baju bodo

9
2.1 konsep baju bodo Baju bodo merupakan pakaian tradisional perempuan Bugis di bahagian Sulawesi Selatan, Indonesia dan merupakan salah satu baju tertua di dunia. Dalam suku Bugis, baju ini disebut waju tokko. Waju bermaksud baju dalam bahasa Bugis. Manakala, tokko berasal dari kata takuk. Kata takku merupakan ungkapan untuk menyatakan starata sosial bangsawan. Hal ini bersesuaian dengan kata Maddara Takku yang menunjukkan seseorang yang memiliki darah keturunan bangsawan. Secara harafiah, baju tokko boleh diertikan sebagai baju untuk kaum bangsawan. Baju bodo atau waju tokko terkenal dalam kalangan masyarakat Sulawesi selatan sejak pertengahan abad ke-IX. Hal ini dapat dibuktikan daripada sejarah kain muslin, iaitu kain yang digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan baju bodo. Kain muslin ini mula dibuat dan diperdagangkan di kota Dhaka, Bangladesh. Pada zaman Yunani Kuno, kain ini dikenal dengan sebutan maisolos, di India Timur dikenal dengan sebutan masalia, dan di Arab dikenal dengan ruhm. Pada tahun 1298 Masihi, kain muslin dibuat di Mosul, (Irak) dan dijual oleh pedagang yang disebut musolini. Uniknya, masyarakat Sulawesi Selatan lebih dulu mengenal dan memakai kain jenis ini berbanding masyarakat Eropah. Berdasarkan sejarah, ketentuan atau tatacara berpakaian dalam kalangan masyarakat Sulawesi telah ditentukan dalam sebuah kitab suci, iaitu Patuntung atau tuntunan yang merupakan pedoman dalam menjalankan upacara kerohanian. Selain itu, kitab suci tersebut mengandungi mantera untuk pengubatan, mandi dan pernikahan. Kitab suci ini berasal daripada warisan kepercayaan asli, iaitu animisme dan dinamisme sebagai agama serta kepercayaan yang benar.

Upload: zue-layhar

Post on 10-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kebudayaan melayu

TRANSCRIPT

2.1 konsep baju bodo

Baju bodo merupakan pakaian tradisional perempuan Bugis di bahagian Sulawesi Selatan, Indonesia dan merupakan salah satu baju tertua di dunia. Dalam suku Bugis, baju ini disebut waju tokko. Waju bermaksud baju dalam bahasa Bugis. Manakala, tokko berasal dari kata takuk. Kata takku merupakan ungkapan untuk menyatakan starata sosial bangsawan. Hal ini bersesuaian dengan kata Maddara Takku yang menunjukkan seseorang yang memiliki darah keturunan bangsawan. Secara harafiah, baju tokko boleh diertikan sebagai baju untuk kaum bangsawan.

Baju bodo atau waju tokko terkenal dalam kalangan masyarakat Sulawesi selatan sejak pertengahan abad ke-IX. Hal ini dapat dibuktikan daripada sejarah kain muslin, iaitu kain yang digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan baju bodo. Kain muslin ini mula dibuat dan diperdagangkan di kota Dhaka, Bangladesh. Pada zaman Yunani Kuno, kain ini dikenal dengan sebutan maisolos, di India Timur dikenal dengan sebutan masalia, dan di Arab dikenal dengan ruhm. Pada tahun 1298 Masihi, kain muslin dibuat di Mosul, (Irak) dan dijual oleh pedagang yang disebut musolini. Uniknya, masyarakat Sulawesi Selatan lebih dulu mengenal dan memakai kain jenis ini berbanding masyarakat Eropah.

Berdasarkan sejarah, ketentuan atau tatacara berpakaian dalam kalangan masyarakat Sulawesi telah ditentukan dalam sebuah kitab suci, iaitu Patuntung atau tuntunan yang merupakan pedoman dalam menjalankan upacara kerohanian. Selain itu, kitab suci tersebut mengandungi mantera untuk pengubatan, mandi dan pernikahan. Kitab suci ini berasal daripada warisan kepercayaan asli, iaitu animisme dan dinamisme sebagai agama serta kepercayaan yang benar.

Pada awal kemunculannya, baju bodo tidak lebih dari sehelai baju tipis dan longgar yang memperlihatkan ciri-ciri kain muslin. Baju bodo yang dipakai masih tipis dan jarang sehingga menampakkan payudara dan lekuk tubuh pemakainya. Walau bagaimanapun, sealiran dengan perkembangan dunia dan kemasukan pengaruh Islam, baju bodo kini lebih mementingkan pemakaian yang mengikut syariat Islam dan tidak bertentangan dengan agama yang mana menggunakan kain yang tebal, tidak jarang dan labuh.

2.2 rupa bentuk baju bodo

Baju bodo ini terdiri daripada blaus dan sarung. Bahagian bawah blaus ini terbuka, sementara pada bahagian atas berlubang mengikut ukuran kepala. Bahagian depan pula tidak memiliki kancing dan pada hujung atas sebelah kiri dan kanan dibuat lubang selebar satu jengkal. Lubang tersebut berfungsi untuk memasukkan lengan. Baju bodo ini juga dihiasi dengan manik dan kain berwarna emas bagi menonjolkan lagi keindahan rupa bentuk baju ini.

