borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · (bbm) bertajuk blood circulation and transport bagi...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BERTAJUK BLOOD CIRCULATION AND TRANSPORT BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya: HASNOL BIN HASHIM
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO. 21 JALAN TPS 3/13 , TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID TAMAN PELANGI SEMENYIH, 43500 SEMENYIH, SELANGOR Tarikh :_____ ______ Tarikh:________ _____
√
____________ April 2008 ___________April 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya/kami adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Sains)”
Tandatangan : Nama Penyelia : TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID Tarikh : APRIL 2008
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BERTAJUK BLOOD CIRCULATION AND TRANSPORT BAGI
MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA.
HASNOL BIN HASHIM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya ”.
Tandatangan : Nama Penulis : HASNOL BIN HASHIM Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Buat isteri yang di cintai
Pengorbanan mu tiada ternilai
Anak-anak ku yang di kasihi
Telatah dan karenah mu tak terbeli
Buat teman dan rakan seperjuangan
Bantuan dan sokongan sentiasa di ingatan
Semoga persahabatan ini berkekalan
Terima kasih atas segalanya
Moga kalian bahagia selamanya
iv
PENGHARGAAN
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani” dan
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi di atas izin dan limpah rahmat-Nya
pembangunan perisian serta penulisan ini telah dapat saya siapkan dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn
Hj Muslim bin Jonid selaku pensyarah penyelia Projek Sarjana Muda (PSM), juga
sebagai pembimbing yang telah banyak membimbing saya di dalam membangun
perisian dan menyiapkan penulisan ini. Terima kasih di atas jasa beliau yang tidak lokek
berkongsi segala pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki sehingga ianya dapat
diaplikasikan dengan jayanya di dalam perisian yang telah dihasilkan ini. Tidak lupa
jutaan terima kasih saya yang tidak terhingga buat keluarga yang disayangi yang banyak
bersabar dan berkorban dalam pelbagai perkara dalam menanti saya menamatkan
pengajian.
Akhir sekali buat teman-teman yang saya sekalian. Terima kasih tidak terhingga
diatas bantuan yang disumbangkan sama ada secara langsung atau tidak. Allah sahaja
sebaik-baik pemberi balasan atas jasa kalian semua.
v
ABSTRAK
Perkembangan pesat era sains dan teknologi dekad ini ternyata memberi
pengaruh yang meluas kepada kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan ia
turut memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan negara dalam usaha
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, satu modul perisian
bahan bantu mengajar (BBM) versi bahasa Inggeris yang bertajuk Blood Circulation and
Transport telah dibangunkan. Penggunaan BBM dapat merangsang keinginan dan minat
pelajar dalam pembelajaran di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik
dan berkesan. Kesepaduan antara elemen-elemen multimedia yang canggih seperti teks,
grafik, audio, video, dan animasi dapat memudahkan pelajar memahami konsep sains
yang abstrak. Perisian Microsoft Office PowerPoint 2003 merupakan asas pembangunan
modul disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2, Ulead Cool
3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Sony Vegas
5.0, dan Macromedia Flash MX. Perisian yang dilengkapi dengan isi pelajaran, analogi,
glosari, permainan, capaian Internet, penilaian serta pengukuhan mampu menjadikan ia
pilihan yang sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
pembangunan modul perisian ini secara keseluruhannya dapat membantu guru
terutamanya bagi mata pelajaran Sains tingkatan tiga dalam proses pengajaran agar
pembelajaran pelajar lebih berkesan.
vi
ABSTRACT
The rapid development of science and technology in this century has a
widespread Influence in human’s everyday life. It also gives a great impact in the
national education system in enhancing the quality of teaching and learning. This is why,
an instructional teaching method, using English as the medium of instruction, entitled
Blood Circulation and Transport was developed. The used of instructional teaching
method can help harness interest among students and also make the lesson more
interesting and effective. The unity among the multimedia elements such as texts,
graphics, audio, video, and animation can ease students’ understanding especially in
abstract concept in science. The Microsoft Office PowerPoint 2003 software is the
fundamental of the development of this instructional method, supported by other
software such as Adobe Photoshop CS2, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production
Studio, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Sony Vegas 5.0, and Macromedia Flash MX.
The instructional teaching method which is equipped with lesson, analogy, glossary, fun,
analogy session, and enrichment exercises make this teaching method suitable for
teaching and learning. This is why the development of this instructional teaching method
can help Science form three teachers in the process of teaching so that learning is more
effective.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xii
Senarai Rajah xiii
Senarai Singkatan xiv
Senarai Lampiran xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif 6
1.4.1 Objektif Projek 6
1.4.2 Objektif Perisian 6
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.6 Skop Perisian 8
1.7 Kepentingan Perisian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Modul 9
viii
1.8.2 Perisian 10
1.8.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 10
1.8.4 Pengajaran 10
1.8.5 Pembelajaran 10
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Definisi Multimedia 11
2.3 Elemen Elemen Multimedia 13
2.3.1 Teks 13
2.3.2 Grafik 13
2.3.3 Audio 14
2.3.4 Animasi 14
2.3.5 Video 14
2.3.6 Hipermedia 15
2.3.7 Hiperteks 15
2.4 Multimedia Dalam Pendidikan 15
2.5 Definisi Bahan Bantu Mengajar 16
2.6 Ciri Ciri Perisian Modul Yang Baik 18
2.7 Kelebihan Kelebihan Perisian Modul
