bboorraanngg ppeennggeessaahhaann ssttaattuuss …€¦ · kekangan pelaksanaan mata pelajaran...
TRANSCRIPT
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: LOT 2373 JALAN MURAI, PENGKALAN PEGOH, 31500 LAHAT, PERAK DARUL RIDZUAN.
Tarikh:
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENYELIA)
CIK SARIMAH BINTI ISMAIL
Tarikh:
UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEEKKKNNNOOOLLLOOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA
BBBOOORRRAAANNNGGG PPPEEENNNGGGEEESSSAAAHHHAAANNN SSSTTTAAATTTUUUSSS TTTEEESSSIIISSS
JJJUUUDDDUUULLL::: KEKANGAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR, JOHOR DARUL TAKZIM.
SSSEEESSSIII PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNN::: 2008/2009
Saya FARAWAHIDA BINTI YASSIN
791226035366 BP060007
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (?)
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
?
TIDAK TERHAD
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
Catatan: **
9
9
24 APRIL 200Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekaliini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsapenyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kuatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
24 APRIL 200
daripada pihak sebab dan tempoh tesis
fah dan Sarjana secara rsus dan penyelidikan
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ......................................
Penyelia : CIK SARIMAH BINTI ISMAIL
Tarikh : 24 APRIL 2009
KEKANGAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL
DI SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR
FARAWAHIDA BINTI YASSIN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ................................... Nama Penulis : FARAWAHIDA BINTI YASSIN Tarikh : 24 APRIL 2009
DEDIKASI
Untuk mak tersayang dan disanjungi Asemah Bt. Mohd Noh
Kaulah segala-galanya bagi diri ini
Doronganmu sumber ihlamku dan kejayaan ini
Adalah untuk Illahi dan untukmu
Untuk abah Yassin B.Awang yang dikasihi
Jasamu sumber kejayaanku
Untuk semua adik- beradikku yang tersayang
Terutamanya kak long Fadillah, abang Ahmad Sahril dan Ahmad Syamsani,
Untuk adik Siti Hajar dan Siti Aira
Dorongan dan bantuan kalian membakar semangatku
Untuk meneruskan perjuangan ini
Sehingga ke puncak kejayaan
Buat penyelia yang dihormati dan dikagumi
Cik Sarimah Bt Ismail
Segala jasa, bimbingan dan pengorbanan mu
Tidak ternilai dan tidak mampu dijualbeli
Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan taulan
Segala jasa dan sokongan kalian
Tidakkan dilupakan buat selama-lamanya.
PENGHARGAAN
Penulis merakamkan penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih yang tidak
ternilai kepada penyelia projek akhir sarjana muda ini iaitu Cik Sarimah Bt. Ismail.
Penulis berasa amat bertuah berada di bawah bimbingan beliau, segala dorongan
dan tunjuk ajar serta komen yang beliau berikan meningkatkan semangat penulis
untuk menghasilkan penyelidikan yang terbaik. Pengorbanan dan kegigihan beliau
dengan meluangkan masa untuk membaca serta menyemak penulisan sepanjang
tempoh penghasilan penyelidikan projek akhir ini amat dihargai. Dan segala jasa
dan dorongan sehingga penulis dapat menghasilkan satu penyelidikan, tidak dapat
dilupakan .
Kerjasama pihak Jabatan Pelajaran Johor terutamanya Bahagian Pendidikan
Teknik dan Vokasional di atas maklumat dan kebenaran untuk melaksanakan
penyelidikan di sekolah-sekolah amat dihargai. Terima kasih kepada semua
Pengetua, GPK Kurikulum dan semua guru-guru yang mengajar Mata Pelajaran
Vokasional di Negeri Johor.
Penghargaan juga kepada kawan-kawan yang turut membantu memberi idea
dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam membantu
menjayakan projek penyelidikan ini.
