borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · pdf fileyang bertajuk “lukisan...
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA
BAGI LUKISAN KEJURUTERAAN
(LUKISAN PERSILANGAN)
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya HAINOL AKBAR BIN ZAMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi malaysia.
2. Perpustakaan Universiti teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tanda (√)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
Kampung Pasir Kubu, Pulau Tiga PROF. MADYA. Dr. RIO SUMARNI BTE Kiri, 36800 Kampung Gajah SHARIFFUDIN Perak Tarikh : 14 April 2006 Tarikh : 14 April 2006
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”
Tandatangan : …………………………………………………
Nama Penyelia : Prof Madya. Dr Rio Sumarni Bte Shariffudin
Tarikh : 14 hb April 2006
PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA
BAGI LUKISAN KEJURUTERAAN
(LUKISAN PERSILANGAN)
HAINOL AKBAR BIN ZAMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :………………………………………………….
Nama Penulis : HAINOL AKBAR BIN ZAMAN
Tarikh : 14 hb April 2006
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala
pujian dan kesyukuran atas limpah dan kurniaan Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Allah Muhammad S.A.W.
Buat ayahanda dan bonda tersayang
Hj Zaman bin Mohd Nasir dan bonda Hjh Azizah binti Uda Bidin.
Pengorbanan, didikan dan kasih sayang yang kalian curahkan kepada diri ini, akan
dijadikan landasan buat menempuh rintangan dan dugaan hari mendatang. Tidak
terbalas oleh ku segala budi yang telah kalian curahkan kepada ku hanya kejayaan
anakmu ini yang dapat ku berikan sebagai hadiah buat ibunda dan ayahanda.
Yang teristimewa isteri tercinta
Norazanani binti Tajuddin
Pengorbanan, ketabahan, sokongan dan kesetiaan mu,
tiada ternilai bagi ku, terima kasih yang tidak terhingga, kau bagaikan sinaran pagi
yang pasti hadir menyinari perjalanan disepanjang perjuanganku
kejayaan ini, adalah lambang kasih dan keunggulan mu.
Tidak lupa juga buat
arwahayahanda dan ibu mertua, kakak serta adik-adikku
yang banyak memberi dorongan dan sokongan serta sentiasa mendoakan
kejayaanku.
Terima kasih atas segalanya.
Sesungguhnya kejayaan ini adalah milik kita semua.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”. Segala
pujian dan kesyukuran atas limpah dan kurniaan Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Allah Muhammad S.A.W.
Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan
keizinanNya kajian ilmiah ini telah dapat disempurnakan sebagai mana yang
dikehendaki . Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih ingin saya
rakamkan buat Penyelia Tesis, Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Bte. Shariffudin selaku
penyelia projek di atas bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna sepanjang
bersama beliau menyiapkan Projek Sarjana Muda iaitu sebuah perisian multimedia
yang bertajuk “Lukisan Persilangan”.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan PKPG yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan Projek Sarjana
Muda ini.
Terima kasih buat semua.
v
ABSTRAK
Penggunaan bahan berunsur multimedia di dalam bidang pendidikan telah
menjadi satu kaedah pembelajaran pada masa kini. Ekoran dari perkembangan yang
pesat ini, maka perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah
dihasilkan. Walaupun terdapat pelbagai perisian multimedia pada masa kini namun
untuk mendapatkan perisian multimedia yang berteraskan tempatan amatlah terhad
seperti perisian Lukisan Kejuruteraan. Sehubungan dengan itu, pembinaan perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Lukisan Kejuruteraan bagi tajuk
Lukisan Persilangan akan menambahkan lagi perisian yang sedia ada. Perisian ini
dibangunkan dengan menggabungkan beberapa perisian lain seperti Macromedia
Flash MX, Microsoft Window XP, Adobe Photoshop 7, Paint Brush, Swish Max dan
Sound Forge. Perisian yang telah dipakejkan di dalam sekeping cakera padat (CD)
dan diformat secara ‘autorun’ ini akan membantu memudahkan pengguna untuk
melayari perisian ini. Perisian ini juga boleh beroperasi dengan capaian bebas yang
mana pengguna bebas untuk memilih paparan yang dikehendaki dengan hanya satu
klikan pada butang sahaja. Semoga dengan terhasilnya perisian ianya diharapkan
dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada bidang pendidikan negara
kita.
