwayatan perjalanan agung tersebut. Di antaranya yang berkaitan dengan hakikat dan latar belakang Israk dan Mikraj, perjalanan fizikal dan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga, buraq yang dinaiki Nabi SAW, pertemuan Rasulullah dengan para nabi, misteri pintu-pintu langit, rahsia Sidratul Muntaha, perintah solat, dan hikmah-hikmah besar Israk Mikraj.Sebagai contohnya tentang hakikat buraq dimana sifat-sifatnya menjadi perbincangan menarik sepanjang masa. Timbul pertanyaan pada setiap Muslim kenapa dalam perjalanan Israk dan mikraj nabi harus ada perantara (wasilah) Buraq dan bukan binatang lainnya. Walhal tanpa media Buraq pun Allah SWT berkuasa untuk menperjalankan Nabi SAW dalam perjalanan yang agung ini.Dalam hal itu maka pendapat yang diyakini jumhur ulama adalah pendapat yang paling baik untuk diikuti. Kita harus menolak dalil-dalil yang sesat dan sebaliknya mengunakan dalil yang sahih sebagai dasar pegangan bagi menunjukkan nilai-nilai keislaman dan sikap keberagamaan.Sayyid Qutub dalam kitabnya yang terkenal, Fi Zhilal al-Quran menyatakan, Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa adalah perjalanan yang murni pilihan daripada Zat Yang Maha Kasih dan Maha Lembut, yang menghubungkan akar kesejarahan agama-agama besar dari zaman Nabi Ibrahim dan Ismail hingga Nabi Muhammad SAW.Demikian pula, perjalanan agung ini menghubungkan akar sejarah tempat-tempat suci bagi agama tauhid (agama-agama monoteisme) yang besar sepanjang masa. Perjalanan ini adalah untuk memberitahu seluruh manusia bahawa Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir yang menjadi pewaris agama-agama tauhid terdahulu.MuhammadBegitu juga dengan Israk Mikraj tersebut, menjadikan Muhammad sebagai penutup seluruh Nabi dan rasul-Nya. Israk Mikraj adalah perjalanan yang menembus dimensi ruang dan waktu, serta memiliki makna yang lebih luas dan mendalam.Banyak berlaku perdebatan yang terus berlanjutan, antaranya: apakah perjalanan Israk Mikraj itu dengan roh sahaja atau dengan roh dan jasad? Hampir majoriti ulama mengatakan bahawa ia terjadi dengan jasad dan roh. Pandangan yang mengatakan hanya dengan roh tidak begitu popular di kalangan umat Islam.Sebenarnya, peristiwa Israk dan Mikraj hanya disebut secara umum dan sekilas saja di dalam al-Quran. Rasulullah tidak banyak meninggalkan hadis yang berbicara tentang perjalanan agung itu. Bagaimanapun, kenyataan yang terjadi sekarang ini menunjukkan bahawa hadis yang hanya sedikit itu telah berubah menjadi banyak, bahkan melahirkan tafsir-tafsir baru tentang Israk dan Mikraj.Ia menunjukkan secara jelas tentang adanya penambahan atau penceritaan versi baru yang lahir dari perawinya dan sama sekali tidak berkaitan dengan sabda Rasulullah atau dari dalil-dalil yang sahih.Sejarah membuktikan banyak kitab yang membahaskan tentang perjalanan kenabian dan menunjukkan sedikitnya hadis yang membicarakan perihal Israk Mikraj. Setidak-tidaknya ia dapat dilihat dalam kitab As-Sirah karya Muhammad Bin Ishaq (85 H -151 M). Kitab ini adalah karya tertua dan pertama yang berisi dalil-dalil sahih atau dapat dipertanggungjawabkan bagi membicarakan perihal Israk dan Mikraj.Setelah itu lahir banyak karya atau tulisan yang membahaskan Israk dan Mikraj disertai dengan penambahan hadis-hadis yang dari segi kesahihannya tidak dapat dipertanggungjawabkan.Dengan demikian, maka lahirlah pula pemikiran dan tafsiran yang menyatakan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj itu tidak hanya berlaku sekali tetapi ia berlaku beberapa kali, sekali dengan jisim (tubuh) baginda Rasulullah SAW, selebihnya dengan roh.Dalam hal ini perlu ditegaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj memerlukan kajian yang mendalam dan usaha yang bersungguh untuk meneliti hadis-hadis palsu yang dikaitkan dengan perjalanan agung Rasulullah SAW tersebut. Ini penting untuk generasi yang akan datang agar dapat memahami nilai-nilai Islam yang benar dan fakta yang betul, bukan dongengan atau palsu semata.Apakah sebenarnya makna-makna tersirat yang dapat dikutip dan seterusnya dihayati daripada peristiwa Israk dan Mikraj itu? Kenapa harus Israk dan Mikraj dan bukan mukjizat lain yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW? Dan apa yang lebih penting ialah untuk melihat apakah kaitan peristiwa ini dengan keadaan yang menyelimuti diri Rasulullah ketika peristiwa itu terjadi.Realiti sejarah membuktikan bahawa tiada seorang pun dari kalangan orang musyrik dan kafir yang percaya akan kejadian Israk dan Mikraj ini.Para ulama merumuskan bahawa sebab dan hikmah daripada Israk dan Mikraj adalah untuk menghiburkan Rasulullah SAW yang ketika itu dilanda kesedihan kerana kematian bapa saudara, Abu Talib serta isteri kesayangan baginda, Khadijah, juga di samping penentangan masyarakat Taif terhadap usaha dakwah baginda yang hampir-hampir meragut nyawanya.Tahun yang dianggap tahun kesedihan ini akhirnya dengan kekuasaan Allah SWT telah mengisrak mikrajkan Rasulullah SAW. Allah SWT telah menperjalankan hamba-Nya untuk memperlihatkan tanda- tanda kekuasaan-Nya. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melihat sebahagian tanda- tanda kekuasaan Tuhan Yang Maha Agung.Ini bermakna hikmah peristiwa Israk dan Mikraj itu adalah khusus bagi diri peribadi Rasulullah dan dengan perjalanan ini diharapkan dapat mengubati atau menghibur hati yang luka itu.Sheikh Thanthawi Ahmad Umar menyatakan dalam majalah Mimbar al-Islam, Ketika Rasulullah kembali dari perjalanan agung tersebut, baginda kelihatan begitu ceria, bersemangat dan bahagia. Kedukaan, kepedihan benar-benar telah lenyap dalam diri Rasulullah SAW. Malah dikatakan bertambah yakinlah Rasulullah akan kekuasaan Allah dan ini memberi semangat yang lebih kuat untuk meneruskan tugas kenabiannya.Namun begitu, ada juga yang mengatakan peristiwa tersebut tiada kaitan dengan tahun kesedihan Rasulullah kerana sesungguhnya peristiwa itu terjadi semata-mata atas kehendak Allah SWT, sesuai dengan kekuasaan dan kudrat-Nya. Ia merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaa-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.Mohd Shauki Abd MajidPenulis adalah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada 'Sirah Nabawiyyah', yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa', Mansoorah, Mesir 1986.

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sohih atau pun kata-kata Sahabat yang Sohih.

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal. Justeru tiada nas yang menyebut keistimewaan beramal pada hari tersebut, sama ada dengan ibadat puasa atau yang lain, kerana puasa pada hari yang tidak jelas bila berlaku peristiwa itu adalah sebahagian daripada perkara bidaah, kerana tiada nas yang jelas menyuruhnya, tetapi jika kebetulan ia jatuh pada hari Isnin atau Khamis, puasa yang dilakukan itu dibolehkan kerana Nabi sering melakukannya.1

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).2

Adapun berpuasa sunat pada bulan Rejab secara umumnya adalah sesuatu digalakkan berdasarkan satu hadis do'if yang disebut oleh Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan." 3

Adakah Israk berlaku dengan roh dan jasad Nabi?

