bm foundation sem 1
DESCRIPTION
bmTRANSCRIPT
SOALAN 1
Menghuraikan tentang asal usul,ciri-ciri dan fungsi bahasa Melayu.
i)Asal usul Bahasa Melayu
Beberapa teori telah dikemukakan oleh para penyelidik. Kini, terdapat dua teori
utama. Pertama ialah teori seperti yang dihuraikan di atas yang berkaitan dengan
perpindahan manusia dari Asia Tengah dan yang kedua mengatakan bahawa orang
Melayu memang penduduk asal di Nusantara. Teori pertama, yang lebih popular;
mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari Yunan yang datang ke Nusantara
dalam dua kumpulan: kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto dan
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Teori ini disokong oleh ahli
sejarah, ahli budaya, dan ahli bahasa. Seorang ahli sejarah, Von Heine Geldern,
mendapati beliung batu yang ditemui di hulu sungai Irrawady, sungai Salween,
sungai Yabgtze dan sungai Hwang Ho serupa dengan beliung batu yang ditemui di
Nusantara. Artifak ini menunjukkan pertalian antara penduduk di Nusantara dengan
penduduk di tanah besar Asia. Beberapa orang ahli bahasa seperti Hendrik Casper
Kern mendapati beberapa perkataan di Nusantara juga terdapat di Madagascar,
Taiwan dan Filipina. Beliau membuat kesimpulan bahasa asal yang sama. W.
Marsden pula mendapati persamaan antara bahasa Melayu dengan bahasa
Polinesia. John Reinhold Foster membuat kesimpulan yang sama dengan Marsden
setelah mengkaji pembentukan kata Bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia.
Seorang lagi ahli bahasa Melayu, A.H. Keane, mendapati struktur bahasa Melayu
serupa dengan struktur bahasa Kampuchea. Keane, seorang ahli antropologi,
menyelidik pertalian antara dua bahasa di Indo-China dengan bangsa-bangsa
Austronesia dan mendapati bahawa bahasa Melayu yang menggunakan campuran
kata-kata ekasuku dan dwisuku. Beliau menyimpulkan bahawa bahasa Melayu
merangkumi bangsa di daerah bahasa dwisuku di Indo-China. Van der Tuuk
mengkaji keserumpunan bahasa Astronesia. Usaha beliau dilanjutkan oleh J.L.
Brandes yang mengkaji perbandingan fonetik bahasa-bahasa Austronesia untuk
menunjukkan keserumpunannya. Beberapa orang ahli budaya seperti J.R.Logan,
R.M. Clark, dan G.K. Nieman mengatakan asal usul orang Melayu ialah dari
bahagian tengah Asia setelah mereka mengkaji adat resam orang Melayu dengan
adat resam kaum Naga di Burma. Teori yang kedua dikemukakan oleh J. Crawfod,
sarjana Inggeris yang mengkaji bahasa di Sumatera, Jawa, dan Kalimantan. Beliau
berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Jawa menjadi bahasa induk yang
tersebar di Nusantara. Beliau membuat kesimpulan daripada kebudayaan bangsa
Melayu dan bangsa Jawa yang tinggi pada abad kesembilan belas yang pastinya
berkembang beberapa abad sebelum itu. Pendapat ini disokong oleh Isidore Dyen
yang menyimpulkan bahawa nenek moyang orang di Nusantara berasal dari
Formosa atau New Guinea. Kajian purba mungkin menyokong pendapat ini kerana
penemuan tengkorak di Nusantara membuktikan bahawa manusia telah lama tinggal
di bahagian dunia di Nusantara. Contohnya: (i) Pithicanthropus Mojokerta yang
ditemui di Jawa berusia kira-kira 670,000 tahun dan (ii) Pithicanthropus Trinil yang
ditemui di Jawa berusia kira-kira 600,000 tahun, manakala (iii) Sinanthropus
Pekinesis yang ditemui di China berusia kira-kira 550,000 tahun. Sungguhpun
terdapat ketidakpastian tentang asal usal bahasa Melayu kerana kekurangan bukti
yang nyata, yang jelas ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang besar dan luas
sebarannya. Persamaan perkataan, pembetulan kata, dan struktur sudah cukup
membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa-bahsa
yang telah dikaji. Dengan latar ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu sudah wujud
sejak kedatangan kumpulan pertama (Melayu Proto) dan diperteguhkan oleh
kumpulan kedua (Melayu Detro). Bahasa yang sama asalnya berkembang secara
bersendirian di daerah masing-masing yang terpisah-pisah. Bahasa Melayu dalam
golongan Sumatera merupakan bahasa dalam cabang Nusantara dalam rumpun
bahasa Austronesia. Bahasa Melayu mempunyai pertalian dengan ratusan bahasa
lain di Kepulauan Melayu dan tersebar antara Madagascar di barat hingga ke New
Guinea di timur, dan Formosa di utara hingga ke New Zealand di selatan.
