bengkel perkadaran pihak berkuasa …ww2.sabah.gov.my/mlgh/lampiran/pembentangan... · tarikh...
TRANSCRIPT
BENGKEL PERKADARAN PIHAK
BERKUASA TEMPATAN DI SABAH 2014
DIBENTANGKAN OLEH :
JOHNY RONGGITOM P.VALUER 1017 & P. ESTATE AGENT 0812
PEGAWAI PENILAIAN
MAJLIS PERBANDARAN SSANDAKAN
18 JUN 2014
KERTAS KERJA:
PERKONGSIAN PENGALAMAN
PENGURUSAN CUKAI PINTU
DI MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN
KANDUNGAN
• Pengenalan
• Latar Belakang Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)
• Profil Bahagian Penilaian
• Kawasan Pentadbiran MPS
• Perluasan Kawasan Kadaran
• Isu & Cabaran
• Syor dan Cadangan
• Maklumat Cukai Pintu MPS
PENGENALAN
• Tujuan Pembentangan – Perkongsian pengurusan cukai pintu MPS
dari segi pengalaman dalam perluasan kadaran.
– Kerja-kerja perluasan kawasan kadaran adalah suatu elemen penting dalam pengurusan cukai pintu.
LATAR BELAKANG
MPS
Sandakan Sanitary Board – Pihak Berkuasa Tempatan yang mula-mula wujud di Sandakan.
Pada 16 Disember 1961, digantikan dengan Lembaga Bandaran Sandakan (Sandakan Town Board) sebaik sahaja Local Government Ordinance 1961 dikuatkuasakan.
Majlis Perbandaran Sandakan telah diwujudkan setelah percantuman Lembaga Bandaran Sandakan dan Majlis Daerah Luar Bandar pada 1 Januari 1982.
VISI MPS
Menjadikan Majlis mampu berdikari dan mewujudkan suasana persekitaran bersih, indah, aman dan makmur serta progresif.
MISI MPS
Memastikan pengurusan Majlis yang mantap dan cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan kewangan agar mampu berdikari. Majlis akan sentiasa mengamalkan prinsip pentadbiran yang mesra alam, berteraskan teknologi maklumat dan pengembangan ilmu pengetahuan yang berterusan serta adaptif terhadap perubahan dalam usaha memberikan perkhdmatan yang memfokuskan pelanggan.
OBJEKTIF MPS
Membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk di perbandaran Sandakan. Merancang dan membangun strategi untuk memastikan pembangunan perbandaran yang sesuai dan teratur. Merancang menjadikan perbandaran Sandakan sebuah alam persekitaran yang bersih dan hijau. Membantu Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara.
CARTA ORGANISASI
MPS
CARTA ORGANISASI
BAHAGIAN PENILAIAN
OBJEKTIF
BAHAGIAN PENILAIAN
• Memastikan penilaian cukai pintu ke atas harta berkadar dibuat dalam tempoh 3 bulan bekerja daripada tarikh Sijil Kebenaran Menduduki diterima di Bahagian Penilaian.
• Memastikan setiap kes harta berkadar yang mempunyai Sijil Kebenaran Menduduki siap dinilai, disemak dan disahkan oleh Pegawai Penilaian dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan kerja diterima. Manakala bagi kes-kes harta berkadar berkelompok (mass valuation) mestilah siap dinilai, disemak dan disahkan oleh Pegawai Penilaian dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh arahan kerja diterima.
OBJEKTIF
• Memastikan tuntutan caruman membantu kadar (CMK) dikemukakan kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh dokumen Senarai Penilaian dan Tuntutan CMK yang telah disahkan oleh pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah diterima di Bahagian Penilaian.
• Memastikan Notis Penilaian dikeluarkan kepada pemilik dalam tempoh 7 hari selepas penilaian disahkan oleh Pegawai Penilaian.
Sambungan
OBJEKTIF
• Memastikan kertas cadangan kerja-kerja penilaian
semula dikemukakan kepada pihak Pengurusan dalam
tempoh 1 bulan masa bekerja sebelum dibentangkan
di Jawatankuasa Kewangan dan Keperluan Am.