Musuh-musuh Islam terutamanya di kalangan Orientalis barat, telah meletakkan jarum-jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah baginda Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan agar umat Islam yang membacanya akan terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.

Mereka berpendapat, bahawa peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda, iaitu hanya dengan roh sahaja dan tidak dengan jasad sekali, itu hanya dakwaan Muhammad semata-mata.

Namun bagi para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali, tidak hanya dengan roh seperti yang didkawa oleh musuh-musuh Islam.

Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan 'hamba-Nya' dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan ia berlaku hanya dengan roh sahaja adalah berdasarkan riwayat-riwayat palsu yang sengaja untuk melemahkan keperibadian Rasulullah.

Sedangkan terdapat riwayat menunjukkan bahawa baginda menerima pensyariatan ibadat solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT adalah dengan roh dan jasad, itulah satu-satu ibadat khusus yang diberikan Allah secara langsung kepada baginda berbeza dengan ibadat-ibadat lain.

Peristiwa Israk dan Mikraj berdasarkan penjelasan para ulama berlaku sebelum penghijrahan baginda ke bumi Madinah. Ia sebagai satu pendekatan Allah untuk menghiburkan Nabi-Nya yang kehilangan dua tonggak kekuatan dakwah baginda, iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Sayidatina Khadijah.

Sebagai manusia, baginda juga merasa sedih dan pedih dengan kematian dua orang penting yang banyak berjasa dalam mengembangkan sayap-sayap Islam di Makkah, namun Allah SWT mahu baginda terus berhubung kepada-Nya dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kemurungan.

Maka Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting.

Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan.

Hasil daripada program masjid ke masjid

Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh.

Walaupun pada peringkat awal, Allah mewajibkan 50 waktu solat yang dijangkakan bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukannya atas nasihat Nabi Musa a.s, maka baginda terus melakukan tawar menawar dengan Allah agar dikurangkan kepada jumlah yang sedikit.

Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalh perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.

Baginda mengimamkan solat nabi-nabi sebelum dimikraj

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berangkat dengan 'Buraq' untuk menuju langit ketujuh, menjadi imam solat kepada nabi-nabi terlebih dahulu, antaranya Nabi Musa a.s., ia berdasarkan sebuah hadis, di mana baginda bersabda: "Jika Musa bin Imran diutus di kalangan kamu, maka tiada sebab dia menjadi salah seorang pengikutku."

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah.

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu.

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya.4

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.6

1 Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, soal jawab dalam Islamonline.net 17/8/06 (Puasa pada 27 Rejab)

2 Ibid - soal jawab dalam Islamonline.net 9/7/08 (Benarkah Israk berlaku pada malam 27 Rejab.

3 Syeikh Atiah Saqar. soal jawab agama di Islamonline 17/7/2007 (Puasa pada bulan Rejab)

4 Syeikh Jaafar Ahmad at-Talhawi. soal jawab agama dalam Islamonline.net 30/8/04 (Kepimpinan baginda Rasulullah terhadap para Anbiya pada malam Israk dan Mikraj).

5 al-Qaradawi. soal jawab agama dalam islamonline.net 8/8/07 (Pengajaran penting daripada peristiwa penting Israk dan Mikraj).6 Ibid.

PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan menyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali.Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Khilaf tentang tarikh Israk Mikraj

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal.

Majoriti ulama berpendapat ianya selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.

1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.

Israk- bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, seperti mana firman Allah yang bermaksud :Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Q.S. Al-Israa: 1).

Mikraj- merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi Sidratul-Muntaha; yang di sisinya terletak syurga Jannatul-Makwa. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa Sidratul-Muntaha itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya. (Q.S. An-Najm: 13-18).

Israk Mikraj boleh dirumuskan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Perjalanan Isra Mikraj tidak terhenti dengan sekali perjalanan ini sahaja namun sebenarnya banyak kali ia berlaku namun kisah ini didokumentasikan di dalam Al Quran sebagai simbolik dan juga pengajaran agar manusia akan dapat mengambil intipati tersurat dan tersirat di dalamnya.

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah.

Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Sesetengah ulama mengatakan bahawa antara sebab kenapa Nabi Musa a.s meminta supaya diminta pengurangan bukan disebabkan perkara lain namun kerana keinginan baginda untuk mendapat percikan Tajalli ( Cahaya ) Allah Taala yang terkesan pada muka Rasulullah s.a.w.. Kerana bagi kekasih Allah, melihat atau mendapat kesan kesan dari Kekasih adalah nikmat yang tiada taranya. Wallahu Alam.

Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.(Q.S. Hud: 114).

Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai Amulhuzn (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.

Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.

Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.

Namun ada juga ulama tidak berpendapat demikian,kerana bagi mereka Firman Allah : Sesungguhnya Wali wali Allah tidak ada ketakutan pada mereka dan tiada kesedihan ; telah menafikan kesedihan Nabi s.a.w. Maka mengatakan Nabi sedih dan digembirakan dengan pemergian Isra Mikraj sebenarnya meragukan dan mungkin boleh menyalahi maksud sebenar jika berdasarkan ayat yang di atas. Adakah wali tinggi dari Nabi ? Tentu Nabi yang juga ketua segala Nabi adalah yang paling tinggi dan tiada rasa kesedihan mengalahkan keimanan serta kecintaan Nabi kepada Allah yang amat Pengasih lagi Penyayang kepada kekasihNya s.a.w.

Peristiwa menarik semasa Isra dan Mikraj yang kesan atau bukti masih dapat dilihat sekarang ialah batu terapung yang ingin mengikut Rasulullah s.a.w Isra dan Mikraj bersama. Namun ditahan oleh baginda s.a.w dan akhirnya kekallah ia bergantungan di antara bumi dan langit hingga sekarang. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan). Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukanberkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan duniadaripada akhirat. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. Seorang Perempuan tua bongkok tiga yang menahan Rasulullah untuk bertanya sesuatu. kata Jibrail; Itulah gambaran usia dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya baginda di Masjidil Aqsa, baginda bertemu dengan para anbiya` dan mursalin yang sekian banyaknya diutuskan oleh Allah. malah baginda dimuliakan dengan mengimamkan solat yang jemaahnya adalah para anbiya` dan mursalin terdahulu. baginda kemudiannya ditawarkan oleh Jibrail a.s akan air untuk menghilangkan dahaga, pilihannya antar dua; susu dan khamr. baginda memilihsusu dan bukannya khamr (arak). berkatalah jibrail a.s; Engkau telah dianugerahi fitrah dan kau telah mendapat fitrah, sekiranyakau memilih khamr, bererti kau menyesatkan ummatmu sendiri.

Seterusnya baginda telah bersedia untuk dimirajkan, di mana Jibrail a.s mengiringi baginda naik ke langit dunia. ketika itu seketul batu ingin ikut serta bersama mereka miraj ke langit, namun ditahan nabi S.A.W. maka sehingga ke hari inilah batu itu masih terapung di udara.

Setibanya mereka, Jibrail a.s meminta dibukakan ;

Pintu langit pertama bagi mereka. di sana baginda bertemu dengan bapa sekalian manusia, yakni Adam a.s. Adam a.s menyambut kedatangan baginda dan mengesahkan kenabian (nubuwwah) baginda. Allah turutmemperlihatkan roh-roh orang syahid pada sebelah kanan baginda dan roh-roh orang yang sengsara di sebelah kiri. menurutRingkasan Peristiwa Isra` dan Mikraj (n.d) orang yang sengsara yang diperlihatkan Allah itu adalahorang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di langit kedua baginda dipertemukan dengan nabi Yahya ibn Zakaria dan Isa ibn Maryam a.ma. mereka berduanya menyambut baik kehadiran Muhammad dengan sahutan salam serta mengesahkan kenabian baginda.

