bengkel penulisan sekolah rendah telok kurau tajamnya akal, … your child excel/learning hub... ·...
TRANSCRIPT
Bengkel Penulisan Sekolah Rendah Telok Kurau
Tajamnya Akal,
Tajam Lagi Penaku
Sesi Perkongsian Kluster E4 9 April 2013
Induksi • Setiap kamu diberi sekeping gambar
• Lihat gambar tersebut
• Jangan lihat gambar kawan kamu
• Kamu diberi masa 10 minit untuk berbual tentang gambar kamu tanpa menunjukkan kepada kawan kamu
• Harus gunakan Bahasa Melayu sahaja!
• Tentukan urutan gambar
• Atur diri kamu dari 1 hingga 4 mengikut urutan gambar
• Cuba fikirkan apa agaknya ceritanya agar dapat dikongsi bersama
• Sebuah kumpulan akan dipilih untuk berkongsi cerita mereka.
• Setiap anggota kumpulan akan diberi peluang untuk menceritakan bahagian mereka
Mari Kita saksikan Aksi Teman Kita!
Apakah objektif permainan tadi?
• Timbulkan keseronokan
• Berpusat kepada pelajar
• Unsur kreativiti
• Harus menggunakan kata adjektif untuk menerangkan gambar
• Kemahiran berkomunikasi
• Mengatur jalan cerita
• Bekerjasama
• Hormat-menghormati
Kata-kata Mutiara…
“Students learn best when they actively participate in the learning process, when they are engaged and motivated to learn, and when they can build on their existing knowledge and understanding.”
How People Learn: Brain, Mind, Experience, and School National Research
Council 2000 National Academy Press Washington, D.C
Pendapat Sarjana…
Mengajarkan bahasa perlu menimbulkan keseronokan dan sifat ingin mempelajari agar penguasaan bahasa diperoleh tanpa dipaksa-paksa.
Dharmawijaya 2005
Latar belakang & Fokus TKPS
• P1-P2: Speech & Drama
• P3-P4: Kemahiran Lisan
• P5-P6: Kemahiran Menulis
• P5-P6: Kuliah Mega
Kuliah Mega • Pada tahun 2010, Sekolah Rendah Telok Kurau telah
memulakan Kuliah Mega untuk murid-murid P6
• Sesi ini dijalankan di dewan pada setiap hari Rabu sewaktu kelas Bahasa Melayu selama 50 minit
Contoh: Penggal 2
Minggu 2 – Kefahaman subjektif/objektif
Minggu 3 – Karangan bertajuk
Minggu 4 – Karangan bergambar
Minggu 5 – Lisan (Bacaan dan Gambar)
Minggu 6 – Kefahaman Mendengar
Faedah Kuliah Mega
• Memberi peluang kepada guru-guru untuk menjadi ahli dalam sesuatu komponen;
• Lebih yakin untuk tampil ke hadapan untuk menyampaikan bahagian-bahagian tertentu (terutama sekali bagi guru baru);
• Membenarkan guru-guru berkongsi bersama (wadah perkongsian).
Faedah Kuliah Mega
• Murid berpeluang untuk menimba ilmu daripada guru-guru lain
• Murid berpeluang untuk menimba ilmu dalam suasana yang berlainan
• Membenarkan murid-murid diajar strategi yang sama
Contoh: Struktur Lisan
Cabaran …
• Bertahun-tahun kami melanggani vendor untuk menjalankan bengkel penulisan untuk murid darjah 5 dan 6
• Pada tahun 2012, kami menyahut cabaran pengetua
• Kami harus menyiapkan pakej penulisan untuk murid darjah 6
• Sebanyak 7 kelas Bahasa Melayu
Bingung!
Bermacam-macam soalan
• Bila akan dijalankan?
• Apa yang harus diajar?
• Apakah bahan-bahannya?
• Siapa yang akan menyampaikan?
• Berapa lama dan berapa banyak modul?
• Adakah sesi kuliah mega mencukupi?
Persiapan: Anjakan Paradigma
• Sedia untuk BELAJAR
• Sedia untuk DIAJAR
• Sedia untuk MENGAJAR
a) Menyertai Bengkel “Kreativiti dalam Penulisan”
b) Menghadiri Sesi Perkongsian Penulisan anjuran Sekolah Rendah Pasir Ris
Penyelesaian
• Gunakan sesi Kuliah Mega
• Diterangkan sewaktu Kuliah Mega
• Aktiviti dijalankan di dalam kelas
(Break-out session)
Ketika inilah pengajaran bertahap akan dilakukan, sama ada harus dipermudahkan atau ditambah
• Guru kelas menjadi pemudah cara
Apakah bentuknya?