FRM :BRYAN
ii)Ciri-ciri bahasa Melayu
Bahasa Melayu telah berkembang secara berperingkat dan dibahagikan
kepada tiga fasa yang utama iaitu bahasa Melayu kuno,klasik dan moden.Setiap
peringkat ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
a)Bahasa Melayu kuno
Bahasa Melayu kuno menggunakan ayat yang ringkas dan perkataan yang
digunakan bercampuraduk dengan ayat bahasa Sanskrit.Dalam pembentukan atau
penyebutan perkataan,terdapat bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti
‘bh’,’th’,dan ‘kh’.Sebagai contoh ‘sukhashita’ yang dalam bahasa Melayu moden
ditulis sebagai ‘sukacita’.
Terdapat juga perbezaan yang ketara dalam penggunaan awalan ber- dan
di-.Dalam bahasa melayu kuno,di- adalah ni- dan ber- adalah mer-.Sebagai
contoh,’diperbuat’ ditulis sebagai ‘niperwat’ dan ‘berlepas’ sebagai ‘marlapas’
b)Bahasa Melayu klasik
Satu sifat yang jelas terdapat dalm bahasa Melayu klasik ialah meluasnya
penggunaan pangkal ayat yang agak ‘klise’ atau usang dan kini tidak digunakan
lagi.Antaranya seperti ‘syahadan’,’maka’,’alkisah’,’arakian’ dan’adapun’.
Bahasa Melayu klasik juga memperlihatkan pengaruh bahasa Arab yang
menghasilkan ayat yang panjang dan merupakan gabungan beberapa ayat tunggal
yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu
terutamanya ‘dan’,dan ‘atau’ ataupun menggunakan tanda koma dan tanda titik
bertindih sahaja.
Bahasa Melayu Klasik juga menggunakan ayat yang lebih lumrah iaitu bentuk
ayat pasif yang mengutamakan objek.Bahasa Melayu juga lebih bersifat bahasa
istana terutamanya dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya.
Selain itu,dari segi perbendaharaan kata umum, bahasa Melayu klasik lebih
memperlihatkan pengaruh bahasa Arab dan bahasa Sanskrit serta penggunaan
bentuk kiasan dan perbandingan yang meluas serta penggunaan laras bahasa puisi
seperti pantun,gurindam dan syair.
c)Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu moden adalah kesinambungan bahasa melayu
klasik.Walaubagaimanapun,terdapat pengubahsuaian dalam bahasa Melayu
moden.Sebagai contoh,penanda wacana seperti ‘maka’,’alkisah’,’arakian’ dan
sebagainya sudah kurang digunakan dan jia digunakan ianya hanya pada kes-kes
tertentu.
Ayat-ayat yng digunakan juga lebih ringkas,padat dan tepat sesuai dengan
peranannya untuk mengungkapkn konsep,idea serta buah fikiran yang absrak dan
kompleks yang melibatkan pelbagai ilmu pengetahuan umum.
Bahasa Melayu moden juga lebih kerap menggunakan ayat aktif berbanding
ayat pasif sesuai dengan masyarakat moden yanglebih cenderung untuk
menonjolkan subjek sebagai pelaku .Bahasa Melayu moden juga banyak
memperlihatkan penggunaan bahasa biasa yang pelbagai laras sesuai dengan
peranannya sebagai bahasa ilmu.Oleh yang demikian,bahasa Melayu moden amat
kurang menggunakan laras bahasa istana kecuali keperluan yang tertentu.
Bahasa moden masih lagi dipengaruhi oleh bahasa Arab dan bahasa Sanskrit
tetapi pengaruh bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia lebih banyak mempengaruhi
bahasa Melayu moden terutamanya dari segi perbendaharaan kata
umum,istilah,sistem morfolgi dan struktur ayat.