Langit ketiga menyaksikan pertemuan baginda dengan nabi Yusuf a.s. baginda lantas mengucap salam lalu disahut dan disahkan kenabian baginda.

Langit keempat baginda bertemu dengan nabi Idris a.s yang menyahut salam baginda serta mengesahkan kenabiannya.

Langit kelima baginda dipertemukan dengan nabi Harun a.s. baginda lantas memberi salam. salamnya disahut sertakenabiannya disahkan.

Langit keenam nabi Muhammad bertemu dengan Musa a.s. baginda menyahut salam Muhammad S.A.W. dan kenabiannya disahkan, tatkala mahu beralih ke langit ke tujuh, nabi Musa a.s menangis, lalu bertanyalah Muhammad akan gerangan mengapakah baginda menangis. jawab Musa a.s; aku menangis kerana ada seorang pemuda yang diutus sesudah aku, yang masuk syurga bersama ummatnya dan yang lebih banyak daripada ummatku yang masuk ke sana (Syeikh Shafiyyur-Rahman al-Mubarakfury, 2002).

Langit ketujuh menyaksikan pertemuan Muhammad dengan asal-usul susur galur dirinya, yakni nabi Ibrahim a.s. lalu baginda menyahut salam dari Muhammad S.A.W. dan mengesahkan kenabian baginda, lalu nabi Ibrahim berkata;Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk ummatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaituLA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda,Sampaikan salamku kepada ummatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ALIYYIL-AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga (Ringkasan Peristiwa Isra` Mikraj).

Maka naiklah Muhammad bersama Jibrail ke tangga yang seterusnya sehinggalah bertemu dengan Allah diHadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab. ada riwayat mengatakan bahawa baginda naik seorang berjumpa dengan Allah dan Jibrail a.s menunggu cuma di tangga yang sebelumnya. ada juga riwayat mengatakan bahawa nabi S.A.W. naik berjumpa Allah tanpa perlu membuka capalnya, tidak seperti Musa a.s yang pernah naik berjumpa Allah tetapi perlu buka capal.di sinilah berlakunya dialog antara Muhammad dengan Penciptanya Allah swt;

Allah S.W.T:Ya Muhammad.

Rasulullah:Labbaika.

Allah S.W.T:Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah:Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T:Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Maka bermulalah pensyariatan solat dengan waktu yang lima puluh, namun apabila baginda turun, baginda berjumpa dengan nabi Musa a.s yang bertanyakan tentang amanat Allah kepadanya; lalu disuruhnya akan Muhammad kembali bertemu dengan Allah untuk meminta kekurangan pada beban kerana ummat akhir zaman ini tiada mampu untuk menggalas beban yang berat ini.

Maka begitulah baginda berulang-alik bertemu Allah dan Musa sehingga kurang lima waktu, tetapi masih disuruh oleh Musa a.s untuk meminta dikurangkan, maka berkatalah Muhammad; Aku telah malu kepada Rabb-ku, aku redha menerimanya. kemudian berseru suara; Kewajiban dari-Ku telah Ku-tetapkan dan telah Ku ringankan bagi hamba-Ku (zadul Maad, n.d, as cited inSyeikh Shafiyyur-Rahman al-Mubarakfury, 2002).

Bukan ini sahaja, malah banyak lagi yang diperlihatkan kepada Muhammad S.A.W. ketika baginda diisra` mirajkan. manakala ketika turun ke bumi, malangnya lebih ramai yang mendustkan baginda, namun Abu Bakr terus mempercayai baginda lalu bertakhtalah gelaran as-Siddiq pada hujung namanya.

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt.

Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan.

Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail.

Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat. Ini adalah peringkat tertinggi di dalam agama iaitu Muhsin ( maqam Ihsan ) yang tertinggi selepas Iman ( Mukmin ) dan juga maqam Islam(Muslim).

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada Rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

8. Kehebatan Allah Taala yang telah mengumpulkan roh segala Nabi dan Wali di satu masa untuk bersolat di belakang Rasulullah s.a.w.

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini.

Firman Allah yang bermaksud :Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

