bengkel filem pendek

9
BENGKEL FILEM PENDEK OLEH: ARES BAHAR APAKAH FILEM PENDEK? Filem Pendek adalah bentuk filem yang dihasilkan dalam durasi yang singkat, di mana durasi tersebut tidak mencapai tahap standard durasi filem cereka (feature) iaitu 70 minit ke atas. . Definisi Filem Pendek dalam Sundance Filem Festival adalah filem yang berdurasi di bawah 50 minit manakala bagi Academy Awards filem pendek adalah filem yang berdurasi di bawah 40 minit. Kebiasaannya, Filem Pendek di hasilkan dalam julat durasi 3 – 30 minit. ‘BENTUK’ FILEM PENDEK Mempunyai sebuah penceritaan visual yang mempunyai makna dan maksud tertentu . Ianya (baca: penceritaan) harus ringkas dan padat dalam durasi yang singkat serta menggunakan medium filem atau video sebagai platform penyampaiannya.

Upload: ares-bahar

Post on 27-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Asas Pembikinan Filem Pendek

TRANSCRIPT

Page 1: BENGKEL FILEM PENDEK

BENGKEL FILEM PENDEK

OLEH: ARES BAHAR

APAKAH FILEM PENDEK?

Filem Pendek adalah bentuk filem yang dihasilkan dalam durasi yang singkat, di mana durasi

tersebut tidak mencapai tahap standard durasi filem cereka (feature) iaitu 70 minit ke atas. .

Definisi Filem Pendek dalam Sundance Filem Festival adalah filem yang berdurasi di bawah

50 minit manakala bagi Academy Awards filem pendek adalah filem yang berdurasi di

bawah 40 minit. Kebiasaannya, Filem Pendek di hasilkan dalam julat durasi 3 – 30 minit.

‘BENTUK’ FILEM PENDEK

Mempunyai sebuah penceritaan visual yang mempunyai makna dan maksud tertentu . Ianya

(baca: penceritaan) harus ringkas dan padat dalam durasi yang singkat serta menggunakan

medium filem atau video sebagai platform penyampaiannya.

KENAPA MENGHASILKAN FILEM PENDEK

Filem Pendek kebiasaannya dihasilkan bagi tujuan non-profit atau tidak komersil, berbeza

dari filem cereka yang bersifat komersil dan bermotifkan keuntungan. Filem Pendek

dihasilkan atas dasar minat individu terhadap penceritaan visual dan biasanya hanya

bermotifkan untuk mendapat pengiktirafan hasil karya (festival) dan perkongsian hasil karya

(viewing).

Page 2: BENGKEL FILEM PENDEK

Oleh kerana penghasilannya yang tidak bertujuan keuntungan, filem pendek kebiasaannya

dihasilkan secara bajet rendah, tanpa bajet, melalui dana filem organisasi tertentu, tajaan, atau

dari duit pembikin filem itu sendiri.

Selain itu, Filem Pendek dihasilkan adalah kerana pembikin atau pengarah mahu

menyampaikan ‘cerita’.

SIAPA YANG MENGHASILKAN FILEM PENDEK

Filem Pendek merupakan platform yang diperakui mampu melonjakkan nama individu yang

mahu terlibat secara serius atau mempunyai karier di dalam bidang / industri perfileman.

Oleh kerana itu, Pengarah atau pembikin filem pendek terdiri daripada mereka yang mahu

terlibat di dalam industri perfileman seperti pelajar filem, serta mereka yang berminat di

dalam bidang perfileman sebagai pengarah ataupun penulis skrip. (e.g James Wan dir. SAW)

Melalui Filem Pendek para pembikin dapat menyerlahkan bakat mereka atau sekurang-

kurangnya ianya menjadi satu gambaran awal terhadap sesebuah projek filem yang lebih

besar skalanya. Ini kerana penghasilan filem pendek walaupun berkskala kecil namun proses

usahanya masih sama jika dibandingkan dengan penghasilan filem cereka. Ianya masih

memerlukan pembikin melalui proses produksi yang sama (e.g : pra-produksi, produksi,

pasca produksi)

Selain itu, terdapat juga mereka yang menghasilkan filem pendek atas dasar minat terhadap

seni filem yang mahu berkongsi cerita menggunakan medium filem ini.

Page 3: BENGKEL FILEM PENDEK

BAGAIMANA MENGHASILKAN FILEM PENDEK

Filem pendek adalah satu proses pengkaryaan yang memerlukan usaha kolektif (sangat jarang

ianya individu). Selain itu, pembikinan Filem Pendek memerlukan kombinasi pelbagai

bidang seni – muzik, fotografi,painting,lakonan,penulisan serta menggabungkan elemen seni

dan teknologi ( kamera, lampu pengcahayaan, mesin suntingan).

Terdapat beberapa perkara utama dalam pembikinan filem pendek iaitu :

Idea Cerita, Pitching, Skrip. Team Produksi.

Perkara utama adalah perlu mempunyai idea cerita yang ingin divisualkan. Idea cerita ini

boleh dieperolehi dari pengalaman sendiri, pengalaman orang lain, pemerhatian, pembacaan,

research, isu terkini, sejarah dan sebagainya yang mempunyai nilai yang menarik perhatian

manusia (baca: penonton) atau dipanggil elemen H.I.V (Human Interest Value). Selepas

mempunyai idea yang menarik, idea ini harus melalui sesi pitching iaitu sesi lontaran idea.

