bahasa melayu sebagai alat perpaduan
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Bahasa Melayu Sebagai Alat Perpaduan
1/4
1
BAB 1 PENDAHULUAN
1. PENGENALANMalaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang mempunyai penduduk
sejumlah 28.3 juta (menurut Banci 20101
). Kaum Bumiputera (67.4 peratus)
merupakan kumpulan penduduk yang terbesar di Malaysia, di mana 56.4% terdiri
daripada kaum Melayu dan 11% dari bumiputera lain. Kaum Cina (24.6 peratus)
merupakan kaum yang kedua besar dan diikuti oleh India (7.3 peratus).
Kepelbagaian etnik juga ditunjukkan dalam bahasa yang dituturkan di Malaysia.
Rakyat Malaysia bertutur sejumlah 139 bahasa, yang mana 137 bahasa daripadanya
hidup dan 2 bahasa sudah tiada penutur2. Antara bahasa-bahasa tersebut yang ada di
Malaysia, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil merupakan bahasa yang
tersebar digunakan oleh ketiga-tiga kaum yang terbesar di negara ini.
Sebagai kaum yang terbesar di Malaysia, bahasa kaum Melayu iaitu bahasa
Melayu telah dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan juga bahasa kebangsaan
Malaysia sejak 19633. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi juga adalah
termaktub dalam Perkara 152 mengikut Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu kini
bukan sahaja dituturkan oleh kangsa Melayu untuk komunikasi tetapi juga banyak
digunakan dalam perkhidmatan awam, pengajaran sekolah rendah atau universiti, dan
juga sebagai bahasa diplomatik.
Selain daripada bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil juga luas
dituturkan dalam masyarakat bangsa Cina dan India. Kedua-dua bahasa ini juga
digunakan dalam pendidikan di sekolah jenis kebangsaan. Di Malaysia banyak
terdapat orang Melayu atau India pandai cakap bahasa Cina, atau orang Cina dan
Melayu pandai cakap bahasa Tamil, ini satu keistimewaan di masyarakat Malaysia.
1 AU YEONG HOW. 2011. Banci 2010: Penduduk Malaysia Kini 28.3 Juta Orang (atas talian).
http://intranet.stats.gov.my/media/GN/mStar_Online_29_Julai_2011.pdf (31 October 2012)
2 Lewis, M. Paul (ed.), 2009.Ethnologue: Languages of the World, Sixteenth edition. Dallas, Tex.: SILInternational. Online version: http://www.ethnologue.com/.3 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
-
7/31/2019 Bahasa Melayu Sebagai Alat Perpaduan
2/4
-
7/31/2019 Bahasa Melayu Sebagai Alat Perpaduan
3/4
3
BAB2 DADAR BAHASA DI MALAYSIA
1. PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
Menurut Wikipedia, bahasa Melayu didefinisikan seperti yang berikut:
"Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga
bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan
persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu5. "
Bahasa Melayu yang kita menyebut hari ini merupakan bahasa yang luas
digunakan di Kepulauan Melayu, termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura dan
juga Negara Brunei Darussalam. Tetapi di Indonesia, bahasa Melayu rasminya
dipanggil bahasa Indonesia, dan begitu juga di Malaysia di mana bahasa Melayu
rasminya dipanggil sebagai bahasa Malaysia.
Asal usul bahasa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu kini masih kabur.
Bukti-bukti yang terawal dijumpai ialah batu-batu bersurat 683M didapati di
Palembang. Ada juga tinggalan zaman yang lain yang dihasilkan dalam zamanSrivijaya, iaitu Batu Bersurat Gandasuli (832 M) yang didapati di Gandasuli, Jawa
Tengah. Bahasa Melayu dituliskan di atas batu bersurat tersebut merupakan bahasa
Melayu kuno yang lebih jauh berbeza daripada bahasa Melayu moden. Pengaruh
daripada bahasa Sanskrit ke dalam Bahasa Melayu kuno banyak dapat dikesan di
dalam batu bersurat tersebut.
Setelah agama Islam bertapak dan berkembang di rantau ini pada abad ke-13,
bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman penting dalam perkembangan
bahasa Melayu. Dalam zaman ini, bahasa Melayu ditarafkan sebagai bahasa
pentadbiran dan juga bahasa perantaraan utama. Bahasa Melayu luasnya menyebarkan
ke kepulauan Melayu. Bahasa Melayu juga mendapat tulisan yang baharu iaitu tulisan
Jawi.
5 Source:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu -
7/31/2019 Bahasa Melayu Sebagai Alat Perpaduan
4/4
4
Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511 menyebabkan unsur-unsur
bahasa Portugis telah menyesap ke bahasa Melayu. Di dalam bahasa Melayu kini juga
memperlihatkan kesan-kesan bahasa Portugis, seperti perkataan bola(Bahasa Portugis:
bola) dan juga kerusi(Bahasa Portugis: kursi). Pada abad ke-19, penjajahan British
menggantikan kerajaan Portugal dan mendatangkan pengaruh bahasa Inggeris ke
dalam bahasa Melayu. Pengaruh Inggeris merupakan pengaruh yang paling penting
dan meluas masa kini. Pengaruh Inggeris boleh dikesan dalam beberapa bidang
seperti perkataan pinjaman, persuratan dan juga kedudukan bahasa Melayu. Setelah
bahasa Inggeris menyebar di Semenanjung Tanah Melayu, ia dianggap sebagai bahasa
rasmi di bawah pentadbiran kerajaan British pada zaman penjajahan. Selepas Perang
Dunia Kedua, kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula terancam. Kerajaan
Inggeris hendak memperkenalkan bahasa Inggeris serta nilai-nilai Barat ke dalam
masyarakat. Tetapi bangsa Melayu telah membangun dan memperjuangkan untuk
bahasa ibunda mereka. Perjuangan ini juga disertai oleh perjuangan dalam politik
untuk membebaskan tanah Melayu daripada penjajahan British.
Dalam beberapa tahun setelah mencapai kemerdekaan, kesan-kesan bahasa
Inggeris dalam kerajaan baru Malaysia masih wujud lagi. Bahasa Inggeris masih
digunakan sebagai bahasa rasmi sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu, yang
menyebut bahawa:
"Bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis
dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-udang
Parlimen."
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara.