borang pengesahan status tesis - fp.utm.my binti mohd... · setiap responden ditemubual dengan...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KESEDIAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENATARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya JAMALIAH BINTI MOHD JAMAL
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh _____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : 17, JALAN BELIBIS 5, TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU, 81200 JOHOR. Tarikh : 25 JUN 2013
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
DR.ROHANA BINTI HAMZAH NAMA PENYELIA
Tarikh : 25 JUN 2013
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Sarjana
Pendidikan (Teknik dan Vokasional)”.
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penyelia : DR.ROHANA BINTI HAMZAH
Tarikh : ………………………………….
KESEDIAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENATARAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU TINGKATAN SATU
JAMALIAH BINTI MOHD JAMAL
TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT
PENGANUGERAHAN SARJANA PENDIDIKAN
(TEKNIK DAN VOKASIONAL)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………...
Nama Penulis : JAMALIAH BINTI MOHD JAMAL
Tarikh : 25 Jun 2013
iii
DEDIKASI
Kepada bondaku tersayang, Hajjah Rosenah Chong Binti Abdullah :
Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan, bantuan dan
dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya.
Semoga bonda dipanjangkan usia dan dirahmati Allah S.W.T. selalu hendaknya.
Kepada ayahandaku tersayang, Haji Mohd Jamal Bin Haji Sabudin :
Segala nasihat, bantuan dan dorongan yang dihulurkan selama ini adalah amat
dihargai. Semoga Allah S.W.T. panjangkan usiamu dengan kehidupan yang penuh
rahmat.
Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai :
Terima kasih tidak terhingga di atas segala bantuan, dorongan dan tunjuk ajar yang
diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang
dapat membalas dengan seadilnya segala budi baik kalian.
Aku mencari segala pengetahuan untuk segala sesuatu selain Tuhan, tetapi ilmu
tidak mahu kecuali hanya untuk Tuhan
-Imam Al-Ghazali-
Semoga dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. hendakNya
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, saya dapat menyiapkan tesis ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
projek sarjana , Dr. Rohana Binti Hamzah di atas bimbingan dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak
terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang
sangat besar ini.
Kerjasama daripada guru Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Tebrau di sepanjang tempoh temu bual amatlah dihargai.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea
dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan
dirahmati Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Transformasi pentaksiran merupakan satu proses perubahan ke arah
penambahbaikan kaedah penilaian murid yang sedia ada dan ia melibatkan
transformasi kepada definisi, fokus, bentuk, ciri dan amalan kerja demi menjamin
kualiti pendidikan yang menjurus kepada pembangunan modal insan kelas pertama.
Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti tahap kesediaan
Pelaksanaan Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tingkatan Satu dalam
kalangan guru-guru Kemahiran Hidup. Kesediaan guru dikaji dari aspek
pengetahuan, kemahiran mentaksir ,sikap serta perubahan sebelum dan selepas
pelaksanaan penataran PBS KHB. Setiap responden ditemubual dengan rakaman
video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik
untuk setiap persoalan kajian. Populasi kajian ini adalah guru-guru yang mengajar
Kemahiran Hidup Tingkatan Satu. Sampel kajian merupakan tiga orang guru yang
mengajar di sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau. Dapatan kajian telah
dianalisis dengan menggunakan kod terbuka. Hasil kajian ini menunjukkan guru
bersedia dari aspek pengetahuan, kemahiran mentaksir,sikap dan perubahan dalam
melaksanakan penataran PBS KHB Tingkatan Satu walaupun pendekatan modul
berubah. Ini adalah kerana penggunaan Huraian Sukatan Pelajaran yang sama masih
sama digunakan dan ia tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran guru
dalam pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
.
vi
ABSTRACT
Transformation in assessment occurs to improvise existing student
assessment method. The transformation includes definition, focus, design,
characteristic, and working culture that guarantees education quality towards first
class human capital. This study was conducted to determine the level of readiness
of secondary one Living Skills teachers in implementing School Based Assessment.
Teachers readiness is studied in the context of knowledge, assessment skills,
attitudes and changes in the implementation of improvised School Based
Assessment. Population of this research are teachers teaching secondary one Living
Skills. Sample of the research are three teachers from SMK Sri Tebrau. Data are
collected through interview sessions. Interview session are video recorded. Data are
analyzed by using method of open coding. Research findings depict that teachers
are ready in the aspect of knowledge, assessment skill, attitudes and changes in the
implementation even though there are changes in the module approach. This is due to
the use of the same syllabus and does not affect the process of teaching and learning
in the implementation of school based assessment.
