bangsawan ii woon

6
 NAMA : LIM JIA WOON  NO. MA TRIK : 24153030 FAKULTI : MUZIK  SUBJEK : AW A 5162 BANGSAW AN II TAJUK : LAPORAN BANGSAWAN Sa ya te la h me nont on teater Ba ngsawan Mula n pa da 17 apri l 2016 di audi tori um DBKL, anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan diarahkan oleh Shariful Akma Abdullah. Barisan pelakon terdiri daripada pelajar, kakitangan dan Alumni ASWARA. Secara kes el uruha nny a, ini me rup aka n pro duk si yan g aga k ber ja ya. Is i kandungannya agak cukup dan jalan ceritanya dapat menarik perhatian penonton.

Upload: james-khoo-jin-han

Post on 05-Jul-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bangsawan II Woon

8/15/2019 Bangsawan II Woon

http://slidepdf.com/reader/full/bangsawan-ii-woon 1/6

 NAMA : LIM JIA WOON

 NO. MATRIK : 24153030

FAKULTI : MUZIK  

SUBJEK : AWA 5162

BANGSAWAN II

TAJUK : LAPORAN BANGSAWAN

Saya telah menonton teater Bangsawan Mulan pada 17 april 2016 di

auditorium DBKL, anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan

diarahkan oleh Shariful Akma Abdullah. Barisan pelakon terdiri daripada pelajar,

kakitangan dan Alumni ASWARA.

Secara keseluruhannya, ini merupakan produksi yang agak berjaya. Isi

kandungannya agak cukup dan jalan ceritanya dapat menarik perhatian penonton.

Page 2: Bangsawan II Woon

8/15/2019 Bangsawan II Woon

http://slidepdf.com/reader/full/bangsawan-ii-woon 2/6

Ianya dapat menyampaikan mesej cerita tersebut dengan baik lagi tidak terlalu

panjang.

Tidak dapat dinafikan bahawa gaya lakonan para pelakon adalah sangat baik.

Cara pelakon-pelakon melakonkan watak yang diberi dengan professional sekali.

Lakonan mereka yang professional membawa penonton ke dalam suasana cerita itu.

Nada suara mereka digunakan agak tepat untuk menyampaikan perasaan dialog

mereka. Selain itu, pergerakan badan mereka juga dirancangkan dengan bagus di atas

pentas. Perjalanan atas pentas juga dilakukan agak bagus, pelakon menggunakan

ruang pentas dengan bagus. Keseluruhan pelakonan adalah agak bagus. Tetapi, dalam

babak perang antara askar dua negara pula, pergerakan askar-askar macam sedang

menari, ia terlalu lembut, kelihatan tidak sesuai dan kelakar untuk babak berperang.

Selain itu, terdapat sesetengah dialog yang tidak dapat didengar dengan jelasnya. Ada

masanya, muzik latar lebih kuat daripada suara pelakon. Masalah teknikal ini perlu

diselesaikan supaya lakonan menjadi lebih efektif. Selain daripada itu, Chi Fu dengan

pelakonannya yang mempunyai stailnya sendiri dalam sebutan kata “MaHAraja” telah

menghiburkan penonton-penonton. Tetapi ia diulangkan terlalu banyak kali. Pada

pandangan saya, kalau sesuatu diulang-ulangkan dalam sebuah lakonan, ia akan

menggantikan watak utama dan menjadi fokus dalam lakonan tersebut.

Page 3: Bangsawan II Woon

8/15/2019 Bangsawan II Woon

http://slidepdf.com/reader/full/bangsawan-ii-woon 3/6

Gambar ini merupakan babak kampung Mulan. Setnya agak bagus. Latar

belakang yang dipenuhi dengan pokok-pokok kelihatan macam kampung dan rumah

tersebut sangat cantik. Apa yang mengagumkan ialah pintu tersebut boleh dibuka,

pelakon berjalan masuk dan keluar dari situ. Dapat dilihat bahawa krew set dan prop

telah memberi banyak usaha untuk menjadikan show ini. Selain daripada babak ini.

Semua babak yang lain, seperti tempat Shan Yu dan kawasan Istana juga direka

dengan sesuai. Latar belakang dan semua set ini telah memberi kesan yang amat

bagus pada keseluruhan. Cuma terdapat sesuatu yang hendak diberi komen, iaitu

tiang-tiang Istana di bawah gambar ini macam reka bentuk Arab, ia tidak kelihatan

China.

Kostum yang dipakai oleh para pelakon dapat menunjukkan watak mereka dan

 juga pangkat mereka. Keluarga Mulan berpakaian macam orang biasa, manakala

Page 4: Bangsawan II Woon

8/15/2019 Bangsawan II Woon

http://slidepdf.com/reader/full/bangsawan-ii-woon 4/6

kostum Maharaja dan pembesar-pembesar lebih cantink dan kompleks. Askar Shan

Yu dan askar China juga berpakaian berlainan supaya dapat dibezakan. Keseluruhan

solekan dan kostum agak bagus, tetapi boleh diberi lebih banyak perhatian terhadap

setiap detail. Contohnya, seluar General Li terlalu moden, tidak selaras dengan zaman

itu. Selain daripada itu, kasut yang dipaikai oleh Mulan macam kasut ‘Converse’.

