bahasa hukum kawad kaki

9
MEMBENTUK BARISAN BERTIGA-TIGA 1- Skuad, bentuk satu barisan dihadapan saya, yang tinggi ke kanan… yang rendah ke kiri…. Dalam satu barisan… paras. 2- Dari kanan….. nombor… 3- Ganjil, satu langkah ke hadapan. Genap, satu langkah ke belakang. Ganjil dan genap….gerak. 4- ang kanan sekali diam. Ganjil, kekanan pusing. Genap, kekiri pusing. !anan dan kiri….pusing. "- #entuk barisan bertiga-tiga. Dari kiri, $epat jalan. %- !ekanan….lurus. &andang…depan. '- #aris, senang diri. ARAHAN KAWAD STATIK 1- #aris. #aris…sedia. 2- #uka barisan…gerak. 3- Senang…diri. 4- (ehatkan diri. "- #aris. #aris…sedia. %- &asukan akan hentak kaki.. dari kiri $epat hentak…..#erhenti '- #ergerak kekiri. !ekiri…pusing. )- #ergerak kekanan. !ebelakang…pusing. *- +enghadap kebelakang. !ekanan…pusing. ngatan /pabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, 0alau ke arah mana pun platun anda sedang menghadap 1 - +enghadap kehadapan. !ebelakang…pusing. 11- #aris. Senang…diri. 12- (ehatkan diri. 13- #aris. #aris…sedia. 14- utup barisan…gerak. 1"- !ekanan….lurus. &andang…depan. ARAHAN KAWAD BERJALAN LALU

Upload: vellashene-vella

Post on 06-Oct-2015

259 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kawat

TRANSCRIPT

MEMBENTUK BARISAN BERTIGA-TIGA

1- Skuad, bentuk satu barisan dihadapan saya, yang tinggi ke kanan yang rendah ke kiri. Dalam satu barisan paras. 2- Dari kanan.. nombor 3- Ganjil, satu langkah ke hadapan. Genap, satu langkah ke belakang. Ganjil dan genap.gerak. 4- Yang kanan sekali diam. Ganjil, kekanan pusing. Genap, kekiri pusing. Kanan dan kiri.pusing. 5- Bentuk barisan bertiga-tiga. Dari kiri, cepat jalan. 6- Kekanan.lurus. Pandangdepan. 7- Baris, senang diri.

ARAHAN KAWAD STATIK1- Baris. Barissedia. 2- Buka barisangerak. 3- Senangdiri. 4- Rehatkan diri. 5- Baris. Barissedia. 6- Pasukan akan hentak kaki.. dari kiri cepat hentak..Berhenti7- Bergerak kekiri. Kekiripusing. 8- Bergerak kekanan. Kebelakangpusing. 9- Menghadap kebelakang. Kekananpusing. [Ingatan: Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun platun anda sedang menghadap]10- Menghadap kehadapan. Kebelakangpusing. 11- Baris. Senangdiri. 12- Rehatkan diri. 13- Baris. Barissedia. 14- Tutup barisangerak. 15- Kekanan.lurus. Pandangdepan.ARAHAN KAWAD BERJALAN LALU1- Bergerak kekiri bertiga-tiga, kekiripusing. Dari kanancepat jalan. 2- Kiri belok 3- Kiri belok 4- Kiri belok 5- Kiri belok 6- Hormat, hormat kekananhormat. Pandang..depan 7- Hormat, hormat kehadapanhormat. 8- Tukar langkah semasa cepat jalan tukar langkah, tukar langkah, tukar langkahmaju. 9- Bergerak kekanan. Kebelakangpusing. 10- Kiri belok 11- Kiri belok 12- Tukar langkah perlahanperlahan jalan 13- Kiri belok14- Bergerak kekiri. Kekiripusing. 15- Buka barisangerak. 16- Pandang kanan 17- Pandang depan 18- Tutup barisangerak. 19- Bergerak ke belakang, kekiri..pusing. 20- Kiri belok. 21- Tukar langkah cepat cepat jalan. 22- Kiri belok 23- Kiri belok 24- Berhenti 25- Menghadap kehadapan. Kekananpusing. 26- Kekananlurus. Pandangdepan. 27- pasukan keluar barisNota Kawad

KAWAD TANPA SENJATA DALAM KEDUDUKAN STATIK

BILPERKARAKATA PERINTAH/ PERGERAKAN

1Kawad Tanpa Senjata

1.1Sedia

Arahan kawad: Skuad, Skuad. Sdia

Pergerakan:

1.Dengan pantas angkat kaki kiri separas pergelangan kaki (angklet) atau setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak di sebelah kaki kanan.2.Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi sahaja serentak dengan kiraan Satu.

1.2Senang diri

Arahan kawad: Senang Dri

Pergerakan :1.Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet bawa ke sebelah kiri supaya terdengar satu bunyi dengan kiraan Satu,2.Masa itu juga bawa kedua-dua tangan ke belakang tangan kanan rapat di hadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang.

