bm lisan pt3 2015

13
Semangat Kejiranan 1) Kesefahaman rukun tetangga asas perpaduan antara kaum Satu faktor penting ke arah perpaduan adalah dengan amalan saling kenal-mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Perpaduan bukanlah sesuatu yang memerlukan kita meninggalkan identiti dan prinsip diri. Dengan mengenali adat resam, pantang- larang serta kepercayaan satu sama lain, jalinan persaudaraan yang lebih mesra dan utuh dapat dibentuk. Sukan memberi peluang dan ruang untuk interaksi melangkaui bangsa dan agama. Aktiviti ziarah menziarahi dapat dipupuk bagi membentuk perpaduan dalam kawasan kejiranan setempat. 2) Toleransi kejiranan kunci kemajuan negara Dalam usaha melakar kejayaan kerjaya dan potensi diri, kerjasama atau amalan saling bantu-membantu adalah penting dan harus dipupuk dalam jiwa masyraakat. Rakyat perlu saling memberi dorongan serta bantuan antara ahli rukun tetangga agar tidak dihimpit kesusahan hidup atau masalah keluarga. Perpaduan bukanlah sesuatu yang memerlukan kita meninggalkan identiti dan prinsip diri. Dengan mengenali adat resam, pantang-larang serta kepercayaan satu sama lain, jalinan persaudaraan yang lebih mesra dan utuh dapat dibentuk. Kesefahaman merentasi budaya, agama dan bangsa adalah amat perlu bagai mencapai aspirasi masyrakat berwawasan minda kelas pertama dalan usaha membangunkan negara sebagai model demokrasi dan sosioekonomi yang dikagumi di rantau ini. 3) Memperkasakan aktiviti gotong-royong Penglibatkan penduduk dalam aktiviti kemasyarakatan serta sukarela bagi menyumbangkan tenaga bagi ahli rukun tetangga yang memerlukan dapat memberi nafas baru dalam usaha membangunkan modal insan serta komuniti yang harmoni. Berbekalkan dengan semagat partriotik serta rasa ingin membantu golongan yang tidak bernasib baik, ahli rukun tetangga akan lebih sensitif terhadap kebajikan komuniti setempat. 4) Kejiranan yang sihat katalis generasi minda kelas pertama Generasi muda cenderung untuk bereksperimentasi. Mencuba perkara baru dan melahirkan identiti yang unik. Ibu bapa serta para pendidik harus bijak dalam memantau perkembangan sosial golongan remaja. Pengamalan budaya barat yang tidak sihat seperti penyakit sosial yang melibatkan dadah, rokok, hubungan kekasih, dan sebagainya turut menjadi ancaman besar terhadap proses perkembangan potensi remaja. Disamping membantutkan perkembangan intelek serta emosi remaja,

Upload: simon-condor

Post on 15-Dec-2015

118 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

A few topics for Ujian Lisan Bertutur BM PT3 2015

TRANSCRIPT

Page 1: BM Lisan PT3 2015

Semangat Kejiranan

1) Kesefahaman rukun tetangga asas perpaduan antara kaum

Satu faktor penting ke arah perpaduan adalah dengan amalan saling kenal-mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Perpaduan bukanlah sesuatu yang memerlukan kita meninggalkan identiti dan prinsip diri. Dengan mengenali adat resam, pantang-larang serta kepercayaan satu sama lain, jalinan persaudaraan yang lebih mesra dan utuh dapat dibentuk. Sukan memberi peluang dan ruang untuk interaksi melangkaui bangsa dan agama. Aktiviti ziarah menziarahi dapat dipupuk bagi membentuk perpaduan dalam kawasan kejiranan setempat.

2) Toleransi kejiranan kunci kemajuan negara

Dalam usaha melakar kejayaan kerjaya dan potensi diri, kerjasama atau amalan saling bantu-membantu adalah penting dan harus dipupuk dalam jiwa masyraakat. Rakyat perlu saling memberi dorongan serta bantuan antara ahli rukun tetangga agar tidak dihimpit kesusahan hidup atau masalah keluarga. Perpaduan bukanlah sesuatu yang memerlukan kita meninggalkan identiti dan prinsip diri. Dengan mengenali adat resam, pantang-larang serta kepercayaan satu sama lain, jalinan persaudaraan yang lebih mesra dan utuh dapat dibentuk. Kesefahaman merentasi budaya, agama dan bangsa adalah amat perlu bagai mencapai aspirasi masyrakat berwawasan minda kelas pertama dalan usaha membangunkan negara sebagai model demokrasi dan sosioekonomi yang dikagumi di rantau ini.

