bilangan : 4 keluaran 1/2015 …state.water.gov.my/wpkl/images/pdffile/buletin wilayah 2015_bil...
TRANSCRIPT
Buletin KELUARAN 1/2015 BILANGAN : 4 http://state.water.gov.my/wp
Pada 18 Mac 2015 Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir Ahmad
Husaini Bin Sulaiman Ketua Pengarah JPS Malaysia telah
mengadakan lawatan sempena persaraan beliau. Turut hadir
bersama dalam lawatan tersebut adalah Dato’ Ir Zainor Rahim
Bin Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah I. Kedatangan beliau
telah disambut oleh Pengarah JPS WPKL iaitu YBhg. Dato' Hj.
Abu Bakar bin Mohd Yusof dan semua kakitangan. Lawatan
tersebut adalah bertujuan untuk beramah mesra dengan
kakitangan JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-
Nya , JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi telah berjaya
menerbitkan Buletin Wilayah bagi tahun 2015.
Tujuan utama penghasilan Buletin Wilayah adalah sebagai satu medium
perkongsian dan penyebaran maklumat tentang aktiviti dan projek-projek
penting yang dilaksanakan oleh JPS WPKL . Segala program yang
dijalankan adalah fokus kepada keperluan pelanggan dengan objektif
utama untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk bandaraya dan
menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan pusat pertumbuhan
ekonomi yang berdaya maju.
Ir Hajah Bibi Zarina Binti Che Omar
Pengarah
JPS Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
PENASIHAT : Ir Hajah Bibi Zarina Binti Che Omar
PENYELARAS : Dr Haji Md Nasir Bin Md Noh
KETUA EDITOR : Ir Marina Binti Abdul Karim
EDITOR/PEREKA GRAFIK : Zarinah Binti Zainal
Penerbitan
Bahagian Korporat, Kualiti Dan ICT
Jabatan Pengairan Dan Saliran
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jalan Sultan Salahuddin
50626 Kuala Lumpur TEL: 03-26981711
FAKS: 03-26932285
Selain itu, Buletin Wilayah ini juga memaparkan kepelbagaian usaha-usaha dan aktiviti yang telah dijalankan
di JPS WPKL. Aktiviti-aktiviti ini menjurus ke arah usaha penambahbaikan secara berterusan untuk
meningkatkan mutu pencapaian Jabatan dan juga warganya. Ini adalah untuk memastikan pelaksanaan tugas
yang diamanahkan sentiasa mencapai tahap yang cemerlang selaras dengan Dasar Kualiti JPS.
Sebelum mengundur diri, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua ahli Jawatankuasa dan kakitangan yang telah menyumbangkan artikel, idea dan tenaga
dalam menghasilkan buletin ini. Komen anda semua dialu-alukan bagi membolehkan penambahbaikan dibuat
untuk keluaran akan datang. Saya berharap buletin ini dapat dikeluarkan setiap tahun.
| 2
| 3
TAKLIMAT PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK
Taklimat ini telah diadakan pada 17 April 2015 bagi menambah pengetahuan
pegawai-pegawai JPS Wilayah Perserkutuan Kuala Lumpur berkaitan pengendalian
pentadbiran kontrak dengan lebih teratur dan sempurna. Taklimat ini disertai
seramai 40 orang kakitangan JPS yang terdiri daripada kakitangan JPS Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Pusat Kawalan SMART dan Pejabat Lembangan Sg Klang
(PLSK). Taklimat ini telah disampaikan oleh Sr. Dr. Mahmudah Binti Yahya.
Pada 3 April 2015 wakil dari Syarikat HHE Trading
telah memberi taklimat mengenai produk “Innoval
Wire” kepada kakitangan JPS Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Taklimat ini telah diadakan di Bilik
Mesyuarat Utama JPS Wilayah Pesekutuan Kuala
Lumpur. Seramai 40 orang kakitangan telah
menyertai taklimat tersebut terdiri dari Ketua-
Ketua Bahagian, Penolong-Penolong Pengarah
dan Penolong Jurutera. Tujuan taklimat ini
diadakan adalah bagi memberi pendedahan
kepada kakitangan Jabatan ini mengenai fungsi
“InnoGal”.
