borang pementoran

15
LAPORAN PEMENTORAN BULAN: FEBRUARI TARIKH: 2 FEBRUARI 2015 (ISNIN) AKTIVITI: Hari ini adalah hari pertama saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Gemuan, Meradong, Sarawak. Perasaan bercampur baur kerana sudah lama saya tidak mengajar iaitu hampir setengah tahun saya tidak mengajar. Namun begitu, saya tidak begitu kekok kerana bilangan pelajar yang sedikit membuatkan saya tidak berasa begitu cemas namun berasa seronok untuk bertemu dan mengajar di sekolah ini. Pada hari ini, saya telah mengajar matapelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Tahun Empat. Pada pemerhatian saya, pelajar tahun empat masih belum dapat membaca al- quran dengan lancar dan bertajwid. Mereka masih memrlukan bimbingan guru. Hal ini kerana mereka mempunyai tabiat cara membaca yang tidak betul. Saya melihat ini sebagai satu masalah yang perlu saya perbaiki sebagai guru mereka. TARIKH: 3 FEBRUARI 2015 (SELASA) AKTIVITI: Pengajaran saya pada hari ini dimulakan dengan matapelajaran Pendidikan Islam Tahun Empat. Seperti semalam, saya mengajar tajuk tilawah al-Quran dan sambungan menghafaz surah al-Qariah. Mereka masih lagi memerlukan bimbingan dalam membaca al-Quran secara bertajwid. 1

Upload: shmr87

Post on 10-Nov-2015

277 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

borang

TRANSCRIPT

LAPORAN PEMENTORANBULAN: FEBRUARI

TARIKH: 2 FEBRUARI 2015 (ISNIN)AKTIVITI:Hari ini adalah hari pertama saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Gemuan, Meradong, Sarawak. Perasaan bercampur baur kerana sudah lama saya tidak mengajar iaitu hampir setengah tahun saya tidak mengajar. Namun begitu, saya tidak begitu kekok kerana bilangan pelajar yang sedikit membuatkan saya tidak berasa begitu cemas namun berasa seronok untuk bertemu dan mengajar di sekolah ini. Pada hari ini, saya telah mengajar matapelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Tahun Empat. Pada pemerhatian saya, pelajar tahun empat masih belum dapat membaca al-quran dengan lancar dan bertajwid. Mereka masih memrlukan bimbingan guru. Hal ini kerana mereka mempunyai tabiat cara membaca yang tidak betul. Saya melihat ini sebagai satu masalah yang perlu saya perbaiki sebagai guru mereka. TARIKH: 3 FEBRUARI 2015 (SELASA)AKTIVITI:

Pengajaran saya pada hari ini dimulakan dengan matapelajaran Pendidikan Islam Tahun Empat. Seperti semalam, saya mengajar tajuk tilawah al-Quran dan sambungan menghafaz surah al-Qariah. Mereka masih lagi memerlukan bimbingan dalam membaca al-Quran secara bertajwid. Selepas itu, saya melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar tahun Dua bagi matapelajaran Bahasa Arab. Namun pengajaran dan pembelajaran terpaksa ditangguhkan kerana kami guru-guru SK. Gemuan terlibat dengan taklimat ringkas oleh Guru Besar. Taklimat ini penting kerana terdapat beberapa perkara penting yang telah diberitahu terutamanya saya sebagai guru baharu. Antara isi-isi penting yang telah disampaikan oleh Guru Besar ialah tentang kepentingan keberadaan guru di sekolah tanpa alasan yang penting. Selain itu, pemberitahuan tentang istilah-istlah penting dalam bidang pendidikan dan juga perbincangan cuti peristiwa. Pada pendapat saya, saya tidak sempat melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat sesi persekolahan pada hari ini, namun Alhamdulillah saya sempat melakukan kelas Tasmik bagi pelajar tahun Empat walaupun selama setengah jam. Saya sempat menyemak bacaan enam orang pelajar dari 10 orang pelajar yang terlibat. TARIKH: 4 FEBRUARI 2015 (RABU)AKTIVITI:

Pada hari ini, saya telah melakukan proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid tahun Dua. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati murid-murid tahun Dua sangat seronok belajar dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka sering bertanya kepada saya tentang perkataan-perkataan arab. Hal ini menyebabkan saya berasa seronok untuk mengajar. TARIKH: 6 FEBRUARI 2015 (KHAMIS)AKTIVITI:

Pengajaran saya pada hari ini bermula dengan matapelajaran Bahasa Arab Tahun Lima. Selepas melakukan proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid Tahun Lima, saya dapati pelajar perempuan adlaah lebih aktif dari pelajar lelaki. Pelajar lelaki harus diberi dorongan lebih berbanding dengan pelajar perempuan yang menunjukkan minat yang tinggi terhadap matapelajaran ini. Namun, tidak dinafikan pelajar lelaki juga menunjukkan minat terhadap matapelajaran ini. Satu kelemahan yang saya dapati bagi pelajar tahun Lima ialah mereka banyak bercakap semasa melakukan latihan bertulis di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sepanjang melakukan proses pengajaran dan pembelajaran bersama mereka. Selepas itu, saya meneruskan sesi pengajaran bagi matapelajaran Tasmik untuk tahun Enam. Secara keseluruhannya, bacaan mereka adalah berada di tahap sederhana kecuali seorang pelajar yang saya rasakan sudah mampu membaca sendiri walaupun tanpa bimbingan guru sepenuhnya. Namun bagi pelajar yang lain, mereka harus dipantau dari segi bacaan dan tajwidnya. Saya melihat ini sebagai cabaran untuk saya mengajar dengan lebih gigih lagi agar mereka dapat membaca al-Quran dengan lebih lancar. TARKH: 7 FEBRUARI 2015 (JUMAAT)

AKTIVITI:

Kelas dimulakan dengan pengajaran Bahasa Arab Tahun 3 dan kemudiannya Tahun 4. Murid-murid tahun 3 berakhir dengan lancar. Mereka berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Cumanya pada hari ini, saya banyak mengulangkaji dengan bertanyakan perkataaan -perkataan arab pada pelajaran yang lepas, namun mereka tidak ingat. Perbendaharaan perkataan arab adalah sedikit. Manakala untuk murid-murid Tahun 4 juga tidak banyak bezanya. Mereka telah lupa banyak perbendaharaan kata apabila saya bertanyakan kepada mereka. Murid-murid ini perlu banyak disoal jawab oleh guru supaya perbendaharaan kata arab tidak lupus dari ingatan mereka.

ULASAN MENTOR:

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ULASAN GURU BESAR:

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

TANDATANGANGAN MENTEE: TANDATANGAN MENTOR: TANDATANGAN GURU BESAR: _________________ _________________ ___________________TARIKH: 10 FEBRUARI 2015 (ISNIN)

AKTIVITI:

Pada hari ini, saya memulakan pengajaran matapelajaran Pendidikan Islam Tahun Empat. Pada hari ini, saya telah mengajar topic al-Quran iaitu bacaan surah al-Hijr. Seperti biasa bacaan muri-murid Tahun Empat masih di tahap sederhana dan saya tidak berpuas hati dengan bacaan mereka. Hal ini kerana, mereka membaca dengan mencuri nafas dan tidak menjaga hukum panjang dan pendek bacaan. Namun mereka cuba dan tidak berputus asa.Terdapat beberapa orang pelajar yang masih lagi lemah membaca. hal ini disebabkan pelajar ini jarang hadir ke kelas KAFA. Saya telah menasihati mereka dan tindakan susulan akan dibuat bagi memastikan mereka hadir ke kelas tersebut.

TARIKH: 11 FEBRUARI 2015 (SELASA)AKTIVITI:

Pengajaran saya adalah seperti biasa seperti minggu yang lepas. Pengajaran untuk Bahasa Arab bagi murid-murid Tahun Enam adalah seperti biasa. Murid-murid kelaihatan seronok membaca petikan dan lancar berbanding murid-murid di Tahun yang lain. Potensi mereka untuk bercakap di dalam Bahasa Arab adalah tinggi jika mereka dibiasakan dengan untuk bercakap bahasa Arab. TARIKH: 12 FEBRUARI 2015 (RABU)

AKTIVITI:

Pada hari ini, saya mempunyai satu kelas sahaja bersama pelajar Tahun Dua iaitu matapelajaran Bahasa Arab sebanyak tiga masa. Pada hari ini, saya telah melakukan pengajaran berdasarkan topik nombor. Saya telah mengulangkaji nombor bermula dari satu hingga nombor 13. Alhamdulillah pelajar dilihat dapat menguasai pelajaran namun seorang dari mereka tidak dapat menguasai pelajaran iaitu Inamangelina. Saya juga telah memberikan sedikit hadiah bagi pelajar yang mampu menjawab soalan yang dikemukakan. Hadiah adalah cara saya meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih seronok belajar lagi. TARIKH: 13 FEBRUARI 2015 (KHAMIS)