ABSTRAK
Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun 2002. Walaupun mata pelajaran ini telah dilaksanakan selama 7 tahun, masih banyak sekolah tidak mencapai 100 peratus dan cadangan untuk melaksanakan mata pelajaran ini di sekolah lain seterusnya seluruh Malaysia terpaksa ditunda kerana beberapa masalah. Tujuan kajian ini, dijalankan adalah untuk mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengajar MPV. Pembolehubah dikaji adalah peruntukan kewangan, kemudahan kelengkapan bengkel dan tahap pengetahuan dan kemahiran guru. Kajian ini melibatkan 108 guru-guru yang mengajar MPV dari 55 buah sekolah yang menawarkan MPV diseluruh negeri Johor yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Set borang soal selidik digunakan dan data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science-Version 15.0 (SPSS) bagi mendapatkan frekuansi, peratusan dan min. Daripada tiga persoalan kajian yang dikemukan, didapati aspek kemudahan kelengkapan di bengkel lebih memberi kekangan dengan nilai min 3.42, diikuti dengan aspek peruntukan kewangan dengan min 3.72. Pengetahuan dan kemahiran guru kurang memberi kekangan dengan min 4.27. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah yang dikaji tidak memberi kekangan kepada guru-guru dalam mengajar MPV. Walaupun begitu, disarankan agar aspek kemudahan kelengkapan di bengkel diberi perhatian supaya program MPV ini dapat berjalan dengan baik dan sempurna.
ABSTRACT
Vocational subject is one of the subjects that have being taught in Malaysia secondary schools. It has been introduced in 2002. Although this subject has been implemented for seven years, many schools failed to achieve 100 percent pass percentage and the idea to implement this subject to other schools throughout Malaysia has been postponed due to some problems. The main purpose of this study is to identify the problems encountered the teacher who taught this subject. The problems identified are financial problem, workshop facilities infrastructure and teachers’ skills and knowledge. The sample of this study was 108 teachers who taught this subject from 55 selected schools in Johore. A set of questionnaires had been used and the data had been analyzed by using Statistical Package for Social Science-Version 15.0 (SPSS 15.0) to get the frequency, percentage and mean. The findings of this study had shown that the workshop facilities infrastructure were the most significant problems that contributed to these problems with the mean of 3.42, followed by financial constraint 3.72. The teacher’s knowledge and skills is the least significant problems with the mean of 3.42. The results of these findings have shown that, these three problems were not the major problems to the subject teachers. However, it has been recommended that the workshop facilities should be improved to ensure the vocational subjects can be carried successfully
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 7
1.3 Pernyataan Masalah 14
1.4 Objektif Kajian 15
1.5 Persoalan Kajian 15
1.6 Kepentingan Penyelidikan 16
1.6.1 Guru-guru MPV 16
1.6.2 Pentadbiran Sekolah 17
1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 18
1.7 Skop Kajian 18
1.8 Batasan Kajian 19
1.9 Definisi Istilah 19
1.10 Kesimpulan 20
2 SOROTAN PENULISAN 21 2.1 Pengenalan 21
2.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknik
Dan Vokasional 22
2.2.1 Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional
Awal Kemerdekaan 23
2.2.2 Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional
(1970-1990) 25
2.2.3 Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional
(1990 – Sekarang) 25
2.3 Strategi Pelaksanaan Dasar Pembangunan
Pendidikan Vokasional 30
2.4 Program Sekolah Ke Sekolah 32
2.5 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 35
2.6 Peruntukan Kewangan dalam MPV 37
2.7 Kemudahan Dan Kelengkapan Bengkel Dalam
Peralatan 39
2.8 Kepakaran Tenaga Pengajar 42
2.9 Kesimpulan 44
3 METADOLOGI 45 3.1 Pengenalan 45
3.2 Reka Bentuk Kajian 46
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 46
3.4 Instrumen Kajian 48
3.5 Keesahan Item Soal Selidik 52
3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik 52
3.7 Kajian Rintis 53
3.8 Prosedur Kajian 54