Daripada ketiga-tiga peralihan bahasa, dapatlah dirumuskan bahawa bahasa
Melayu mempunyai ciri-ciri seperti berikut;
a) Mempunyai sistem- Mempunyai susunan tertentu sama ada dalam bentuk
perkataan,nahu ataupun sintaksis.
b) Mempunyai makna- Setiap pertuturan mempunyai erti bagi setiap penutur dan
pendengar kerana bahasa bertujuan menerangkan dan menyatakan sesuatu.
c) Mengalami perubahan- Pergaulan dan interaksi manusia menyebabkan bahasa
mengalami perubahan dan perkembangan.Pertembungan manusia dan budaya
menyebabkan pertambahan dan pengurangan kosa kata tetapi sistemnya tidak
berubah.Ini Menunjukkan bahaw bahasa bersifat fleksibel.
d) Bersifat arbitrari- Hubungan bunyi yang dilafazkan dengan benda tidak
semestinya sama.Oleh itu,bahasa mempunyai kata-kata yang berlainan bagi benda
yag sama.
e)Mampunyai bunyi- Bahasa terhasil oleh alat-alat sebutan manusia seperti bibir
dan pita suara
f)Bersifat linear- Bunyi bahasa dihasilka satu demi satu iaitu satu lambing
mewakili satu bunyi.contohnya,leka.Bunyi yang dihasilkan adalah l,e,k dan a.
iii)Fungsi bahasa Melayu
Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah
berkembang dengan pesat. Bahasa Melayu mengalami proses pemodenan daripada
segi peristilahan, pengekodan dan penyeragaman. Ini memungkinkan bahasa
Melayu dapat menjalankan berbagai-bagai tugas baru sesuai dengan tarafnya
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Setelah hampir empat dekad berlalu, bahasa Melayu kini dapat menjalankan
berbagai-bagai fungsi. Antara fungsi itu ialah bahasa kebangsaan. Bahasa
Kebangsaan Bahasa Malaysia ialah bahasa Malaysia. Selepas tercapainya
kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang
penyatuan. Tugas bahasa sebagai fungsi penyatuan akan disalurkan melalui sistem
pelajaran kebangsaan sebagaimana termaktub dalam bab permulaan Akta Pelajaran
1961 yang antara lain menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di sekolah. Sebelum 1969, bahasa kebangsaan ini dikenali
sebagai bahasa Melayu tetapi selepas peristiwa 13 Mei 1969, bahasa ini diberikan
nama baru iaitu bahasa Malaysia. Walaupun diberikan nama baru namun taraf
bahasa itu tidak berubah seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Per-lembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa, "Bahasa kebangsaan negara
ini adalah bahasa Melayu.
Sebagai sebuah bahasa kebangsaan, bahasa Melayu dikehendaki memikul tugas
baru. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, pengajian
tinggi. Semua fungsi ini dijalankan oleh bahasa Melayu selepas 1957. Bahasa
Melayu juga telah dijadikan bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan
bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam
menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dengan tepat.
Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai melalui pengembangan kosa kata ataupun
penukaran bentuk kata. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu kerana
mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa.
Sesudah dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi
sebagai bahasa rasmi negara kita. Ini bermaksud, bahasa ini digunakan bagi
menjadikannya sebagai bahasa utama dalam apa-apa sahaja acara yang bersifat
rasmi. Ini termasuklah mesyuarat-mesyuarat persekutuan dan negeri, di
persidangan-persidangan dan seminar-seminar, dalam pidato-pidato, di parlimen
dan dalam perbicaraan di mahkamah. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu
menyalahi Artikel 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Pengantar Oleh kerana
Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, dasar pendidikan negara
Malaysia berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di
pusat-pusat pengajian. Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang termaktub
dalam Penyata Razak telah dilaksanakan pada tahun 1957, dan dasar ini disokong
pula oleh Penyata Rahman Talib pada tahun 1961. Antara tahap-tahap penting
dalam proses pelaksanaan ini ialah penubuhan sekolah-sekolah yang mengunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar (1963), pelaksanaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran khusus di sekolah-sekolah rendah
jenis kebangsaan (1968) dan permulaan pelaksanaan berperingkat bahasa Melayu
(BM) sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah rendah jenis
kebangsaan (1971). Pada peringkat sekolah menengah, bahasa Melayu menjadi
satu mata pelajaran pada tahun 1957 dan tidak lama kemudian menjadi satu mata
pelajaran dalam Sijil Peperiksaan Seberang Laut. Pada tahun 1970, dengan
pengambilalihan Sijil Seberang Laut oleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bahasa
Melayu dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua calon yang mengambil
peperiksaan tersebut. Pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar bermula pada tahun 1983. Sehingga kini, semua sekolah
jenis kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi
kebanyakan mata pelajaran. Pada tahun 2002, timbul desakan banyak pihak yang
memberi penekanan kepada penggunaan Bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah. Daripada desakan ini, kabinet memutuskan
penggunaan bahasa Inggeris (BI) dalam mata pelajaran sains dan matematik
bermula pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, menurut Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bahasa Melayu kekal sebagai
bahasa pengantar di sekolah.