• Memastikan maklumat-maklumat pemilikan harta
berkadar yang terlibat dalam penukaran hakmilik
dikemaskini dalam tempoh 3 hari masa bekerja dari
tarikh borang pemberitahuan penukaran hakmilik
diterima.
Sambungan
OBJEKTIF
• Memastikan bil cukai pintu dihantar ke Pejabat Pos
Malaysia dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh
dicetak untuk tujuan penghantaran kepada pemilik-
pemilik harta berkadar.
• Memastikan permohonan bayaran ansuran tunggakan
cukai pintu diproses dalam tempoh 1 hari masa
bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Sambungan
OBJEKTIF
• Memastikan kutipan cukai pintu dan ses tanah semasa
mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah
cukai pintu dan ses tanah setiap tahun.
• Memastikan setiap aduan mengenai cukai pintu diberi
respon dalam tempoh 3 hari masa bekerja dari tarikh
aduan diterima.
Sambungan
FUNGSI
BAHAGIAN PENILAIAN
• Unit Penilaian:-
– Menilai harta-harta berkadar yang terletak dalam
kawasan operasi bagi maksud tuntutan cukai pintu
(Kadaran).
– Menilai harta-harta berkadar yang terletak dalam
kawasan kawalan bagi maksud tuntutan ses tanah.
– Menilai harta-harta berkadar milik Kerajaan
Persekutuan dan Negeri bagi maksud tuntutan
caruman membantu kadar (CMK).
Sambungan
FUNGSI
– Melaksanakan penilaian semula ke atas harta-harta
berkadar bagi maksud nilaian cukai pintu dan
CMK.
– Menilai hartanah-hartanah Majlis bagi maksud
nilaian sewaan, pengambilan balik tanah, jualbeli,
perlindungan insuran dan projek usaha sama.
– Mendaftar pertukaran hakmilik hartanah dalam
Sistem Integrasi Penilaian Majlis.
Sambungan
FUNGSI
• Unit Kadaran:
– Mengeluarkan bil cukai pintu dan ses tanah
– Membuat pengiraan caj faedah dan ‘month-end’
– Mengeluarkan notis peringatan
– Memproses bayaran ansuran
Sambungan
PERSIJILAN MS ISO 9001:2008
• Bahagian Penilaian adalah antara bahagian yang
dipersijilkan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2012.
• Berikut adalah 5 proses yang telah dipersijilkan MS
ISO 9001:2008:- Tajuk Prosedur No Dokumen
Proses Penilaian Harta Untuk Maksud Cukai Pintu (MPS-PK-BPV-01)
Proses Penilaian Hartanah Untuk Maksud Caruman
Membantu Kadar
(MPS-PK-BPV-02)
Proses Penilaian Semula Harta Berkadar (MPS-PK-BPV-03)
Proses Penukaran Hakmilik Hartanah (MPS-PK-BPV-04)
Proses Tuntutan Tunggakan Cukai (MPS-PK-BPV-05)
KAWASAN PENTADBIRAN
MAJLIS SEDIA ADA
- Bandar = 119.18 km²
- Separa Bandar = 146.86 km²
- Pulau-pulau = 88.42 km²
- Luar Bandar = 1,951.48 km²
KAWASAN PENTADBIRAN BARU
MPS PETUNJUK
Bandar
Separa Bandar
Luar Bandar
Pulau/Laut
KAWASAN KUTIPAN CUKAI PINTU
(KAWASAN OPERASI)
KAWASAN KELUASAN
Kawasan Bandar
(No Lot Ukur : 07200360, 07200361 & 07200362)
159.10 km²
(61.43 bt²)
Kawasan Separa Bandar
(No. Lot Ukur : 07200363 & 07200364)
203.58 km²
(78.60 bt²)
Jumlah Keluasan 362.68 km²
(140.03 bt²)
* 15.73% daripada keluasan keseluruhan Daerah Sandakan adalah diwartakan sebagai Kawasan Kutipan Cukai Pintu.