ISRAK dan Mikraj atau perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Baitulmaqdis dan naik ke Sidratul Muntaha, kemudian kembali ke Mekah dalam waktu singkat merupakan peristiwa yang sukar diterima oleh akal yang rasional kecuali melalui pendekatan iman. Satu perjalanan spiritual yang paling tinggi yang tidak pernah dialami oleh mana-mana Nabi pun. Ia dianggap mukjizat kedua terbesar setelah al-Quran. Para ulama banyak berselisih pendapat tentang bilakah terjadinya Israk dan Mikraj. Sebahagian ulama berpendapat ia terjadi pada malam 7 Rabiulawal, sebahagian yang lain pula menyatakan 27 Rabiulawal dan ada yang mengatakan pada 29 Ramadan. Namun sebahagian besar ulama antaranya seperti Al-Allamah Al-Manshufury berpendapat Israk dan Mikraj terjadi pada malam 27 Rejab.Demikian juga perselisihan pendapat tentang jumlah atau berapa kali terjadinya Israk dan Mikraj, tentang bagaimana terjadinya iaitu adakah dengan tubuh kasar (jasmani) atau tubuh halus (rohani) atau rohani sahaja, apakah ia termasuk mukjizat Nabi atau tidak dan sehinggalah dalam menentukan tempat menjadi titik tolak perjalanan Israk itu.Selepas pelbagai penafsiran dan pendapat mengenai cara bagaimana Israk dan Mikraj itu terjadi, peristiwa ladunity (Ilahi) itu diakui kebenarannya oleh segenap umat Islam. Dalam kaitan masalah tersebut, kenyataan menunjukkan ia benar-benar berlaku meskipun hanya hadis yang membicarakan peristiwa Israk dan Mikraj. Penyebutannya dalam al-Quran dapat dikatakan amat sedikit. Kerana itu wajarlah jika timbul pelbagai pendapat dan pentafsiran. Yang perlu kita ketahui adalah cara al-Quran dalam mengemukakan suatu peristiwa sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w tidak sama dengan cara yang ditempuh oleh para penulis kitab-kitab Sirah, atau buku-buku sejarah yang lainnya. Ia merupakan salah satu ciri-ciri khas al-Quran.Penjelasan al-Quran mengenai peristiwa-peristiwa yang terjadi, baik yang ringkas mahupun yang panjang, memang berbeza sekali dari penjelasan yang lazim diberikan oleh penulis buku. Al-Quran tidak mengutamakan besar atau kecilnya skala kejadian, tetapi lebih mengutamakan kandungan hikmahnya yang dikehendaki Allah s.w.t.KeimananPenyajian yang ringkas ini mungkin bermaksud menguji keimanan, mana yang mantap dan mana yang goyah di kalangan para pengikut Rasulullah s.a.w, yakni kaum Muslimin. Ia ditunjukkan oleh kenyataan bahawa beberapa orang yang pada masa itu telah memeluk Islam terus menjadi murtad setelah mendengar berita tentang Israk dan Mikraj. Itulah yang menjadi dasar pentafsiran yang menegaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj merupakan ujian bagi kaum Muslimin.Sejauh mana hikmah yang dikehendaki Allah s.w.t dalam peristiwa besar itu, kita tidak dapat menjangkaunya, akan tetapi dengan disebut peristiwa itu di dalam al-Quran telah memberi dorongan kepada kita untuk berfikir dan merenungkan kekuasaan Allah s.w.t Yang Maha Mutlak.Sebenarnya adalah tidak wajar diberi tempat untuk perdebatan yang berlarutan yang timbul di zaman dahulu dan sekarang mengenai hakikat peristiwa Israk dan Mikraj yang nyata berlaku dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. Jarak di antara Israk Mikraj dengan roh, jasad, atau jarak di antara melihat dalam masa tidur atau melihat dalam masa jaga adalah jarak yang tidak jauh.Ia tidak sedikit pun menjejaskan hakikat peristiwa ini sebagai satu peristiwa yang telah mendedah dan membuka kepada Rasulullah s.a.w tempat-tempat dan alam yang amat jauh dalam sekilas masa yang pendek sahaja. Orang yang memahami sesuatu daripada hakikat kudrat Ilahi dan hakikat nubuwah, tidak sedikit pun memandang ganjil kepada peristiwa itu.Segala kerja yang kelihatan berbeza-beza dari segi mudah dan payah pada pandangan manusia mengikut ukuran kudrat dan pemikiran mereka atau mengikut apa yang dibiasakan dan difikirkan mereka adalah sama sahaja di hadapan kudrat Ilahi. Sesuatu kebiasaan yang dilihat di alam manusia itu tidak boleh dijadikan hukum dalam penilaian segala perkara dibandingkan dengan kudrat Allah.Hakikat nubuwah pula ialah perhubungan dengan al-Malaul-Ala, iaitu perhubungan yang bukan menjadi ukuran atau kebiasaan kepada insan-insan yang lain (daripada para Rasul). Kebolehan menjelma di tempat atau di alam yang jauh atau kebolehan sampai di tempat yang jauh dengan wasilah yang diketahui umum dengan wasilah yang tidak diketahui umum bukanlah sesuatu perkara yang lebih pelik daripada perhubungan dengan alam al-Malaul-Ala dan menerima wahyu darinya.Abu Bakar telah berkata benar apabila dia memulangkan perkara yang dirasakan pelik dan ganjil oleh kaum Musyrikin kepada hakikat yang mudah dan biasa dengan katanya: Aku percayakan beliau lebih dari itu lagi, iaitu aku telah percaya bahawa baginda membawa wahyu dari langit (Allah)!KebenarannyaDi antara perkara yang menarik perhatian sehubungan dengan peristiwa ini, yang mana kebenarannya ternyata kepada kaum Musyrikin dengan bukti fizikal yang dipinta mereka, iaitu bukti kafilah (dalam perjalanan balik ke Mekah) dan sifat-sifatnya, ialah Rasulullah s.a.w tidak mendengar nasihat Ummu Hani yang menyatakan kebimbangannya bahawa baginda akan didustai oleh kaum Musyrikin kerana peristiwa itu sangat ganjil.Kepercayaan Rasulullah s.a.w kepada kebenaran yang dibawa olehnya dan kebenaran yang berlaku kepadanya membuat baginda sanggup menceritakannya kepada mereka dengan terus terang tanpa mempedulikan apa sahaja pendapat mereka terhadap dirinya. Sesetengah mereka telah bertindak keluar dari Islam dan sesetengah pula menggunakan peristiwa itu sebagai bebanan ejekan dan menanamkan keraguan, tetapi semua itu tidak dapat mematahkan keazaman Rasulullah s.a.w untuk mengumumkan secara lantang kebenaran yang dipercayainya.Ini adalah menjadi contoh teladan kepada para pendakwah agar sanggup menerangkan dakwah yang benar itu dengan berterus terang tanpa menaruh kebimbangan terhadap kesannya di dalam hati manusia, tanpa mengampu-ampu untuk mengambil hati mereka dan tanpa berusaha mencari titik-titik kebenaran yang hendak dikemukakan kepada mereka.Satu perkara lagi yang menarik perhatian ialah Rasulullah s.a.w tidak menggunakan peristiwa ini sebagai mukjizat untuk membenarkan kerasulannya sedangkan kaum Musyrikin mendesak beliau supaya menunjukkan mukjizat-mukjizat. Dan kini sekurang-kurangnya telah terbukti kepada mereka kebenaran peristiwa Israk itu. Ini kerana dakwah Islam tidak bergantung kepada mukjizat, malah bergantung kepada tabiat dakwah dan kepada cara dakwah itu sendiri yang diambil dari fitrah manusia yang lurus, yang sesuai dengan daya-daya pemikiran mereka setelah ia dibetulkan.Pengumuman peristiwa ini yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dengan terus-terang itu bukanlah terbit kerana beliau berpegang kepadanya untuk membuktikan sesuatu daripada kerasulannya, malah ia merupakan pengumuman hakikat yang diyakini benar oleh baginda, iaitu pengumuman semata-mata kerana ia adalah benar.Oleh Mohd Shauki MajidArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0924&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm#ixzz31kqsmId3 Utusan Melayu (M) Bhd

ABSTRAKDalam peristiwa Israk Mikraj yang dihadapi oleh Rasulullah SAW, kita akan dapat mengetahui pelbagai peristiwa yang aneh dan ajaib yang telah dilihatnya ketika dinaikkan ke Sidratul Muntaha dari langit pertama sehingga ke langit ketujuh. Selain itu, kita dapat buktikan adakah perjalanan Rasulullah SAW ke langit ketujuh ini melalui roh atau jasadnya sahaja, mahupun kedua-duanya iaitu roh dan jasad? Peristiwa Israk Mikraj ini dapat kita fahami dengan jelas dan melihat hikmah atau pengajaran yang tersurat atau tersirat semasa peristiwa ini terjadi. Hasil kutipan daripada bahan-bahan rujukan tentang Israk Mikraj didapati peristiwa ini merupakan satu peristiwa yang begitu menguji keimanan umat Islam kerana Allah SWT telah menguji kepercayaan manusia dengan kejadian Israk Mikraj ini dimana Rasulullah SAW melakukankan perjalanan dari Masjidul Haram, Makkah ke Masjidul Aqsa, Baitul Maqdis yang dipanggil Israk manakala Mikraj ialah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidul Aqsa, Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha ke langit ketujuh dan ramai yang tidak mempercayai kata-kata Rasulullah tentang perjalanannya itu. Semasa perjalanan ke langit ketujuh, Rasulullah SAW telah bertemu dengan nabi-nabi sebelumnya dan melihat kejadian-kejadian yang terjadi kepada manusia yang hidupnya didunia membuat dosa dan dimurkai Allah SWT. Menurut Haji Mohd Rashad Shamsuddin dalam bukunya Sirah Muhammad dalam subtopik perbezaan pendapat di muka surat dua ratus dua menyatakan banyak pandangan ulama berkenaan cara pengembaraan baginda ke langit ketujuh. Adakah melalui roh dan jasad? Jika perjalanannya melalui roh atau mimpi maka semestinya Rasulullah memberitahu secara terus terang tanpa berselindung lagi. Pada peristiwa ini juga Allah SWT telah memerintahkan makhluknya kewajipan solat. Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali menjelang 27 Rejab. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang mungkar. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati , kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah mereka percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Rasulullah SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi.