vii
xii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGAKUAN Ii
HALAMAN DEDIKASI Iii
PENGHARGAAN Iv
DEDIKASI v
ABSTRAK Vi
ABSTRACT Vii
KANDUNGAN Xii
SENARAI JADUAL Xiv
SENARAI RAJAH Xv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvii
SENARAI LAMPIRAN Xix
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Skop dan Batasan Kajian 12
1.8 Kerangka Kerja Konsep Kajian 13
1.9 Definisi Istilah 14
xiii 1.10 Penutup 19
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 21
2.2 Teori dan Model dan Penilaian Pentaksiran Tyler 22
2.3 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 23
2.4 Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu 27
2.5 Pengetahuan guru 33
2.6 Kemahiran guru 46
2.7 Sikap guru 52
2.8 Pengalaman guru 58
2.9 Penutup 60
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 61
3.2 Kaedah Penyelidikan 61
3.3 Reka Bentuk Kajian 62
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 64
3.5 Instrumen Kajian 65
3.6 Kajian Rintis 69
3.7 Kebolehpercayaan 69
3.8
3.9
3.10
3.11
Prosedur Kajian
Analisis Data
Etika Dalam Penyelidikan Kualitatif
Kesimpulan
70
75
77
78
BAB 4 ANALISIS DATA
xiv 4.1 Pengenalan 79
4.2 Pengenalan Latar Belakang Responden 80
4.3 Analisis Data 81
4.3.1 Pengetahuan 81
4.3.2 Kemahiran Mentaksir 84
4.3.3 Kesediaan Sikap Guru Terhadap Penataran
PBS KHB
87
4.3.4 Perubahan Pelaksanaan Sebelum dan
Selepas Penataran PBS KHB
90
4.4 Penutup 91
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 92
5.2 Rumusan 92
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 93
5.2.2 Rumusan Hasil Dapatan Kajian 94
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 95
5.3.1 Kesediaan guru dari aspek Pengetahuan 95
5.3.2 Kesediaan guru dari aspek Kemahiran
Mentaksir
96
5.3.3 Kesediaan guru dari aspek Sikap 97
5.3.4 Penataran sebelum dan selepas PBS KHB 99
5.3.5 Perbezaan kemahiran penilaian PBS
KHB sebelum dan selepas penataran
100
5.3.6 Perubahan Instrumen PBS KHB sebelum
dan selepas penataran
101
5.4 Cadangan Tindakan 103
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 105
5.6 Kesimpulan 106
5.7 Penutup
108
xv
BIBLIOGRAFI 109-113
LAMPIRAN 114-120
xvi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Jadual Pentaksiran KHB Sekarang Dan Akan Datang 31
2.2 Sistem Peperiksaan yang telah dan akan dilaksanakan 32
2.3 Peubahan Pentaksiran KHB 33
2.4 Kerangka Standard Prestasi 39
2.5 Format Standard Prestasi dalam DSP 39
2.6 Pernyataan Standard Prestasi 39
2.7 Kod Penyataan Standard Prestasi setiap Pilihan KHB 40
2.8 Contoh Instrumen dalam Dokuen Item Contoh 41
2.9 Perbezaan antara SP dan HSP dengan DSP dan MPP 42
2.10 Tempoh Pelaksanaan PBS dan Pentaksiran Pusat 45
2.11 Contoh Rubrik analitik bagi mata pelajaran KHB 49
4.1 Latar Belakang Responden 79
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual
Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual
Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual
Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual
Jawapan responden berkaitan dengan pengetahuan
tentang PBS KHB Tingkatan Satu
80
81
81
82
83
xvii
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual
Jawapan responden berkaitan dengan kesediaan guru
dari aspek kemahiran mentaksir PBS KHB Tingkatan
Satu
Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual
Jawapan responden berkaitan dengan kemahiran
mentaksir penataran PBS KHB Tingkatan Satu
Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual
Jawapan responden berkaitan dengan usaha
melaksanakan sebaik tugas dalam menjalankan
penataran PBS KHB Tingkatan Satu
Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual
Jawapan responden berkaitan dengan kesediaan
menghadiri kursus bengkel atau seminar
Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual
Jawapan responden berkaitan dengan perubahan
pelaksanaan PBS KHB Tingkatan Satu
84
84
85
86
87
87
88
88
89
89
xviii
xix
xx
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Protokol Temubual 115
B Surat Pengesahan Protokol Temubual dari
Dr. Rohaya Binti Talib 118
C Surat Pengesahan Protokol Temubual dari
Dr.Mohd Safarin Bin Nordin 119
D Surat Kebenaran dari Kementerian
Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(EPRD) 120
xviii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
1.1 Kerangka Kerja Konsep Kajian 14
2.1 Prinsip Pentaksiran Pusat 44
5.6 Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Penataran
PBS KHB Tingkatan Satu
107
xix
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
EPRD - Education and Planning Research Department
ERT
DIC
DSP
FPK
-
-
-
-
Ekonomi Rumah Tangga
Dokumen Item Contoh
Dokumen Standard Prestasi
Falsafah Pendidikan Negara
HSP
KBSM
- Huraian Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KSSM
LPM
OP
PBS
PERT
PK
PMR
-
-
-
-
-
-
-
Kurikulum Standard Sekolah Menengah
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Objektif Pentaksiran
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Pertanian
Perdagangan dan Keusahawanan
Penilaian Menengah Rendah
P&P
PP
PS
SMK
-
-
-
-
Pengajaran dan Pembelajaran
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan
xx % - Peratus
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran
yang dilaksanakan di sekolah di mana dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan
secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM). PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang
dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru
mata pelajaran secara berterusan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas, Bilangan 11/2007 bertarikh 9 Julai, demi
menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan
dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran
yang dilaksanakan di sekolah. Menurut Buku Panduan Pelaksanaan PBS (2007) yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, PBS dilaksanakan di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dalam
PMR dan SPM, PBS terdiri daripada 5 komponen iaitu projek, kerja kursus, ujian
Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), pentaksiran Lisan Berasaskan sekolah (PLBS)
dan modul.
2
Tujuan PBS ialah supaya dapat merealisasikan matlamat KBSM, objektif
kurikulum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP). PBS juga dapat mempertingkatkan pembinaan modal insan,
boleh memantau perkembangan modal insan pelajar dan penilaian dalam pengajaran
dan pembelajaran. Senario pendidikan kini amat memerlukan supaya guru-guru mata
pelajaran PBS lebih kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka
lebih efektif. Kreatif bermaksud kebolehan seseorang itu untuk boleh mencipta,
menghasilkan sesuatu dan memperkembangkan sesuatu. Manakala inovatif pula ialah
kebolehan seseorang menghasilkan dan memulakan sesuatu yang baru sama ada
dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan dan sebagainya (Mohd Azhar, 2004).
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, daripada Surat Pekeliling Menengah,
2007, sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi
semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul
dan ujian lisan. Pelaksanaan Kerja Kursus Teknologi Kejuruteraan (TK), Lukisan
Kejuruteraan (LK), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Lanskap dan
Nurseri (LAN) serta Kemahiran Hidup (KH) mestilah dijalankan mengikut Jadual
Kerja dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan
calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada
markah kerja kursus. Setiap calon mesti mempunyai semua markah dan pencapaian
PBS setelah tamat tempoh pelaksanaannya.
Justeru itu, mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
menginginkan pelajar-pelajar dilahirkan sebagai pelajar cemerlang dan bersifat
global. Katanya sebagai permulaan, Kementerian akan memperkenalkan dan
mengguna pakai penilaian yang berasaskan sekolah. Untuk itu beliau sangat-sangat
berharap mendapat sokongan dan diterima oleh kelompok yang terbabit seperti
ibubapa, guru-guru dan pentadbiran sekolah.
3
Menurut Ahmad (2006) di dalam artikel tentang Datuk Seri Hishamuddin
yang mengulas lanjut tentang pelaksanaan sistem PBS dan bukan berorientasikan
peperiksaan hanya akan berjaya jika mendapat sokongan sepenuhnya dari semua
pihak. Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan sama sekali sistem peperiksaan
di peringkat awam sebaliknya sedang mengkaji dan menilai sistem pendidikan
supaya tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Beliau mengatakan kementeriannya
sedang mengkaji sistem peperiksaan yang diamalkan sekarang supaya ia berasaskan
sekolah dan lebih holistik. Menurutnya sistem penilaian dan peperiksaan masa kini
perlu dinilai semula. Antara cadangan beliau ialah mengurangkan bilangan mata
pelajaran dalam peperiksaan awam, lebih menekankan kepada kemahiran dan
keupayaan kepakaran daripada memfokus hanya kepada pencapaian cemerlang.
Beliau juga mencadang agar isi kandungan kurikulum mata pelajaran menggalakkan
pencapaian dalaman dari segi kepakaran dalam sesuatu bidang umpamanya mata
pelajaran seperti Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani serta memperbaiki kaedah
pembelajaran dan pengajaran melalui galakan dan dorongan lebih kepada
memperbanyakkan kerja-kerja tugasan projek. Justeru itu, penekanan patut diberi
lebih kepada pencapaian pelajar secara individu daripada pencapaian sekolah dalam
mana-mana peperiksaan awam.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pencapaian dalam peperiksaan umum iaitu PMR, SPM dan STPM adalah
petunjuk utama peningkatan pencapaian pelajar dan tahap keberkesanan sesebuah
sekolah dan guru. Sekolah yang berkualiti adalah sekolah yang dilengkapkan dengan
berbagai kemudahan fizikal dan berbekalkan guru-guru yang berpengalaman, sudah
semestinya menghasilkan peratus kelulusan yang tinggi dan bilangan pelajar yang
ramai mencapai keputusan cemerlang. Pencapaian dalam peperiksaan, umumnya
merupakan kayu pengukur keberkesanan dan mutu sekolah dan guru manakala setiap
pelajar haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan dilalui
4 kerana dalam alam persekolahan satu daripada bukti pencapaian dan kejayaan pelajar
ialah berjaya dalam peperiksaan ( Ee Ah Meng, 2007).
Segala aktiviti yang dijalankan di sekolah menggambarkan amalan
pendidikan yang mengutamakan peperiksaan. Pelajar-pelajar yang bakal menduduki
peperiksaan PMR, SPM dan STPM terpaksa melalui cabaran-cabaran iaitu
menduduki ujian bulanan, peperiksaan percubaan atau peperiksaan setara di
peringkat Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah. Di samping
itu, pihak sekolah berusaha tanpa jemu menyediakan pelajar-pelajar dengan pelbagai
aktiviti seperti kelas tambahan, klinik mata pelajaran, dan bengkel-bengkel teknik
menjawab soalan peperiksaan bagi membuat persiapan menghadapi peperiksaan ( Ee
Ah Meng, 2007).
Strategi pengajaran guru adalah penting bagi memastikan objektif pengajaran
tercapai, seorang guru itu sendiri mesti tahu bagaimana mahu mengurus, mentadbir
serta mengawal pelajar di dalam kelas bagi memastikan isi kandungan pelajaran
dapat difahami oleh semua pelajar. Selaras dengan hasrat Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (KBSM) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), strategi pengajaran
dan pembelajaran hendaklah memberi penekanan kepada kesepaduan di antara
perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni
yang dilakukan secara terancang, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan
bersahaja (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979). Guru disarankan menjadi seorang
tenaga pengajar yang kreatif dalam menggabungjalin antara pengetahuan, kemahiran
saintifik dan nilai murni dalam pengajaran mereka. Guru seharusnya sentiasa berjaya
dalam mewujudkan suasana pembelajaran aktif di dalam kelas untuk mengelakkan
kebosanan dalam kalangan pelajarnya.
Sejak pertengahan tahun 1970an, perubahan ekonomi yang melanda beberapa
buah Negara Asia telah memberi kesan kepada berlakunya pembaharuan dalam
5 sistem pendidikan. Malaysia juga antara Negara Asia yang tidak ketinggalan dalam
arus pembaharuan ini (Wilhelm dan Chen Pei, 2008).Pada akhir tahun 2010,
transformasi sistem pentaksiran baru mula diperkenalkan di sekolah harian Malaysia
menggantikan Sistem Peperiksaan Berasaskan Sekolah. Sistem Pentaksiran Baru
yang diperkenalkan merupakan gabungan antara pentaksiran pusat dan pentaksiran
sekolah iaitu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK),( Pelan Strategik
Interim 2011-2020: 58).
Transformasi pentaksiran yang berlaku merupakan satu proses perubahan ke
arah penambahbaikan kaedah penilaian murid sedia ada. Ia melibatkan transformasi
kepada definisi, fokus, bentuk, ciri dan amalan kerja demi menjamin kualiti
pendidikan yang menjurus kepada pembangunan modal insan minda kelas
pertama.Sistem peperiksaan sekarang perlu diperkukuh dengan memperluas
konsepnya kepada pentaksiran(Pelan Strategik Interim, 2011).Menyedari hakikat
bahawa peranan guru dalam sistem pentaksiran baru adalah penting, maka guru akan
diberi kuasa untuk mentaksir pelajar-pelajar mereka. Namun demikian
memperkasakan sistem pentaksiran baru juga memerlukan guru yang
berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengendalian pelbagai kaedah formal
dalam ujian.( Bahagian Pendidikan Guru, KPM 2007).
Walau bagaimanapun, laporan yang dikemukakan oleh Hamzah dan
Sinnasamy (2009) agak membimbangkan. Kajian awal yang dijalankan terhadap
pelaksanaan penilaian lisan berasaskan sekolah didapati tidak dijalankan mengikut
garis panduan dan objektif yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ini
secara tidak langsung memberikan bukti bahawa kekurangan guru dari aspek
pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan penilaian berasaskan sekolah seperti
penilaian lisan Inggeris walaupun terdapat garis panduan dan objektif. Hal ini
mendorong penyelidik untuk mengkaji kesediaan guru terhadap pelaksanaan
penataraan PBS KHB Tingkatan Satu.
6
Menurut Pang (2005), pentaksiran merupakan proses yang sistematik untuk
mengumpulkan dan menganalisis maklumat, bagi membantu pendidik memahami
dan menghakimi hasil dan menentukan cara untuk penambahbaikan proses
pendidikan. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperolehi dari hasil penilaian
yang dijalankan akan dapat membantu guru memperbaiki pengajaran. Sekiranya
penyampaian kurang berkesan, maka guru boleh membuat keputusan untuk
menggunakan kaedah atau pendekatan lain yang difikirkan lebih bersesuaian.
Penilaian sama ada formal atau tidak formal boleh mendedahkan kepada kesan yang
sangat penting iaitu perubahan dalam pegetahuan, pemahaman, kebolehan dan sikap
murid. Keupayaan pentaksiran menyampaikan maklumat tentang murid menjadi
intipati sistem pendidikan (Rowtree, 1987).
Menurut Masrizal (2003), kursus jangka pendek yang dijalankan oleh KPM
didapati berkesan di dalam meningkatkan pengetahuan guru-guru di dalam aspek
pengurusan dan penyelenggaraan bengkel. Hal ini juga berkait langsung dengan
pengukuran dan penilaian di mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru-
guru Kemahiran Hidup ini tidak dapat diukur dengan berkesan kerana berlaku
ketidakseimbangan pengetahuan dan pengaplikasian terhadap konsep pentaksiran
yang baru.
Jika dilihat dari aspek pengalaman guru, Tschannen-Moran dan Hoy (2007)
pula menegaskan bahawa guru yang berpengalaman berkeupayaan tinggi kerana
telah melalui peluang demi peluang menerusi tugas pengajaran harian untuk tempoh
yang lama berbanding dengan guru baru dalam mengembangkan kemahiran dalam
pengurusan kelas dan strategi pengajaran. Dapatan kajian Soodak dan Podell (2005)
telah memperlihatkan wujudnya sumbangan pengalaman mengajar terhadap
keupayaan guru dalam pengajaran guru terhadap sistem kurikulum baru yang
dilaksanakan. Namun dalam kajian Hoy dan Woolfolk (2007) mendapati
pengalaman mengajar mempengaruhi secara statistik terhadap keupayaan guru.
Dalam tinjauan Ross (1994) terhadap 88 kajian berkaitan keupayaan dan pengalaman
7 guru, guru yang berkeupayaan dan berpengalaman cenderung mempelajari dan
menerapkan pendekatan dan strategi baru dalam pengajaran, menerapkan teknik
pengurusan ke arah mengembangkan autonomi murid, memberi bantuan kepada
murid yang lemah, membina tanggapan kendiri murid terhadap kemahiran akademik,
menetapkan matlamat, dan tidak mudah mengalah berdepan dengan murid yang
lemah.
Selain itu, jika dilihat dari sudut kesediaan guru, kajian-kajian lepas
menunjukkan bahawa, guru-guru cenderung untuk melaksanakan sesuatu program
pendidikan telah banyak dijalankan di dalam dan luar negara. Saharudin (1996)
mendapati guru-guru yang berpengetahuan menunjukkan kesediaan yang tinggi
berasaskan pencapaiannya dan kejayaan sesuatu pengajaran bergantung kepada
kemahiran serta kebolehan guru menguasai pengetahuan untuk menerangkan dengan
jelas dan dapat difahami.
Menurut Faridah Karim (2000), guru-guru mengalami kesukaran
melaksanakan komponen-komponen kritikal dalam kurikulum.Guru-guru mengalami
kesukaran dalam mempelbagaikan strategi pengajaran, melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang berpusatkan pelajar, menggunakan teknik-teknik tertentu untuk berinteraksi
dengan pelajar, memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar, merancang bahan-bahan
pengajaran dan bahan bantu mengajar serta sukar membuat penilaian isi kandungan
mata pelajaran. Hal ini demikian kerana penekanan yang keterlaluan terhadap
penggunaan kaedah penaksiran holistik dan analitik mengakibatkan murid tidak
berupaya menjana idea dalam penulisan semaksimum yang mungkin (Suzana Abd
Mutalib & Jamil Ahmad, 2012). Murid cenderung untuk terlalu berhati-hati agar
tidak melakukan kesilapan berkaitan aspek pelaksanaan PBS yang diberi penekanan
langsung oleh pemeriksa, di samping terikat dengan masa untuk menyelesaikan PBS
yang telah ditetapkan.
8
Sewajarnya, sebelum guru memilih sesuatu kaedah penaksiran, guru harus
terlebih dahulu jelas tentang hasil pembelajaran yang hendak ditaksir, dan kemudian
memadankannya dengan kaedah penaksiran yang menepati keperluan (Ahmad Hozi
H. A. Rahman, 2009). Pandangan ini diperkukuhkan bahawa seseorang guru bahasa
sewajarnya mempunyai kombinasi pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang
dapat mendorong murid dalam membina kesedaran akan faedah proses penaksiran,
memberikan bimbingan membina bahan dan memimpin proses penaksiran
seterusnya membimbing murid untuk memahami siginifikan keputusan penaksiran
(Yahya Othman, 2005; Chan Yuen Fook & Gurnam Kaur Sidhu, 2012). Kajian yang
dijalankan oleh Rohaya Talib dan Mohd Najib Abd Ghafar (2008) & Suzana Abd
Mutalib & Jamil Ahmad (2012) mendapati bahawa amalan penaksiran dalam
kalangan guru yang tidak kompeten akan membawa implikasi negatif iaitu guru
gagal memantau kemajuan pembelajaran akibat kurangnya pengetahuan, tidak dapat
menghasilkan keputusan yang adil, perancangan pengajaran yang lemah dan tidak
dapat mencungkil potensi sebenar murid, melaporkan prestasi murid dalam pelajaran
secara tidak tepat kepada ibu bapa, mengakibatkan ketidakpercayaan dan keraguan
dalam proses penaksiran yang menyebabkan kualiti pentaksiran dipersoalkan oleh
pelbagai pihak akibat daripada akauntabiliti pentaksiran yang gagal dilaksanakan
sepenuhnya.
Neal Green, Joseph a. Giacquinta dan Marilyn Berstein (1971) telah
menyenaraikan halangan yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan sesuatu
perubahan seperti berikut :-
i) Kurangnya penjelasan terhadap perubahan, yang diberikan kepada
kakitangan yang melaksanakan perubahan tersebut. Untuk itu maklumat
terkini perlulah disampaikan kepada guru dari masa ke semasa.
ii) Kekurangan kebolehan kakitangan untuk menjalankan peranan baru tersebut.
