bahasa melayu tahun 6 sem2
DESCRIPTION
kertas soalanTRANSCRIPT
BAHASA MELAYU TAHUN 6
KERTAS 1 PEMAHAMAN
Masa : 50 minit
Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti
oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
Soalan 1 hingga 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1. Semua peserta ekspedisi itu berjaya ________________ Gunung Kinabalu setelah
mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan.
A menuju
B mendaki
C menempuh
D menyeberang
2. “Ampun ______________, Laksamana Bentan sudah tiba untuk menghadap,” Kata Hang
Tuah kepada Sultan Mansor Shah.
A beta
B patik
C tuan hamba
D tuanku