bahasa

7
PENDAHULUAN 1.Bahasa Bahasa merupakan ujaran manusia, sama ada yang dituturkan ataupun yang ditulis. Bahasa juga merupakan system komunikasi yang paling biasa. Ia membolehkan manusia saling bercakap dengan satu sama lain dan menulis fikiran dan ideanya. ( Ensiklopedia Dunia, 2005 ). Di mana-mana sahaja terdapat masyarakat,maka di situ terdapat bahasa. Kebanyakkan sebarang bentuk aktivi manusia bergantung kepada kerjasama dua orang atau lebih. Justeru,bahasa digunakan untuk menyampaikan fakta, maklumat dan sebagai menyampaikan cerita dan menerangkan. Bagi sesetengah orang, terutamanya para pelajar, istilah ‘bahasa’ dikaitkan dengan proses mempelajari dan menghafal fungsi atau kegunaan awalan-awalan seperti ber-, me-, ter-, dan sebagainya. Bagi orang lain pula, ‘bahasa’ dianggap sebagai matapelajaran yang menghendaki seorang pelajar membaca sebuah petikan karangan dan kemudian menjawab soalan-soalan mengenai bahan yang terkandung di dalam petikan tersebut. Selain itu, ‘bahasa’ juga dianggap seperti membuat ringkasan karangan dan menjadikannya satu pertiga panjang dari bentuk asalnya. Menurut Prof. Madya Dr. Nik Safiah Karim (1981), sebelum 1957,Bahasa Melayu telah menjadi kepunyaan khas orang-orang Melayu dan orang-orang bahasa asing menuturkan dalam satu bentuk bahasa yang disebut ‘bahasa pasar’. Walaupun Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia,namun kedudukannya berlainan di negeri-negeri Borneo. Komposisi penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunyai bahasa yang tersendiri, yang tidak difahami oleh kaum lain. Sabah

Upload: norain

Post on 21-Jun-2015

128 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa

PENDAHULUAN

1.Bahasa

Bahasa merupakan ujaran manusia, sama ada yang dituturkan

ataupun yang ditulis. Bahasa juga merupakan system komunikasi yang paling

biasa. Ia membolehkan manusia saling bercakap dengan satu sama lain dan

menulis fikiran dan ideanya. ( Ensiklopedia Dunia, 2005 ). Di mana-mana

sahaja terdapat masyarakat,maka di situ terdapat bahasa. Kebanyakkan

sebarang bentuk aktivi manusia bergantung kepada kerjasama dua orang

atau lebih. Justeru,bahasa digunakan untuk menyampaikan fakta, maklumat

dan sebagai menyampaikan cerita dan menerangkan.

Bagi sesetengah orang, terutamanya para pelajar, istilah ‘bahasa’

dikaitkan dengan proses mempelajari dan menghafal fungsi atau kegunaan

awalan-awalan seperti ber-, me-, ter-, dan sebagainya. Bagi orang lain pula,

‘bahasa’ dianggap sebagai matapelajaran yang menghendaki seorang pelajar

membaca sebuah petikan karangan dan kemudian menjawab soalan-soalan

mengenai bahan yang terkandung di dalam petikan tersebut. Selain itu,

‘bahasa’ juga dianggap seperti membuat ringkasan karangan dan

menjadikannya satu pertiga panjang dari bentuk asalnya.

Menurut Prof. Madya Dr. Nik Safiah Karim (1981), sebelum

1957,Bahasa Melayu telah menjadi kepunyaan khas orang-orang Melayu dan

orang-orang bahasa asing menuturkan dalam satu bentuk bahasa yang

disebut ‘bahasa pasar’. Walaupun Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia,namun kedudukannya berlainan di

negeri-negeri Borneo. Komposisi penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai

etnik dan mempunyai bahasa yang tersendiri, yang tidak difahami oleh kaum

lain. Sabah adalah salah sebuah negeri dalam gabungan Persekutuan

Malaysia yang terletak di bahagian timur Pulau Borneo iaitu pulau yang

ketiga terbesar di dunia.

Melalui penemuan ahli arkeologi,Alam Melayu telah diduduki manusia

moden sejak kira-kira tahun 35,000 S.M. Terdapat pendapat tokoh Sejarah

mengatakan bahawa rumpun Melayu berasal dari wilayah Yunan atau Selatan

negeri China.

Page 2: Bahasa

Menurut Jurnal Dewan Bahasa keluaran Julai (1992), negeri Sabah tidak

wujud sebagai sebuah negeri dengan satu bentuk kerajaan yang tersendiri

sebelum tahun 1881. Kawasan tanah ini pada masa itu dituntut sebagai

tanah milik Sultan Brunei dan Sultan Sulu walaupun mereka tidak mempunyai

apa-apa kawalan terhadapnya. Namun demikian, melalui satu perjanjian

yang termeterai pada 29 Disember 1877, Sultan Brunei menamatkan

tuntutannya terhadap negeri ini. Manakala Sultan Sulu telah menyerahkan

tanah negeri Sabah kepada Alfred Dent pada 22 Januari 1878.