vi
ABSTRACT
The use of multimedia in the field of education has become one of the
learning approaches currently in use.This triggered teaching and leaning using
computers. Although there are ample multimedia softwares, the availability of local
software is still limited especially in to Engineering Drawing . Therefore, the
development of this Computer Assisted Learning (CAL) software for Engineering
Drawing subject, focusing on Intersection Drawing will make available more
software that may be used as a teaching and learning tool. This software was
developed using several softwares such as Macromedia Flash MX, Microsoft
Window XP, Adobe Photoshop 7, Paint Brush, Swish Max and Sound Forge. The
software developed was presented in the form of a CD and formatted as ‘autorun’ in
order to be user friendly. This Software may be accessed easily whereby user can
choose the desired display just by clicking the buttons. It is hoped that this software
could contribute to the development of our present education.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.7 Skop Kajian 8
viii
1.8 Definasi Terminologi 8
1.8.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) 9
1.8.2 Multimedia 9
1.8.3 Perisian 9
1.8.4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 9
1.8.5 Pelajar 10
1.8.6 Pengajaran 10
1.8.7 Pembelajaran 10
1.8.8 Alat Bantu Mengajar (ABM) 10
BAB 2 SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pembelajaran Berbantu Komputer 12
2.3 Jenis-jenis Pendekatan PBK 13
2.3.1 Latih Tubi 13
2.3.2 Tutorial 13
2.3.3 Permainan Berpendidikan 14
2.3.4 Penyelesaian Masalah 14
2.4 Definasi Multimedia 14
2.5 Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan 15
2.6 Elemen-elemen Multimedia 16
2.6.1 Teks 16
2.6.2 Grafik 17
2.6.3 Audio 17
2.6.4 Animasi 18
2.6.5 Video 18
2.7 Unsur-unsur Penting bagi Menghasilkan Suatu Perisian
Multimedia yang Baik. 19
2.8 Kelebihan Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan 19
2.8.1 Komunikasi Maklumat yang Efektif 19
ix
2.8.2 Format yang Interaktif dan Merangsang 20
2.8.3 Memudahkan dan Mempercepatkan Proses
Pengajaran dan Pemelajaran 20
2.8.4 Membolehkan Pelajar-pelajar Mengikut Mereka
Sendiri 20
2.8.5 Menggalakkan Pembelajaran Kendiri 21
2.8.6 Meningkatkan Minat dan Motivasi 21
2.9 Teori Pembelajaran 21
2.9.1 Teori Konstruktivisme 22
2.9.2 Teori Tingkah Laku 23
2.9.3 Teori Kognitif 24
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Model Reka Bentuk Perisian 27
3.3 Fasa Analisis 27
3.4 Fasa Reka Bentuk 29
3.4.1 Pembentukan Objektif Pengajaran 29
3.4.2 Pembentukan Item Soalan atau Ujian 31
3.4.3 Strategi Teori Pengajaran yang Digunakan 31
3.4.4 Kesesuaian Elemen Multimedia 31
3.4.4.1 Teks 32
3.4.4.2 Grafik 32
3.4.4.3 Audio 33
3.4.4.4 Animasi 34
3.5 Fasa Pembangunan 34
3.5.1 Spesifikasi Peralatan 35
3.5.1.1 Perkakasan 35
3.5.1.2 Perisian yang Digunakan 35
3.5.2 Papan Cerita 36
x
3.5.3 Carta Alir Reka Bentuk Perisian 36
3.6 Fasa Perlaksanaan 44
3.7 Fasa Penilaian 44
3.7.1 Penilaian Formatif 44
3.7.2 Penilaian Sumatif 45
3.7.2.1 Instrumen Penilaian 45
BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 46
4.2 Pakej Perisian 46
4.3 Panduan Pengguna 47
4.4 Bahagian Montaj 47
4.5 Paparan Menu Utama 48
4.6 Paparan Halaman Objektif 48
4.7 Paparan Halaman Pengenalan 49
4.8 Paparan Halaman Konsep Persilangan 50
4.9 Cara Menentukan Garisan dan Lengkung Persilangan 52
4.9.1 Kaedah Pandangan Pinggir 52
4.9.2 Kaedah Satah Pemotongan 54
4.10 Aplikasi Lukisan Persilangan 56
4.10.1 Bongkah Prisma 56
4.10.2 Bongkah Silinder 58
4.10.3 Bongkah Piramid 59
4.11 Paparan Latihan 61
4.11.1 Latihan 1 61
4.11.2 Latihan 2 62
4.12 Paparan Keluar 63
4.13 Penilaian Perisian 64
4.14 Kesimpulan 69
xi
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 70
5.2 Perbincangan 70
5.3 Rumusan 72
5.4 Cadangan 73
5.5 Penutup 74
BIBLIOGRAFI 75
LAMPIRAN : Borang Soal Selidik 79
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Soalan-soalan Item 30
3.2 Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga
Mata
45
4.1 Peratusan Item Struktur Pengajaran dan
Pembelajaran
65
4.2 Peratusan Item Rekabentuk Persembahan 66
