bengkel kerja semangat berpasukan lotus desaru … fileobjektif program bengkel kerja semangat...
TRANSCRIPT
LAPORAN PROGRAM
BENGKEL KERJA SEMANGAT BERPASUKAN
LOTUS DESARU BEACH RESORT
ANJURAN:
BIRO PERKEMBANGAN STAF, UNIT MATEMATIK
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TEMPAT:
LOTUS DESARU BEACH RESORT,
LOT 1854, JALAN DESARU BANDAR PENAWAR,
81930 KOTA TINGGI, JOHOR
TARIKH:
30 SEPTEMBER 2016 – 1 OKTOBER 2016
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Greenbery dan Baron (1995) pasukan didefinisikan sebagai satu kumpulan yang memiliki
kemahiran dan saling bergantung di antara satu sama lain serta komited terhadap matlamat kerja
iaitu mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kebersamaan. Sesebuah organisasi lazimnya
mempunyai ahli yang boleh dikatakan sebagai sebuah pasukan dan pasukan ini sememangnya
memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi.
Ini adalah kerana di dalam sesebuah pasukan didapati mempunyai banyak manfaat
berbanding individu secara perseorangan serta dapat membantu dari segi perkongsian pengalaman,
kemahiran, perolehan maklumat, pembahagian dan pengembelingan kerja itu sendiri.
2.0 PERJALANAN AKTIVITI
Acara bermula pada tarikh 30 September 2016 (Jumaat). Para peserta tiba di Lotus Desaru Beach
Resort pada jam 12 tengah hari. Selepas menikmati makan tengah hari dan solat Zohor, para peserta
memulakan aktiviti dengan explorace. Para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap
kumpulan diberikan klu untuk ke ‘check point’ masing-masing dan dikehendaki untuk menyelesaikan
tugasan yang diberikan ketika sampai di ‘check point’ tersebut. Kira-kira pada jam 6 petang,
kesemua kumpulan berjaya menamatkan dan menyelesaikan setiap tugasan bagi setiap ‘check
point’.
Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti berkumpulan yang bermula pada pukul 9 malam.
Aktiviti dimulai dengan beberapa permainan yang menguji kerjasama di antara ahli kumpulan dan
diakhiri dengan persembahan dari setiap kumpulan. Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi
penyampaian hadiah kepada pemenang explorace dan persembahan terbaik.
Pada keesokan hari iaitu 1 Oktober, para peserta diberi kebebasan untuk menjalankan
aktiviti sendiri. Pada jam 11 pagi, para peserta mula bergerak meninggalkan resort menuju ke
destinasi masing-masing.
3.0 KESIMPULAN
Diharapkan program Bengkel Kerja Semangat Berpasukan yang dijalankan ini akan dapat memberi
manfaat yang besar dalam memantapkan kredibiliti pensyarah dalam berganding bahu menjana
pelajar yang mampu bersaing di zaman yang serba mencabar ini.
Penganjur juga berharap agar para pensyarah dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada
untuk transformasi diri ke arah yang lebih positif. Selain itu, semoga program ini dapat memupuk
semangat kerjasama di kalangan pensyarah bagi melahirkan para pelajar yang berjiwa kental dalam
menghadapi cabaran yang mendatang dan dapat bekerja serta mengajar dengan lebih efektif,
berfikiran kreatif dan inovatif.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Johor
kerana telah membantu kami dari segi kewangan dalam menjayakan bengkel ini. Adalah menjadi
harapan kami agar dapat meneruskan lagi bengkel ini di masa akan datang dengan kelulusan dan
bantuan kewangan dari pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Johor.
GAMBAR GAMBAR AKTIVITI
Disediakan oleh,
.................................................