2. Kedudukan Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa etnik di Sabah

Walaupun Bahasa Melayu telah lama dijadikan bahasa rasmi dan

bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi

di Malaysia, namun di negeri Sabah mengalami perkembangan yang berbeza.

Sebelum tahun 1881 didapati tidak terdapat catatan yang menyebut

perkembangan Bahasa Melayu di negeri Sabah dengan jelas. Selain

pendidikan sekolah pondok yang dikendalikan oleh orang-orang Islam, tidak

terdapat sebarang bentuk system pendidikan yang teratur sehingga British

mula mentadbir Sabah.

Pada tahun 1978, Summer Institute of Linguistik (SIL), satu badan

linguistic Barat, telah menjalankan satu projek kajian secara besar-besaran di

seluruh Sabah untuk mendokumentasikan bahasa-bahasa peribumi yang

terdapat di negeri ini. Selain itu, terdapat juga beberapa kajian oleh pegkaji-

pengkaji tempatan seperti Asmah Hj. Omar dalam bukunya yang berjudul The

Malay People of Malaysia and Their Languages.

Menurut Jurnal Dewan Bahasa keluaran Julai-Disember (1993), jumlah

penutur sesuatu bahasa dan dialek peribumi di Sabah tidak dapat dipastikan

kerana ada antara bahasa atau dialek yang mungkin sudah tidak dituturkan

lagi disebabkan tiada penutur bahasa atau dialek berkenaan. Di Sabah,

terdapat dua kumpulan penutur besar iaitu rumpun Austronesia dan satu lagi

rumpun iaitu bukan Austronesia. Rumpun Austronesia di Borneo merupakan

golongan peribumi di Sabah yang kebanyakannya sudah lama mendiami

kawasan ini walaupun asal-usul mereka masih tidak dapat ditentukan dengan

jelas. Manakala kumpulan bukan Austronesia merupakan kumpulan

pendatang ke Sabah yang dating untuk mencari nafkah hidup dan mengisi

Page 3: Bahasa

jawatan di sektor swasta. Antara yang terutama dalam kumpulan ini

termasuklah orang Cina, India, Pakistan, Bangladesh, Suluk, Bugis dan lain-

lain.

Menurut kajian SIL, terdapat 55 bahasa dan 83 dialek yang dituturkan

di negeri Sabah. Dalam kerja kursus kami ini, kami akan mengkaji bahasa-

bahasa etnik di Sabah iaitu bahasa Kadazan Dusun , bahasa Rungus, bahasa

Bajau, bahasa Iranun, bahasa Sungai serta bahasa Murut. Kelapan-lapan

bahasa ini merupakan satu kumpulan daripada rumpun besar Austronesia.

Etnik Kadazan merupakan etnik yang terbesar di Sabah dan diikuti oleh etnik

Bajau dan Murut. Menurut kajian SIL (1984) dalam jurnal Dewan Bahasa

(1993), keluarga Bahasa Kadazan Dusun menuturkan sebanyak sepuluh

bahasa dan terdapat 13 dialek yang tersendiri. Bahasa Rungus menjadi

subkeluarga bahasa Kadazan Dusun. Selain itu,keluarga Bahasa Bajau pula

terdiri daripada dua jenis yang mana satu dituturkan di kawasan pantai timur

dan satu lagi di kawasan pantai barat. Mengenai Bahasa Murut pula adalah

merupakan etnik yang mempunyai 15 bahasa. Manakala Bahasa Iranun pula

dituturkan di dua buah kawasan berbeza iaitu di Daerah Lahad Datu dan di

Daerah Kota Belud.

Akan tetapi, bahasa-bahasa etnik di Sabah ini mengalami kepupusan

kerana semakin ramai orang yang menggunakan bahasa Melayu sahaja

dalam pertuturan seharian. Bagi memastikan bahasa etnik itu terus 'hidup',

ia memerlukan sekurang-kurangnya 100,000 orang bertutur dalam bahasa

itu dan jika jumlahnya kurang daripada angka ini, maka bahasa ibunda itu

bolehlah dianggap sedang menghadapi bahaya kepupusan. Sebagai contoh,

kumpulan etnik Begahak di Mukim Tungku, Lahad Datu, merupakan klasik

bahasa etnik yang semakin pupus kerana hanya 2,000 orang dari kumpulan

ini yang dapat bertutur Begahak. Selain itu, masyarakat Tobilung di Kampung

Mengaris, Kota Marudu juga sedang mengalami masalah yang sama. Antara

faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ialah kahwin campur antara

kumpulan etnik yang lain di negeri ini. Contohnya seorang suami keturunan

Dusun dan isterinya dari kaum Sungai. Bahasa Melayu merupakan bahasa

komunikasi yang lebih dipertutur di rumah dan secara langsung

mengurangkan peluang anak-anak mereka bertutur dalam bahasa ibunda

masing-masing. Satu lagi faktor ialah penghijrahan. Bila sahaja satu

Page 4: Bahasa

kumpulan etnik berhijrah, bahasa komunikasi yang mereka gunakan akan

dipengaruhi suasana sekitar dan juga masyarakat setempat.

