bencana senjata kimia dan biologi

8
8/14/2019 Bencana Senjata Kimia Dan Biologi http://slidepdf.com/reader/full/bencana-senjata-kimia-dan-biologi 1/8 INFORMATION of ELAKSAMANA Bencana Senjata Kimia dan Biologi Saban hari kita terbaca atau terdengar pelbagai insiden dan ancaman keganasan berlaku di dunia ini dan tidak kurang juga dengan kempen dan deklarasi anti keganasan. Asas keganasan sama ada di atas sebab keselamatan, politik, dendam, kekecewaan dan sebagainya telah menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda dan alam sekitar. Kita bersyukur dengan keamanan yang wujud di Malaysia setelah 45 tahun merdeka dan tidak pernah terlintas di fikiran kita akan berlakunya peperangan dan keganasan apatah lagi yang melibatkan senjata pemusnah besar-besaran seperti sejata kimia dan biologi. Ancaman penggunaan senjata kimia dan biologi oleh pengganas antarabangsa kini muncul semula semenjak kejadian serangan ‘Antraks’ di Amerika tahun lalu.  Kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia pada 26 Oktober lalu agar pakar perubatan sentiasa bersedia dengan kewujudan penyakit yang tidak diketahui puncanya dan kematian misteri yang mungkin angkara pengganas bio harus diberi perhatian oleh masyarakat umum dan bukan di kalangan pengamal perubatan sahaja. Orang ramai berhak untuk mengetahui tentang bahaya agen bio dan kimia ini dan bagaimana mengenali simptom- simptomnya dan seterusnya apa yang harus dibuat pada saat-saat kecemasan serta bagaimana mendapatkan bantuan.  Kita masih ingat lagi bagaimana seluruh negara berada dalam keadaan ketakutan dan panik, apabila berlakunya peristiwa wabak penyakit Nipah yang menyebabkan kematian 118 orang penduduk di Bukit Pelanduk. Kita juga tidak lupa dengan peristiwa surat-surat yang mengandungi ‘kuman antraks palsu’ pada awal tahun, dan yang terakhir penyakit meningitis  yang meragut nyawa beberapa pelajar universiti dan kawasan sekitarnya di Selangor pada September lalu. Sebenarnya penggunaan agen biologi dan kimia telah.dikesan semenjak tahun 1919 lagi dan  yang terbaru penggunannya oleh tentera Rusia di sebuah panggung teater di Moscow pada 26 Oktober lalu di mana lebih 118 orang terbunuh dan beratus lagi di masukkan ke hospital. Penghasilan senjata jenis ini walau dilarang oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu namun ia tetap juga dihasilkan bukan sahaja di kalangan pengganas bahkan oleh negara-negara besar seperti Amerika dan Rusia.  Penubuhan unit NBCD (Nuclear, Biology and Chemical Defence) oleh Angkatan Tentera Malaysia bagi menangani ancaman senjata nuklear, kimia dan biologi pada 1 April yang lalu amatlah dihargai. Unit ini bertanggungjawab untuk mengesan dan meneutralkan agen-agen tersebut. Jika terpaksa unit tersebut juga dilaporkan akan membantu dalam rawatan. Diharap fungsi unit ini di samping agensi- agensi keselamatan dan kesihatan yang lain dapat diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Pusat Latihan Serantau Bagi Mencegah Keganasan di Kuala Lumpur. Pusat ini yang telah dipersetujui oleh pemimpin Asean semasa menghadiri Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Los Cabos, Mexico pada 27 Oktober lalu akan memberi latihan bagi meningkatkan keupayaan dan kemampuan negara serantau dalam menghadapi masaalah keganasan.  PaRaDoX / [email protected] All Right Reserved Presented 2005

Upload: akhi-mohamad-aiyad

Post on 30-May-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

8/14/2019 Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

http://slidepdf.com/reader/full/bencana-senjata-kimia-dan-biologi 1/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Bencana Senjata Kimia dan Biologi

Saban hari kita terbaca atau terdengar pelbagai insiden dan ancaman keganasan berlaku

di dunia ini dan tidak kurang juga dengan kempen dan deklarasi anti keganasan. Asas

keganasan sama ada di atas sebab keselamatan, politik, dendam, kekecewaan dan

sebagainya telah menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda dan alam sekitar.

