borang dan syarat-syarat pertandingan azan, marhaban dan kompang
TRANSCRIPT
1
PERTANDINGAN AZAN
1.0 Pengenalan
Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan
masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya
berkumpul untuk mengerjakannya. Azan adalah dua perkara sunat dilakukan
sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu. Azan disunatkan ketika
hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau qadha’.
Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu kumpulan. Ini
bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua
2
PROGRAM EXPLORIA KESENIAN & KEBUDAYAAN MPSJ 200919 – 20 DISEMBER 2009, UPTOWN NIGHT WALK, TAMAN PUCHONG UTAMA
PERTANDINGAN NASYID # MARHABAN # LAUNGAN AZAN # KOMPANG # MEWARNA # BERBAGAI LAGIANJURAN : MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (BAHAGIAN BELIA, SUKAN & KEBUDAYAAN)
USJ 5, PERSIARAN PERPADUAN, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR D.E. 03-8026 3131 samb 3186/3187/4353/4354/4355/3299/3184
Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan dalam Borang Pertandingan ini adalah benar dan saya akan menanggung apa-apa jua kesulitan, masalah, kecederaan, kemalangan, kehilangan harta benda anak / jagaan sebelum, semasa atau selepas program ini berlangsung . Bersama dengan ini disertakan bayaran Yuran Penyertaan sebanyak RM 10.00. (RM : SEPULUH SAHAJA) .
_____________________T.Tangan Ketua Kumpulan Tarikh :……………………
Nama Ibubapa
No. MykadAlamat
No. Tel / HP
:……………………………………………………………………
:……………………………………………………………………
:……………………………………………………………………
.……………………………………………………………………:……………………………………………………………………
ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan
kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.
Azan terbahagi kepada 2 segi bahasa iaitu
a) “al-i`lam” (pemberitahuan) dapat dilihat di dalam Al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”
(Surah at-Taubah: 3)
b) “an-nida” (seruan) dapat dilihat di dalam Al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”
3
(Surah al-Haj: 27)
2.0 Syarat-syarat Penyertaan Petandingan Azan
2.1 Penyertaan adalah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.
2.2 Penyertaan adalah kepada peserta yang berumur bawah 16 tahun
sahaja.
2.3 Dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 sahaja untuk seorang.
4
2.4 Hendaklah dengan bahasa Arab, dan hendaklah diperdengarkan dengan
tertib dan muwalat.
2.5 Masa yang diberikan adalah antara 5 - 7 minit sahaja.
2.6 Pakaian hendaklah bersesuaian dengan pertandingan.
2.7 Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak
dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak
empat kali dan lafaz kalimah tawhid hanya sekali sahaja.
2.10 Lafaz tersebut adalah seperti berikut:
5
3.0 Penghakiman
Penghakiman dibuat dari segi :
a) Sebutan ayat = 40 markah
b) Tarannum = 40 markah
c) Tajwid (panjang dan pendek harakat) = 20 markah
6
4.0 Hadiah
Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 250.00 Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 150.00 Sijil Penyertaan
Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja.
7
5.0 Lain-lain
5.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak penganjur.
5.1 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan, Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Sila hubungi :
En. Hasan Abdullah = 03-80264352 Cik Syazana = 03-80264476
8
9
PERTANDINGAN MARHABAN
1.0 Pengenalan
Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan “Selamat
Datang“ satu cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Seni
marhaban ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah dan
mubaligh Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk mereka
berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata cara
yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian
10
PROGRAM EXPLORIA KESENIAN & KEBUDAYAAN MPSJ 200919 – 20 DISEMBER 2009, UPTOWN NIGHT WALK, TAMAN PUCHONG UTAMA
PERTANDINGAN NASYID # MARHABAN # LAUNGAN AZAN # KOMPANG # MEWARNA # BERBAGAI LAGIANJURAN : MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (BAHAGIAN BELIA, SUKAN & KEBUDAYAAN)
USJ 5, PERSIARAN PERPADUAN, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR D.E. 03-8026 3131 samb 3186/3187/4353/4354/4355/3299/3184
Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan dalam Borang Pertandingan ini adalah benar dan saya akan menanggung apa-apa jua kesulitan, masalah, kecederaan, kemalangan, kehilangan harta benda sebelum, semasa atau selepas program ini berlangsung . Bersama dengan ini disertakan bayaran Yuran Penyertaan sebanyak RM 30.00. (RM : TIGA PULUH SAHAJA) ._____________________
T.Tangan Ketua Kumpulan Tarikh :……………………
penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini.