• Berbentuk modul, kuliah dan tutorial
• Sewaktu tutorial, guru darjah akan menjalankan aktiviti dengan menggunakan bahan yang disediakan serta membuat penekanan terhadap apa yang telah diajar sewaktu kuliah mega
Fokus:
• Pengenalan
• Kreativiti
• Penyusunan Idea
• Plot
• Penyelesaian/Penutup
• Kesilapan Bahasa
3 Modul (2012) 4 Modul (2013)
• Modul 1: Pengenalan Kreatif
• Modul 2: Pembentukan Watak dan Plot
• Modul 3: Perbezaan Penyelesaian dan Penutup
• Modul 4: Aspek Bahasa
• 2013* (Kesilapan dan Pembentukan Ayat)
Modul 1: Pengenalan Kreatif
Kuliah
• Apakah itu kreativiti?
• Bagaimana hendak menulis dengan kreatif?
• Membacakan, menunjukkan karangan baik yang mengandungi pengenalan kreatif
• Pengenalan teknik
• Penggunaan teknik sebagai permulaan perenggan bar
• Aktiviti mengenal pasti jenis-jenis teknik yang hadir dalam contoh-contoh pengenalan
Tutorial
• Perbincangan tentang pemilihan diksi kreatif
• Penggunaan frasa pengait dan penanda wacana
• Latihan Penulisan pengenalan
Modul 2: Pembentukan Watak dan Plot Kuliah
Penerangan tentang lukisan watak dan perwatakan
Bagaimana perwatakan seseorang itu boleh menjadi penyebab konflik
Cth: Watak tidak bertanggungjawab menyumbang kepada sikapnya yang tidak
mementingkan pelajaran dll
Penerangan tentang sudut pandangan
Aktiviti mengenal pasti permulaan, pendakian, klimaks, peleraian dan penutup dengan menggunakan teks sastera
Tutorial
• Guru menerangkan senarai semak Isi di dalam kelas
• Murid menggunakan senarai semak Isi panduan menulis karangan
Penggunaan Senarai Semak
• Secara kendiri
• Menilai rakan
• Maklum balas guru
• Boleh diubah menjadi rubriks agar dapat memberikan maklum balas formatif
Senarai Semak Isi No. Bahagian Remarks
1 Ada sekurang-kurangnya 8 perenggan
2 Ada Pengenalan (latar belakang)
a) Tempat
Teknik: Imbas kembali, Bunyian, dialog, cuaca,
pemerian (sekelililng), nota, mesej, kiasan
b) Keadaan
c) Watak
3 Ada ayat tajuk dalam perenggan 1 Ayat Tajuk:
4 Perenggan 2
-ada permulaan perenggan yang menarik
-ada frasa menarik
-ada penerangan tentang kebiasaan yang merugikan
Apakah kebiasannya?
Frasa Menarik
5 Perenggan 3
-ada permulaan perenggan yang menarik
-ada frasa menarik
- ada sekurang-kurangnya 1 contoh
Contoh
Masalah:
Akibat:
Frasa Menarik
6 Perenggan 4: Permulaan peristiwa
-ada permulaan perenggan yang menarik
-ada frasa menarik
-pengenalan tentang peristiwa (apakah yang berlaku)
Apakah yang berlaku
Frasa Menarik
7 Perenggan 5: Konflik
-ada permulaan perenggan yang menarik
-ada frasa menarik
-apakah masalah besar?
Masalah besar
Frasa Menarik
8 Perenggan 6: Akibat
-ada permulaan perenggan yang menarik
-ada frasa menarik
-apakah akibatnya?
Akibat
Frasa menarik
7 Perenggan 7: Ada penyelesaian baik atau buruk?
-menggunakan sekurang-kurangnya 3 frasa yang sesuai
Baik/Buruk
3 Frasa
8 Ada Penutup
(Pengajaran, nilai) boleh menggunakan kiasan/peribahasa/
gurindam/lagu) jika imbas kembali harus kembali ke alam nyata
dan terangkan kesan peristiwa itu kepada penulis pada waktu
sekarang.