Kita bersyukur dengan keamanan yang wujud di Malaysia setelah 45 tahun merdeka dan

tidak pernah terlintas di fikiran kita akan berlakunya peperangan dan keganasan apatah

lagi yang melibatkan senjata pemusnah besar-besaran seperti sejata kimia dan biologi.

Ancaman penggunaan senjata kimia dan biologi oleh pengganas antarabangsa kini muncul

semula semenjak kejadian serangan ‘Antraks’ di Amerika tahun lalu.

 

Kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia pada 26 Oktober lalu agar pakar perubatan

sentiasa bersedia dengan kewujudan penyakit yang tidak diketahui puncanya dan kematian

misteri yang mungkin angkara pengganas bio harus diberi perhatian oleh masyarakat

umum dan bukan di kalangan pengamal perubatan sahaja. Orang ramai berhak untukmengetahui tentang bahaya agen bio dan kimia ini dan bagaimana mengenali simptom-

simptomnya dan seterusnya apa yang harus dibuat pada saat-saat kecemasan serta

bagaimana mendapatkan bantuan.

 

Kita masih ingat lagi bagaimana seluruh negara berada dalam keadaan ketakutan dan

panik, apabila berlakunya peristiwa wabak penyakit Nipah yang menyebabkan kematian 118

orang penduduk di Bukit Pelanduk. Kita juga tidak lupa dengan peristiwa surat-surat yang

mengandungi ‘kuman antraks palsu’ pada awal tahun, dan yang terakhir penyakit meningitis

 yang meragut nyawa beberapa pelajar universiti dan kawasan sekitarnya di Selangor pada

September lalu.

Sebenarnya penggunaan agen biologi dan kimia telah.dikesan semenjak tahun 1919 lagi dan

 yang terbaru penggunannya oleh tentera Rusia di sebuah panggung teater di Moscow pada

26 Oktober lalu di mana lebih 118 orang terbunuh dan beratus lagi di masukkan ke

hospital. Penghasilan senjata jenis ini walau dilarang oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu namun ia tetap juga dihasilkan bukan sahaja di kalangan pengganas bahkan oleh

negara-negara besar seperti Amerika dan Rusia.

 

Penubuhan unit NBCD (Nuclear, Biology and Chemical Defence) oleh Angkatan Tentera

Malaysia bagi menangani ancaman senjata nuklear, kimia dan biologi pada 1 April yang lalu

amatlah dihargai. Unit ini bertanggungjawab untuk mengesan dan meneutralkan agen-agen

tersebut. Jika terpaksa unit tersebut juga dilaporkan akan membantu dalam rawatan.Diharap fungsi unit ini di samping agensi- agensi keselamatan dan kesihatan yang lain dapat

diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Pusat Latihan Serantau Bagi Mencegah Keganasan di

Kuala Lumpur. Pusat ini yang telah dipersetujui oleh pemimpin Asean semasa menghadiri

Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Los Cabos, Mexico pada 27 Oktober lalu

akan memberi latihan bagi meningkatkan keupayaan dan kemampuan negara serantau

dalam menghadapi masaalah keganasan.

 

PaRaDoX / [email protected]

Right Reserved Presented 2005

Page 2: Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

8/14/2019 Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

http://slidepdf.com/reader/full/bencana-senjata-kimia-dan-biologi 2/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Di samping meningkatkan keselamatan dalam menangani isu keganasan kimia dan bio , kita

  juga mengharapkan agar tahap keselamatan dipertingkatkan di tempat-tempat yang

berpotensi boleh menyebabkan kehilangan nyawa besar-besaran seperti di industri

berasaskan bahan kimia, pusat penyelidikan atau perkhidmatan berasaskan bakteria dan

virus serta pusat perlupusan sisa toksik. Ini bagi mengelakkan bukan sahaja dari ancaman

pengganas tetapi yang lebih merbahaya iaitu kemalangan akibat kecuaian danketidakperihatinan manusia. Kita masih lagi ingat dengan penemuan berpuluh-puluh tong

sisa potasium sianida terbiar di Pangkor pada 1999 yang mampu membebaskan hidrogen

sianida dan boleh membunuh seluruh penduduk Pulau Pinang dalam masa yang singkat.

