biodata perawi
TRANSCRIPT
4.0 BIODATA IMAM- IMAM QIRAAT DAN PERAWI-PERAWINYA
( QIRAAT SAB’AH )
4.1 Imam Nafi’ Al-Madani
Nama sebenar beliau ialah Nafi’ bin Abd Rahman bin Abi Na’im
Al- Laithi. Digelar sebagai Abu Ruwim @ Abu Hassan @ Abu Abdul
Rahman. Beliau dilahirkan pada dalam lingkungan tahun 70 Hijrah dan
berasal dari Asbahan. Beliau merupakan seorang yang berkulit hitam,
mempunyai wajah yang mudah tersenyum dan berakhlak mulia. Beliau
juga pandai bersenda gurau dan merupakan imam qiraat di Madinah.
Antara kelebihan Imam Nafi’ ialah beliau bertalaqqi dengan 70 orang
imam ta’biin, iaitu Abu Ja’far, Syaibah bin Nasoh, Muslim bin Jundab,
Yazib bin Ruman, Muhammad bin Muslim bin Shihab dan Abu Rahman
bin Hurmuz.
Beliau wafat pada tahun 169 Hijrah di Madinah ketika berumur
99 tahun. Di antara individu yang mengambil sanad dengan Imam Nafi’
ialah Imam Malik bin Anas, Imam Al-Laith bin Saad, Abu Amru bin A’la,
Isa bin Wardan dan Sulaiman bin Muslim bin Jammaz. Perawi yang
masyhur meriwayatkan bacaan Imam Nafi’ ialah Qalun dan Warsh.
20
4.1.1 Imam Qalun
Nama lengkapnya Abu Musa Isa bin Mi’na bin Wardan bin Isa
bin Abd Samad bin Umar bin Abdullah Ar-Zarqi atau Abu Musa. Qalun
adalah gelaran yang diberikan Imam Nafi’ kepadanya kerana
keindahan bacaannya. Qalun dalam bahasa Rom bermaksud baik.
Beliau dilahirkan pada tahun 120 Hijrah dan merupakan anak tiri
kepada Imam Nafi’. Imam Qalun mula bertalaqqi dengan Imam Nafi’
ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun.
Antaranya sifat peribadinya ialah bacaan Al-Qur’annya sangat
baik, boleh berbahasa Rom dengan baik, tidak pernah mendengar
perkara-perkara maksiat, mendengar dan memperbetulkan bacaan Al-
Qur’an yang salah dari seorang qari yang sedang membaca Al-Qur’an.
Beliau mempunyai penyakit pekak dan tidak dapat mendengar apa-apa
tetapi apabila dibacakan al-Qur’an kepadanya, beliau dapat
mendengar dengan amat jelas.
Abu Muhammad Al-Baghdadi pernah mengatakan :
“ Qalun termasuk orang yang paling tuli di antara para orang yang tuli,
sehingga suara terompet yang ditiupkan kepadanya pun tidak dapat
didengarnya. Namun, apabila dibacakan kepadanya Al-Qur’an, maka
ia dapat mendengar dengan baik.”
21
Qalun telah wafat di Madinah pada tahun 220 Hijrah pada zaman
pemerintahan Khalifah Ma’mun.
4.1.2 Imam Warsh
Nama penuh beliau ialah Abu Sa’id Uthman bin Said bin
Abdullah bin Amru bin Sulaiman bin Ibrahim atau Abu Said. Beliau
digelar “ Warsh” oleh gurunya, Imam Nafi’ kerana kulitnya putih.
Maksud Warsh ialah sesuatu yang diperbuat daripada susu. Warsh
dilahirkan pada tahun 110 Hijrah dan berasal dari Quraiwan di daerah
Saidi di Mesir. Beliau merupakan seorang yang matang, biru kedua
matanya, putih kulitnya, lincah pergerakannya, suka berjubah singkat ,
seorang pakar bahasa Arab dan memiliki suara yang merdu. Warsh
berguru dengan Imam Nafi’ dan menyumbangkan ilmunya di Mesir.
Beliau telah mengambil bacaan daripada Imam Nafi’ manakala
Imam Nafi’ telah mengambil bacaan Al-Qur’an daripada 70 orang
tabi’in. Antaranya ialah Abu Ja’far Yazid bin Al-Qa’qa yang mana telah
mengambil bacaan daripada Abu Hurairah r.a dan Ubai bin Ka’ab.