4.3 Peratusan Item Rekabentuk Interaksi 67
4.4 Peratusan Item Kandungan Perisian 68
4.5 Peratusan Item Bahasa 68
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Konsep Pengajaran Terancang oleh Skinner 24
3.1 Model reka bentuk Instruksi Bersistem ADDIE 27
3.2 Carta Alir Menu Utama Lukisan Persilangan 37
3.3 Carta Alir Halaman Pengenalan 38
3.4 Carta Alir Halaman Objektif 39
3.5 Carta Alir Halaman Konsep 40
3.6 Carta Alir Halaman Garisan dan lengkung 41
3.7 Carta Alir Halaman Aplikasi 42
3.8 Carta Alir Halaman Latihan 43
4.1 Paparan Bahagian Montaj 47
4.2 Paparan Halaman Menu Utama 48
4.3 Paparan Halaman Objektif 49
4.4 Animasi Kon dengan Silinder 49
4.5 Animasi Kon dengan Prisma 50
4.6 Animasi Piramid dengan Prisma 50
4.7 Paparan Halaman Konsep Persilangan 51
4.8 Paparan Halaman Garisan dengan Garisan 51
4.9 Paparan Halaman Garisan dengan Satah 51
4.10 Paparan Halaman Satah dengan Satah 52
4.11 Paparan Halaman Kaedah Pandangan Pinggir 53
4.12 Paparan halaman langkah 1 hingga langkah 6 53
xiv
4.13 Paparan Halaman Kaedah Satah Pemotongan 54
4.14 Paparan halaman langkah 1 hingga langkah 5 55
4.15 Paparan Halaman Bongkah Prisma 56
4.16 Paparan halaman langkah 1 hingga langkah 6 57
4.17 Paparan Halaman Bongkah Silinder 58
4.18 Paparan halaman langkah 1 hingga langkah 6 59
4.19 Paparan Halaman Bongkah Piramid 60
4.20 Paparan halaman langkah 1 hingga langkah 6 61
4.21 Paparan Halaman Latihan 1 61
4.22 Paparan halaman jawapan Latihan 1 62
4.23 Paparan Halaman Latihan 2 62
4.24 Paparan Halaman Jawapan Latihan 2 63
4.25 Paparan Halaman Penghargaan 63
4.26 Paparan Halaman Keluar 64
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A BORANG SOAL SELIDIK 79
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu
yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika
dan Eropah sejak awal tahun 60an lagi. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam
menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks
pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan
pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran
pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
Meninjau kemampuan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran,
mendapati bahawa seseorang guru yang menggunakan komputer dalam
pengajarannya boleh dikategorikan sebagai seseorang yang mempunyai bakat dan
kebolehan tambahan. Ianya merupakan suatu kelebihan pada seseorang guru yang
dapat mempelbagaikan teknik pengajaran bagi meningkatkan minat pelajar dalam
sesuatu bidang pelajaran.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu
daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu
yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan
penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 2001).
Dalam bidang pendidikan di Malaysia beberapa perubahan dan pembaharuan
dilaksanakan dengan memberi penekanan yang lebih mendalam kepada penggunaan
2
komputer dalam membantu mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ini disokong oleh Edward (1989) menyatakan komputer bukan hanya sekadar
sebagai satu alat yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran tetapi berupaya
untuk memperkembangkan keupayaan untuk belajar dan keupayaan guru untuk
mengajar.
Corak pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya lebih berpusatkan guru
kini berubah kepada corak berpusatkan pelajar, lebih-lebih lagi setelah wujudnya
projek rintis sekolah bestari yang mengaplikasikan ICT dalam sistem pengurusan
sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Implikasi gabungan pengajaran dan
pembelajaran berbantu komputer (PPBK) dan multimedia boleh mengoptimunkan
keberkesanan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.
Gabungan serta kesepaduan di antara teknologi komputer dengan teknologi
multimedia merupakan satu langkah untuk mengintegrasikan teknologi pendidikan
dalam strategi pengajaran dan pembelajaran di setiap institusi pengajian di Malaysia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam sistem pendidikan masa lalu, kaedah pengajaran tradisional yang
menggunakan kapur dan papan tulis kini tidak lagi menjadi tarikan kepada pelajar.