3.9 Analisis Data 57
3.10 Kesimpulan 59
4 ANALISIS DATA 60
4.1 Pengenalan 60
4.2 Analisis Demografi 61
4.2.1 Umur 61
4.2.2 Kelayakan Akademik 62
4.2.3 Kelayakan Ikhtisas 63
4.2.4 Pengalaman Mengajar 63
4.2.5 Bidang Pengkhususan 64
4.3 Analisis Persoalan Kajian 65
4.3.1 Analisis Soalan Kajian 1 65
4.3.2 Analisis Soalan Kajian 2 68
4.3.3 Analisis Soalan Kajian 3 71
4.4 Analisis Keseluruhan 74
4.5 Kesimpulan 76
5 RUMUSAN,PERBINCANGAN DAN CADANGAN 77
5.1 Pengenalan 77
5.2 Rumusan Kajian 78
5.2.1 Bahagian A 78
5.2.2 Bahagian B 79
5.3 Perbincangan 80
5.3.1 Soalan Kajian 1 80
5.3.2 Soalan Kajian 2 82
5.3.3 Soalan Kajian 3 85
5.4 Cadangan 87
5.4.1 Guru-guru MPV 87
5.4.2 Pihak Pengurusan Sekolah 88
5.4.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 89
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 90
5.6 Penutup 91
RUJUKAN 92
LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN 1.1 Senarai Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah
Menengah Akademik Mengikut Bidang Kuasa 3
1.2 Jangkaan Bilangan Sekolah dan Bilangan Murid
yang hendak dicapai oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia 5
1.3 Senarai Mata Pelajaran Vokasional dan
Tahun Pelaksanaan Mengikut Fasa 6
1.4 Taburan Bilangan Sekolah Yang Menawarkan
MPV 8
1.5 Senarai Nama Sekolah Mengikut Daerah
Yang Menawarkan Mata Pelajaran Vokasional
di Negeri Johor 2008. 9
1.6 Peruntukan Baru MPV Bagi Setiap Pelajar 12
2.1 Strategi Pelaksanaan Dan Pembangunan
Pendidikan Vokasional 31
3.1 Taburan Sampel Kajian 47
3.2 Taburan item soal selidik mengikut latar
belakang responden 49
3.3 Taburan item soal selidik mengikut persoalan kajian 50
3.4 Set Skala Likert 51
3.5 Pekali Alpha Cronbach 53
3.6 Carta Aliran Prosedur Menjalankan Kajian 56
3.7 Analisis Skor Min 61
3.8 Tahap Pertimbangan Peratusan 62
3.8 Skala Pemeringkatan 62
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 65
4.2 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik 66
4.3 Taburan Respoden Mengikut Kelayakan Ikhtisas 67
4.4 Taburan Respoden Mengikut Pengalaman Mengajar 68
4.5 Taburan Respoden Mengikut Bidang Pengkhususan 68
4.6 Taburan Responden Mengenai Peruntukan Kewangan 70
4.7 Taburan Responden Mengenai Kemudahan Kelengkapan
Bengkel 73
4.8 Taburan Responden Mengenai Kepakaran Guru-guru MPV 76
4.9 Analisis Keseluruhan Dapatan Soalan Kajian 78
SENARAI SINGKATAN
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia MPV - Mata Pelajaran Vokasional PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum S - Setuju SS - Sangat Setuju STS - Sangat Tidak Setuju SPSS - Statistical Package For Social Science TP - Tidak Pasti TS - Tidak Setuju
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Akuan Pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari Jabatan Pelajaran
D Surat Kebenaran Menjalanan Kajian Dari EPRD
E Pengesahan Borang Soal Selidik
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembangunan bermakna kemajuan tamadun dan budaya daripada keadaan
daif dan jahil kepada keadaan hidup serba moden dan berperadaban tinggi.
Pembangunan masyarakat dan negara meliputi dimensi pentadbiran, pendidikan,
teknologi, ekonomi, sikap, ilmu, pemikiran, seni budaya, moral dan kualiti hidup.
Malaysia sebagai sebuah negara membangun telah mengalami perubahan-
perubahan sosial, teknikal, politik dan ekonomi yang pesat. Pembangunan
ekonomi yang rancak di Malaysia telah memberi fokus kepada kepentingan
pembangunan sumber manusia.
Dalam era ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan maklumat (k-
ekonomi), permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional
terutamanya kumpulan mahir dan separa mahir semakin meningkat akibat
kepesatan ekonomi negara yang menuju ke arah negara maju menjelang tahun
2020 (DBKL, 2008). Sumber manusia adalah aset yang paling penting dalam
memenuhi hasrat ini. Latihan kemahiran adalah satu strategi berkesan ke arah
2
penyediaan guna tenaga negara. Menyedari hakikat ini, Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) diperkenalkan untuk melahirkan individu dan masyarakat
yang berpengetahuan, berkemahiran dan terlatih dalam perkara asas dalam bidang
pekerjaan yang telah dikenal pasti (Modul Pelaksanaan MPV, 2002).