 

Insiden penggunaan senjata kimia dan biologi dunia 

Tahun Agen Lokasi

1919 Adamsite

Difenilkloroarsin

Gas mustard

Rusia

1923 – 1926 Bromometil etil ketonKloropikrin

Gas mustard

Morocco

1935 - 1940 Klorin

w-kloroasetofenon

Difenilkloroarsin

Gas mustard

Fenildikloroarsin

Fosgen

Ethopia

1937 - 1945 w-kloroasetofenon

Difenilsianoarsin

Hidrogen sianidaLewisite

Gas mustard

Fosgen

Yersinia pestis 

China

1963 - 1967 w-kloroasetofenon

Gas mustard

Fosgen

Yemen

1965 - 1975 2-klorobenzalmalononitril Vietnam

1983 - 1988 2-klorobenzalmalononitril

Gas mustard

Sarin

Tabun

Iran-Iraq

1984 Salmonella enteritidis  Amerika

1994 - 1995 Sarin Jepun

2001- 2002 Bacillus anthracis (Antraks)Amerika

2002 Terbitan Fentanyl Rusia

 

PaRaDoX / [email protected]

Right Reserved Presented 2005

Page 3: Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

8/14/2019 Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

http://slidepdf.com/reader/full/bencana-senjata-kimia-dan-biologi 3/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

 

Senjata Kimia

 

Rencana ini bertujuan memberi penerangan tentang agen kimia dan bio yang pernah di

gunakan sebagai senjata pemusnah besar besaran dan bagaimana mengenalpasti samada

alam sekitar kita telah di cemari dengan agen agen tersebut dan tanda tandakeracunannya. ( Sumber: Public Health Response to Biological and Chemical Weapon-

WHO Guide,2 nd  edition, November 2001) 

 

Senjata kimia

 

Senjata kimia ditakrifkan sebagai bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kematian

dan kerosakan samada sementara atau kekal. Peralatan penggunaanya juga dianggap

sebagai senjata kimia sekiranya tujuan utama penggunaannya ialah untuk menghasilkan

kesan toksik terhadap musuh. Gas pemedih mata atau lain lain kimia bagi mengawal

ketenteraman awam akan juga dianggap sebagai senjata kimia jika diguna bagi tujuan

permusuhan atau persengketaan. 

Mengenali pencemaran senjata kimia

Kejadian pencemaran oleh senjata kimia dikenali melalui:

1. Ramai mangsa mempunyai simptom keracunan yang sama dan serentak serta

datang dari satu daerah yang sama. Simptom ini timbul dengan cepat dari

beberapa minit hingga beberapa jam. Secara amnya simptom-simptom tersebut

melibatkan sistem pernafasan, mata, kulit dan saraf. Contoh, loya, sakit kepala,

pedih mata, hilang kawalan diri atau orientasi, sukar bernafas, sawan dan mati

secara tiba-tiba.

2. Banyak haiwan yang hampir mati atau mati3. Ketiadaan serangga yang biasa kelihatan

4. Peralatan atau bungkusan yang meragukan dengan titisan atau lapisan

minyak, sisa atau residu berwarna serta bau yang busuk (pungent).

5. Kabus yang tidak berkaitan dengan cuaca.

 

PaRaDoX / [email protected]

Right Reserved Presented 2005

Page 4: Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

8/14/2019 Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

http://slidepdf.com/reader/full/bencana-senjata-kimia-dan-biologi 4/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

 Jenis jenis senjata kimia dan simptom keracunannya

 

Kumpulan Contoh kimia Simptom keracunan

Gas Pemedih

Mata; Ia di kenaliuga sebagai

perengsa sistem

deria.