KURSUS MEMBUKA MINDA SEPARA
SEDAR (UNMASKING THE
UNCONSCIOUS MIND)
| 4
Bahagian Korporat JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan kursus ‘Unmasking The
Unconscious Mind’ pada 28 hingga 30 April 2015 di JPS Ampang. Seramai 30 orang telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada Penolong Jurutera, Pelukis Pelan, Pembantu Tadbir, Pembantu Am Pejabat, Pekerja Awam Dan Pemandu. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Dalina Binti Ismail dari Quin Consult. Tujuan kursus ini
adalah bagi meningkatkan pemahaman peserta tentang minda sedar dan tidak sedarkan diri dan semua yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan peribadi dan profesional mereka. Peserta juga diajar untuk mengetahui hubungan intim antara badan dan minda
serta meningkatkan prestasi dalam semua aspek keupayaan mental termasuk tingkah laku dan tabiat, mencari penyelesaian dan menjadi lebih kreatif. Selain itu, peserta mempunyai peluang untuk belajar memanfaatkan kuasa dalaman dalam diri yang membolehkan untuk menarik orang ramai,
pengetahuan, kesihatan dan kekayaan.
PERSARAAN PENGARAH DAN PERTUKARAN KAKITANGAN Majlis 10 Jun 2015, RABU
| 5
Majlis persaraan Pengarah JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL), YBhg. Dato' Hj. Abu Bakar bin Mohd Yusof telah diadakan pada 10 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat Utama. Majlis diserikan dengan kehadiran kakitangan yang
bertukar serta bersara. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Encik Sharkawi Bin Mohd Said dari Pejabat Lembangan Sg. Klang (PLSK). Majlis
diteruskan dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah, Dr Haji Md Nasir Bin Md Noh. Seterusnya ucapan daripada yang diraikan dengan dimulakan oleh YBhg. Dato' Hj. Abu Bakar bin Mohd
Yusof. Beliau telah bertugas di JPS selama 36 tahun dari tahun 1979 sehingga 2015. Sepanjang 4 tahun di JPS WPKL beliau merupakan seorang Ketua Jabatan yang sentiasa ceria dan dihormati.
Turut diraikan ialah empat orang kakitangan yang akan bertukar dan seorang yang bersara. Mereka yang bertukar ialah En. Sharul Nizam bin Abd. Aziz, Pn. Nurhayati binti Elias, Pn. Nor
Faezah binti Rozaini yang merupakan Penolong Jurutera (J41) dan berpindah ke Bahagian Korporat JPS Malaysia dan Dr Mahmudah binti Yahya merupakan Ketua Penolong Pengarah Ukur Bahan (J48)
yang bertukar ke Bahagian Ukur Bahagian JPS Malaysia. Manakala yang bersara adalah En. Shaharudin Bin Yahya merupakan Tukang K3 (R14). Bagi pihak JPS WPKL, sekalung
penghargaan untuk mereka ke atas sumbangan cemerlang di sepanjang perkhidmatan dan semoga maju jaya.
| 6
Kelab Sukan Dan Kebajikan (KEJAPS) JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan satu Kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK JPS Malaysia 2015 pada 6 hingga 7 Jun 2015 bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan bagi kategori lelaki dan Alamanda, Putrajaya bagi kategori wanita. Setiap negeri telah menghantar pemain-
pemainnya termasuk Sabah. Juara kategori lelaki keseluruhan telah dimenangi oleh negeri Kelantan. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Johor A dan ketiga dimenangi oleh negeri Kedah. Manakala juara bagi kategori wanita keseluruhan pula dimenangi oleh negeri Selangor, tempat kedua dimenangi oleh negeri Perak dan ketiga dimenangi oleh negeri Pahang. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Hj. Abu Bakar bin Mohd Yusof selaku penaung KEJAPS. Majlis juga telah diserikan dengan pemotongan kek berbentuk tenpin
bowling sempena persaraan beliau.
| 8
5 MEI 2015, SELASA
Mesyuarat Agung tahun 2015, Kelab Sukan Dan Kebajikan (KEJAPS) JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan pada 5 Mei 2015 di Bilik Mesyuarat Utama jam
9.30 pagi. Majlis dimulai dengan kata-kata aluan dari Penaung KEJAPS iaitu YBhg. Dato' Hj. Abu Bakar bin Mohd Yusof. Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti sepanjang tahun oleh Ketua Biro Ekonomi iaitu Ir Marina Binti Abdul Karim, Ketua Biro Sukan iaitu En. Zaharudin Bin Din, Ketua Biro Rekreasi iaitu En. Mohd. Jamal Bin Mohamad Noor Dan Ketua Biro Kebajikan iaitu En. Rozahan Bin Hashim. Pembentangan diteruskan dengan pembentangan perbelanjaaan kelab oleh En. Mohd. Shahrulnizam Bin Mat Rani selaku bendahari kelab. Selain itu juga, perlantikan setiuasaha turut dijalankan kerana berlaku pertukaran kakitangan. Undian berpihak kepada En. Azirul Hazimi. Majlis berakhir dengan jamuan makan.
Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 29 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat Utama sempena meraikan pertukaran tujuh orang kakitangan. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan (KEJAPS) JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis
telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JPS WPKL iaitu Dr Md Nasir Bin Md Noh selaku Pengerusi KEJAPS dan dihadiri oleh semua kakitangan JPS WPKL termasuk kakitangan Pusat Kawalan SMART dan Pejabat Lembangan Sg. Klang (PLSK). Kakitangan JPSWPKL yang bertukar adalah Ir Mat Pua’at Bin Mat Husain yang akan bertukar ke Bahagian Rekabentuk & Empangan, En. Yusof Bin Ramli yang bertukar ke Bahagian Modal Insan, En. Ilyas Bin Ab Rahman dan En Yusli Bin Mohamad yang betukar ke Bahagian Lembangan Sungai, En. Mazrull Bin Yusof dan Pn Sarimah Binti Senawi yang bertukar ke Bahagian Mesra Alam serta Pn Saidatul Salmah yang bertukar ke Bahagian Pengurusan Banjir. Jabatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai yang diraikan atas sumbangan perkhidmatan mereka untuk Jabatan.
| 9
LAWATAN JPS TERENGGANU
Pada 13 Mac 2015 JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL) telah dikunjungi oleh 20 orang kakitangan JPS Terengganu yang diketuai oleh Timbalan Pengarah JPS Terengganu, Ir. Muhamad bin Kadir. Lawatan oleh JPS Terengganu dijalankan bagi
memperolehi informasi berkaitan projek River of Life (ROL) yang dijalankan oleh JPS WPKL dalam usaha pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran dalam memulihkan kualiti air sungai. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian ROL, Ir. Hjh. Anita binti Ainan. Selain itu, JPS Terengganu turut membuat lawatan ke projek Pusat Kawalan SMART dan projek ROL.
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK RIVER OF LIFE (ROL)
DARI PEMANDU JPM Satu lawatan pemantauan projek River Of Life (ROL) dari Unit Pengurusan Prestasi Dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan bersama Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia pada 24 Jun 2015. Lawatan tersebut telah
diketuai oleh Dr Hj Md Nasir Bin Md Noh, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL). Turut hadir ialah Dato’ Ir Haji Mohd. Azmi Bin Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai. Lawatan tersebut telah dijalankan di tapak projek loji rawatan air sungai di Sungai Gombak. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi mendapatkan maklumat berkaitan status perkembangan prestasi loji rawatan air sungai bagi projek-projek ROL. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil kontraktor iaitu Encik Wan Karcung.
| 10
Audit dalam Persijilan OHSAS 8001: 2007 telah diadakan pada 21 hingga 22 Mei 2015 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pengairan Dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL). Audit dalaman dijalankan bagi memastikan objektif OHSAS 18001:2007 di JPS WPKL iaitu untuk membangun,
melaksana dan mengekalkan prosedur bagi pengenalpastian hazad, penaksiran risiko dan penentuan kawalan dapat dicapai. Audit tersebut telah diketuai oleh Encik Surdiman Zahuri bin Sulaiman (Bahagian Pengurusan Fasiliti dan GIS), Encik Baharuddin bin Ibrahim (Bahagian Pengurusan Fasiliti dan GIS) dan Tuan Haji Adnan Bin Haji Abdullah (JPS Melaka). Mesyuarat pembukaan audit dalaman OHSAS 18001:2007 telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Abu
Bakar Bin Mohd Yusof, Pengarah JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lawatan audit juga telah dijalankan dengan membuat lawatan tapak di projek Lencongan Banjir Sungai Bunus.
