bm-forum kemalangan jalan raya

Upload: muhamad-azrul

Post on 07-Apr-2018

495 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 BM-Forum Kemalangan Jalan Raya

    1/3

    BM: Forum: KEMALANGAN JALAN RAYAPengerusi (NAJMA) : Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusimajlis, ahli panel yang hadir bersama dengan kita pada hari ini iaitu saudari Noor Sima bt Ismail,dari Kelab Mencegah Kemalangan Jalan Raya Negeri Terengganu, saudari Nor Fatin Najwa btMohd Rani, dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, serta saudari Syafiqah bt Abdul

    Wahab, pengarang Majalah Remaja Bestari, serta hadirin dan hadirat sekalian. Saya Wan FatinNajma bt. Wan Abdullah, selaku pengerusi forum pada kali ini akan bersama-sama ahli-ahli panelkita untuk membicarakan tajuk pada kali ini. Sebagai pembuka kata, ingin saya perkenalkan tajukforum remaja yang didalami dan diselami oleh barisan panel iaitu KEMALANGAN JALAN RAYA.Dalam dekad ini, perangkaan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysiasebenarnya agak tinggi. Statistik bilangan kematian pengguna jalan raya meningkat lebih-lebih lagipada musim perayaan apabila bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya bertambah padasuatu masa, kita dapat menyaksikan kes kemalangan jalan raya turut melonjak. Fenomena yangtidak sihat ini nescaya mengundang pelbagai akibat yang buruk kepada Negara memandangkansetiap kemalangan jalan raya membabitkan kerosakan fizikal, kecederaan atau kematian. Untukmengetahui kesan-kesan kemalangan jalan raya, saya mempersilakan saudari Noor Sima Ismailuntuk menerangkannya.

    NOOR SIMA : Terima kasih, saudari pengerusi. Kemalangan jalan raya yang menyebabkankehilangan nyawa akan menggugat produktiviti negara. Golongan yang berusia dalam lingkungan18 hingga 40 tahun merupakan golongan belia yang paling produktif. Kumpulan ini dapatmenyumbangkan tenaga, kepakaran dan kemahiran yang tinggi kepada pembangunan negara.Belia yang meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan jalan raya akan menjejaskan produktivitiNegara. Negara kita akan mengalami kerugian yang tinggi andainya korban nahas jalan raya ituterdiri daripada pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang kemahiran tertentu. Tempoh untukmelahirkan seorang doktor misalnya memerlukan 6 hingga 7 tahun. Dalam hal ini kematian seorangdoktor tidak dapat diganti dengan serta merta oleh negara. Kesannya, tahap kesihatan danperubatan negara kita akan terjejas. Pengeluaran hasil sesebuah kilang akan terjejas jikakemalangan jalan raya melibatkan bas kilang yang membawa pekerja kilang. Dengan kata lain,kemalangan jalan raya akan memudaratkan pembangunan negara dari segi sumber tenaga

    manusia.

    FATIN NAJWA : Tepat sekali pendapat saudari Noor Sima tadi. Lazimnya, berbagai-bagaikerosakan akan berlaku ekoran daripada kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yangterlibat dalam kemalangan jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan sejumlahwang yang banyak untuk memenuhi tujuan membaik pulih dan membayar pampasan. Kerajaan jugaterpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan asas yang berpunca daripada kemalangan

    jalan raya. Tambahan pula, syarikat insurans perlu membayar tuntutan insurans dan bil perubatanyang tertunggak akibat kemalangan jalan raya tidak kira mangsa kemalangan jalan raya itu cederaatau maut. Setiap tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dan syarikat insuran keranakadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di Malaysia. Alnagkah baiknya wang sejumlah itudislaurkan untuk tuuan pembangunan prasarana seperti projek prmbangunan negara. Jelaslahkemalangan jalan raya akan mendatangkan kerugian kepada ekonomi Negara.

    SYAFIQAH : Sementara itu, imej negara akan terjejas oleh kadar kemalangan jalan raya tinggi.Pelabur asing dan pelancong akan berasa was-was untuk melabur atau melancong ke Malaysia.Pelabur asing akan mempertimbangkan factor kos pengangkutan apabila mereka melabur diMalaysia. Mereka akan khuatir akan keselamatan barangan mereka untuk sampai ke pelabuhanatau ke kilang akibat kadar kemalangan jalan raya yang tinngi. Berasaskan kes kemalangan jalanraya yang melibatkan bas persiaran atau pengankutan awam, pelancong asing akan teragak-agakuntuk melawat ke Malaysia jika keselamatan-keselamtan mereka terancam semasa menggunakankenderaan awam. Tiada sesiapa pun yang ingin mempertaruhkan nyawa untuk melancong di

  • 8/6/2019 BM-Forum Kemalangan Jalan Raya

    2/3

    Negara kita. Ringkaskan, sector perindustrian dan sektor pelancongan akan menerima tamparanyang hebat sekiranya kemlaangan jalan raya di negara kita tidak dibendung dengan baik.