PENDAHULUANPada setiap tanggal dua puluh tujuh Rejab tiba , kita akan selalu teringat suatu peristiwa yang sangat luarbiasa , yang terjadi sejak lima belas abad yang silam, iaitu peristiwa perjalanan Rasulullah SAW di waktu malam dengan menaiki buraq dari Masjidul Haram di Mekah ke Masjidul Aqsa di Baitul Maqdis, terus naik ke langit ketujuh sampai ke Sidratul Muntaha , peristiwa ini lebih dikenali dalam masyarakat kita hari ini iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj Hebatnya peristiwa ini sehingga mengundang sebahagian dari kaum Muslimin setiap pelusuk negara kita memperingatinya dengan mengadakan pelbagai kegiatan khususnya di masjid-masjid, surau-surau, sekolah atau pusat pengajian tinggi dan sebagainya semata-mata untuk meraikan sambutan peristiwa bersejarah ini sehingga semangat ini terbawa-bawa walaupun bulan Rejab telah berlalu. Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi Cuma sekali sepanjang sejarah hidup Rasulullah SAW. Satu setengah tahun sebelum berhijrah ke Madinah perkara yang berlaku ini terjadi kepada diri seorang manusia maksum dan sungguh luar biasa sehingga tidak semua orang meyakini kebenarannya , kecuali orang yang benar -benar beriman, yang mendapat hidayah dari Allah SWT . Bagi orang yang beriman kepada keesaan Allah SWT dan hari Kiamat, mereka menerima dengan hati yang terbuka dan pasrah kerana peristiwa ini merupakan satu perkara yang logic , apatah lagi peristiwa itu dihubungkan sebagai salah satu mukjizat Rasulullah SAW, maka tidak ada masalah yang perlu diragui. Yang jelas kebenaran peristiwa ini tidak mesti sesuai dengan hukum alam dan logik akal manusia, tanpa juga mempercayai secara jasad dan roh, kecuali setelah diperoleh bekas-bekas yang nyata dari peristiwa tersebut. Kita juga mesti beriman dengan Israk dan Mikraj iaitu ada perintah kewajipan menunaikan solat lima waktu. Kewajipan inilah yang menjadi pokok keimanan dan hendaklah dikerjakan bersungguh-sungguh serta tidak meninggalkannya. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Rasulullah SAW menempuh tahun dukacita di mana baginda telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam. Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk Israk dan Mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

DEFINISI ISRAK DAN MIKRAJ

Merujuk buku yang berjudul Sirah Muhammad Rasulullah SAW, Israk dan Mikraj dapat didefinisikan seperti berikut :

Israk ialah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidul Haram, Makkah ke Masjidul Aqsa, Baitul Maqdis sementara Mikraj adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidul Aqsa, Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh. Haji Mohd Rashad Shamsuddin(2002)

Secara umumnya, maksud Israk ialah perjalanan yang Allah SWT perlakukan kepada Rasulullah SAW secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin. Sementara maksud Mikraj ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa israk, iaitu naik dari al-Aqsa kepada beberapa lapisan langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama Sidratul Muntaha di mana ilmu dan akal manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya. Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam rakaman sejarah kehidupan Rasulullah SAW . Peristiwa ini bukan sahaja penting kepada Rasulullah SAW semata-mata, malah peristiwa ini amat penting sekali kepada seluruh Umat Islam. Kepada Rasulullah SAW peristiwa ini juga adalah suatu anugerah tertinggi Allah kepada baginda sebagai Nabi kekasih Allah, di mana berlakunya pertemuan yang begitu shahdu dan qudus di antara baginda dengan Tuhannya(Allah). Haji Mohd Rashad Shamsuddin(2002)

KRONOLOGI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Sebelum Israk dan Mikraj

Peristiwa Isra dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang individu yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Diceritakan sebelum peristiwa ni berlaku

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mikail. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke nubuwwah. Pada suatu malam, Jibril datang mengejutkan Muhammad SAW daripada tidurnya dan membawa Rasulullah SAW menaiki binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Israk itu. Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman(2007).

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah Madinah, tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah , Turusaina iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah dan Bait Lehem (tempat Nabi `Isa A. S. dilahirkan). H. Zainal Arifin Abbas(1970).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW dipanggil oleh seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail:Teruskan pejalanan! Itulah adalah jelmaan syaitan yang tidak berputus asa untuk menyesatkan manusia. Kemudian baginda terserempak dengan seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Dalam perjalan itu juga baginda terserempak dengan seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail:Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. H. Zainal Arifin Abbas(1970).

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Merujuk buku Biografi Muhammad Bin Abdullah(Perjalanan Hidup Seorang Nabi) karya Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman dalam subtopik Israk Mikraj ada menulis:

Di Masjid al-Aqsa, sedang berlaku perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah menghidupkan para rasul dan para nabi untuk bertemu dengan Muhammad di Masjid al-Aqsa. Ulama menyebut jumlah para rasul seramai 315 orang dan jumlah para nabi 24000 orang. Muhammad berkata, Semua rasul dan nabi menunaikan haji di Mekah. Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman(2007).

Kemudian , selepas menunaikan sembahyang, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu Jibrail membawa dua bekas minuman yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman(2007).

Semasa Mikraj (Naik ke Sidratul Muntaha Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia(Babul Hafazah). Rasulullah SAW diterima oleh para malaikat dilangit dunia dengan ketawa dan kegembiraan serta mendoakan baginda dengan yang baik-baik tetapi ada satu malaikat yang berjumpa dengan Rasulullah dan mendoakan yang baik-baik kepadanya tetapi tidak ketawa, baginda tidak nampak kegembiraan padanya seperti mana malaikat yang dijumpainya sebelum ini. Itulah malaikat Malik penjaga Pintu Neraka yang dikatakan oleh malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW. Setelah diperintahkan oleh Jibril atas permintaan Rasulullah, lalu Malik membuka tutupnya dan memancar-mancarlah api yang panas membara memercik tinggi ke udara sehinggakan seperti boleh membakar apa sahaja yang boleh dilihat oleh Rasulullah. Kemudian, baginda menyuruh Jibril memberitahu Malik supaya kembalikan api itu di tempat asalnya lalu Jibril memberitahu Malik dan dia berkataTenangkanlah Nyalaanmu!, lalu kembalilah api neraka itu ke tempat asalnya. Semasa dilangit pertama, baginda dapat menyaksikan pelbagai peristiwa simbolik yang amat ajaib. Disana baginda melihat seorang lelaki duduk disana sambil melihat roh-roh manusia keturunan Adam yang lalu di hadapannya. Roh yang baik datang dari jasad yang baik, manakala kepada sesetengah yang lain dia akan berkataCis! Sambil mengerutkan kening, Roh yang kotor datang dari jasad yang kotor. Selepas itu, rasulullah melihat ada orang yang berenang dalam sungai darah. Apabila mereka sampai ke tepi, mereka ternganga lalu para malaikat melontarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan harta anak-anak yatim .

Kemudian, baginda melihat lelaki yang merangkak dengan perut seperti unta dalam kedahagaan, semasa menuju ke neraka, mereka jalan mengesutkan badan mereka tetapi tidak terdaya. Jibril berkata kepada baginda, itulah orang yang memakan riba!. Baginda juga melihat Satu kaum lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami. Selain itu, baginda melihat perempuan mengendung buah dadanya, kata Jibril kepada bagindamereka itu adalah perempuan yang melahirkan anak bukan daripada suami mereka. Shamsuddin, Haji Mohd. Rashad(2002)

Di langit Kedua, baginda dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S. Kemudian , baginda dan Jibril naik ke langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. Setelah itu, baginda dan Jibril ke langit Keempat dan bertemu dengan Nabi Idris A. S. Seterusnya, baginda dan Jibril naik tangga langit kelima lalu bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. Di Langit Keenam, Naik tangga langit keenam. Baginda bertemu dengan Nabi Musa A. S. Kemudian baginda naik ke langit ketujuh dan berjumpa dengan Nabi Ibrahim A. S. dan baginda dibawa memasuki syurga dan disana baginda terlihat seorang gadis yang bibirnya merah-merah kehitaman lalu baginda bertanya kepadanya untuk siapakah dia? Lalu dia menjawab, Untuk Zaid bin Harisah. Baginda pun mengembirakan Zaid akan hal tersebut. H. Zainal Arifin Abbas(1970). Dalam perjalanan ke lapisan hijab, ketika baginda memerhati sesuatu yang tidak tergambar dengan hati dan fikiran, tidak terlihat dengan pandangan kasar:pandangan matanya tidak terdaya merenungi kehebatan kejadian yang boleh membutakan mata kasar, maka itulah Allah SWT membuka mata hati Rasulullah SAW dan mengizinkannya melihat suatu bentuk keindahan yang amat hebat sekali. Shamsuddin, Haji Mohd. Rashad(2002)

Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah SWT : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah SWT: aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. H. Zainal Arifin Abbas(1970).

