borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filerekacipta instrumen alat sensor untuk ujian...
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya, RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT TERHAD TIDAK TERHAD
TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap No 96, DR ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN
Jalan Bunga Kemudu,
Perumahan Sepekan Jaya, 26600 Pekan
Pahang Darul Makmur. Tarikh : 7 APRIL 2008 Tarikh : 2 MEI 2008
REKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UJIAN
KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN
UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
i
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : …………………………………
Nama Penyelia : Dr Zainal Abidin Bin Zainuddin
Tarikh : 2 MEI 2008
ii
REKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN
KOMPUTER
RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Sains Sukan).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2008
iii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………
Nama Penulis : RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK
Tarikh : 7 APRIL, 2008
iv
DEDIKASI
Buat Keluarga Tersayang
Ayahanda En A Malek Bin Md Lazim Bonda Pn Rahimah Bt Abd Manaf
Kekanda-kekanda
Rahimei Iskandar Rahimei Ikhwan
Adinda-adinda
Malisa Aini Noor Malisa Ainun Noor Rahimei Ibnor
Rahimei Mohd Izam Amir
Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan) yang banyak Membantu
Terutamanya kepada Dr Zainal Abidin Zainuddin dan Puan Halijah bt Ibrahim
Rakan-rakan seperjuangan seperjuangan
Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)
Serta Insan Teristimewa
Cik Zuraidah Bt Abd Hamid
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah…………………….
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana telah melimpahkan kurniaNya dapat
penyelidik menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya sebagai syarat akhir
kursus sebelum menerima segulung ijazah.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah
Sains Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terutamanya buat
pensyarah pembimbing Dr Zainal Abidin bin Zainuddin di atas bimbingan dan tunjuk
ajar tanpa rasa jemu sepanjang penyelidik menyiapkan penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan dari Fakulti Elektronik
yang membantu dalam menyiapkan instrumen kajian. Selain itu, kepada pelajar-pelajar
Sains Sukan, UTM yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada penyelidik
terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan kemasukan 2003/2004. Terutama kepada
Farhan, Salleh, Duan, Lan, Apis dan Preston South Vc. Terima kasih kawan..
Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu bapa dan adik beradik tersayang yang
sentiasa memberikan sokonngan kepada penyelidik. Tidak lupa pada insan teristimewa,
Cik Zuraidah kerana sentiasa disisi.
Moga Allah rahmati dan kurnia kebahagiaan buat anda semua. Sekian terima kasih
vi
ABSTRAK
Ujian ‘Bleep’ merupakan salah satu ujian yang digunakan untuk menilai daya
tahan kardiovaskular bagi seseorang atlit. Kajian ini merupakan satu projek merekacipta
alat iaitu menggunakan teknologi sensor ‘pijakkan kaki’ untuk digunakan dalam ujian
‘Bleep’. Alat ini direka bertujuan untuk melihat keberkesanan bagi menentukan
kesalahan semasa ujian ‘Bleep’ dijalankan dengan menggunakan sensor. Penyelidik
mendapatkan persepsi terhadap alat ini daripada 40 orang siswazah-siswazah Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia yang dipilih secara rawak melalui soal selidik yang diedarkan dan 10 orang
daripadanya dipilih untuk melakukan pengujian melihat keberkesanan sensor.
Penggunaan camera digital Canon 2400 digunakan bagi merakam gambaran lakuan yang
tepat dan betul. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft
Excel 2007 berdasarkan kekerapan dalam jawapan skala likert dan dirumuskan secara
peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan sensor berkesan dan
mendapat sambutan yang baik daripada responden yang dipilih. Hasil kajian
menunjukkan bahawa penggunaan alat sensor bagi ujian ‘Bleep’ memberikan ketepatan
dalam menentukan kesahan larian bagi seseorang subjek yang diuji. Alat ini amat
ringkas dan mudah alih bagi menjalankan ujian ‘Bleep’. Cadangan penyelidik supaya
alat ini dapat dibangukan semula dengan sumber yang tahan lebih lama, kalis air, dan
sumber tenaga yang relevan mendapatkan mutu hasil penyelidikan yang sempurna.
Kesimpulannya, penggunaan sensor yang dicadangkan mendapat sambutan yang baik
dan ketepatan menentukan kesahan larian dalam ujian ‘Bleep’ amat bertepatan. Sensor
yang digunakan perlu diperbaiki untuk kajian-kajian akan datang supaya lebih menarik
serta boleh digunakan untuk peringkat yang lebih tinggi.
vii
ABSTRACT
Bleep Test is one of the test that being use by athletes to measure their
cardiovascular endurances. The purpose of this research was to determine the
effectiveness of using instrument sensor on doing Bleep Test to detect any fault in this
test. Researcher had obtained views of effectiveness of sensors in this equipment from
40 undergraduate students in Faculty of Education, University Technology Malaysia.
Subjects were chosen randomly through questionnaires and 10 of the subjects had
undergone the bleep test. Canon digital camera was used to record and capture error in
performing the running. Data were collected and analyzed using the Microsoft Excel
2007 based on frequency and translated to percentage. The results showed that using a
sensor to determine the fault in Bleep Test was effective. Positive feedbacks were
gathered from most of the respondent. From the results, instrument sensor of Bleep Test
showed accuracy in pointing errors in running. This research can be modified and
upgraded by using a better resource, waterproof and rechargeable power supply to
enhance the quality. As a conclusion, the usage of instruments sensor in Bleep Test
received positive feedback and able to detect a fault precisely. Sensors should be
upgraded in the future research so that it can be used in a higher stage.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI JADUAL xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Kepentingan Kajian 5
1.6 Limitasi Kajian 6
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Definisi Operasional 8
ix
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Kajian Berkaitan 10
2.3 Teori Rekabentuk 11
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 14
3.2 Kaedah Penyelidikan 15
3.3 Populasi dan Persampelan 15
3.4 Instrumen Kajian 16
3.5 Prosedur Kajian 17
3.6 Rekabentuk Kajian 18
3.6.1 Fasa Merekabentuk 18
3.6.2 Fasa Penghasilan 19
3.6.3 Fasa Simulasi Pengujian 19
3.7 Pengumpulan Data 22
3.8 Penganalisisan Data 23
3.9 Kajian Rintis 23
4 REKABENTUK INSTRUMEN
4.1 Pengenalan 24
4.2 Cadangan 24
4.2.1 Peringkat Awal 24
4.2.2 Peringkat Akhir 27
4.3 Instrumen Kajian 28
4.3.1 Rekabentuk Instrumen 28
4.3.2 Spesifikasi Instrumen 30
4.3.3 Prosedur Penggunaan 34
4.4 Pengukuran 35
4.5 Penutup 37
x
5 PENGANALISAAN DATA
5.1 Pengenalan 38
5.2 Analisis Data Ujian Kesahan Instrumen 39
5.3 Analisis Data Soal Selidik 40
5.3.1 Latar Belakang Responden 40
5.3.1.1 Jantina 40
5.3.1.2 Bangsa 41
5.3.1.3 Agama 42
5.3.1.4 Umur 43
5.3.1.5 Tahun Pengajian 44
5.3.1.6 Aktif Bersukan 45
5.3.1.7 Jenis Aktiviti Sukan 46
5.3.1.8 Kekerapan Aktiviti 47
5.3.1.9 Pengalaman Menjalani
Ujian ‘Bleep’ 48
5.3.1.10 Masa Terakhir Jalani
Ujian ‘Bleep’ 49
5.3.2 Persepsi Terhadap Penggunaan
Alat Sensor dalam Ujian Daya Tahan
Kardiovascular – Ujian ‘Bleep’ 50
6 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan 61
6.2 Ringkasan Kajian 61
6.3 Perbincangan 62
6.4 Cadangan 64
6.5 Kajian Akan Datang 65
6.6 Kesimpulan 65
6.7 Penutup 65
xi
BIBILIOGRAFI 66
LAMPIRAN 67-76
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik
Bahagian A : Latar Belakang Responden 68
B Borang Soal Selidik
Bahagian B : Skala Likert 70
C Surat Lantikan 72
D Surat Kontrak Persetujuan Subjek Ujian 74
E Borang Skor Ujian ‘Bleep’ 75
F Kos Pembelanjaan 76
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Lakaran Awal Papan Pijak 25
4.2 Lakaran Awal Isyarat Output 26
4.3 Anatomi Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ 26
4.4 Litar Arus Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ 27
4.5 Prototaip Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ 29
4.6 (a) Bekalan Kuasa 30
(b) Penyimpanan 30
4.7.0 Papan Pijak Dalaman (Aluminium Foil) 31
4.7.1 Papan Pijak Permukaan Atas (Karpet) 31
4.7.2 Papan Pijak – Perintang Arus (Span) 32
4.7.3 Papan Pijak Permukaan Belakang (Getah) 32
4.8 Penyambung 33
4.9 Output Alat Sensor
Buzzer (Bunyi) 33
4.10 Output Alat Sensor
Lampu / Mentol (Cahaya) 34
5.1 Pijakkan Kaki Yang Sah 39
5.2 Pijakkan Kaki Yang Tidak Sah 39
5.3 Jantina Responden 40
5.4 Bangsa Responden 41
5.5 Agama Responden 42
5.6 Umur Responden 43
xiv
5.7 Tahun Pengajian Responden 44
5.8 Tahap Aktif Bersukan Responden 45
5.9 Jenis Aktiviti Sukan Responden 46
5.10 Jumlah Kekerapan Bersukan Responden 47
5.11 Pengalaman Menjalani Ujian ‘Bleep’ Responden 48
5.12 Kali Terakhir Jalani Ujian ‘Bleep’ Responden 49
5.13 Maklumbalas Menyokong Pembangunan Rekacipta
Membantu Meningkatkan Prestasi Seseorang Atlet 51
5.14 Maklumbalas Terhadap Keyakinan Dengan
Penggunaan Sensor Dalam Ujian ‘Bleep’ 52
5.15 Maklumbalas Suka Dengan Penggunaan Sensor
Bunyi dan Lampu Dalam Menentukan Kesahan Ujian
Dalam Ujian ‘Bleep’ 53
5.16 Maklumbalas Alat Ini Membantu Penyelidik
Menentukan Subjek Ujian Samada Prosedur Ujian
Dijalankan Dengan Tepat 54
5.17 Maklumbalas Alat Ini Selamat Untuk Digunakan
Bagi Menjalankan Ujian Kecergasan Kardiovascular
Iaitu Ujian ‘Bleep’ 55
5.18 Maklumbalas Alat Sensor Ini Dapat Membantu
Atlet Dalam Ujian ‘Bleep’ 56
5.19 Maklumbalas Alat Ini Dapat Mempengaruhi
Peningkatan Prestasi Ujian Bagi Seseorang Subjek 57
5.20 Maklumbalas Alat Ini Boleh Digunakan Pada
Sebarang Peringkat Kemahiran Seseorang
Penguji Dan Atlet 58
5.21 Maklumbalas Alat Sensor Ini Masih Boleh
Ditingkatkan Lagi Pada Masa Akan Datang 59
5.22 Maklumbalas Ujian ‘Bleep’ Lebih Mudah
Dijalankan Dengan Menggunakan Alat Sensor
Ini Sebagai Salah Satu Bahan Bantu Ujian 60
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Prosedur Ujian Pengesahan Instrumen 21
3.2 Prosedur Ujian Penilaian Instrumen 22
4.1 Spesifikasi Alat Sensor untuk Ujian ‘Bleep’ 29
4.2 Paparan Arahan Bagi Menggunakan
Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ 35
4.3 Pengiraan Skor Ujian ‘Bleep’ 36
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kecergasan fizikal amat penting bagi seseorang manusia untuk melakukan
sebarang rutin kerja dalam kehidupan. Tanpa kecergasan fizikal yang mencukupi,
sesuatu kerja yang dijalankan atau yang diamanahkan akan terbengkalai sebegitu sahaja.
Maka dapatlah dinyatakan bahawa keperluan untuk menjaga kecergasan fizikal amat
penting apatah lagi bagi seseorang atlet dalam sesuatu sukan.
Cobin dan Linsey (1994), mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan
keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisen dan berkesan. Falls (1980),
menyatakan kecergasan fizikal untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan
dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai dapat memberi seseorang individu
perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokenetik (kekurangan pergerakan)
seperti penyakit jantung, kegemukkan dan pelbagai penyakit otot serta tulang.
Kecergasan prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang yang
membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, berdaya
kuasa dan mempunyai daya tahan.
2
Akademik Pendidikan Jasmani Amerika Syarikat (1979), menyatakan
kecergasan fizikal ialah kemampuan dan kebolehan individu melakukan aktiviti
seharian tanpa merasa lesu serta masih mempunyai lebihan tenaga untuk melakukan
aktiviti kesenggangan. Selain dari itu, ia masih mempunyai tenaga untuk menghadapi
kecemasan. Secara khusus kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan terdiri dari lima
komponen iaitu komposisi badan, kecergasan kardiovaskular, kelenturan, daya tahan
otot dan kekuatan otot. Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor pula
merangkumi komponen ketangkasan, imbangan, koordinasi, kuasa, masa tindakbalas
dan kepantasan.
Menurut Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad (1987), terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi kecergasan fizikal individu iaitu baka, alam sekitar dan
tingkahlaku. Baka membezakan saiz tubuh, personaliti kendiri serta kepandaian
seseorang individu. Boleh dikatakan baka menentukan limitasi potensi individu.
Peningkatan kecergasan dapat dibentuk dan dipengaruhi oleh bidang sukan yang
diceburi. Contohnya sukan seperti futsal, bolasepak, olahraga balapan, serta sukan-
sukan yang memerlukan daya tahan kardiovaskular secara keseluruhannya. Otot
hamstring, otot quadriceps dan otot gastronemius adalah sebahagian daripada otot-otot
yang perlu diberikan penekanan khusus. Pada yang sama juga, penghasilan alatan
pengukuran prestasi sukan juga mula berkembang dan diterokai secara global. Pada
tahun 1960, peningkatan atau perkembangan serius dapat dilihat di dalam bidang
teknologi khususnya dalam penganalisisan gerak laku manusia.
Alatan seperti time measurement device, dynamometer, motion analysis, muscle
stimulator dan electromyography adalah antara instrumen yang membantu dalam
pengukuran kecergasan atlit kini. Secara tidak langsung alat ini menjadi batu loncatan
kepada pengkajian tentang aspek biomekanik yang meluas sebagai salah satu cabang
Sains Sukan. Alat-alat lain seperti alat latihan isokinetik, isometrik dan isotonik juga
3
banyak membantu atlet dalam meningkatkan daya fizikal mengikut keperluan masing-
masing (Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad 2000).
Kini sudah terdapat alat atau instrumen yang di komersilkan seluruh dunia.
Namun begitu, kekangan yang diperolehi adalah belanja yang amat tinggi bagi
mendapatkan produk di pasaran di samping kesesuaian penggunaan alatan bagi sukan
tertentu. Penyelerasan kesesuaian bagi instrumen yang terlibat dalam sesuatu ujian bagi
memudahkan sesuatu ujian dijalankan telah memberi idea kepada penyelidik
merekabentuk alatan sensor di dalam ujian kecergasan ‘Bleep’. Dengan adanya daya
usaha bagi penghasilan sistem kawalan sensor dalam ujian diharap dapat membantu
seseorang penyelidik dan penguji untuk menjayakan ujian ‘Bleep’ dengan mudah.
Diharapkan, di dalam menjalankan proses pembinaan alat rekacipta ujian ‘Bleep’
ini aspek-aspek keselamatan juga di titik beratkan untuk kumpulan subjek. Meskipun
penyelidik amat mementingkan kebolehpercayaan dan kesahan dalam ujian namun
keselamatan penguji semasa ujian dilakukan tetap diberi keutamaan.
1.2 Penyataan Masalah
Kebolehpercayaan yang tinggi juga amat dititikberatkan bagi mencapai matlamat
sesuatu ujian. Pastinya nilai kesahan yang diperolehi dapat membantu seseorang
penguji menilai mutu sesuatu ujian dengan dapatan kajian yang dijalankan. Kos
pembangunan bagi sesuatu alatan ujian yang rendah harganya adalah bertitik tolak
belanja yang perlu diperuntukkan bagi mengkaji dan menghasilkan instrumen ini.
Telah diketahui umum bahawa terdapat pelbagai jenis alatan ujian yang
dipasarkan di pasaran kini. Sehubungan itu, ciri-ciri seperti mudah dikendalikan dan
digunakan adalah salah satu keistimewaan bagi sesuatu produk alatan tersebut. Dengan
4
kelebihan ini, yang ditambah dengan ciri keselamatan yang tinggi semasa menggunakan
alatan adalah keistimewaaan instrumen yang dibangunkan kini. Capaian maklumat yang
tepat dan jelas dapat diatur dengan adanya bantuan dari alatan yang dibangunkan. Ini
kerana, ujian ‘Bleep’ memiliki banyak tahap yang berbeza dan perlu dihadapai oleh
seseorang subjek. Semoga dengan adanya proses membangunkan produk sensor ujian
‘Bleep’ ini dapat mengatasi masalah yang timbul baik secara lansung atau tidak secara
langsung sebelum, semasa dan selepas ujian yang dijalankan.
1.3 Objektif Kajian
Kajian yang akan dijalankan mempunyai objektif seperti yang berikut:
1.3.1 Menghasilkan instrumen ujian daya tahan kardiovaskular iaitu ujian ‘Bleep’ yang
menggunakan teknologi sensor pijakkan kaki.
1.3.2 Menguji kebolehpercayaan instrumen ujian ‘Bleep’ yang menggunakan
teknologi sensor dengan menjalani ujian kardioavaskular iaitu Bleep Test melalui
ujian kecergasan dan borang soal selidik.
1.4 Persoalan Kajian
Di dalam kajian penghasilan instrumen alatan yang membantu dalan
penyelarasan data dan maklumat dengan menggunakan teknologi sensor dalam ujian
5
‘Bleep’ ini bagi mendapatkan maklum balas daripada pengguna tentang perkara seperti
di bawah :
1.4.1 Keberkesanan dan keupayaan alat ujian instrumen ujian ‘Bleep’ yang
menggunakan pengukuran berteknologi pengesan (sensor) jenis pijakkan.
1.4.2 Kebolehpercayaan instrumen ujian ‘Bleep’ yang dihasilkan.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah untuk menghasilkan instrumen ujian ‘Bleep’ yang bercorak
penggunaan teknologi sensor. Prosedur ujian sebelum ini adalah menggunakan kaedah
manual yang mana setiap catatan pencapaian ditentukan dan dicatatkan oleh penguji.
Berbekalkan borang skor tahap pencapaian (level), setiap ulangan larian dicatitkan ke
atas borang skor yang disediakan oleh penguji.
Pencapaian subjek yang diuji dikira setelah seseorang subjek itu tidak melakukan
larian pada tahap yang maksima berdasarkan keupayaan. Melalui kaedah sedia ada
berkemungkinan akan mewujudkan implikasi kekurangan penentu kesahihan larian
seseorang subjek itu.
Oleh itu, dengan wujudnya instrumen yang mementingkan nilai capaian yang
tepat sekaligus membantu penguji memperolehi nilai kebolehpercayaan yang tinggi.
Pembinaan instrumen ini diharap dapat memudahkan para penguji dan atlet terutamanya
6
dari segi pengendalian ujian. Ini kerana alat ujian ‘Bleep’ mudah dan cepat dijalankan
di samping kawalan dan pemerhatian daripada para penguji.
Akhir sekali, diharap alatan ini dapat memberikan kemudahan yang maksimum
kepada atlet, penguji serta jurulatih dalam menyediakan laporan kecergasan bagi subjek
mereka dengan lebih tepat dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
1.6 Limitasi Kajian
Di dalam kajian yang dijalankan dalam menghasilkan alat ujian ‘Bleep’ ini,
terdapat juga batasan atau limitasinya yang tersendiri. Kajian ini terbatas kepada
perkara-perkara seperti yang dinyatakan di bawah:
1.6.1 Alatan ini hanya menumpukan kepada ujian untuk menguji keberkesanan
penyelarasan data dan maklumat semasa ujian ‘Bleep’ dijalankan.
1.6.2 Prosedur ujian yang dijalankan ke atas subjek yang diuji.
1.6.3 Persoalan kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk
menguji kebolehpercayaan instrumen ujian ‘Bleep’ yang menggunakan teknologi
pengesan (sensor).
7
1.7 Skop Kajian
Penyelidikan ini adalah berkisar tentang penghasilan instrumen menggunakan
teknologi pengesan (sensor) dalam ujian ‘Bleep’. Di samping itu, instrumen berkenaan
akan diuji keupayaan mengikut prosedur ujian ‘Bleep’ terdahulu dan mencari nilai
kebolehpercayaan dan kesahan terhadap penghasilan instrumen kajian ini.
1.8 Definisi Operasional
1.8.1 Reka Bentuk
Penghasilan sesuatu alatan atau instrumen yang dibangunkan berdasarkan idea,
permasalahan semasa atau keperluan dalam sesuatu perkara.
1.8.2 Alat Ujian
Merupakan salah satu alat ujian ‘Bleep’ yang boleh digunakan mengikut
peraturan-peraturan yang tertentu.
1.8.3 Ujian Kecergasan
Ujian yang dijalankan terhadap penguji terdiri dari ujian kardiovaskular iaitu
ujian ’Bleep’.
8
1.8.4 Kecergasan Fizikal
Kebolehan individu melakukan aktiviti fizikal. Data yang diperolehi dari ujian
akan di analisa.
1.8.5 Borang Soal Selidik
Suatu borang yang akan diisi oleh subjek bagi menilai instrumen sensor yang
dihasilkan.
9
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Pada masa kini aktiviti kecergasan fizikal dilakukan untuk mendapatkan
kesihatan diri yang lebih baik.Selain dari itu aktiviti kecergasan fizikal dipraktikkan oleh
para atlit untuk mencapai prestasi yang baik. Terdapat banyak kajian telah dibuat untuk
meningkatkan kecergasan fizikal. Ujian-ujian kecergasan fizikal juga telah diwujudkan
sebagai penentu tahap kecergasan individu dan atlet.
Ujian dan pengukuran bermaksud pengumpulan data dan maklumat dari
pencapaian prestasi pelbagai kompenan bagi mencapai keputusan. Akan tetapi
berdasarkan analisis kajian yang dijalankan, seseorang penguji harus mengkaji faktor
yang mempengaruhi keputusan ujian tersebut.
Ujian yang dikenali sebagai "Beep Test" dan "Yo-Yo Test", telah dicipta oleh
Leger, L.A. & Lambert, J. (1982), "A maximal multistage 20m shuttle run test to predict
VO2 max", (European Journal of Applied Physiology, Vol 49, p1-5). Objektif kajian ini
10
dijalankan adalah untuk menilai tahap pencapaian para atlet dalam pengambilan oksigen
pada tahap yang maksima (VO2 max).
Oleh kerana itu, rekabentuk juga wujud hasil daripada kehendak dan keperluan
asas serta keinginan untuk membantu memenuhi citarasa manusia kini. Dengan
berbantukan rekabentuk yang bertujuan sebagai pemangkin dalam sesuatu ujian
kecergasan fizikal, penghasilan alatan bantuan dalam pengumpulan data dan maklumat
amat diperlukan bagi melancarkan lagi analisis yang hendak dijalankan. Gabungan
antara ujian dan instumen alatan sekaligus membantu dalam bidang rekabentuk untuk
terus maju ke depan selari dengan kepesatan teknologi kini.
2.2 Kajian Berkaitan
Sebelum sesuatu rekabentuk alatan dihasilkan, proses perkembangan idea amat
perlu selari dengan keperluan yang hendak dicipta. Menurut (Freider 1967), ciptaan
atau rekaan yang baik adalah dari hasil model yang dibentuk terlebih dahulu. Dari
imbasan model tersebut, para perekabentuk akan dapat mempercambahkan kreativiti
mereka terhadap penyusunan bahagian-bahagian, struktur bahan dan rekabentuk
barangan yang akan direka.
Ini dapat disokong oleh Hosking & Harlis (1991), rekabentuk merupakan satu
proses mencipta sesuatu peralatan yang bertujuan untuk memberi keselesaan kepada
manusia dalam membantu melaksanakan urusan kehidupan harian, ia juga merupakan
penghasilan sesuatu barangan baru atau inovasi yang dilakukan ke atas sesuatu barangan
dengan bertujuan untuk kegunaan pengguna.
Banyak kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik untuk menguatkan teori
mereka tentang jenis-jenis ujian yang berkesan. Jenis-jenis ujian ini telah dibuat
11
berdasarkan ciri-ciri serta keadaan atlet sesuatu sukan yang hendak dibuat kajian.
Dengan berbantukan teknologi dan alatan kini, proses kajian bagi sesuatu ujian dapat
dipercepatkan dan dikemaskinikan.
Kajian-kajian yang telah dijalankan ini di buat dengan tujuan untuk mengukur
keupayaan atlet itu supaya dapat dijalankan latihan yang bersesuaian bagi meningkatkan
persembahan serta prestasi atlet tersebut.
Johnson dan Nelson (1986), telah menyarankan bahawa seseorang penyelidik
tidak seharusnya menggunakan satu ujian sahaja dan kemudian membuat kesimpulan
yang umum tentang kecergasan fizikal subjek yang diuji. Mereka telah mencadangkan
bahawa ujian-ujian mestilah saling berkaitan.
Sebagai contoh ujian kecergasan kardiovaskular juga boleh menguji komponen
daya tahan otot dan komponen kekuatan. Mereka mencadangkan untuk pelajar 14 tahun
keatas, komponen kecergasan fizikal yang dicadangkan untuk diuji ialah kekuatan dan
daya tahan otot, kelenturan dan kecergasan kardiovaskular. Penilaian kecergasan fizikal
yang dibuat akan menjadi penentu tahap kecergasan fizikal seseorang. Keputusan ujian
boleh digunakan oleh seseorang jurulatih atau penguji merancang latihan yang sesuai
untuk meningkatkan kecergasan atlet atau subjek yang terlibat.
2.3 Teori Rekabentuk
Dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk baik serta berkualiti, seseorang
perebentuk seharusnya menitikberatkan keperluan-keperluan seperti berikut :
12
2.3.1 Memenuhi keperluan
Menurut Maslow (1970), manusia akan mengambil masa untuk menerima
sesuatu pembaharuan yang mendadak. Dengan petikan ini, dapat diterangkan bahawa
sesuatu perubahan yang hendak dilakukan bukanlah secara mendadak atau drastik.
2.3.2 Ergonomik
Menurut International Labour Organization (ILO), ergonomik bermaksud
aplikasi sains biologi manusia berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja
dengan persekitaran kerjaya. Pada peringkat antarabangsa, ergonomik dapat dipecahkan
kepada tiga bidang iaitu :
i ) Ergonomik Fizikal – mempersoalkan tentang tindakbalas tubuh terhadap
tekanan fizikal dan psikologikal.
ii ) Ergonomik Kognitif – kejuruteraan psikologi, keraguan tentang proses
mental seperti persepsi, perhatian, pengamatan, kawalan motor dan penyimpanan
memori.
iii ) Ergonomik Organisasi – juga dikenali sebagai Makroergonomik iaitu
mempersoalkan tentang keyakinan sistem teknikal sosio termasuk struktur
organisasi, polisi dan proses.
13
2.3.3 Anthopometrik
Ia didefinasikan sebagai pengukuran tubuh manusia dan karektor
biomekanikalnya (Adam, 1989). Biomekanikal merujuk kepada kemampuan sistem otot
rangka manusia .
14
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Terdapat beberapa peringkat metodologi yang telah digunakan oleh penyelidik
bagi melaksanakan kajian ini. Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan dan
menghuraikan mengenai metodologi yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini.
Perkara-perkara yang akan dibincangkan ialah seperti berikut :
i. Kaedah penyelidikan
ii. Populasi dan pensampelan
iii. Instrumen kajian
iv. Prosedur kajian
v. Reka bentuk kajian
vi. Pengumpulan data
vii. Penganalisisan data
viii. Kajian rintis
15
3.2 Kaedah Penyelidikan
Dalam kajian ini penyelidik menghasilkan instrumen ujian kardiovaskular iaitu
ujian ‘Bleep’ yang menggunakan teknologi pengukuran digital (sensor) dan seterusnya
menguji keupayaan dan kebolehpercayaan instrumen ujian kardiovaskular ‘Bleep’.
Penyelidik melakukan pengujian ke atas 10 orang subjek yang terdiri dari pelajar dari
Fakulti Pendidikan (Sains Sukan) bagi ujian kecergasan kardiovascular iaitu ujian
‘Bleep’. Ujian ini bagi memastikan bahawa instrumen sensor yang dihasilkan mencapai
tahap yang ditetapkan oleh pengkaji. Disamping itu, borang soal selidik juga akan
diberikan kepada 40 orang subjek bagi menilai keupayaan instrumen yang dibangunkan.
Subjek dipilih secara rawak itu terdiri dari pelajar Fakulti Pendidikan.
3.3 Populasi dan Persampelan
Seramai 10 orang pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan) dipilih untuk menjadi
subjek ujian untuk memastikan instrumen yang dihasilkan berfungsi. Kesemua subjek
dikehendaki mengisi borang pengakuan rekod kesihatan bagi mengelakkan dari
berlakunya kejadian yang tidak diingini. Sekiranya subjek memenuhi kriteria yang
ditetapkan maka dia akan terpilih.
Pemilihan subjek adalah berdasarkan kepada kriteria bagi kategori A berdasarkan
panduan daripada American College of Sport Medicine (ACSM , 1980), iaitu :
i. Sihat tubuh badan dan tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit
ii. Bebas daripada penyakit
iii. Sederhana aktif dengan melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 3
hingga 5 hari dalam seminggu
iv. Tidak terhad kepada peringkat umur tertentu sahaja
16
v. Pemilihan subjek tidak terhad kepada perokok dan juga peminum minuman
keras.
Pemilihan 40 orang subjek bagi mengisi borang soal selidik adalah dipilih secara rawak
yang terdiri dari pelajar Fakulti Pendidikan.
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam menjalani kajian ini adalah seperti berikut :
3.4.1 Instrumen ujian kardiovaskular yang menggunakan teknologi pengukuran
digital sensor ‘Bleep’.
3.4.2 Di fokuskan kepada keupayaan instrumen seperti :
3.4.2.1 Sensitiviti alatan kepada sentuhan subjek.
3.4.2.2 Mudah alih instrumen.
17
3.5 Prosedur Kajian
Terdiri dari dua bahagian iaitu peringkat pertama pengujian alat sensor yang
memerlukan ujian ke atas instrumen dan peringkat kedua pengesahan fungsi alat sensor
yang menggunakan borang soal selidik.
3.5.1 Pemilihan Subjek
(i) 10 orang pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan).
(ii) 40 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari Fakulti Pendidikan bagi
mengisi borang soal selidik.
3.5.2 Penyerahan surat lantikan
Seramai 10 orang subjek ujian diberikan surat perlantikan bagi menjalani ujian.
3.5.3 Surat persetujuan
Subjek yang terpilih diberikan surat persetujuan yang mengandungi syarat-syarat
pelepasan tanggungan yang perlu ditandatangani.
18
3.5.4 Taklimat kajian
Penerangan tentang prosedur dan tujuan kajian kepada atlet.
Langkah-langkah penyerahan borang soal selidik :
i. 40 orang subjek dipilih secara rawak
ii. Subjek akan diberi penerangan tentang ujian ‘Bleep’
iii. Instrumen kajian akan dipamerkan pada subjek untuk diuji dan dinilai
3.6 Rekabentuk Kajian
Kajian yang dilaksanakan merangkumi beberapa fasa yang perlu di lalui oleh
penyelidik. Fasa-fasa tersebut terbahagi kepada tiga iaitu :
3.6.1 Fasa Merekabentuk Instrumen
Dalam fasa ini rekabentuk instrumen dibangunkan bagi memudahkan proses
penghasilan instrumen ujian daya tahan karviovaskular yang menggunakan teknologi
pengesan (sensor) ‘Bleep’. Antara faktor yang ditekankan adalah :
3.6.1.1 Rupabentuk instrumen.
3.6.1.2 Kebolehpercayaan instrumen.
19
3.6.1.3 Keistimewaan instrumen (mudah alih).
3.6.1.4 Keselamatan instrumen.
3.6.2 Fasa Penghasilan Instrumen
Dalam fasa ini penyelidik akan bekerjasama dengan pembimbing pensyarah dari
Fakulti Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, pelajar Tahun 4 (Sains Sukan) dan
pensyarah pembimbing. Instrumen dihasilkan mengikut rekabentuk yang bersesuaian
dan memenuhi kehendak ujian ‘Bleep’.
3.6.3 Fasa Pengujian Instrumen
Dalam fasa ini instrumen ujian daya tahan kardiovaskular yang menggunakan
teknologi pengesan (sensor) ‘Bleep’ yang telah dihasilkan diuji kebolehpercayaannya
melibatkan 10 orang pelajar iaitu 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan
kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor yang dipilih untuk menjadi subjek dalam kajian ini dan 40
orang subjek dipilih secara rawak dari Fakulti Pendidikan bagi mengisi borang soal
selidik instrumen.
20
Ujian ini meliputi :
3.6.3.1 Ujian Pengesahan
10 orang subjek membuat aktiviti regangan sebelum menjalankan ujian ‘Bleep’
ke atas instrumen. Dapatan ujian akan direkodkan di dalam borang skor. Subjek diminta
memberikan cadangan, pandangan dan komen terhadap instrumen yang digunakan.
3.6.3.2 Prosedur Ujian Pengesahan
Satu taklimat ringkas mengenai penyelidikan akan diberi kepada subjek bagi
menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang kajian yang dijalankan, prosedur
pengujian dan alatan yang digunakan. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi subjek
satu pandangan asas tentang alat penyelidik. Jadual 3.1 di bawah menunjukkan prosedur
ujian kecergasan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’ menggunakan alat sensor.
Ujian Pengujian bagi menilai tahap keupayaan alat sensor bagi Ujian
‘Bleep’ berasaskan ujian kecergasan fizikal daya tahan
kardiovascular.
Peralatan 1) Alat Sensor Ujian Bleep
2) Komputer peribadi
3) Borang skor ujian
4) Borang soal selidik
Prosedur 1) Subjek dikehendaki melakukan ujian daya tahan
kardiocascular dengan menggunakan alat sensor yang
21
dicipta oleh penyelidik.
2) Subjek dikehendaki mengisi borang kecergasan dan borang
skor ujian bagi ujian ‘Bleep’.
3) Setiap subjek masing-masing diperuntukkan masa 5 minit
untuk melakukan warm up.
4) Penyelidik akan member arahan apabila subjek sudah
bersedia.
5) Tahap peringkat ujian ‘Bleep’ akan dicatitkan. Pada masa
yang sama, penyelidik juga akan memastikan alat sensor
dipijak oleh subjek bagi memenuhi matlamat ujian.
6) Sesudah subjek menjalani ujian, subjek diberikan rehat dan
borang soal selidik akan diedarkan bagi mendapatkan
pandangan subjek terhadap alat sensor yang digunakan.
Jadual 3.1 Prosedur Ujian Simulasi Pengesahan Instrumen
3.6.3.3 Ujian Penilaian Alat Sensor
40 orang subjek akan dipilih secara rawak bagi menilai alat sensor yang
dibangunkan.
22
3.6.3.4 Prosedur Ujian Penilaian Instrumen
Satu taklimat ringkas mengenai penyelidikan akan diberi kepada subjek bagi
menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang kajian yang dijalankan, prosedur
pengujian dan alatan yang digunakan. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi subjek
satu pandangan asas tentang alat penyelidik. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan prosedur
ujian kecergasan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’ menggunakan alat sensor.
Ujian Penilaian berpandukan borang soal selidik bagi menilai tahap
keupayaan alat sensor bagi Ujian ‘Bleep’ berasaskan ujian
kecergasan fizikal daya tahan kardiovascular.
Peralatan 1) Alat Sensor Ujian Bleep
2) Borang Soal Selidik
Prosedur 1) Subjek dipilih secara rawak dikalangan pelajar Fakulti
Pendidikan bagi mengisi borang soal selidik alat sensor.
2) Subjek diberikan taklimat yang menyeluruh tentang ujian
‘Bleep’ dan subjek dibenarkan untuk mencubakan alat
sensor itu sendiri.
3) Setiap subjek diminta mengisi boring soal selidik bagi
penilaian instrumen yang dinilai.
Jadual 3.2 Prosedur Ujian Penilaian Instrumen
3.7 Pengumpulan Data
Maklumat dan data dari borang soal selidik akan dimasukkan secara manual ke
dalam komputer bagi memudahkan pengiraan dan penilaian penyelidik.
23
3.8 Penganalisisan Data
Penggunaan perisian Microsoft Excel 2007 digunakan bagi memproses data yang
diperolehi.
3.9 Kajian Rintis
Penyelidik telah menjalankan kajian rintis terlebih dahulu sebelum melaksanakan
kajian yang sebenar. Kajian rintis ini dijalankan ke atas dua orang pelajar yang berumur
22 tahun dan 24 tahun dari kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains
Sukan), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Ujian dilakukan di Dewan Serba
Guna, Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian rintis ini dilakukan
adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang bakal timbul semasa melakukan
ujian yang sebenar, dapat memberikan idea kepada penyelidik dalam pembangunan
instrumen yang lebih baik berbanding instrumen yang sedia ada berdasarkan faktor
kebolehpercayaan instrumen.
Penyelidik juga telah menjalankan kajian rintis berkaitan dengan penggunaan
norma bagi menentukan di manakah tahap subjek apabila selepas menjalani pengujian.
Norma ini adalah berdasarkan kepada norma antarabangsa yang digunakan pada
instrumen ujian ‘Bleep’. Norma yang tersedia adalah bukan mengikut tahap fizikal
badan bagi subjek di Malaysia.
24
BAB 4
REKABENTUK INSTRUMEN
4.1 Pengenalan
Di dalam bab ini penyelidik membincangkan berkaitan dengan rekabentuk
instrumen secara lebih mendalam dan khusus berdasarkan kriteria yang digunakan.
Disamping itu juga, penyelidik akan membincangkan fasa-fasa yang terlibat dengan
lebih mendalam seperti dalam Bab 3 di bawah tajuk rekabentuk kajian. Ini secara
langsung membantu bakal penyelidik masa akan datang dalam merekabentuk instrumen
yang lebih baik dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
4.2 Cadangan
4.2.1 Peringkat Awal
Pada peringkat awal, penyelidik telah menjalankan kajian yang lebih mendalam
berkaitan ujian kecergasan fizikal iaitu daya tahan kardiovascular dalam ujian ‘Bleep’.
Melalui dapatan yang diperolehi, penyelidik telah membuat kesimpulan untuk
menghasilkan instrument sensor yang boleh membantu seseorang pengawas ujian
25
melicinkan lagi kaedah ujian ‘Bleep’ . Penggunaan papan pinjak yang menggunakan
litar sensor menjadi pilihan utama kerana ia antara pilihan yang terbaik.
Bagi membuat lakaran awal, pengkaji menitik berat beberapa perkara yang perlu
mengikut prosedur seperti berikut :
(i) Menetapkan saiz instrumen yang bersesuaian dengan keperluan ujian.
(ii) Memastikan tahap sensiviti instrumen tinggi.
(iii) Memilih jenis output isyarat yang bersesuaian dengan ujian.
(iv) Memahami keperluan dan prosedur ujian ’Bleep’.
(v) Menitikberatkan kaedah mudah alih dapat digunapakai.
(vi) Menilai tahap keselamatan instrumen yang dibangunkan.
Cadangan penyelidik untuk penghasilan instrumen sensor Ujian ’Bleep’ :
Rajah 4.1 : Lakaran Awal Papan Pijak
26
Rajah 4.2 : Lakaran Awal Isyarat Output
Rajah 4.3 : Anatomi Alat Sensor Ujian ‘Bleep’
27
Rajah 4.4 : Litar Seramik Alat Sensor Ujian ‘Bleep’
4.2.2 Peringkat Akhir
Melalui kajian yang dijalankan penyelidik telah menetapkan bahawa instrumen
sensor yang menggunakan daya pijakkan pada papan sensor sesuai untuk dibangunkan.
Ini kerana ujian ‘Bleep’ menetapkan seseorang pelari mesti mencapai garisan yang
ditetapkan dalam ujian.
Di dalam merekabentuk instrumen sensor ini, penyelidik telah berkerjasama
dengan kakitangan dari Fakulti Elektrik UTM dan rakan-rakan tahun akhir dari Fakulti
Pendidikan (Sains Sukan). Keistimewaan instrumen ini adalah dapat memberikan hasil
kebolehpercayaan yang tinggi, mempunyai nilai di pasaran dan mesra pengguna.
Keistimewaan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
(i) Berteknologi Sensor (papan pijak)
(ii) Kebolehpercayaan Yang Tinggi
(iii) Mudah Alih
28
4.3 Instrumen Kajian
Bagi menghasilkan struktur alat ini, penyelidik terlebih dahulu bertanya
pandangan dari rakan-rakan yang pernah menjalani ujian ‘Bleep’ dan pensyarah dari
Fakulti Pendidikan (Sains Sukan . Ini kerana mereka mempunyai pengalaman dalam
menjalani ujian tersebut. Penyelidik mengambil masa 2 minggu bagi mendapatkan
lakaran yang bersesuaian dengan keperluan ujian ‘Bleep’.
Dalam bahagian ini penyelidik akan membincangkan tentang instrumen yang
telah terhasil secara terperinci. Perbincangan adalah berkisar tentang :
(i) Rekabentuk Instrumen Alat Sensor Ujian ‘Bleep’
(ii) Prosedur Ujian Menggunakan Instrumen Alat Sensor Ujian ‘Bleep’
(iii) Kompenan Terlibat Dalam Alat Sensor Ujian ‘Bleep’
4.3.1 Rekabentuk Instrumen Alat Sensor
Melalui perbincangan yang dijalankan oleh penyelidik dengan rakan dan
kakitangan Fakulti Elektrik, pelbagai kaedah telah dicadangkan. Namun pada
akhirnya, penyelidik memilih untuk merekabentuk satu alat yang memerlukan kaedah
pijakkan pada papan litar yang mempunyai arus elektrik bagi menghasilkan isyarat
yang bersesuaian. Pemilihan ini mendorong penyelidik merekabentuk alat sensor yang
mudah, fleksibel dan ringkas. Beberapa spesifikasi alat diperlukan bagi
membangunkan alat sensor Ujian ’Bleep’ ini. Sehubungan itu, penyelidik melakukan
pemilihan yang bersesuaian bagi mencipta instrumen yang terilham ini.
29
Spesifikasi alat sensor untuk ujian ’Bleep’ yang dimaksudkan adalah seperti
berikut :
Jenis Butiran
Kuasa Bateri (Voltage) 1.5 volt + 1.5 volt
Kon Tinggi : 38cm Diameter : 18cm
Tempoh kegunaan > 45 Minit
Karpet kaki 10.5 inch X 30 inch
Piap penyambung 100cm
Getah Pelapik 10.5 inch X 30 inch
Buzzer 12 volt – Maximum
Mentol 3.8 volt / 0.3A
Aluminium foil 12 inch X 35 inch
Male and Female Connector -
Wayar Penyambung -
Jadual 4.1 Spesifikasi Alat Sensor Untuk Ujian ‘Bleep’
Rajah 4.5 : Prototaip Alat Sensor Ujian ‘Bleep’
30
Rekabentuk alat sensor ujian ‘Bleep’ secara terperinci adalah seperti berikut :
4.3.2.1 Cara alat sensor berfungsi
Melalui kajian penyelidik telah menetapkan bahawa dengan menggenakan
tekanan pada papan pijak yang direkabentuk, tenaga elektrik akan dapat dialirkan bagi
menghasilkan isyarat bunyi dan nyalaan lampu yang berperanan memberi isyarat pada
pelari.
4.3.2.2 Kuasa digunakan
Kuasa bateri 3 volt digunakan sebagai kuasa yang minimum kepada instrumen
kajian yang di tempatkan di bahagian dalam kon bagi menjimatkan ruang penyimpanan
alat.
Rajah 4.6 : Bekalan Kuasa dan Penyimpanan
31
4.3.2.3 Struktur Papan Pijak
Penyelidik telah memilih kedudukan penyambung arus dengan menggunakan
aluminium foil sebagai penyambung tenaga elektrik yang akan dialirkan. Aluminium
foil akan di tampalkan pada ‘card board’ di bahagian atas dan bawah. Bagi
mengelakkan arus mengalir secara berterusan span yang bertindak sebagai pelapik
diantara kedua-dua aluminium foil ditampal pada salah satu papan. Pada pemukaan atas,
karpet akan dilekatkan bagi memberi keselesaan pada pengguna. Penggunaan getah pada
bahagian bawah pula digunakan bagi mengelakkan alat sensor bergerak apabila
digunakan pada permukaan yang licin.
Bentuk Fizikal Papan Pijak :
Rajah 4.7.0 : Papan Pijak Dalaman (Aluminium Foil)
Rajah 4.7.1 : Papan Pijak Permukaan Atas (Karpet)
32
Rajah 4.7.2 : Papan Pijak – Perintang Arus (Span)
Rajah 4.7.3 : Papan Pijak Permukaan Belakang (Getah)
4.3.2.4 Penyambung
Penyambung (female port) digunakan pada setiap papan pijak yang dihubungkan
terus ke aluminium foil yang dikepilkan pada papan pijak. Penyambung (male port)
digunakan bagi menyalurkan arus elektrik dari bekalan kuasa ke papan pijak bagi
memberi arus elektrik kepada buzzer dan lampu.
33
Rajah 4.8 : Penyambung
4.3.2.5 Isyarat dan petunjuk
Pada bahagian ini, penyelidik telah memilih dua jenis output untuk membantu
dan melengkapkan keperluan ujian sensor yang dikaji. Penggunaan yang berbentuk
visual iaitu lampu dan output yang berbentuk audio iaitu penggunaan buzzer.
Rajah 4.9 : Output Alat Sensor
Buzzer (Bunyi)
34
Rajah 4.10 : Output Alat Sensor
Lampu / Mentol (Cahaya)
4.3.3 Prosedur menggunakan alat sensor untuk ujian ’Bleep’.
Instrumen Berteknologi sensor yang digunakan berpandukan bunyi dari cakera
padat ujian ’Bleep’. Seseorang subjek perlu mengikuti tempo larian yang teratur dengan
memijak alat sensor yang disediakan di hujung setiap garisan 20 meter. Bagi membuat
dan menjalani ujian menggunakan alat sensor ini, prosedur berikut perlu dipatuhi.
Prosedur diilustrasikan seperti berikut pada Jadual 4.2.
35
Jadual 4.2 : Paparan Arahan Bagi Menggunakan Alat Sensor Ujian ’Bleep’.
4.4 Pengukuran
Kesahan larian oleh seseorang subjek diukur dengan disiplin larian yang
dilakukan oleh subjek ketika memijak alat sensor. Penyelarasan isyarat alat sensor
mestilah sebelum atau sekata dengan bunyi yang dihasilkan dari cakera padat ujian
‘Bleep’. Kaedah capaian masa seseorang subjek dapat dikira dengan permulaan larian
dengan halaju yang standard iaitu 8.5km/jam. Pada rajah 4.7 dibawah dinyatakan masa
nilai larian yang ditetapkan dalam ujian ‘Bleep’ yang sebenar.
Subjek perlu memijak alat sensor bagi membolehkan isyarat dikeluarkan.
Subjek akan bersedia untuk meneruskan larian kearah garisan bertentangan dengan menunggu isyarata dari cakera padat ujian ’Bleep’
Subjek perlu bersedia di garisan permulaan bagi memulakan ujian ’Bleep’
Subjek akan mulakan larian sesudah isyarat dikeluarkan
Penyelidik / pemudahcara ujian akan menilai capaian larian subjek berdasarkan isyarat yang terhasil dari alat sensor ujian.
1. Fasa Mula 2. Fasa Larian 3. Fasa Ujian
4. Fasa Ulangan 5. Penilaian
36
Formula Halaju :
HALAJU LEVEL
JARAK
(KM)
JARAK
/HALAJU JAM MIN
MASA
LAP
SELANG
MASA
8.5 1 0.02 0.002353 60 60 8.4705882 -
9.0 2 0.02 0.002222 60 60 8 0.470588
9.5 3 0.02 0.002105 60 60 7.5789474 0.421053
10.0 4 0.02 0.002 60 60 7.2 0.378947
10.5 5 0.02 0.001905 60 60 6.8571429 0.342857
11.0 6 0.02 0.001818 60 60 6.5454545 0.311688
11.5 7 0.02 0.001739 60 60 6.2608696 0.284585
12.0 8 0.02 0.001667 60 60 6 0.26087
12.5 9 0.02 0.0016 60 60 5.76 0.24
13.0 10 0.02 0.001538 60 60 5.5384615 0.221538
13.5 11 0.02 0.001481 60 60 5.3333333 0.205128
14.0 12 0.02 0.001429 60 60 5.1428571 0.190476
14.5 13 0.02 0.001379 60 60 4.9655172 0.17734
15.0 14 0.02 0.001333 60 60 4.8 0.165517
15.5 15 0.02 0.00129 60 60 4.6451613 0.154839
16.0 16 0.02 0.00125 60 60 4.5 0.145161
16.5 17 0.02 0.001212 60 60 4.3636364 0.136364
17.0 18 0.02 0.001176 60 60 4.2352941 0.128342
17.5 19 0.02 0.001143 60 60 4.1142857 0.121008
18.0 20 0.02 0.001111 60 60 4 0.114286
18.5 21 0.02 0.001081 60 60 3.8918919 0.108108
Jadual 4.3 : Pengiraan Skor Ujian Bleep
Halaju = Jarak (km) _________ Masa (jam)
37
4.5 Penutup
Di dalam bab ini, di harap dapat membantu penyelidik dan subjek memahami
tentang instrumen sensor yang dibangunkan. Rekabentuk instrumen dan prosedur
diterangkan dengan jelas supaya memudahkan dan melicinkan proses menjalankan ujian
kecergasan daya tahan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’ . Di samping itu, semoga dapat
memberi maklumat dan membantu penyelidik masa akan datang dalam membangunkan
instrumen yang lebih baik.
38
BAB 5
PENGANALISISAN DATA
5.1 Pengenalan
Bab ini merupakan bab yang penting di mana mengandungi penganalisisan data-
data yang telah diperolehi secara rawak daripada hasil borang soal selidik yang telah
diedarkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor mengenai pandangan dan pendapat mereka terhadap penggunaan alat
sensor dalam mencapai kesahan dalam ujian daya tahan kardiovascular iaitu ujian
‘Bleep’.
Analisis data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah daripada boring soal
selidik yang telah diedarkan kepada empat puluh orang pelajar Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Data-data daripada soal selidik dianalisis
secara diskriptif menggunakan Microsoft Excel 2007 dan ianya dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang
responden manakala Bahagian B berkaitan dengan pandangan dan pendapat responden
terhadap penggunaan alat sensor dalam mencapai kesahan dalam ujian daya tahan
kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’.
39
5.2 Analisis Data Ujian Kesahan Instrumen
Sepuluh orang subjek telah dipilih untuk melakukan pengujian terhadap alat
sensor yang digunakan untuk ujian ‘Bleep’. Penyelidik mendapati bahawa alat sensor
tersebut memberikan ketepatan dalam menentukan capaian larian seseorang subjek
larian bagi ujian ‘Bleep’. Larian yang sah dikira sekiranya subjek berlari dan memijak
papan sensor sebelum bunyi ‘Beepp!’ berbunyi dari cakera padat ujian ‘Bleep’. Lampu
akan menyala dan buzzer akan berbunyi menandakan papan sensor dipijak oleh subjek.
Larian tidak sah apabila seseorang subjek tidak mencapai papan yang diletakkan sebaris
dengan garisan 20 meter tersebut.
Rajah 5.1 : Pijakkan Kaki Yang Sah
Rajah 5.2 : Pijakkan Kaki Yang Tidak Sah
40
5.3 Analisis Data Soal Selidik
5.3.1 Latar Belakang Responden
5.3.1.1 Jantina
Rajah 5.3 : Jantina Responden
Responden terdiri daripada 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Mereka
adalah mahasiswa-mahasiswa daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor.
41
5.3.1.2 Bangsa
Rajah 5.4 : Bangsa Responden
Daripada graf di atas, menunjukkan bahawa majoriti bangsa adalah bangsa
Melayu seramai 33 orang dengan peratusan sebanyak 82%. Diikuti oleh bangsa Cina
seramai 3 orang dengan peratusan sebanyak 8%. Manakala India dan lain-lain diwakili 2
orang dengan peratusan masing-masing sebanyak 5%.
42
5.3.1.3 Agama
Rajah 5.5 : Agama Responden
Rajah 5.5 menunjukkan majoriti responden terdiri daripada agama Islam dengan
peratusan sebanyak 85% iaitu 34 orang. Diikuti oleh agama Kristian, Hindu dan Buddha
sebanyak 5% masing-masing yang diwakili 2 orang responden sahaja. Secara
khususnya, responden beragama Islam adalah terdiri dari responden berbangsa melayu.
43
5.3.1.4 Umur
Rajah 5.6 : Umur Responden
Dalam Rajah 5.6 ini menunjukkan, majoriti subjek adalah berumur dalam
lingkungan 23 hingga 25 tahun iaitu seramai 19 orang dengan peratusan sebanyak 47%.
Diikuti umur 20 hingga 22 tahun seramai 12 orang dengan peratusan sebanyak 30%.
Seterusnya umur 26 hingga 28 tahun seramai 7 orang dengan peratusan sebanyak 18%
dan seramai 2 orang dengan peratusan 5% dalam lingkungan umur 29 hingga 31 tahun.
44
5.3.1.5 Tahun Pengajian
Rajah 5.7 : Tahun Pengajian Responden
Didapati bahawa peratusan subjek dari tahun/kursus yang diikuti di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Subjek-subjek terdiri daripada mahasiswa-
mahasiswi dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Majoriti responden terdiri daripada tahun 4SPS seramai 23 orang dengan peratusan
sebanyak 57%. Disusuli tahun 1SPS iaitu seramai 9 orang dengan peratusan sebanyak
23%. Bagi responden dari tahun 2SPS adalah seramai 5 orang dengan peratusan
sebanyak 12%. Bagi tahun 3SPS hanya terdiri dari 2 orang dengan peratusan 5% dan
1SPH, yang diwakili seorang responden yang memiliki hanya 3%.
45
5.3.1.6 Aktif Bersukan
Rajah 5.8 : Tahap Aktif Bersukan Responden
Rajah 5.8 menyatakan bahawa kesemua responden yang mengisi borang soal
selidik menjalani hidup yang sihat dengan bergiat aktif dalam aktiviti sukan. Kesemua
respondan iaitu 40 orang terdiri dari 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan
menyatakan YA bagi bahagian aktif bersukan. Ini sekaligus memenuhkan peratusan
sebanyak 100%.
46
5.3.1.7 Jenis Aktiviti Sukan
Rajah 5.9 : Jenis Aktiviti Sukan responden
Daripada rajah di atas, dapat diketahui bahawa aktiviti sukan yang mencapai
nilai tertinggi adalah aktiviti riadah iaitu sebanyak 10 orang yang merangkumi 25%.
Sukan futsal dan jogging pula mencapai nilai masing-masing yang sama iaitu 8 orang
iaitu 20%. Aktiviti sukan bola tampar pula mendapat perhatian iaitu 5 orang menerusi
peratusan sebanyak 13%. Ia pula disusuli dengan sukan lain seperti bola rubgi 2 orang
(5%), badminton dan lawn ball memegang nilai sama 1 orang (3%), bola sepak dan bola
jaring masing-masing 1 orang (2%) dan silat sebanyak 3 orang (7%).
47
5.3.1.8 Jumlah Kekerapan Bersukan
Rajah 5.10 : Jumlah Kekerapan Bersukan Responden
Melalui kajian yang dijalankan, jumlah kekerapan tertinggi adalah 3 kali
seminggu untuk 23 orang responden dengan peratusan 57%, sementara kekerapan setiap
hari bagi responden mencatatkan 14 orang dengan peratusan 35%. Hanya 2 orang iaitu
5% menjalani kekerapan sukan dalam 4 kali sebulan. Terdapat hanya 1 orang responden
yang hanya melakukan aktiviti dalam tempoh lebih dari 2 bulan iaitu memegang nilai
peratusan sebanyak 3%.
48
5.3.1.9 Pengalaman menjalani ujian ‘Bleep’
Rajah 5.11 : Pengalaman Menjalani Ujian ‘Bleep’ Responden
Menurut dapatan kajian ini, didapati bahawa jumlah responden yang pernah
menjalani ujian ‘Bleep’ sangat tinggi iaitu 39 orang iaitu mencecah nilai peratusan 97%.
Ini kerana hampir semua responden adalah terdiri dari pelajar dari Fakulti Pendidikan
(Sains Sukan). Terdapat hanya 1 orang sahaja yang tidak pernah menjalani ujian
‘Bleep’.
49
5.3.1.10 Masa terakhir jalani ujian ‘Bleep’
Rajah 5.12 : Kali Terakhir Jalani Ujian ‘Bleep’ Responden
Rajah 5.12 menerangkan tentang masa yang terakhir responden menjalani ujian
kecergasan fizikal bagi daya tahan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’. Nilai tertinggi
mencatitkan 25 orang telah menjalani ujian pada masa 1 bulan yang lalu. Ini
menyebabkan dapatan peratusan adalah 64%. Kelompok kedua terbanyak ialah dalam
tempoh 3 bulan yang lalu iaitu seramai 5 orang (13%). Seramai 4 orang yang menjalani
ujian pada tempoh 6 bulan yang lalu dengan peratusan sebanyak 10%. Diikuti dengan 3
orang (8%) pada 1 tahun yang lalu. Akhir sekali adalah seramai 2 orang yang menjalani
ujian ‘Bleep’ pada tempoh seminggu yang terdekat dahulu.
50
5.3.2 Persepsi Terhadap Penggunaan Alat Sensor dalam Ujian Daya Tahan
Kardiovascular – Ujian ‘Bleep’.
5.3.2.1 Skala Likert
Skala Likert digunakan untuk mendapatkan persepsi daripada mahasiswa-mahasiswa
Sains Sukan,Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor bagi menjawab soal selidik
yang diberikan.
Panduan Skala Likert:
Sangat Setuju (SS)
Setuju (S)
Kurang Setuju (KS)
Tidak Setuju (TS)
Sangat Tidak Setuju (STS)
51
5.3.2.2 Saya menyokong pembangunan rekacipta teknologi sukan kini bagi
membantu meningkatkan prestasi seseorang atlit.
Rajah 5.13 : Maklumbalas menyokong pembangunan rekacipta
teknologi sukan kini bagi membantu meningkatkan prestasi seseorang
atlet.
Seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 5.13, boleh didapati disini bahawa
terdapat 22 orang responden ‘sangat setuju’ dalam menyokong pembangunan rekacipta
teknologi sukan kini, peratus yang diperolehi adalah sebanyak 55%. Sokongan
responden yang menyatakan ‘setuju’ seramai 16 orang iaitu 40%. Hanya 2 orang
responden sahaja yang menyatakan ‘kurang setuju’ dengan dapatan peratusan sebanyak
5%. Tiada dapatan dari responden bagi bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
52
5.3.2.3 Saya yakin dengan penggunaan sensor dalam ujian ‘Bleep’.
Rajah 5.14 : Maklumbalas terhadap keyakinan dengan penggunaan
sensor dalam ujian ‘Bleep’.
Dapatan yang diperolehi dari rajah di atas menyatakan bahawa 18 orang ‘sangat
setuju’ dengan pernyataan keyakinan dengan penggunaan sensor dalam ujian ‘Bleep’, ini
membolehkan jumlah peratus yang diperolehi adalah sebanyak 45%. Jumlah responden
yang memilih ‘setuju’ adalah seramai 16 orang dengan peratus 40%. Hanya 6 orang iaitu
15% sahaja yang ‘kurang setuju’ dengan pernyataan tersebut. Tiada dapatan diperolehi
dari bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
53
5.3.2.4 Saya suka dengan penggunaan sensor bunyi dan lampu dalam menentukan
kesahan ujian dalam ujian ‘Bleep’.
Rajah 5.15 : Maklumbalas suka dengan penggunaan sensor bunyi dan
lampu dalam menentukan kesahan ujian dalam ujian ‘Bleep’.
Merujuk kepada Rajah 5.15, terdapat 17 orang responden ‘sangat setuju’ dalam
penggunaan sensor bunyi dan lampu dalam menentukan kesahan ujian dalam ujian
‘Bleep’, peratus yang diperolehi adalah sebanyak 42.5%. Sokongan responden yang
menyatakan ‘setuju’ seramai 22 orang iaitu 55%. Hanya 1 orang responden sahaja yang
menyatakan ‘kurang setuju’ dengan dapatan peratusan sebanyak 2.5%. Tiada dapatan
dari responden bagi bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
54
5.3.2.5 Alat ini membantu penyelidik menentukan subjek ujian samada prosedur
ujian dijalankan dengan tepat.
Rajah 5.16 : Maklumbalas alat ini membantu penyelidik menentukan
subjek ujian samaada prosedur ujian dijalankan dengan tepat.
Jika dilihat dari Rajah 5.16 di atas menyatakan bahawa 16 orang ‘sangat setuju’
dengan pernyataan ‘alat ini membantu penyelidik menentukan subjek ujian samaada
prosedur ujian dijalankan dengan tepat’, dengan kutipan peratus yang diperolehi adalah
sebanyak 40%. Jumlah responden yang memilih ‘setuju’ adalah seramai 21 orang
dengan peratus 52.5%. Hanya 3 orang iaitu 7.5% sahaja yang ‘kurang setuju’ dengan
pernyataan tersebut. Tiada dapatan diperolehi dari bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat
tidak setuju’.
55
5.3.2.6 Alat ini selamat untuk digunakan bagi menjalankan ujian kecergasan
kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’.
Rajah 5.17 : Maklumbalas alat ini selamat untuk digunakan bagi
menjalankan ujian kecergasan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’.
Merujuk kepada Rajah 5.17, terdapat 15 orang dengan peratus sebanyak 37.5%
menyatakan ‘sangat setuju’ bahawa alat ini selamat untuk digunakan bagi menjalankan
ujian kecergasan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’. Sokongan responden yang
menyatakan ‘setuju’ seramai 19 orang iaitu 47.5%. Manakala 6 orang responden sahaja
yang menyatakan ‘kurang setuju’ dengan dapatan peratusan sebanyak 15%. Tiada
dapatan dari responden bagi bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
56
5.3.2.7 Alat sensor ini dapat membantu atlet dalam ujian ‘Bleep’.
Rajah 5.18 : Maklumbalas alat sensor ini dapat membantu atlet dalam
ujian ‘Bleep’.
Seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 5.18, boleh didapati disini bahawa
terdapat 16 orang responden ‘sangat setuju’ alat sensor ini dapat membantu atlet dalam
ujian ‘Bleep’, peratus yang diperolehi adalah sebanyak 40%. Sokongan responden yang
menyatakan ‘setuju’ seramai 22 orang iaitu 55%. Hanya 2 orang responden sahaja yang
menyatakan ‘kurang setuju’ dengan dapatan peratusan sebanyak 5%. Tiada dapatan dari
responden bagi bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
57
5.3.2.8 Alat sensor ini dapat mempengaruhi peningkatan prestasi ujian bagi
seseorang subjek.
Rajah 5.19 : Maklumbalas alat ini dapat mempengaruhi peningkatan
prestasi ujian bagi seseorang subjek.
Jika dilihat dari Rajah 5.19 di atas, menyatakan bahawa 15 orang ‘sangat setuju’
dengan pernyataan ‘alat ini dapat mempengaruhi peningkatan prestasi ujian bagi
seseorang subjek’, dengan kutipan peratus yang diperolehi adalah sebanyak 37.5%.
Jumlah responden yang memilih ‘setuju’ adalah seramai 16 orang dengan peratus 40%.
Manakala terdapat 5 orang iaitu 12.5% sahaja yang ‘kurang setuju’ dengan pernyataan
tersebut. Terdapat juga 3 orang responden iaitu 7.5% yang ‘tidak setuju’ dengan
pernyataan berikut. Hanya terdapat 1 orang sahaja yang ‘sangat tidak setuju’ alat ini
dapat mempengaruhi peningkatan prestasi ujian bagi seseorang subjek. Peratusan yang
diperolehi hanya 2.5%
58
5.3.2.9 Alat ini boleh digunakan pada sebarang peringkat kemahiran seseorang
penguji dan atlet.
Rajah 5.20 : Maklumbalas alat ini boleh digunakan pada sebarang
peringkat kemahiran seseorang penguji dan atlet.
Merujuk kepada Rajah 5.20, terdapat 11 orang dengan peratus sebanyak 27.5%
menyatakan ‘sangat setuju’ bahawa alat ini boleh digunakan pada sebarang peringkat
kemahiran seseorang penguji dan atlet. Sokongan responden yang menyatakan ‘setuju’
seramai 25 orang iaitu 62.5% iaitu nilai dapatan tertinggi yang diperolehi dari
responden. Manakala 4 orang responden sahaja yang menyatakan ‘kurang setuju’
dengan dapatan peratusan sebanyak 10%. Tiada dapatan dari responden bagi bahagian
‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
59
5.3.2.10 Keupayaan alat sensor ini masih boleh ditingkatkan lagi pada masa akan
datang.
Rajah 5.21 : Maklumbalas alat sensor ini masih boleh ditingkatkan lagi
pada masa akan datang.
Seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 5.21, didapati disini bahawa terdapat 15
orang responden ‘sangat setuju’ alat sensor ini masih boleh ditingkatkan lagi pada masa
akan datang, peratus yang diperolehi adalah sebanyak 37.5%. Sokongan responden yang
menyatakan ‘setuju’ seramai 22 orang iaitu 55%. Hanya 3 orang responden sahaja yang
menyatakan ‘kurang setuju’ dengan dapatan peratusan sebanyak 7.5%. Tiada dapatan
dari responden bagi bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
60
5.3.2.11 Ujian ‘Bleep’ lebih mudah dijalankan dengan menggunakan alat sensor ini
sebagai salah satu bahan bantu ujian.
Rajah 5.22 : Maklumbalas ujian ‘Bleep’ lebih mudah dijalankan dengan
menggunakan alat sensor ini sebagai salah satu bahan bantu ujian.
Dapatan yang diperolehi dari Rajah 5.22 di atas menyatakan bahawa 18 orang
‘sangat setuju’ dengan pernyataan keyakinan dengan penggunaan sensor dalam ujian
‘Bleep’, dengan jumlah peratus sebanyak 45%. Jumlah responden yang memilih ‘setuju’
adalah seramai 22 orang dengan peratus 55%. Tiada dapatan diperolehi dari bahagian
‘kurang setuju’,‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.
61
BAB 6
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan membuat perbincangan, kesimpulan serta
cadangan secara keseluruhan berdasarkan keputusan daripada analisis data yang
diperolehi di dalam bab-bab sebelum ini. Ringkasan kajian yang meliputi perkara-
perkara seperti pernyataan masalah, metodologi kajian, instrumen kajian serta
penganalisaan data juga akan dimuatkan di dalam bahagian ini. Dalam bahagian
perbincangan akan membincangkan tentang dapatan-dapatan yang diperolehi daripada
kajian lepas manakala dalam bahagian cadangan pula mengandungi beberapa cadangan
daripada penyelidik bagi meningkatkan lagi mutu hasil penyelidikan.
6.2 Ringkasan Kajian
Seramai 10 orang subjek dipilih untuk ujian kesahan alat sensor ini iaitu 5 orang
lelaki dan 5 orang perempuan. Seramai 40 orang responden dipilih secara rawak dari
kalangan pelajar Fakulti Pendidikan. Responden yang terdiri dari 20 orang lelaki dan
20 orang perempuan diedarkan borang soal selidik berkaitan alat sensor ujian ‘Bleep’.
Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan
62
dibincangkan secara deskriptif. Hasil daripada kajian ini kemudian dirumuskan untuk
menjawab persoalan kajian yang terkandung dalam Bab 1. Selain itu, kesimpulan juga
dibuat berdasarkan data-data yang diperolehi selepas analisis data dijalankan. Oleh yang
demikian kesimpulan yang menyeluruh bagi hasil dapatan kajian dapat dibuat.
6.3 Perbincangan
6.3.1 Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor Yang Direka Cipta Oleh Penyelidik Ini
Mempunyai Keberkesanan Yang Tinggi
Melalui hasil analisis data daripada borang soal selidik yang telah dibuat,
didapati majoriti subjek telah bersetuju bahawa Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ yang direka
cipta oleh penyelidik mempunyai keberkesanan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa
alat penyelidik berkesan dalam mengesan capaian langkah pelari semasa melakukan
larian ‘Bleep’ iaitu dengan mengenal pasti sama ada kaki pelari melepasi garisan 20
meter yang ditetapkan berdasarkan ujian ‘Bleep’ .
6.3.2 Maklum Balas Daripada Responden Yang Telah Mengetahui, Meneliti serta
Mencuba Menggunakan Alat Ini.
Melalui analisis yang dibuat, penyelidik mendapati kebanyakan responden
mempunyai pandangan yang positif terhadap alat sensor baru ini. Majoriti responden
telah menyatakan bahawa mereka suka pada alat penyelidik dan mereka mengakui
bahawa ini merupakan platform baru bagi meningkatkan lagi mutu ujian kecergasan
yang sedia ada. Para responden juga amat berpuas hati dengan alat sensor bagi Ujian
‘Bleep’ yang telah direka cipta oleh penyelidik.
63
Kebanyakan responden merasa alat ini adalah sangat sesuai untuk dijadikan
bahan bantu dalam menjalankan ujian kecergasan terutama ujian ‘Bleep’. Ini adalah
kerana alat ini sesuai untuk digunakan dalam pelbagai umur dan saiz badan. Ini kerana
alat ini direka khas untuk menguji dan membantu dalam melancarkan lagi sistem Ujian
‘Bleep’ yang sedia ada kini. Selain itu, alat ini dapat membantu para penyelidik masa
akan datang untuk melakukan ujian ‘Bleep’ tepat, pantas dan yang terpenting kesahan
dan kebolehpercayaan ujian sukar untuk dipertikaikan.
Terdapat segelintir responden juga bersetuju bahawa alat sensor ini sesuai
digunakan sebagai alat pengukuran bagi mengelakkan “penipuan” dan ketidakadilan
dalam Ujian ‘Bleep’ yang dilakukan.
Walau bagaimanapun, alat sensor ini masih mempunyai kelemahan dan ianya
boleh diperbaiki lagi. Penyelidik telah menerima pandangan serta cadangan dari
responden secara positif. Antara cadangan yang diberikan ialah menaik taraf atau
memperbaiki alat supaya kelihatan lebih menarik lagi. Penggunaan ‘timer’ bagi
menyelaraskan bunyi ‘beep’ dalam ujian ‘Bleep’ amat dihargai penyelidik. Responden
juga berpendapat supaya mentol yang lebih besar dan baik kualiti dapat disediakan
berbanding prototaip yang ada kini.
Terdapat juga segelintir responden menyatakan untuk meningkatkan lagi bunyi
buzzer yang ada. Papan pijak yang lebih nipis dapat diwujudkan pada masa akan datang
bagi memudahkan ujian yang dijalankan. Pandangan sumber yang lain ialah supaya
menggunakan bahan yang mempunyai daya tahan lama untuk kegunaan jangka masa
panjang. Selain daripada itu, faktor masa juga penting kerana penyelidik terpaksa
mengambil masa yang agak lama untuk menyusun alat pengukuran.
64
6.4 Cadangan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Terdapat beberapa kelemahan dikenal
pasti dan perlu diperbaiki bagi mendapatkan keputusan ujian yang lebih baik. Oleh yang
demikian antara cadangan bagi meningkatkan mutu kajian ini pada masa akan datang
adalah seperti berikut:
6.4.1 Penggunaan sensor yang lebih canggih
Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh penyelidik sepanjang proses
melakukan kajian, sensor merupakan instrumen yang terpenting dalam membentuk Alat
Sensor bagi Ujian ‘Bleep’. Oleh itu, pengkaji yang akan datang digalakkan mencari
sensor yang lebih baik dan dapat memberi bacaan yang lebih tepat. Sensor haruslah
tidak terlalu sensitif, mempunyai simpan rekod (library), mudah dipasang dan lebih
mesra pengguna. Selain itu, penyelidik mencadangkan agar pengkaji akan datang
mencipta sensor berserta program ujian untuk kemasukan maklumat supaya lebih
menjimat masa dan tenaga.
6.4.2 Menaikkan taraf sistem isyarat output
Penyelidik masa akan datang digalakkan untuk meningkatkan tahap sistem
isyarat output selain bunyi dan lampu. Penyelidik juga mencadangkan agar penggunaan
sensor jarak jauh digunakan supaya penyelidik dapat memantau tahap ujian semasa.
65
6.5 Kajian akan datang
Walaupun penggunaan sensor eletrik dengan memijak adalah salah satu cara,
sensor seperti penggunaan ‘speed light’, infared dan GPRS masih belum diteroka
sepenuhnya. Dengan itu, keberkesanan alat ini dapat ditentukan dengan lebih tepat lagi.
6.6 Kesimpulan
Berdasarkan data yang diperolehi dari soal selidik yang dijalankan , penyelidik
ingin merumuskan bahawa Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ yang direka cipta oleh penyelidik
mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor
6.5 Penutup
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan diharapkan akan dapat membantu
serba sedikit penyelidik pada masa akan datang yang ingin meneruskan kajian mengenai
alat sensor bagi Ujian ‘Bleep’.
66
BIBLIOGRAFI
Ainon Abdullah (1994) . Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur. Utusan Publication
And Distributors Sdn. Bhd.
Australian Sports Commission (1999). 20 m shuttle run test: A progressive shuttle run
test for measuring ærobic fitness. Belconnen, ACT: Australian Coaching
Council.
Baharudin Rahim (2002). Kajian Rekabentuk Mesin Pengumpan Bola Takraw.
Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Francois Fortin (2000). Sports The Complete Visual Reference. -1st ed. Victoria.
Firefly Books Ltd.
Garreh J. (1995) . Design And Technology. Great Britain. Cambrigde University
Press.
Izwanuddin bin Yahaya (2006) Rekacipta Instrumen Ujian ‘Vertical Jump’
Berteknologi Digital (Sensor) Bagi Ujian Kecergasan Fizikal. Tesis Sarjana
Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Kasim A-Jalil dan Muta’ali Othman (1995) . Proses Dan Kaedah Rekabentuk Untuk
Kursus Diploma Dan Sarjana Muda. Ed. Pertama. Universiti Teknologi
Malaysia.
67
Leger, L. and Gadoury, C, (1989) 'Validity of the 20m shuttle run test with 1 minute
stages to predict VO2max in adults. Canadian Journal of Sport Science, 14:1
21-26
Mohd Najib Ghaffar (1998). Penyelidikan Pendidikan . Universiti Teknologi Malaysia. Muthu kannu Veerappen. (2004). Kesan Latihan Bebanan Terhadap Kekuatan
Maksimum Otot Tangan Bawah(Palmaris Longus) Terhadap Pemain-Pemain
Pasukan Hoki Lelaki Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana
Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Olds, T, Tomkinson, G, Léger, L and Cazorla, G (2004). Worldwide variation in
children’s fitness: a meta-analysis of 109 studies on the 20m shuttle run from 37
countries, Journal of Sports Sciences Volume 24, Number 10/October 2006.
Sheikh Kamaruddin (2000). Buku Sumber Kecergasan Fizikal. 3rd ed.
Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia
dan Sukan Malaysia. Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jamani di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur.
Heinememann Asia.
Tomkinson, G.R., Léger, L.A., Olds, T.S., & Cazorla, G. (2003). Secular trends in the
performance of children and adolescents (1980–2000): An analysis of 55
studies of the 20 m shuttle run in 11 countries. Sports Medicine, 33, 285–300.
68
NO : LAMPIRAN A
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK KAJIAN:
REKACIPTA INSTRUMEN SENSOR – UJIAN DAYA TAHAN
KARDIOVASCULAR BERASASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN
KOMPUTER
DISEDIAKAN OLEH:
RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK
AP043021
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(SAINS SUKAN)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Segala jawapan anda adalah dianggap SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan
akademik dan kajian semata-mata.
Kerjasama anda amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
69
BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN
Arahan:
Sila tandakan ( / ) dan isi tempat kosong pada ruangan jawapan yang disediakan bagi setiap pernyataan di bawah. 1. Jantina: ( ) Lelaki
( ) Perempuan
2. Bangsa: ( ) Melayu ( ) Cina ( ) India Lain-lain (sila nyatakan): __________________
3. Agama: ( ) Islam
( ) Kristian ( ) Hindu ( ) Buddha Lain-lain (sila nyatakan): __________________
4. Umur: ____ tahun 5. Tahun/Kursus: __________ 6. Adakah anda aktif dalam sebarang aktiviti sukan?
(YA) ( TIDAK ) 7. Jika YA, nyatakan aktiviti dan berapa kekerapan aktiviti yang dijalankan: Aktiviti : ______________ Kekerapan ( ) Setiap hari ( ) 3 kali seminggu ( ) 4 kali sebulan ( ) Lebih dari 2 bulan 6. Pernah mengambil menjalani ujian Bleep?
(YA) ( TIDAK )
7. Jika YA, bilakah ujian terakhir dijalankan: ( ) 1 minggu ( ) 1 bulan ( ) 3 bulan ( ) 6 bulan ( ) 1 tahun ke atas
70
BAHAGIAN B :
Arahan:
Sila jawab semua soalan. Bulatkan nombor pada ruangan jawapan pilhan anda.
Panduan Skala Likert:
1. Sangat Tidak Setuju (STS)
2. Tidak Setuju (TS)
3. Kurang Setuju (KS)
4. Setuju (S)
5. Sangat Setuju (SS)
STS TS KS S SS
1. Saya menyokong pembangunan rekacipta teknologi sukan kini bagi membantu 1 2 3 4 5
meningkatkan prestasi seseorang atlet? 2. Saya yakin dengan penggunaan alat sensor 1 2 3 4 5
dalam ujian Bleep. 3. Saya suka dengan penggunaan sensor bunyi dan lampu dalam menentukan kesahan 1 2 3 4 5
ujian dalam ujian Bleep. 4. Alat ini membantu penguji / penkaji menentukan subjek ujian samada prosedur ujian dijalankan 1 2 3 4 5
dengan tepat. 5. Alat ini selamat untuk digunakan bagi menjalankan ujian kecergasan kardiovascular 1 2 3 4 5 iaitu ujian Bleep 6. Alat ini dapat membantu atlet dalam ujian Bleep. 1 2 3 4 5 7. Alat sensor ini dapat mempengaruhi peningkatan 1 2 3 4 5
prestasi ujian bagi seseorang subjek. 8. Alat ini boleh digunakan pada sebarang 1 2 3 4 5
peringkat kemahiran seseorang penguji dan atlet.
LAMPIRAN B
71
9. Keupayaan alat sensor ini masih boleh 1 2 3 4 5 ditingkatkan lagi pada masa akan datang.
10.Ujian Bleep lebih mudah dijalankan dengan menggunakan alat sensor ini sebagai 1 2 3 4 5 salah satu bahan bantu ujian. 11. Berikan pendapat anda mengenai penggunaan sensor dalam ujian Bleep yang telah dijalankan. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ 12. Sebarang cadangan bagi penambahbaikkan alat sensor untuk masa akan datang. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________
“SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI, TERIMA KASIH”
72
LAMPIRAN C
RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan),
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia,
81300 Skudai, Johor Bahru,
JOHOR
Kepada,
-------------------------------------
--------------------------------------
-------------------------------------- 1 MAC 2008
Tuan,
Perlantikan Sebagai Subjek Kajian Projek Sarjana Muda (PSM)
Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saudara telah terpilih
sebagai subjek bagi kajian PSM saya yang bertajuk “Rekacipta Instrumen Sensor – Ujian Daya
Tahan Kardiovascular Berasaskan Ujian Beep Berbantukan Komputer”.
2. Satu sesi taklimat bagi memberi penerangan tentang prosedur kajian dan perkara-perkara
yang perlu dilakukan oleh subjek. Maklumat tentang taklimat adalah seperti berikut :
Tarikh : 11 MAC 2008
Hari : SELASA
Masa : 5.00 Petang
Tempat: Makmal Penyelidikan Kecergasan Sains Sukan,
Fakulti Pendidikan, UTM.
73
3. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh saudara, saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
Yang Benar,
-----------------------------------------
(RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK)
74
LAMPIRAN D
SURAT KONTRAK PERSETUJUAN SUBJEK UJIAN
Nama :_______________________________________________
No. KP :_________________________
No. Metrik :_______________________
Saya seperti nama dan no. kad pengenalan di atas, dengan ini akan bertanggungjawab
sepenuhnya jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan ke atas diri saya sepanjang
menjalani ujian ini. Saya juga tidak akan mengambil sebarang tindakan mahkamah serta
tatatertib terhadap pihak penyelidik di atas apa-apa kecelakaan dan kecederaan yang dialami
oleh diri saya sepanjang ujian dijalankan. Saya juga akan mematuhi segala arahan, peraturan dan
langkah-langkah yang yang telah ditetapkan oleh penyelidik semasa ujian ini dijalankan.
Saya mengaku bahawa segala-galanya adalah benar dan dipersetujui tanpa sebarang
paksaan dari mana-mana pihak. Segala maklumat dan juga data peribadi yang diambil tidak akan
di dedahkan kepada mana-mana pihak kecuali dalam bentuk data bernombor.
Sekian. Terima Kasih,
Yang Benar,
...................................................................
( )
Tarikh :
75
LAMPIRAN E
BORANG SKOR UJIAN BLEEP
Stage Shuttles
L1 1 2 3 4 5 6 7
L2 1 2 3 4 5 6 7 8
L3 1 2 3 4 5 6 7 8
L4 1 2 3 4 5 6 7 8 9
L5 1 2 3 4 5 6 7 8 9
L6 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
L7 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
L8 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
L9 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
L10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
L11 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
L12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
L13 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
L14 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
L15 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
L16 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
L17 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
L18 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
L19 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
L20 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
L21 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
Nama
:
Umur
: tahun
Kadar Nadi
Normal :
Kadar Nadi
Rehat :
Vo2Max
:
Stage
:
Shuttles
:
76
LAMPIRAN F
KOS PERBELANJAAN INSTRUMEN SENSOR
BIL ITEM KUANTITI HARGA
SEUNIT JUMLAH
1 Fiber Pipe
( 1.5meter ) 1 RM 3.00 RM 3.00
2 White Wire
( 3 meter ) 1 RM 3.00 RM 3.00
3 Battery
( 3 Volt ) 2 RM 2.90 RM 5.80
4 Lampu
dan Soket 1 set RM 4.50 RM 4.50
5 Casing
Battery 1 RM 2.00 RM 2.00
6 Diamond Aluminium
Foil 1 RM 9.00 RM 9.00
7 Super
White Glue 1 RM 2.50 RM 2.50
8 Brush
Medium Size 1 RM 1.20 RM 1.20
9 Red Okata
Tape 2 RM 2.00 RM 2.00
10 Span
Medium Size 1 RM 0.50 RM 0.50
11 White Board
( 1.5m X 0.75m ) 1 RM 2.50 RM 2.50
12 Polisterine
Large Size 1 RM 3.50 RM 3.50
JUMLAH KESELURUHAN : RM 39.50