Selain fungsi di atas, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai penggambar
akal budi masyarakat Melayu. Ini kerana terdapat pelbagai unsur dalam bahasa
Melayu yang dapat menggambarkan dengan jelas kehidupan masyarakat Melayu.
Antara unsur itu ialah pantun Melayu dan pepatah Melayu. Antara pantun yang
terkenal ialah: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur
badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang jua. Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
Pantun di atas menggambarkan dalam masyarakat Melayu, budi pekerti adalah
aspek yang amat ditekankan. Sejak kecil sehingga dewasa, anak-anak diasuh agar
mengenang budi dan jasa orang. Selain pantun, pepatah Melayu juga dapat
menggambarkan pemikiran Melayu. Cuba kita tinjau pepatah-pepatah berikut: Orang
berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Hidup dikandung adat, mati
dikandung tanah. Air dicincang tidak akan putus. Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri.
Kesimpulannya, penerangan di atas sudah cukup menggambarkan fungsi
bahasa Melayu yang pelbagai. Hari ini, bahasa Melayu boleh menjadi bahasa
kebangsaan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa
komunikasi.
Soalan 2
Menyatakan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu dan menghuraikan
dengan jelas fungsi-fungsi alat artikulasi dan kedudukan daerahnya.
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk
menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,
seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam
terhadapnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan
fonologi.
Kajian Bunyi
FonologiFonetik
Dari Segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.
Kajjian bunyi-bunyi yang berfungsi dalam bahasa
i)Bunyi dalam bahasa Melayu
Bunyi dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu vokal,konsonan dan
diftong.
a)Vokal
Terdapat beberapa jenis vokal dalam bahasa Melayu iaitu
Vokal Depan Sempit (i),
Vokal Depan Separuh Sempit (e),
Vokal Depan Luas ( a),
Vokal Belakang Sempit (u) Vokal Depan Separuh Luas ,
Vokal Separuh Sempit ( o )
Vokal Depan Sempit(i), terhasil apabila depan lidah dinaikkan hingga hampir
menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.Lelangit
lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga
mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang
boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat.
Contoh perkataan bagi bunyi vokal ini ialah, bilik, titik, ipar, jari, dan cari. Bagi Vokal
Depan Separuh Sempit (e), berlaku apabila depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah
setinggi membunyikan vokal (i). Contohnya ialah perkataan kole, tauge, bendi, dan
elok. Vokal Depan Luas ( a), terhasil apabila depan lidah diturunkan serendah-
rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan
menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti
menghasilkan vokal (i), dan (e).
Contohnya ialah perkataan
anak, pandai, landai, anting, siapa, takat.
Vokal Belakang Sempit (u), dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi
mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.
Contohnya dalam perkataan ubat, ulat, undang, udang, dan ulang. Vokal Separuh
Sempit ( o ), Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat
yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contohnya ialah obor, solo, polo, toko, dan orang. Vokal Tengah dihasilkan dengan
meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah
dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.
Contohnya ialah enam, empat, kenduri, dan gerai.
b)Konsonan
. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau
terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan
sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.
Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli dan sembilan bunyi
konsonan pinjaman.Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan
akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.Konsonan b, d, g, c dan j hanya
hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf
konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Contoh-contoh
bunyi konsonan ialah konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan sengauan,
konsonan getaran, konsonan sisian, dan konsonan separuh vokal. Konsonan
letupan dihasilkan dengan menutup aliran udara melalui rongga hidung dengan
menaikkan lelangit lembut bagi menyekat rongga hidung. Aliran udara tertahan
dalam rongga mulut. Bunyi ini berlaku apabila alat artikulasi menyentuh titik-titik
artikulasi yang tertentu dalam mulut danjuga pada bibir. Pada masa yang sama
semasa berlakunya sentuhan pada titik artikulasi ini, udara dari peparu terkumpul
dan dilepaskan secara tiba-tiba menyebabkan udara yang terlepas keluar itu
menghasilkan letupan. Konsonan sengauan dihasilkan apabila lelangit lembut
diturunkan bagi membolehkan udara keluar mlalui rongga hidung. Dengan
menghubungkan alat artikulasi lidah pada titik artikulasi yang tertentu di dalam
mulut,bunyi sengau dihasilkan. Kesemua bunyi sengau di dalam bahasa Melayu
dihasilkan dengan pita suara bergetar. Semua bunyi sengau adalah bersuara.
