basic helping skill
DESCRIPTION
isu: masalah penyesuaian diri di universitiTRANSCRIPT
KMC1083 basic helping skill
DISEDIAKAN UNTUK :PUAN SALMAH BT MOHAMAD YUSOFF
DISEDIAKAN OLEH :NORAFZAM BT ABDUL KADIR 24436
NURFALISSA BT BUSSMAN 24663NURRUL SYAZZUANI BT SAMSUNI 24688
SUZILIANA BT MOHD YUSOF 20046
PENGENALAN
Sesi kaunseling ini berlaku di antara Pegawai
Kaunselor di UNIMAS dengan pelajar dari Fakulti
Sains Sosial yang mempunyai masalah.
Pelajar tersebut telah berjumpa dengan kaunselor
di atas nasihat kawan-kawannya dan tidak dapat
menangani masalah yang dihadapi.
“CASE DETAIL”
Wani merupakan pelajar tahun 4 di sebuah universiti awam yang
telahpun menangguh tahun pengajiannya disebabkan oleh beberapa
masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Apabila menyambung
semula pengajian yang tertangguh, beliau telah berdepan dengan
suasana baru dan berjumpa dengan kawan-kawan baru.
Keadaan ini telah menyukarkan Wani untuk memulakan perhubungan
dan suasana belajar yang baru. Selain itu, disebakan oleh faktor usia
yang berbeza menyebabkan Wani berasa malu untuk bergaul dengan
mereka.
PROFIL “HELPER”
Nama : Nurfalissa bt Bussman
Jantina : Perempuan Umur : 30 tahun. Asal : Mukah, Sarawak Jawatan : Pegawai
Kaunselor Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unimas.
PROFIL “HELPEE”
Nama : Nurrul Syazzuani Bt. Samsuni
Jantina : Perempuan Umur : 24 tahun. Asal : Batu Pahat, Johor. Universiti : Universiti Malaysia Sarawak. Tahun : 4 Fakulti : Sains Sosial. Jurusan : Hubungan Antarabangsa
GAYA PENAMPILAN DIRI
Klien merupakan seorang pelajar yang kemas
daripada segi pemakaian dan penampilan diri,
rupa paras menarik dan berkulit putih.
SIKAP KLIEN
Pendiam dan kurang peramah. Klien tidak
banyak melibatkan diri dengan aktiviti sosial.
Samb
SEJARAH PERUBATAN
Klien tidak mengalami sebarang masalah
mental dan fizikal serta kesihatan yang baik.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Menuntut di Unimas, Fakulti Sains Sosial,
pelajar tahun 4.
MATLAMAT
MATLAMAT KAUNSELOR BERSAMA KLIEN
i. Memperbaiki imej diri yang negatif.
ii. Menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
iii. Membantu Wani lebih bertanggungjawab ke
atas dirinya.
TEKNIK DAN KEMAHIRAN
TEKNIK
Terdapat beberapa teknik yang digunakan di dalam sesi kaunseling ini, antaranya :
i. TEKNIK PENSTRUKTURANKaunselor menerangkan tentang proses kaunseling iaitu 3 aspek utama kefahaman tentang proses kaunseling, kerahsiaan dan tempoh masa. Selain itu peranan kaunselor juga dijelaskan di dalam peringkat ini.
Samb..
ii. TEKNIK MEMBINA HUBUNGAN
Kaunselor membina hubungan dengan klien
dengan memulakan sesi pengenalan diri
serta memberi keyakinan kepada klien. Selain
itu, perkara ini dapat mewujudkan keselesaan
di dalam diri klien semasa sesi itu berjalan.
Samb…
iii. MENYATAKAN MASALAH MELALUI PENEROKAAN.
Kaunselor akan bertanyakan beberapa soalan
berdasarkan kemahiran-kemahiran dalam
kemahiran menolong untuk membolehkan
klien menceritakan masalah yang
dihadapinya.
ALTERNATIF/CADANGAN
Wani perlu berfikiran terbuka dan
mempunyai keyakinan terhadap diri
sendiri dan tidak berprasangka buruk
terhadap orang lain.
PENAMATAN
Kaunselor menamatkan sesi kaunseling
dengan memberi kata-kata semangat serta
mengucapkan terima kasih kepada klien
kerana sudi datang ke sesi kaunseling
tersebut.
KEMAHIRAN
a) KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Kaunselor menggunakan kemahiran ini
adalah kerana kaunselor dan klien berjumpa
“face to face” dan mewujudkan hubungan
yang lebih selesa seterusnya mesej dapat
disampaikan dengan berkesan.
Samb…
b) KEMAHIRAN MENDENGAR
Kaunselor memberi tumpuan terhadap
setiap perkataan yang diucapkan oleh klien.