BBM 19
2.8 Kelemahan Kelemahan Perisian
Modul BBM 20
2.9 Aspek Pedagogi Dalam Perisian
Modul BBM 21
2.10 Definisi Pembelajaran Berbantukan
Komputer PBK 22
2.11 Perbezaan Di antara BBM Dan PBK 23
2.12 Teori Teori Pembelajaran 24
ix
2.12.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 25
2.12.2 Kelebihan Pembelajaran Secara
Konstruktivisme 26
2.12.3 Teori Pembelaran Behaviorisme 27
2.12.4 Implikasi Teori Pembelajaran Behviorisme
Dalam Pembinaan Dan Reka Bentuk
Modul Perisian BBM 28
3 REKA BENTUK PEBANGUNAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Pemilihan Model Reka Bentuk Perisian 30
3.2.1 Fasa Analisis 32
3.2.2 Fasa Reka Bentuk 32
3.2.3 Fasa Pembangunan 33
3.2.4 Fasa Implementasi (Perlaksanaan) 33
3.2.5 Fasa Penilaian 34
3.2.5.1 Penilaian Formatif 34
3.2.5.2 Penilaian Sumatif 34
3.3 Prosedur Pembinaan Perisian 35
3.3.1 Penentuan Tajuk Dan Skop 35
3.3.2 Objektif Pengajaran 36
3.3.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 36
3.3.3.1 Aspek Pembangunan 37
3.3.3.2 Aspek Memain Semula 38
3.3.4 Pemilihan Perisian Multimedia 39
3.3.4.1 Adobe Photoshop CS2 39
3.3.4.2 Ulead Cool 3D 3.5 40
3.3.4.3 Ulead Cool 3D Production
Studio 40
3.3.4.4 Sony Foundry Sound Forge 7.0 40
x
3.3.4.5 Sony Vegas 5.0 41
3.3.4.6 MacroMedia Flash MX 41
3.3.5 Pemilihan Perkakasan 41
3.3.5.1 Spesifikasi Perkakasan Cadangan
Kepada Pengguna 42
3.3.6 Pembangunan Perisian 43
3.4 Carta Alir Perisian 45
4 PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 53
4.2 Struktur Asas Pembinaan 53
4.2.1 Paparan Persembahan Montaj 54
4.2.2 Paparan Menu Utama 55
4.2.3 Paparan Skrin Topik 56
4.2.4 Paparan Penilaian 57
4.2.5 Paparan Kemudahan Laman Web 60
4.2.6 Paparan Info (Manual Pengguna) 61
4.2.7 Paparan Permainan 62
4.2.8 Paparan Galeri 63
4.2.9 Paparan Glossary 64
4.2.10 Paparan Keluar 65
4.3 Pempakejan Perisian 66
4.4 Panduan Pengguna 66
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN,
5.1 Pengenalan 68
5.2 Perbincangan 68
xi
5.2.1 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Perisian 69
5.2.2 Kekuatan Perisian 70
5.2.3 Kelemahan Perisian 72
5.3 Cadangan 73
5.4 Kesimpulan 74
RUJUKAN 76
LAMPIRAN A 78
xiii
SENARAI RAJAH RAJAH MUKA SURAT
3.1 Rajah Aliran Kerja Berdasarkan
Model ADDIE 31
3.2 Rajah Carta Alir- Main Menu 45
3.3 Rajah Carta Alir- Lesson 46
3.4 Rajah Carta Alir- Info 47
3.5 Rajah Carta Alir- Gallery 48
3.6 Rajah Carta Alir- Quiz 49
3.7 Rajah Carta Alir- Fun 50
3.8 Rajah Carta Alir- I-Link 51
3.9 Rajah Carta Alir- Exit 52
4.1 Paparan Montaj 54
4.2 Paparan Menu Utama 55
4.3 Paparan Skrin Topik 56
4.4 Paparan Penilaian Pengetahuan
Sedia Ada 57
4.5 Paparan Penilaian Formatif 58
4.6 Paparan Penilaian Sumatif 59
4.7 Paparan Kemudahan Laman Web 60
4.8 Paparan Info 61
4.9 Paparan Permainan 62
4.10 Paparan Galeri 63
4.11 Paparan Glosari 64
4.12 Paparan Keluar 65
xiv
SENARAI SINGKATAN
ABM Alat Bantuan Mengajar BBM Bahan Bantuan Mengajar
CAL Computer Aided Leraning
CD Compact Disc
KDP Komputer Dalam Pendidikan
ICT Imformation Communication And Technology
KBKK Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kreatif
PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Teknologi multimedia dan instruksional sejak kebakangan ini menjadi salah satu
lapangan penyelidikan yang menarik dalam bidang pendidikan. Ini kerana teknologi ini
baru diperkenalkan pada tahun 1990-an walaupun sebelumnya sistem CAL ( Computer
Aided Learning ) dan hiperteks telah diperkenalkan. Sistem CAL dan hiperteks
merupakan gabungan pelbagai media, teks, suara, imej, animasi, dan video dalam satu
pakej perisian ( Jacob,1992).
Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam menggunakan pendekatan atau
teknik yang menggunakan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di
negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah telah lama menggunakan medium
teknologi komputer dalam alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu sejak tahun 60-an lagi ( Zoraini Wati, 1993). Penggunaan teknologi
multimedia terutamanya penggunaan multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan alternatif yang terbaik kerana ia menyentuh seluruh media
yang di perlukan dalam penyampaian yang berkesan.
2
Kemajuan teknologi dan maklumat telah membawa revolusi baru kepada dunia.
Era ledakan teknologi maklumat pada masa kini telah membawa satu perubahan yang
amat besar kepada negara. Perkembangan teknologi maklumat ini juga turut memberi
impak yang besar di dalam bidang pendidikan pada masa sekarang. Di mana kemajuan
sains dan teknologi telah membuka satu lembaran baru di dalam dunia pendidikan.
Kepesatan pembangunan teknologi telah mendorong pelbagai pihak sama ada
Kementerian Pendidikan ataupun pihak swasta menghasilkan bahan bantuan mengajar
(BBM) yang serba canggih. Ini secara tidak langsung membantu guru membuat
pilihan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Sistem pengajaran yang lapuk dan hanya mengharapkan kepada buku teks, carta
dan papan tulis sahaja kelihatan sudah tidak mampu memberikan hasil yang baik
sebaliknya penggunaan BBM yang boleh memberikan rangsangan yang optimum
kepada pelajar di perlukan. Penggunaan perisian multimedia di sekolah pada masa kini
menjadi salah satu pendekatan pembelajaran yang sangat penting bagi menarik minat
pelajar dan seterusnya membantu proses pengajaran dan pembelajaran disampaikan
dengan lebih berkesan. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa multimedia yang
interaktif dapat membina satu sikap positif dan mampu untuk meningkatkan kadar
penerimaan pelajar terhadap pelajaran dengan lebih berkesan. Ini adalah melalui
persembahan isi pelajaran yang menggunakan elemen-elemen multimedia yang
menarik.
Pelaksanaan projek Komputer Dalam Pendidikan (KDP) oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia adalah merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memberi
pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi maklumat. Selain daripada itu objektif
projek KDP ini adalah untuk membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan
kemahiran asas untuk mencari dan memproses maklumat yang diperoleh daripada
pelbagai sumber melalui kemudahan teknologi maklumat.