KAWASAN KUTIPAN SES TANAH
(KAWASAN KAWALAN)
KAWASAN KELUASAN
Kawasan Luar Bandar
(No. Lot Ukur : 07200365)
1,854.84 km² (753.50 bt²)
Kawasan Pulau dan Laut
(No. Lot Ukur : 07200366)
88.42 km² (34.14 bt²)
Jumlah Keluasan 1,943.26 km²
(750.30 bt²)
* 84.27% daripada keluasan keseluruhan Daerah Sandakan adalah diwartakan sebagai Kawasan Kutipan Ses Tanah.
Perintah Kadar
Jenis Cukai Kategori Harta
Berkadar
Kadar (%) Ditetapkan
Cukai Am Semua 25
Perkhidmatan Gegeluk Lantai & Tangga oleh Majlis
Semua
2
Perkhidmatan tambahan corong sampah oleh Majlis
Semua
2
Perkhidmatan penyelenggaran pembentungan najis oleh Majlis
Semua
3.9
Cukai Saluran Najis Awam (JKR) Semua 0.1
Cukai Loji dan jentera Loji & Jentera 3
Tanah Kosong Tanah Kosong 5
PERLUASAN KAWASAN
KADARAN
• Perluasan kadaran - Memperluaskan kawasan
pentadbiran PBT untuk memberi kemudahan
dan perkhidmatan kepada masyarakat
setempat.
• Tujuan - Memberikan kemudahan dan
perkhidmatan yang lebih baik kepada
masyarakat setempat yang terlibat dalam
penyebaran dan penekanan pembangunan di
kawasan strategik secara bersepadu.
PERLUASAN KAWASAN
KADARAN
• Keperluan;-
– Berpotensi untuk dibangunkan secara bersepadu
pada masa akan datang.
– Memudahkan PBT dalam merancang dan
mengawal jenis-jenis pembangunan pada masa
akan datang dengan lebih cekap dan teratur.
– Meningkatkan hasil melalui kutipan cukai pintu
bagi menampung perbelanjaan pengurusan dan kos
operasi yang ditanggung oleh PBT untuk memberi
perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
Sambungan
PERLUASAN KAWASAN
KADARAN
• Pertimbangan Keperluan;-
– Perlu mengambilkira kemampuan PBT menyediakan kemudahan/perkhidmatan yang perlu disediakan kepada masyarakat setempat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 83, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.
Sambungan
Carta Aliran Kerja
Proses Perluasan Kawasan Kadaran
KEPERLUAN AM MAKLUMAT
PERLUASAN KADARAN
• Matlamat cadangan/Justifikasi perluasan perkadaran
• Keluasan cadangan kawasan perkadaran baru;
– Kawasan Bandar (urban) dan no. lot ukur
– Kawasan Tepi/Separa Bandar (sub-urban) dan no. lot ukur
– Kawasan Luar Bandar (rural) dan no. lot ukur
– Kawasan Laut dan pulau (sea & island) dan lot ukur
KEPERLUAN AM MAKLUMAT
PERLUASAN KADARAN (Samb)
• Jumlah Penduduk ;
– Penduduk dalam kawasan perkadaran sedia ada
– Penduduk dalam cadangan kawasan perkadaran baru
• Pembangunan yang ada dalam kawasan perkadaran sedia
ada;
– Senarai kawasan perumahan, keluasan & jumlah unit
– Senarai kawasan perindustrian, keluasan & jumlah unit
– Senarai kawasan perdagangan, keluasan & jumlah unit
– Bilangan unit bangunan Kerajaan Negeri
– Bilangan unit bangunan Kerajaan Persekutuan
KEPERLUAN AM MAKLUMAT
PERLUASAN KADARAN (Samb)
• Kemudahan-kemudahan awam;
– Senarai perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis
dalam kawasan perkadaran sedia ada.
– Senarai perkhidmatan Majlis yang dirancangkan
bagi cadangan kawasan perkadaran baru.
