bidang 4_nilai berkaitan dengan patriotisme

5
BAB 4 Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat dan mendalam terhadap tanah air. Setiap individu perlu mempunyai semangat patriotisme di dalam jiwa. Nilai-nilai yang berkaitan dengan patriotisme amat penting diamalkan bagi mewujudkan keamanan negara. Kita perlu mempunyai semangat cintakan negara melebihi daripada kepentingan sendiri. Selain dari itu, kita juga mesti meletakkan nilai taat setia kepada raja dan negara pada tahap yang paling tinggi. Nilai ini adalah penting agara perasaan taat setia kepada negara tidak mudah goyah walaupun dipengaruhi oleh anasir luar. Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme

Upload: beevy-gb

Post on 12-Jun-2015

5.430 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: bidang 4_nilai berkaitan dengan patriotisme

BAB 4

Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat dan mendalam terhadap tanah air. Setiap individu perlu mempunyai semangat patriotisme di dalam jiwa.

Nilai-nilai yang berkaitan dengan patriotisme amat penting diamalkan bagi mewujudkan keamanan

negara.Kita perlu mempunyai semangat cintakan negara melebihi daripada kepentingan sendiri. Selain dari

itu, kita juga mesti meletakkan nilai taat setia kepada raja dan negara pada tahap yang paling

tinggi. Nilai ini adalah penting agara perasaan taat setia kepada negara tidak mudah goyah walaupun

dipengaruhi oleh anasir luar.

Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme

Page 2: bidang 4_nilai berkaitan dengan patriotisme

4.1 Cinta Akan Negara

Definisi

Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan

kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Ciri-ciri

1. Menghargai keindahan dan keunikkan negara kita.

2. Berbangga dan menyayangi keindahan alam yang terdapat di

negara kita.

3. Mengetahui tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negara

kita.

4. Berusaha mempromosikan negara kita kepada negara-negara luar.

5. Bersama-sama menjaga nama baik negara bagi mengekalkan imej

yang bersih di mata dunia.

Page 3: bidang 4_nilai berkaitan dengan patriotisme

4.2 Taat Setia Kepada Raja dan Negara

Definisi

Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.

Ciri-ciri

1. Memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara.

2. Menghormati lambang-lambang kebesaran negara.

3. Mengenali raja dan pemimpin negara

4. Patuh dan taat setia kepada raja dan negara dengna penuh ikhlas

walau di mana sahaja kita berada.

5. Sanggup berkorban demi untuk mempertahankan kedaulatan dan

kemerdekaan negara.

Page 4: bidang 4_nilai berkaitan dengan patriotisme

4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara

Definisi

Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa

sebagai tanda kebaktian untuk negara

Ciri-ciri

1.Sanggup berkorban untuk negara tercinta walaupun terpaksa

mengorbankan harta dan nyawa.

2.Menghargai jasa tokoh-tokoh yang telah berjuang demi negara.

3.Bertanggungjawab mempertahankan negara daripada sebarang

pencerobohan yang boleh menggugat keamanan negara.

4.Menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan negara.

5.Bersedia memberikan kerjasama dalam program-program yang

dianjurkan oleh negara.

Page 5: bidang 4_nilai berkaitan dengan patriotisme

SMK Perempuan LikasSabah