3
Projek Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada aplikasi perdana Koridor
Raya Multimedia untuk menjadikan wawasan 2020 suatu realiti. Sekolah bestari
mampu menyediakan program pendidikan yang sesuai untuk memenuhi keperluan masa
depan negara terutama sekali dalam era ledakan maklumat. Projek rintis sekolah
bestari melibatkan 90 buah sekolah yang dilaksanakan secara usaha sama di antara
kerajaan Malaysia dengan Telekom Smart School Sdn. Bhd. Antara objektif penubuhan
sekolah bestari ialah untuk membentuk pelajar yang berdikari, kritis dan kreatif serta
berdaya saing. Perisian aplikasi sekolah bestari merangkumi aspek akademik dan
sistem pengurusan sekolah. Kebaikan dan kelebihan yang dihasilkan oleh projek
sekolah bestari ini adalah sangat banyak dan tidak boleh dinafikan lagi. Salah satu
aspek yang paling ketara ialah penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran menjadikan sesi pembelajaran begitu menarik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Akses kendiri, terarah kendiri dan pada kadar kemampuan sediri merupakan
tunjang dalam proses membestarikan pendidikan di sekolah. Pendidikan merupakan
satu proses yang dinamis dan sentiasa berubah-ubah sama ada dari segi perancangan
serta perlaksanaan. Perubahan ini berlaku bersesuaian dengan perubahan masa dan
zaman. Ini juga merupakan cabaran yang amat besar dihadapi oleh para guru
khususnya bagi mata pelajaran sains dan matematik yang ketika ini memikirkan masa
depan generasi akan datang berada di tangan mereka. Dalam mencari jalan
penyelesaian, Kementerian Pelajaran mencadangkan penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT). Menurut Mok (1996) sejak dekad 70-an, perkembangan sains
dan teknologi dengan pesat serta canggih, khasnya penciptaan alat media elektronik dan
komputer menyebabkan pelbagai jenis pendidikan telah diikhtiar dan diperkenalkan
untuk kegunaan di institusi-institusi pendidikan demi menangani tuntutan-tuntutan
semasa serta cabaran-cabaran masa depan.
4
Kerajaan Malaysia hari ini telah memperuntukkan belanja sebanyak RM5 bilion
untuk tempoh antara tahun 2002 hingga 2008. Sebahagian besar peruntukan adalah
untuk program latihan, menyediakan geran perintis kepada sekolah-sekolah dan juga
peralatan bantuan pengajaran dan pendidikan, selain daripada kemudahan asas dan
infrastruktur fizikal termasuklah keperluan ICT. Guru-guru pula dibekalkan dengan
komputer riba, projektor LCD dan pelbagai prasarana lain. Segala kemudahan yang
diberikan oleh kerajaan ini adalah untuk menyediakan guru dengan kemudahan
pengajaran dan dalam masa yang sama mampu melahirkan generasi pelajar yang
cemerlang.
Penggunaan komputer dalam pendidikan banyak membantu pelajar-pelajar
dalam mempertingkatkan kadar penerimaan mereka di dalam kelas berbanding dengan
menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Dalam pendidikan sains khasnya, tidak
dapat dinafikan pelajar menghadapi pelbagai halangan untuk memahami sesuatu konsep
yang diterangkan dengan jelas. Ini disebabkan konsep sains yang terlalu abstrak,
fenomena yang kurang kaitannya dengan kehidupan manusia seharian, fenomena
mikroskopik, dan skop pembelajaran yang terlalu umum. Masalah ini hanya dapat
diatasi dengan menggunakan komputer sebagai BBM yang berkesan. Simulasi dan
animasi berkomputer merupakan satu kaedah untuk mengajar konsep sains yang abstrak
dan sukar. Simulasi dan animasi berkomputer boleh dipersembahkan dalam bentuk
perisian atau melalui pembelajaran melalui laman web. Dalam konteks ini, teknologi
maklumat berpotensi menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan.
Gaya pembelajaran sekarang adalah berorientasikan kepada kaedah Kemahiran
Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK). Maka dalam merancang pemikiran dan
idea pelajar ke arah ini, penggunaan BBM adalah sangat perlu. BBM yang
komprehensif adalah BBM yang memiliki ciri-ciri menarik dan mudah dikendalikan
bila dibawakan ke sidang pengajaran di dalam bilik darjah. Ini sudah tentu BBM yang
berasaskan komputer yang memiliki ciri-ciri yang dibincangkan di atas. Dua saluran
deria (penglihatan dan pendengaran) yang mempunyai kuasa terbesar, dapat
dieksploitasi dengan menggunakan BBM berbantukan komputer ini.
5
Selain daripada itu, pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris yang telah diperkenalkan pada tahun 2003 di sekolah rendah, sekolah
menengah dan program Matrikulasi. Maka perisian BBM berbantukan komputer dalam
versi bahasa Inggeris amat diperlukan supaya pelajar lebih memahami isi pelajaran
dengan mudah.
1.3 Pernyataan Masalah
Falsafah Pendidikan Sains Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi
dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik,
tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi.
Bagi memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran berfungsi seperti yang
dirancang, pelbagai perisian multimedia perlu digunakan. Kesesuaian perisian sangat
penting bagi memastikan matlamat pembelajaran yang optimum dapat disalurkan
kepada pelajar. Walau bagaimanapun perisian BBM tempatan sebagai bahan rujukan
dan juga pengajaran di negara kita adalah begitu terhad. Terdapat juga sesetengah
perisian yang ada tidak menepati sukatan pelajaran Kurikulum Sekolah.
Sehubungan dengan itu projek ini adalah salah satu usaha menambahkan lagi
bilangan perisian yang sedia ada. Penghasilan perisian BBM ini mampu untuk
menyelesaikan masalah pengajaran secara tradisional yang masih lagi digunakan
kebanyakan guru-guru di sekolah di samping membawa kelebihan kepada guru-guru
melalui pengadaptasian teknologi maklumat ke dalam bidang pendidikan. Ia secara
tidak langsung memupuk kesediaan kepada guru untuk menerima perubahan dalam
pendidikan. Ini meliputi kesediaan mereka menerima anjakan peranan dijalankan
mereka selama ini kepada sebagai pemudah cara dengan adanya teknologi maklumat
pada masa sekarang.
6
1.4 Objektif
1.4.1 Objektif Projek
i. Membangunkan satu modul perisian bahan bantu mengajar (BBM) yang
bertajuk”Blood Circulation And Transport” mengikut sukatan pelajaran
Sains KBSM Tingkatan 3 dalam bahasa Inggeris.
ii. Menambahkan bilangan perisian modul BBM berasaskan komputer
dalam versi bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 3.
iii. Menjelaskan dengan bantuan elemen-elemen multimedia seperti teks,
grafik, aminasi, audio, dan video mengenai pergerakan darah dalam
badan.