Manakala Ubai pula mengambil bacaan daripada baginda Rasulullah
s.a.w. Beliau telah wafat pada 197 Hijrah pada zaman Khalifah Al-
Makmun ketika berusia 87 tahun di Mesir.
22
4.2 Imam Ibnu Kathir Al- Makki.
Nama beliau ialah Abu Sa’id Abdullah bin Kathir bin Amru bin
Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hurmuz. Dilahirkan pada tahun 45
Hijrah di Makkah. Ibnu Kathir digelar Abu Ma’bud. Beliau berbadan
tegap, berkulit hitam manis, bermata biru, serta putih kepala dan
berjanggut. Beliau juga merupakan seorang yang fasih berkata-kata.
Ibnu Kathir mempunyai ramai anak murid. Anak muridnya yang
masyhur adalah Al-Bazzi dan Qunbul.
Beliau telah wafat pada tahun 120 Hijrah di Makkah ketika
berusia 75 tahun.
4.2.1 Imam Al-Bazzi
Nama lengkap beliau ialah Abu Hassan Ahmad bin Muhammad
bin Abdullah bin Al-Qasim bin Nafi’ bin Abi Bazzah Al-Makki. Beliau
lahir pada tahun 170 Hijrah di Makkah. Gelaran yang diberikan kepada
Al-Bazzi ialah Abu Al-Hassan.Beliau merupakan antara individu
terawal meriwayatkan Qiraat Ibnu Kathir, pentahqiq penghafaz al-
Qur’an yang terkenal dan merupakan sumber para ahli qiraat pada
masanya di Makkah. Al-Bazzi adalah antara perawi Ibnu Kathir, perawi
yang terbaik yang boleh dipercayai serta perawi yang dhobit,yang
23
merangkumi ingatan dan penulisan. Beliau menjadi muazzin dan imam
di Masjidil Haram selama 40 tahun. Al-Bazzi wafat pada tahun 250
Hijrah ketika berusia 80 tahun.
4.2.2 Imam Qunbul
Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Abdul Rahman bin
Khalid bin Muhammad bin Said Al- Makhzumi Al-Makki. Dilahirkan
pada tahun 195 Hijrah di Makkah. Pengabdian nama Al-Makhzumi
adalah kerana beliau merupakan hamba sahaya yang dimerdekakan
oleh keluarga Al-Makhzumi. Qunbul merupakan gelaran yang diberikan
kepadanya kerana beliau berasal dari suatu kelompok masyarakat
yang disebut Qanabilah. Kun i yahnya adalah Abu Amru.
Sifat peribadinya ialah beliau seorang yang dhobit dan diyakini
di dalam qiraat Ibnu Kathir, terkenal dengan akhlak yang mulia serta
seorang yang kuat dengan hukum agama. Beliau adalah sumber bagi
para ahli qiraat di negeri Hijaz dan para muridnya datang dari seluruh
pelusuk daerah Islam. Qunbul wafat di Makkah pada tahun 291 Hijrah
ketika berumur 96 tahun.
24
4.3 Imam Abu Amru
Nama beliau ialah Zabban bin al-A’la bin ‘Ammar bin al-Iryan bin
Abdullah bin al-Husain bin al-Mazani. Beliau lahir pada tahun 68 atau
70 Hijrah di Makkah dan digelar Ibnu al-A’la. Beliau adalah imam
Basrah sekaligus ahli Qiraat Basrah. Abu Amru merupakan seorang
yang sangat dihormati di kalangan bangsa Arab serta mendapat pujian
daripada kebanyakan penyair di tanah Arab.
Beliau pakar dalam bidang berkaitan al-Qur’an , seorang yang
benar,dipercayai, amanah, zuhud serta alim dalam bidang agama. Abu
Amru adalah ulama besar yang beramal dengan ilmunya serta menjadi
contoh dalam masyarakat Arab pada zamannya dalam ilmu Qiraat,
Nahu dan Fiqh. Imam Ibnu Jazari pernah berkata :
“ Abu ‘Amr bin ‘Alla’ adalah manusia yang paling tahu masalah
al-Qur’an dan bahasa Arab serta bersifat jujur, terpercaya, memegang
teguh amanah dan ahli agama.”
Abu Amru mempunyai ramai anak murid. Antaranya terdapat
dua orang yang telah memasyhurkan bacaan beliau; iaitu Duri dan
Susi. Beliau telah wafat di Kufah,Iraq pada tahun 154 Hijrah.
