bmm 3108 fonetik dan fonologi

11
B1 : Fonetik & Fonologi BM Definisi & Perbezaan: Fonologi kajian tentang sistem bunyi. (terbhg kpd 2 bidang, iaitu fonetik dan fonemik) Fonemik cabang fonologi menitikberatkan analisis sistem bunyi bahasa yg dikaji pd masa tertentu (khusus utk menghasilkan sistem tulisan) Fonetik kajian mengenai bunyi bahasa yg dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia & beri lambang-lambang kpd bunyi tersebut (simbol tulisan). 1. Fonetik Artikulasi Kajian tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bhgn-bhgn artikulator yang terlibat. Pengelasan thdp bunyi bhs bdasar cara bunyi dikeluarkan (alat artikulator) 2. Fonetik Akustik Mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa (gelombang bunyi ujaran yg dihasilkan oleh pita suara) Sifat yg diberi perhatian (nada, frekuensi, amplitud) 3. Fonetik Auditory Kajian tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan oleh otak. Perbezaan Fonetik & Fonologi Fonetik: 1. Fenomena bunyi/pertuturan manusia seluruhnya. 2. Asas kepada kajian fonologi. 3. Tidak dpt memerikan seluruh bunyi yg dihasilkan oleh manusia, tidak dpt menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dpt menghuraikan sistem bunyi semua bhs yg dituturkan oleh manusia dgn sempurna. Fonologi: 1. Menkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dlm pertuturan bagi sesuatu bhs. 2. Input kpd kajian lin. tinggi, morfologi & sintaksis. 3. Dpt merumuskan, menghuraikan & menjelaskan segala bentuk bunyi dlm sesuatu bhs secara teliti & terperinci dgn tujuan utk menentukan peraturan & bentuk bunyi secara spesifik. Matlamat Sebutan Baku BM 1. Mewujudkan satu variasi sebutan baku dlm BM yg dpt digunakan dlm situasi formal/rasmi 2. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa 3. Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu 4. Untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan 5. Menghindarkan penggunaan dialek setempat dlm P&P BM di peringkat sekolah. Pelaksanaan Sebutan Baku BM Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : Sebutan Huruf: setiap huruf dlm ejaan Rumi/Jawi perlulah dilafazkan dgn jelas mengikut nilai bunyi BM yg dilambangkan. Sebutan Kata: berdasarkan ejaan secara keseluruhan & juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar / kata terbitan. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yg turun naik / tinggi rendah sewaktu bercakap & hendaklah berdasarkan jenis & bentuk ayat / kalimat dlm BM serta keperihalan keadaan yg berkenaan. Huruf dan fonem vokal 1. vokal a disebut sebagai [a]. cth: ejaan saya disebut sebgai [sa ya] 2. vokal i disebut sbg [i]. cth: ejaan nasi disebut sbg [na si] 3. vokal u disebut sbg [u]. cth: ejaan lanun disebut sbg [la nun] Penyebutan kata terbitan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.

Upload: amkatox

Post on 12-Aug-2015

709 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Nota ringkas fonetik dan fonologi daripada minggu satu sehinggalah pada minggu kelima belas. Nota ini nota ringkas sahaja.. nota yang saya buat untuk exam..

TRANSCRIPT

Page 1: BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

B1 : Fonetik & Fonologi BM

Definisi & Perbezaan:

Fonologi – kajian tentang sistem bunyi. (terbhg kpd 2 bidang, iaitu fonetik dan fonemik)

Fonemik – cabang fonologi menitikberatkan analisis sistem bunyi bahasa yg dikaji pd masa tertentu (khusus utk menghasilkan sistem tulisan)

Fonetik – kajian mengenai bunyi bahasa yg dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia & beri lambang-lambang kpd bunyi tersebut (simbol tulisan).

1. Fonetik ArtikulasiKajian tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bhgn-bhgn artikulator yang terlibat. Pengelasan thdp bunyi bhs bdasar cara bunyi dikeluarkan (alat artikulator)

2. Fonetik AkustikMengkaji sifat-sifat bunyi bahasa (gelombang bunyi ujaran yg dihasilkan oleh pita suara)Sifat yg diberi perhatian (nada, frekuensi, amplitud)

3. Fonetik AuditoryKajian tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan oleh otak.

Perbezaan Fonetik & Fonologi

Fonetik:

1. Fenomena bunyi/pertuturan manusia seluruhnya.

2. Asas kepada kajian fonologi.3. Tidak dpt memerikan seluruh bunyi yg

dihasilkan oleh manusia, tidak dpt menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan

tidak dpt menghuraikan sistem bunyi semua bhs yg dituturkan oleh manusia dgn sempurna.

Fonologi:

1. Menkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dlm pertuturan bagi sesuatu bhs.

2. Input kpd kajian lin. tinggi, morfologi & sintaksis.

3. Dpt merumuskan, menghuraikan & menjelaskan segala bentuk bunyi dlm sesuatu bhs secara teliti & terperinci dgn tujuan utk menentukan peraturan & bentuk bunyi secara spesifik.

Matlamat Sebutan Baku BM

1. Mewujudkan satu variasi sebutan baku dlm BM yg dpt digunakan dlm situasi formal/rasmi

2. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa

3. Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu

4. Untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan

5. Menghindarkan penggunaan dialek setempat dlm P&P BM di peringkat sekolah.

Pelaksanaan Sebutan Baku BM

Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Sebutan Huruf: setiap huruf dlm ejaan Rumi/Jawi perlulah dilafazkan dgn jelas mengikut nilai bunyi BM yg dilambangkan.

Sebutan Kata: berdasarkan ejaan secara keseluruhan & juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar / kata terbitan.

Intonasi: Intonasi ialah nada suara yg turun naik / tinggi rendah sewaktu bercakap & hendaklah berdasarkan jenis & bentuk ayat / kalimat dlm BM serta keperihalan keadaan yg berkenaan.

Huruf dan fonem vokal1. vokal a disebut sebagai [a]. cth: ejaan ‘saya’

disebut sebgai [sa ya]2. vokal i disebut sbg [i]. cth: ejaan ‘nasi’

disebut sbg [na si]3. vokal u disebut sbg [u]. cth: ejaan ‘lanun’

disebut sbg [la nun]

Penyebutan kata terbitan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.

Page 2: BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

B2 : Artikulasi & Artikulator

Definisi & Alat Artikulasi

Artikulasi – alat pertuturan yg terlibat dlm proses pengsluaran bunyi-bunyi bahasa. (terbhg kpd 2, artkulator & daerah artikulasi)

Artikulator – alat pertuturan yg blh digerakkan (lidah, bibir & gigi bawah)

Daerah Artikulasi – alat pertuturan di atas rongga mulut & tidak blh digerakkan hanya blh didekati/disentuh ap’ proses pengeluaran bunyi bhs (gigi atas, gusi, lelangit keras, lelangit lembut)

1. bibir atas 11. tengah lidah2. bibir bawah 12. belakang lidah3. gigi atas 13. akar lidah4. gigi bawah 14. epiglotis5. gusi 15. rongga suara6. lelangit keras 16. rongga tekak7. lelngit lembut 17. rongga hidung8. anak tekak 18. rongga mulut9. hujung lidah 19. rahang10. hadapan lidah 20. tenggorok

Artikulasi Vokal

Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan.

Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir.

Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut:

Keadaan bibir terbahagi kpd 3 bhgian, hampar, neutral, bundar

Page 3: BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

B3 : Artikulasi & Artikulator

Diftong - gabungan 2 bunyi vokal yg disebut sebgi satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah (ai, au, oi)

Konsonan – semua bunyi selain vokal yg dihasilkan dgn melakukan sekatan terhadap arus udara yg dilepaskan melalui paru-paru.

Artikulasi DiftongTerbhgi kpd 4:

1. D. Biasa – gabungan 2 bunyi vokal yg disebut dlm 1 suku kata akibat perubahan kedudukan lidah.

2. D. Lebar - perubahan yg luas pd kedudukan lidah

3. D. Menurun – puncak kenyaringan jatuh pd vokal pertama

4. D. Sempit – melibatkan perubahan yg sempit pd kedudukan lidah.

Kedudukan lidah utk bunyi diftong

Artikulasi Konsonan

Bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan getaran.

Bunyi Letupan : Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yg dilepaskan drpd paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut / pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta & akan terhasillah bunyi letupan.

Fon Awal Akhir[p] [pulau] [atap][b] [bumi] [rəbab][t] [talam] [liat][d] [datu?] [kad][k] [kata][g] [garau] [beg][?] [ana?]

Bunyi Letusan : Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan.

[č] [cawan] [mač][j] [jam] [caj]

Bunyi Sengauan : sekatan yg dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yg dihasilkan dgn cara menurunkan anak tekak (uvula) utk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yg dilepaskan di paru-paru akan melalui rongga hidung & terhasillah bunyi nasal [m], [n], [ng], dan [ny].

[m] [muda] [cium]

[n] [niat] [jalan][ng/ ŋ] [ŋaŋa] [bujaŋ][ny/ ɲ] [ɲaɲi] *

Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut.

[l] [lalu] [awal]

Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis.

[f] [faseh] [alaf][v] [vên][s] [sarat] [awas][z] [zat] [lafaz][sy/ š] [šarat] [skuaš][h] [harta] [sah]

bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. [w] & [y]

hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

[r] [rasa] [siar]

Page 4: BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

Konsonan pinjaman BM

1. Geseran bibir-gigi tak bersuara 2. Geseran bibir-gusi bersuara 3. Geseran gigi tak bersuara 4. Geseran gigi bersuara 5. Geseran lelangit lembut tak bersuara 6. Geseran lelangit lembut bersuara

Geseran bibir-gigi tak bersuara- bibir bawah dirapatkan ke gigi ats utk

membuat sempitan udara yg keluar. - lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga

tekak. - Udara dr paru-paru keluar melalui rongga

mulut dan dibiarkan bergeser pd bibir bawah dan gigi atas.

- pita suara x digetarkan. - cth: [f]

Geseran bibir-gusi bersuara - bibir bawah dirapatkan ke gigi ats utk

membuat sempitan udara yg keluar. - lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga

tekak. - Udara dr paru-paru keluar melalui rongga

mulut & dibiarkan bergeser pd bibir bawah & gigi atas.

- pita suara digetarkan. - cth: [v]

Geseran gigi tak bersuara

- daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah.

- Lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga tekak.

- Udara dikeluarkan dr paru-paru melalui rongga mulut & dibiarkan b’geser keluar di daerah gigi.

- pita suara x digetarkan. - Contoh sebutan: [alaa] ‘Selasa’ (thalatha)

Geseran gigi bersuara - daun lidah berada di antara gigi atas dengan

gigi bawah. - Lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga

tekak. - Udara dikeluarkan dr paru-paru melalui rongga

mulut & dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi.

- pita suara digetarkan. - cth: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim)

Geseran lelangit lembut tak bersuara - belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut

utk membuat sempitan. - Lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga

tekak. - Udara dikeluarkan dr paru-paru & dibiarkan

bergeser pd sempitan di daerah lelangit lembut.

- pita suara x digetarkan. - cth: [xabar] ‘khabar’

Geseran lelangit lembut bersuara- belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut

utk membuat sempitan. - Lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga

tekak. - Udara dikeluarkan dari paru-paru dan

dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut.

- pita suara digetarkan. - cth: ghaib [ ], loghat [ ]

B4 : Huruf-Huruf dlm BM B9 : Fonem dlm BM

- Terdpt 5 huruf vokal & 6 fonem vokal- 18 konsonan dlm BM (asal)- 8 konsonan pinjaman

Vokal

HURUF FONEMa

e talinge pepet

iou

/a//e//ә//i//o//u/

Konsonan Asal

HURUF FONEM

b /b/

c /č/

d /d/

g /g/

h /h/

j /j/

k /k/

l /l/

m /m/

n /n/

p /p/

q /q/

r /r/

s /s/

t /t/

w /w/

y /y/

Page 5: BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

Konsonan Pinjaman

HURUF FONEM

f /f/

v /v/

th

dh

z /z/

sy

kh

gh

Konsonan Rangkap / Gandingan

- Terdpt 9 kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz & th.

- kh, gh, ny & ng dikekalkan hingga kini.

- ch, dz, dh & th diubah jdi konsonan tunggal.

ch = c, dz = z, dh = d, th = s

- sh diubah jadi sy

Konsonan asal BM terbhg kpd 7 :- letupan- letusan- geseran- getaran- sisian- sengauan- separuh vokal

rujuk jadual konsonan asal BM berdasar sebutan

Diftong

HURUF

FONEM

aiauoi

[ai][au][oi]

B5 : Simbol Fonetik dlm BM

Simbol vokalHuruf Simbol

bunyia [a]

e (pepet) [e]e taling [ə]

i [i]o [i]u [u]

Simbol konsonanb [b]c [č]

d [d]g [g]h [h]j [ĵ]k [?]l [l]

m [m]n [n]p [P]q [q]r [r]s [s]t [t]v [v]w [w]x [z]y [Y]z [z]

Simbol diftongai [ai]au [au]oi [oi]

Konsonan rangkap/ gandingan

Konsonan Rangkap

Simbol bunyi

gh [ ɣ ]ny [ ɲ ]ng [ ŋ ]sy [Š ]th [ ]dz [ ð ]kh [ x ]

Page 6: BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

B6 : Fonem Segmental dlm BM

Fonem unit bunyi terkecil yg membezakan makna. 34 fonem (24 fonem asli, 10 pinjaman) 24 fonem asli (6 f. Vokal, 18 f. konsonan)

Segmental fonem yang boleh dibhgikan.

Fonem Segmental fonem penggalan (proses mengeluarkan unit linguistik drpd ujaran / teks yg berurutan. Contohnya:

/makan/ /m/, /a/, /k/, /a/, /n/

Vokal Hadapan

3 fonem vokal hadapan /a/, /e/, /i/

Fonem Vokal

Awal Tengah Akhir

/i/ [itu] [kita] [laki]/e/ [eloɁ] [beta] [sate]/a/ [aku] [batu] [kita]

Setiap fonem vokal depan berkontras dgn fonem vokal lain dlm pasangan terkecil.

Fonem Vokal

Awal Tengah Akhir

/i/ dan /e/ - [bila][bela]

-

/e/ dan /a/ [esaɁ][asaɁ]

[bela][bala]

-

/a/ [intan][antan]

[bila][bala]

[mati][mata]

Vokal Tengah

Hanya 1 fonem vokal tengah shj /ə/ berlaku di awal & tengah perkataan berlaku di tgh kata dlm suku kata terbuka / tertutup.

akhir kata – hanya berlaku sekiranya ada kata pinjaman.

Fonem Awal Tengah terbuka

Tengah tertutup

Akhir terbuka

/ tertutup/ə/ [əmak] [sərah] [təntu] -

Vokal Belakang

2 fonem vocal belakang /o/ & /u/

Fonem Vokal

Awal Tengah Akhir

/o/ [otaɁ] [kotaɁ] [motɔ]/u/ [ulam] [gula] [laku]

Kedua-dua vokal belakang berkontras antara satu sama lain dlm pasangan terkecil.

[uraŋ] sejenis tumbuhan (pokok), erythroxylon cuneatum.

[oraŋ] manusia[buruŋ]

sejenis haiwan

[borɔŋ] membeli banyak (pukal)

Nasalisasi

Nasalisasi unsur sengauan yg hadir pd vokal yg mengikuti bunyi konsonan sengau. Unsur sengauan ditandai dgn [~] pd huruf vokal slps huruf sengauan (m,n,ng,ny)

Sewaktu menghasilkan udara keluar melalui kedua-dua rongga, iaitu mulut & hidung.