1.4.2 Objektif Perisian
Objektif perisian modul BBM “Blood Circulation And Transport” adalah
supaya pelajar dapat:
i. Membincangkan struktur ringkas dan fungsi jantung manusia.
ii. Membandingkan 3 jenis struktur salur darah dalam tubuh dan
menerangkan fungsinya.
iii. Menerangkan pergerakan darah dalam badan manusia merentasi organ-
organ di dalam tubuh.
iv. Membandingkan dan membezakan antara jenis-jenis darah manusia dan
fungsinya.
7
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk
Tajuk “Blood Circulation And Transport”dipilih sebagai perisian modul bahan
bantu mengajar (BBM) kerana di dalam tajuk ini, terdapat kesukaran yang dikenal pasti
iaitu dalam mengingati proses bagi pergerakan darah dalam tubuh manusia iaitu
Oxygenated blood dan Deoxygenated blood. Semua proses yang terlibat tidak dapat
dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan proses yang abstrak. Oleh itu tajuk ini
dipilih kerana pelajar tidak mendapat gambaran yang sebenar sekiranya guru hanya
mengajar menggunakan BBM yang berbentuk tradisional seperti gambarajah ataupun
modul BBM yang hanya berpusatkan guru.
Guru juga biasanya cenderung untuk memberi penyampaian sesuatu isi
pelajaran yang berbentuk fakta secara bersahaja tanpa ada penekanan atau
menggunakan BBM yang bersesuaian terhadap isi pelajaran yang penting. Teknik ini
secara tidak langsung menyebabkan pelajar hanya menghafal apa yang diajar tanpa
memahami isi pelajaran yang sebenar. Pembelajaran secara tradisional ini juga tidak
melibatkan pelajar secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Lantaran
itu, pelajar akan mudah merasa bosan dengan apa yang diajar.
Dengan adanya perisian modul bahan bantu mengajar yang bertajuk “Blood
Circulation And Transport” ini, secara tidak langsung ianya dapat menarik minat
pelajar untuk belajar mengenai struktur jantung manusia, fungsi jantung manusia,
pergerakan darah dalam tubuh dan jenis - jenis darah manusia.
Hal ini kerana, perisian bahan bantu mengajar ini yang mengandungi beberapa
elemen multimedia seperti grafik, animasi, video, dan audio dapat membantu dalam
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan berlaku. Dengan itu
pergerakan atau proses setiap pengangkutan dapat digambarkan dan disampaikan secara
lebih realistik, menarik, dan mudah difahami oleh pelajar.
8
1.6 Skop Perisian
Skop perisian modul BBM ini dibangunkan meliputi beberapa subtajuk bagi
tajuk “Blood Circulation Ans Transport”. Antara subtajuk yang terdapat dalam
perisian ini adalah “Transport System in Humans” dan “Human Blood”. Di samping
itu juga, di dalam perisian ini juga turut disertakan penilaian di akhir pembelajaran
supaya guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar dari
semasa ke semasa.
1.7 Kepentingan Perisian
Perisian BBM berasaskan komputer ini dibangunkan adalah bertujuan untuk
menyediakan satu perisian multimedia alternatif kepada guru bagi mempelbagaikan lagi
corak pengajaran mereka di samping meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi
pelajaran yang disampaikan dengan menggunakan kaedah yang lebih berkesan iaitu
penggunaan komputer. Ini secara tidak langsung akan menambahkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sains yang selama ini selalunya sukar untuk mendapat tempat
di hati pelajar. Melalui perisian segala masalah mengenai konsep Blood Circulation And
Transport yang agak abstrak akan menjadi lebih konkrit dengan bantuan audio, visual,
animasi, dan grafik yang menarik.
Di samping itu, dengan adanya perisian ini mampu menyediakan sistem
pembelajaran dan pengajaran multimedia dengan pendekatan yang menarik dan mudah
untuk difahami supaya pelajar dapat memahami dengan jelas sesuatu isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Ia juga turut menyumbang kepada proses pengeksploitasian
kegunaan multimedia komputer dalam pendidikan.
9
Dengan adanya perisian ini, di harapkan ianya dapat menjelaskan lagi konsep -
konsep dalam topik “Blood Circulation And Transport” yang agak mengelirukan
pelajar dan selain itu dapat menambahkan lagi bilangan ABM yang senada dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di Malaysia.
Jika dilihat secara umum, perisian ini mampu untuk menyediakan suatu elemen
utama dalam kurikulum sekolah bestari iaitu memproses dan mencari maklumat melalui
teknologi komputer serta mampu memperkembangkan kemahiran pelajar dalam
memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui daya usaha sendiri supaya
pembelajaran itu lebih bermakna dan berkesan. Maka secara tidak langsung melahirkan
insan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam kurikulum Sains Malaysia.
1.8 Definisi Istilah
Untuk memudahkan lagi pemahaman mengenai tajuk modul perisian BBM ini,
beberapa definisi istilah dinyatakan.
1.8.1 Modul
Suatu unit atau bahagian tersendiri yang lengkap dengan komponennya yang
melaksanakan fungsi atau tugas tertentu dan dapat dirangkaikan dengan unit-unit lain
dalam sesuatu yang lebih besar atau pelajaran yang dapat melaksanakan secara sendiri
ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran.
10
1.8.2 Perisian
Perisian (software) merupakan satu set arahan elektronik yang berfungsi untuk
mengarahkan komputer untuk beroperasi atau melaksanakan tugas yang dikehendaki.
1.8.3 Bahan bantu mengajar (BBM)
BBM yang dimaksudkan dalam projek ini ialah segala alat elektronik bersama
perisian berkenaan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam penyampaian
pengajaran di dalam bilik darjah.
1.8.4 Pengajaran
Suatu proses perlakuan guru-guru yang dirancangkan dengan teliti dan
melibatkan langkah-langkah tertentu untuk membawa perubahan tingkah laku di
kalangan pelajar.
1.8.5 Pembelajaran
Perubahan tingkah kalu di kalangan pelajar yang agak kekal kerana pengalaman
dan latihan melalui aktiviti-aktiviti bilik darjah
BAB 2
SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan beberapa aspek yang penting yang berkaitan dengan
perisian yang akan dibangunkan. Antara aspek yang dibincangkan ialah seperti
multimedia, bahan bantu mengajar (BBM), pembelajaran berbantukan komputer (PBK),
aspek-aspek pedagogi yang diperlukan dalam modul perisian ini, serta teori-teori
pembelajaran. Perbincangan ini akan mengemukakan definisi, kelebihan dan
kekurangan, ciri-ciri serta contoh-contoh yang sesuai.
2.2 Definisi Multimedia
Penggunaan multimedia mula diperkenalkan dan diperluaskan dalam pendidikan
di Malaysia pada awal 90 an. Terdapat ramai ahli teknologi pendidikan memberi
pendapat dan pandangan berdasarkan bidang kepakaran mereka mengenai multimedia.
Multimedia selalu ditakrifkan sebagai persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, audio,
video, serta grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan maklumat.
Memandangkan populariti multimedia yang begitu pesat membangun dewasa ini, ramai
pihak tampil untuk memberi takrif kepada multimedia ini berdasarkan kepada minat,
kepakaran, pengkajian, serta pandangan mereka sendiri. Di sini saya sertakan beberapa
definisi multimedia berdasarkan pendapat pelbagai pihak.
12
Rozinah (2000) mendefinisikan multimedia sebagai penggunaan dua atau lebih
jenis media (video, bergerak, audio, imej kaku, grafik, animasi, teks dan lain-lain) bagi
komunikasi maklumat yang mewujudkan kategori informasi, pendidikan, dan hiburan
yang dikenali sebagai ’infotainment’.
Menurut Jamalludin dan Zaidatun (1999-2000), dalam buku Teknologi
Multimedia, mereka menyediakan 3 definisi berdasarkan 3 orang tokoh tentang
multimedia iaitu Waterworth, Rosenberg, dan Megany. Mengikut Waterworth
multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video, dan grafik yang
dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer. Ia lebih menarik berbanding dengan
televisyen atau kaset video. Rosenberg pula mendefinisikan multimedia sebagai
gabungan bunyi, imej statik, hiperteks, dan video yang digunakan selaras dengan
teknologi komputer. Beliau juga menyatakan bahawa multimedia sebagai ‘suatu
kumpulan teknologi merekacipta sesuatu untuk menarik perhatian dan memuaskan hati
mereka sesama sendiri’. Menurut pendapat Jacquetta Megany pula, multimedia ialah
‘hipermedia yang berkeupayaan hiperteks’. Penekanan diberi kepada cara-cara
penggunaan menggabung, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks,
dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus. Khor (1997) mentakrifkan
multimedia sebagai hasil teknologi maklumat baru yang dapat membenarkan maklumat
dipaparkan pada dua atau lebih media dalam pelbagai keadaan.
Dengan menggunakan grafik, teks, animasi, video sesuatu perisian yang
dilengkapi dengan daya visual yang menarik dapat dihasilkan. Secara umumnya,
definisi yang mudah bagi multimedia ialah proses komunikasi interaktif berasaskan
komputer yang merangkumi penggunaan teks, grafik, audio, video, dan animasi.
13
2.3 Elemen-elemen Multimedia
Terdapat beberapa elemen penting di dalam multimedia yang bertanggungjawab
memastikan komunikasi yang dihasilkan bersifat interaktif dan menarik perhatian.
Elemen-elemen multimedia yang terdapat adalah seperti teks, grafik, animasi, audio,
video, hipermedia dan hiperteks. Setiap elemen-elemen ini mempunyai peranannya
yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan
berkesan (Jamalludin dan Zaidatun, 2003).
2.3.1 Teks
Teks merupakan asas utama bagi penyaluran informasi dan maklumat. Pelbagai
jenis tulisan (typefaces) dan font digunakan supaya dapat memberi daya tarikan kepada
pengguna. Teks juga boleh digunakan untuk memberi penekanan bagi sesuatu isi
kandungan penting yang hendak ditonjolkan.
2.3.2 Grafik
Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu
persembahan. Grafik turut membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat secara
berkesan. Ia mampu menjadikan sesuatu persembahan atau maklumat lebih menarik dan
hidup.
14
2.3.3 Audio
Audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih
berkesan. Di samping itu audio di katakan membantu meningkatkan daya tarikan
terhadap sesuatu persembahan. Audio dalam bentuk suara latar atau penceritaan dapat
membantu meningkatkan motivasi dan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
2.3.4 Animasi
Daripada gabungan komponen-komponen yang menghasikan multimedia
interaktif, animasi adalah alah satu komponen penting dalam peisian PBK dan BBM.
Di samping itu, animasi juga mampu menarik minat pengguna atau pelajar. Menurut
Jamaludin & Zaidatun (2000) menyatakan bahawa animasi perkataan yang merujuk
kepada proses penambahan pergerakan kepada imej yang statik dengan menggunakan
pelbagai kaedah. Animasi juga boleh dikatakan sebagai satu set grafik yang dipaparkan
dengan pantas dalam bentuk siri (frame) atau objek mahupun aksara.
Animasi juga mampu membantu dalam menerangkan sesuatu konsep yang
kompleks dengan mudah dan berkesan. Dengan adanya animasi, perkara-perkara yang
tidak nampak dengan mata kasar dapat diterjemahkan dan diterangkan dengan mudah.
2.3.5 Video
Penggunaan video dalam pembangunan multimedia adalah merupakan satu
penyampaian yang berkesan. Video menyediakan kaedah penyaluran maklumat dan
merupakan antara sumber yang mampu membawa pengguna kepada situasi sebenar.
15
2.3.6 Hipermedia
Hipermedia mewakili kemampuan sesebuah aplikasi di dalam membenarkan
pengguna mencapai maklumat tanpa perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan seperti
lembaran buku. Sebenarnya hipermedia membolehkan pengguna mencapai maklumat
mengikut minat, keupayaan, ataupun kehendak hati mereka sendiri. Kebolehan
hipermedia ini menggalakkan pengguna atau guru menyampaikan isi pelajaran seberapa
lama atau kerap sehingga pelajar dapat menguasai topik tersebut.
2.3.7 Hiperteks
Hiperteks merupakan subset kepada hipermedia. Ia mewakili kebolehan
mencapai maklumat secara tidak linear melalui teks sebagai laluan penerokaan (link).
Hiperteks biasanya diwakili oleh teks yang berwarna biru serta digariskan.
2.4 Multimedia Dalam Pendidikan
Multimedia kini telah digunakan secara meluas sebagai media pengajaran
(instructionalmedia) di mana ia merupakan agen untuk menyampaikan informasi
kepada pelajar. Elemen-elemen dalam multimedia boleh berbentuk interaktif iaitu
pelajar boleh mengawalnya atau ia mempunyai fungsi hipermedia di mana ia dapat
menghubungkan ke laman web-laman web tertentu. Ini memudahkan pelajar untuk
mengemudi sendiri perisian yang dibangunkan.
16
Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran masa kini, penggunaan multimedia
adalah sangat sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran khususnya
pembelajaran ke arah kendiri (self-directed learning). Penggunaannya adalah bagi
menggalakkan pembinaan individu secara keseluruhan merangkumi intelek, fizikal,
emosi, dan domain rohani (sprintual). Secara amnya, penggunaan multimedia dalam
pembelajaran ini bertujuan membekalkan peluang kepada individu untuk
membangunkan kekuatan dan kebolehan pada diri sendiri di samping mampu
menghasilkan satu tenaga kerja yang juga mempunyai literasi dari segi teknologi.
Lee dan Eric (1996) dari Universiti North Carolina State telah menjalankan satu
kajian terhadap pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang sama dalam
menghasilkan satu bentuk origami daripada kertas. Satu kumpulan pelajar telah
didedahkan dengan video yang memaparkan cara kerja untuk menghasilkan origami
daripada lipatan-lipatan kertas. Manakala kumpulan satu lagi dikawal, mereka hanya
menerima pengajaran dalam bentuk kuliah sahaja. Hasil daripada kajian menunjukkan
bahawa pelajar yang telah didedahkan kepada persembahan video menunjukkan
pencapaian yang lebih baik daripada yang hanya dikawal iaitu yang diberi kuliah
sahaja. Kajian ini membuktikan pembelajaran yang berdasarkan persepaduan suara
(audio), gambar, animasi, dan video lebih berkesan berbanding dengan pengajaran
secara tradisional (pembelajaran yang statik).
2.5 Definisi Bahan Bantu Mengajar
Abu Hassan & Meor Ibrahim (1998), memberikan definisi bahan Bantu
mengajar (BBM) adalah sebarang alatan yang digunakan untuk membantu guru
menyampaikan isi pelajaran secara lebih berkesan supaya mudah difahami atau diikuti
oleh murid. Atan Long (1982) pula mentakrifkan BBM sebagai alat-alat yang
menyokong penyampaian pembelajaran. Noraziah (1981) mendefinisikan BBM
sebagai alat yang digunakan untuk melancarkan perhubungan antara guru dengan murid
17
dan sebaliknya, pelajar dengan pelajar dan mempercepatkan proses pemahaman
mereka.
Bahan bantu mengajar (BBM) terdiri daripada berbagai-bagai bahan. Sesuatu
bahan dapat disampaikan dengan pelbagai cara umpamanya, sesuatu bahan ini mungkin
diterbitkan dalam bentuk buku, di dalam bentuk carta atau pada slaid dan dipancarkan
pada layar. Alat penyampaiannya adalah dinamakan BBM. Bahan bantu mengajar
dapat menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia
juga memberikan sumbangan dalam mempertingkatkan mutu pelajaran dan
pembelajaran di kalangan guru dan pelajar.
Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa perisian bahan bantu mengajar
merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu guru menyampaikan isi
pelajarannya secara berkesan supaya mudah difahami atau diikuti pelajar dengan
menggunakan komputer sebagai medium pengajaran. Kepentingan penggunaan BBM
dalam pengajaran :
i. dapat menarik perhatian pelajar dan mempertingkatkan minat mereka
untuk mengikuti pelajaran
ii. dapat memfokuskan pemikiran pelajar terhadap perkara-perkara yang
diajar.
iii. dapat menggambarkan konsep sebenar dengan lebih jelas lagi
iv. dapat menyusun serta menggabungkan aspek-aspek secara sosial
misalnya penggunaan peta konsep
18
2.6 Ciri-ciri Perisian Modul BBM Yang Baik
i. Tidak membosankan pengguna perisian iaitu dengan menerapkan
kesemua elemen-elemen multimedia agar proses pembelajaran lebih
menyeronokkan.
ii. Belajar sambil berhibur di mana pengguna gembira untuk berinteraksi
dengan komputer secara terus.
iii. Bersifat pintar iaitu kandungan yang terdapat di dalam perisian tersebut
tidak hanya menumpu kepada isi kandungan yang terdapat di dalam
buku teks semata mata sebaliknya kandungan yang ada dipelbagaikan
lagi agar maklumat yang lebih dapat diperoleh oleh pengguna.
iv. Mencabar minda pengguna dengan menyertakan sekali soalan-soalan
yang dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam topik yang
dipersembahkan dalam perisian tersebut.
v. Bersifat fantasi- memapaparkan sesuatu yang mungkin tidak dapat
ditunjukkan oleh guru-guru mereka di dalam bilik darjah seperti animasi-
animasi yang bergerak.
vi. Penilaian yang bersesuaian iaitu selaras dengan aras pengguna dan
pengguna dapat menerima maklumbalas dengan serta-merta.
vii. Mengikut sukatan matapelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Ini penting agar topik yang dipersembahkan tidak
lari daripada topik yang asal.
viii. Selain hanya memaparkan kandungan pelajaran, sesebuah perisian juga
perlu diselitkan dengan nilai-nilai murni dan kemanusiaan.
19
2.7 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul BBM
Perisian modul BBM merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
lebih baik berbanding pembelajaran secara tradisional. Jadi ia merupakan alat yang
ideal untuk pelajar. Antara kelebihan perisian modul BBM ialah :-
i. Menyediakan suasana yang menarik dan menyeronokkan dengan
gabungan elemen-elemen multimedia yang memberangsangkan dan
tidak menjemukan.
ii. Perisian modul BBM adalah mudah alih. Ia boleh dibawa ke mana-mana
dalam bentuk disket ataupun CD-ROM. Selain itu ia boleh digunakan
pada bila-bila masa sahaja.
iii. Pelajar dapat menerima maklumbalas serta-merta apabila bertanyakan
sesuatu atau memberi arahan tertentu
iv. Perisian modul BBM dapat merangsang penggunaan lebih daripada satu
deria kerana ia mengandungi elemen seperti audio dan video yang
memerlukan deria pendengaran dan penglihatan untuk mentafsir
maklumat yang disampaikan seterusnya dapat meningkatkan kadar
pengekalan pengetahuan.
v. Dapat menjimatkan masa terutamanya sewaktu pengajaran kerana
paparan skrin telah memaparkan maklumat yang ingin disampaikan oleh
guru.
20
2.8 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul BBM
Sungguhpun mempunyai banyak kelebihan, tetapi Perisian Modul BBM masih
tidak dapat lari dari kekurangan dalam pelaksanaannya seperti berikut :
i. Tertakluk kepada kemudahan perkakasan dan perisian. Sebagai contoh
sekiranya pembangun ingin memasukkan elemen multimedia video ke
dalam perisian, ia memerlukan kad video dan kad audio untuk
mengintegrasikan audio dan video supaya hasil adalah seperti mana yang
diharapkan.
ii. Pembinaannya memerlukan masa yang panjang dan kepakaran yang
tinggi. Ini disebabkan untuk membangunkan sesebuah perisian,
pembangun perlu mahir dalam beberapa perisian-perisian tertentu seperti
Macromedia Authorware, Macromedia Flash, Adobe Photoshop, Sound
Forge, dan sebagainya. Oleh itu masa yang diambil adalah panjang bagi
seseorang pembangun untuk memahirkan diri menguasai setiap perisian
tersebut.
iii. Kos yang tinggi. Kos untuk menghasilkan sesebuah perisian adalah
tinggi kerana ia memerlukan perisian dan perkakasan untuk tujuan
pembangunan dan proses main balik. Untuk tujuan main balik
pembangun memerlukan perkakasan seperti pemproses, ingatan utama,
cakera keras, video capture card, kad audio, dan juga skrin paparan.
Manakala untuk tujuan pembangunan, pembangun memerlukan peranti
tambahan seperti pengimbas (scanner), Distizing Tablet, storan boleh
ubah, perakam cakera padat, kamera digital, dan kamera video digital
diperlukan. Perisian-perisian yang original diperlukan membangunkan
perisian multimedia yang baik.
21
2.9 Aspek Pedagogi Dalam Perisian Modul BBM
Dalam membangunkan sesebuah perisian modul BBM adalah penting bagi
seseorang pembangun memastikan keberkesanan perisian yang bakal dibangunkan,
Aspek-aspek seperti pedagogi, psikologi, dan teknologi seharusnya diintegrasikan ke
dalam pengajaran dan pembelajaran dan sangat diperlukan semasa menggunakan
perisian modul BBM.
Penggunaan perisian modul BBM belum dapat menjamin keberkesanan
pengajaran yang disampaikan. Setiap aktiviti yang dirancang dalam pakej pembelajaran
harus mempunyai ciri-ciri yang dapat mempelbagaikan kaedah mengikut kesesuaian
pelajar.
Menurut Omardin (1997), penerangan merupakan proses memberi kefahaman
kepada orang lain. Penerangan dan huraian yang diberikan kepada pelajar perlu sesuai
dengan tahap kefahaman, kebolehan, kemampuan, dan pengetahuan sedia ada mereka.
Pengajaran menjadi tidak berkesan jika guru tidak cekap menggunakan alatan mengajar
dalam pengajaran mereka. Malahan ini boleh merosakkan sistem pengajaran mereka
(Mok, 2002). Oleh itu, kemahiran mengajar dan menggunakan alatan mengajar adalah
sama penting dengan mutu alatan itu.
Semasa guru menggunakan perisian modul BBM ini, penegasan isi pelajaran
yang penting haruslah ditekankan dan diberi perhatian. Ini adalah perlu dilakukan oleh
guru agar pelajar dapat mengetahui skop isi pelajaran yang penting yang diajar. Guru
juga hendaklah bertindak sebagai pemudah cara kepada pelajar agar mereka dapat
menguasai isi pelajaran sehingga mencapai objektif yang telah ditetapkan. Justeru itu
dapat dilihat dengan jelas adalah penting bagi seseorang guru untuk mengambil kira
pendekatan pedagogi dan psikologi yang perlu digunakan supaya dapat
mengintegrasikan ke dalam perisian modul BBM yang dibangunkan ini. Ini adalah
penting supaya perisian yang dibangunkan ini dapat digunakan seiring dengan pedagogi
dan psikologi yang digunakan di dalam kelas.
22
2.10 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Menurut Manimegalai et.al (2002), pembelajaran berbantukan komputer (PBK)
merupakan satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Dalam suasana PBK, pelajar menggunakan komputer untuk mempelajari
sesuatu secara langkah demi langkah iaitu program terancang atau menggunakan
komputer untuk pembelajaran dan pengajaran secara penemuan yang memberi
kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat mengenai komputer. PBK juga
dikenali dengan nama yang berbeza mengikut negara yang berbeza (Fred & Henry,
1998). Antaranya istilah khas yang digunakan ialah :-
i. CAI (Computer Assisted Instruction)- Pengajaran Berbantukan
Komputer.
ii. CMI (Computer Managed Instruction)- Pengajaran Diuruskan Komputer
iii. CMC (Computer Mediated Communication)- Komunikasi Mediasi
Komputer.
iv. CBM (Computer Based Multimedia)- Multimedia Berasaskan Komputer
Penggunaan PBK secara optimum dalam proses pembelajaran berupaya
untuk menggalakkan pembelajaran 2 hala. Dalam konteks perbincangan,
pembelajaran 2 hala membawa maksud proses pemindahan maklumat
secara aktif samada di antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan
kumpulan.
Antara fungsi PBK ialah:-
i. Mengawal selia laporan prestasi pelajar (individu dan kelas)
ii. Memeriksa, menganalisis, dan merekod ujian dan prestasi pelajar.
iii. Menyimpan program khas, termasuk menentukan prestasi pelajar dan
mencadangkan aktiviti yang sesuai
iv. Menyimpan rekod markah
23
v. Menyimpan maklumat kurikulum, program pengajaran, dan struktur
kursus
2.11 Perbezaan Di Antara BBM dan PBK
JADUAL 2.1 : Perbezaan Antara Perisian BBM Dengan PBK
CIRI-CIRI BBM PBK
Fungsi Membantu dan
memudahkan
proses pengajaran dan
pembelajaran.
Bertindak sebagai ‘guru’
dalam proses P&P.
Keperluan guru
memberi
penerangan
kepada pelajar
Perlu tetapi ia juga boleh
digunakan oleh pelajar
sendiri
bersendirian tanpa guru.
Tidak perlu. Perisian boleh
bertindak sebagai ’guru’
dengan menyampaikan
pengajaran tanpa guru.
Fungsi guru Penyampai pengetahuan. Pembimbing/Penghubung
(pemudah cara).
Penyampaian
P&P
Guru, program perisian,
dan komputer.
Program perisian dan
komputer sahaja.
Unsur motivasi Guru dan BBM boleh
memberikan motivasi
kepada pelajar.
Perisian sendiri yang
memberi motivasi kepada
pelajar.
Asas pengajaran
dan
pembelajaran
Berdasarkan objektif
pengajaran dan masa yang
ditentukan oleh guru.
Berasaskan keupayaan dan
kehendak, minat, dan
keselesaan pelajar sendiri.
24
Interaksi Guru berinteraksi terus
dengan komputer untuk
menyampaikan pengajaran.
Pelajar berinteraksi terus
dengan komputer untuk
proses pembelajaran.
Pengawalan Guru dapat mengawal sesi
pengajaran dan
pembelajaran. Guru
dapat memastikan
pengajaran boleh mencapai
objektif pengajaran yang
ditetapkan.
Pelajar sendiri yang
mengawal
sesi pembelajaran.
Kadangkala pelajar terlalu
seronok dan mengganggu
serta menghalang sesi
pembelajaran.
2.12 Teori-teori Pembelajaran
Modul perisian bahan bantu mengajar (BBM) yang dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu cara untuk mengintegrasikan
teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk mengoptimumkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran pula menjelaskan bagaimana
seseorang belajar. Pendekatan teori-teori pengajaran dan pembelajaran memainkan
peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran
dalam bidang pendidikan. Tujuan teori dalam pembinaan perisian adalah untuk
mewujudkan satu perhubungan yang seimbang antara tatacara arahan dengan kesan ke
atas proses pembelajaran dan jangkaan pembelajaran yang dapat dihasilkan melalui
proses-proses tersebut. Aplikasi teknologi multimedia yang berpandukan teori-teori
pembelajaran yang relevan dalam pembinaan modul perisian bahan bantu mengajar
(BBM) memainkan peranan yang penting dalam membekalkan beberapa program
25
pengajaran yang sesuai dalam usaha untuk merealisasikan potensi pelajar dengan
sepenuhnya.
Di sini perancangan yang sistematik dan teratur dalam reka bentuk dan
pembinaan perisian modul BBM yang berlandaskan pendekatan teori-teori
pembelajaran perlu dilaksanakan terlebih dahulu agar perisian yang dihasilkan
menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran dan berkualiti. Soal perancangan kini
menjadi semakin kritikal memandangkan matlamat pendidikan negara ini amat
mementingkan pembinaan potensi insan dalam semua aspek iaitu rohani, kognitif,
afektif dan fizikal dalam bentuk yang menyeluruh dan bersepadu Berdasarkan
Perspektif Bersepadu Sejagat, matlamat asas pendidikan di sekolah adalah untuk
memanusiakan manusia dan memperadabkan manusia ( Nik Aziz Nik Pa, 1997).
2.12.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Konstruktivism bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan.
Pengaruh konstruktivism dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin
kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorisme yang mengkaji
perubahan tingkah laku sehingga kepada kognitivisme yang mengkaji tentang cara
manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.
Di dalam teori konstruktivisme pelajar membina makna tentang dunia dengan
mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini.
Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek
dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak
bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasikan apa yang
mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan yang telah dibentuk oleh mereka atau
mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru
ini dengan lebih baik. Ini bermakna konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran
26
berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan
penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya
menerima pengetahuan daripada orang lain.
Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
baru dalam mindanya. Secara ringkasannya, teori pembelajaran konstruktivisme adalah
satu fahaman bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru dibina secara aktif
berdasarkan kepada pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat,
idea atau konsep yang diterima sama ada dengan bantuan kendiri, interaksi sosial atau
persekitaran diselaraskan melalui proses meta kognitif .
2.12.2 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivism
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran secara
konstruktivisme menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia
menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan
membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran,
misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis. Selain
itu ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di
mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.
Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan
jangka panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam
mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan yang baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran
ini dan membolehkan pelajar berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam
27
situasi baru. Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu
dapat bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.
Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan
dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
Akhirnya, hasil daripada pembelajaran secara konstruktivisme di mana pelajar
membina pengetahuan, konsep, dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan
kefahamannya, berasa lebih yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang
hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan.
2.12.3 Teori Pembelajaran Behaviorisme
Behaviorisme merupakan teori utama yang memberi impak terhadap
penggunaan komputer dalam pendidikan. Ia telah digunakan sebagai asas mereka
bentuk pengajaran berasaskan komputer ( Computer Based Instruction). Di samping
berperanan sebagai tulang belakang kepada banyak strategi pengajaran seperti
penggunaan mesin pengajaran dan pengajaran teks yang diprogramkan. Tiga tokoh
utama Teori Behaviorisme iaitu Thorndike dengan teori ‘connectivism’, Pavlov dengan
‘classical conditioning’, dan Skinner dengan teori ‘operant conditioning’. Teori
Behaviorisme memberi penekanan terhadap pembelajaran mengikut pelaziman operon.
Menurut Lee (1998), pelaziman operon adalah proses pembelajaran tingkah laku yang
melibatkan tindakan sengaja untuk memperoleh pembelajaran.
28
2.12.4 Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme Dalam Pembinaan Dan Reka
Bentuk Modul Perisian BBM
Teori Behaviorisme khususnya melalui teori ’operon conditioning’ yang
dipopularkan oleh B.F Skinner telah memberi sumbangan yang besar terhadap amalan
pengajaran khususnya pengajaran berasaskan komputer. Di antara sumbangan beliau
termasuklah :
i. menyatakan objektif berhubung dengan tingkah laku yang dikehendaki
ii. menilai tingkah laku yang sedia dimiliki oleh pelajar sebelum memulakan
pengajaran.
iii. meletakkan pelajar di dalam pengajaran yang berurutan di mana mereka
mampu mencapai hampir 90% objektif pengajaran.
iv. Menggunakan mesin (alat bantu) pengajaran bagi memperkukuhkan tingkah
laku yang dikehendaki.
v. Merekodkan perkembangan pelajar sepanjang sesi pengajaran bagi
memperoleh makluman untuk tujuan mengulang kaji pelajaran.
vi. Menggunakan mesin (alat bantu) pengajaran bagi memperkukuhkan tingkah
laku yang dikehendaki.
Prinsip Teori Behaviorisme diaplikasikan di dalam perisian modul BBM ini
supaya satu perubahan tingkah laku (pembelajaran) pelajaran yang berkesan dapat
terhasil. Di mana ia menganjurkan agar pembangun menggunakan ’cues’ untuk
mempersiapkan pelajar dengan maklumat yang selanjutnya. Maklumat yang dipecah
pecahkan seharusnya dipersembahkan oleh pengajaran melalui komputer dan pelajar
seharusnya diberi pengukuhan positif apabila memperlihatkan kejayaan. Ini
bermakna, pengajaran secara interaktif antara pelajar dan komputer adalah sesuatu yang
kritikal.
29
Pengajaran berasaskan prinsip Behaviorisme membolehkan pengumpulan
maklumat yang lebih lanjut semasa pembelajaran sedang berlangsung. Dalam Teori
Pelaziman Klasik Pavlov, ada menekankan kepada ganjaran dan pengukuhan positif
untuk mengekalkan minat pelajar. Ini bermakna ganjaran seperti ‘baik’, ‘bagus’, dan
sebagainya perlu dinyatakan setiap kali pelajar berjaya menjawab soalan yang
diutarakan. Pengukuhan negatif akan diberikan sekiranya terdapat kesilapan