2.3 proses pelaksanaan atau tatacara pemakaian baju bodo

Menurut adat Bugis, setiap warna baju bodo yang dipakai oleh wanita melambangkan usia ataupun darjat pemakainya. Anak berumur di bawah 10 tahun memakai waju tokko yang disebut waju pella-pella (kupu-kupu) berwarna kuning yang menggambarkan dunia anak kecil yang penuh keriangan. Warna ini adalah analogi kepada kanak-kanak tersebut agar cepat matang dalam menghadapi cabaran hidup. Bagi kanak-kanak berumur 10 tahun hingga 14 tahun pula memakai baju bodo berwarna jingga atau merah muda. Warna merah muda dalam bahasa Bugis disebut bakko daripada kata bakkaa yang bererti setengah matang. Dalam lingkungan umur 14 tahun hingga 17 tahun, waju tokko berwarna jingga atau merah muda masih dipakai tapi dibuat berlapis bagi menutup bahagian dada.

Umur 17 tahun hingga 25 tahun memakai baju bodo berwarna merah dan berlapis atau bersusun. Waju tokko berwarna hitam dipakai oleh wanita berumur 25 tahun hingga 40 tahun. Baju bodo berwarna putih digunakan oleh para inang, pengasuh raja atau para dukun atau bissu. Para puteri raja, bangsawan dan keturunannya yang dalam bahasa Bugis disebut maddara takku (berdarah bangsawan) memakai waju tokko berwarna hijau. Dalam bahasa Bugis, warna hijau disebut kudara, yang berasal dari kata na-takku dara-na, yang bermaksud mereka yang menjunjung tinggi harkat kebangsawanannya. Waju tokko berwarna ungu dipakai oleh para janda. Dalam bahasa Bugis, warna ungu disebut kemumu yang juga dapat bererti lebam pada bahagian tubuh yang terkena pukulan atau benda keras. Menurut sejarah, menikahi seorang janda pada zaman dahulu merupakan aib.

WarnaMakna

JinggaDipakai oleh kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun

Jingga dan merahDigunakan oleh gadis berumur 10-14 tahun

MerahBagi wanita berumur 17-25 tahun

PutihDigunakan oleh para inang dan dukun

HijauKhas untuk wanita berketurunan bangsawan

UnguDipakai oleh janda

Sarung yang digunakan sebagai padanan baju bodo dibuat daripada benang biasa atau sutera asli daripada serat alam, serat pisang hutan dan lain-lain. Sarung merupakan sarung tenunan Mandar dan tenunan Bugis. Warna sarung yang biasa dipakai ialah warna hitam, coklat tua atau biru tua. Apabila sarung dibuat dengan warna berkilap disebut lipa sabbe. Ciri khas motif yang dipakai adalah corak kotak-kotak besar atau kecil dengan hiasan emas di sekelilingnya. Lipa sabbe dipakai seperti memakai sarung dengan disertai tali pinggang. Pada bagian pinggang, baju bodo dibiarkan terjuntai untuk menutupi hujung sarung bahagian atas.

Sebagai aksesori, ditambahkan kalung (rantekote), gelang panjang, anting (bangkarak), dan bando atau tusuk konde di kepala. Ada pula yang menambahkan bunga sebagai penghias di rambut.

Tatarias rambut yang biasa disesuaikan apabila memakai baju bodo ialah:

i. Sanggul yang terletak rendah dengan hiasan tusuk sanggul emas besar berupa kuntum bunga-bunga palsu dari kain dan kembang goyang yang berbentuk setengah lingkaran dipakai membujur dihiasi bunga-bunga emas.

ii. Bagi acara rasmi, rambut dihias dengan model sasak sedikit tinggi (sigara).

iii. Sanggul agak rendah dan diletakkan agak ke sebelah kanan, berhias tusuk konde atau sanggul dan di bahagian pelipis kanan dan kiri diselitkan kembang goyang emas. Sederet bunga serempa dan bunga seruni menghiasi seputar sanggul.

Pemakaian baju bodo di Sulawesi lebih banyak dipakai untuk ritual seperti pada upacara kematian, perkahwinan dan perayaan lain. Semua kegiatan dalam upacara-upacara adat tersebut dilakukan secara gotong-royong kerana mereka memegang konsep saling membantu untuk meringankan kerja atau dikenali dengan istilah mapalus. Tata cara pemakaian baju bodo juga erat kaitannya dengan konsep budaya lain, iaitu Sirikyaitu suatu pandangan bahawa tingkah laku dapat diamati sebagai kewujudan kebudayaan yang mengandung lima hal pokok, iaitu ade, bicara, warik, rappang dan sarak. Kelima-lima hal pokok ini di Bugis disebut Panggaredeng dan di Makassar disebut Panggadakkang. Hal ini merupakan motivasi untuk menegakkan kesedaran mempertahankan martabat melalui pakaian. Pakaian yang asli hanya dapat dilihat di muzium. Pemakaian warna baju bodo sekarang ini tidak memperhatikan status sosial. Kain yang digunakan tidak lagi dari kain tipis dan jarang, tetapi ditambah pula pakaian dalam khusus yang dipakai bersama dengan sarung sutera.