• Hakmilik/geran yang sudah dikeluarkan;
– Bilangan geran/hakmilik serta keluasannya yang
terdapat dalam cadangan kawasan perkadaran baru
(termasuk kawasan laut dan pulau)
KEPERLUAN AM MAKLUMAT
PERLUASAN KADARAN (Samb)
• Anggaran kos tambahan;
– Gaji pekerja
– Pemasangan lampu jalan raya
– Pembersihan parit/jalan raya
– Pemungutan sampah sarap
– Pemotongan rumput
– Pembaikan saluran najis/pembentungan
– Kenderaan
– Peralatan
– Lain-lain kos terlibat
KEPERLUAN AM MAKLUMAT
PERLUASAN KADARAN (Samb)
• Anggaran hasil tambahan;
– Hasil cukai kadaran
– Hasil ses tanah (land cess)
• Cadangan perintah kadar yang dikenakan bagi cadangan kawasan kadaran baru
• Pindaan Suratcara Majlis (Keperluan ini tidak perlu atas kelulusan Jemaah Kabinet Negeri kawasan sempadan daerah PBT di Sabah sebagai kawasan Kadaran dan telah diwartakan).
PERLUASAN KAWASAN
PERKADARAN MPS
• Pada 7 Mac 2001, pihak MPS telah bersetuju
mengenai cadangan untuk memperluaskan kawasan
perkadaran merangkumi seluruh keluasan sempadan
daerah Sandakan.
• Pada Julai 2002, Memorandum cadangan perluasan
kadaran dikemukakan kepada KKTP untuk kelulusan
Kerajaan Negeri.
• Tujuan – untuk mencari sumber pendapatan baru bagi
menampung kos pentadbiran dan penyediaan
kemudahan/perkhidmatan yang lebih baik di
kawasan-kawasan bandar satelit baru dan lain-lain
kawasan yang berpotensi untuk dimajukan.
PERLUASAN KAWASAN
PERKADARAN MPS (Samb)
• Kawasan yang berpotensi untuk dimajukan:-
– Bandar Satelit baru;-
• Bandar Check Point
• Sedang dalam pembangunan
– Kawasan Perindustrian;-
• Seguntor Planning Scheme
• Ada kilang-kilang tidak dikenakan cukai sebab tidak
termasuk dalam kawasan percukaian
Bandar Check Point
Seguntor Planning Scheme
Rasional Perluasan Kawasan
Kadaran MPS
• Kawasan Luar Bandar berpotensi untuk
dibangunkan dari segi aspek perindustrian dan
komersial di masa akan datang.
• Mudah menguatkuasakan kawasan kutipan
cukai pintu di masa akan datang berdasarkan
potensi pembangunan tanpa mewartakan
semula kawasan yang dicadangkan.
Samb
• Meningkatkan pendapatan bagi menampung
kos perbelanjaan pengurusan dan
perkhidmatan yang lebih baik kepada orang
ramai.
• Memudahkan Majlis merancang dan
mengawal segala jenis pembangunan pada
masa akan datang dengan lebih cekap dan
teratur.
Kelulusan Jemaah Kabinet
Negeri Sabah
• Pada 5 Julai 2006, cadangan perluasan
kawasan kadaran MPS merangkumi seluruh
kawasan sempadan daerah Sandakan telah
diluluskan Jemaah Kabinet Negeri Sabah.
Kerja-Kerja Penilaian
• Kerja-kerja penilaian bagi kawasan kadaran
baru mula dibuat pada tahun 2007 hingga
2008, tetapi ditangguhkan disebabkan masalah
mendapatkan maklumat pemilikan hartanah.
• Kerja-kerja penilaian ini dibuat sendiri oleh
kakitangan MPS, yang diketuai oleh seorang
Pegawai Penilaian dan dibantu 4 Pembantu
Tadbir, N17.
Kerja-Kerja Penilaian (Samb)
• Pihak MPS hanya mendapat senarai no geran
daripada pihak Jabatan Tanah dan Ukur pada
bulan 4 Ogos 2010 (dipohon sejak tahun 2005
& 2006).
