bahan2 kek

Upload: paul-chavez

Post on 04-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Bahan2 kek:

1) Telur 6 biji2) Tepung Kek (100gm) -- aku beli cap Nona3) Gula Kastor (100gm)4) Tepung Jagung (60gm)5) Air Sejuk (50gm)6) Ovalette (2 sudu besar)7) Baking powder (1 sudu kecil)8) Butter/ Planta (75gm)

Tepung Kek Nona

Bahan2 Topping:

1) Cream cheese (250gm) -- aku beli cap Tatura2) Gula Aising (50gm)3) Butter/planta (2 sudu besar) utk toping berkilat4) Keju chedar block utk parut -- aku beli cap Kraft

Cream Cheese Tatura

Cara2 nya:

1) 6 biji telur tadi, 4 biji guna semua manakala 2 biji lagi ambil yang kuning sahaja, masukkan dalam mixer dan putar2) Masukkan semua bahan2 yang lain, (tepung kek Nona, gula kastor, tepung jagung, air sejuk, ovalette dan baking powder) putar sampai gebu dan putih.(Jalan masukkan butter dulu ye!!!)3) Dah gebu, panaskan butter sampai cair, masukkan butter cair tadi dalam adunan sikit demi sedikit, putar dengan kelajuan laju dalam 1 minit(Jalan putar lama2, nanti adunan yg gebu tadi cair balik)4) Masukkan adunan dalam loyang, Pastikan separuh sahaja dari ketinggian loyang sebab kek akan naik(disebabkan oven aku kecil, aku guna loyang 8 x 8 x 3 inci. So aku kena bakar 2 kali sebab tak muat)5) Bakar 110 degree selama 30 minit atau lebih(masa prepare bahan2 tu, boleh panaskan oven dulu ye)6) Cucuk dengan lidi, kalau bersih, dah masak la tu..7) Dah masak, keluarkan, sejukkan, baru leh topping.

Putar sampai gebu sebelum masuk butter

Ini loyang yang aku guna

Letak separuh sahaja, kena 2 kali bakar

Cara buat topping:

1) Putar Cream cheese, gula aising & butter yang telah dicairkan. Putar sampai sebati2) Bila kek da sejuk, topping la cantik23) Pastu parut cheese cheddar block atas tu4) Siap

Ini lah hasilnya

Memang sedap dan mudah..Kawan aku dah 2 kali order tau.. Kek lembut, rasa cheese topping manis dan cheese cheddar masin...mmg sedap la utk org2 yg giler cheese mcm aku ni. Selamat mencuba!!!