MPV merupakan satu kumpulan mata pelajaran yang berteraskan
kemahiran yang ditawarkan di sekolah menengah akademik di tingkatan empat
dan lima. MPV ini mula diperkenalkan di sekolah akademik pada tahun 2002.
Program ini menawarkan 22 mata pelajaran yang dikelompokkan dalam lima
bidang kerjaya iaitu binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi rumah tangga dan
komputer.
Pernyataan di atas diperkukuhkan lagi dengan kata-kata Menteri Pelajaran
Malaysia dalam Perutusan Tahun Baru 2002 iaitu :
“...Pada masa yang sama kita akan terus menyediakan peluang yang lebih kepada murid untuk memilih mata pelajaran mengikut minat dan potensi mereka. Untuk itu kita akan memperluaskan mata pelajaran vokasional di sekolah-sekolah akademik harian biasa yang boleh dipilih oleh pelajar yang kurang berminat dalam mata pelajaran akademik. Kita telah mengenal pasti 22 mata pelajaran vokasional yang boleh diperluaskan ke sekolah-sekolah harian biasa dan mulai tahun ini sebanyak 8 mata pelajaran akan dilaksanakan di 104 sekolah menengah harian dan 14 lagi mata pelajaran akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2005 nanti. Langkah ini sejajar dengan usaha untuk menyediakan peluang kepada sekurang-kurangnya satu per tiga daripada pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengambil bidang bercorak vokasional menjelang tahun 2010 nanti di mana sebenarnya sudah menjadi amalan di beberapa negara maju seperti Jepun dan Jerman.”(Perutusan Tahun Baru, Menteri Pendidikan, Laman Web Rasmi KPM, 2002 (http://www.moe.gov.my/ucapan/ka401.htm)
3
Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam
memperkenalkan mata pelajaran ini adalah untuk melahirkan pelajar dalam
bidang usaha yang revelen dan bermakna untuk membolehkan mereka
mendapatkan pekerjaan, memulakan perniagaan sendiri atau meneruskan latihan
di peringkat yang lebih tinggi.
Untuk mencapai matlamat tersebut, pihak KPM mencadangkan
pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional mengikut bidang kerjaya seperti yang
disenaraikan dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Senarai Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah
Akademik Mengikut Bidang Kerjaya Bidang Kerjaya Mata Pelajaran
Pembinaan
Pendawaian Domestik Kerja Paip Domestik Kimpalan Arka dan Gas Pembinaan Domestik
Teknotani
Tanaman Makanan Akuakultur dan Haiwan Rekreasi Landskap dan Nurseri
Ekonomi Rumah tangga
Katering dan Penyajian Pemprosesan Makanan Rekaan dan Jahitan Pakaian Hiasan Dalaman Asas Perkhidmatan Penjagaan Geriatik Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pembuatan
Membuat Perabot Seni Reka Tanda Menservis Automotif Mengetuk & Mengecat Automotif Menservis Peralatan Elektrik Domestik Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman
Udara Aplikasi Komputer Produksi Bahan Komputer
Grafik Berkomputer Sumber: Kertas Kerja Perancangan dan Pengurusan Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik (2002)
4
Mata pelajaran ini adalah peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran
Hidup di peringkat menengah rendah. (Buku Penerangan dan Penawaran Mata
Pelajaran-Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik Harian,
2002).
Pihak KPM berharap agar sasaran yang pertama iaitu mulai tahun 2002
hingga 2005 tercapai. Pada awalnya, pihak KPM telah mensasarkan sebanyak
100 buah sekolah sebagai perintis dan seterusnya semua sekolah menengah
akademik biasa akan menawarkan mata pelajaran tersebut. Ini adalah
berdasarkan kepada perancangan untuk memastikan 35 % pelajar di tingkatan 4
akan mengikuti kursus teknikal vokasional dan kemahiran asas industri dalam
masa 10 tahun akan datang. Menurutnya lagi, mata pelajaran vokasional akan
dapat mengatasi masalah pelajar yang tidak mendapat tempat untuk mengikuti
kursus yang tidak begitu menekankan pengetahuan akademik secara berperingkat
(Musa Mohamad, 2003).
