bahan sejarah ipah.docx

7
Langkah2 ;) Antara langkah langkahnya ialah menguatkan pertahanan dari segi bilangan tentera udara,tentera darat dan tentera laut kerana semakin ramai bilangan tentera semakin kuat pertahanan kita.kemudian,meningkatkan kelengkapan perang seperti kapal selam,kapal terbang pejuang,kereta kebal dengan ini,kita akan lebih bersedia untuk menentang tentera british ketika diserang.seterusnya,menguatkan jati diri seperti semngat kebangsaan yang tinggi supaya ada rasa cinta akan negara kita.selain itu,mengawal perairan dari diceroboh 24 jam bagi memastikan tiada pencerobohan yang berlaku dgn adanya pengawalan yang ketat. Mencari rakan negara yang kuat sebagai sokongan.ianya dapat melindungi antara satu sama lain.di samping itu,rakyat harus menguatkan perpaduan bagi menghalang negara daripada dijajah.Rakyat haruslah bersatu bagi menguatkan perpaduan dan dapat berjuang bersama-sama demi negara tercinta.bukan itu sahaja,mengukuhkan ekonomi sangat penting kerana dapat memperoleh pendapatan yang banyak untuk membeli senjata dan mencipta senjata sendiri sebagai persiapan jika negara diserang. Akhir sekali, kestabilan politik harus dikekalkan supaya negara kita tidak dapat dijajah oleh British dan negara kita boleh merdeka dari dijajah. Cabaran!(sejarah )

Upload: zaini5298

Post on 16-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Langkah2 ;)Antara langkah langkahnya ialah menguatkan pertahanan dari segi bilangan tentera udara,tentera darat dan tentera laut kerana semakin ramai bilangan tentera semakin kuat pertahanan kita.kemudian,meningkatkan kelengkapan perang seperti kapal selam,kapal terbang pejuang,kereta kebal dengan ini,kita akan lebih bersedia untuk menentang tentera british ketika diserang.seterusnya,menguatkan jati diri seperti semngat kebangsaan yang tinggi supaya ada rasa cinta akan negara kita.selain itu,mengawal perairan dari diceroboh 24 jam bagi memastikan tiada pencerobohan yang berlaku dgn adanya pengawalan yang ketat. Mencari rakan negara yang kuat sebagai sokongan.ianya dapat melindungi antara satu sama lain.di samping itu,rakyat harus menguatkan perpaduan bagi menghalang negara daripada dijajah.Rakyat haruslah bersatu bagi menguatkan perpaduan dan dapat berjuang bersama-sama demi negara tercinta.bukan itu sahaja,mengukuhkan ekonomi sangat penting kerana dapat memperoleh pendapatan yang banyak untuk membeli senjata dan mencipta senjata sendiri sebagai persiapan jika negara diserang. Akhir sekali, kestabilan politik harus dikekalkan supaya negara kita tidak dapat dijajah oleh British dan negara kita boleh merdeka dari dijajah.

Cabaran!(sejarah )Antara cabaran untuk mengekalkan kestabilan dan keamanan daripada ancaman luar ialah dengan bekerjasama dengan rakan serantau meliputi tiga aspek besar iaitu kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik dan diplomasi serta perdagangan dan ekonomi.

Selain daripada itu untuk menjaga hubungan dan semangat setiakawan adalah sewajarnya kita menggunakan kaedah atau pendekatan rundingan, bertolak-ansur, cara diplomasiuntuk merapatkan hubungan antara satu dengan yang lain. Oleh itu, penekanan diberikan kepada soal-soal menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan satu jaminan keselamatanyang membolehkan tenagaditumpukan ke arah penglibatan isu-isu politik duniamengikut kemampuandan kepentingan nasional dari semasa ke semasa.Dasar luar adalah bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Pada hakikatnya, walaupun terdapat pelbagai persepsi dan pengertian mengenai dasar luar negara, setiap dasar luar negara yang dibentuk perlu mengambil kira persekitaran luar yang dinamik.Pengertian di atas juga merujuk kepadadasar luar negara Malaysia. Walau bagaimanapun , dasar luar Malaysia telah melalui perubahan selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981.Di bawah kepimpinan beliau dasar luar Malaysia lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama, dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak, kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun dan sokongan kerjasama selatan-selatan.Di samping itu juga, Malaysia menjalankan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya. Dasar berkecualibermaksud sesebuah negara itu tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa besar dunia. Dasar luar sesebuah negara itu bergantung kepada pemerintah dan ianya menjadi panduan dalam menentukan bentuk hubungan dengan negara lain.Hal ini juga berlaku kepada Malaysia yang sentiasa dinamik selaras denganperedaranpersekitaran. Ini jelas dapat dilihat dalam tahun1957 hingga 1963 dasar luar Malaysia berorientasikan pro-Barat dan anti-komunis. Hal ini penting kerana Tunku Abdul Rahman merasakan bahawa Malaysia tidak mempunyai keupayaan ketenteraan yang canggih serta diancamoleh anasir komunis. Oleh yang demikian dasar pro-barat ini dapat dilihat apabila Malaysia menyokong penglibatan pihak Amerika dalam Perang Vietnam serta tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis Cabaran (sejarah )Antara cabaran bagi mengekalkan kestabilan dan keamanan daripada ancaman luar ialah ancaman anasir-anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara kita yang cuba mencerobohi negara kita.seterusnya,cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum di negara kita.kita haruslah mempunyai semangat perpaduan kaum supaya kita bersatu dan menjadi lebih kuat untuk menentang ancaman luar.Selanjutnya,cabaran bagi memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri generasi muda agar kedaulatan negara terjamin.dengan ini,generasi muda lebih bertanggungjawab dalam menjaga negara kita dari ancaman luar. Selain itu , cabaran untuk memastikan ekonomi negara yang kukuh bagi memperoleh pendapatan yang lumayan. seterusnya dapat menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kuat dari segi tentera yang ramai dan persiapan awal bagi menentang ancaman luar. akhir sekali cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di Malaysia amat penting kerana dengan persefahaman kita dapat bekerjasama dan bersatu.kesan drpd penaklukan british ke tanah melayuMelalui penaklukan British terhadap Kepulauan Melayu terutamanya Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya perubahan yang drastik dalam ekonomi dan cara hidup masyarakat melayu. Kedatangan British telah menodai masyarakat tradisional dengan memperkenalkan ekonomi, susunan sosial dan kependudukan serta pendidikan sekular. Dari segi ekonomi, British telah banyak melakukan perubahan dalam ekonomi di Tanah Melayu iaitu dengan memperkenalkan ekonomi kapitalis di samping pelajaran dan perkhidmatan kesihatan. Namun, sesetengah langkah yang dilakukan oleh British ini adalah boleh dianggap sebagai 'melepas batuk di tangga' kerana walaupun banyak perubahan telah dibuat oleh British namun ianya langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada orang-orang di Tanah Malayu terutamanya orang melayu.