Kursus,bengkel serta seminar sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah
ini
9 iii) Kemerosotan motivasi guru dalam melaksanakan perubahan boleh
menyebabkan mereka menghadapi masalah. Kegagalan menyelesaikan
masalah mengakibatkan prestasi kerja akan merosot.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan penyataan pengkaji iaitu Faridah Karim (2000), dapatlah
dikatakan bahawa guru pada masa kini perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar. Mereka juga perlu menunjukkan keinginan dan
inisiatif kendiri serta motivasi untuk mengajar. Dalam hal ini, kesediaan guru adalah
sesuatu yang wajar sebelum mereka melaksanakan sesuatu perubahan pendidikan
kerana mereka merupakan agen pelaksana kepada perubahan pendidikan tersebut.
Dalam hal ini, guru seharusnya perlu benar-benar faham dengan konsep PBS kerana
ia akan memberi keadilan kepada pelajar yang dinilai seterusnya menggambarkan
kewibawaan sekolah sebagai salah satu institusi pendidikan negara. Oleh itu
penyelidik merasakan kajian yang akan dijalankan adalah suatu yang wajar. Justeru
itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesediaan guru terhadap pelaksanaan
Penataraan Modul PBS KHB Tingkatan Satu dari aspek kemahiran pentaksiran iaitu
kemahiran, pelaksanaan dan kesediaan guru.
10 1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara khusus perkara-
perkara berikut melalui persepsi pihak yang terlibat di dalam melihat kesediaan guru
terhadap pelaksanaan penataran PBS bagi matapelajaran KHB Tingkatan Satu.
i) Mengenal pasti kesediaan guru dari aspek pengetahuan tentang PBS KHB
Tingkatan Satu.
ii) Mengenal pasti kesediaan guru dari aspek kemahiran mentaksir pelaksanaan
PBS KHB Tingkatan Satu.
iii) Mengenal pasti kesediaan guru dari aspek sikap dalam pelaksanaan PBS
KHB Tingkatan Satu.
iv) Mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan,
mentaksir dan sikap guru dalam pelaksanaan PBS KHB Tingkatan Satu
sebelum dan selepas penataran.
1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan
berikut;
i) Apakah tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan tentang PBS KHB
Tingkatan Satu.
ii) Apakah tahap kesediaan guru dari aspek kemahiran mentaksir pelaksanaan
PBS KHB Tingkatan Satu.
iii) Apakah tahap kesediaan guru dari aspek sikap dalam pelaksanaan PBS KHB
Tingkatan Satu.
11 iv) Adakah terdapat perbezaan kesediaan guru dari aspek pengetahuan,
mentaksir dan sikap guru melaksanakan PBS KHB sebelum dan selepas
penataran.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah sangat penting dan diharapkan dapat memberi manfaat
kepada setiap agen pelaksana seperti berikut
1.6.1 Institusi Pendidikan
Institusi kerajaan yang terlibat seperti pihak sekolah (guru) akan memperolehi
maklumat tentang standard prestasi PBS KHB Tingkatan Satu untuk diketengahkan
menerusi pengajaran dan pembelajaran KHB.Sekolah khususnya pihak pentadbir
agar pentaksiran kerja kursus KHB diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut
prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak LPM. Disamping itu, dapatan kajian ini
dapat memberi penerangan kepada pihak sekolah mengenai masalah-masalah yang
dihadapi oleh guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB.
1.6.2 Pelajar
Memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya menyiapkan kerja kursus
KHB mengikut tempoh yang dinyatakan dengan sempurna bagi mendapatkan
markah atau keputusan yang cemerlang dan sebagai panduan kepada pelajar dalam
menentukan strategi bagi meningkatkan pencapaian keputusan dalam peperiksaan
PMR.
12 1.6.3 Ibu bapa Atau Penjaga
Mengetahui peri pentingnya calon menyiapkan kerja kursus ini, kesannya
kepada keputusan peperiksaan PMR dan memberi galakan serta motivasi dalam
menyiapakan kerja kursus ini.
1.6.4 Pemantau Luaran
Memastikan proses kerja pemantuan berjalan lancar dan mengikut
penjadualan yang telah ditetapkan dan memaklumkan kedatangan pemantau bagi
memudahkan penyediaan dokumen yang dikehendaki.
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah harian di
daerah Johor Bahru, Johor. Sekolah ini dipilih bagi penyelidik memantau guru-guru
yang melaksanakan PBS dengan pelajar-pelajar mereka. Oleh kerana kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru-guru terhadap keberkesanan PBS,
maka kajian ini hanya terbatas kepada guru yang mengajar mata pelajaran KHB
Tingkatan Satu .
Faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pentaksiran
berasaskan sekolah hanya ditinjau di peringkat sekolah sahaja. Faktor-faktor luaran
yang kemungkinan ada mempengaruhi pelaksanaannya tidak termasuk dalam skop
kajian ini. Data-data yang diperolehi adalah terhad kepada soal selidik dan temubual
sahaja. Disebabkan bilangan sampel adalah kecil, maka hasil dari kajian ini tidak
13 dapat digeneralisasikan kepada semua guru KHB Tingkatan Satu di seluruh
Malaysia.