AKTIVITI:

Kelas saya bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Pada hari ini, seramai empat dari tujuh pelajar tidak berada di sekolah. Hal ini kerana mereka menjalani pertandingan bola sepak. Maka, pada hari ini, murid-murid yang terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab adalah sebanyak tiga orang. Bilangan murid ini adalah bilangan murid paling sedikit dalam sejarah hidup saya. Walaupun begitu, saya tidak terasa seperti mengajar tiga orang pelajar. Mereka memberikan respons terhadap pengajaran saya dengan baik sekali. Mereka dapat membaca dan menjawab soalan guru dengan baik. Sifat ingin mencuba mereka membuatkan saya berasa seronok untuk mengajar murid-murid ini. Objektif pengajaran pada hari ini tercapai. Selepas waktu rehat, saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun Empat. Pada hari ini, saya telah mengajar Jawi. Saya meminta pelajar melakukan latihan di dalam buku latihan Bijak. Pada pemerhatian saya, pelajar-pelajar Tahun Empat agak lambat dalam menulis terutamanya pelajar lelaki. Hal ini kerana, mereka kurang Faham tulisaf jawi berbanding pelajar perempuan. Seorang murid tidak bawa buku ke sekolah. Saya dapati seorang pelajar selalu tidak hadir ke kelas KAFA. Saya memujuk pelajar ini yang khabarnya dari Tahun Tiga tidak datang ke kelas KAFA. Saya cuba memujuknya untuk hadir ke kelas tersebut. Pelajar tersebut bersetuju dan paling menggembirakan hati saya ialah, ketika saya ingin pulang dari sekolah, saya lihat pelajar tersebut bersama rakan-rakannya yang lain menunggu kelas KAFA. Alhamdulillah moga pelajar tersebut terus mencintai dirinya. ULASAN MENTOR:

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ULASAN GURU BESAR:

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

TANDATANGANGAN MENTEE: TANDATANGAN MENTOR: TANDATANGAN GURU BESAR:

_________________ _________________ ___________________TARIKH: 23 FEBRUARI 2015 (ISNIN)AKTIVITI:Pada hari Isnin, kebiasaannya pada waktu sebelah pagi, semua warga dan murid-murid SK. Gemuan akan mengadakan perhimpunan pagi. Kehadiran akan diambil dan amanat-amanat yang baik dari Guru Besar akan disampaikan oleh beliau. Antara amanat yang disampaikan kepada murid-murid ialah tentang pakaian ke sekolah. Murid-murid diminta berpakaian kemas dan lengkap ke sekolah. Kasut yang bersih serta baju yang dimasukkan ke dalam seluar bagi pelajar lelaki. Selepas perhimpunan, saya mengajar pelajar Tahun Empat bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Selepas itu, sesi Tasmi diadakan pada sebelah tengah harinya pula. Bacaan Quran oleh tiga daripada lima pelajar didapati berjaya meningkat dari sebelumnya. Walaupun usaha ini sedikit, namun diharapkan para pelajar dapat meningkatkan lagi usaha mereka. Bukan hasil sahaja yang ingin dilihat, namun kesungguhan usaha para pelajar itu yang lebih penting.TARIKH: 24 FEBRUARI 2015 ( SELASA)

AKTIVITI:

Pada sebelah pagi, saya mengajar Pendidikan Islam, seperti biasa murid-murid memberikan tindak balas yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang dilontarkan. Paling menyeronokkan, di samping saya mengajarkan mereka tentang najis-najis dan jenisnya, saya telah belajar satu perkataan baru yang telah diajarkan oleh pelajar tahun empat iaitu Baboi. Menurut mereka ini adalah bahasa Melayu Melanau yang bermaksud khinzir atau Babi.TARIKH: 25 FEBRUARI 2015 (RABU )

AKTIVITI:

Pada hari ini, saya dapat menghadirkan diri ke sekolah untuk mengadakan sesi pengajaran seperti biasa. Kelas saya bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 9.00 pagi. Para pelajar tahun dua kelihatan bersemangat untuk belajar bahasa Arab. Tapi kelemahan pelajar tahun dua ialah mereka gemar bercakap ketika membuat latihan di dalam kelas. Peringatan telah diberikan beberapa kali. Mereka aktif menjawab soalan guru di dalam kelas, namun aktif juga bercakap ketika menulis latihan. Pada sebelah petangnya pula, saya dan Cik NoorHazifah telah mengadakan perjumpaan kali kedua bagi Permainan Bola Jaring. Seramai 17 orang pelajar yang terdiri daripada muri-murid Tahun Tiga sehingga Enam telah menghadiri perjumpaan ini. Saya selaku salah seorang guru pembimbing telah mengajarkan mereka asas-asas pengenalan Bola Jaring. Antaranya, membezakan antara Bola Jaring dan Bola Baling, mengenali gelanggang dan fungsi-fungsi pemain di dalam permainan ini. Saya dapati murid-murid faham secara teorinya. Hal ini kerana, saya bertanya semula kepada mereka tentang permainan ini. Sebilangan daripada mereka berjaya menjawab soalan seterusnya telah mencapai objektif perjumpaan kali ini. Manakala muri-murid tahun Tiga di dapati masih keliru lagi. Pada pendapat saya, kemungkinan mereka lebih faham jika mereka bermain secara langsung berbanding mengenali secara teori sahaja. TARIKH: 26 FEBRUARI 2015 (KHAMIS)AKTIVITI:

Pengajaran dan pembelajaran pada sebelah pagi dapat dijalankan seperti biasa pada sebelah paginya. Namun, selepas rehat, saya dan guru-guru SK. Gemuan terlibat dengan taklimat ringkas yang disampaikan Guru Besar. Taklimat ini adalah penting kerana terdapat utusan dari Pejabat Pendidikan Daerah Meradong tentang perlantikan jawatan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak yang baru. Pada sebelah malamnya pula saya dan rakan j-Qaf yang lain telah menghadiri majlis bacaan Yassin bersempena menyambut juga kedatangan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak yang baru. ULASAN MENTOR:

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ULASAN GURU BESAR:

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

TANDATANGANGAN MENTEE: TANDATANGAN MENTOR: TANDATANGAN GURU BESAR:

_________________ _________________ ___________________TARIKH: 27 MAC 2015

AKTIVITI :

Pada sebelah pagi, murid-murid Sk.Gemuan berhimpun seperti biasa pagi melakukan laatihan menghafaz sifir. Murid-Murid SK Gemuan masih berada di tahap sederhana dalam menghafaz sifir. Saya telah melaakukan pengajaran dan pembelajaran seperi biasa dengan murid-murid. Seperti biasa, pada pagi Jumaat, saya telah mengadakan kelas Bahasa Arab tahun Tiga.Alhamdulillah, murid-murid kelihataan berminat dengan pembelajaaran yang dijalankan. Pada penajaran kali ini, saya telah melakukan satu projek buku skrap yang mudah bersama pelajar tahun tiga. Alhamdulillah, saya rasa berbangga dengan mereka kerana mereka berjaya menghasilkan projek yang menaarik. Saya rasa kagum dengan mereka kerana mereka mepunyai bakat melukis yang baik. Selepas itu, pada jam 10.30-12.00, saya mempunyai kelas bersama pelajar dari tahun Empat. Walaupun tiada projek kecil seperti pelajar tahun tiga, saya dapati pelajar-pelajar ini, bersemangat untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya.

Pada sebelah petang pula, saya telah dijemput untuk menghadiri perjumpaan PPGB ( Program Penjanaan Guru Baharu). Perjumpaan kali pertama bersama dengan guru-guru baharu yang ditempatkan di daerah Meradong, telah dihadiri seramai 27 orang. Taklimat bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada 5.00 petang. Pada perjumpaan itu, kami telah berkenalan dengan pegawai-pegawai pendidikan daerah meradong. Antaranya, Pn. Sila anak Gawan selaku penyelaras PPGB, Pn.Rogayah, En.Nasaruddin.

Kami selaku guru-guru baharu telah diminta untuk menyediakan fail PPGB, bagi tujuan pengesahan jawatan. Fail ini akan disemak dari masa kesemasa oleh Pn. Sila Anak Gawan selaku penyelaras program ini. Kami telah diberi beberapa modul rujukan dan diminta oleh beliau untuk menyiapkan tiga bab dari bab-bab yang terdapat di dalam modul tersebut

1