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. Yunus Ali Al-Muhdhor(1993).

Selepas Israk dan Mikraj

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Orang pertama yang dijumpainya ialah Abu Jahal. Dia seakan-akan mengetahui akan ada sesuatu yang ingin baginda katakan lalu dia bertanya kapada baginda, Apakah yang yang bermain di fikiranmu wahai Muhammad?lalu baginda menceritakan peristiwa Israk Mikraj itu kepada Abu Jahal dan dia mentertawakan baginda lalu mengajak dan mengumpul penduduk mekah mendengar cerita Muhammad SAW. Abu Bakar yang mendengar cerita Muhammad itu daripada Abu Jahal tanpa keraguan membenarkan kata-kata baginda. Dari sinilah Abu Bakar mendapat gelaran As-Siddiq yang bermaksud membenarkan kata-kata Rasulullah SAW. Penduduk mekah tidak mempercayai kata-kata Rasulullah sama ada kafir Quraisy mahupun Umat Islam yang lemah imannya. Ramai umat Islam yang murtad ketika itu. Untuk memalukan Rasulullah SAW, Abu Jahal meminta baginda untuk menggambarkan ciri-ciri struktur binaan Masjidil Aqsa. Abu Jahal terdiam apabila baginda menjelaskan ciri binaan masjidil Aqsa dengan sangat terperinci. Gambaran baginda diakui oleh mereka yang telah pergi ke sana. H. Zainal Arifin Abbas(1970).

Perbezaan Pendapat Mengenai Perjalanan Israk Mikraj Rasulullah SAW

Terdapat pelbagai pendapat yang menyatakan bagaimana baginda SAW melalui perjalanan Israk Mikraj ini. Adakah melalui roh atau jasadnya sahaja?atau roh dan jasad sekali dinaikkan semasa perjalanan itu.

Dari sudut logik akal pada zaman Rasulullah, pengembaraan beribu kilometer ke ruang angkasa dalam satu malam adalah tidak masuk akal dan tidak diterima oleh masyarakat dimasa itu. Maka penentuan yang menyatakan roh sahaja yang dinaikkan semasa pengembaraan baginda adalah jalan terbaik untuk meyakini pengembaraan baginda Rasulullah SAW. menurut Aisyah, jasad baginda tidak lenyap di muka bumi ini dan yang di Mikrajkan itu hanyalah rohnya. Selain itu, ada segolongan yang lain berpendapat bahawa pengembaran Israk Mikraj itu hanyalah mimpi Rasulullah SAW. Shamsuddin, Haji Mohd. Rashad(2002).

Berdasarkan pendapat ulama-ulama, perjalanan baginda ketika Israk Mikraj adalah melalui roh dan jasad. Hal ini berdasarkan peristiwa baginda menaiki Burak untuk ke langit ketujuh. Jika hanya melalui roh, tidak perlulah burak untuk ditunggang oleh baginda kerana roh tidak diperlukan untuk naik ke langit. Selain itu, ini dapat dibuktikan lagi apabila baginda memilih untuk meminum susu daripada arak yang diberikan oleh Jibril. Roh tidak boleh minum, ini membuktikan pengembaraan baginda ini melalui roh dan jasad sekali. Syaikh Abul Hasan `Ali al-Hasani an-Nadwi(2005) .

PENGAJARANBerdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Selain itu, manusia sebagai hamba Allah harus menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Selain daripada itu, semasa Israk Mikraj, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Pengajaran yang terpenting ialah perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Pengajaran yang seterusnya ialah, manusia harus mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Di samping itu, manusia digalakkan memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Kita juga mestilah mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Pengajaran terakhir ialah kita mestilah berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi syaitan yang menyamar sebagai perempuan cuba menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. H. Zainal Arifin Abbas(1970). Syaikh Abul Hasan `Ali al-Hasani an-Nadwi(2005)Yunus, prof H. Mahmud(1979).

KESIMPULAN

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj ini juga merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW. Yang menjadi agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib sembahyang lima waktu sehari semalam, baik untuk peribadi baginda s. a. w. mahupun untuk umatnya dengan waktu yang telah ditetapkan. Justeru, ini dapat dilihat bahawa betapa pentingnya sembahyang di dalam kehidupan seseorang Muslim , maka marilah kita tanamkan pendidikan Islam secara umum dam pendidikan agama secara khusus kepada anak-anak kita . Kita mesti ada perancangan terutama yang berkaitan masa depan anak-anak dengan dibekalkan mereka dengan pengajaran agama, supaya nanti mereka tidak lupa dan salah faham mengenai agama Islam, tidak lagi yang tidak tahu Rukun Islam dan Rukun Iman dan ia akan menyedarkan mereka untuk menguasai seluruh kehidupan dengan amalan baik dan sempurna. Jadikan pengajaran dan iktibar dari peristiwa Isra dan Mikraj sebagai langkah untuk membersihkan serta membentuk sahsiah diri kita dengan kembali ke jalan Allah dan meninggalkan perbuatan keji yang sia-sia. Kita sebagai hamba Allah , tugas kita bukan sahaja memperingati peristiwa Israk Mikraj ini malah kita haruslah mempraktikkan apa yang patut diambil berdasarkan pengajaran daripada peristiwa Israk Mikraj ini untuk mendapatkan keredaan daripada Allah SWT. Hasil daripada pengabdian yang ikhlas kepada Allah SWT yang Maha Esa dan Maha Berkuasa, maka akan lahirlah insan yang teguh iman dan ehsan kepada-Nya semata-mata untuk mencari keredaan-Nya.

MENYELAK LEMBARAN HIKMAH FENOMENA ISRA WAL MIRAJMuhammad Nuruddin BashahTerminologi Isra Miraj adalah Fenomena bukan sekadar peristiwa dalam lipatan sirah semata-mata. Suatu lembaran yang membuka dimensi baru hala tuju perjuangan hidup seorang muslim dan ummah. Menurut Kamus Dewan, fenomena ialah sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan. Contohnya seperti alam semulajadi, atau sejarah. Fenomena juga dapat didefinisikan sebagai sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik. Perkataan isra' berasal daripada kata kerja asra yang bererti perjalanan malam. Perkataan mi'raj pula menurut kamus Lisan al-'Arab bererti sesuatu yang menyerupai tangga yang digunakan oleh roh manusia untuk ke langit setelah dipisahkan daripada jasad . Perkataan ini berasal daripada kata kerja 'araja (Ibn Manzur, 1990)Sejarah fenomena bermula Pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau. 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Ikhtilaf tawarikh Terdapat perselisihan pendapat tentang tarikh sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj. Ibn al-Jawzi berpendapat peristiwa Israk Mikraj berlaku lapan bulan sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Yathrib (Madinah), Ibn 'Abd al-Bir pula berkata ia berlaku kira-kira setahun dua bulan sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Yathrib, Ibn Faris berpegang kepada tarikh setahun dan tiga bulan sebelum Hijrah, dan Ibn al-Athir pula berpendapat ia berlaku tiga tahun sebelum proses Hijrah[1].Asbab berlakunya Tahun Dukacita (amul huzni) kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.Bagaimana berlaku? Dalam kejadian Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w. diisrakkan oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkatul Mukaramah ke Palestin dengan mengenderai buraq bersama Malaikat Jibrail.