Marhaban adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak penghijrahan
Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada marhaban, kalimah
selawat adalah ucapan ’taufiqi’ yang diajarkan oleh Allah Taala. Seiring dengan
pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh di kalangan masyarakat Arab,
ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap
Baginda Rasulullah s.a.w. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah Taala. Di
Malaysia, seni marhaban ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul
s.a.w., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan
majlis-majlis kesyukuran serta khatam Al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian
kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia
serta melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala.
11
2.0 Syarat-syarat Penyertaan
Berikut adalah syarat-syarat penyertaan untuk pertandingan Marhaban. Syarat
berikut menjadi garis panduan untuk para peserta yang menyertai pertandingan
ini adalah seperti berikut ;
12
i. Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.
ii. Ahli kumpulan hendaklah mengandungi tidak lebih daripada 10 orang
termasuk vokalis dan pemuzik (jika ada). Ahli kumpulan tidak boleh
bercampur anggota antara lelaki dan perempuan.
iii. Penyertaan boleh terdiri dari wakil badan kerajaan, agensi swasta,
sekolah, universiti, persatuan, kumpulan persendirian dan sebagainya.
Wakil bagi organisasi boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
iv. Yuran penyertaan adalah RM 30.00 bagi setiap kumpulan.
v. Perbelanjaan dan segala kos yang berkaitan bagi tujuan ini adalah
tanggungjawab masing-masing.
13
vi. Pakaian peserta hendaklah yang menutup aurat, bersopan dan
bersesuaian dengan nilai-nilai Islam.
3.0 Lagu, Muzik dan Persembahan
3.1 Untuk lagu marhaban, bacaan rawi tidak diperlukan. Masa yang
diperuntukkan adalah 8 minit. Tiada had umur untuk peserta marhaban.
3.2 Persembahan diwajibkan menampilkan persembahan yang menarik dan
menepati kesopanan ketimuran.
14
4.0 Penghakiman
Penghakiman akan diadili jawatankuasa penghakiman yang berkuasa memberikan keputusan muktamad. Penghakiman berdasarkan pada :
i. Vokal = (40 Markah)ii. Nahu/Lahjan = (20 Markah)iii. Persembahan = (20 Markah)iv. Keterampilan = (20 Markah)
4.0 Hadiah
Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,000.00
15
Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00 Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan
Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja.
5.0 Lain-lain
6.0 Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang
akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi
mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada
semua pihak.
16
6.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan
ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak
penganjur.
6.2 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan
boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Sila hubungi :
En. Hasan Abdullah = 03-80264352 Cik Syazana = 03-80264476
17
18
PERTANDINGAN KOMPANG
1.0 Pengenalan Mengenai Asal Usul Kompang
Kompang merupakan salah satu warisan Melayu yang dikatakan berasal dari Negara Arab dan dikenalpasti dibawa ke Malaysia semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-14 oleh pedagang-pedagang India-Muslim. Kompang biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu untuk perarakan pengantin dalam sesuatu majlis perkahwinan, perarakan tetamu kehormat dalam sesuatu majlis rasmi, majlis marhaban, majlis berkhatan, perasmian sesuatu program atau acara yang melibatkan ”gimik” dan boleh juga digunakan oleh kelab penyokong untuk memeriahkan acara sukan seperti kelab bolasepak, kumpulan orkestra, nasyid dan kumpulan-kumpulan muzik Melayu yang lain.