1.8 Kerangka Kerja Konsep Kajian
Kajian ini membincangkan tentang model dan teori yang berkaitan dengan
dua pemboleh ubah yang berperanan sebagai bersandar dan tidak bersandar. Menurut
Azizi et. al (2007), hubungan antara pemboleh ubah yang dicadangkan dalam
penyelidikan tidak sahaja bergantung kepada kefahaman rasional dan logik.
Penyelidik perlu membuat sorotan kajian sedia ada bagi mendapatkan sandaran
kepada teori-teori yang menyokong perkaitan tersebut. Melalui kajian ini, pemboleh
ubah tidak bersandar merujuk kesediaan guru yang dilihat daripada aspek
pengetahuan,kemahiran mentaksir, sikap dan pengalaman guru dalam penataran PBS
manakala pemboleh ubah bersandar merujuk kepada kesediaan guru dalam penataran
PBS KHB.
Rajah 1 merupakan model yang diinovasikan daripada kerangka teori model
reflektif Wallace (1991) yang berpendapat bahawa seseorang guru biasanya
mempunyai pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang berkaitan dengan bidang
tugasnya. Apabila mengikuti latihan profesional, seseorang guru itu akan
mengaitkan pengetahuan yang diterimanya (received knowledge) dengan
pengetahuan melalui pengalaman (experiental knowledge) yang merupakan dua
sumber pengetahuan penting dalam latihan profesional. Kedua-dua sumber
pengetahuan tersebut mengikut Wallace saling bergantung antara satu sama lain bagi
membolehkan guru lebih bersedia untuk melaksanakan tugas profesionalnya.
14
Berdasarkan kepada kedua-dua faktor ini akan menghasilkan guru yang
berkualiti selaras dengan matlamat PBS iaitu melahirkan pelajar modal insan kelas
pertama bertaraf dunia.
Rajah 1.1: Model Keberkesanan guru dalam kesediaan pelaksanaan penataran PBS
KHB Tingkatan Satu yang diinovasi daripada Model Reflektif Wallace
(1991)
1.9 Definisi Istilah
Frasa kata yang dijadikan tajuk di dalam kajian ini perlu diperjelaskan.
Berikut ialah definisi istilah atau konsep yang berkaitan.
KESEDIAAN GURU
PENATARAN PBS KHB
(PEMBOLEH UBAH
BERSANDAR)
GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN
SATU
PENGETAHUAN PBS, KEMAHIRAN MENTAKSIR, SIKAP DAN PENGALAMAN
( PEMBOLEH UBAH TAK BERSANDAR)
15 1.9.1 Kesediaan Guru
Menurut Kamus Dewan (2002), kesediaan membawa maksud perihal sedia,
kesanggupan, kerelaan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan adalah kesanggupan
guru-guru KHB Tingkatan 1dalam melaksanakan PBS dala aspek-aspek yang hendak
dikaji iaitu pengetahuan dan kefahaman terhadap konsep pelaksanaan PBS,
kemahiran guru dalam mentaksir hasil tugasan pelajar berdasarkan konsep PBS,
sikap guru semasa melaksanakan PBS dan perbezaan guru melaksanakan PBS
berdasarkan pengalaman mereka.
1.9.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2005), Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dalam kajian ini,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu bentuk penilaian kerja kursus
yang dilakukan oleh pihak sekolah khususnya guru yang mengajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Dalam kajian ini juga, pelaksanaan PBS yang hendak dikaji
adalah berdasarkan aspek-aspek yang terdapat dalam PBS iaitu dari segi
kefahaman konsep, kaedah penilaian, pembinaan item, dan sebagainya.
Menurut Dokumen Pentaksiran LPM (2011), PBS baru ini juga ditafsirkan
sebagai satu proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Selain itu, PBS ini tiada had kepada
peratusan murid untuk mencapai sesuatu standard, taburan markah atau gred tidak
16 ditetapkan serta pelaporan adalah serasi dengan kehendak pendidikan.
Sehubungan itu, pelajar yang telah menguasai isi mata pelajaran seharusnya
boleh mencapai tahap Band 6, di mana mereka harus tahu, faham, boleh buat, boleh
buat dengan beradab iaitu mengikut aturan yang betul, boleh buat dengan aturan
yang betul dan menunjukkan sahsiah yang baik dan terpuji dan membuat
demonstrasi serta menjadi contoh pada Band 6.
1.9.3 Pengetahuan
Menurut Kamus Dewan (1999), pengetahuan membawa maksud satu bidang
ilmu yang perlu diteroka dan diketahui untuk dimiliki bagi membentuk sikap dan
tingkah laku. Dalam kajian ini, pengetahuan difokuskan kepada pengetahuan dan
kefahaman guru tentang pelaksanaan dan konsep PBS. Pengetahuan guru meliputi
aspek-aspek yang diperlukan dalam tugasan pentaksiran, pelaksanaan dan
pengurusan PBS.
1.9.4 Kemahiran Mentaksir
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2006), kemahiran didefinisikan sebagai
kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan
pengetahuan yang khusus atau kebolehan atau kecekapan. Selain itu, kemahiran
juga adalah suatu seni, kebolehan atau teknik yang diperoleh melalui latihan atau
pengalaman khususnya yang mana melibatkan penggunaan anggota atau badan.
17 Dalam kajian ini, kemahiran difokuskan kepada kemahiran untuk menilai dan
mentaksir hasil kerja pelajar (evidens) secara menyeluruh dan holistik. Kemahiran
mentaksir PBS adalah untuk mengesan kemajuan pelajar secara fleksibel mengikut
kebolehan dan keupayaan kecerdasan pelajar. Kemahiran mentaksir ini adalah
pelengkap PBS kerana guru perlu merancang strategi pengajaran, membina instrumen
atau lembaran kerja pelajar mengikut kesesuaian pelajar untuk mengenal pasti tahap
perkembangan potensi diri, kemajuan dan pencapaian pelajar. Selain itu, guru juga
perlu membuat tindakan susulan dan pertimbangan sewajarnya untuk memberi Band
yang sesuai kepada para pelajar. Kemahiran menilai ini melibatkan penilaian melalui
aktiviti pengajaran dan pemebelajaran, portfolio, pemerhatian, projek pelajar, kuiz
dan sebagainya.
1.9.5 Sikap
Menurut Kamus Dewan (1993), sikap ialah perbuatan atau pandangan
yang berdasarkan pada sesuatu pendapat dan fikiran. Manakala Syarifah (1983),
pula menyatakan sikap sebagai keadaan di mana seseorang individu itu mudah
dipengaruhi untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap orang lain, idea
atau sesuatu kejadian. Dalam kajian ini, sikap merujuk kepada sikap pelajar
semasa pelaksanaan PBS KHB ini dijalankan.
Ahli-ahli penyelidikan memberi pelbagai takrifan tentang istilah sikap.
Mengikut Anderson (1994) terdapat lima ciri sikap yang jelas iaitu emosi, sasaran,
arah tuju, kekuatan dan ketekalan. Ciri emosi boleh dibahagi kepada ukuran positif,
neutral dan negatif. Jika sesuatu sikap adalah positif, ia akan dituju dengan baik ke
sasarannya dan sebaliknya. Sikap seseorang boleh diukur dengan memberi
pernyataan yang membolehkannya memberi respons sama ada positif atau
sebaliknya terhadap item yang diberikan.
18 Dari segi bentuk psikologi, sikap didefinisikan sebagai suatu keadaan mental
yang sedia wujud, yang dibentuk melalui pengalaman dan memberi tekanan
dinamik terhadap tindak balas seseorang individu terhadap objek atau situasi yang
berkaitan. Sikap dikatakan diproses melalui pembelajaran dan bersifat implisit.
Kajian ini mendefinisikan sikap sebagai suatu bentuk psikologi yang boleh
diterangkan oleh kecenderungan tingkah laku seseorang individu yang
menunjukkan kesediaan untuk memberi respons secara penilaian dan tekal. Sikap
guru terhadap pelaksanaan PBS merupakan kecenderungan tingkah laku guru untuk
memberi respons yang baik atau sebaliknya terhadap item-item dalam soal selidik
yang disediakan. Respons guru boleh diukur secara berterusan daripada positif
(sangat setuju) ke negatif (sangat tidak setuju) dalam soal selidik yang ditadbirkan.
1.9.6 Pengalaman
Menurut laman akses The free Dictionary by Falex, maksud pengalaman
yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu adalah menangkap objek, pemikiran
atau emosi melalui deria atau minda, contohnya pengalaman pertama bermain salji.
Selain itu, pengalaman juga didefinisikan sebagai penyertaan aktif dalam peristiwa
atau aktiviti, yang membawa kepada pengumpulan pengetahuan atau kemahiran:
satu pengajaran yang diajar oleh pengalaman; contohnya, seorang tukang kayu
dengan pengalaman dalam membaiki bumbung. Kesimpulannya, pengalaman
adalah suatu pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui suatu peristiwa
atau siri peristiwa yang dilalui oleh seseorang individu atau sebuah kumpulan. .
19 1.9.7 Kemahiran Hidup Bersepadu
Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang
berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1
hinggaTingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai
matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan
masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. (Huraian Sukatan Pelajaran KHB
Tingkatan 1)
1.9.8 Penataran
Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (2011),
terbitan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
,penataran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman dan
kesefahaman dalam kalangan pentaksir dan pengguna supaya skor yang diperoleh
mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Penataran dijalankan
dengan tujuan memberi pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung
perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang
digunakan dan kaedah pemberian skor.
1.10 Penutup
Bab ini membincangkan tentang pengenalan, latar belakang masalah,
objektif, persoalan kajian dan permasalahan yang hendak dikaji. Latar belakang
masalah membincangkan tentang penilaian guru terhadap pelaksanaan penataran
modul satu pentaksiran berasaskan sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu Tingkatan Satu.
20
Dalam bab yang seterusnya iaitu sorotan penulisan, pengkaji akan mengupas
dengan lebih lanjut mengenai kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan aspek yang
sedang dikaji.