Sesi ini adalah satu kemestian bagi mendapat dana untuk pembikinan filem, namun bagi

filem pendek yang dihasilkan melalui duit poket sendiri, sesi ini ditukar kepada sesi lontaran

idea kepada kru atau ahli produksi yang terlibat,

Selepas sesi Pitching ini, idea ini akan dikembangkan ke dalam bentuk skrip. Idea ini

dipanjangkan dan dimasukkan elemen-elemen dramatik, dipecahkan kepada adegan-adegan,

plot dan sub-plot, serta dimasukkan informasi terhadap watak, perwatakan, lokasi dan waktu

mengikut format-format tertentu. Skrip adalah ‘blueprint’ terhadap filem pendek yang akan

dihasilkan. Oleh kerana itu, penulisan skrip adalam satu tugasan penting dalam sesebuah

pembikinan filem.

Seterusnya, pembikinan filem bukanlah satu karya individual. Ianya adalah kerja kolektif.

Oleh yang demikian, pembikin filem perlu mencari dan mendapatkan kru produksi bagi

Page 4: BENGKEL FILEM PENDEK

merealisasikan projek filem pendeknya. Bagi pembikinan filem pendek yang berskala kecil,

satu kumpulan produksi boleh terdiri dari produser, pengarah, penulis skrip, pengurus

produksi, pengarah fotografi, jurukamera, jurulampu,grip,jurubunyi,booman,penata

seni,propman,jurusolek,jurugegas, dan sebagainya. Bagi pembikinan filem pendek, tugasan

kru dan mereka yang terlibat biasanya bersifat multitasking, sebagai contoh produser dan

pengarah serta penulis skrip adalam orang yang sama, begitu juda dengan DOP dan

jurukamera adalah individu yang sama.

PRA-PRODUKSI

1. Pre-Produksi (Recce, Bajeting, Casting, Breakdown, Storyboard (lakaran papan cerita),

Scheduling)

Pra Produksi adalah fasa atau tahap pertama dalam proses sesebuah pembikinan filem. Di

fasa ini, Skrip akan sentiasa dikemaskini sehingga ianya dimuktamadkan. Dari skrip bajet

awal pembikinan akan dapat dirancang. Ianya mengikut kehendak skrip atau vise versa,

(skrip akan diubah mengikut bajet),

,Skrip akan diterjemahkan pula kepada bentuk visual di dalam lakaran papan cerita. Tujuan

penghasilan lakaran papan cerita adalah bagi memudahkan pengarah dan kesemua kru untuk

memahami cerita yang cuba divisualkan oleh pengarah. Lakaran papan cerita akan

mempunyai saiz syot, pergerakan kamera, framing, pergerakan pelakon, kedudukan kamera

etc. Segala maklumat ini amat berguna kepada pengarah, pelakon, D.O.P serta kesemua ahli

produksi untuk memahami kehendak pengarah.

Breakdown atau analisis terhadap skrip, mengikut watak, lokasi dan waktu di lakukan, ini

adalah penting bagi membuat jadual penggambaran. Beberapa faktor lain turut diambil kira

Page 5: BENGKEL FILEM PENDEK

dalam penjadualan seperti kontrak bersama artis, jadual artis, jarak lokasi, faktor sewa barang

seperti peralatan teknikal, wardrobe, serta props dan sebagainya. Ini harus dirancang bagi

melancarkan perjalan penggambaran selain ianya akan menjimatkan kos.

Recce, iaitu lawatan ke lokasi-lokasi sasaran akan dilakukan bagi melihat dan mendapatkan

lokasi yang bersesuaian dan seterusnya lokasi akan dinilai dari segi bajet, kemudahan,

keselamatan, jarak dan sebagainya.

Casting adalah sesi uji bakat bagi mencari pelakon yang menepati kehendak watak. Sesi

casting adalah penting bagi mendapat pelakon yang benar-benar sesuai seperti yang di

inginkan oleh pengarah.

PRODUKSI

3.Produksi (Penggambaran/ shooting).

Produksi adalah fasa atau tahap di mana penggambaran dijalankan. Penggambaran akan

dilakukan mengikut segala perancangan yang dilakukan sewaktu pra-produksi. Kesemua kru

harus meberi komitmen dan dedikasi sepenuhnya mengikut peranan dan tanggung jawab

yang digalas sewaktu proses produksi berlangsung.

Pada tahap ini, Pengarah harus mengarah pelakon dan pelakon perlu memberikan lakonan

yang diharapkan oleh pengarah. DOP perlu memastikan pengcahayaan dan rakaman dilkukan

dengan baik sperti yang dirancang dan diinginkan oleh pengarah serta mengikut konsep.

Produser dan pengurus produksi harus memastikan penggambaran berlangsung dalam bajet

yang ditetapkan dan lancar serta kebajikan terjaga

Page 6: BENGKEL FILEM PENDEK

PASCA PRODUKSI

4. Pasca Produksi

Pasca Produksi adalah tahap dan fasa terakhir dalam proses Produksi di mana pada tahap ini,

kesemua futej rakaman harus dicantumkan bagi mewujudkan jalan cerita yang dikehendaki.

Proses akhir ini memerlukan seorang kru yang digelar penyunting atau editor yang

bertanggung jawab mencantumkan futej-futej rakaman ini. Di tahap ini, segala kesan khas

seperti grafik dan bunyi turut dimasukkan.