Audit Dalaman Persijilan
Hari Inovasi ini telah diadakan pada 12
Ogos 2015 di perkarangan JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL). Tujuan majlis ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai produk-produk inovasi dan mendidik supaya boleh berfikiran kreatif
selaras dengan motto Hari Inovasi JPS WPKL iaitu Inovasi Pemacu Transformasi. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah JPS WPKL iaitu Ir Hajah Bibi Zarina Binti Che Omar. Majlis diteruskan dengan
pembentangan produk inovasi daripada syarikat-syarikat pembekal. Manakala
En. Daniel Liew telah membuat
pembentangan mengenai EMS ISO 14001:2008 dan En. Mohammad Razali selaku wakil pengurusan telah membuat pembentangan mengenai MS ISO 9001:2008. Di dalam majlis ini juga, Jabatan telah memberikan anugerah
Cetusan Idea Inovasi kepada Puan Zarinah Binti Zainal kerana cetusan idea beliau telah memenangi tempat kedua kategori Cetusan Idea Inovatif pada Hari Inovasi JPS 2014. Majlis diakhiri dengan lawatan Pengarah JPS WPKL ke tapak
pameran.
12 OGOS 2015, RABU
JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
| 7
| 8
Kursus Pengendalian Aplikasi1 JULAI 2015, RABU
Pada 1 Julai 2015 Bahagian Korporat JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Kursus Pengendalian Aplikasi My Mesyuarat di Bilik Mesyuarat. Setiap bahagian telah menghantar wakilnya bagi mengikuti kursus tersebut. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Puan Maziana binti Mustafa dan dibantu oleh Puan Noorlizawathy binti Md. Nor dari
Bahagian Pengurusan Maklumat JPS Malaysia. Tujuan kursus tersebut diadakan adalah bagi memberi tunjuk ajar dan cara pengendalian aplikasi tersebut kepada penyelaras–penyelaras Aplikasi My Mesyuarat bahagian.
Bengkel Penggunaan Borang Operasi MS ISO 9001:2008 telah diadakan di Negeri Sembilan pada 9 hingga 11 Januari 2015. Bengkel ini telah disertai seramai 13 orang kakitangan yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan wakil bahagian. Bengkel ini juga telah dirasmikan oleh Encik Mat Pua'at bin Mat Husain selaku wakil pengurusan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai
penggunaan borang operasi dalam setiap sebutharga yang dilaksanakan di JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di dalam bengkel ini, para peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap ketua kumpulan akan membentangkan tugasan yang diberi.
| 8
Satu taklimat mengenai Drone atau pesawat
udara tanpa pemandu (UAV) telah diadakan
di Bilik Mesyuarat Utama pada 11
September 2015. Seramai 25 orang telah
meyertai taklimat tersebut terdiri daripada
Ketua-Ketua Bahagian, Penolong- Penolong
Pengarah dan Penolong Jurutera. Turut hadir
taklimat tersebut adalah Ir Hajah Anita Binti
Ainan, Ketua Penolong Pengarah Kanan.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi
memberi pendedahan kepada semua
peserta mengenai cara pengendalian dan
kegunaan drone. Antara kegunaanya
adalah boleh memantau setinggan
sepanjang sungai dalam masa yang singkat,
laporan bergambar ketika banjir, status
penggunaan tanah dan laporan bergambar
projek-projek yang sedang dilaksanakan.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik
Masri Bin Muhammad dari Syarikat Delta
AMasis.
Taklimat DRONE atau Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV)