borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · pdf filesesi pengajian: 2010/2011 ... nama...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o
JUDUL: MENINJAU TAHAP KESEDARAN NASIONALISME DALAM
KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN
PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA SEKITAR JOHOR
BAHRU
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya _ _UMI SOLEHA BINTI RADZALI_________
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: PN. SANITAH MOHD YUSOF
Nama Penyelia
No. 46 Perlop 3 Lasah,
31110 Sg. Siput (U),
Perak.
Tarikh: _____________ Tarikh: _________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”.
Tandatangan :
Nama penyelia : Pn. Sanitah Mohd Yusof
Tarikh :
ii
MENINJAU TAHAP KESEDARAN NASIONALISME DALAM KALANGAN
PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN PELAJAR INSTITUT
PENGAJIAN TINGGI SWASTA SEKITAR JOHOR BAHRU
UMI SOLEHA BINTI RADZALI
“Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)”
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Nama : Umi Soleha Binti Radzali
Tandatangan :
Nama Penulis : Umi Soleha Binti Radzali
Tarikh : 9 Mei 2011
iv
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia dan pembimbing projek
sarjana muda iaitu Pn Sanitah Binti Mohd Yusof yang telah banyak memberi tunjuk
ajar, bimbingan, nasihat dan pendapat yang terlalu banyak membina hingga
membolehkan saya untuk menyempurnakan projek sarjana saya.
Seterusnya terima kasih juga kepada kalangan pengsyarah, staf-staf sokongan
dan rakan-rakan seperjuangan terutama kepada mahasiswa dan mahasiswi Fakulti
Pendidikan. Tidak dilupakan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu saya menyiapkan projek ini.
Akhir sekali dedikasi khas untuk tulang belakang saya iaitu Radzali Bin Marjuni
dan Saniah Binti Mohamed Shahid , ayahanda dan bonda yang tercinta serta semua
insan yang disayangi kerana memberikan sokongan dan dorongan yang tidak putus-
putus kepada saya. Segala pengorbanan semua pihak amat saya hargai.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau kesedaran nasionalisme dalam
kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) sekitar Johor Bahru. Kajian ini berdasarkan tiga persoalan kajian iaitu
mengenalpasti tahap pengetahuan politik, tahap patriotisme terhadap negara dan
mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan politik dan tahap patriotisme dalam
kalangan pelajar di IPTA dan IPTS. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul
data. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
Bahagian A tentang latar belakang responden, Bahagian B pula tentang pengetahuan
sistem politik di Malaysia manakala Bahagian C tentang patriotisme terhadap negara.
Responden kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar dari IPTA dan IPTS sekitar Johor
Bahru. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisisan Stastical Package for Social
Science (SPSS) versi 15.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan politik
pelajar IPTA dan IPTS adalah pada tahap sederhana, manakala tahap patriotisme pelajar
IPTS lebih tinggi berbanding pelajar IPTA. Hasil kajian juga menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap pengetahuan politik dalam kalangan
penuntut IPTA dan IPTS di sekitar Johor Bahru. Begitu juga, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan tentang tahap patriotisme terhadap negara dalam kalangan penuntut IPTA
dan IPTS di sekitar Johor Bahru. Akhir sekali kajian lanjutan perlu dijalankan bagi
mengenalpasti tahap kesedaran nasionalisme di kalangan pelajar IPTA yang mengambil
jurusan pendidikan serta teknologi bahagian teknik dan vokasioanal dan kalangan rakyat
Malaysia.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to review the awareness of nationalism among
undergraduate students from Public Higher Education Institution and Private Higher
Education Institution at Johor Bahru. There are three main objectives, the recognit ion of
political knowledge, the patriotism level toward the nation and to identify the differences
of political knowledge and the patriotism among students from Public Higher Education
Institution and Private Higher Education Institution. Questionnaire was used to collect the
data for studies. There have three sections, Section A about the students personal
information, Section B about the knowledge of political situation and the Section C their
patriotism toward the nation. Data was collected from 100 students from both Public
Higher Education Institution and Private Higher Education Institution. The result was
analyzed used Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0. From the
analysis, the result show that the level of political knowledge among both institution are
average meanwhile the level of patriotism of students from Private Higher Education
Institution are higher than Public Higher Education Institution. There are no significant
differences on level of political knowledge but there are significant differences on level
of patriotism toward nation between both institution. Finally, it suggested that more
studies regarding the level of nationalism awareness toward different races in our country
and toward to student from technical and vocational course will be conduct.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Soalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Rasional Kajian 10
viii
1.8 Kepentingan Kajian 11
1.9 Skop Kajian
1.10 Definisi
1.10.1 Nasionalisme
1.10.2 Institut Pengajian Tinggi Awam
1.10.3. Institut Pengajian Tinggi Swasta
1.10.4 Pengetahuan Politik
1.10.5 Patriotisme Terhadap Negara
13
1.11 Penutup
16
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Ringkasan Sejarah Awal dan Proses
Pembinaan Negara
17
2.2 Gagasan Persekutuan Malaysian
20
2.3 Kesepakatan Menjamin Keutuhan
Perjuangan
2.3.1 Kemunculan Pertubuhan Melayu
2.3.2 Kesatuan Melayu Muda
21
2.4 Nasionalisme Malaysia
2.4.1 Nasionalisme Awal
2.4.2 Nasionalisme Kepartian
2.4.3 Nasionalisme Kompromi
2.4.4 Nasionalisme Malaysia Masa Kini
25
2.5 Konsep Asabiah Dan Nasionalisme 31
2.6 Patriotisme 33
ix
2.7 Remaja dan Nasionalisme 34
2.8 Kajian Lepas
37
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Tatacara Kajian 40
3.4 Kesahan Kajian 41
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 42
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Soal Selidik Bahagian A
3.6.2 Soal Selidik Bahagian B
3.6.3 Soal Selidik Bahagian C
43
3.7 Kajian Rintis 45
3.8 Analisis Data
3.8.1 Analisis Data Bahagian A : Latar
Belakang Responden
3.8.2 Analisis Data Bahagian B : Tahap
Pengetahuan Politik Malaysia
3.8.3 Analisis Data Bahagian C : Tahap
Patriotisme Terhadap Negara
45
3.9 Kesimpulan
47
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 48
4.2 Analisis Data
4.2.1. Bahagian A : Latar Belakang
Responden.
49
x
4.2.2. Bahagian B : Tahap Pengetahuan
Politik Di Malaysia.
4.2.3. Bahagian C : Tahap Patriotism
Terhadap Negara
4.3 Analisis Mann-Whitney U-Test Bagi
Perbezaan Tahap Pengetahuan Politik
Malaysia Dan Tahap Patriotisme Terhadap
Negara Dalam Kalangan Pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam dan Pelajar
Institut Pengajian Tinggi Swasta Sekitar
Johor Bahru.
60
4.4 Kesimpulan 62
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Ringkasan Kajian
5.2.1. Latar Belakang Pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dan Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.
5.2.2 Tahap Pengetahuan Politik Dalam
Kalangan Pelajar Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Sekitar Johor Bahru.
5.2.3 Tahap Patriotisme Dalam Kalangan
Pelajar Institut Pengajian Tinggi
64
xi
Awam (IPTA) dan Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Sekitar Johor Bahru.
5.2.4 Perbezaan Tahap Pengetahuan
Politik Dalam Kalangan Pelajar
Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan Institut Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor
Bahru.
5.2.5 Perbezaan Tahap Patriotisme Dalam
Kalangan Pelajar Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Sekitar Johor Bahru.
5.3 Rumusan 68
5.4 Perbincangan
5.4.1 Pengetahuan Politik Di Malaysia
Dalam Kalangan Pelajar Institut
Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut
Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor
Bahru.
5.4.2 Patriotisme Terhadap Negara
Dalam Kalangan Pelajar Institut
Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut
Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor
Bahru.
68
5.5 Cadangan 73
5.6 Kajian Lanjutan 75
5.7 Penutup 75
xii
BIBIOGRAFI
xvi
LAMPIRAN
Lampiran A: Borang Soal Selidik
Lampiran B : Surat Memohon Kebenaran
Mendapatkan Maklumat
Lampiran C: Surat Pengesahan Soal Selidik
xviii
xix
xx
xxi
xiii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk
Muka Surat
3.1 Menujukkan item yang dibuang dan item yang diperbaiki
42
3.2 Taburan soalan mengikut konstruk soalan bahagian B
44
3.3 Taburan soalan mengikut konstruk soalan bahagian C
44
3.4 Ringkasan statistik kaedah analisis
47
4.1 Latar belakang responden : perbandingan pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) sekitar Johor Bharu
50
4.2 Tahap pengetahuan Politik di Malaysia : perbandingan pelajar
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) sekitar Johor Bharu
53
4.3 Tahap patriotisme terhadap negara : perbandingan pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi
57
xiv
Swasta (IPTS) sekitar Johor Bharu
4.4 Jadual statistik bagi tahap pengetahuan politik dalam kalangan
pelajar IPTA dan IPTS
60
4.5 Jadual statistik bagi tahap patriotisme terhadap negara dalam
kalangan pelajar IPTA dan IPTS
61
xv
SENARAI SIMBOL
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
DYMM - Duli Yang Maha Mulia
Dr - Doktor
xiii
SENARAI LAMPIRAN
No.
Lampiran
Tajuk
Muka Surat
A Soal selidik
80
B Surat kebenaran untuk membuat kajian bagi projek sarjana
muda di Institut Teknologi Perindustrian YPJ
81
C Surat pengesahan untuk soal selidik 82
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Tiga ideologi yang memberi kesan pada masyarakat dan muncul sejak
separuh pertama abad ke 19 ialah liberalisme, nasionalisme dan sosialisme. Ia
memusnahkan rejim Order lama di Eropah Barat dan menjadi begitu signifikan
di seluruh dunia pada dekad yang berikutnya. Beberapa perubahan politik telah
memberi kesan langsung pada perkembangan intelektual di Eropah Barat pada
masa itu terutamanya Revolusi Perancis. Ia merupakan penyumbang utama
dalam perkembangan idea nasionalisme. Menurut Marshall (1998) nasionalisme
boleh ditakrifkan sebagai,
“Sentiment aspiration, and consciousness are all terms
applied to what constitutes nationalism, or valuation of the
nation-state above all else. However, it also entails
2
certains assumptions about the will to self-determination,
the existence and indeed desirability of diversity, the
superiority of the sovereign state over other forms of rules,
and the centrality of national loyalty to political power as
basic form of legitimation.”
Terdapat berbagai pandangan para pengkaji mengenai pengertian sebenar
nasionalisme. Emile Durkheim dan Lenin (1974) masing-masing menyatakan
nasionalisme ialah solidariti antarabangsa berbentuk nasionalisme yang matang
manakala penulis lain-lain mendakwa nasionalisme ialah suatu keadaan yang
mencetuskan pergerakan politik sama ada politik yang berhaluan kanan mahupun
bersifat kiri.
Semangat nasionalisme adalah perlakuan yang dizahirkan bagi
menunjukkan rasa kasih sayang dan cinta kepada tanah air. Ia adalah
manisfestasi daripada penyuburan semangat patriotik yang wujud dalam diri
seseorang warganegara. Dengan kata lain, nasionalisme ialah perasaan yang
ditunjukkan oleh seseorang rakyat kerana cinta pada negaranya manakala
patriotism juga adalah perkara yang sama tetapi ia lebih berbentuk psikologi
dalam setiap inividu. Contoh patriotism seperti menghormati bendera negara,
mentaati pemimpin, menyanjung lagu kebangsaan dan lain-lain lagi.
Nasionalisme pula sering kali ditonjolkan dalam bentuk yang tersusun dan
berorganisasi seperti kewujudan persatuan dan parti-parti politik mahupun
perjungan bersenjata menentang sebarang ancaman ke atas kedaulatan bangsa
dan negara.
Walau bagaimanapun patriotisme dan nasionalisme saling berkait antara
satu sama lain. Ia membawa maksud umum yang sama iaitu perasaan hormat,
sayang dan cintakan negara dan hanya berbeza istilahnya sahaja. Perbezaan
antara kedua istilah ini diterangkan oleh Abdul Latif Bakar (1998),
3
“Nasionalisme adalah sentimen di kalangan penghuni
sesuatu wilayah itu menggunakan lambang-lambang
tertentu sempadan dan ibu kota bagi menentu taraf negara
bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan,
bahasa kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian,
bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain. Patriotisme pula
meluapkan perasaan kesetiaan kepada negara dan ia
menjadi unsur-unsur penting nasionalisme.”
Dalam sejarah negara kita semangat nasionalisme mempunyai tiga
bentuk utama iaitu nasionalisme awal yang berbentuk penentangan ke atas kuasa
penjajah, nasionalisme yang berbentuk kompromi dan nasionalisme Malaysia.
Nationalisme dan patriotism berperanan dalam keadaan yang khusus dan
dikaitkan dengan perjuangan sesebuah bangsa bagi mendapatkan kemerdekaan
daripada penjajah. Namun begitu, daripada segi pengertian yang terkandung
dalam kedua-dua konsep tersebut ia adalah keperluan yang vital bagi setiap
bangsa dan negara dalam menentukan mereka terus hidup dan berdaulat di dunia
ini. Secara umumnya perkembangan nasionalisme dalam konteks negara kita
menunjukkan bahawa ia dipelopori oleh orang-orang Melayu. Dengan kata lain,
mereka adalah pencetus nasionalisme iaitu rasa cinta pada tanah air dan bangsa
sendiri. Manakala pengisian nasionalisme adalah kesinambungannya kepada
semangat dan inspirasi yang sedia ada. Semangat ini diperkaya dengan elemen-
elemen kompromi, kesediaan bertolak ansur, rasa kesyukuran dan terima kasih di
kalangan seluruh rakyat Malaysia dan bersedia menjalankan tanggungjawab
mereka sebagai warganegara serta berada dalam satu ikatan dan rupa bangsa
iaitu bangsa Malaysia.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Jika di lihat dewasa ini, tahap nasionalisme dalam kalangan rakyat-rakyat
Malaysia khususnya kepada golongan muda berada pada keadaan yang tidak
selesa. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang mendorong masalah ini terjadi.