Menunjukkan rasa hormat dan bersungguh-
sungguh untuk membantu klien
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Samb…
c) BAHASA BADAN
Kaunselor juga banyak menunjukkan gerak geri
bukan lisan iaitu daripada segi gaya bahasa badan
seperti kontak mata, ekspresi muka dan
sebagainya.
Ini dapat mengambarkan kaunselor berminat dan
memahami perasaan klien terhadap masalah yang
dihadapinya.
Samb…
d) DORONGAN MINIMA
Hmm.. Mmm.. Oh.. Ok.. Merupakan antara
contoh dorongan minima yang digunakan
oleh kaunselor agar klien dapat bercerita
dengan lebih lanjut dan menyeluruh
tentang masalah yang dihadapi.
Samb…
e) MENYATAKAN SEMULA (RESTATE).Wani :Saya pernah tangguh belajar dan apabila
saya menyambung kembali pengajian saya telah berjumpa dengan kawan-kawan baru dan saya berasa malu dan tiada keyakinan untuk bergaul dengan kawan-kawan baru.
Kaunselor :owh, jadi Wani pernah tangguh pengajian dan apabila kembali menyambung pengajian Wani berasa malu dan tiada keyakinan untuk bergaul dengan kawan-kawan baru.
Samb…f) PARAPRASA
Wani :emm.. lagipun jarak perbezaan umur di antara saya dengan kawan-kawan yang menyebabkan saya berasa malu.
Kaunselor : ooo…
Wani :Hampir kesemua rakan-rakan sebaya saya telah pun menamatkan pengajian dan tinggal saya seorang
sahaja di dalam kelas saya. Jadi saya terpaksa bercampur dengan junior-junior baru.
Kaunselor :Wani sukar memulakan perhubungan baru dan menyesuaikan diri dengan kedaan baru. Wani menghadapi
masalah disebabkan oleh perbezaan umur.
Samb
g) PENJELASAN LANJUT
Kaunselor :boleh tak Wani ceritakan dengan
lebih lanjut apa sebenarnya masalah
yang Wani hadapi?
Samb…
h) MENYEMAKWani :Sebenarnya puan, saya berasa sangat
tertekan untuk menghadapi semua ni. Saya hampir berputus asa untuk
meneruskan pegajian. Tempat baru dan kawan baru yang saya tak kenal semuanya macam tak mempedulikan saya. Kadang-kadang saya rasa rendah diri sangat-sangat.
Kaunselor :Baik Wani, daripada apa yang saya dengar awak sekarang menghadapi tekanan dengan
suasana baru di universiti dan tiada kawan- kawan baru untuk dijadikan kawan. Adakah saya betul Wani?
REFLEKSI (PERASAAN)
PERASAAN Situasi yang dialami oleh Wani sememangnya boleh membawa kepada tekanan dalam diri, tambahan pula dengan sikap rakan-rakan sekeliling yang tidak mempedulikannya.
MODEL DAN TEORI
APLIKASI TEORI
TEORI CARL ROGERSi. Empatiii. Kongrueniii. Penerimaan tanpa syarat
EMPATI
Kaunselor berinteraksi dengan baik dan mesra bagi
menunjukkan empati, ketulenan, serta anggapan
positif kepada klien.
Keadaan mesra ini diperlukan supaya klien lebih
bersedia untuk berkongsi masalahnya serta
bercerita lebih lanjut. Rogers juga amat menekankan
aspek kemesraan dengan klien.
KONGRUEN
Keikhlasan dan ketulenan dalam proses
menolong adalah penting bagi melahirkan
kepercayaan klien terhadap kaunselor.
Kaunselor telah menerapkan nilai keikhlasan
dalam memberi cadangan kepada Wani agar
Wani boleh menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.
PENERIMAAN TANPA SYARAT
Konsep ini membolehkan klien
menyampaikan perasaan yang terbuku di
hati diluahkan dengan mudah tanpa sekatan.
Klien juga tidak akan berasa takut dan segan
untuk menceritakan masalah yang
dialaminya.
PENGALAMAN PEMBELAJARAN AHLI KUMPULAN
Sepanjang sesi ini berlangsung, setiap ahli kumpulan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan yang diberi.
Kami juga membahagikan tugasan antara setiap ahli kumpulan untuk mewujudkan kesamarataan dan rasa tanggungjawab.
Selain itu, kami juga dapat memahami teknik-teknik asas menolong yang berkesan supaya kami dapat aplikasikan ke dalam kehidupan seharian.
LAMPIRANSemasa sesi kaunseling dijalankan:
KESIMPULAN
Kami telah menggunakan teknik asas menolong dan kemahiran yang telah diajar oleh pensyarah di dalam tugasan ini.
Selain itu, kami telah mengaplikasikan teori yang berkaitan bagi mencapai matlamat kedua-dua pihak dalam sesi kaunseling ini.