10-kloro-5,10-dihidrofenarsazina (Adamsite atau

DM) 

w-kloroasetofenon (CN)

 

a-bromofenilasetonitril (Larmine,BBC atau CA)

 

2-klorobenzalmalononitril (CS)

 

dibenzoxepin (CR)

 

oleoresin capsicum(OC)

 3-quinuclidinil benzilat (BZ)

Kesan keracunan yang serta merta.

 Mata kesakitan, berair dengan banyak dan

kejang kelopak mata.

 

Keradangan pada mulut, tekak, hidung dan k

Boleh juga mengakibatkan muntah.

 

Perengsa paru-

paru

Fosgen

 

Kloropikrin

 

Kesan seperti sesak nafas dapat dilihat di

antara 24-72 jam . Selain itu ialah batuk, k

dada, kahak berbuih dan berdarah, loya dan

ketegangan serta kegagalan fungsi jantung.

 

Lain-lain simptom ialah keradangan pada mat

kulit, sakit perut, sakit kepala, pucat dan

mengantuk.

 

Gas darah Hidrogen sianida 

Cepat kadar pernafasan, gayat, pening, sukabernafas, muntah, sawan dan tidak sedarkan

Pada dos yang tinggi, simptom tidak sempat

muncul kerana biasanya mangsa akan terus t

sedarkan diri dan mati.

 

Gas pelepuh Bis(2-kloroetil)sulfide ( Gas mustard)

 

2-klorovinildikloroarsin ( Lewsite)

 

bis(2-kloroetilthioetil)eter ( Agen T) 

tris(2-kloroetil)amin ( Mustard nitrogen)

 

2-chlorovinyldichloroarsine (arsin)

Kesan keracunan berlaku dalam jangkamasa

 jam

Kecederaan kecil;

Mata sakit dan berair,keradangan pada kulitlapisan mukosa, bersin dan batuk,

 

Kecederaan teruk;

Buta mata, kulit melepuh, nekrosis,loya, mun

cirit dan kesukaran bernafas.

 

PaRaDoX / [email protected]

Right Reserved Presented 2005

Page 5: Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

8/14/2019 Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

http://slidepdf.com/reader/full/bencana-senjata-kimia-dan-biologi 5/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Gas Saraf Etil N,N-dimetilfosforamidosianidat (Tabun atau

GA)

 

O-isopropil metilfosfonofluoridat(Sarin atau GB)

 

O-1,2,2-trimetilproppil metilfosfonofluoridat(Soman atau GD)

 

O-siklo metilfosfonofluoridat (Siklosarin atau GF)

 

O-etil S-2-diisopropilaminoetil

metilfosfonofluoridat (VX)

O-etil S-2-dimetilaminoetil

metilfosfonofluoridat(Medemo)

 

O-isobutil S-2-dietilaminoetil

metilfosfonofluoridat(VR)

Sangat toksik dan cepat bertindakbalas. Ia

boleh meresap melalui kulit.

 

Dos rendah;

Air liur berlebihan, selsema, tekanan pada d

anak mata mengecil,kesukaran melihat, sakitkepala,keletihan, halusinasi dan loya.

 

Dos tinggi;

Kesukaran bernafas dan batuk,sakit

perut,muntah, berpeluh, mata berair dan

berlebihan air liur, terkencing, mengigil, saw

kekejangan otot, tidak sedarkan diri dan ma

 

Senjata Biologi

 

Senjata biologi ialah agen toksin sama ada dari kumpulan bakteria, kulat, virus atau toksin

dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan dengan sebab toksisitinya (bukan sebab jangkitan) akan

menyebabkan kerosakan yang sama seperti dalam senjata kimia tadi.

Mengenali pencemaran senjata biologi

 

Kejadian pencemaran oleh senjata biologi agak sukar dikenali kerana ia tidak mempunyai

ciri-ciri fisikal yang jelas seperti bau. Gejalanya hanya timbul setelah beberapa jam ataubeberapa hari. Insiden biologikal selalunya merangkumi kawasan yang lebih luas kerana

pergerakan individu yang tercemar tanpa disedari. Secara amnya kejadian pencemaran

oleh senjata biologi dikenali melalui:

1. Kewujudan dan pertambahan mendadak sesuatu jenis penyakit di kalangan

populasi yang sihat.

