bahaya dadah
DESCRIPTION
Jenis-jenis dadahTRANSCRIPT
JANGAN MULAKAN DENGAN DADAH'
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia
psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri sepeti berikut :
a) Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem
saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
b) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan
penggunaanya adalah dilarang.
c) Diperoleh secara haram.
d) Membawa kepada pergantungan fisikal dan
psikologi dan meningkatkan daya terhadap dadah
e) Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke
atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.
"KETAGIHAN DADAH MEROSAKKAN
OTAK DAN SISTEM
SARAF,MENYEBABKAN GILA DAN
AKHIRNYA MEMBAWA MAUT"
Jenis-Jenis Dadah
Setakat ini dadah boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis seperti berikut :
a) Opiat dan Opiat sintetik
b) Stimulan
c) Halusinogen
e) Depresen
f) Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna.
JENIS-JENIS DADAH
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
a.) Opiat dan opiat sintetik
b.) Stimulan
c.) Ganja
d.) Halusinogen
e.) Depresen f.) Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna
A.) APA ITU OPIAT?
Dadah jenis opiat diperoleh daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan
daripada buah popi, lau ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
JENIS-JENIS OPIAT
1.) MORFIN 2.) HEROIN 3.) KODEN 4.) CANDU 5.) OPIAT SINTETIK Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperoleh setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : 'M', 'White powde', 'Monkey', 'Morpho'. Morfin Mentah -Berbentuk blok/sebuk -bertanda '999' -Mengandungi 70%-90% morfin -Juga dipanggil Heroin No. 1 Bes Morfin -Seperti serbuk kopi halus -Mengandungi 60%-70% morfin Pil-Pil Morfin -Mengadungi morfin sulfat/murfin hidroklorid -pil kecil berwarna putih/coklat pucat.
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Cara Mengunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan: 'Fit', 'Fun', tepung, Cik putih, barang dan 'Penang pink'
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk. Cara Menggunakan : Menelan, Menyuntik Nama Jalanan : Ubat batuk
andu adalah sejenis narkotik yangmempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. candu dihasilkan daripada buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara. Cara Menggunakan : Menghisap dengan paip atau dengan cara 'chasing the dragon'. Nama Jalanan : 'Black Stuff', Opium, Madat dan Tar
opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan 'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan kesakitan. Kini 'methadone' digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita. Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : 'Fizzies', 'Dollies'.
Stimulan merupakan bahan psikaktif yang meragsang aktiviti sistem
saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau
'Amphetamine-type-stimulants (ATS) dan kokain.
JENIS-JENIS STIMULAN
1.) AMFETAMIN 2.) METHAMPHETAMINE 3.) KOKAIN 4.) MDMA 5.) OPIAT SINTETIK Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine' adalah dadah yang sangat merbahaya. Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedut ('chasing the dragon')
'Methamphetamine hydrochloride' merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumplan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh 'methamphetamine hydrochloride' yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan. Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut ('chasing the dragon' Nama Jalanan : 'Ice'
kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah. Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : 'Coke', 'Crack', 'Snow', 'Flake' Kokain 'Freebase' adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk 'granules'. Crack' mempunyai ketulenan sehingga 905 dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
'Methylenedioxy-methamphetamine' (MDMA) merupakan analog meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil 'fell good drug' dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda.
opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan 'dextroproxyphene'. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan unutk melegakan kesakitan. Kini 'methadone' digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita. Cara Menggunakan : Menelan Nama Jalanan : 'Ecstasy', 'XTC'
Dadah Musuh No. 1 Negara.
JENIS-JENIS DADAH & JENIS DADAH DARI TUMBUHAN Posted by Muhd Hazrie Abdul Wahab on 23/08/2011 Posted in: GENERAL INFO. 19 comments
17 Votes
Heroin
Definasi
-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4, Brown Heroin , Heroin Black Tar
Nama Lain
Big H , Dope , Smack , TNT
Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu
Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul
Morfin
Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.
Jenis/Bentuk
Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin
Nama lain
M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan
Cara Penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas
Candu
Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi candu
Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
Cara penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul
Ganja
Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp .
Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .
Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
Grass , pot , Marijuana , weed
Cara penggunaan
menghisap
Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul
Syabu
Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
Nama lain
Ice
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan
Ecstacy/MDMA
Definasi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methyleneioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .
Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain
Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA
Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman
Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur
Ketamin
Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan ditemasya tari-menari atau raves .
Jenis/Bentuk
Serbuk putih , kristal , cecair , pil
Nama lain
“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat
Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah
pokok ganja