25
4.3.1 Imam Ad-Duri
Nama lengkap beliau ialah Hafs bin Umar bin Abdul Aziz bin
Suhban bin ‘Ada bin Suhban ad-Duri al-Azli Al-Baghdadi. Beliau
dilahirkan pada tahun 150 Hijrah, pada zaman al-Mansor. Beliau
digelar ad-Duri dan kinayahnya adalah Abu’Amru. Ad-Duri berasal dari
Baghdad. Sebutan Ad- Duri adalah merupakan nama suatu tempat di
kota Baghdad. Ad-Duri juga merupakan anak murid kepada Imam
Kisaei.
Antara sifat peribadi beliau adalah, merupakan seorang yang
benar serta perawi terawal yang membukukan ilmu Qiraat. Beliau
merupakan sumber rujukan dalam kalangan masyarakat pada
zamannya kerana ketinggian sanad dan ilmunya. Ad-Duri juga seorang
yang pakar dalam bidang hadith dan telah wafat pada zaman
Mutawakkal, pada tahun 246 Hijrah.
4.3.2 Imam As- Susi
Nama sebenar beliau ialah Shalih bin Ziad bin Abdullah bin
Ismail bin Ibrahim bin al-Jarud. Nama panggilannya adalah Abu
Syu’aib. Beliau dilahirkan pada tahun 170 Hijrah dan mempunyai sifat
peribadi yang luhur. Antaranya ialah, beliau seorang yang dhobit ( kuat
26
ingatan ), seorang yang dipercayai, rapat dengan gurunya serta paling
tua dalam kalangan sahabatnya. As-Susi wafat ketika dalam usia
hampir 90 tahun di Riqqah pada tahun 261 Hijrah.
4.4 Imam Ibnu ‘Amir Asy- Syami
Nama penuh beliau ialah Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamin
bin Rabi’ah bin ‘Amir al-Yahshabi. Beliau dilahirkan pada tahun 21
Hijrah namun setengah pendapat mengatakan bahawa beliau lahir
pada tahun 8 Hijrah. Nama panggilan beliau ialah Abu ‘Imran dan
beliau mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah, Ibnu ‘Amir
merupakan imam qiraat di Syam dan berperanan sebagai Gabenor,
Qadi dan Imam di Damsyik. Beliau merupakan tokoh terbaik dalam
kalangan Muslimin tabi’in.
Imam Ibnu Jazari mengatakan :
“ Ibnu ‘Amir adalah seorang imam qiraat yang besar, berakhlak
mulia, dan seorang alim yang terkenal.”
Beliau menjadi ikutan kaum muslimin selama bertahun-tahun
pada zaman Bani Umayyah yang dipimpin oleh Khalifah Umar bin
Abdul Aziz. Beliau menjadi penasihat, ahli utama bagi khalifah pada
27
masa itu. Beliau wafat di Damsyik pada tahun 118 Hijrah. Di antara
para murid Ibnu ‘Amir yang menjadi perawi qiraat yang terkenal adalah
Hisyam dan Ibnu Zakwan.
4.4.1 Imam Hisyam
Nama beliau ialah Hisyam bin ‘Ammar bin Nasir bin Maisarah al-
Silmi al-Dimasyshqi. Dilahirkan pada tahun 153 Hijrah. Nama
panggilannya ialah Abu al-Walid. Antara keistimewaan beliau ialah,
merupakan seorang imam bagi penduduk Damsyiq. Beliau juga adalah
seorang khatib, guru Qiraat dan pemidato di Damsyiq. Imam Hisyam
merupakan seorang yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan adil.
Beliau wafat pada akhir bulan Muharram pada tahun 245 Hijrah.
4.4.2 Imam Ibnu Zakwan
Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Ahmad bin Basyar /
Basyir bin Dzakuan bin ‘Amru. Beliau lahir pada tahun 173 Hijrah.
Dipanggil dengan panggilan Abu Muhamad atau Abu Amru Al-
Dimasyhqi. Ibnu Zakwan merupakan imam yang masyhur dan
dipercayai di Syam. Beliau adalah imam Masjid Dimasyqi. Kitab
karangan Ibnu Zakwan ialah, Aqsamul Qur’an wa Jawabuha dan Ma
28
Yajibu a’la Qari Al-Qur’an ‘indal Harakati Lisanihi. Beliau wafat di
Damsyiq pada tahun 242 Hijrah.