3) Memperkasakan aktiviti gotong-royong

Penglibatkan penduduk dalam aktiviti kemasyarakatan serta sukarela bagi menyumbangkan tenaga bagi ahli rukun tetangga yang memerlukan dapat memberi nafas baru dalam usaha membangunkan modal insan serta komuniti yang harmoni. Berbekalkan dengan semagat partriotik serta rasa ingin membantu golongan yang tidak bernasib baik, ahli rukun tetangga akan lebih sensitif terhadap kebajikan komuniti setempat.

4) Kejiranan yang sihat katalis generasi minda kelas pertama

Generasi muda cenderung untuk bereksperimentasi. Mencuba perkara baru dan melahirkan identiti yang unik. Ibu bapa serta para pendidik harus bijak dalam memantau perkembangan sosial golongan remaja. Pengamalan budaya barat yang tidak sihat seperti penyakit sosial yang melibatkan dadah, rokok, hubungan kekasih, dan sebagainya turut menjadi ancaman besar terhadap proses perkembangan potensi remaja. Disamping membantutkan perkembangan intelek serta emosi remaja, penyakit sosial akan menyebabkan remaja leka dan alpa dalam dunia hiburan. Namun, ada kala, generasi berada di luar pemantaun dewasa. Kejiranan yang akrab serta peka akan kebajikan ahli rukun tetangga memainkan peranan penting dalam proses pemantauan generasi muda. Jiran yang mengambil berat mampu membendung aktivit tidak sihat seperti melepak.

Page 2: BM Lisan PT3 2015

Usaha-usaha memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja

1. Sokongan dari Ibu bapa

Melentur buluh biar dari rebungnya. Minat untuk bersukan haruslah dipupuk sejak awal zaman kanak-kanak. Negara Melaysia adalah antara negara di Asia yang mempunyai kadar obesisti yang tinggi. Didikan terhadap ibu bapa tentang cara-cara mendirikan keluarga yang cergas dan sihat adalah penting bagi memupuk minat untuk bersukan

2. Prasarana yang lengkap di kawasan perumahan

Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan bandar memastikan penduduk setempat mempunyai akses prasarana asas sukan, misalnya trek larian, padang bola sepak, atau gelanggang bola keranjang. Proses penyelenggaraan kemudahan asas sukan perlu dilakukan dengan teliti agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. Prasana yang berada dalam keadaan baik akan menggalakkan penduduk sekitar untuk meluangkan masa di pusat-pusat rekreasi sebagai pilihan mengisi masa lapang.

3. Dana sukan bagi sekolah-sekolah

Pihak sekolah perlu sokongan dana bagi memastikan para pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulim. Untuk itu, alatan sukan yang lengkap, bersama jurulatih yang berpengalaman adalah perlu bagi memastikan potensi penglibatan para remaja dapat di perkembangkan dan membuahkan hasil, Rutin latihan yang mantap mampu menjadikan sukan sebagai aset bagi para remaja dalam melangkah ke alam menara gading. Pencapaian sukan yang aktif adalah sangat berguna dalam usaha mendapat tempat di universiti dan biasiswa. Sekiranya, pihak sekolah dapat menjadikan platform sukan di sekolah masing-masing dengan efektif, sudah pasti remaja akan lebih berminat dan serius dalam melibatkan diri dalam sukan.

Sambutan Hari Guru

Guru ibarat lilin yang membakar dirinya demi memberikan cahaya kepada para pelajar. Begitu banyak pengorbanan dan jasa guru dalam usaha membentuk modal insan pelajar sejajar aspirasi pendidikan negara. Iaitu mewujudkan generasi masyarakat minda kelas pertama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jasa guru di abadikan setiap 15 Mei (tak ingat tarikh haha.. Hentam je ni, awak check balik) melalui sambutan Hari Guru yang di adakan di seluruh negara setiap tahun

Sambutan hari guru merupakan suatu peluang yang baik bagi para pelajar untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap guru. Di samping hari khusus untuk meraikan guru, saya berpendapat, sebagai seorang pelajar, antara cara lain yang boleh kita amalkan adalah dengan berusaha untuk belajar dengan gigih dan tekun. Sememangnya kejayaan akademik kita sudah cukup bagi memuaskan penat lelah seorang guru

Disamping itu, penghargaan terhadap guru melahirkan rasa hormat dalam diri para pelajar. Sudah menjadi sebati dalam nilai Ketimuran kita dimana martabat seorang guru dijunjung tinggi. Sekiranya penghargaan serta penghormatan terhadap guru terhakis, sudah pasti kita akan menyaksikan peningkatan dalam isu masalah disiplin pelajar.

Page 3: BM Lisan PT3 2015

Industri Herba

1) Menjana pendapatan ekonomi tempatan

Malaysia antara negara yang mempunnyai koleksi herba yang unik dan mendapat permintaan tinggi bagi pasaran global. Dengan memperkasakan industri berasakan herba, pelbagai peluang pekerjaan yang boleh dinikmati oleh masyarakat luar bandar. Kegiatan memungut hasil, logistik dan juga pengurusan bisnes dapat memberi manfaat bagi pelbagai pihak.

2) Membuka ruang kajian secara mendalam

Dengan kegiatan ekonomi berasakan herba yang semakin rancak, keperluan bagi industri untuk menghasilkan produk yang semakin berkualiti meningkat. Kajian yang lebih mendalam terhadap herba dapat di taja oleh syarikat korporat bagi tujuan optimisasi produk.

3) Memperkasakan Produk Warisan

Di samping nilai dari segi kualiti herba tempatan yang bermutu tinggi, herba tempatan juga mempunya nilai sentimental yang tinggi. Kita perlu berbangga dengan hasil penemuan nenek moyang yang begitu kreatif mencari jalan merawat penyakit secara organik. Keupayaan warga tempatan untuk memberi nilai komersial bagi herba warisan merupakan suatu pencapaian yang harus kita banggakan.

4) Pembanggunan ekonomi negara secara menyuluruh

Hasil pengelolaan industri penternakan secara optimal dan maju dapat meningkatkan kapasiti serta kualiti pengeluaran. Dengan peningkatan standard hasil tani, sudah pasti negara dapat mengurangkan kebergantungannya terhadap produk yang diimport dari luar negara. Secara tidak langsung mengurangkan pengaliran mata wang tempatan ke mata wang asing.

Langkah-langkah memajukan Industri Kecil dan Sederhana

1) akses bantuan latihan pengurusan perniagaan disediakan oleh pihak kementrian

2) loan pinjaman yang kompetitif serta proses pembayaran semula yang tidak membebankan.

3) penaja pendidikan menyalurkan graduan cemerlang untuk berkhidmat membantu proses urus takbir perniagaan di peringkat eksekutif.

4) meletakkan standard yang tinggi ke atas pemberian tender dan sebagainya untuk menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana agar kekal kompetitif dan berkembang

Page 4: BM Lisan PT3 2015

Kepentingan industri penternakan

1) Menjana pendapatan penduduk setempat

Malaysia antara negara yang mempunnyai kawasan tanah subur yang sesuai untuk kegiatan penternakan. Disamping cuaca yang kosisten sepanjang tahun serta akses pengairan yang baik, Malaysia terpelihara dari virus-virus yang boleh membahayakan haiwan penternakan. Oleh yang demikian tahap pengeluaran produk ternakan sepanjang tahun boleh di kekalkan pada tahap yang optimum. Dengan memperkasakan industri penternakan, pelbagai peluang pekerjaan yang boleh dinikmati oleh masyarakat luar bandar dan sekitar kawasan penternakan. Kegiatan mengurus ladang ternakan, logistik produk dan juga pengurusan bisnes dapat menjadi sumber pendapatan pelbagai pihak.