.

Khilaf tempat bermula :o -Berlaku di masjido -Berlaku di tempat antara Maqam Ibrahim dan Zam-zamo -Berlaku di Hajar Aswado -Berlaku di rumah baginda Nabi SAWo -Berlaku di rumah Ummu Hanio -Berlaku di rumah Khadijah (kitab al-Syifa)o -Berlaku di perkampungan Abu Talib Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah Al Isra : 1) Ummu Hani[3] menegaskan bahawa ayat ini diturunkan berkaitan pendustaan Walid Bin Mughirah terhadap peristiwa Isra Miraj pada keesokan hari selepas dihebahkan cerita dan mengatakan Muhammad itu tidak lain melainkan seorang ahli sihir (Hadis riwayat Abu Yala)

dan Demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, Dalam bentuk rupanya Yang asal) sekali lagi,. di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisiNya terletak syurga "Jannatul-Makwa" (Nabi Muhammad melihat Jibril Dalam bentuk rupanya Yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, Yang tidak terhingga penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan Dengan tepat (akan pemandangan Yang indah di situ Yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan Luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. (Surah An Najm : 13-18) Abdullah Ibn Mas'ud meriwayatkan bahawa setelah selesai pembedahan yang dilakukan sendiri oleh Jibril. Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Dinamakan Buraq kerana ketangkasannya yang diumpamakan seperti al-barq (kilat) Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat.

Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Apabila tiba di tempat-tempat tertentu yang tercatat padanya kisah-kisah sejarah Islam, Rasulullah SAW diajukan oleh Jibril AS supaya berhenti dan menunaikan solat dua rakaat bagi menghormati tempat tersebut. Diriwayatkan oleh Anas RA, antara tempat-tempat berkenaan ialah (Taiyyibah) Yathrib, Tursina iaitu tempat Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT dan Bayt al- Laham iaitu tempat Nabi 'Isa AS dilahirkan (Ibnu Hajar Asqalani).

Antara perkara yang dilihat sepanjang Isra[4]1. Kaum yang sedang bercucuk tanam lalu terus menuai hasil tanaman mereka, dan apabila selesai dituai, hasil tanaman yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Jibaril berkata ia menunjukkan ganjaran Allah SWT kepada kaum yang berjihad di jalan Allah yang digandakan pahala kebajikan mereka (Ibnu Hajar al-'Asqalani). 2. Gambaran kaum yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, mereka memakan daging mentah yang busuk, sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Menurut Jibril AS, mereka adalah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami yang sah (al-Ibnu Hajar 'Asqalani). 3. Kaum yang sedang mengumpul kayu api, mereka tidak mampu untuk memikulnya, namun mereka terus menambah beban kayu tersebut. Keadaan ini adalah gambaran bagi orang yang gagal menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka (Ibnu Hajar al-'Asqalani). Bagaimana Mikraj berlaku? Mikraj iaitu sebuah tangga yang indah dari syurga (Ibn Kathir). Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Rasulullah SAW dan Jibril AS naik ke langit dunia dengan menggunakan Mikraj tersebut. Baginda SAW dan Jibril AS menaiki setiap tingkatan langit dunia yang terdiri daripada tujuh peringkat dan bertemu dengan para Rasul terdahulu daripada Baginda SAW. Pada langit pertama, o Rasulullah SAW dan Jibril AS bertemu dengan Nabi Adam AS. o Al-Baihaqi ada meriwayatkan bahawa ketika ini Rasulullah SAW diperlihatkan dengan dua kumpulan manusia, iaitu satu kumpulan daripada golongan yang beriman, manakala kumpulan kedua terdiri daripada golongan yang melakukan dosa dan kejahatan (al-Jawziyah). Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada dada penzina perempuan.

Di langit kedua, Rasulullah SAW dan Jibril AS bertemu dengan Nabi Yahya AS dan Nabi 'Isa AS. Di langit ketiga Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Yusuf AS. Di langit keempat, Baginda SAW bertemu dengan Nabi Idris AS. Di langit kelima Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya daripada kalangan Bani Israil. Di langit keenam, Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Musa AS. Di langit ketujuh, Baginda SAW telah bertemu dengan Nabi Ibrahim AS yang sedang bersandar di Baitul Ma'mur[5], iaitu sebuah tempat untuk para Malaikat melakukan tawaf (al-Mubarakfuri). Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Bertemu Allah Selepas itu, Rasulullah SAW telah dinaikkan ke Sidrat al-Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT, iaitu untuk menerima perintah solat lima waktu (Ibn Kathir). Nabi mengaku melihat cahaya semasa ditanya adakah telah bertemu Allah (Imam Muslim)o Ibnu Masud dan Aisyah mengatakan Nabi hanya melihat Jibrail sahaja bukan Allah.o Nabi tidak melihat Allah disebabkan hijab cahaya yang menghalanginya antara dirinya dengan Allah Subhanahu wa Taala. Ini sebagaimana dijelaskan Imam Ibnu Abil Izz al-Hanafi rahimahullah (Syarah ath-Thahawiyah).o Didalam Tafsir Ibnu Kathir Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya dari Ibn Abbas bahawa dia pernah berkata: Muhammad pernah melihat Rabbnya dengan mata hatinya sebanyak dua kali. (Ibnu Kathir)o Ibn Kathir juga ada meriwayatkan hadis dari Imam Ahmad melalui Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah melihat Rabb ku Azzawajalla. (Imam Ahmad)

Menurut Ibn 'Abbas, tempat tersebut dinamakan Sidrat al-Muntaha kerana pengetahuan para Malaikat terhenti di situ, dan tiada sesiapa yang boleh melepasinya melainkan Rasulullah SAW (al-Nawawi). Sidrat al-Muntaha adalah sebuah tempat yang istimewa serta menjadi tempat larangan termasuk bagi para Malaikat. Di Sidrat al-Muntaha, Rasulullah SAW tidak ditemani Jibril AS. (Perkara ini merupakan khilaf kalangan para ulama). Dalam kitab Fath al-Bari, Sidrat al-Muntaha = seperti sepohon pokok yang mempunyai buah yang besar seperti tempayan dan daunnya pula lebar seperti telinga gajah (Ibnu Hajar al-'Asqalani). Pada pangkal Sidrat al-Muntaha terdapat empat batang anak sungai, dua daripadanya ialah sungai ''batin'' iaitu sungai di syurga, manakala dua lagi sungai merupakan sungai ''zahir'' iaitu yang terdapat di dunia bernama sungai Nil dan Furat. Hadis Anas RA menyatakan bahawa Sidrat al- Muntaha itu terletak di langit yang ketujuh, manakala hadis Ibn Mas'ud menyatakan Sidrat al-Muntaha terletak di langit yang keenam (Ibnu Hajar al-'Asqalani). Imam Ibn Hajar al-'Asqalani berijtihad bahawa sebenarnya tiada sebarang kekhilafan antara kedua-dua pendapat tersebut kerana ia boleh membawa maksud bahawa pangkal atau asal Sidrat al-Muntaha itu berada di langit keenam, manakala puncak serta daun-daunnya mencapai sehingga langit yang ketujuh. Diriwayatkan oleh Mujahid bahawa dahan-dahan Sidrat al-Muntaha terdiri daripada mutiara, yaqut dan zabarjad (Ibn Kathir). Ibn Kathir turut menukilkan sebuah hadis daripada Ibn Zayd yang menyatakan bahawa ketika peristiwa Mikraj, Rasulullah SAW melihat terdapat kumpulan Malaikat yang sentiasa bertasbih kepada Allah SWT pada setiap daun Sidrat al-Muntaha (Ibn Kathir). Di samping itu, diriwayatkan pula oleh Anas bin Malik RA dalam hadis yang panjang[6], bahawa ketika di Sidrat al-Muntaha, Rasulullah SAW dihidangkan dengan tiga bejana yang berisi arak, susu dan madu. Rasulullah SAW telah memilih susu lalu meminumnya. Menurut Jibril AS, Baginda SAW telah membuat pilihan yang tepat, iaitu pilihan yang menunjukkan fitrah[7].(Ibnu Hajar al-'Asqalani).

