bahan sdp baru
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Seni merupakan satu cabang yang berharga dan merupakan salah satu cara
untuk berkomunikasi yang amat tinggi nilainya. Penghubungkaitan dan pautan di
dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-
disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia berperanan sebagai
satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan
persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk setiap
insan itu supaya terus dihormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji,
berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru dan bersikap
inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti.
Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seolah-olah seperti
sepasang tangan dengan jejarinya yang dianggap sebagai pelajar, manakala ibu jari
sebagai gurunya. Semua jejari pelajar ini dibolehkan bergerak dan berfungsi dengan
bebas tanpa had mahu pun sekatan untuk meneroka seberapa banyak mungkin
idea-idea baru yang boleh didapati di persekitarannya, sementara ibu jari
berperanan sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Walau pun seseorang
itu tidak mempunyai ibu jari, tetapi ia masih lagi boleh bergerak. Tetapi
pergerakannya itu akan menghadapi masalah untuk membantu menggenggam
sesuatu benda dengan erat. Pada masa inilah ibu jari kehadapan untuk untuk
membantu jari jemari.
1
PETA MINDA PENGHUBUNGKAITAN SDP
2
3
KELEBIHAN PENGHUBUNGKAITAN
KONSEP DAN LATAR BELAKANG
Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak.
Kefahaman dalam ketiga –tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh
pengalaman dan ekspresi.
Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata
pelajaran lain.
Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar
belakang, bakat atau kebolehan.
Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda
secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang.
Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak
tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara
aktif.
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang
lebih penting dalam kurikulum; ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui
kecerdasan yang pelbagai
Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni membantu pemikiran
rasional dan intuitif seseorang individu.
Kepentingan Seni dalam pendidikan
Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak-kanak menggunakan
imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai.
Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan diri
dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.
4
Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan
perkembangan otak kiri dan otak kanan.
FAEDAH SENI DALAM PENDIDIKAN
- Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar
- Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi
- Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh
- Belajar cara belajar – aplikasi informasi secara berkesan
- Penghubungkaitan, gerak hati, celik akal dan kecerdasan “Lateral Leaps”
Seni Dalam Pendidikan dari Perspektif Teori Pembelajaran
- Teori Konstruktivisme
- Teori Kecerdasan pelbagai
- Teori Behaviorisme Sosial
- Teori Perkembangan
- Teori Otak Kiri Otak Kanan
- Teori Pemprosesan Maklumat
OPIK 10 INTEGRASI
1. Berbagai Pengertian IntegrasiPsikologi - bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsurperkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan salingbergantung antara satu sama lain.Sosiologi - perhubungan antara personaliti dengan personalitiseperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, danantara pelajar dengan guru.Pedagogi - kaedahdan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isipelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidangpelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatanmenyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.
2. Berbagai Jenis Integrasia) Penggabungjalinan - proses mengintegrasikan pelbagai bidangkemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif danmenyeluruh.
Jenis-jenis Penggabungjalinani. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu matapelajaran
5
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain kedalam sesuatu mata pelajaraniii. Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum
(b) Penyerapan - proses menyebati dan menyatupadukanpengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaranyang diajar.
Ciri-ciri Penyerapan:(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripadaberbagai-bagai pelajaran(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secarabersepadu dalamsatu mata pelajaran(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam prosespenyerapan adalah fleksibel.(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepadaunsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsurutama tetap diberi penekanan yang lebih(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan prosespenggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkanke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiranseperti membaca, menulis dan mengira.
(c) Penerapan- satu proses menerapkan nilai-nilai dalampelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilaiyang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan,nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,ketuhanan dan sebagainyai) Pendekatan implisit – penerapan secara x langsung eg.Guru berpakaian kemas, jujur, amanah, tepat masa dll(ii) Pendekatan eksplisit - mengadakan suatu peraturan ,arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatuperkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.
(d) Pemulihan - untuk membantu pelajar yang mengalamimasalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiranasas 3M.
(e) Pengayaan – aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannyamelebihi sederhana atau pintar cerdas.i) Berbentuk Pengukuhanii) Berbentuk Perkembangan – lebih kompleksiii) Pendekatan Integrasi - Adaptasi ke dalam kurikulumyang ada (sains + PJK ) dan Membina kurikulum barukesihatan + PJ = PJK
Kelebihan Integrasia) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktivitidalam bentuk unit-unit kerja.