2. Ramai mangsa menghadapi simptom yang sama seperti masalah pada sistem

pernafasan, sakit di bahagian perut dan demam.

3. Kewujudan penyakit yang lazimnya berlaku (endemik) tetapi tidak pada masa

dan corak yang sepatutnya.

4. Kewujudan penyakit yang biasanya tidak normal pada geografi sesuatu

negeri.5. Corak rintangan antibiotik yang tidak normal.

6. Kematian atau kecederaan spesis haiwan dan ikan.

7. Kemunculan kumpulan serangga tertentu.

Jenis jenis senjata biologi dan simptom keracunannya.

 

PaRaDoX / [email protected]

Right Reserved Presented 2005

Page 6: Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

8/14/2019 Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

http://slidepdf.com/reader/full/bencana-senjata-kimia-dan-biologi 6/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Kumpulan Contoh biologi Simptom keracunan

Bakteria dan

virus

Toksin Botulinum atau

Clostridium botulinum  

Ricin dari Escherichia 

coli 

 

Salmonella enteritidis 

(telur ayam)

 

Lain-lain;

Antraks(Bacillus 

anthracis) , Taun,

Campak, Cacar ,

Aflatoxins, Brucellosis,

Glanders, Demam Q dan

lain- lain.

Dalam masa 1- 3 hari, mangsa akan sakit

perut, cirit birit, gangguan penglihatan,

pening dan lemah otot. Setelah beberapa

hari sistem pernafasan dan lain-lain fungsi

badan akan lumpuh dan menyebabkankematian.

 

Badan dihalang dari mengeluarkan protein

dan menyebabkan tekanan darah menurun

dan seterusnya menyebabkan jantung tidak

berfungsi dan mati.

 

Demam, perut memulas dan cirit-birit

bermula di antara 12-72 jam dan berakhir

di antara 4-7 hari. Ia boleh menyebabkankematian jika tidak dirawat dengan segera.

 

Bergantung kepada jenis agen biologi.

bioregulators Bahan P, sejenis

polipeptid (berat molekul

= 1,350 D)

Penurunan tekanan darah yang mendadak

dan menyebabkan tidak sedarkan diri.

 

1988-Halabja, Iraq-

PaRaDoX / [email protected]

Right Reserved Presented 2005

Page 7: Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

8/14/2019 Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

http://slidepdf.com/reader/full/bencana-senjata-kimia-dan-biologi 7/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

 

Gas pelepuh

 

Ketidaksuburan dan kecacatan bayi:

Senjata kimia 

Gas mustard telah dikesan dalam peperangan teluk di antara Iran dan Iraq di antara

1985-1988. Analisa air mani, pengukuran hormon dan ‘testicular biopsy’ telah dijalankan keatas 81 orang setelah pendedahan selama 3 tahun bagi penentuan ketidaksuburan.

Keputusan mendapati 34 orang tidak mempunyai sperma langsung di dalam air maninya dan

47 orang mengalami kekurangan bilangan sperma. Saintis tersebut mengaitkan insiden

tersebut dengan pendedahan ke atas gas mustard.

 

Agen ‘orange’ yang digunakan oleh tentera Amerika dalam peperangan di Vietnam telah

memberi kesan teruk ke atas sistem pembiakan lelaki dan wanita di samping kesan lain ke

PaRaDoX / [email protected]

Right Reserved Presented 2005

Page 8: Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

8/14/2019 Bencana Senjata Kimia Dan Biologi

http://slidepdf.com/reader/full/bencana-senjata-kimia-dan-biologi 8/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

atas sistem saraf dan kanser. Kesan penggunaanya masih lagi dapat di lihat hingga hari ini

melalui anak-anak yang cacat anggota badan.

PaRaDoX / [email protected]

Right Reserved Presented 2005