Dialog Nabi dan TuhannyaAllah SWT: Ya MuhammadRasullah: LabbaikaAllah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih (Habibullah). Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa ul hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang. Rayuan diskaun solat adalah lambang Allah ingin bertemu kekasihnya beberapa kali.Iman dan kufur Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Muhammad rafi dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bercerita selepas baginda menceritakan kepada pemimpin Quraisy kisah malam itu pada waktu pagi, mereka bertanya pelbagai cerita Baitul maqdis kepaa Baginda berdasarkan idea yang diberi oleh pedagang Baitul Maqdis. Baginda berasa cemas tetapi Allah membuka hijab dan menampakkan satu persatu gambaran masjid al Aqsa untuk mematikan hujah Quraisy dan pedagang Baitul Maqdis tersebut. Jasad atau ruh? Ibn 'Abbas serta majoriti ulama berpendapat bahawa peristiwa Israk Mikraj ini dialami Rasulullah SAW secara roh dan jasadnya sekali, dan bukan dalam bentuk rohnya sahaja atau melalui proses mimpi (Ibn Kathir). Pandangan ini dipersetujui Ibn Qayyim al-Jawziyah seperti yang tercatat dalam kitabnya Zad al-Ma'ad fi Hady Khayr al-'Ibad (al-Jawziyah). Pandangan Aishah RA Tidak lenyap tubuh Nabi tetapi Allah Israkan ruhnya (Riwayat Ibnu Jarir At Tabari) pandangan ini dianggap lemah kerana ada rawi bernama Muhammad Bin Ishaq. Melalui Wahdatul wujud ditolak kerana jika wahdatu wujud apa guna isra dikatakan mukjizat?

Percubaan mengkritik Hadis Anas Bin Malik

Ada pihak yang mengatakan hadis berkenaan tidak logik atas alsan di bawah. Namun pandangan itu hanya suatu pandangan dan ia boleh ditolak kerana jumhur ulama bersetuju dengan peristowa isra miraj melalui jalan hadis Anas bin Malik. Malaikat penjaga langit, tidak mengenal Malaikat Jibril. Buraq digambarkan seperti haiwan tunggangan, yang di-ikat di pintu masjid Rasulullah shalat 2 rakaat sebelum ke langit, padahal perintah shalat belum datang. Kisah tawar-menawar jumlah rakaat solat Ruh para Nabi berada di langit, bukan di alam barzah. Hadis yang meriwayatkan perintah shalat telah ada, ketika Khadijah ra. masih hidup.

Sudut pandang sarwa sains

Allah Subhanahu wa Taala berfirman didalam kitabNya yang mulia : Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil haram ke Al Masjidil aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [QS Al-Isra' : 1]Allah telah memulai surat ini dengan mengagungkan diriNya dan menggambarkan kebesaran peranNya karena kekuasaanNya melampaui segala sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh seorang pun selain Dia sendiri. Maka tidak ada Rabb selain Allah. yang telah memperjalankan hamba-Nya [QS Al-Isra' : 1]Yang dimaksud hambaNya adalah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam.pada suatu malam [QS Al-Isra' : 1]Maksudnya, di dalam kegelapan di malam hari. dari Al-Masjidil Haraam [QS Al-Isra' : 1]Masjidil Haram berada di kota Makkah. ke Al-Masjidil Aqshaa [QS Al-Isra' : 1]Yakni Baitul Muqaddas yang terletak di wilayah Elia (Yerussalem), tempat asal para Nabi terdahulu sejak Nabi Ibrahim Alaihissalam. Karena itulah semua Nabi dikumpulkan di Masjidil Aqsa pada malam itu. Lalu Nabi Shallallahu alaihi wasallam mengimami mereka. Hal ini menunjukkan bahwa Nabi Muhammad adalah imam terbesar dan pemimpin para Nabi yang didahulukan. Semoga shalawat dan salam terlimpahkan kepada mereka semuanya. yang telah Kami berkahi sekelilingnya [QS Al-Isra' : 1]Yakni tanam-tanaman dan buah-buahan (yang ditanam di sekitar wilayah itu). agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami [QS Al-Isra' : 1]Maksudnya, Kami perlihatkan kepada Muhammad sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang paling besar. Didalam ayat yang lain, Allah Taala berfirman : Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar. [QS An-Najm : 18] Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [QS Al-Isra' : 1]Allah Maha Mendengar semua ucapan hamba-hambaNya, yang mukmin maupun yang kafir, yang membenarkan maupun yang mendustakan diantara mereka. Dan Dia Maha Melihat semua perbuatan mereka. Maka, kelak Dia akan memberikan kepada masing-masing dari mereka balasan yang berhak mereka terima di dunia dan di akhirat.Hadits-hadits Peristiwa Isra MirajHadits-hadits yang menerangkan peristiwa Isra Miraj adalah hadits-hadits yang mutawatir. Asy-Syaikh Al-Albaaniy didalam kitabnya, Al-Isra wal Miraj menyebutkan bahwa ada 16 sahabat yang meriwayatkan peristiwa ini, diantaranya adalah Anas bin Maalik, Abu Dzar Al-Ghifaariy, Maalik bin Shashaah, Ibnu Abbaas, Jaabir bin Abdillaah, Abu Hurairah, Ubay bin Kab, Buraidah Al-Aslamiy, Hudzaifah bin Al-Yamaan, Syaddaad bin Aus, Shuhaib, Abdurrahman bin Qurath, Ibnu Umar, Ibnu Masuud, Aliy bin Abi Thaalib, Umar bin Al-Khaththaab -radhiyallahu anhum-.Telah menceritakan kepada kami Anas bin Maalik, dari Malik bin Shashaah -radhiyallahu anhuma-, ia berkata, Nabi Shallallaahu alaihi wasallam bersabda: Ketika aku berada di sisi Baitullah antara tidur dan sadar. Lalu Beliau menyebutkan, yaitu: Ada seorang laki-laki diantara dua laki-laki yang datang kepadaku membawa baskom terbuat dari emas yang dipenuhi dengan hikmah dan iman, lalu orang itu membelah badanku dari atas dada hingga bawah perut, lalu dia mencuci perutku dengan air zamzam kemudian mengisinya dengan hikmah dan iman.Kemudian aku diberi seekor hewan tunggangan putih yang lebih kecil dari pada bighal namun lebih besar dibanding keledai bernama Al-Buraq. Maka aku berangkat bersama Jibril Alaihissalam, hingga sampai di langit dunia. Lalu ditanyakan; Siapakah ini?. Jibril menjawab; Jibril. Ditanyakan lagi; Siapa orang yang bersamamu?. Jibril menjawab; Muhammad. Ditanyakan lagi; Apakah dia telah diutus?. Jibril menjawab; Ya. Maka dikatakan; Selamat datang, sebaik-baik orang yang datang telah tiba. Kemudian aku menemui Adam Alaihissalam dan memberi salam kepadanya lalu dia berkata; Selamat datang bagimu dari anak keturunan dan Nabi.Kemudian kami naik ke langit kedua lalu ditanyakan; Siapakah ini?. Jibril menjawab; Jibril. Ditanyakan lagi; Siapa orang yang bersamamu?. Jibril menjawab; Muhammad. Ditanyakan lagi; Apakah dia telah diutus?. Jibril menjawab; Ya. Maka dika