6
b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaianakitiviti seni dalam pendidikanc) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduanyang luas.
Intergrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan(a) Aspek Psikologi - akan memberi kesanyang impak kepada minda dan tubuh pelajar.(b) Aspek Sosiologii. Integrasi antara personalitiii. Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakatiii. Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.(c) Aspek Pedagogi(i) Berkait dengan prosedur mengajar – mengembang konsepdan pemahaman terhadap unit-unit.(ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidangpelajaran:
INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKANDENGAN MATA PELAJARAN LAINa) Matematik – muzik, seni , pergerakanb) Sains - banyak didapati aktiviti Seni visual iaitumelukis.Muzik dgn lirik laguc) Kajian Sosial – Muzik : lagu patriotik , Seni : melukis
PERANCANGAN DAN PENILAIANa) Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual,Komunikasi antara Berbagai Pihak)b) Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran –perlu teliti dan rapi ada 3 fasa :(i) Fasa sebelum pengajaran- penentuan kem.,telitikebolehanpelajar., tentukan pendekatan, kaedah,strategi,teknik p&P, pemilihan sumber(ii) Fasa semasa pengajaran – pelaksanaan pend.Strg, kaedah dan teknik., pengurusan kelas ,penggunaan ABM , penilaian.(iii) Fasa selepas pengajaran – penilaian pencapaian, penganalisisan maklum balas.
Penilaian Pendekatan Integrasi(a) Penilaian FormatifPenilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran danpembelajaran sedang berjalan.(b) Penilaian SumatifSetelah satu tempuh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satusemester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaianakan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadapobjektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalamsatu jangka waktu tertentu yang lebih panjang.
7
Rancangan Pelajaran Tahunan– Rancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isipengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajarankebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian PelajaranMalaysia.
Rancangan Pelajaran Harian– Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahanRancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungisekurangkurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimanahendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektiftercapai.
Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada– Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajaranyang sedia ada.
Membina kurikulum baru– Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnyamengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan.
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
1.1 PENGENALAN KONSEP- perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya.- Matlamatnya - melahirkan individu yang berbudaya denganmengamalkan pertimbangan kesenian,berjiwa kreatif, inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan senivisual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantupembentukan insan yang lebih bersifat holistik.
(a) Teori konstruktivisme -kanak-kanak membina pengetahuansecara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagaiwadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secarabebas dan kreatif.(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardnerterdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan.Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburankecerdasan minda kanak-kanak- dapat menjana kecerdasanminda murid dengan lebih menyeluruh.(c) Howard Gardner (1983) Pendekatan yang berintegrasiterhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaanpemikiran murid kepada yang lebih kreatif.(d) Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yangmengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawaseni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
8
(e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yangbermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkanuntuk pendidikan kanak-kanak. Gabungandari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiranmuzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif ,personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dananalitik, emosional dan fizikal dan intelektual.(f) Leonardo da Vinci- Beliau adalah seorang seniman, jurutera,anatomis dan saintis. Beliaumenggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentukkeunggulan diri dalam kehidupannya.
Seni Dalam Pendidikan akan:i Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata murid disekolah menjadi lebih seronokii Membantu anda memahami diri sendiriiii Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspekmenyelesaikan masalahiv Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka ,berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.v Membantu perkembangan insan secara seimbang danmenyeluruh
1.1.1 Matlamat- untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celikbudaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,kritis, kreatif, inovatif dan inventif.- meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargaikeindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisanbangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga, masyarakat dan negara- Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponenakan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitiktolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruhdari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
1.1.2 Objektif / tujuan- menghargai keindahan ciptaan Tuhan- mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalamproses penghasilan- meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi sertakemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan senipergerakan .- menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologiuntuk mengekspresikan hasilan kerja- membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadapkarya seni yang dibuat- mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan matamuridan lain
9
- menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni- sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan- menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dankaitannya dengan keselesaan hidup- membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa- mengintegrasi dengan mata muridan lain melalui aktiviti yangdiadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulumkebangsaan.- membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagaipengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKANTeori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagaiasas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.- guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal danmenggunakan kelebihan diri mereka.- guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untukmemenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar,mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaranyang memberi inspirasi.Teori Kecerdasan Manusiaı Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kirisebagai subjek teori pembelajaran.ı Hermann (1991) menghasilkan “Quadrant Concept” yangmembentuk peranan otak kanan dan otak kiri yang sama.ı Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang samadimana peranan otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukansahsiah diri.
1.2.1 Teori Pembelajaran(a) Teori KonstruktivismeKonstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membinasendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkanpengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran inimenggalakkan murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapatberiteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang samapenting dengan hasil pembelajaran3. Menyokong pembelajaran secara koperatif4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuanbaru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasiduni sebenar6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid danmenggunakannya sebagai panduan merancang pengguna7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh m urid
10
8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid bejarsesuatu idea9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimenBagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkandengan teori konstruktivisme?- Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada- Menyusun atur maklumat dan pengetahuan- Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru- Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagaicara dan bentuk- Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi danpersembahan- Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan
(b) Teori Kecerdasan Pelbagai- Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalamkehidupan sebenar- Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan- Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatanyang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
Jenis-jenis kecerdasan:1) Verbal – linguistik- murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau hasil kesusasteraan2) Logik – Matematik- Murid menjalankan eksprimen sains yang keputusannya di luar jangkaan murid3) Visual – ruang- Murid melukis sesuatu menggunakan stail, media atau bahan baru4) Kinestetik- Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian dan drama5) Muzik- Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan gemar didengar6) Interpersonal- Murid menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita dan drama7) Intrapersonal- Murid memahami diri secara lebih mendalam dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan sendiri8) Naturalis- Murid mencari cara menggunakan bahan alam semulajadi sebagai bahan sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa
Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERIselaras dengan FPN2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasanyang berbagai3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai4. Wujudkan suasana kolaboratif5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasipenyelidikan dalam p&p
11
6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai danseterusnya meningkatkan potensi diri
(c) Teori Pembelajaran SosialTeori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaranmanusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukansesuatu.(i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud,murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar ataukepada model baru yang ditirunya(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalamsituasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain.(iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruankerana gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsipdan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?(i) Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikanidea itu(ii) Memori yang berkekalan- dalam minda atau ingatannya samaada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih.(iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai.(d) Teori Otak Kiri dan Otak KananMengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) danHerman (1991),otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukanpenyuburan untuk membentuk insan kamil. Pemupukan kecerdasanotak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan matamuridan disekolah.(e) Teori Pemerosesan Maklumat Robert M. Gangne (1975)Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatanjangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannyadengan pengalaman baru,- lapan fasa biasa yang dialami oleh manusia dalam prosespembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasapenyimpanan, fasa penahaman, fasa ingatan kembali, fasageneralisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.
Melalui teori ini murid dapat :- Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil- Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan ataupenyampaian- Mendapat maklum balas dari orang lain- Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya- Mengelak perlakuan yang tidak diingini- Mengekalkan perlakuan yang diingini
PENGHASILAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
12
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Cerdas
Tarikh : 27 September 2010
Masa : 60 Minit
Bilangan Murid : 20 orang
Tema : Patriotik
Tajuk : Kemerdekaan
Pengalaman Sedia Ada : Murid pernah menyambut hari merdeka.
Hasil Pembelajaran / Kemahiran :
Fokus Utama : 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks
yang tersurat dan tersirat.
Aras 2 : (i) Menjelaskan maksud yang tersurat dan yang tersirat
berdasarkan bahan yang dibaca.
Fokus Sampingan : 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang
menarik dalam sesebuah karya.
Aras 1 : (i) Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang
ditonton atau dibaca.
Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid dapat :
1. Membezakan antara isi yang tersurat dan tersirat.
2. Membezakan antara ayat suruhan dan ayat larangan.
3. Menyatakan pandangan dan pendapat melalui bahan
yang ditonton dan diperdengarkan.
Sistem Bahasa
* Kosa kata - erti perkataan – tanggal
– warganegara
Pengisian Kokurikulum
13
* Kemahiran Berfikir - memberi pendapat
(KB) - meramal
- mengelaskan
* Teori Kecerdasan Pelbagai - interpersonal
(TKP) - intrapersonal
- muzik
*Belajar Cara Belajar -mendengar
(BCB) -bertutur
* Kontekstual - menghubungkait pelajaran dengan
pengalaman
* Kemahiran Masa Depan - andaian
(KMD) - perubahan sikap
Bahan Sumber Pengajaran : LCD, komputer riba, audio (lagu tanggal 31),
Dan Pelajaran video (detik merdeka).
Langkah / Fasa
Masa (Minit)
Isi pelajaran Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
1. Gambar
Tuanku Abdul
Rahman
Soalan :
a) Pernahkah
kamu melihat
gambar ini?
b) Cuba kamu
teka apakah
yang sedang
1. Guru
menunjukkan
gambar Tunku
Abdul
Rahman.
BSPP
- Komputer
riba
- LCD
- Gambar
14
dilakukan oleh
beliau?
Langkah 1
( 10 minit )
1. Lagu
Tanggal 31
2. Guru
memasang
lagu Tanggal
31
3. Guru
dan murid
menyanyi
bersama-
sama sambil
mengibarkan
bendera.
BSPP
- Muzik
TPK
- Naturalis
Langkah 2
( 20 minit )
Soalan :
a) Apakah ayat
yang tersurat?
b) Apakah ayat
yang tersirat?
1. Guru
menyuruh
murid
membaca
petikan yang
telah
disediakan.
2. Murid
membaca
petikan dan
menyatakan
ayat tersurat
dan ayat
tersirat.
BCB :
- bertutur
KB :
- meramalkan
- mentafsirkan
BSPP
- Komputer
riba
- LCD
Langkah 3
( 20 minit )
Analisis video
pengisytiharan
kemerdekaan.
1.
membahagika
n murid
KB :
- Membandin
g
15
kepada empat
kumpulan.
2.
memasang
video
pengisytiharan
kemerdekaan.
3.
setiap
kumpulan
untuk
menganalisis
dan
mencatatkan
ayat tentang
perkara yang
menarik yang
terdapat
dalam video
tersebut.
4.
kumpulan
diberi masa 15
minit sebelum
dibentangkan
di hadapan
kelas.
5.
pembentanga
n itu, setiap
kumpulan
harus melukis
gambar
perkara yang
beza
- Menghubun
g
kaitkan
- Membuat
keputusan
- Mengelaska
n
TKP :
- Interpersonal
- Naturalis
BSPP
- Video
pengishtiharan
kemerdekaan
16
berkaitan
dengan
kemerdekaan
seperti
bendera dan
sebagainya
pada kertas
pembentanga
n
Penutup
( 5 minit )
Contoh:
- Patriotisme
- Sayang negara
- Bangga
Rumusan nilai-nilai
murni dari cerita dan
aktiviti.
1. Guru
merumuskan
isi pelajaran
pada hari ini.
2. Murid
menyatakan
nilai-nilai
murni
berdasarkan
video
pengisytiharan
kemerdekaan.
PAS
-Nilai murni
BSPP
- Komputer riba
- LCD
PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Pengkaji menggunakan video dan lagu sebagai Bahan Bantu Mengajar
(BBM). Untuk video, unsur-unsur kemerdekaan dan patriotisme diselitkan. Pengkaji
17
memasukkan video pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu dan perbarisan
kemerdekaan. Penggunaan video dilihat dapat dan mampu untuk menarik perhatian
murid. Hal ini kerana komposisi di dalam video terdiri daripada adunan grafik
berwarna-warni dan cerah. Kanak-kanak lebih tertarik dengan kiasan dan kemasan
paparan yang berawrna-warni ditambah pula dengan grafik animasi seperti kartun.
Justeru itu, dengan adunan suara watak kartun tersebut yang beraneka, murid lebih
seronok dan sentiasa ingin mengikuti pembelajaran.
Melalui lagu, murid akan diperdengarkan dengan lagu pilihan pengkaji iaitu
Tanggal 31, 1Malaysia, Jalur Gemilang, Malaysiaku Gemilang, dan Keranamu
Malaysia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap lagu mempunyai lirik
beserta maksudnya sendiri. Terdapat juga lirik yang menceritakan rentetan peristiwa
sedari mula hingga tamat. Dalam konteks kemerdekaan dan patriotisme ini, dengan
mengambil lagu bertajuk Tanggal 31 sebagai contoh, murid akan mengetahui
peristiwa sebenar sama ada yang tersurat atau tersirat pada setiap bait lagu
tersebut. Mereka akan maklum bahawa 31 Ogos selepas tahun 1957 merupakan
hari bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia. Pihak British bersetuju memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu setelah sekian lama dijajah. Di samping
seronok menyanyi, murid akan menerima ilmu pengetahuan baru dan mereka akan
mengingatinya dengan baik.