Justeru itu, objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran sudah pasti tidak
dapat dicapai. Pembelajaran yang berbentuk interaktif dan melibatkan pembelajaran
dua hala, menghendaki satu kaedah baru dan terkini. Pengajaran menggunakan
kaedah tradisional amat sukar menerangkan isi pelajaran rumit. Hanya pelajar yang
mempunyai imaginasi yang tinggi sahaja yang mampu menghayati pelajaran yang
disampaikan oleh guru dengan kaedah tradisional manakala yang lain akan merasa
tersisih dan bosan.
Menurut Okey, J. et. al (1985), antara beberapa sebab mengapa keciciran
pelajar dalam pembelajaran ialah penggunaan bahan pembelajaran yang kurang
3
terangsang, persekitaran pembelajaran yang kurang memberansangkan dan
ketidakpelbagaian dalam kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru.
Terdapat pelbagai kaedah dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan supaya bersesuaian dan dapat menarik minat pelajar
untuk terus belajar. Salah satu daripada kaedah yang sesuai digunakan pada masa
kini adalah menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.
Multimedia berkesan dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh
yang panjang dan ia boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas berbanding
kaedah tradisi (Ng dan Komiya, 2000; Hofstetter, 1995).
Penggunaan ABM yang berkonsepkan multimedia, mampu membantu guru
untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan
dalam Lukisan Persilangan kepada para pelajar. Dengan bantuan multimedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran akan memudahkan murid memahami konsep
lukisan persilangan yang hendak disampaikan oleh guru. Menurut (Mayes, 1992),
simulasi berkomputer mampu untuk meningkatkan motivasi, mengurangkan
berlakunya salah konsep dalam pembelajaran, mengintegrasikan informasi dengan
berkesan serta meningkakan peluang berlakunya pembelajaran yang lebih bermakna.
Guru pada kebiasaanya mengajar Lukisan Kejuruteraan dengan mengunakan
alat bantuan mengajar daripada contoh-contoh objek yang sebenar yang kadangkala
sukar untuk dibawa ke bilik darjah untuk sesi pengajaran. Ini disebabkan oleh
kepelbagaian bentuk objek dan saiz objek yang hendak ditunjukkan. Dengan
bantuan perisian multimedia masalah guru dalam penyediaan alat bantu mengajar
Lukisan Kejuruteraan khususnya bagi Lukisan Persilangan dapat diatasi. Melalui
perisian multimedia guru mampu menunjukkan paparan objek dalam keadaan 3-D
dan diputarkan pada arah pandangan yang berbeza.
Menurut Crosley (1988) komputer mampu untuk membina lukisan perspektif
dengan cepat dan berupaya untuk menghasilkan lukisan binaan dengan tepat serta
dapat menghasilkan persembahan yang menarik.
4
Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan
juga banyak menjimatkan masa pengajaran guru. Kaedah lama di mana guru
mengambil masa yang panjang untuk melakar sesuatu lukisan di papan putih.
Pengurusan masa pengajaran adalah sangat penting bagi memastikan objektif
pengajaran dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Dengan adanya perisian
multimedia guru hanya perlu menyediakan lakaran lukisan di rumah dan di paparkan
pada pelajar dengan menggunakan peralatan input pada komputer.
Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang
memerlukan permahaman konsep yang jelas dan tahap visualisasi yang tinggi.
Kelemahan pelajar dalam membentuk konsep yang tepat menyebabkan pelajar tidak
mampu menggambarkan dan menyelesaikan masalah dalam lukisan dengan betul.
Dengan bantuan perisian multimedia masalah pemahaman konsep dan kelemahan
dalam visualisasi dapat diatasi.
Oleh itu, pembinaan perisian multimedia akan memberikan lebih banyak
pilihan kepada guru mahupun pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian oleh PM Dr Rio Sumarni Shariffudin (1996) menunjukkan
kesanggupan guru untuk membina perisian adalah tidak menggalakkan. Ini mungkin
menjadi salah satu faktor punca kekurangan perisian tempatan, khususnya bagi mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Sehubungan dengan itu, wajarlah bagi penyelidik
untuk membangunkan perisian aplikasi multimedia bagi mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan khususnya perisian Lukisan Persilangan, di mana ia masih tiada lagi di
pasaran. Dengan terbinanya perisian ini pelajar akan mudah memahami tajuk
Lukisan Persilangan dengan jelas tanpa bantuan guru.
