bahan pendahuluan dan penutup.docx

3
1.0 PENGENALAN Bimbingan merupakan satu tugasan yang penting dalam pendidikan. Guru-guru kelas memainkan peranan yang penting dalam membimbing semua murid di bawah jagaan mereka secara efektif. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya (Othman Mohamed, 2000). Tujuan utama bimbingan dalam pendidikan adalah untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran. Peranan guru bimbingan ialah untuk merekomendasikan kelas pemulihan untuk murid-murid lemah yang membolehkan mereka untuk meningkatkan pencapaian kendiri untuk tugasan-tugasan pembelajaran. Perkhidmatan bimbingan dalam pendidikan juga boleh membantu murid-murid cemerlang, yang pandai dan berbakat dan juga yang lembap dan yang cacat. Terdapat tujuh aktiviti asas dalam proses bimbingan pendidikan iaitu memaklumkan, menasihati, kaunseling, menilai, membolehkan, mengesyorkan dan juga maklum balas. Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya pelajar tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Murid-murid yang memerlukan bimbingan dalam pendidikan biasanya menghadapi masalah- masalah yang berkaitan dengan kurikulum yang timbul kerana ketidaksesuaian dengan perkembangan kognitif atau kerana teknik- teknik pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan. Selain itu, murid yang mempunyai motivasi rendah, konsep kendiri rendah dan perhubungan sosial yang rendah serta masalah-masalah yang berkaitan dengab kemiskinan juga memerlukan bimbingan daripada seorang guru. Masalah-masalah lain yang memerlukan bimbingan dan sokongan dalam pendidikan daripada seorang guru ialah krisis yang berkaitan dengan

Upload: md-azlan-shah-bustan

Post on 12-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAN PENDAHULUAN DAN PENUTUP.docx

1.0 PENGENALAN

Bimbingan merupakan satu tugasan yang penting dalam pendidikan. Guru-guru kelas memainkan peranan yang penting dalam membimbing semua murid di bawah jagaan mereka secara efektif. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya (Othman Mohamed, 2000). Tujuan utama bimbingan dalam pendidikan adalah untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran. Peranan guru bimbingan ialah untuk merekomendasikan kelas pemulihan untuk murid-murid lemah yang membolehkan mereka untuk meningkatkan pencapaian kendiri untuk tugasan-tugasan pembelajaran. Perkhidmatan bimbingan dalam pendidikan juga boleh membantu murid-murid cemerlang, yang pandai dan berbakat dan juga yang lembap dan yang cacat. Terdapat tujuh aktiviti asas dalam proses bimbingan pendidikan iaitu memaklumkan, menasihati, kaunseling, menilai, membolehkan, mengesyorkan dan juga maklum balas. Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya pelajar tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Murid-murid yang memerlukan bimbingan dalam pendidikan biasanya menghadapi masalah-masalah yang berkaitan dengan kurikulum yang timbul kerana ketidaksesuaian dengan perkembangan kognitif atau kerana teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan. Selain itu, murid yang mempunyai motivasi rendah, konsep kendiri rendah dan perhubungan sosial yang rendah serta masalah-masalah yang berkaitan dengab kemiskinan juga memerlukan bimbingan daripada seorang guru. Masalah-masalah lain yang memerlukan bimbingan dan sokongan dalam pendidikan daripada seorang guru ialah krisis yang berkaitan dengan perkembangan mental seperti sikap yang mudah lupa atau menghadapi masalah dalam memahami konsep-konsep yang diajar dalam bilik darjah. Guru-guru bimbingan mestilah bersedia untuk menghadapi menghadapi semua jenis krisis atau krisis yang bersangkut paut dengan hal-hal akademik yang akan mempengaruhi murid-murid sekolah. Bimbingan mesti diberikan pada semua peringkat hidup murid-murid dan juga dalam perkembangan kerjaya mereka. Kejutaan budaya, krisis keluarga, konflik persahabatan dan masalah yang berkaitan dengan pendidikan merupakan beberapa masalah memerlukan bimbingan dalam sekolah. Murid-murid menghadapi masalah kendiri dan kerjaya juga mungkin memerlukan bimbingan dan kauseling. Kaunseling ini mungkin diberikan oleh guru-guru bilik darjah atau seseorang kaunselor melalui sesi kaunseling berstruktur individu atau kaunseling berkumpulan yang berfokus kepada satu masalah spesifik atau dalam bentuk kumpulan di mana isu-isu generik perkembangan sosial perlu ditangani.

Page 2: BAHAN PENDAHULUAN DAN PENUTUP.docx

Definisi Kaunseling

Kaunseling secara umumnya dilihat sebagai satu proses menolong seseorang yang mengalami masalah melalui perbincangan secara peribadi antara klien dan kaunselor. Menurut Zuraidah(2001), istilah kaunseling digunakan oleh individu dalam profesion kaunseling untuk menggambarkan satu jenis proses menolong yang khas. Kaunseling memfokus kepada kesedaran kendiri klien, minat, sikap dan matlamat dan bukan sekadar bergantung kepada maklumat umum atau perlakuan yang dilihat. Biasanya dalam sesi kaunseling, seorang kaunselor akan menggunakan potensi yang ada dalam diri klien untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh. Oleh itu, proses menolong yang berlaku dalam sesi kaunseling biasanya berdasarkan teori-teori yang telah dibuktikan kesahihannya dan bukan sekadar nasihat-nasihat biasa. Selain itu, dalam sesi kaunseling juga terdapat kemahiran-kemahiran khas bagi membolehkan sesi kaunseling berjalan secara teratur dan sekali gus dapat menangani masalah klien secara professional.

Definisi oleh Zuqraidah ini seqlqaqrqqas dengan konsep kerahsiaan dalam kaunseling di mana setiap yang berlaku dalam sesi kaunseling hanyalah antara klien dan kaunselor sahaja. Seorang kaunselor perlu menyimpan rahsia klien mereka agar kepercayaan klien terhadap kaunselor tidak tergugat.

Kaunseling bertujuan memberi nasihat kepada individu yang dikenali sebagai klien. Menurut Hilton, dalam BAC(1991) kaunseling didefinisikan sebagai proses menolong yang sistematik berasaskan kemahiran-kemahiran dan prinsip-prinsip yang digunakan oleh kaunselor dalam perhubungan untuk memudahkan pengetahuan diri, penerimaan emosi dan tumbesaran dan perkembangan optima sumber individu, (Davies,1997). Pada keseluruhannya, matlamat kaunseling adalah untuk memberikan peluang ke arah kehidupan yang lebih puas kepada individu. Ini bermakna menurut Hilton, kaunseling adalah untuk membantu individu menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera dengan mengembangkan potensi atau kelebihan-kelebihan yang ada pada klien melalui kemahiran-kemahiran tertentu dalam kaunseling. Seorang kaunselor adalah untuk memberi jalan bagi memudahkan klien bekerja dalam jalan yang menepati nilai-nilai klien, sumber individu dan kapasiti untuk keazaman diri. Hal ini bermakna, kaunselor perlu membantu klien mencapai matlamat mereka mengikut saluran yang sebenar dan bersesuaian dengan potensi dan kelebihan yang ada pada diri klien tersebut. Tetapi kauselor bukan memberikan penyelesaian terhadap masalah klien. Di dalam membantu klien menyelesaikan masalah mereka, seorang kaunselor harus menggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling seperti kemahiran temuduga dan intervensi bagi mencari punca masalah klien. Kemahiran-kemahiran inilah yang dimaksudkan oleh Hilton dalan definisinya tentang kaunseling.