2) Membuka ruang kajian saintifik secara mendalam

Dengan kegiatan ekonomi industri penternakan yang semakin rancak, keperluan bagi industri untuk menghasilkan produk yang semakin berkualiti meningkat. Kajian yang lebih mendalam terhadap baka ternakan yang sihat dapat di taja oleh syarikat korporat bagi tujuan optimisasi produk. Usaha sebegini dapat memberi daya saing bagi produk tempatan di peringkat global.

3) Pembanggunan ekonomi negara secara menyuluruh

Hasil pengelolaan industri penternakan secara optimal dan maju dapat meningkatkan kapasiti serta kualiti pengeluaran. Dengan peningkatan standard penternakan, sudah pasti negara dapat mengurangkan kebergantungannya terhadap produk yang diimport dari luar negara. Secara tidak langsung mengurangkan pengaliran mata wang tempatan ke mata wang asing.

Ciri-ciri sahabat yang baik

1. Sahabat yang memberi semangat kepada anda untuk bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang akademik, sukan, atau kareer dengan cita-cita mengharumkan nama negara di persada antarabangsa - dengan menyemai cita-cita dan wawasan untuk berjaya, secara tidak langsung remaja akan lebih fokus dalam usaha membina potensi diri

2. Sahabat yang menggalakkan anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan serta sukarela bagi menyumbangkan tenaga bagi warga negara yang memerlukan - menyantuni masyarakat yang kurang berkemampuan atau dalam kesempitan.

3. Sahabat yang sentiasa memberi panduan serta dorongan kepada anda untuk menerapkan modal insan kelas pertama - remaja memerlukan sokongan dan bantuan untuk berjaya. - tekanan sosial yang cenderung ke arah budaya negatif membantutkan potensi remaja. Menjauhkan diri dari sahabat yang dapat memberi pengaruh buruk adalah amat wajar.

Page 5: BM Lisan PT3 2015

Kebaikan dan Keburukan Media Sosial

Kebaikan

1. Sumber pengetahuan am yang luas. Sesiapa sahaja boleh mengakses gedung ilmu ini dengan mudah pada bila-bila masa dengan mudah

2. Menjadi hub pembelajaran sosial dan kolaboratif merentas kawasan secara percuma dan efektif

3. Menjadi alat menghubungkan tali silaturrahim antara ahli keluarga, dan sahabat handai. Terutamanya bagi yang belajar atau bekerja jauh di perantauan.

4. Perkongisian maklumat tentang isu semasa dapat berlaku secara pantas dan efektif

5. Menjadi alat bagi para peniaga melariskan produk jualan melalui iklan-iklan yang disiarkan melalui media sosial

Keburukan

1. Tiada cara mudah untuk menyekat penyalah gunaan media sosial dari mengakses info yang tidak betanggunjawab

2. Seringkali ketagihan terhadap media sosial menyebabkan individu tidak produktif dalam aktiviti seharian. Masa banyak dihabiskan di laman sosial

3. Perhubungan yang tidak terbatas mengundang masalah gejala sosial dan kebobrokan rumah tangga. Pelbagai kes rumah tangga menjadi porak peranda apabila didapati media sosial disalah guna untuk berhubung dengan individu-individu lain

4. Pemantauan terhadap info-info yang di kongsi di media sosial tidak dapat dilakukan secara menyeluruh mengakibatkan potensi bagi fitnah tersebar semakin berleluasa,

5. Info peribadi sekiranya tidak di jaga dengan baik akan mudah di curi dan dieksploit pihak tidak bertanggunjawab

Kesan pengambilan makanan segera

Salah satu keburukan makanan segera ialah makanan itu menjadi penyebab penyakit. Sebagai contoh, penyakit kencing manis. Hal ini kerana makanan segera banyak mengandungi gula. Contohnya ialah donut dan kek. Oleh itu, makanan segera dapat menjadi penyebab penyakit berbahaya.Selain itu, makanan segera juga dapat menyebabkan kegemukan / obesiti. Hal ini kerana, makanan segera banyak mengandungi lemak. Sebagai contoh, ayam goreng, pizza dan burger. Kandungan lemak dalam ayam goreng sangat tinggi. Oleh hal yang demikian, makanan segera dapat menyebabkan berat badan .

Page 6: BM Lisan PT3 2015

Kepentingan teknologi maklumat

1. Mampu mempercepatkan kerja kita. Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka tidak mencari bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang disusuni dengan ribuan buku.