4.5 Imam ‘Asim Al- Kufi.
Nama penuh beliau ialah Asim bin Abi Najud ( Abdullah ) bin
Bahdalah Al-Asadi. Nama panggilan beliau adalah Abu Bakar. Imam
‘Asim merupakan salah seorang Imam Qiraat tujuh dari kalangan
tabi’in. Beliau pakar dalam ilmu tajwid dan fasohah serta mempunyai
suara yang merdu. Antara guru-gurunya ialah Abi Abd Rahman
Abdullah bin Habib bin Rabi’ah, Abi Maryam Zur bin Habish bin
Habasyah dan Abi A’mru Saad bin Ilyas. Manakala, anak-anak
muridnya pula ialah Hafs bin Sulaiman, Abu Bakar Syu’bah bin ‘Ayash,
Aban bin Taghlab dan Hammad bin Salamah. Anak muridnya yang
masyhur ialah Syu’bah dan Hafs.
Imam Ibnul Jazari mengatakan :
“ Imam ‘Asim adalah rujukan para ahli qiraat di Kufah sesudah
Ubay Abdur Rahman As- Salami. Umat manusia datang dari seluruh
pelusuk daerah untuk menimba ilmu daripadanya. Pada dirinya
berkumpul kefasihan bacaan, ahli tajwid, suara indah dan bening.
29
Beliau adalah orang yang paling merdu suaranya dalam membaca Al-
Qur’an.”
Imam ‘Asim wafat di Kufah pada tahun 127 Hijrah.
4.5.1 Imam Syu’bah
Nama lengkap beliau ialah Syu’bah bin ‘Ayash bin Salim bin al-
Hamat al-Asadi an- Nahsyaly al-Kufi. Beliau dilahirkan pada tahun 95
Hijrah dan diberi nama panggilan sebagai Abu Bakar. Imam Syu’bah
merupakan imam besar di Kufah, serta ulama dalam kalangan Ahli
Sunnah di Kufah. Beliau telah khatam al-Qur’an sebanyak 18 ribu kali.
Guru-guru beliau ialah ‘Asim bin Abi Najud, A’tobin Saib dan Aslam
Munqary. Antara anak muridnya pula ialah Abu Yusof, Yaakob bin
Khalifah, Abd Rahman bin Abi Hammad, Yahya bin Muhamad dan
‘Urwah bin Muhammad. Imam Syu’bah telah wafat pada tahun 193
Hijrah.
4.5.2 Imam Hafs
Nama beliau ialah Hafs bin Sulaiman bin Al-Mughirah bin Abi
Daud Al-Kufi. Beliau dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan nama
30
panggilan yang diberikan kepada beliau ialah Abu Umar. Beliau pakar
dalam ilmu qiraat dan telah berguru dengan ayah tirinya iaitu Imam
‘Asim. Anak muridnya ialah Husin bin Muhamad Maruzi, ‘Amru bin A-
Sobah, ‘Abid bin As-Sobah dan Fudail bin Yahya.
Mengenai keperibadiannya, Az-Zahabi menyatakan ,
“ Dalam masalah qiraat, Hafs adalah seorang yang dipercayai,
menguasai secara lengkap dan utuh serta menghafalnya.”
Riwayat Hafs banyak digunakan sebagai bacaan di seluruh
dunia. Hafs telah wafat pada tahun 180 Hijrah.
4.6 Imam Hamzah Al- Kufi
Nama penuh beliau ialah Hamzah bin Habib bin ‘Amarah bin
Ismail al-Kufi at-Tamimy. Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah. Nama
panggilan Imam Hamzah ialah Abu ‘Amarah. Beliau adalah salah
seorang imam Qiraat tujuh dan merupakan imam Qiraat di Kufah.
Setiap hujah-hujahnya boleh dipercayai dan beliau pakar dalam ilmu
faraid dan bahasa Arab. Imam Hamzah juga merupakan salah seorang
penghafaz hadith.
31
Guru-guru Imam Hamzah ialah Abi Muhamad Sulaiman bin
Mahran, Abi Hamzah Hamran bin A’yam, Abi Ishak ‘Amru bin Abdullah,
Muhamad bin Abdul Rahman, Talhah bin Mashraf dan Abi Abdullah
Jaafar as-Sodiq bin Muhamad Al-Bakir. Manakala anak-anak muridnya
pula ialah Ibrahim bin Adham, Husain bin Ali Al Ja’afi, Salim bin Isa,
Yahya bin Ziyad dan Yahya bin Mubarak. Anak murid Imam Hamzah
yang masyhur ialah Kholaf dan Kholad. Beliau telah wafat pada tahun
156 Hijrah di Helwan, Iraq ketika berusia 76 tahun.
4.6.1 Imam Kholaf
Nama lengkap beliau ialah Kholaf bin Hisham bin Tha’lab bin
Kholaf al-Asadi Al-Baghdadi Al- Bazzar. Lahir pada tahun 150 Hijrah
dan nama panggilan yang diberikan kepada beliau ialah Abu
Muhammad. Imam Kholaf telah menghafaz al-Qur’an ketika berumur
10 tahun dan merupakan seorang yang thiqah, zuhud, alim dan kuat
beribadah.