Manakala dari segi susunan sosial pula, sesungguhnya rancangan British ini telah berjaya dalam mengekalkan orang Melayu dalam masyarakat tradisionalnya di mana menumpukan taat setianya kepada Sultan serta tidak engkar atas segala kata putus yang dibuat oleh Sultan.

Dari segi kebudayaan pula, kedatangan British di Tanah Melayu telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di tanah melayu dimana ianya dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ianya dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat yang majmuk ditanah melayu. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Manakala dari segi pendidikan pula, ianya lebih kepada pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum yang ada di Tanah Melayu.

SEBAB-SEBAB CAMPUR TANGAN INGGERIS SECARA RASMI DI TANAH MELAYU

Dasar campur tangan Inggeris telah bermula di Perak pada tahun 1874 dengan termenterinya Perjanjian Pangkor, diikuti oleh Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Dengan ini bermulalah perluasan pengaruh lnggeris di Tanah Melayu sekaligus telah menganggu gugat kepentingan tradisi masyarakat tempatan dan segi politik, ekonomi, dan sosial.

Faktor Ekonomi

Menurut Profesor Khoo Kay Kim, walaupun terdapat pelbagai alasan yang digunakan oleh pihak Inggeris untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu namum tujuan ingin menguasai sumber ekonomi telah menjadi faktor utama Inggeris memulakan dasar campur tangan secara rasminya.

Perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain pada pertengahan abad ke-19 telah mendorong Inggenis untuk mencari tanah jajahan baru yang dapat membekalkan bahan mentah yang diperlukan oleh kilang-kilangnya dan mencari pasaran terhadap barangan siap yang dihasilkan oleh kilang-kilang di Britain.

pemerintah tempatan serta mengelakkan terjadinya peperangan yang akan menelan belanja yang besar.

Peranan Sir Andrew Clarke

Sebagai Gabenor baru Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke telah ditugaskan untuk menyiasat masalah sebenar yang berlaku di Negeri-negeri Melayu pada November 1873.Beliau juga dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang situasi Negeri-negeri Melayu dan mencadangkan langkah-langkah yang seharusnya diambil oleh Kerajaan Inggeris bagi memulihkan keamanan serta memelihara kepentingan Inggeris di Negeri-negeri tersebut.

Faktor Kemanusiaan

Frank Swettenham menggunakan alasan tanggungjawab kemanusiaan untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu bagi menamatkan kekacauan sebagai jaminan keselamatan nyawa dan harta benda. Kerajaan Inggeris harus bertanggungjawab terhadap masalah di Negeri-negeri Melayu selaras dengan dasar Pax Britannica iaitu mewujudkan keamanan dalam Empayar Inggeris mulai tahun 1860-an. Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Asing

Masalah Anarki di Negeri-Negeri Melayu

Menjelang tahun 1860-an dan 1870-an, negeri-negeri seperti Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan berada dalam keadaan tidak stabil kerana berlakunya masalah anarki atau huru hara seperti perebutan takhta kerajaan, pergaduhan Kongsi Gelap Cina, masalah perlanunan dan perang saudara yang tidak terkawal.

Perubahan Kepimpinan di England

Sebelum tahun 1871, Parti Liberal menguasai pemerintahan di England dan bersikap anti imperialisme. Dasar ini penting bagi memelihara hubungan baik dengan