biografi maharaja meiji

Upload: ealesah-rajanderam

Post on 13-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIOGRAFI MAHARAJA MEIJIMaharaja Meiji (Meiji-tenn) (3 November 185230 July 1912) ialah MaharajaJepun yang ke-122 mengikut susunan pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3Februari 1867 sehinggalah hari kemangkatan baginda.Nama diri baginda adalahMutsuhito ().Maharaja Meiji dilahirkan oleh salah seorang gundik diraja iaituNakayama Yoshiko bersama Maharaja Komei. Semasa keputraab baginda pada 1852,Jepun sebuah negara yang terpencil, belum berindustri dan mengamalkan sistemfeudal yang didominasi oleh Syogun Tokugawa dan daimyo (tuan tanah) yangmemerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara.Pada 11 November 1860 baginda secara rasminya telah disytiharkan sebagai PuteraRaja dan dikurniakan nama diri Mutsuhito. Pada 2 September 1867, Baginda telahmengahwini Masako (kemudiannya Haruko). Selepas kemangkatan bagindabermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman pemerintahan mendiangmaharaja kepada baginda setelah mangkat.Oleh sebab pemerintah ketika zaman Meiji(Pemerintahan Kesedaran), baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji.Maharaja Meiji adalah simbol kepimpinan dalam era Pemulihan Meiji di manapemerintahan Syogun Tokugawa digulingkan oleh tentera diraja ketika PeperanganBoshin.Pengenalan kepada sistem baru dalam Kerajaan Meiji telah menghapuskansistem feudal dan mengisytiharkan sistem pemerintahan demokratik untuk kerajaanJepun.Walaupun Parlimen telah dibentuk, namun ianya tidak mempunyai kuasa begitujuga dengan Maharaja Meiji.Kuasa telah diberikan oleh Tokugawa kepada tangandaimyo yang mana telah membawa kepada Pemulihan.Jepun sebenarnya dikawal olehGenro, pemerintah oligarki yang mana mempunyai tentera, kuasa politik dan kuasaekonomi yang kukuh. Maharaja Meiji menunjukkan kekuasaan politiknya yang lebihlama berbanding dengan pemerintah sebelumnya kerana dia adalah monarki Jepunyang pertama yang masih di atas takhta selepas 50 tahun semenjak pelepasan takhtaoleh Maharaja Ogimachi pada tahun 1586.ZamanPemulihan Jepunadalahsatukebanggaan kepadanegaraJepun keranamembawa pemodenan di Jepun dan menjadi kuasa yang menonjol di Asia Pasifik.Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun,maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama posthumus mereka di Jepun.Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan. Selepaskemangkatan baginda, Jepun telah mengalami perubahan dari segi politik, sosial danindustri dan kemudiannya menjadi salah satu kuasa besar di peringkat antarabangsa

SUMBANGAN DAN PERANAN MAHARAJA MEIJIMaharaja Meiji merupakan pemerintah Jepun selepas kejatuhan era kesyogunandan Tokugawa. Pemerintahan Jepun diambil alih oleh Maharaja meiji bermula padatahun 1868 dan berakhir pada tahun 1912. Di bawah pemerintahn Maharaja Meiji,Jepun telah mengalami perubahan atau evolusi yang besar dalam sejarah negara itusendiri.Banyak perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan oleh beliau sebagaiketua masyarakat Jepun, antara langkah yang paling signifikan ialah denganmemindahkan ibu negara Jepun pada masa itu, Kyoto ke Edo.Kemudiannya, padatahun 1868, Edo telah ditukarkan kepada Tokyo.PENGHAPUSAN SISTEM FEUDALSeterusnya era pemerintahan Meiji juga menyaksikan pengahapusan sistemfeudal lama yang dipraktikkan dalam sistem pemerintahan Jepun sebelumnya. OligarkiMeiji telah mempengaruhi golongan- golongan daimyo ataupun tuan tanah supayamenyerahkan tanah secara sukarela kepada maharaja yang mana membawa kepadapenghapusan semua tanah feudal pada 29 Ogos 1871. Sistem hierarki sosial yangdiaamalkan dahulu juga dihapuskan, dan golongan samurai juga telah kehilangan hakistimewa dan hak mereka menggunakan pedang di tempat-tempat awam.PadaSeptember 1871 samurai secara rasminya diharamkan menggunakan pedang dan jugahilang status sebagai pahlawan.PEMODENAN SISTEM ANGKATAN TENTERA DAN LAUTSelain melaksanakan evolusi dalam sistem pemerintahan Jepun, beliau jugatelah memodenkan angkatan tentera darat dan juga tentera laut. Sesuai dengan doktrinsebuah negara kaya dan tentera yang kuat, bercontohkan negara dari barat, kerajaanJepun yang dipimpin oleh Meiji telah memperkenalkan sistem ketenteraan moden yangterdiri dari rakyat biasa( helmin ) yang mana berusia 20 tahun ke atas, dan sistem initelah diperkenalkan pada Disember 1872. Sebagai menteri pertahanan danpeperangan , Yamagato Aritomo telah menyusun dan memperkemas semulapentadbiran tentera Jepun ala angkatan tentera Jerman yang mana askar-askar Jepundiwajibkan berkhidmat dalam angkatan tetap atau simpanan selama 12 tahun ( 3 tahundalam angkatan tetap dan 9 tahun dalam angkatan simpanan ). Dengan cara ini,bilangan askar akan dapat ditingkatkan, seiring dengan penggunaan alat peperanganyang canggih dan berteknologi tinggi. Cara latihan peperangan juga dibaikpulih denganmembawa masuk pegawai tentera asing bagi melatih dan memperbaiki teknikpeperangan kepada tentera moden Jepun dibawah pemerintahan Meiji. Pada tahun1872, kementerian angkatan laut telah ditubuhkan, berikutan itu jepun telah mempunyai17 buak kapal tentera laut yang beratnya 14000 tan dan seterusnya pada tahun 1876 3buah lagi kapal laut besar telah dibeli dari Britain. Melalui pembelian kapal laut itu juga,kerajaan Jepun telah mengambil pegawai tentera laut British untuk berkhidmat sebgai jurulatih dan arkitek Angkatan Tentera Laut Jepun, dan menjelang tahun 1894, kerajaanJepun yang dibawah pemerintah Meiji telahpun mempunyai 28 kapal perang modendengan beratnya 57 000 tan.KOMUNIKASIDi bawah pemerintahan Meiji juga telah berlaku pemodenan sistem komunikasiyang mana telah mempengaruhi kecekapan tentera, pemusatan pentadbiran dan jugapembangunan ekonomi negara. Pada tahun 1872, Tokyo dan Yokohama telahpundihubungkan oelh landasan kereta api, seterusnya, tahun 1874, Kobe dan Osaka pulatelah telah mempunyai landasan kereta api, dan pada tahun 1877 , Kobe, Osaka, danKyoto telah dihubungkan dan akhirnya menjelang 1881, kerajaan Jepun mempunyai26 landasan kereta api. Seiring dengan perkembangan kominikasi darat, kemajuankominikasi melalui telegraf juga semakin berkembang dan pesat dan pada tahun 1880,hampir kesemua bandar utama di Jepun dihubungkan oleh ibu sawat telegraf. Jumlahberita kawat yang dihantar bertambah dari 19 448 pada tahun 1871 kepada 1.27 jutadalam tahun 1878 dan mencapai angka 2.7 juta pada tahun 1884.PENDIDIKAN DAN PELAJARAN

Aspek pendidikan juga tidak dilupakan dalam melaksanakan evolusi dalammemperbaharui negara Jepun dan Maharaja Meiji sendiri sedar pendidikan merupakanasas terpenting dalam usaha untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dan militari yangmoden dan sistematik. Beliau juga berpendapat bahawa pendidkan merupakan asasyang paling penting sekali dalam usaha untuk membina sebuah negara yang kukuh,dan berlandaskan pandangan beliau, pelbagai usaha yang dilaksanakan bagimemastikan aspek pendidikan tidak diabaikan dikalangan rakyat Jepun. Beratus-ratuspenuntut Jepun telah dihantar ke luar negeri bagi mempelajari sains, pentadbiran, dan juga teknik perindustrian barat, manakla pakar-pakar, golongan professional,serta pakar teknologi barat telah digaji oleh kerajaan Jepun untuk mengajar berbagai kemahirankepada rakyat-rakyat Jepun . pada tahun 1871, kementerian Pelajaran Jepun telahditubuhkan dan pada tahun 1872 pula, Jepun telah dibahagikan kepada 8 kawasanpelajaran dimana setiap kawasan akan mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolahmenengah dan 210 buah sekolah rendah. Di jepun, kanak-kanak yang berusia 6 tahunke atas akan menerima pelajaran wajib selama 16 bulan dan menjelang tahun 1880terdapat hampir 28 000 buah sekolah rendah dengan jemlah murid yang hampir 2 juta.Seterusnya, pada tahun 1886 Menteri Pelajaran Jepun Jepun pada masa itu, Mori Arinori memperkenalkan satu sistem iaitu, -pelajaran sekolah rendah diwajibkanselama 8 tahun dan sekolah menengah pula menawarkan kursus selama 4 tahun.Sekolah-sekolah tinggi- sekolah teknikal peringkat tinggi ditubuhkan meliputi bidangperubatan ,sains ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan , perikanan dan lain-lain. Pusat tertinggi sistem pendidikan Jepun ialah Universiti Di raja Tokyo yangditubuhkan pada tahun 1886 dan seterusnya beberapa buah lagi universiti Di Raja telahditubuhkan di Sapporo, Kyoto, dan juga Fukuoka. Seluruh sistem pelajaran pelajarantertakluk kepada keperluan negara yang mana menuntut rakyat menjadi warganegarayang terlatih dan penuh dengan ilmu pengetahuan serta berdisiplin, dan pada tahun1890 perintah Diraja mengenai pendidikan telah dikeluarkan yang menyatakanmengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalamkurikulum sekolah dan institut pengajian tinggi di Jepun.UNDANG-UNDANG

Dalam sistem perundangan pula, sistem perundangan yang moden telahdibentuk bagi mengakaji semula perjanjian yang dianggap tidak adil antara Jepundengan kuasa barat yang ditandatangani antara tahun 1850-1860-an.GustaveRoissonade de Fontorabe dilantik sebagai penasihat Kementerian Keadilan Jpeun padatahun 1873 dan beliau ditugaskan untuk menggubal undang-undang jenayah modenyang dikuatkuasakan pada tahun 1882. Manakala, undang-undang sivil danperdagangan yang telah digubal, telahpun diluluskan pada tahun 1888-1889. Dandengan memodenkan sistem perundangan, Maharaja Meiji telah pun berjayamengatasi masalah-masalah yang timbul berikutan perjanjian berat sebelah denagnnegara-negara barat.KASUSASTERAANSeterusnya, pada waktu pemerintahan Meiji, minat dalam bidang kesusasteraanbarat telah berkembang terutamanya dalam penterjemahan hasil karya tokoh baratyang terkenal seperti Homer, manakala Shakespeare dan Voltair telah mendapatsambutan yang baik, khususnya dari golongan- golongan elit dan penterjemah yangterkenal pada zaman itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah mendapat didikan di UniversitiEdinburgh, berikut ialah hasil karya yang diterjemahkan oleh beliau ;1) Ernest Maltravers2) The Bride of Cammermoor 3) Romeo and Juliet4) The Last Day of PompeiTerdapat juga karya-karya lain sepertiRound The World in Eighty Daysdan A Journey to the Moonsecara tidak langsung telahpun merangsang minat masyarakat dan secaratidak langsung memudahkan rakyat menerima segala idea, pengetahuan, sains,pemikiran, pelajaran serta kebudayaan, hasil dari negara barat. Selain itu, terdapat jugaperubahan citarasa dalam bidang kebudayaan seperti muzik, seni tari, lakonan san jugaseni lukis serta drama-drama, dan kumpulan yang bertanggungjwab memulihakan danmemperbaharui seni-seni warisan tradisional ialah kumpulanOkakura Tenshindan jugaShimomura Kanzon. Dalam pada masa yang sama, muzik gaya Barat juga bertambah