1.3Rehatkan diri

Arahan kawad: Rehatkan.... Dri

Pergerakan:1.Lemahkan semua anggota badan & kepala.2.Tangan dinaikkan di atas punggung serentak dengan kiraan Satu.

1.4Membentuk Skuad

(Jadikan tiga berisan)

Arahan kawad: Tiga barisan di hadapan saya... Grak

Pergerakan:Anggota dengan pantas berlari beratur jadikan tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan jurulatih.

1.5Langkah ke Hadapan

Arahan kawad:...... langkah ke hadapan.... Grak(Contoh: 1langkah ke hadapan.....Grak)

Pergerakan:1.Dengan pantas ambil satu langkah kaki kiri sejauh satu inci ke hadapan dengan kiraan Satu.2.Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat ke tumit kaki kanan dengan kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.

1.6Langkah ke Belakang

Arahan kawad:....... Langkah ke Belakang....Grak

Pergerakan:1.Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet tolak ke belakang sejauh 30 inci dengan kiraan Satu.2.Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat ke tumit kaki kiri dengan kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.

1.7Langkah ke Kanan

Arahan kawad:....... Langkah ke Kanan....Grak

Pergerakan:1.Dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet dan bawa ke sebelah kanan sejauh 12 inci .2.Letakkan hujung kaki kanan ke bumi dengan kiraan Satu.3.Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak rapat di sebelah kaki kanan dengan kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.

1.8Langkah ke kiriArahan kawad:....... Langkah ke Kiri....Grak

Pergerakan:1.Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan bawa ke sebelah kiri sejauh 12 inci.2.Letakkan hujung kaki kiri ke bumi dengan kiraan Satu.3.Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat di sebelah kaki kiri dengan kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.

1.9Membetul-kan barisan

a.Ke Kanan Lurus.Arahan kawad:Ke Kanan.........Lurus

Pergerakan:1.Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam.2.Anggota lain dengan pantas sorongkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dan letakkan tapak ke bumi dengan kiraan Satu3.Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan Dua.4.Pada masa sama palingkan muka memandang ke kanan kecuali orang nombor satu di dalam setiap barisan, dan anggota di dalam barisan hadapan angkat tangan kanan paras bahu melalui belakang orang di kanannya kecuali penanda kanan.5.Setelah itu angkat kaki kiri separas angklet dan hentakkan di sebelah kaki kanan dengan kiraan Tiga dan terus hentak kaki kanan / kiri berturut-turut mengambil lurus.6.Setelah mendapat kedudukan lurus, semua anggota diam dan tunggu perintah Pandang Depan

Peringatan:Jika kawad dengan senjata (tangan kanan memegang senjata) orang dalam barisan hadapan mengangkat tangan kiri ke sebelah kiri serta pandang kanan.

b.Pandang Depan

Arahan kawad: Pandang ....... Dpan

Pergerakan:Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan turunkan tangan kanan ke sebelah rusuk kembali ke kedudukan sedia.

c.Ke Kiri LurusArahan kawad:Ke Kiri...... Lurus

Pergerakan:1.Pergerakan adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota dalam barisan belakang paling ke kiri.2.Penanda di sebelah kiri hendaklah diam dan anggota nombor satu dalam barisan tengah dan belakang hendaklah menentukan jarak.

d.Luruskan BarisanArahan kawad:Luruskan.......... Barisan

Pergerakan:1.Penanda diam, anggota lain dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan.2.Pada masa yang sama palingkan muka ke kanan serentak angkat tangan kanan paras bahu melalui sebelah belakang orang di kanannya.3.Hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut bergerak ambil lurus.

1.10NomborArahan kawad: Skuad.......... Nombor

Pergerakan:Anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri.

1.11Buka/ tutup Barisan

a.Buka BarisanArahan kawad: Buka Barisan....... Grak

Pergerakan:1.Dengan pantas semua anggota barisan hadapan ambil satu langkah ke hadapan sejauh 30 inci dengan kiraan Satu.2.Ambil satu langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan kiraa Dua.3.Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dengan kiraan Tiga balik ke kedudukan sedia.4.Bagi anggota barisan belakang, pergerakan dibuat secara mengundur dua langkah ke belakang dimulakan dengan kaki kiri mengikut jarak dan kiraan sama dengan barisan hadapan.

b.Tutup barisanArahan kawad:Tutup Barisan........Grak

Pergerakan:1.Anggota barisan hadapan membuat pergerakan sepertimana anggota barisan belakang semasa Buka Barisan (Mengundur).2.Bagi anggota barisan belakang pula membuat pergerakan sepertimana anggota barisan hadapan semasa pergerakan Buka Barisan (langkah ke hadapan).

1.12Berpusing

a.Berpusing ke kananArahan kawad: Bergerak ke kanan, kanan....... Sing

Pergerakan:1.Lutut lurus2.Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.3.Angkat kaki kiri separas angklet4.Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan Dua.

b.Berpusing ke kiriArahan kawad:Bergerak ke Kiri, kiri ....... Sing

Pergerakan:1.Lutut lurus.2.Pusing badan 90 darjah ke kiri dengan kiraan Satu.3.Angkat kaki kanan separas angklet4.Hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan Dua.

c.Berpusing ke belakangArahan kawad:Bergerak ke kiri, Belakang ........ Sing

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada di sebelah kiri).Pergerakan:1.Lutut lurus.2.Pusing badan 180 darjah ke belakang melalui sebelah kanan dengan kiraan Satu.3.Angkat kaki kiri separas angklet4.Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan Dua.

Arahan kawad:Bergerak ke Kanan, Belakang...Sing

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada di sebelah kanan.)

Pergerakan:Pergerakan adalah sama seperti di atas.

Arahan kawad:Menghadap ke Belakang, Belakang.... Sing

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke hadapan)

Pergerakan:Pergerakan adalah sama seperti di atas.

Arahan kawad:Menghadap ke Hadapan, Belakang.... Sing

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke belakang)

Pergerakan:Pergerakan adalah sama seperti di atas.

d.Berpusing separuh kananArahan kawad:Bergerak ke kanan, Separuh.......Kanan.

Pergerakan:1.Kedudukan lutut lurus.2.Pusing badan 45 darjah ke separuh kanan dengan kiraan Satu.3.Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet.4.Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan Dua.

e.Berpusing separuh kiriArahan kawad:Bergerak ke kiri, Separuh.......Kiri.

Pergerakan:1.Kedudukan lutut lurus.2.Pusing badan 45 darjah ke separuh kiri dengan kiraan Satu.3.Dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet.4.Hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan Dua.

1.13Bersurai dan keluar baris

a.Keluar baris

Ingatan:keluar baris digunakan semasa:-Anggota dalam kelas.-Jurulatih memberi penerangan .

Arahan kawad:Keluar......Baris

Pergerakan:1.Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.2.Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua3.Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan Satu terus ke hadapan dengan kiraan Dua, Tiga dan bersurai.(berbeza dengan bersurai, ianya belum tamat. Hanya bersurai sementara dan anggota tidak dibenarkan keluar dari kawasan latihan.

b.Bersurai

Ingatan:Tujuan bersurai adalah menandakan tamatnya latihan / aktiviti.

Ingatan:Pegawai di padang digunakan untuk skuad pegawai.Arahan kawad:Ber.........surai

Pergerakan:1.Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.2.Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua3.Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan Satu terus ke hadapan dengan kiraan Dua, Tiga dan bersurai.

Arahan kawad:Pegawai di padang/ dalam baris, Ber........surai

Pergerakan:1.Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.2.Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua.3.Buat pergerakan hormat dengan kiraan Satu.4.Turun tangan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua.5.Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan Satu , terus ke hadapan dengan kiraan Dua, Tiga dan bersurai.

1.14Paras

Ingatan:Semua anggota buat pergerakan keluar baris kemudian beratur mengikut tinggi masing-masing dan berdiri sedia menunggu perintah seterusnya.

Ingatan:Apabila sampai di tempat ditetapkan, anggota dikehendaki belok ke kiri dan mengambil jarak dan lurus dengan betul serta berhenti di tempat masing-masing dalam kedudukan sedia.Arahan kawad:Tinggi ke Kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan....Paras

Pergerakan:1.Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.2.Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua.3.Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan Satu , terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan Dua, Tiga dan terus beratur dalam satu barisan.

Arahan kawad:Dari Kanan.......Nombor

Pergerakan:Anggota menyebut bilangan nombor dari kanan ke kiri.

(Anggota sebelah kanan sekali menyebut nombor Satu, yang lain mengikut dengan nombor Dua dan seterusnya sehingga anggota terakhir dalam barisan. Semasa membilang kepala tegak ke hadapan.)

Arahan kawad:Ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang......... Grak

Pergerakan:1.Ambil satu langkah kaki kiri sejauh 30 darjah ke hadapan dengan kiraan Satu.2.Angkat kaki kanan separas angklet dan3.Hentak rapat ke tumit kaki kanan dengan kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.4.Bagi anggota yang mengundur, mula dengan kaki kiri mengikut jarak dan kiraan yang sama.

Arahan kawad:Penanda diam, ganjil ke kanan, genap ke kiri, kanan dan kiri......... Grak

Pergerakan:1.Anggota barisan nombor ganjil dengan pantas pusingkan badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.2.Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua.3.Bagi anggota barisan nombor genap berpusing ke kiri dengan kiraan yang sama.

Arahan kawad:Jadikan tiga barisan di hadapan saya, dari kiri/kanan....cpat jalan

Pergerakan:1.Langkah ke hadapan sejauh 30 inci (tumit ke tumit) mulakan dengan kaki kanan dengan memacakkan tumit ke bumi.2.Orang nombor genap ikut belakang orang nombor ganjil.3.Orang nombor satu tetap menjadi orang nombor satu barisan hadapan.4.Nombor tiga jadi nombor satu barisan tengah.5.Nombor lima jadi nombor satu barisan belakang.6.Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya sehingga anggota yang penghabisan.