Diftong

Gabungan 2 bunyi vokal yg dilafazkan secara berterusan dlm satu hembusan nafas. Contohnya:

[ai] bermula dgn cara menyebut [a] kemudian digeluncurkan udara ke arah tahap membunyikan [i] ttp tidak sampai ke tahap sebutan [i].

berlakunya geluncuran udara dr satu tahap vokal ke satu tahap vokal yang lain ketika menyebut bunyi diftong.

Fonem diftong

Awal Tengah Akhir

/ai/ [aisiŋ] [hairan] [pantay]/au/ [auwrat] - [pulaw]/oi/ - - [sepoy]

Carta Diftong BM

Page 7: BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

B7&B8 : Fonem Segmental dlm BM

1. K. Letupan 2. K. Letusan 3. K. Geseran 4. K. Getaran r5. K. Sengauan m, n, ng, ny6. K. Separuh vokal 7. K. Pinjaman

Konsonan Letupan

Konsonan letupan dua bibir bersuara /b/ , /p/- Bibir bawah dan atas dirapatkan.- Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang

rongga tekak.- Udara drpd paru-paru disalurkan melalui rongga

mulut & dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu.

- Sekatan udara itu dilepaskan, dgn serta merta tanpa menggetarkan pita suara.

[batu][balu]

[lumba][labu]

[kelab][maktab]

[palu] [sampah] [malap

Konsonan letupan gigi-gusi bersuara /d/, tidak bersuara /t/

- Hujung lidah dirapatkan ke gusi.- Lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang

rongga tekak.- Udara drpd paru-paru disalurkan melalui rongga

mulut & tersekat di pertemuan hujung lidah & gusi.

- Sekatan udara dilepaskan dgn serta-merta sambil menggetarkan pita suara. ( /d/ )

- Sekatan udara dilepaskan dgn serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. ( /t/ )

[datuk] [sedut] [salad][tebu] [satu] [selat]

Konsonan letupan lelangit lembut bersuara /g/, tidak bersuara /k/

- Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.

- Bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara drpd paru-paru tersekat pd bhgian belakang lidah berdekatan dgn lelangit lembut tersebut.

- Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. /g/

- Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. /k/

[gajah] [megah] [beg][kalau] [bekal] [selak]

Konsonan Letusan

Konsonan letusan lelangit keras bersuara /j/ [j], tidak bersuara /c/ [č]

- Dpn lidah ditemukan dgn lelangit keras.- Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bhgian

belakang rongga tekak.- Arus udara yg keluar dr paru-paru keluar

melalui rongga mulut & tersekat di belakang pertemuan dpn lidah & gusi.

- Sekatan udara dilepaskn dgn serta-merta dgn menggetarkan pita suara.

- Sekatan udara dilepaskn dgn serta-merta tanpa menggetarkan pita suara.

[jambu] [laju] [kolaj][čatan] [beča] [mač]

Konsonan Getaran

Konsonan getaran gigi gusi bersuara /r/- Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi

dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.

- Udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi.

- Pita suara digetarkan.

[rotan] [kerap] [pakar]

Konsonan Geseran

Geseran bibir gigi tidak bersuara /f/, bersuara /v/- Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas

supaya membuat sempitan. - Lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian

belakang bahagian rongga tekak. - Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru

disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut tanpa menggetarkan pita suara./f/

- Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut sambil menggetarkan pita suara. /v/

Page 8: BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

Geseran gigi tidak bersuara /th/, bersuara [ð]- Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi

bawah. - Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang

bahagian rongga tekak. - Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru

disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. /th/

- Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara. [ð]

Geseran gusu bersuara /z/- Daun lidah didekatkan di daerah gigi-gusi

supaya dapat membuat sempitan udara keluar.

- Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.

- Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser di daerah gig-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah tersebut, sambil pita suara digetarkan.

Geseran lelangit keras tidak bersuara [š]- Bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di

antar lelangit keras dengan gusi untuk membuat sempitan.

- Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak.

- Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah sempitan gusi itu tanpa menggetarkan pita suara.

Geseran lelangit lembut tak bersuara [x], bersuara [ɣ]- Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut

untuk membuat satu sempitan. - Lelangit lembut sendiri dinaikkan ke

bahagian belakang rongga tekak. - Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru

dibiarkan, bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan bahagian belakang lidah tersebut, sambil pita suara tidak digetarkan. [x]

- Udara yg dikeluarkan drpd paru-paru dibiarkan, bergeser pd sempitan di daerah lelangit lembut dgn bhgn belakang lidah tersebut, sambil pita suara digetarkan. [ɣ]

Konsonan Sengauan

Konsonan sengauan dua bibir /m/- Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas.- Lelangit lembu diturunkan & arus dr paru-paru

keluar melalui rongga hidung.- Glotis dirapatkan & pita suara digetarkan.

[maZ čam] [temaZ n] [ketam]

Konsonan sengau gusi - /n/- Hujung lidah ditemukan dgn gusi atas. - Lelangit lembu diturunkan & arus dr paru-paru

keluar melalui rongga hidung.- Glotis dirapatkan dan pita suara bergetarkan.

[naZ si] [tanaZ h] [tamaZ n]

Konsonan sengau gusi lelangit keras /ny/ [ɲ] - Depan lidah ditemu/dirapatkan ke lelangit

keras.- Lelangit lembu diturunkan & arus dr paru-paru

keluar melalui rongga hidung.

- Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

[ɲaZ la] [baɲaZ k] -

Konsonan sengau lelangit lembut [ŋ]- Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut.- Lelangit lembu diturunkan & arus dr paru-paru

keluar melalui rongga hidung.- Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

[ŋiZ lu] [raŋka] [lalaŋ]

Konsonan Separuh Vokal

Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara /w/- Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan

setinggi mungkin. (spt menghasilkan vokal, u)- Berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal

yg mengikutinya.- Lelangit lembut dinaikkan utk menutup rongga

hidung dan pita suara bergetar.

[waris] [kawan] [taɁkraw]

Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara /y/- Bibir dihamparkan & hujung lidah dinaikkan

setinggi mungkin. (spt membunyikan vokal, i)- Berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal

yg mengikutinya.- Lelangit lembut dinaikkan utk menutup rongga

hidung dan pita suara bergetar.

Konsonan Pinjaman

Konsonan bibir-gusi /f/ & /v/- Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas.

- Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi.

Page 9: BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

- Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung.

- glotis direnggangkan, pita suara tidak digetarkan [f]

- glotis dirapatkan, pita suara digetarkan [v].

Konsonan geseran gigi /th/ & /dh/dz/- Hujung lidah berada d antara gigi atas dan

gigi bawah . - Lelangit lembut dinaikkan .

- Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi

- glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar [th].

- glotis dirapatkan dan pita suara bergetar [dh].

Konsonan Geseran Bersuara [z]- Hujung lidah ditemukan dgn daerah gusi.

- Lelangit lembut dinaikkan.

- Arus udara dr paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi.

- glotis dirapatkan dan pita suara bergetar

Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara [sy]- Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi

lelangit keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut.

- Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara.

- Glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan

Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]- belakang lidah dinaikkan untuk menutup

rongga hidung. - Udara dari rongga tekak keluar ke arah

rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut.

- glotis dirapatkan, pita suara digetarkan [kh]

- glotis direnggangkan, pita suara tidak digetarkan [gh].

Page 10: BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

B10 : Fonem Suprasegmental dlm BM

Fonem Suprasegmental ciri / sifat bunyi yg menindihi / menumpangi sesuatu fonem.

Unsur Suprasegmental tekanan, nada, jeda, panjang pendek(mora) & intonasi.