2. Dapat membuatkan kita berhubung dengan orang yang jauh. Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka dengan hanya menelefon mereka.

3. Membantu pembelajaran mereka juga antara kepentingan teknologi maklumat kepada manusia. Senario ini dapat dilihat apabila sudah ada banyak laman ‘blog’ yang berkaitan dengan sesuatu subjek mengikut sukatan pembelajaran di sekolah yang memenuhi Internet. Dalam ‘blog’ tersebut, terdapat banyak cara menjawab soalan peperiksaan dan tips yang diberikan untuk menghafal sesuatu sukatan pembelajaran.

Sains dan teknologi dalam kehidupan harian

Kebaikan

1. Sumber akses pengetahuan am yang luas. Sesiapa sahaja boleh mengakses gedung ilmu ini dengan mudah pada bila-bila masa dengan mudah

2. Menjadi hub pembelajaran sosial dan kolaboratif merentas kawasan secara percuma dan efektif. Tidak perlu menghabis wang yang banyak bagi membeli buku,

3. Menjadi alat menghubungkan tali silaturrahim antara ahli keluarga, dan sahabat handai. Terutamanya bagi yang belajar atau bekerja jauh di perantauan

4. Perkongisian maklumat tentang isu semasa dapat berlaku secara pantas dan efektif melalui telefon, emel dan media sosial

5. Menjadi alat bagi para peniaga melariskan produk jualan melalui iklan-iklan yang disiarkan melalui media sosial dan media elektronik

Keburukan

1. Tiada cara mudah untuk menyekat penyalah gunaan teknologi dari penyalahgunaan

2. Seringkali ketagihan terhadap media sosial menyebabkan individu tidak produktif dalam aktiviti seharian. Masa banyak dihabiskan di laman sosial

3. Perhubungan yang tidak terbatas mengundang masalah gejala sosial dan kebobrokan rumah tangga. Pelbagai kes rumah tangga menjadi porak peranda apabila didapati media sosial disalah guna untuk berhubung dengan individu-individu lain

3. Pemantauan terhadap info-info yang di kongsi di media sosial tidak dapat dilakukan secara menyeluruh mengakibatkan potensi bagi fitnah tersebar semakin berleluasa,

4. Info peribadi sekiranya tidak di jaga dengan baik akan mudah di curi dan dieksploit pihak tidak bertanggunjawab.

Page 7: BM Lisan PT3 2015

Usaha-usaha melahirkan remaja berwawasan

1) Mengikuti perkembangan sosial generasi baru

Para pendidik harus berusaha meneliti perkembangan psikologi generasi Millenials. Peredaran zaman turut membawa peredaran mentaliti. Kegagalan pihak pendidik seperti ibu bapa, guru-guru dan kementrian pendidikan untuk mengambil faktor perkembangan psikologi remaja turut menjejaskan usaha untuk berkomunikasi dengan baik. Akibatnya remaja merasakan diri mereka terasing dan tidak difahami. Komunikasi yang sihat adalah amat perlu bagi memastikan remaja berasa selesa untuk berkongsi aspirasi serta masalah yang menghalang mereka untuk berjaya dan menggarap wawasan yang maju.

2) Memperkasakan aktiviti khidmat masyarakat

Penglibatkan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan serta sukarela bagi menyumbangkan tenaga bagi warga negara yang memerlukan dapat memberi nafas baru dalam usaha meningkatkan potensi dan kebolehan diri. Berbekalkan dengan semagat partriotik serta rasa ingin membantu golongan yang tidak bernasib baik, remaja akan semakin mengambil berat perihal isu masa depan.

3) Mendidik toleransi dan kesefahaman ke arah perpaduan

Dalam usaha melakar kejayaan kerjaya dan potensi diri, kerjasama atau amalan saling bantu-membantu adalah penting dan harus dipupuk dalam jiwa remaja. Remaja perlu saling memberi dorongan serta galakan antara satu sama lain agar tidak ada yang ketinggalan hanyut dalam kealpaan hiburan. Perpaduan bukanlah sesuatu yang memerlukan kita meninggalkan identiti dan prinsip diri. Dengan mengenali adat resam, pantang-larang serta kepercayaan satu sama lain, jalinan persaudaraan yang lebih mesra dan utuh dapat dibentuk. Kesefahaman merentasi budaya, agama dan bangsa adalah amat perlu bagai mencapai aspirasi remaja berwawasan dalan usaha membangunkan negara sebagai model demokrasi dan sosioekonomi yang dikagumi di rantau ini.