Konsonan getaran dihasilkan apabila lidah digetarkan dalam dalam rongga mulut.
Dalam keadaan begini lidah diangkat ke arah gusi. Udara yang dilepaskan dari
peparu menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Ini menghasilkan bunyi getaran
[r]. Konsonan sisian dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah.
Dalam keadaan ini hujung lidah diangkat ke arah tengah gusi. Lelangit lembut
dirapatkan ke belakang rongga tekak. Udara yang dilepaskan dari peparu melalui
sisi kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara. Bunyi yang terhasil adalah [l].
Konsonan separuh vokal dihasilkan iaitu semasa pengucapannya,kedudukan lidah
sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya berlaku
separuh jalan sahaja. Kedudukan lidah berubah selepas itu. Keadaan bibir
dibundarkan semasa melafazkan [w]. Manakala semasa melafazkan [y] keadaan
bibir dihamparkan.
c)Diftong
Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal. Diftong terbentuk apabila berlaku
pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada
vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong iaitu, [ai], [au], dan [oi]. Diftong [ai]
dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi semasa
menghasilkan bunyi vokal depan [a] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal
depan tertutup [i]. Walau bagaimanapun, bahagian depan lidah yang dinaikkan ini
tidak sebenar-benar sampai kepada posisi seperti melafazkan bunyi [i]. Hujung lidah
menyentuh gigi depan pada bahagian bawahnya. Kedudukan lelangit lembut
dinaikkan dengan pita suara bergetar. Bentuk bibir dalam keadaan neutral dan
pembukaan rahang dalam keadaan sederhana dan luas. Antara perkataan diftong
[ai] ialah sampai, salai, gulai, sungai, cuai, dan landai. Diftong [au] dihasilkan
dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi seperti melafazkan bunyi
[a] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal belakang tertutup [u].Walau
bagaimanapun bahagian belakang lidah ini tidak benar-benar menaik seperti mana
melafazkan bunyi [u].bentuk bibir pada mulanya tidak dalam keadaan bundar tetapi
apabila hampir kepada selesainya lafaz bunyi ini bentuk bibir menjadi bundar.
Hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah dan pembukaan
rahang antara sederhana dan luas.contohnya ialah perkataan lampau, silau, garau,
surau, dan pukau. Diftong [oi] dihasilkan dengan kedudukan lidah mula
menggeluncur pada posisi vokal belakang separuh tertutup [o] dan secepatnya
beralih lepada bunyi vokal depan tertutup [i]. Walau bagaimanapun tidak benar
sampai kepada kedudukan tinggi lidah seperti melafazkan bunyi vokal [i].Semasa
melafazkan bunyi ini,bentuk bibir adalah bundar pada geluncuran pertama tetapi
menghampar semasa hampir selesai melafazkannya. Pembukaan rahang semasa
lafaz ini adalah luas. Contoh perkataan bagi bunyi diftong ini ialah amboi, dodoi,
adoi, sepoi, dan boikot.
ii)Alat artikulasi dan kedudukan daerahnya
Alat artikulasi ialah ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh
bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa.Daerah artikulasi pula merupakan
bahagian dalam rongga mulut yang dapat bergerak atau dapat digerakkan semasa
penghasilan bunyi.
RAJAH 1:Alat artikulasi
1. Bibir atas 11.
Tengah lidah
2. Bibir bawah 12.
Belakang lidah
3. Gigi atas 13.
Akar lidah
4. Gigi bawah 14.
Epiglotis
5. Gusi 15.
Pita suara
6. Lelangit keras 16.
Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17.
Rongga Hidung
8. Anak tekak 18.
Rongga mulut
9. Hujung lidah 19.
Rahang
10. Hadapan lidah 20.
Tenggorok
Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.
Gusi
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung..
Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan
LAMPIRAN
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:
DIFTONG
Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku
pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada
vokal yang lain.
Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit
lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
Vokal
Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.
Lambang fonetik Contoh perkataan Nota
[a] anak, tanah, lada
[è] ela, semak, sate
[i] iring, kita, seri
[ə] emak, betulTidak terdapat di hujung perkataan
[o] obor, botak, moto
[u] ular, sultan, saku