Prosodi perkara yg berkaitan dgn bunyi bhs yg dpt didengar di telinga, iatu yg tidak dpt dijelaskan melalui simbol tulisan.

Fokus kpd ujaran (berkaitan dgn intonasi & rima)

Kelantangan suara suara yg jelas dan mudah didengar.

Tekanan

Bunyi kata yg diucapkan lantang / pengucapan kata yg dikuatkan.

Lambang tekanan ialah [ ‘ ]

Selalu berlaku pd suku kata kedua dlm perkataan. Ttp tekanan tidak membezakan makna. Contohnya,

[ru’mah] [ kam’puŋ] [kər’tas]

Fungsi tekanan dlm BI boleh membezakan makna (bersifat fonemik & bunyi). Contohnya,

[prog’res] – kemajuan[pro’gres] – memajukan

Nada

Kadar meninggi / menurunnya pengucapan sesuatu kata / morfem. Tidak bersifat fonemik dlm BM ttp sebaliknya dlm bhs Cina Mandarin.

Contoh penggunaan nada dlm Cina Mandarin

Intonasi

Turun naik nada suara dalam pengucapan ayat / frasa.

Tingkat intonasi ditandai oleh angka 1, 2, 3, & 4.1. Menunjukkan nada paling rendah.2. Menunjukkan nada permulaan ujaran.3. Menunjukkan nada tekanan dlm ujaran.4. Menunjukkan nada paling tinggi

Contohnya: Ayat tanya – nada meninggi pd akhir ayat Ayat penyata – intonasi menurun

Jeda / Persendian

Digunakan utk memisahkan elemen-elemen lin spt perkataan, rangkai kata / ayat.

Lambang jeda [#] (ap’ digunakan bole bawa makna yg berbeza). Contohnya:

[#saya minum susu lembu#]

[#saya minum susu # lembu#]

Lambang jeda [+] utk pemisahan antara suku kata / perkataan. Contoh: berikan.

[ber + ikan] [beri + kan]

Panjang Pendek

Kadar panjang / pendek sesuatu bunyi diucapkan. (tidak membawa kepentingan fonemis dlm bm)

Lambang [ : ] mora

Satu mora [ : ] Dua mora [ :: ] Setengah mora [ . ]

Ada bahasa gunakan unsur ini sebagai ciri fonemis, misalnya Arab & Inggeris.

Page 11: BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

B13 : Sebutan Baku Kata Terbitan

Bentuk kata yg mengandungi kata dasar yang mendapat / menerima imbuhan.

Imbuhan awalan Imbuhan akhiran Imbuhan apitan Imbuhan sisipan

Imbuhan sisipan tidak lagi digunakan, hanya digunakan ap’ perkataan bru istilah....

B14 : Sebutan Baku Kata Pinjaman

Kata Pinjaman Bahasa Inggeris

Dipinjam apabila tiada perkataan tempata utk menggambarkan situasi baru. Contohnya:

Konotasi (connoctation), kompromi (compromise), siri (siries)

Pinjaman Awalan

Anti - antibiotik, anti-dadahPro - prokerajaan, pro-AmerikaPoli - poliklinik, politeknikAuto - autograf, autonomiSub - subgolongan, subtopikSupra - suprakelas, supranasional

Pinjaman Akhiran

- al klinikal, kritikal- isme idealisme, nasionalisme

Pinjaman Bahasa Arab

Perkataan yg berkaitan dgn hukum talak, fardhu, sunat, fadhilat dll

Pinjaman Akhiran

- i abadi, insani- wi duniawi, syurgawi- iah ilmiah, lahiriah- in hadirin, muslimin- ah hajah, ustazah- at hadirat, muslimat

Pinjaman Bahasa Sanskrit

Pinjaman Awalan

maha - mahasiswa, mahasiswipra - prasekolahtata - tatasusilaswa - swastaeka - ekabahasadwi - dwibahasapanca - pancaindera, pancalogam

Pinjaman Akhiran

- man seniman- wan hartawan- nita biduanita- wati peragawati