Jadual 1.2 memperlihatkan jangkaan bilangan sekolah dan pelajar yang
telah disasarkan dan ingin dicapai oleh pihak KPM
5
Jadual 1.2: Jangkaan Bilangan Sekolah dan Bilangan Murid yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Bilangan Sekolah Bilangan Murid Tahun Tkt 4 Tkt 5 Jumlah Tkt 4 Tkt 5 Jumlah 2002 104 - 104 6000 - 6000
2003 100 104 204 18000 6000 24000
2004 100 204 304 30000 18000 48000
2005 100 304 404 42000 30000 72000
2006 100 404 504 54000 42000 96000
2007 100 504 604 66000 54000 120000
2008 100 604 704 78000 66000 144000
Sumber: Kertas Kerja Perancangan dan Pengurusan Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik, JPN Johor 2002.
Pada awal pelaksanaan MPV ini, sebanyak 60 buah sekolah menengah
harian di seluruh negara dipilih untuk projek rintis bagi memperkenalkan mata
pelajaran vokasional. Jadual 1.3 di sebelah menunjukkan senarai mata pelajaran
vokasional yang ditawarkan mengikut fasa dan tahun pelaksanaannya.
6
Jadual 1.3: Senarai Mata Pelajaran Vokasional dan Tahun Perlaksanaan mengikut Fasa
TAHUN PELAKSANAAN
BIL
MATA PELAJARAN
Fasa 1 2002
Fasa 2 2003
Fasa 3 2004
Fasa 4 2005
1. Pembinaan Domestik X 2. Membuat Perabot X 3. Seni Reka Tanda X 4. Kerja Paip Domestik X 5. Pendawaian Domestik X 6. Kimpalan Arka dan Gas X 7. Menservis Automotif X 8. Mengetuk dan Mengecat Kereta X 9. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara X 10. Menservis Peralatan Elektrik Domestik X 11. Rekaan dan Jahitan Pakaian X 12. Katering dan Penyediaan Makanan X 13. Pemprosesan Makanan X 14. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut X 15. Hiasan Dalaman Asas X 16. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak X 17. Perkhidmatan Penjagaan Geriatik X 18. Landskap dan Nurseri X 19. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi X 20. Tanaman Makanan X 21. Produksi Bahan Makanan X 22. Grafik Berkomputer X
Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor (2008).
Pada satu ketika dulu, masyarakat Melayu terutamanya ibu bapa tidak
begitu suka dengan kursus vokasional. Mereka lebih mahukan anak-anak
mengikuti kursus akademik. Oleh sebab itu, wujud satu dasar untuk tidak lagi
mengadakan kursus vokasional. Sekarang ini, Malaysia kembali kepada dasar
lama kerana negara semakin maju dan sedang menuju ke arah industri global.
Oleh itu, kementerian memperkenalkan mata pelajaran vokasional
memandangkan keperluan guna tenaga sekarang
(http://www.kementerianpendidikan.moe.edu.my).
7
Ini menunjukkan bahawa, betapa pentingnya pelaksanaan mata pelajaran
vokasional di sekolah-sekolah akademik masih lagi kurang diberi perhatian.
Melalui pembacaan dan pandangan sepintas lalu terhadap kajian-kajian lepas,
timbullah minat pihak penyelidik untuk membuat tinjauan lebih terperinci
terhadap kekangan yang timbul dalam pelaksanaan mata pelajaran ini di sekolah
menengah negeri Johor.
1.2 Latar belakang Masalah
Dalam era k-ekonomi kini, permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal
dan vokasional terutamanya kumpulan mahir dan separa mahir semakin
meningkat. Ini kerana keperluan sumber manusia dalam sektor industri semakin
bertambah. Menyedari hakikat ini, mata pelajaran vokasional (MPV) telah
diperkenalkan untuk mewujudkan sekumpulan individu dalam masyarakat kita
yang berkemahiran, berpengetahuan dan terlatih dalam perkara asas dalam
beberapa bidang pekerjaan yang telah dikenal pasti. Mereka yang berminat dan
cenderung dalam bidang ini telah disediakan program yang sesuai dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan mengikut keperluan perancangan.
Kurikulum yang besesuaian dengan keperluan semasa amat perlu bagi
generasi hadapan supaya lebih bersedia menempuhi pembangunan akan datang
dan juga kemajuan teknologi. Dalam menyempurnakan pelaksanaan mata
pelajaran vokasional (MPV) di sekolah akademik ini, pelbagai kekangan yang
timbul seperti dalam aspek peruntukan kewangan, kelengkapan bengkel, masalah
tenaga pengajar dan pelajar. Sehingga sekarang masalah-masalah tersebut telah
dikaji. Melalui hasil daripada pembacaan kajian-kajian lepas, kebanyakan kajian
8
mereka hanya berfokus kepada sesetengah mata pelajaran saja seperti kajian
terhadap mata pelajaran Membuat Perabot (Zainudin, 2004), Kajian Permasalahan
Katering dan Penyediaan Makanan (Mohd.Amirul, 2003), Landskap dan Nurseri
(Haryanti Mohammad, 2003) dan Kajian Terhadap Seni Reka Tanda (Ahmad
Bushra, 2004 dan Haznifah Ayub, 2006).
Maka dengan itu, penyelidik telah mengambil keputusan untuk membuat
kajian terhadap semua mata pelajaran vokasional di negeri Johor bagi
mengesahkan lagi tentang kekangan tersebut dan tahap kekangan setelah 7 tahun
dilaksanakan. Penyelidik telah mendapati bahawa di negeri Johor terdapat 10
daerah dan sebanyak 55 buah sekolah menengah akademik yang menawarkan
mata pelajaran vokasional sehingga tahun ini. Daerah-daerah tersebut adalah
seperti Daerah Johor Bahru, Pontian, Kulai, Batu Pahat, Segamat, Pasir Gudang,
Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Muar. Jadual 1.4 adalah taburan bilangan
sekolah yang menawarkan MPV mengikut daerah dan Jadual 1.5 adalah taburan
sekolah yang menawarkan MPV.
Jadual 1.4: Taburan Bilangan Sekolah Yang Menawarkan MPV
DAERAH BILANGAN SEKOLAH
Muar 9 Kulai 4 Pontian 5 Kluang 6 Segamat 5 Mersing 4 Batu Pahat 5 Kota Tinggi 5 Johor Bahru 6 Pasir Gudang 6
Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Johor (2008)
9
Jadual 1.5 : Senarai Nama Sekolah Mengikut Daerah Yang Menawarkan Mata Pelajaran Vokasional di Negeri Johor 2008.
Daerah Sekolah Jumlah Sekolah
Muar
SMK Ledang SMK Pekan Baru SMK Parit Bunga SMK Jalan Jonit SMK Bukit Pasir SMK Tun Mamat SMK Bukit Gambir SMK Tengku Mahkota SMK Tun Seri Lanang
9
Kulai
SMK Kelapa Sawit SMK Taman Puteri SMK Kangkar Pulai SMK Bandar Tenggara
4
Pontian
SMK Ayer Baloi SMK Seri Kukup SMK Seri Tanjung SMK Telok Kerang SMK Kayu Ara Pasong
5
Johor Bahru
SMK Seri Perling SMK Tasek Utara 2 SMK Permas Jaya 2 SMK Bandar Baru Uda SMK Taman Bukit Indah SMK Dato Abd Rahman Yassin
6
Kluang
SMK Kahang Timur SMK LKTP Belitong SMK Layang-Layang SMK Sultan Abdul Jalil SMK Taman Seri Kluang SM Tengku Aris Bendahara
6
Segamat
SMK Buloh Kasap SMK LKTP Maokil SMK LKTP Pemanis SMK Tenang Stesyen SMK Dato Bentara Dalam
5
Mersing
SMK Mersing SMK Anjung Batu SMK Ungku Husin SMK Tan Sri Abdul Kadir
4
10
Batu Pahat
SMK Dato Onn SMK Senggarang SMK Tunku Putra SM Datuk Menteri SMK Penghulu Saad
5
Kota Tinggi
SMK Air Tawar SMK Bandar Mas SMK Bandar Easter SMK Tanjung Datuk SMK Bandar Kota Tinggi
5
Pasir Gudang
SMK Pasir Gudang SMK Taman Daya SMK Taman Daya 3 SMK Dato Penggawa Timur SMK Desa Jaya SMK Taman Perling Jaya
6
JUMLAH 55
Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Johor (2008)
MPV diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah akademik adalah untuk
memberi kemahiran kepada pelajar-pelajar yang sederhana pencapaiannya.
Banyak sekolah yang memohon untuk mengadakan kelas MPV tetapi terpaksa
ditolak pemohonan mereka atas sebab tidak memenuhi syarat pertauliahan KPM
seperti kekurangan kemudahan asas seperti bengkel dan alatan, ketiadaan bahan,
keadaan bangunan yang belum siap dan kekurangan guru teknikal yang sanggup
dan mampu mengendalikan kelas tersebut. Dengan ini juga, menyebabkan
pelajar-pelajar kurang bersedia untuk mengikuti mata pelajaran ini. Sebagai
contohnya bagi pelajar yang mengikuti mata pelajaran Landskap dan Nurseri,
pelajar terpaksa bekerja di bawah cahaya matahari dan pelajar “bandar”, mereka
tidak biasa dengan aktiviti bercucuk tanam.
(http://www.mpb/edu.my/penyelidikan//jurnal2006/SitiZ06).
11
Dalam penawaran sesuatu mata pelajaran vokasional tingkatan 4 ini,
terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan oleh KPM yang perlu dipatuhi oleh
sekolah-sekolah iaitu :
i. mempunyai kemudahan asas
ii. ada guru yang sesuai dan berminat
iii. ramai pelajar yang sesuai
iv. berdekatan dengan pusat latihan
v. kawasan perindustrian sesuai dengan mata pelajaran
berkaitan
vi. pernah atau sedang melaksanakan program Sekolah Ke
Kerjaya
Sumber : Modul Penawaran MPV, Jabatan Pelajaran Negeri Johor
(2008)
KPM telah menjelaskan bahawa kadar bantuan perkapita (PCG) bagi
MPV adalah sebanyak RM65.00 untuk seorang murid setahun (Pekeliling
Kewangan Bil. 5 Tahun 2002). Walau bagaimanapun, terdapat ramai guru yang
mengendalikan kelas-kelas MPV menyatakan bahawa jumlah peruntukan ini
kurang mencukupi untuk melaksanakan semua modul yang telah digariskan
dalam kurikulum kerana setiap modul perlu mengadakan amali dan memerlukan
peruntukan yang tinggi untuk penyediaan bahan-bahan yang berkaitan. Mereka
mencadangkan agar peruntukan ini dikaji semula (Haryati, 2003).
Menurut Laporan Mata Pelajaran MPV bagi sekolah-sekolah negeri Johor,
kadar RM65.00 itu tidak mencukupi bagi pembelian bahan habis guna atau bahan
mentah. Bagi mengatasi masalah tersebut pihak Pusat Perkembangan Kurikulum
12
dengan Kerjasama JPN sedang merayu kepada Bahagian Kewangan agar dapat
memberi kadar PCG yang baharu (Jabatan Pelajaran Negeri Johor, 2004).
Kewangan yang telah diperuntukan oleh KPM bagi mata pelajaran
membuat perabot perlu dikaji semula bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah kerana, mata pelajaran membuat perabot memerlukan
kos yang tinggi. Guru-guru sukar melaksanakan projek kerana wang yang telah
diperuntukan tidak mencukupi untuk membeli bahan. Justeru itu, guru-guru
terpaksa menggunakan peruntukan kewangan bagi mata pelajaran lain untuk
menampung kos membeli bahan projek (Zainuddin, 2004).
Kesan daripada rayuan dan cadangan, pihak KPM telah membuat
peruntukan yang baru bagi MPV (Sujak, 2008). Pada masa kini, peruntukan baru
bagi mata pelajaran vokasional setiap pelajar setahun telah ditambah kepada :-
Jadual 1.6 Peruntukan Kewangan Baru MPV Bagi Setiap Pelajar Bidang Peruntukan
Pembinaan dan Aplikasi
Komputer
RM 210 seorang
Pembuatan, Teknotani , Ekonomi
Rumah Tangga
RM220 seorang
Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor (2008).