4) Membendung budaya tidak sihat.

Remaja cenderung untuk bereksperimentasi. Mencuba perkara baru dan melahirkan identiti yang unik. Ibu bapa serta para pendidik harus bijak dalam memantau perkembangan sosial golongan remaja. Pengamalan budaya barat yang tidak sihat seperti penyakit sosial yang melibatkan dadah, rokok, hubungan kekasih, dan sebagainya turut menjadi ancaman besar terhadap proses perkembangan potensi remaja. Disamping membantutkan perkembangan intelek serta emosi remaja, penyakit sosial akan menyebabkan remaja leka dan alpa dalam dunia hiburan.

Page 8: BM Lisan PT3 2015

Keracunan makanan

Keracunan makanan banyak berlaku disebabkan oleh kelalaian pengguna itu sendiri. Kebanyakan anggota masyarakat tidak mempunyai pengetahuan tentang kesempurnaan pengjagaan makanan. Kita perlu sedar bahawa kebersihan amat penting dalam proses penyediaan makanan. Namun, ada antara kita yang tidak mengetahui cara yang betul membasuh bahan makanan sebelum dimasak. Bahan-bahan seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan amat sensitif dengan perubahan udara. Tanpa pembersihan yang teliti sebelum dimakan atau pun dimasak, kuman di dalam bahan makanan akan membahayakan kita.

Selain itu makanan yang tercemar pasti mengundang bahaya keracunan makanan. Pencemaran makanan berlaku apabila makanan yang disediakan atau dihidangkan itu terdedah. Keadaan persekitaran yang kotor juga dapat mencemarkan makanan. Hal ini sudah tentu menyebabkan makanan dihinggapi lalat, lipas dan tikus yang membawa kuman dalam makanan. Impaknya keracunan makanan berlaku apabila kita makan makanan yang sudah tercemar oleh kuman dan bakteria.

Keracunan makanan juga disebabkan kandungan racun yang berlebihan dalam makanan. Para petani dan pekebun sayur yang menanam sayur-sayuran biasanya menyembur racun serangga atau racun daun untuk memastikan tanaman mereka itu hidup subur. Penggunaan racun yang berlebihan terhadap tanam-tanaman seperti sawi, kalian, kobis dan bayam akan menyebabkan kandungan racun terserap ke dalam daun. Kedaan ini sudah tentu membahayakan para pengguna jika bahan-bahan tersebut tidak dibersihkan dengan teliti.

Usaha-usaha Memupuk semangat patriotic dalam kalangan remaja

1. Penerapan Nilai Semangat Patriotisme dalam diri. Individu juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan semangat patriotisme terhadap negara. Di peringkat sekolah kita dapat lihat bahawa terdapat subjek pendidikan moral dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan yang dapat mendorong pemupukan semangat patriotisme dalam diri terutama pelajar. I

2. Sambutan Perayaan Beramai-RamaiUsaha ini dapat mengeratkan silaturrahim melalui penghayatan perayaan dan tuan rumah berpeluang meraikan tetamu yang datang dan memberikan layanan yang mesra. Majlis rumah terbuka yang diadakan sempena sambutan perayaan ini akan membolehkan masyrakat berbilang kaum beramah mesra sambil menikmati juadah yang disediakan bersama-sama.

Kepentingan semangat patriotic

1) Menjalinkan hubungan mersa sesama rukun tetangga tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Melalui usaha memupuk semangat kesatuan sebegini negara akan dapat kekal harmoni

2) Kesefahaman merentasi budaya, agama dan bangsa adalah amat perlu bagai mencapai aspirasi masyrakat berwawasan minda kelas pertama dalan usaha membangunkan negara sebagai model demokrasi dan sosioekonomi yang dikagumi di rantau ini. Oleh itu nilai patriotisme menjadi asas asas kepada kemajuan negara