Walaupun ini benda yang amat kecil, tetapi penonton akan menanya-nanya juga

semasa menontonnya.

Ini merupakan extra turn tarian dalam persembahan. Ini adalah tarian multi-

culture yang menunjukkan budaya yang beza dalam negara ini. Terdapat sikit

kecacatan semasa penari manari tarian ribon. Penari tidak dapat mengawal ribon itu

dengan baik dan tersangkut pada kakinya. Kemungkinan panik atau kekurangan

latihan, menjadikan extra turn ini tidak professional. Terdapat juga nyanyian dalam

extra turn. Penyanyi mengawal suara dan emosi lagu mereka dengan bagus, dan juga

mempunyai gaya pentas yang amat yakin. Pemuzik juga memainkan lagu-lagu

tersebut dengan bagus, memberi suara yang sangat seimbang, tidak overtake

penyanyi. Tetapi, terdapat sekurang-kurangnya 3 nyanyian dalam extra turn. Salah

seorang penyanyi juga menyayi 2 buah lagu. Ia telah menjadi bosan apabila

persembahan yang sama dilakukan. Pada pendapat saya, lagu ‘Reflection’ tidak sesuai

Page 5: Bangsawan II Woon

8/15/2019 Bangsawan II Woon

http://slidepdf.com/reader/full/bangsawan-ii-woon 5/6

diulangkan lagi dalam lagu extra turn kerana Mulan telah menyanyi lagu yang sama

dalam babak sebelum itu.

Keseluruhan muzik dan latar muzik dalam Mulan ini amat memuaskan. Ia

memainkan peranan yang penting dan juga memberi kesan kepada seluruh pelakonan.

Terutamanya, alat gu zheng yang telah memberi kesan bunyi yang sangat China. Ia

telah meningkatkan seluruh emosi dan suasana. Tetapi selepas beberapa babak, latar

muzik yang sama dimainkan berterusan telah membosankan penonton. Pemain gu

zheng juga memainkan not tunggal sahaja, tidak ada teknik lain seperti ‘vibrato’. Not

tunggal juga tidak dapat memberi kesan yang bagus semasa lakonan di atas pentas

menjadi lebih tegang. Pada pendapat saya, pemain gu zheng boleh cuba untuk buat

cara bermain yang berlainan kerana gu zheng merupakan satu alat yang tidak akan lari

daripada key, ia terdapat pentatonic scale sahaja yang sangat ‘selamat’. Terdapat juga

muzik tutup tirai yang terlalu pendek dan simple, yang macam habis dengan tiba-tiba.

Mungkin lagu tutup tirai itu boleh diulangkan beberapa kali dan dimain dengan

ritardando pada bar yang akhir. Dalam babak empat, terdapat nyanyian lagu askar

sebelum mereka berperang, askar-askar tersebut menyanyi dalam key yang berlaian,

lagu itu telah dihancurkan. Ia patut menjadi sangat semangat, tetapi telah menjadi

sangat kelakar dan kelam kabut. Tetapi, semasa berperang, muzik latar dilakukan

dengan sangat baik, rhythm yang dimaikan amat sesuai untuk emosi berperang, alat

percussion juga digunakan dengan bagus untuk memberi semangat kepada seluruh

persembahan itu. Dalam babak lima, semasa Li Shang pergi ke kampung Mulan untuk 

memberitahu bahawa dia cinta pada Mulan, keyboard memainkan lagu yang dapat

membawa penonton ke dalam kisah cinta mereka. Keyboard seharusnya boleh

Page 6: Bangsawan II Woon

8/15/2019 Bangsawan II Woon

http://slidepdf.com/reader/full/bangsawan-ii-woon 6/6

dimainkan pada babak-babak lain, kerana ia merupakan alat muzik yang sangat

flexible dan boleh digunakan untuk meningkatkan lagi seluruh emosi lakonan

tersebut.

Pada pendapat saya, show bangsawan ini telah dipersembahkan dengan amat

bagus, walaupun terdapat sedikit sana yang tidak sempurna. Tetapi kerjasama

pelakon-pelakon, krew-krew, pemuzik dapat dilihat dan ianya merupakan sesuatu

yang amat susah. Perjalanan cerita, rekaan pentas, set dan prop, muzik, kostum,

lighting, pergerakan dan kesan-kesan khas semua unsur-unsur ini tidak boleh

dikurangkan untuk menjayakan persembahan ini. Usaha yang banyak telah diberi,

untuk menghasilkan sebuah persembahan bangsawan ini. Semua detail dirancang

dengan begitu teliti dan seluruh persefahaman antara kerjasama semua krew dalam

Bangsawan ini tidak boleh dikurangkan untuk menjayakan persembahan ini.