Modul 3a: Perbincangan Tema & Perbezaan Penyelesaian dan Penutup
Kuliah
• Mengetengahkan tema-tema yang sering ditemui
bertolak dari nilai/sifat
• Cth: Sifat positif: bertanggungjawab, baik hati, suka menolong, jujur dll
• Cth: Sifat negatif: Tidak bertanggungjawab, degil,
tidak jujur, dll
• Dari sifat-sifat ini biasanya akan berlaku sesuatu kejadian yang membentuk tema karangan
• Cth: terlewat ke sekolah, kebakaran, kemalangan, kehilangan, kecurian, kecuaian, dll
• Perbincangan berdasarkan satu keratan akhbar berdasarkan salah satu tema yang diingini
Tutorial
• Di dalam kelas, di dalam kumpulan, murid membincangkan tema-tema yang berbeza berdasarkan keratan akhbar/ karangan contoh yang diberi guru
• Mengenal pasti kosa kata/frasa yang boleh dipelajari dari petikan yang diberikan
• Memikirkan kiasan/peribahasa yang sesuai untuk tema tersebut
Kebakaran Fokus:
Kosa Kata (yang terdapat
dalam keratan akhbar)
- Penghuni rumah
- Api marak
- Berdindingkan papan
- Kerugian akibat kebakaran
- Mangsa
- Juadah berbuka
- Hangus menjadi abu
- Meluru keluar
- Bergegas mencapai beg tangan
- Berjaya mengawal kebakaran
- Kereta bomba dihantar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan
Frasa Menarik (yang
terdapat dalam keratan akhbar)
- Tinggal sehelai
sepinggang
- meleburkan impian
- Pasrah dengan
ujian yang melanda
keluarganya
- Tidak dapat
menyembunyikan
kesedihannya
- Lebih menyedihkan,
Peribahasa/ Kiasan dll (apa yang boleh ditambah)
• Nasi sudah menjadi bubur
• Malang tidak berbau
Modul 3b: Perbincangan Tema & Perbezaan Penyelesaian dan Penutup
Kuliah
• Penekanan bahawa penyelesaian merupakan peleraian sesuatu konflik
• Penyelesaian x Penutup=mengandungi pengajaran
• Boleh ditutup dengan menggunakan kiasan, refleksi diri
• Jika bermula dengan teknik imbas kembali, harus kembali ke latar di dalam pengenalan
Tutorial
• Ditunjukkan 3 contoh peleraian +penutup (harus memilih yang paling teruk dan yang terbaik)
• Harus memberikan penjelasan
Sesi Amali: Aktiviti Kumpulan
• Baca ketiga-tiga contoh peleraian dan penutup.
• Pilih yang terbaik
• Pilih yang kurang menyerlah
• Bincangkan Mengapa?
Peleraian A
Lima minit kemudian, ambulans pun tiba. Ali dihantar ke hospital. Di sana, aku menelefon ibu bapa Ali. Ibu bapa Ali pun tiba di hospital. Ibunya menangis dengan kuat melihat Ali di atas katil. Ali berasa menyesal. Ibunya memarahinya. Dia berjanji tidak akan buat lagi.
Adakah ini mencukupi?
Peleraian B Lima minit kemudian ambulans pun tiba. Anggota paramedik segera mengusung Ali ke dalam ambulans lalu menghantarnya ke hospital. Aku pula segera menelefon ibu bapa Ali untuk mengkhabarkan berita buruk itu. Kemudian, aku pun segera bergegas ke hospital bersama ibu bapaku. Setibanya di hospital, Ali telah diberi rawatan kecemasan. Mujurlah Ali berjaya diselamatkan. Namun, kakinya patah dan terpaksa dibalut. Ali terpaksa dirawat di hospital selama seminggu.
Penutup B
Penyesalan menyelubungi diri Ali. Tidak disangkanya, sikapnya yang cuai dan tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan dirinya terlantar di hospital. Ibunya mengusap kepalanya sambil menasihatinya agar fikir dahulu sebelum bertindak, bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunanya.
Peleraian C Contoh:
Lima minit kemudian ambulans pun tiba. Anggota paramedik segera mengusung Ali ke dalam ambulans lalu menghantarnya ke hospital. Aku segera pulang ke rumah untuk mengkhabarkan berita ini kepada ibu. Kemudian, ibu pun membawa aku ke rumah Mak Senah, ibu Ali. Setibanya di sana, aku menceritakan kejadian itu kepada Mak Senah. Mak Senah sangat terperanjat. Dia pun pengsan. Setelah dia sedar kami pun membawanya ke hospital untuk melawat Ali. Setibanya di hospital, kami bertanya jururawat di kaunter maklumat tentang keadaan Ali. Jururawat yang bertugas menyatakan bahawa Ali sedang dirawat di dalam wad kecemasan. Kami terpaksa menunggu dengan sabar.
