bola keranjang

17
1 Isi Kandungan mukasurat Pengenalan 2 Gelanggang bola keranjang 3 Posisi Pemain 5 Jaringan 6 Kemahiran 7 Undang-undang dan peraturan 13 Aspek Keselamatan 15

Upload: princeaarontan

Post on 14-Jan-2016

367 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bola keranjang

TRANSCRIPT

Page 1: Bola Keranjang

1

Isi Kandungan mukasurat

Pengenalan 2

Gelanggang bola keranjang 3

Posisi Pemain 5

Jaringan 6

Kemahiran 7

Undang-undang dan peraturan 13

Aspek Keselamatan 15

Page 2: Bola Keranjang

2

Pengenalan.

Bola Keranjang

- Permainan yang boleh dimainkan oleh sesiapa. - Memerlukan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan ketangkasan.- Kejayaan bergantung pada keupayaan pemain-pemainnya menguasai setiap kemahiran dan

bergerak secara efektif.- Dimainkan sama ada di luar atau di dalam dewan.- Ukuran gelanggang, peralatan dan saiz bola digunakan mengikut undang-undang yang

ditentukan oleh Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA)

Page 3: Bola Keranjang

3

Gelanggang

- Diperbuat daripada kayu, simen, atau permukaan sintetik yang sesuai, yang membolehkan bola melantun dengan baik dan kosisten.

- Keadaan permukaan gelanggan mestilah rata, keras dan bebas daripada sebarang gangguan yang berkemungkinan boleh membahayakan pemain

- Bagi gelanggang dalam yang berada dalam dewan, tinggi antara lantai dan siling atau sebarang halangan perlu melebihi 7 meter.

Page 4: Bola Keranjang

4

Papan jarring dan keranjang

- Papan jarring didirikan di kedua-dua hujung gelanggan. - Permukaan hadapan papan jarring perlu sama rata.- Diperbuat daripada kayu atau bahan lut sinar yang sesuai atau berwarna putih setebal 3 cm- Pada permukaan hadapan papan jarring dipasang keranjang yang terdiri daripada bulatan besi

dan jaring- Bahagian atas jaring dipasang separas dengan garisan bawah segi empat tepat

Bola

- Diperbuat daripada getah, kulit atau bahan sintetik- Kesesuaian tekanan bola ditentukan dengan menjatuhkan bola

dari ketinggian 1.8 cm dan bola akan melantun semula ke atak melebihi ketinggian paras pinggan.

Posisi Pemain :

Page 5: Bola Keranjang

5

Point Guard (PG): Tugasnya adalah membawa bola dan memberikan passing pada temannya. Dia yang mengatur irama permainan timnya, apakah cepat atau lambat. Biasa juga disebut playmaker. Posisi ini biasanya dipegang oleh orang yang berbadan kecil tapi lincah dan mahir mendribel.

Shooting Guard (SG): Seperti namanya, SG adalah orang yang punya tugas untuk menembak bola dari jarak yang cukup jauh. Dia harus cepat bergerak dan mencari posisi yang kosong untuk melepaskan tembakan. Posisi ini biasanya dipegang oleh orang yang paling bagus akurasi menembaknya.

Small Forward (SF): SF punya tugas mencetak angka. Dengan kata lain seorang SF harus mampu menebusi pertahanan dan melakukan lay-up atau dunk, juga melakukan shoot dari jarak-jarak tertentu. Posisi ini biasanya dipegang oleh orang yang punya teknik hebat dan

mahir mencetak angka.

Power Forward (PF): PF tugasnya adalah merebound bola. Rebound sangat penting, jika dalam pertahanan, rebound penting agar bola tidak kembali ke tangan musuh. Jika dalam penyerangan, rebound penting untuk kembali menciptakan kesempatan membuat angka. Biasanya posisi ini dipegang oleh orang yang lompatannya tinggi dan badannya cukup besar untuk merebut bola.

Center (C): C tugasnya di pertahanan dan penyerangan. Pada pertahanan, ia harus mampu menjaga ringnya dari tembakan jarak dekat seperti lay-up atau dunk musuh. Pada penyerangan, C harus mampu melihat posisi teman-temannya dan memberikan umpan pada teman yang kosong (karana posisinya di tengah, sehingga mudah memberi umpan ke sisi manapun). Selain itu dia pun harus kuat berebut bola dengan musuh untuk mencetak angka di bawah ring. Posisi ini biasanya dipegang oleh orang yang badannya paling tinggi dan besar.

Page 6: Bola Keranjang

6

Jaringan

- Jaringan dilakukan dengan memasukkan bola ke dalam keranjang pihak lawan

- Semua pemain boleh melakukan jaringan di mana-mana kawasan dalam gelanggan

- Ada dua cara untuk mendapatkan mata, iaitu :- Melakukan jaringan sebagai hasil pergerakan dalam

pemainan oleh pemain- Melakukan jaringan sebagai hasil lontaran percuma, iaitu

lontaran yang dilakukan dari kedudukan belakang garisan lontaran percuma

Page 7: Bola Keranjang

7

Kemahiran dalam permainan bola keranjang

- Penguasaan setiap kemahiran adalah penting sebelum pemain dilatih dengan taktik dan strategi dalam permainan bola keranjang.

- Kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola keranjang ialah menghantar, menerima, rebound, mengelecek, menghadang dan menjaring

Menghantar

- Kemahiran menyerang dan cara yang selamat untuk mengekalkan kawalan bola- Menghantar juga adalah cara terpantas untuk menggerakkan bola ke kawasan pihak lawan- Faktor perlu diambil perhatian ketika menghantar ialah kelajuan dan ketepatan- Jenis hantaran ialah:- Hantaran paras dada- Hantaran atas kepala- Hantaran lantun- Hantaran sisi

Teknik hantaran paras dada

Page 8: Bola Keranjang

8

Menerima

- Kemahiran menerima bola adalah kecekapan menangkap bola yang dihantar oleh rakan sepasukan

- Permain menerima bola perlu mengekalkan kawalan bola- Penerima bola perlu pantas membuat keputusan sama ada menjaring atau mengelecek

Page 9: Bola Keranjang

9

Menghadang

- Kemahiran untuk menyukarkan pemain lawan daripada mengelecek bola, melakukan hantaran atau melakukan jaringan

- Permain perlu mengekalkan posisi di antara pemain lawan yang membawa bola kea rah keranjang

Page 10: Bola Keranjang

10

Mengelecek

- Mengelecek adalah satu cara untuk mengerakkan bola ke kawasan pihak lawan dan juga untuk mengekalkan kawalan bola.

- Permain perlu megelecek tanpa melihat ke arah bola.

Page 11: Bola Keranjang

11

Menjaring

- Menjaring dalam permainan bola keranjang adalah memasukkan bola ke dalam keranjang pihak lawan.

- Semua permain boleh melakukan jaringan dari mana-mana bahagian gelanggang

Page 12: Bola Keranjang

12

Rebound

- Rebound ialah situasi bola yang melantun semula dari papan jarring yang dilakukan dengan melontar bola ke arah papan jarring.

- Rebound juga terhasil daripada jaringan yang tersasar- Kemahiran menangkap bola hasil daripada rebound adalah penting sama ada untuk terus

menyerang atau bertahan

Page 13: Bola Keranjang

13

Undang-undang dan peraturan

1. Masa PermainanPermainan dibahagikan kepada 4 waktu yang mengandungi masa 10 minit setiap waktu dengan masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10 minit).• 10 Minit rehat antara waktu 2 & 3 sebagai separuh masa perlawanan.

2. Permulaan Permainan :• Permainan akan dimulakan dengan 5 orang pemain bagi setiap pasukan.• Permainan hendaklah dimulakan pengadil dengan “Jump Ball” di bulatantengah.

3. “Jump Ball”• “Jump Ball” diadakan pada permulaan permainan sahaja dengan pengadil melambungkan bola di bulatan tengah.

4. Jaringan Gol :• Jaringan gol dihasilkan bila bola hidup (dalam permainan) memasuki keranjang.• Pasukan yang menjaringkan gol dapat 2 mata, 3 mata bagi jaringan gol dalam kawasan 3 mata . (3 mata tidak diperuntukkan dalam bola keranjang mini.)• Pihak lawan akan memulakan permainan dengan lontaran dalam.

5. Jaringan Bebas :• Dua atau tiga jaringan bebas diberikan kepada seseorang pemain yang telah difoulkan semasa dia hendak menjaringkan gol.• Setiap jaringan yang berjaya dari jaringan bebas dikira 1 mata.

6. Bola Keluar :• Bola dikira keluar apabila ia terkena lantai atau benda-benda lain di luar gelanggang.

7. Lontaran Ke Dalam :• Seseorang pemain hendaklah membuat lontaran ke dalam dari luar batasan di tempat yang ditunjuk oleh pengadil dalam masa 5 saat.

8. Pemain di luar batasan gelanggang :• Seseorang pemain dikira keluar batasan gelanggang apabila dia menyentuh batasan sama ada di atas atau di luar garisan• Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola itu tersentuh seseorang pemain di luar batasan gelanggang.

Page 14: Bola Keranjang

14

9. Peraturan 3 saat• Seseorang pemain ditegah berada di dalam kawasan larangan pasukan• Lawannya lebih dari tiga saat bila pasukannya sedang menguasai bola.

10. Peraturan 5 saat :• Seseorang pemain yang sedang memegang bola dengan tidak menghantar, menjaring gol, mengguling atau menggelecek lebih daripada 5 saat dikira perlanggaran peraturan.

11. Peraturan 8 saat :• Pasukan sedang menguasai bola tidak boleh mengawal atau menguasai bola di lapangan belakang gelanggang lebih dari 8 saat.

12. Peraturan 24 saat :• Pasukan yang menguasai bola hendaklah cuba melakukan jaringan gol dalam tempoh 24 saat.• Jaringan gol yang tidak kena “ring” akan dikira tidak berjaya dan 24 saat akan diteruskan.

13. Time-out• Waktu pertama dan waktu kedua mempunyai 2 kali time-out.• Waktu ketiga dan waktu keempat mempunyai 3 kali time-out.

14. Kesalahan (Foul)• Setiap pemain cuma boleh lakukan lima kali kesalahan .

15. Lontaran Masuk Bergilir-gilir ( Alternative Possession Procedure)• Permainan dimulakan dengan satu kali “Jump Ball” sahaja.• Sekiranya berlaku “Jump Ball” kedua pasukan akan mengambil giliran untuk melakukan lontaran masuk.

Page 15: Bola Keranjang

15

Aspek Keselamatan

- Memakai pakaian yang sesuai, kasut bertapak getah paras buku lali dan pelapik lutut.- Kuku jari dan tangan pendek, tidak memakai rantai, cincin atau jam tangan.- Memastikan gelanggang dan semua peralatan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat

digunakan.