19
PROGRAM EXPLORIA KESENIAN & KEBUDAYAAN MPSJ 200919 – 20 DISEMBER 2009, UPTOWN NIGHT WALK, TAMAN PUCHONG UTAMA
PERTANDINGAN NASYID # MARHABAN # LAUNGAN AZAN # KOMPANG # MEWARNA # BERBAGAI LAGIANJURAN : MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (BAHAGIAN BELIA, SUKAN & KEBUDAYAAN)
USJ 5, PERSIARAN PERPADUAN, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR D.E. 03-8026 3131 samb 3186/3187/4353/4354/4355/3299/3184
Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan dalam Borang Pertandingan ini adalah benar dan saya akan menanggung apa-apa jua kesulitan, masalah, kecederaan, kemalangan, kehilangan harta benda sebelum, semasa atau selepas program ini berlangsung . Bersama dengan ini disertakan bayaran Yuran Penyertaan sebanyak RM 20.00. (RM : DUA PULUH SAHAJA) .
_____________________T.Tangan Ketua Kumpulan Tarikh :……………………
2.0 Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Kompang.
2.1 Peserta
2.1.1 Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.2.1.2 Setiap pasukan bebas menentukan bilangan lelaki dan perempuan.2.1.3 Setiap pasukan mestilah mempunyai ahli di antara 12 - 16 orang. 2.1.4 Hanya kompang sahaja yang dibenarkan dan hendaklah
disediakan oleh pasukan masing-masing.
2.2 Tema, Lagu & Persembahan
2.2.1 Setiap kumpulan WAJIB menyampaikan dua buah lagu. 2.2.2 Masa persembahan adalah diantara 10 - 12 minit. 2.2.3 Markah akan dikira berdasarkan 5 minit untuk pukulan rawi (tanpa
lagu) dan 5 minit untuk pukulan kreatif (serta lagu).
20
2.2.4 Bendera HIJAU akan diangkat oleh penjaga masa bagi menunjukkan persembahan dan masa bermula.
2.2.5 Bendera KUNING akan diangkat oleh penjaga masa menunjukkan masa 10 minit telah berlalu.
2.2.6 Bendera MERAH akan diangkat menunjukkan masa telah tamat (12 minit) dan peserta dikehendaki menamatkan persembahan mereka.
2.2.7 Markah tidak akan dikira setelah masa tamat.
2.3 Fokus Pemarkahan
2.3.1 Pemarkahan adalah dibahagikan seperti berikut:
a. Pukulan 40 %
b. Lagu/Selawat 30 %
21
c. Kreativiti 20 %
d. Disiplin/ Pakaian 5 %
e. Masa 5 %
Jumlah 100 %
3.0 Penghakiman
3.1 Para juri terdiri daripada golongan profesional dan mereka yang arif dalam
bidang kompang.
3.2 Tiga orang atau juri/hakim akan mengadili pertandingan ini dan dibantu
oleh seorang penjaga masa.
22
3.3 Segala keputusan juri adalah muktamad.
3.4 Sebarang bantahan berhubung keputusan pertandingan hendaklah dirujuk
kepada Ketua Juri berserta bayaran sebanyak RM 100.00. Wang tidak
akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
4.0 Hadiah
Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,000.00 Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan
23
Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja5.0 Lain-lain
5.1 Semua persembahan hendaklah dimainkan secara langsung (‘LIVE’)
tanpa mikrofon.
5.2 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dibatalkan
penyertaannya.
5.3 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan
ini adalah dibawah tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat
sebarang tuntutan.
24
5.4 Segala perbelanjaan pakaian dan persediaan termasuk peralatan adalah
dibawah tanggungan pasukan masing-masing.
5.5 Yuran penyertaan sebanyak RM 20.00 untuk setiap pasukan.
5.6 Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang
akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi
mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada
semua pihak yang terlibat
5.7 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan
boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Sila hubungi :
25
En. Hasan Abdullah = 03-80263184 Cik. Syazana = 03-80264476
26
27
PERTANDINGAN NASYID
1.0 Pengenalan
Permulaan nasyid didendangkan di tanah Arab khususnya di tanah Syam, dalam bentuk rakaman kaset, adalah pada sekitar akhir 1960-an. Pada ketika ini, hanya terdapat munsyid-munsyid secara solo, yang biasanya bernasyid di majlis-majlis tertentu seperti hari kebesaran Islam, dan majlis-majlis perkahwinan. Munsyid pertama yang dikesan sekitar akhir tahun 1960-an sehingga ke tahun 70-an, adalah beberapa orang antaranya Abu Mazen (bukan Mahmoud Abbas ya!), Abul Jud atau nama penuhnya Muhammad Munzir Sarmini. Kedua-dua mereka dari Syria, yang banyak mendendangkan nasyid-nasyid sufi diiringi kompang atau duff yang biasa.
