bengkel aktiviti pratulisan
DESCRIPTION
Pembentang Semester 2 PISMP Major BMTRANSCRIPT
NAMA PENSYARAH PUAN HAJAH NIK NORAINI BINTI RAJA ABDULLAH
disediakan oleh mohamad firdaus bin radzali
rafiza binti darus
PISMP SEM 2 AMBILAN JANUARI 2013BM 1 (SK)
BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
i. Melaksanakan aktiviti pergerakan jari, tangan dan mata.
ii. Melaksanakan aktiviti membuat corak, menyambung titik,
memadankan bentuk.iii. Melaksanakan aktiviti membentuk
huruf
PENGENALAN
TAKRIF
Suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik
serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf.
Peringkat pratulisan merupakan peringkat yang
perlu dilalui oleh kanak-kanak sebelum mereka dapat menulis secara mekanis
OBJEKTIF
Melatih pergerakan tangan dan jari
Melatih pergerakan mata
Melatih koordinasi mata dan tangan
Menyemai minat murid untuk datang ke sekolah tanpa rasa bosan untuk
belajar
Membolehkan murid-murid belajar dalam
suasana yang selesa
Menjadikan pengajaran guru
lebih menarik dan berkesan
Penerapan nilai murni secara berterusan
Menimbulkan motivasi yang tinggi
dalam kalangan murid-murid
Mengenal bentuk huruf dalam perkataan
Meniru bentuk huruf dalam perkataan
Menulis huruf dan perkataan
KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRATULISAN
1. Guna pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik selaras dengan kemampuan dan perkembangan emosi serta mental murid-murid.
2. Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangan dan mata murid-murid.
3. Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun.
4. Laksanakan aktiviti pengayaan supaya perkembangan daya intelek murid mantap.
5. Perkenalkan huruf kecil dahulu dan mulakan dengan huruf yang bentuknya seakan sama seperti a,c, g, d dan sebagainya.
i. MELAKSANAKAN AKTIVITI PERGERAKAN
JARI, TANGAN DAN MATA
LATIHAN MELEMBUTKAN MOTOR HALUS
Mewarna •Bebas ~ guna pelbagai media warna dan tanpa bentuk tertentu •Terkawal ~ guna pelbagai jenis media warna ke atas gambar
Melukis •Bebas ~ tiada bentuk khusus. Contoh: contengan •Terkawal ~ melukis bentuk nyata (maujud)
Menampal •Bebas ~ tampalan yang tidak membentuk sesuatu reka bentuk •Terkawal ~ menampal mengikut bentuk tertentu
Menyurih • Kertas minyak digunakan untuk
menekap gambar menggunakan pensel.
Mengoyak •Mengoyak helaian kertas dari saiz kecil
hinggalah bersaiz besar.
Melipat •Lipatan pelbagai rekaan asas
menggunakan kertas. •Aras kesukaran: Lipatan besar >
sederhana > kecil
Menggentel •Menjadikan sesuatu bahan dalam keadaan butir-butir (membulatkannya dengan hujung
jari). Contoh bahan, tahan liat, doh, kapas basah &tisu.
Menggunting •Gunting bentuk yang besar pada permulaan
dan seterusnya guntingan-guntingan yang rumit.
Menganyam •Menyusun lembaran secara bersilang-silang
•Bahan ~ daun mengkuang, kertas
Menguntai •Menggunakan jarum dan benang atau tali
halus untuk memasukkan biji manik dan sebagainya.
Menjahit •Menyambung kain koyak dengan menggunakan jarum dan benang.