Penutup C
Akhirnya, Ali dihantar ke wad biasa. Mujurlah dia dapat diselamatkan. Kakinya yang patah telah dibalut. Keesokan harinya, aku menziarahinya sekali lagi. Kali ini aku membawa buah mangga kegemarannya sebagai buah tangan. Dia tersenyum lebar melihatku melangkahkan kaki ke dalam wadnya. Sewaktu kami berbual-bual, Ali telah menyatakan kekesalannya bersikap cuai dan tidak bertanggungjawab. Dia tidak menyangka bahawa kedegilannya itu membawa padah. Dia berjanji bahawa dia akan berubah dan akan menjadi lebih bertanggungjawab. Aku mengingatkannya supaya selalu berfikir sebelum bertindak, bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
Saya nak OOOMPH! • Selitkan peribahasa, kiasan
• Akhirkan secara dramatik.
Lima minit kemudian, kedengaran siren ambulans. Dua buah ambulans tiba di tempat kejadian. Paramedik-paramedik mengangkat Ahmad ke dalam ambulans. Seorang paramedik itu cuba untuk menyelamatkan Abu. Malangnya dia gagal. Abu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku menangis teresak-esak apabila diberitahu bahawa teman baikku telah dipanggil Ilahi. Ketika itu aku sedar bahawa aku tidak bertanggungjawab kerana tidak mengikut pesanan ibu selama ini.
Hari ini, genap 2 tahun pemergian Abu. Walaupun dia tiada lagi di sisiku, aku akan tetap mengingatinya. Al-Fateha!
Modul 4: Kesilapan Bahasa Kuliah
• Ulang kaji tentang
A) Kata kerja transitif/tidak transitif
B) Penggunaan Kata Hubung untuk membina ayat majmuk
C) Masalah penggunaan
- ialah/adalah
- dengan /dan (dll)
- Menyatakan/berkata bahawa…
- Menerangkan tentang…
D) Pembentukan ayat (S+P)
E) Peluasan ayat (dengan, yang)
F) Penulisan Dialog
Tutorial
• Guru membincangkan senarai semak Bahasa
• Guru mengambil contoh karangan dan bincang bersama kelas, kenal pasti masalah yang terdapat dalam karangan
Senarai Semak Bahasa No. Bahagian Remarks
1 Tiada kesalahan ejaan
2 Tiada kesalahan tanda baca
3 Tiada kesalahan imbuhan
4 Dialog ditulis dalam perenggan yang baru
3 Ada variasi ayat
- Ayat Pasif
- Ayat Aktif
- Ayat tunggal
- Ayat majmuk
A) gabungan – penggunaan kata hubung
B) pancangan – penggunaan dengan, yang (menerangkan)
4 Struktur ayat sesuai (tiada percanggahan isi/idea)
5 Penggunaan penjodoh bilangan
6 Ada teknik pengulangan
7 Ada teknik pendepanan ayat dengan menggunakan Kata Adjektif
Cth: Panas sungguh cuaca hari itu.
8 3 perkara yang menarik tentang karangan ini
9 Apakah yang boleh dibuat untuk memperbaiki karangan ini?
Bertahap? Bagaimana?
Pra Modul: Perbezaan Tahap (Kitaran Kedua)
Tahap LA
• Cikgu Faizal telah menjalankan sesi main peran di dalam kelas
• Melakonkan semula gambar “Suatu rompakan”
• Murid menghidupkan watak dengan aksi dan dialog sendiri
• Murid sedar bahawa karangan boleh ditulis dari sudut pandangan yang berbeza, sama ada watak “polis”, “Penjahat”, “mangsa”, “pemilik kedai” atau pun “pemerhati”
Karangan rompakan
Aksi P6
Karangan
Karangan Taufik • Sudut pandangan burung
Karangan Wafa • Sudut pandangan guru
Penting!
• Guru yang menjalankan kuliah hanya dapat membuat lakaran, menyampaikan kuliah, menetapkan fokus yang hendak disampaikan
• Namun, guru darjah tetap memainkan peranan penting
• Menjadi fasilitator di dalam kelas
• Menjalankan aktiviti lanjutan, mengukuhkan proses pembelajaran
• Agar dapat memastikan proses pembelajaran tetap berpusatkan murid.