Walaupun telah diberi peruntukan baru, namun masih terdapat guru-guru
hanya memberi teori sepanjang enam masa apabila peruntukan kewangan untuk
membeli bahan belum diterima oleh pihak sekolah. Di salah sebuah sekolah, di
mana MPV baru sahaja diperkenalkan dan telah mempunyai bengkel
13
Pemprosesan Makanan yang dilengkapi dengan peralatan tetapi gurunya
menghadapi masalah mendapatkan bahan masakan untuk melaksanakan kelas
amali. Kadang-kadang, terdapat guru menggunakan wang sendiri untuk membeli
bahan masakan kerana wang peruntukan belum diterima oleh pihak sekolah untuk
mendapatkan sumber makanan dalam kelas amali. Hasil masakan yang telah
dimasak dijual kepada guru-guru bagi mendapatkan ‘tabung kelas’ (Siti Zahara,
2008).
Masalah tenaga pengajar turut dihadapi dalam pelaksanaan MPV ini.
Mengikut garis panduan Lembaga Peperiksaan Malaysia (2002), guru-guru yang
diberi mandat untuk mengajar Mata Pelajaran Vokasional ini adalah guru-guru
yang berminat dan berkelayakan atau mempunyai sekurang-kurangnya sijil atau
diploma perguruan dalam opsyen yang berkaitan atau yang berlatar belakangkan
Kemahiran Hidup, Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Ketukangan, Ekonomi Rumah
Tangga, Pertanian dan Kejuruteraan. Bagi mendapatkan pelajar yang
berkemahiran, para guru dan pendidik perlu meningkatkan kemahiran mereka
terlebih dahulu.
Kebanyakan sekolah, guru-guru yang berpendidikan teknikal adalah
kurang. Kesan daripada masalah kekurangan ini, maka pengajaran mata pelajaran
Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah menengah harian, sebahagiannya
dilaksanakan oleh guru-guru bukan daripada opsyen berkenaan. Terdapat juga
guru-guru bukan opsyen diberi kepercayaan untuk mengikuti kursus dalam
perkhidmatan bagi mata pelajaran tersebut sebagai opsyen iringan seterusnya
menjadi guru Kemahiran Hidup sepenuhnya (Siti Zahara, 2006).
14
Masalah guru juga timbul, apabila pihak pentadbir sekolah memilih subjek
tertentu untuk diajar manakala minat dan kepakaran guru tertentu di sekolah
berkenaan adalah berbeza. Pengajaran Mata Pelajaran Vokasional ini juga
terganggu bila guru terbabit bercuti, bertukar ataupun naik pangkat. Ini kerana,
guru lain yang dijadikan penganti belum tentu mempunyai kepakaran dan minat
yang sama dengan guru tersebut (Indrawati, 2003).
1.3 Pernyataan Masalah
Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah menengah akademik
merupakan satu siri mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
ditawarkan khas untuk pelajar di sekolah akademik menengah atas dan ianya
telah diperkenalkan pada tahun 2002. Namun begitu, perlaksanaannya sudah
melepasi keempat-empat fasa. Walaupun sudah 7 tahun program ini dijalankan,
masih banyak sekolah yang tidak mencapai 100 peratus dalam SPM dan cadangan
untuk melaksanakan di sekolah ain terpaksa ditunda kerana didapati pelbagai
kekangan yang timbul seperti dari aspek peruntukan kewangan, sukatan mata
pelajaran, kemudahan kelengkapan, bengkel dan pengurusan jadual waktu, tenaga
pengajar dan pelajar-pelajar.
Lantaran itu, kajian yang bakal dijalankan adalah diharapkan dapat
mengenal pasti tahap kekangan yang masih dihadapi oleh pihak-pihak yang
terlibat dalam melaksanakan program MPV ini. Aspek yang dilihat dalam kajian
ini adalah dari segi peruntukan kewangan, kemudahan kelengkapan bengkel dan
persediaan dalam pengetahuan dan kemahiran guru yang mengajar
15
1.4. Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh
guru-guru dalam melaksanakan sukatan mata pelajaran vokasional dari aspek:
1. peruntukan kewangan
2. kemudahan kelengkapan bengkel.
3. pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar
1.5 Soalan Kajian
Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan objektif kajian tercapai, iaitu:
1. adakah masih terdapat kekangan terhadap peruntukan kewangan yang
diberikan dalam melaksanakan MPV?
2. adakah masih terdapat kekangan kemudahan kelengkapan bengkel
dalam melaksanakan MPV?
3. adakah masih terdapat kekangan dari aspek pengetahuan dan kemahiran
dalam kalangan guru-guru yang mengajar MPV?