Akhir sekali ialah bendera. Murid dikehendaki mengibarkan bendera Malaysia
atau nama lainnya Jalur Gemilang. Sebelum memulakan pengajaran, guru
mengambil masa lima minit meminta murid berdiri menyanyikan lagu-lagu pilihan di
atas dengan penuh semangat. Pada waktu yang sama, mereka dikehendaki
mengibarkan bendera Malaysia. Hal ini dapat menyemai semangat patriotik yang
signifikan dalam diri mereka.
Kesimpulannya, pemilihan BBM oleh pengkaji dilihat sesuai dan praktikal
digunakan sewaktu pengajaran di dalam bilik darjah.
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer adalah salah satu cara
pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para
18
pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran dan Pembelajaran
Bantuan Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang
dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language),
pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and
programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek. Alensi dan Trollip (1985)
juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan
maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.
Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang bercirikan pendidikan yang
mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks,
bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan
komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang
konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia
haruslah dapatmemberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menggalakkan dan produktif.
PENDEKATAN PPBK
PPBK menggunakan beberapa jenis pendekatan interaksi pengajaran dan
pembelajaran. Antara jenis-jenis interaksi yang popular ialah tutorial, latih-tubi,
simulasi dan permainan pendidikan. Setiap jenis interaksi ini mempunyai
kelebihannya masing-masing. Ia boleh dibangunkan secara sendiri. Bagaimanapun,
perisian yang menggunakan gabungan tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan
pendidikan akan bersifat lebih interaktif dan menarik.
Tutorial
Tiga perkara asas yang perlu ada dalam sesi tutorial iaitu isi pelajaran yang
kemas, pengguna boleh menjawab soalan dan komputer memberi maklum balas.
Dalam sesi tutorial, pada asasnya, komputer akan mengajar pengguna sesuatu
konsep atau teori yang baru. Pengguna kemudian akan berinteraksi dengan
komputer mengikut kadar kendiri pengguna. Setelah konsep-konsep tertentu
dipersembahkan kepada pengguna dan kefahaman pengguna diukur, komputer
kemudian akan mengeluarkan arahan- arahan sama ada berbentuk pengulangan
atau pengukuhan berdasarkan maklumbalas pengguna.
Latih tubi (Drill and Practice)
19
Teori pembelajaran Behaviourisme mementingkan ransangan dan
pengukuhan. Mengikut teori ini, apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi
respon. Proses latih tubi ini berdasarkan teori behavioris ini. Ia adalah untuk
memberi latihan dan pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu
konsep yang telah dipelajari.
Penggunaan latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna. Motivasi pengguna untuk
menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklum balas yang
diberi oleh komputer. Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan
pendekatan latihtubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir
setelah ia mempelajari tentang papan kekunci.
Permainan Pendidikan (Educational Games)
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer dapat
meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Menurut Jonassen (1996) para pelajar
yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang
tinggi untuk belajar. Apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk
permainan pendidikan.
Permainan pendidikan dalam PPBK adalah permainan yang berorientasikan
pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah para
pengguna dapat mempelajari sesuatu konsep secara tidak langsung. Unsur-unsur
hiburan dan keseronokan yang dimasukkan dalam permainan ini akan merangsang
pengguna untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia
perlu mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah
dipelajarinya terlebih dahulu. Dengan ini ia membantu pelajar melatih kemahiran
mereka untuk menyelesaikan masalah.
Pendekatan PPBK yang berasaskan simulasi dan latih tubi boleh juga
disampaikan melalui permainan. Permainan yang baik seharusnya mampu untuk
mengasah pemikiran yang kreatif kerana dalam sesi permainan, pelajar akan cuba
membuat keputusan berdasarkan syarat, logik dan hukum tetentu. Situasi ini juga
dapat mencabar motivasi pelajar.
20
Simulasi (Simulation)
Komputer boleh digunakan untuk mewujudkan satu senario di mana para
pengguna boleh menerima pengalaman pembelajaran menerusi simulasi tersebut
seperti ia benar-benar berlaku. Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak
dapat dijalankan. Contohnya dalam pembelajaran sains tentang tajuk meosis,
adalah lebih berkesan dan menarik jika menggunakan simulasi komputer daripada
menggunakan gambar rajah-gambar rajah statik untuk menerangkan proses meosis.
Selain dari menjadikan topik tersebut amat menarik, pembaziran dari segi masa dan
kos-kos yang tidak perlu dapat dielakkan. Apa yang penting, pengguna simulasi
dapat meneroka sendiri bahan tersebut sesuai dengan keupayaan pembelajaran
mereka.
21