• Kerja-kerja penilaian siap pada Disember 2010
dan mula menguatkuasakan cukai pintu pada 1
Januari 2011.
• Perintah kadar sedia ada diterima pakai bagi
kawasan kadaran baru.
JUMLAH CUKAI PINTU
SEGUNTOR PLANNING SCHEME
Jenis Harta Bilangan Harta Tambahan
Cukai Pintu
Industri
100
326,758.22
JUMLAH CUKAI PINTU
BANDAR CHECK POINT
Jenis Harta Bilangan
Harta
Tambahan
Cukai Pintu
Komersial
111
81,088.00
ISU & CABARAN
• Mendapatkan maklumat keperluan am;
– Kerjasama daripada semua pihak sangat diperlukan
• Kelewatan meluluskan Cadangan
– Kelewatan meluluskan cadangan perluasan kadaran
• Pelaksanaan Kutipan Cukai
– Tiada maklumat pemilikan geran hartanah
– Kekurangan kakitangan dan kemudahan logistik
• Penyediaan Kemudahan dan Perkhidmatan
– Memerlukan kos yang tinggi dan secara berperingkat
SYOR & CADANGAN
• Menyediakan Manual Prosedur Kerja mengenai proses cadangan perluasan kawasan kadaran PBT.
• Menyediakan kemudahan logistik seperti kenderaan khusus untuk kerja-kerja penilaian.
• Mewujudkan perjawatan semua gred dalam bidang profesion penilaian di PBT Sabah atau meluluskan pertukaran skim N (Pentadbiran) kepada W (Kewangan- Profesion Penilaian).
• Kelulusan tanpa bayaran untuk 'search fee' di Jabatan Tanah dan Ukur dijadikan dasar berterusan berdasarkan konsep 'G' to 'G.
• Menyediakan geran khusus untuk membiayai kos penyediaan kemudahan dan perkhidmatan awam di kawasan kutipan cukai baru.
INFORMASI
• Jemaah Kabinet Negeri Sabah telah
meluluskan kawasan perkadaran PBT di Sabah
merangkumi seluruh keluasan sempadan
daerah masing-masing – No Warta Kerajaan
(Tambahan Kedua), JIL.LXVIII, No.S1-S4,
bertarikh 3 Januari 2013.
JUMLAH HASIL
CUKAI PINTU
Jenis Harta Bilangan
Harta
Jumlah Cukai
Pintu Setahun
Peratusan
(%)
Komersial 9,285 9,040,743.05 26.89
Industri 1,996 4,510,899.80 13.42
Kediaman 31,063 8,696,767.95 25.86
Loji & Jentera 17 1,232,488.20 3.66
Tanah Kosong 7,336 23,373 0.07
CMK Negeri 480 3,637,966.50 10.82
CMK Persekutuan 776 6,481,475.00 19.28
Jumlah 50,953 33,623,713.50 100.00
PRESTASI KUTIPAN
CUKAI PINTU SEMASA
Tahun Anggaran
Kutipan
(RM)
Kutipan Cukai
(RM)
Peratusan
(%)
2009 16,730,069.00 12,856,504.62 76.85
2010 18,149,150.08 14,529,311.49 80.06
2011 18,833,738.38 15,819,765.59 84.00
2012 20,133,317.41 16,083,180.51 79.88
2013 21,374,109.45 16,799,303.29 78.60
PRESTASI KUTIPAN
CUKAI PINTU TERTUNGGAK
Tahun Anggaran
Kutipan
(RM)
Kutipan Cukai
(RM)
Peratusan
(%)
2009 16,111,950.40 3,045,587.75 18.90
2010 14,796,918.88 3,196,211.45 21.60
2011 15,796,221.64 3,713,728.19 23.51
2012 19,180,504.68 3,164,564.37 16.50
2013 22,075,430.68 5,314,126.58 24.07
SEKIAN, TERIMA KASIH.