big sem 6 guru inovatif
TRANSCRIPT
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4 SEM 6
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
KERTAS KERJA
BENGKEL GURU INOVATIF
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4
SEMESTER 6
WAJ 3114
TARIKH :
22 NOVEMBER 2014
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SENTA
35500 BIDOR
PERAK DARUL RIDZUAN
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4 SEM 6
2
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan program wajib dilaksanakan oleh semua guru
yang menjalani program siswazah PJJ ambilan 1 2011 .Program ini merangkumi 7 jam
lawatan ke sekolah yang mempunyai guru cemerlang serta melaksanakan 3 jam
bengkel (LADAP) yang bertajuk Guru Inovatif. Bengkel guru Invovatif perlu
dilaksanakan dan membantu para guru untuk meningkatkan tahap profesionalisme di
kalangan guru sekolah.
2.0 TUJUAN
Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai
kemantapan akhlak , nilai-nilai kerohanian dan keguruan , daya ketahanan diri yang
tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara , Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru . Pembinaan insan guru
merupakan usaha yang berterusan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan
adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara
3.0 LATAR BELAKANG
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program
Pensiswazahan Guru KPelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran
bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi ,
pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat . Oleh itu , guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi . Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus
sepanjang enam semester tempoh pengajian . Melalui aktiviti yang dirancang , pelajar
dapat mengenal diri yang sebenar (real-self) dan mampu mengaplikasi pengetahuan
dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara
berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia menangani pelbagai
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4 SEM 6
3
cabaran pendidikan arus globalisasi . Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama
tahun 2003 mengatakan , “...... pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan
berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir , membina , membentuk dan
memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional
yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat
negara.
4.0 OBJEKTIF:
Pengisian kurikulum BIG semester 6 ialah Bengkel Guru Inovatif yang bertujuan
memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri insan guru yang
unggul dengan bersedia membantu dan mencurahkan khidmat dan bakti kepada
masyarakat . Fokus utama bengkel ini adalah untuk memberi peluang kepada
pelajar :
Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi
komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta
berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara
berterusan .
Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian
budaya.
Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan.
Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara aktif dalam kumpulan.
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.
5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM
Program ini akan diadakan pada hari Sabtu bertarikh 22 November 2014
bermula jam 8.00 pagi.hingga 11 pagi.(3 jam)
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4 SEM 6
4
6.0 TEMPAT PERLAKSANAAN
Bilik Gerakan SK Kampung Senta 35500 Bidor Perak.
7.0 KUMPULAN SASARAN
Semua guru SK Kampung Senta seramai 13 orang
8.0 AHLI JAWATAN KUASA INDUK
Pengerusi : En. Othman bin Md Ali
Timb. Pengerusi 1 : En. Shuhaili bin Salleh
Timb. Pengerusi 2 : En. Mohd Mahadir bin Shafiee
Setiausaha : Pn Noor a/p Dollah
Pen. Setiausaha : Pn. Noordiana a/p Halaluddin
Bendahari : Pn Intan Zuliyati bt Bahari
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Buku Program : En Mohd Azwan bin Anuar
PA Sistem : En Moses a/l JSJ William
Persiapan Tempat : Cik Fazliyati bt Ibrahim
Bahan bengkel : Cik Intan a/p Din Doi
Penyediaan alatan ICT : Cik Shahalina bt Mohd Shahar
Jamuan : Pn Nur Alina Syuhada bt Abd Rahim
: Cik Fadzleen Nur bt Myeor
Jurukamera : Pn Intan Zuliyati bt Bahari
10. TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti Tindakan
8.00 pg-8.10 pg Pendaftaran Semua guru
8.10 pg-8.20 pg Sarapan pagi Semua guru
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4 SEM 6
5
8.20 pg -11.20 pg Bengkel
Guru Inovatif Semua guru
11.20 pagi Majlis penutup
11 SUMBER KEWANGAN
Kelab persatuan Guru dan Staf
12. PERBELANJAAN
BIL.
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
1.
Sarapan pagi
RM 2.50 x 13 orang guru
RM 32.50
2.
Kos bahan bengkel
RM 2.00 x 13 orang guru
RM 26.00
JUMLAH
RM 58.50
13. PENUTUP
Program bina insan guru ini merupakan salah satu komponen yang sangat penting.
Ianya perlu didedahkan kepada semua insan yang bergelar guru. Diharapkan program
sebegini mampu memberikan ketahanan fizikal dan mental serta jati diri guru dalam
usaha melahirkan para pendidik yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan
yang besar kepada sistem pendidikan negara .
Disediakan Oleh :
..................................................
(Noor a/p Dollah)
Setiausaha Bengkel,
SK Kg Senta
35500 Bidor Perak
Disahkan Oleh :
..................................................
(Othman bin Md Ali)
Guru Besar,
SK Kg Senta
35500 Bidor Perak