28
PROGRAM EXPLORIA KESENIAN & KEBUDAYAAN MPSJ 200919 – 20 DISEMBER 2009, UPTOWN NIGHT WALK, TAMAN PUCHONG UTAMA
PERTANDINGAN NASYID # MARHABAN # LAUNGAN AZAN # KOMPANG # MEWARNA # BERBAGAI LAGIANJURAN : MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (BAHAGIAN BELIA, SUKAN & KEBUDAYAAN)
USJ 5, PERSIARAN PERPADUAN, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR D.E. 03-8026 3131 samb 3186/3187/4353/4354/4355/3299/3184
Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan dalam Borang Pertandingan ini adalah benar dan saya akan menanggung apa-apa jua kesulitan, masalah, kecederaan, kemalangan, kehilangan harta benda sebelum, semasa atau selepas program ini berlangsung . Bersama dengan ini disertakan bayaran Yuran Penyertaan sebanyak RM 30.00. (RM : TIGA PULUH SAHAJA) ._____________________
T.Tangan Ketua Kumpulan Tarikh :……………………
2.0 Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Nasyid.
2.1 Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.2.2 Syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Nasyid Terbuka MPSJ
diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil.
2.3 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 30.00 untuk satu kumpulan.2.4 Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada 6-8 orang ahli. 2.5 Sesuatu kumpulan dianggap tidak layak menyertai pertandingan ini
sekiranya mana-mana ahli kumpulannya terdiri daripada penyanyi professional. (Penyanyi professional ialah mereka yang telah membuat album sama ada dalam bentuk piring hitam, kaset, atau cakera padat baik secara solo mahupun berkumpulan).
29
2.6 Setiap persembahan hendaklah secara ‘live’ / langsung dan bagi kumpulan yang menggunakan kaedah ‘Minus One’ hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur 2 hari sebelum pertandingan.
2.7 Setiap kumpulan dikehendaki menyertakan lirik lagu semasa menghantar borang peryertaan dan lirik lagu hendaklah berunsurkan nilai – nilai Islam.
2.8 Pakaian bagi peserta lelaki hendaklah bersopan dan sesuai dengan kehendak nilai-nilai Islam manakala wanita adalah baju kurung.
3.0 Lagu
3.1 Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan satu lagu sahaja samada lagu tradisional atau lagu moden. Lagu-lagu yang dimaksudkan adalah :
a) Lagu Tradisional
30
- berunsurkan Bayati, Nahwan, Sikah, Ras, Sobah dan Hijjaz.
b) Lagu Moden - berunsurkan selain dari lagu tradisional tidak termasuk rentak Rock, Heavy Metal, Jazz dan Rap.
3.2 Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan 1 buah lagu nasyid dan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 6 minit.
3.3 Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan sejahtera, membenteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpamanya.
3.4 Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan lirik lagu.
31
4.0 Peralatan Muzik
Alat – alat muzik untuk Nasyid adalah :
a) Yenkee (Gendang Turki)
b) Kompang
c) Bonggo
d) Tamborin
e) Marakas
f) Congga
g) Rebana
h) Shaker
32
5.0 Penghakiman
5.1 Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantik oleh penganjur dan keputusan adalah muktamad. Penghakiman berdasarkan pada aspek-aspek berikut : i. Vokal - 40 markahii. Persembahan - 30 markahiii. Pakaian - 15 markahiv. Penyampaian - 15 markah
5.2 Pakaian peserta hendaklah bersopan sesuai dengan nilai-nilai Islam. Manakala pakaian bagi peserta wanita adalah baju kurung.
6.0 Hadiah
33
Tempat pertama : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,500.00 Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00 Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan
Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja
7.0 Lain-lain
7.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan
ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak
penganjur.
34
7.2 Semua peraturan wajib dipatuhi.
7.3 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan
boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Sila hubungi :
En. Hasan Abdullah = 03-80264352 Cik Syazana = 03-80264476
35