1.3 Pernyataan Masalah
Bagi memastikan kualiti sistem pendidikan di Malaysia adalah setanding
dengan sistem pendidikan di negara maju, kementerian pendidikan seharusnya
menggalakkan setiap guru mempunyai sikap ingin maju bersama arus Teknlogi
5
Maklumat. Guru seharusnya boleh menerima perubahan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dari kaedah tradisional kepada kaedah perisian multimedia yang dapat
menggabungkan animasi, video, bunyi dan simulasi bagi membolehkan pelajar
mengikuti medium interaktif yang terbaik.
Dalam pembelajaran lukisan kejuruteraan, proses mevisualisasi adalah satu
perkara yang amat sukar bagi pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang rendah.
Oleh itu dengan bantuan elemen-elemen yang terkandung dalam multimedia mampu
membantu seorang pelajar melakukan proses visualisasi. Menurut Hana (1999), sifat
semula jadi media yang menyokong proses interaksi, secara tidak langsung mampu
membantu pelajar dalam membentuk kefahaman terhadap sesuatu konsep, proses dan
idea dengan lebih pantas dan jelas.
Pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah tradisional yang banyak
menggunakan carta atau gambar yang statik kurang memberikan kesan terhadap
pembelajaran. Dengan kaedah ini tidak semestinya semua pelajar dapat menerimanya
dan ia serba sedikit akan menjejaskan minat pelajar untuk memberi perhatian
terhadap tajuk yang diajar.
Ini disokong oleh Okey (1985), yang menyatakan bahawa faktor-faktor yang
membolehkan pelajar hilang minat terhadap pelajaran adalah seperti persekitaran, isi
kandungan tidak bersesuaian, bahan pengajaran tidak menepati objektif pengajaran,
organisasi, pendekatan pengajaran yang statik dan pembelajaran yang kurang
memuaskan.
Kaedah pembelajaran kendiri yang diterapkan ke dalam perisian multimedia
dapat mencetuskan minat di dalam diri pengguna untuk mengkaji perisian secara
sendiri.
Menurut Mohammad A. et al. (1999) kaedah pembelajaran kendiri adalah
satu kaedah pembelajaran yang memberikan autonomi atau kebebasan kepada pelajar
untuk mengikuti pembelajaran tanpa kawalan berterusan dari guru.
6
Perisian PPBK memerlukan penglibatan pelajar secara aktif mengaplikasikan
pengetahuan dalam membina realiti diri sendiri . PPBK tradisional menekankan
kepada pendekatan yang sistematik berdasarkan kepada satu set prinsip rekabentuk
pengajaran. (Bolye, 1997:67).
Menurut Jonassen et. al (1993), pembentukan pengetahuan adalah
berdasarkan pemprosesan fikiran yang aktif tentang sesuatu persepsi yang dibuat.
Jadi, untuk dapat membina konsep baru atau untuk menguasai kemahiran baru,
pelajar itu perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Nik Aziz
(1992).
Pembinaan perisian multimedia khususnya dalam versi Bahasa Malaysia
amat kurang di pasaran. Ini bertepatan dengan kajian Rio Sumarni Shariffudin (1996)
yang mendapati bahawa kebolehdapatan perisian di peringkat sekolah adalah kurang.
Sehubungan dengan itu, wajarlah penyelidik membangunkan perisian
berbantukan komputer bagi tajuk Lukisan Persilangan dalam sukatan pelajaran
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Lima. Dengan penghasilan perisian multimedia ini
dapat memantapkan pengajaran guru dan mampu meningkatkan tahap kefahaman
pelajar terhadap konsep melukis Lukisan Persilangan.
1.4. Objektif Kajian
Objektif utama projek adalah menghasilkan satu perisian multimedia bagi
tajuk Lukisan Persilangan untuk mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan
Lima . Perisian ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan asas dalam perisian PBK
multimedia kepada guru-guru dan pelajar . Objektif lain projek ini adalah :
i) Membangunkan satu perisian multimedia yang interaktif dalam
bentuk CDROM bagi tajuk “Lukisan Persilangan” dengan
menggunakan versi Bahasa Malaysia.
7
ii) Menilai perisian yang di bangunkan melalui suatu proses penilaian
oleh guru yang pengalaman dalam bidang Lukisan Kejuruteraan.
1.5. Kepentingan Kajian
Perisian multimedia yang dibina ini dijangka akan dapat:
(i) Untuk membantu para pelajar memantapkan dan memahami konsep asas
dalam Lukisan Persilangan.
(ii) Untuk membolehkan pelajar belajar secara kendiri dan berkembang mengikut
tahap keupayaan dan minat pelajar.
(iii) Untuk mengurangkan bebanan guru dan meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
(iv) Membolehkan pelajar mempraktik apa yang diajar pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja.