bahasa melayu pt3 novel

5
Erti Sebuah Pengorbanan: Sinopsis BAB 1:KISAH SEORANG KAWAN Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah. Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e- mail kepada ibunya yang berada di New Zealand. BAB 2:PEMILIHAN Pei Wen mempunyai ibu tiri yang garang dan selalu memarahinya.Namun begitu,hal itu tidak diketahui oleh bapanya kerana ibu tiri Pei Wen bersikap baik ketika bapanya berada di rumah.Keadaan ini menimbulkan tekanan kepada Pei Wen.Dia sering meluahkan masalahnya kepada Iman.Datuk dan nenek Iman menasihati Pei Wen agar berbaik-baik dengan ibu tirinya itu.Pei Wen hendak menolong ibu tirinya di rumah.Pei Wen menurut nasihat tersebut.Akhirnya, ibu tirinya mula berbaik-baik dengan Pei Wen. BAB 3:IBU DAN AYAH Melalui e-mel Iman memberitahu ibunya bahawa dia akan menyertai pertandingan pidato.Ibunya memberikan sokongan kepada Iman.Iman juga menerima panggilan telefon daripada ayahnya.Iman mengingatkan ayahnya tentang hari jadi ibunya yang akan dating.Iman mendesak

Upload: selvarani-nasaratnam

Post on 19-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bm novel pt3

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu PT3 novel

Erti Sebuah Pengorbanan: Sinopsis

BAB 1:KISAH SEORANG KAWANIman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah. Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New Zealand. 

BAB 2:PEMILIHANPei Wen mempunyai ibu tiri yang garang dan selalu memarahinya.Namun begitu,hal itu tidak diketahui oleh bapanya kerana ibu tiri Pei Wen bersikap baik ketika bapanya berada di rumah.Keadaan ini menimbulkan tekanan kepada Pei Wen.Dia sering meluahkan masalahnya kepada Iman.Datuk dan nenek Iman menasihati Pei Wen agar berbaik-baik dengan ibu tirinya itu.Pei Wen hendak menolong ibu tirinya di rumah.Pei Wen menurut nasihat tersebut.Akhirnya, ibu tirinya mula berbaik-baik dengan Pei Wen.

BAB 3:IBU DAN AYAHMelalui e-mel Iman memberitahu ibunya bahawa dia akan menyertai pertandingan pidato.Ibunya memberikan sokongan kepada Iman.Iman juga menerima panggilan telefon daripada ayahnya.Iman mengingatkan ayahnya tentang hari jadi ibunya yang akan dating.Iman mendesak bapanya agar mengirimkan kad ucapan hari jadi kepada ibunya.Bapaknya tidak berkata apa-apa terhadap terhadap permintaan Iman itu.Iman dan kawan –kawannya ke sekolah untuk berlatih pidato.Ketika mereka ke kelas, ternampak Linda sedang berlatih di kelas.Linda kemudian mengajak Iman ke tempat yang jauh sedikit dari kawan-kawan Iman.Linda menyindir Iman tetapi Iman bersabar.Linda menyuruh Iman untuk menarik diri daripada pertandingan pidato tersebut.Iman menegaskan diri bahawa dia tetap akan bertanding.Apabila Iman ke rumah,Iman mendapati bahawa bapanya berada di rumah.

BAB 4:PERTANDINGAN

Page 2: Bahasa Melayu PT3 novel

Pertandingan pidato peringkat sekolah telah pun bermula.Linda menyampaikan pidato dengan baik.Iman juga menyampaikan pidato dengan baik dan penuh bersemangat.Ayah Iman telah menyaksikan pertandingan itu.Apabila keputusan diumumkan, Iman terpilih menjadi juara pertandingan itu.Iman akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat daerah.Ayahnya memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial.

BAB 5:KAWANKU,ADIFKetika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda.Iman akhirnya bersetuju apabila Zulkarnain  mengajaknya ke rumah Adif Danial pada petang itu.Apabila sampai di rumah Adif Danial, mereka telah dijemput oleh datuk Adif Danial.Mereka bertanya kepada Adif kenapa dia tidak ke sekolah hari itu.Adif menyatakan bahawa fikirannya kusut.Apabila Iman mahu menjelaskan tentang perkara mengenai rancangan perkahwinan bapanya dengan ibu Adif,Adif membentak.Iman tergamam.Zulkarnain terpinga-pinga.Datuk Adif yang terdengar perbualan itu menjelaskan bahawa begitulah sikap Adif sejak megetahui rancangan perkahwinan itu.Sejak peristiwa itu,Iman tidak berani untuk berbual-bual dengan Adif.Pada sesuatu petang,Pei Wen dan Iman telah ke kedai buku yang terletak jauh dari sekolah.Mereka ternampak Adif Danial berjalan bersama Linda.Mereka kelihatan amat baik dan mesra sekali.

BAB 6:KENAPAKAH IBU?Iman berasa sedih dan bimbang kerana sudah beberapa hari tidak menerima e-mel daripada ibunya.Tidak lama lagi,peperiksaan pertengahan tahun akan bermula.Selepas itu,Iman akan menyertai pertandingan pidato peringkat daerah pula.Dia berasa kekurangan sesuatu kerana tidak menerima kata-kata perangsang daripada ibunya.Linda telah menolak Iman di anak tangga kerana Iman tidak mahu menarik diri daripada pertandingan pidato itu.Iman tersungkur di anak tangga yang terakhir.Iman kesakitan.Mohana yang kebetulan lalu di situ dan menolong Iman.Pada masa yang sama Adif Danial baru keluar dari koperasi dan ternampak kejadian itu.Namun begitu,Adif Danial berat hati untuk menghulurkan bantuan kepada Iman.Nenek telah membebel sewaktu mengurut kaki Iman

Page 3: Bahasa Melayu PT3 novel

yang terpelecok.Petang itu,Razlan bapa saudara Iman berkunjung ke rumah Iman.Razlan dan Ibu Iman telah belajar di universiti yang sama di New Zealand.Razlan menceritakan bahawa ibu Iman akrab dengan seorang lelaki inggeris.Iman sedih keran pada fikirannya ,ibunya akan berkahwin dengan lelaki inggeris itu.Fikiran Iman kusut.Iman mengambil keputusan untuk bertemu dengan Cikgu Julia bagi mendapatkan nasihat dan meluahkan segala masalah yang dihadapinya.Iman beras sangat lapang dan berfikiran lebih positif selepas bertemu dengan Cikgu Julia.Adif dan Zulkarnain dating ke rumah Iman.Adif Danial menyatakan bahawa dia tidak adil terhadap Iman.Arif Danial menceritakan bahawa ibunya tidak akan berkahwin dengan bapa Iman.Iman tersenyum gembira.

BAB 7:USAHA DAN CABARANPeperiksaan pertengahan tahun telah pun berlalu.Iman kembali mesra dengan ayahnya.Iman semakin giat berlatih.Dia banyak menerima teguran daripada Cikgu Julia ,Pei Wen,datuk dan nenek untuk memperbaiki persembahan pidatonya.Iman memikirkan ibunya.Iman yakin bahawa ibunya telah menemui pengganti baru bapanya.Nenek menasihati Iman agar tidak berprasangka terhadap ibunya sendiri.Kata-kata nenek telah menyedarkan Iman.Iman berasa bosan keran membuat tanggapan yang salah terhadap ibunya.Iman telah mendapat sebuah panggilan telefon daripada ibunya.Barulah dia tahu sebab ibu tidak membalas e-melnya selama ini kerana ibu telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya.Sehari sebelum pertandingan pidato,Iman kehilangan diari.Di dalam diari itu terletaknya teks pidatonya.Dia terpaksa membuat teks pidato baru.

BAB 8:PENGORBANANIman telah mendapat tempat kedua manakala Adif Danial telah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun.Iman ialah johan pertandingan pidato itu.Pertandingan ini turut disaksikan oleh ayah Iman. Kejahatan Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan teks pidato Linda. Namun, Iman memaafkan Linda.Linda insaf dan memeluk Iman dengan erat.Bapa Iman telah berancang untuk membawa Iman,datuk dan nenek untuk berjumpa dengan ibu Iman dan bercuti di sana.Bapanya juga mengatakan bahawa dia mahu kembali hidup bersama-sama dengan Iman dan ibu Iman.Bapanya mahu membina ikatan keluarga yang runtuh itu semula.Iman sangat gembira dan bersyukur.

Page 4: Bahasa Melayu PT3 novel