AKTIVITI MELUKIS DI UDARA, AIR DAN CERMIN
MELUKIS DI DALAM AIR MELUKIS DI UDARA MELUKIS DI ATAS PASIR
ii. MELAKSANAKAN AKTIVITI MEMBUAT CORAK,
MENYAMBUNG TITIK, MEMADANKAN BENTUK
1. AKTIVITI MENCARI JALAN KELUAR
2. AKTIVITI MEMADANKAN
BENTUK, GAMBAR DAN HURUF
3. LATIHAN MENYAMBUNG TITIK
4. AKTIVITI MEMBUAT CORAK
5. LATIHAN MEWARNA SECARA
BERPANDU
1. AKTIVITI MENCARI JALAN
KELUAR
2. AKTIVITI MEMADANKAN
BENTUK, GAMBAR DAN HURUF
CIRI-CIRI BAHAN :
•Gambar berwarna-warni.•Dibina menggunakan kad berukuran besar.•Tajuk dan arahan perlu menarik dan jelas.•Kenal pasti tahap dan kumpulan sasaran.•Binaan yang mesra pengguna.•Boleh digunakan berulang kali•Tema permainan berdasarkan persekitaran murid
(1)
•Aktiviti memadankan bentuk asas.•Aktiviti memadankan gambar lengkap.•Aktiviti memadankan gambar separuh lengkap.
3. LATIHAN MENYAMBUNG
TITIK
4. AKTIVITI MEMBUAT CORAK
CIRI-CIRI •Boleh menggunakan urutan nombor atau huruf.•Urutan huruf sama ada huruf kecil atau besar.•Latihan berdasarkan tahap penguasaan murid.•Mengambil kira kumpulan sasaran.•Mudah dikendalikan dan mesra pengguna.•Menarik dan berwarna-warni.•Menggunakan kad bersaiz besar.•Arahan perlu tepat dan jelas.•Boleh digunakan berulang kali.
CONTOH AKTIVITI•Aktiviti menggunakan urutan nombor.•Aktiviti menggunakan urutan huruf kecil.•Aktiviti menggunakan urutan huruf besar.
GARISAN LURUS
•Latihan menggaris dari atas ke bawah dan sebaliknya
•Latihan menggaris dari kiri ke kanan dan sebaliknya.
•Condong dari kiri ke kanan dan sebaliknya.
•Gabungan 3 gaya garisan lurus akan menghasilkan corak tunggal dan corak berlapis.
GARISAN MELENGKUNG DAN BENGKAN
G-BENGKOK
•Melengkung dari atas ke bawah.
•Melengkung dari bawah ke atas.
•Garisan bengkang-bengkok.
•Gabungan dua garisan ini akan menghasilkan corak tunggal dan corak berlapis
Aktiviti menyambung titik
Aktiviti membuat corak
5. LATIHAN MEWARNA SECARA
BERPANDU Mewarna berpandukan huruf besar A-Z
Mewarna berpandukan huruf kecil a-z
Murid diberikan suatu gambar yang
mempunyai kod huruf yang
ditetapkan pada setiap kotak berkenaan,
mereka diminta mewarna
menggunakan warna tertentu dengan pensel
warna.
Berdasarkan kod huruf kecil yang ditetapkan pada
setiap kotak berkenaan,
mereka diminta mewarna
menggunakan warna tertentu dengan pensel
warna.
A Hijau
B Putih
C Perang
D Jingga
E Merah
F Ungu
G Biru
PETUNJUK
iii. MELAKSANAKAN AKTIVITI MEMBENTUK HURUF
LATIHAN MENULIS DI
UDARA
LATIHAN MENULIS ATAS
PASIR
LATIHAN MENULIS ATAS CERMIN
DENGAN TEPUNG
LATIHAN MENULIS DI BELAKANG
BADAN RAKAN
• Pastikan posisi guru dan murid betul.• Pandu murid menggunakan jari telunjuk.• Sebut nama huruf semasa menulis.• Lakukan secara perlahan- lahan dan serentak.• Latih tubi dan berulang-ulang.• Mengutamakan aspek keselamatan.• Boleh dilakukan secara berpasangan untuk pengukuhan.
• Aktiviti aras tinggi.• Dijalankan selepas murid menjalani 3 aktiviti di sebelah.• Boleh dilaksanakan secara berpasangan.• Murid pertama menulis huruf dibelakang badan rakan.• Murid meneka nama huruf berdasarkan pergerakan jari.• Ubah suai aktiviti untuk memahirkan murid.
RUJUKAN
Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Bluezybear. (2011). Aktiviti Pratulisan. Diakses pada 1 Ogos 2013,
daripada http://teachinginmalaysia.blogspot.com/2011/02/aktiviti-
pratulisan.html
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu Strategi
Perancangan Dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad.
(2007). Pedagogi: Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.
Batu Caves : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
SEKIAN, TERIMA KASIH