3.Tatabahasa

Menurut Oxford Ensiklopedia Pelajar (2002), tatabahasa adalah cara

kita menyusun kata-kata untuk mengutarakan sesuatu. Tatabahasa

diterjemahkan daripada perkataan Inggeris iaitu ‘grammar’. Dalam bahasa

Yunani, tatabahasa disebut ‘gramatikos’ yang bermaksud seni membaca dan

menulis. Tatabahasa merupakan satu aspek bahasa yang terpenting yang

wajib dikuasai oleh seseorang penutur kerana tanpa pengetahuan ini,

seseorang itu akan menghadapi masalah yang bukan sahaja untuk bertutur

tetapi juga untuk membaca, menulis. Ini disebabkan apa sahaja bentuk

penggunaan bahasa akan memerlukan tatabahasa iaitu system atau

peraturan tentang bagaimana bahasa itu seharusnya digunakan. Aspek ini

meliputi bidang sintaksis dan morfologi iaitu bidang yang khusus mengkaji

tentang system binaan perkataan dan hubungan perkataan-perkataan dalam

membentuk frasa,klausa dan ayat. Jika seseornag itu tidak mengetahui

system pembentukan perkataan yang meliputi proses

pengimbuhan,pergandaan dan pemajmukan dalam bahasa Melayu, maka

seseorang itu tidak dapat dikatakan telah menguasai bahasa secara

berkesan. Kesimpulannya, tatabahasa memerlukan kita menggunakan kata-

kata yang tepat dengan cara yang benar.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995), pengajaran tatabahasa adalah

pengajaran tentang hokum-hukum dan peraturan sesuatu bahasa. Hal ini

melibatkan struktur dan system bahasa etrsebut. Pemahaman yang baik

tentang selok belok struktur dan system bahasa yang dipelajari itu akan

membolehkan kita menguasai dan menggunakan bahasa dengan betul,cekap

dan berkesan. Dalam sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSM (1988),

tatabahasa adalah salah satu aspek bahasa yang penting dan perlu diberi

penekanan. Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan

diajar secara terancang. Menurut saranan yang diberi, pengajaran

tatabahasa di sekolah bertujuan :

1. Membolehkan para pelajar mengesan kelainan makna kata yang

imbuhannya berbeza.

Page 5: Bahasa

2. Mengguanakn perkataan berimbuhan dengan tepat dan berkesan

dalam kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis.

3. Mengguanakn golongan kata dalam pelbagai situasi dengan betul.

4. Membolehkan pelajar bertutur dengan lancer.

5. Membolehkan pelajar memahami dengan lebih jelas pengertian

sesuatu perkataan.

6. Membolehkan pelajar membina ayat-ayat yang kecil,jelas dan

gramatis dalam pelbagai situasi.

Pengajaran tatabahasa yang disarankan di sekolah amat menekankan aspek

morfologi,sintaksis,sebutan,intonasi dan semantik.

Terdapat dua pendapat mengenai pengajaran tatabahasa iaitu

pendapat lama dan pendapat baru. Pendapat lama mengatakan tatabahasa

sangat perlu dipelajari. Berpandukan tatabahasa,seseorang dapat menguasai

bahasa dengan baik. Pendapat lama juga mengatakan mempelajari

tatabahasa boleh dilakukan dengan menghafal peraturan dan undang-

undang. Manakala pendapat baru pula mengatakan tatabahasa perlu

dipelajari untuk membantu seseorang untuk mempelajari bahasa.

Mempelajari tatabahasa bukan dengan menghafal peraturan dan undang-

undang tetapi melalui contoh-contoh yang sesuai. Tatabahasa diperkenalkan

setelah kanak-kanak boleh menggunakan bahasa dengan baik. Pendapat

baru juga mengatakan dengan kepintaran seseorang itu berbahasa tidak

bergantung kepada kecekapan dalam undang-undang tatabahasa itu.

Lazimnya pengajaran tatabahasa boleh dilakukan melalui pelbagai cara.

Namun begitu,penyampaian dijangka lebih berkesan sekiranya strategi

tertentu diberi perhatian.

Tatabahasa dalam etnik di Sabah bertutur menggunakan loghat

daerah masing-masing dan terdapat kemungkinan beberapa perbezaan

dalam penggunaan perkataan.