    Pengerusi (NAJMA) : Seperti kata peribahasa ada angin, ada pokoknya, justeru, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya amat membimbangkan sekarang ini. Apakahpandangan panel-panel kita.

    NOOR SIMA : Kemalangan jalan raya dikaitkan dengan tabiat pengguna jalan raya itu sendiri.Kebanyakan pengguna tidak mematuhi arahan keselamatan jalan raya seperti tidak mematuhipapan tanda-papan tanda jalan raya, memandu dengan laju dan melebihi had laju kebangsaan sertatidak mematuhi lampu isyarat. Seterusnya mereka juga memandu dalam keadaan dipengaruhialkohol dan memandu walaupun mengantuk. Dalam hal ini, tabiat pemandu ini yang mementingkandiri sendiri menjadi penyumbang besar kepada kes kemalangan jalan raya.

    FATIN NAJWA : Pengerusi, kemalangan jalan raya juga berpunca daripada keadaan jalan raya itusendiri. Faktor jalan raya yang berlubang, tiada bahu jalan, jalan berbengkang-bengkong dan jalanraya yang tidak mempunyai papan tanda juga menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.

    SYAFIQAH : Dalam hal ini juga, keadaan cuaca juga menjadi penyumbang kes kemalangan jalan

    raya. Hujan yang turun menyebabkan jalan menjadi licin dan berbahaya sekiranya kenderaanmelaluinya dengan kelajuan yang tinggi. Jerebu juga menyebabkan had penglihatan menjadi kaburdan sukar menganggar jarak kenderaan di hadapan.

    Pengerusi (NAJMA) : Sebagai langkah untuk menghindari nyawa pengguna jalan raya daripadaterus melayang, langkah penjagaan keselamatan mereka perlu disegerakan. Pihak berkuasa mestimemandang berat terhadap sebarang usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

    Apakah langkah-langkah yang dilakukan untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat?

    NOOR SIMA : Masyarakat iaitu kita semua amat berperanan dalam membendung masalahkemalangan jalan raya ini memandangkankitalah pengguna jalan raya. Justeru, kita perlumemastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan.Sebelu m memulakan perjalanan yang jauh, kita perlu mendapat rehat secukup-cukupnya. Kita perlutidur dahulu ataupun berehat di hentian-hentian rehat dan rawat sekiranya berasa letih ataumengantuk kerana terlelap sesaat membawa maut. Selain itu, pemandu juga perlu mematuhiarahan had laju dan sentiasa siaga atau siap sedia dengan papan-papan tanda di jalan raya.Pemandu juga mestilah tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak bersmsketika memandu. Pemandu juga jangan lupa memakai tali pinggang keledar sebagai langkahkeselamatan.

    FATIN NAJWA : Saudari pengerusi, berada di atas kenderaan beroda dua, penunggang motosikalmemang mudah terbabas apabila dilanggar oleh sebab motorsikal terpaksa berhimpit di bahu jalandengan kenderaan berenjin yang lebih besar, lazimnya keselamatan mereka akan terancam.Selaras dengan bahaya yang diharungi oleh penunggang motorsikal, lorong khas patut dibina untukkegunaan mereka sahaja. Hasilnya kenderaan besar lain tidak akan menghampiri motorsikal

    semasa berada di atas jalan raya.

    SYAFIQAH : Semakin laju sebuah kenderaan, semakin sukar kenderaan tersebut diberhentikanpada waktu kecemasan. Musibah mungkin melanda pengguna jalan raya pada bila-bila masa. Dikawasan yang dilalui oleh orang ramai umpamanya di sekitar hospital dan sekolah, had lajukenderaan mestilah dikurangkan. Had kelajuan yang rendah nescaya akan dapat mengurangkanrisiko kemalangan jalan raya. Permukaan jalan yang berlekuk-lekuk juga membahayakanpenunggang motorsikal dan basikal. Selekoh tajam di jalan raya menggugat keselamatan pengguna

    jalan raya secara amnya jika mereka memandu dengan laju. Kelemahan dan kerosakan jalan raya

  • 8/6/2019 BM-Forum Kemalangan Jalan Raya

    3/3

    perlu dibaiki dengan segera supaya pengguna tidak menjadi mangsa.

    Pengerusi (NAJMA) : Terima kasih kepada ahli-ahli panel kita pada kali ini. Keselamatan jalan raya,tanggungjawab bersama. Api kecil baik dipadamkan. Jika tidak, kemalangan jalan raya akanmenjadi batu penghalang kepada kemajuan negara. Kehilangan sumber manusia yang merupakannadi penggerak pembangunan Negara, perbelanjaan membayar kerja memabik pulih dan pampasan

    insuran serta tercemarnya imej negara akan membawa padah kepada ekonomi. Lantaran itu, semuapihak hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh menangani masalah kemalangan jalanraya ini. Tindakan yang tegas dan usaha yang gigih terutamanya daripada pihak berwajib pastipenting untuk mengurangkan nahas di jalan raya. Sekian sahaja perbincangan pada kali ini.

    Assalamualaikum wbt.