Imam Daruqutni mengatakan,
“ Beliau seorang yang banyak ilmu, bersikap zuhud ( menjauhi
masalah-masalah duniawi semata ) dan dipercayai ”.
32
Guru-gurunya ialah Salim bin Isa, Abdul Rahman bin Hamad
dan Abi Zaid Said bin Aus Al-Ansari. Ahmad bin Ibrahim, Ishak bin
Ibrahim, Ibrahim bin Ali, Ahmad bin Zaid, Idris bin Abdul Karim dan
Muhamad bin Ishak merupakan anak murid kepada Imam Kholaf.
Imam Kholaf telah wafat di Baghdad pada tahun 229 Hijrah.
4.6.2 Imam Kholad
Nama sebenar beliau ialah Kholad bin Khalid as-Syaibani Al-
Kufi. Beliau dilahirkan pada tahun 119 Hijrah atau 130 Hijrah. Nama
panggilan beliau ialah Abu I’sa. Imam Kholad merupakan seorang
pakar ilmu qiraat dan thiqah. Beliau berpengetahuan tinggi, pandai
bertarannum serta seorang yang diyakini. Guru-gurunya ialah Salim
bin I’sa dan Husin bin Ali. Manakala anak muridnya ialah Ahmad bin
Yazid, Ibrahim bin Ali, ‘Ali bin Husin, Ibrahim bin Nasrurrazi, Qasim bin
Yazid, Muhamad bin Fadil dan Muhamad bin Said. Imam Kholad telah
wafat pada tahun 220 Hijrah.
4.7 Imam Kisaei Al-Kufi
Nama beliau ialah Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman bin
Fairuz. Dilahirkan pada tahun 119 Hijrah dan diberi nama panggilan
33
sebagai Abu Hassan. Beliau digelar Kisaei kerana ia mulai melakukan
ihram di Kisaei. Imam Kisaei merupakan antara imam Qiraat tujuh.
Beliau alim di bidang al-Qur’an dan al-Qiraat. Beliau turut alim dan
imam di dalam ilmu Nahu dan Bahasa Arab.
Abu Bakar bin Al-Anbari mengatakan:
“ Pada diri Kisaei berkumpul beberapa kelebihan iaitu ahli nahu,
ahli firasat, ahli al-Qur’an dan oleh kerana itu, banyak yang datang
menghadiri majlis pengajarannya. Ia duduk di kerusi membaca al-
Qur’an dari awal sampai akhir sedangkan jama’ahnya mendengarkan
dan memcatat hingga hal yang sekecil-kecilnya baik mengenai waqaf
mahupun ibtida’nya”
Guru-guru Imam Kisaei ialah Imam Hamzah, Muhammad bin
Abi Laili, ’Isa bin Umar Al-Hamzani, Abi Bakr bin Aiyash ( Syu’bah ),
Ismail bin Jaafar dan ’Asim. Anak muridnya terdiri daripada Ahmad bin
Jabir, Ahmad bin Mansor, Abdullah bin Ahmad bin Zakwan dan Kholaf
bin Hisyam al-Bazzar. Anak murid beliau yang masyhur ialah Abu
Harith dan Duri Kisaei.Imam Kisaei telah wafat pada tahun 189 Hijrah.
4.7.1 Imam Abu Harith
Nama penuh beliau ialah Al-Laith bin Khalid Al-Marwazi Al-
Baghdadi. Nama panggilan yang diberikan kepada beliau ialah Abu al-
Harith. Beliau merupakan seorang yang sangat dipercayai ( thiqah )
34
serta pakar dalam bidang qiraat. Guru-guru Imam Abu Harith ialah
Imam Kisaei, Hamzah bin Qasim dan Yazidi. Manakala anak muridnya
pula ialah Salmah bin ’Asim, Muhammad bin Yahya serta Al-Fadl bin
Syazan. Imam Abu Harith wafat pada tahun 240 Hijrah.
35