( Nuruljannah Binti Shamsuri )
Bahagian Dokumentasi Bengkel Kerja Semangat Berpasukan
Unit Matematik,
Kolej Matrikulasi Johor
Lampiran Kertas Kerja
KERTAS KERJA
BENGKEL KERJA SEMANGAT BERPASUKAN
TEMPAT:
LOTUS DESARU BEACH RESORT,
LOT 1854, JALAN DESARU BANDAR PENAWAR,
81930 KOTA TINGGI, JOHOR
TARIKH:
30 SEPTEMBER 2016 – 1 OKTOBER 2016
ANJURAN:
BIRO PERKEMBANGAN STAF, UNIT MATEMATIK
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Greenbery dan Baron (1995) pasukan didefinisikan sebagai satu kumpulan
yang memiliki kemahiran dan saling bergantung di antara satu sama lain serta komited
terhadap matlamat kerja iaitu mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kebersamaan.
Sesebuah organisasi lazimnya mempunyai ahli yang boleh dikatakan sebagai sebuah pasukan
dan pasukan ini sememangnya memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi.
Ini adalah kerana di dalam sesebuah pasukan didapati mempunyai banyak manfaat
berbanding individu secara perseorangan serta dapat membantu dari segi perkongsian
pengalaman, kemahiran, perolehan maklumat, pembahagian dan pengembelingan kerja itu
sendiri.
2.0 RASIONAL
Dengan adanya bengkel kerja semangat berpasukan ini setiap individu berkongsi
kemahiran dan secara tidak langsung dapat memberikan jalinan yang efektif sesama ahli.
Oleh yang demikian, kerjasama berpasukan amat penting terutamanya dalam melaksanakan
sesuatu program mahupun aktiviti serta mampu mencapai keseimbangan sahsiah diri dan
seterusnya meningkatkan prestasi kerjaya.
3.0 OBJEKTIF
Objektif program bengkel kerja semangat berpasukan ini secara umumnya ialah
membantu membangunkan individu kearah kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi,
menyeimbangkan jati diri, mental, kerohanian dan kecergasan fizikal, dan mengharmonikan
diri dengan alam murni ciptaan Ilahi melalui:
3.1 Interaksi dan perbincangan berkumpulan dengan aktiviti lasak dan khidmat bakti
dalam mencapai matlamat utama iaitu membentuk individu yang kental dan serasi dengan
organisasi yang cemerlang.
3.2 Memahami bagaimana personaliti, jantina, dan budaya mempengaruhi pemikiran,
emosi dan gaya penyampaian pembelajaran serta dapat menyuburkan sifat ehsan antara satu
sama lain dan membantu membangkitkan semangat yakin diri di kalangan ahli unit.
3.3 Mewujudkan keharmonian dan mengeratkan hubungan silaturrahim di
kalangan ahli disamping mengurangkan jurang di kalangan ahli unit Matematik.
3.4 Memenuhi perancangan Unit berdasarkan takwim Kolej Matrikulasi Johor
tahun 2016.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pensyarah Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Johor.
5.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 30 SEPTEMBER 2016 – 1 OKTOBER 2016
Tempat : Lotus Desaru Beach Resort, LOT 1854, Jalan Desaru Bandar
Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor.
6.0 JAWATANKUASA KERJA & JUSTIFIKASI TUGAS
Rujuk Lampiran 1
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Perincian Kod/Sumber Anggaran
Belanjawan
1.
2.
3.
4.
Kertas A4
Bas
Minyak diesel
Pemandu bas
RM16 x 2
Menggunakan kenderaan kolej
Minyak diesel
OT
0S 27
0S 26
0S 14
32
500
200
RM732
ULASAN PEK :
………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………
8.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2
9.0 KESIMPULAN
Diharapkan program Bengkel Kerja Semangat Berpasukan yang dijalankan ini akan
dapat memberikan manfaat yang besar dalam memantapkan kredibiliti pensyarah dalam
berganding bahu menjana pelajar yang mampu bersaing di zaman yang serba mencabar ini.
Penganjur juga berharap agar para pensyarah dapat meningkatkan pengetahuan sedia
ada untuk transformasi diri ke arah yang lebih positif. Selain itu, semoga program ini dapat
memupuk semangat kerjasama di kalangan pensyarah bagi melahirkan para pelajar yang
berjiwa kental dalam menghadapi cabaran yang mendatang dan dapat bekerja serta mengajar
dengan lebih efektif, berfikiran kreatif dan inovatif.
Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih. Adalah menjadi harapan kami agar pihak pengurusan Kolej Matrikulasi Johor
meluluskan kertas kerja ini terutamanya dari segi peruntukan perbelanjaan bagi program yang
akan dijalankan ini.
Disediakan oleh :
(NORAIJASYKIN BINTI MAHSIN)
Penyelaras Program Bengkel Kerja Semangat Berpasukan
Uni Matematik .
Kolej Matrikulasi Johor
Tarikh : 14 Ogos 2016
Ulasan :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______
Disemak oleh :
(MOHD ROSDI BIN RAWI)
Ketua Jabatan Matematik
Kolej Matrikulasi Johor
Tarikh: 14 Ogos 2016
*DISOKONG/TIDAK DISOKONG
Ulasan :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______
(DR. SHAH JAHAN BIN ASSANARKUTTY)
Timbalan Pengarah
Kolej Matrikulasi Johor
Tarikh: 14 Ogos 2016
*DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN
Ulasan:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______
(NOR HASLIDA BT TAHIR)
Pengarah
Kolej Matrikulasi Johor
Tarikh: ………………....
LAMPIRAN 1
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM TEAM BUILDING UNIT MATEMATIK
TAHUN 2016
Penasihat : En Mohd Rosdi bin Rawi
Ketua unit : Pn Halimatul Saadiah bt Hashim
Penyelaras : Pn Noraijasykin bt Mahsin
Naib penyelaras: Pn Nurul Dasila bt Mat Daud
Bendahari : Cik Jalilah bt Rubai
J/K Penginapan / Urusetia
En Azizan bin Said (K)
Pn Maizatol Husna bt Mohd Helni
Pn Norsyazwani bt Ismail
Pn Rahmah bt Abd Ghani
Pn Nurul Hidayah binti Ahmad
Fungsi/Tugas
-Membantu urusan penginapan dari segi
survey bilangan ahli
J/K Aktiviti / Program
Pn Nurisha bt Zulkefli (K)
Pn Roslina bt Mustafa
Pn Norliza bt Adnan
Pn Lim Hwee Cheng
Pn Hafizatunnisa bt Sadikan
En Mohamad Ainan bin Mohamad Anual
Fungsi/Tugas
-Mengagihkan kumpulan
-Merangka aktiviti
J/K Cenderamata / Sijil
Pn Nor Aisyah bt Sumailan (K)
Pn Haslinda bt Baharin
Pn Harnita bt Harris
Pn Nur Zuliana bt Mustafa
Pn Nik Maznah bt Abdullah
Pn Fauziah bt Mohd Zaki
Fungsi/Tugas
-Menyediakan hamper/cenderamata
- Menyediakan sijil penyertaan
J/K Pengangkutan
Pn Norul Hidayah bt Abdullah (K)
Pn Mahanom bt Abdul Ghaffor
Cik Ng Geok Yan
En Abd Razak b Azit
En Mohd Yassin bin Akob
Fungsi/Tugas
-Membuat carian bas dengan harga yang
berpatutan
J/K Peralatan / Bahan
En Azizan b Wakis (K)
En Boon Kok Siong
Tn Hj Ramli bin
Pn Maizatul Akmar bt Baharom
Pn Syahida bt Samsudin
En Muhammad Shahrir bin Yahaya
Fungsi/Tugas
-Menyediakan kelengkapan aktiviti dan air
mineral
J/K Dokumentasi dan Pelaporan
Pn Nuruljannah bt Shamsuri (K)
Pn Nurul Aliyah bt Hassan
Pn Rozana bt Abd Manap
Pn Nor Azian bt Mohideen Abd Kadir
Cik Sarah Afifah bt Ghazali
Fungsi/Tugas
-Menyediakan laporan aktiviti
-Mengambil gambar/video semasa aktiviti
dijalankan
Tertakluk kepada keperluan