biskut pelangi lidah kucing

Upload: mawarni-shima-rumeli

Post on 10-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

resepi

TRANSCRIPT

BISKUT PELANGI LIDAH KUCING

250 gm butter ( nak sedap guna lah butter berprofil tunggi ) anchor or scs ( buttercup pun ok )175 gula castor200 gm tepung gandum50 gm terpung jagung1/4 tsp emplex ( perangup biskut )100 gm putih telur ( anggaran 4 biji )

CARA CARA

Ayak tepung gandum , tepung jagung dan emplexPutar butter dan gula hingga kembang gebuMasukkan putih telur ( guna mixer )Masukkan tepung ( gaul kaedah kaup balik ) * guna spatula *Bahagikan kepada 6 bahagian ( letak 6 warna ~ merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu )Masukkan ke dalam plastik piping dan gunting hujung nya.Susun di dalan acuan nya dan bakar biskut selama 15 minit pada suhu 160

* suhu oven bergantung pada kepanasan oven memasing laa ya.* kkzu gune pewarna air ( yummie bakery) lebih kurang 1 sudu kecil setiap warnaBISKUT CORNFLAKES

Bahan-Bahan 250 gm mentega

3/4 cawan gula aising

1 sudu kecil esen vanilla

1 biji kuning telur

250 gm cornflakes(ramas2 sikit)

2 cwn tepung naik sendiri

Mangkuk kertas

Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil

Cara-Cara

1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.

2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.

3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.

4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.

5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.

6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.

BISKUT ALMOND LANDON RANGUPBahan:(150 biji)250g mentega125g gula halus1 biji telur1 sudu teh esen vanila50g serbuk badam (optional)200g tepung jagung}300g tepung gandum}1 sudu besar tepung beras}1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak50g badam cincang untuk hiasan+/- 700g cokelat compound

Cara;1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.Masukkan serbuk badam.Kacau.2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalamkertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.

BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-Bahan:

1. Gula halus 1 cawan

2. Buttercup/mentega/planta 1 cawan

3. Tepung gandum 3 sudu

4. Tepung kastard 1 1/2 cawan (ikut gram kedua tepung adalah 400gram. Bila tepung gandum 50g, tepung kastard 350g ya)

5. Kuning telur 1 biji

6. Esen vanilla

7. Mangkuk kertas. (adunan akan dapat 100biji)

8. Hiasan - coklat rice

Cara Menyediakan:

1- Pukul gula dan mentega hingga kembang dalam 5-6minit

2- Masukkan telur kuning dan esen vanilla, gaul lagi.

3- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan akan lembut sahaja.

4- Parut adunan seperti gambar diatas.5- Masukkan dalam paper cup dan hias dengan coklat rice.6- Bakar pada suhu 180c selama 10minit.BISKUT KELAPA CORNFLAKES CHE MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)200 gram mentega

80 gram gula aising, diayak

2 kuning telur

200 gram tepung gandum

50 gram tepung jagung

1 camca teh emplex (penggaring biskut)

1 camca teh esen vanilla

80 gram kelapa kering, disangai hingga harum dan sejukkan

50 gram serbuk kacang gajus

50 gram cornflakes, diramas hingga hancur

1 kuning telur, untuk sapuan

Hiasan kegemaran anda (gula manek, bunga aising dan sebagainya)

CARA MEMBUATNYA :-)1. Satukan tepung gandum, tepung jagung dan empelx, gaul rata dan ayak. Kemudian masukkan kelapa kering yang telah disangi tadi, serbuk gajus dan cornflakes yang diramas hancur ke dalam tepung. Gaul rata2 dan ketepikan.

2. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan no. 1 sedikit demi sedikit hingga habis. Dan menjadi doh yang lembut. Matikan mesin dan bulat2kan doh. Tutup dengan tuala bersih yang dilembapkan.

3. Bahagi doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan pilihan anda dan alihkan ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.

4. Sapu kuning telur, tabur hiasan pilihan anda atasnya dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C, sekurang2nya 15 minit. Bakar selama 20 - 25 minit. Selepas 10 minit, anda pusing2kan dulang pembakar untuk mendapat biskut yang masak sekata. Sejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara....

BISKUT GAJUS CHE MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)250 gram mentega (cm guna jenama SCS)

120 gram gula aising, diayak

2 kuning telur gred A

1 camca teh esen vanilla

450 gram tepung gandum

60 gram gajus, disangai sekejap hingga wangi dan kisar halus

2 camca teh emplex (penggaring biskut)

Kuning telur, untuk disapu

Gajus, untuk hiasan

Coklat cair untuk hiasan (cm tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)1. Satukan tepung dan emplex, gaul rata dan ayak. Masukkan gajus kisar dan gaul rata. Ketepikan. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Tak perlu putar sampai kembang.

2. Perlahankan kelajuan, masukkan esen vanilla dan tepung + emplex + gajus kisar tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang tak melekat dimangkuk adunan (kalau agak lembik, tambah 1 camca besar tepung gandum). Rehatkan 10 minit.

3. Panaskan oven pada suhu 170C, doh dibahagi kepada 3 bahagian, ambil satu bahagian, canai setebal 0.5 cm antara dua keping plastik bersih. Cetak dengan acuan kegemaran anda dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.

4. Sapu kuning telur dan hias dengan 1/2 biji kacang gajus (sebiji kacang gajus, anda belah dua). Bakar selama 25 minit dan lepas 10 minit, pusingkan dulang pembakar agar biskut masak sekata. Sejukkan atas jaringan dan bila sejuk boleh lah hias dengan coklat cair. Biar coklat keras dan simpan dalam bekas kedap udara..

BISKUT BADAM POPPY SEEDS CHE MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)150 gram mentega (cm guna SCS)

100 gram gula aising, diayak (cm guna 80 gram)

1 biji telur gred A

1/2 camca teh esen vanilla

100 gram tepung gandum*100 gram tepung kastard*75 gram tepung jagung*50 gram serbuk badam*1 camca besar penuh poppy seed @ biji kas-kas*(*disatukan dan gaul rata)

50+ gram tepung gandum (extra)

1 kuning telur, pukul sedikit, untuk disapu

Badam cincang secukupnya, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan telur dan esen vanilla, putar hingga rata, tak perlu sampai kembang, memadai semuanya sebati sahaja.

2. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan2 yang disatukan (*), sedikit demi sedikit hingga habis dan jika doh terlalu lembut, tambah tepung gandum 'extra' tadi hingga mendapat doh yang boleh dicanai. Rehatkan sekejap...

3. Bahagi doh pada 2 bahagian, canai setebal 1/2 cm, terap dengan acuan pilihan anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap, sapu kuning telur dan tabur sedikit badam cincang sebagai hiasan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga perang keemasa.

4. Keluaran dan biar sekejap, alih biskut atas redai dan biar sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.

CATATAN MAT GEBU :- Jumlah biskut yang akan anda dapat bergantung pada saiz acuan yang anda guna, kalau guna acuan macam cm guna tu anda akan dapat sekitar 75 - 80 keping, kalau guna acuan kecil sedikit, mungkin boleh dapat 100. Pilihan ditangan anda....

BISKUT SUJI BRUNEI CMGBAHAN-BAHANNYA :-)200 gram minyak sapi100 gram lemak sayur @ shortening180 gram gula halus @ kastor100 gram cornflakes, kisar halus1 kuning telur80 gram suji80 gram tepung jagungTepung gandum secukupnya (kurang lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)Nestum yang dikisar halus secukupnyaSusu tepung secukupnyaSedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

CARA MEMBUATNYA :-)1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.

2. Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram dan mungkin tidak habis).

3. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.

4. Biarkan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. Mat guna yang saiz kecil, simpan dalam bekas kedap udara..

CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh buat 1/2 dari resipi di atas. Dan untuk bahan salut tu, mat guna kurang lebih 3/4 cawan nestum kisar halus + 1/3 cawan susu tepung + 1 camca besar gula aising, gaul rata dan boleh guna untuk menyalut suji Brunei. Satu lagi nak pesan, kalau anda nak letak dalam paper cup macam mat buat tu, jangan gentel biskut terlalu besar, ini kerana biskut akan mengembang sedikit bila dibakar. Ok tu saja, selamat mencuba....

BISKUT BANGKIT CHEESEcopy from: kak Yatie / AlongrozBahan-Bahan 250gm Mentega 180gm Gula Aising 2 biji Kuning Telur 250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min 225gm Tepung Jagung 1/2 st baking powder 70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

CARA2:1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.3. Masukkan bahan2 kering.4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.5.Bakar 160C 15 -20 minit.