Oleh sebab itu penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk melihat tahap
nasionalisme dikalangan mahasiswa-mahasiswa pengajian tinggi. Faktor pertama
pendorong masalah ini adalah semangat nasionalisme yang ditonjolkan oleh
generasi kini berbeza jika dibandingkan dengan semangat nasionalisme pada era
pra kemerdekaan. Jika dahulu mereka bersemangat untuk memperjuangkan
kemerdekaan untuk tanah air tercinta daripada dijajah oleh penjajah dengan ini
semangat yang dibawa secara tidak langsung dapat membangkitkan kesedaran
dan memberi rangsangan kepada masyarakat yang lain supaya bangun membela
nasib negara sendiri. Apa yang dapat kita lihat kini, generasi sekarang seolah-
olah sudah tiada semangat nasionlisme yang ditanamkan dalam diri mereka. Ini
kerana mereka membutakan mata dan menghindari semangat nasionalisme yang
sepatutnya dirasai oleh setiap individu. Hal ini terjadi kerana generasi kini tidak
merasai bagaimana jerih perit yang dilalui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan
untuk mengecapi kemerdekaan. Jadi kemerdekaan yang disambut setiap tahun
semakin lama ia menjadi semakin tidak bererti kerana erti kemerdekaan telah
pudar dek semangat cintakan negara yang semakin hilang.
Seperti yang termaklum, negara kita telah mencapai kemerdekaan dengan
cara yang penuh diplomatik tanpa melibatkan senjata dan pertumpahan darah.
Kita telah memperolehi kemerdekaan melalui perundingan. Kita mendapat
kuasa politik menerusi pilihanraya umum. Lazimnya sesuatu yang didapati
5
dengan mudah ini kurang dihargai dan cepat dilupai. Persolan ini timbul kerana
bimbang kesenangan dan kemewahan yang kita warisi akan melekakan, melalai
atau mengkhayalkan kita. Mungkin kemewahan juga akan membuat kita
mengabaikan tugas dan tanggungjawab memelihara kemerdekaan negara.
Manalah tahu oleh kerana gelojoh mengejar kebendaan, kedudukan, pangkat dan
kuasa maka ada di antara kita yang tidak berteraskan semangat patriotisme dan
nasionalisme. Sejarah telah membuktikan bagaimana Empayar Melayu Melaka
yang terkenal kegemilanganya hancur lebur disebabkan oleh unsur-unsur negatif
seperti yang dibincangkan di atas. Kita seharusnya menjaga dan
mempertahankan kemerdekaan kita dengan penuh sikap bertanggungjawab.
Kuasa politik yang kita ada ditangan kita sekarang hendaklah digunakan
sepenuhnya bagi mempertingkatkan kualiti hidup kita sebagai satu bangsa yang
merdeka. Matlamat ini akan hanya tercapai sekiranya kita bersatu padu dan jika
kita bertindak sebagai satu pasukan. Itulah sebabnya mengapa pada hari ini
pucuk pimpinan kita sering menekankan tentang semangat nasionalisme.
Pemimpin-pemimpin kita sering melaungkan supaya dihidupkan semula
semangat kebangsaan ini. Tujuan adalah supaya rakyat jelata menyedari akan
hikmat di sebalik semangat tersebut. Kerana pada hemat kita, hanya semangat
nasionalisme sahajalah yang dapat menyatupadukan kita semua sepertimana
yang terbukti di zaman nenek moyang kita.
Bagi menyuburkan perasaan cinta kepada tanah air yang mengikut
pepatah Melayu berbunyi „di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung‟ usaha-
usaha yang bersepadu perlu dilaksanakan oleh semua pihak di negara ini.
Banyak hujah menyatakan generasi masa kini tidak mempunyai semangat
nasionalisme dan kurang patriotik. Menurut Abd. Karim (1998), faktor-faktor
yang menyebabkan wujud perkara di atas adalah :
i. asas pengetahuan sejarah bangsa, agama dan negara yang
kurang.
6
ii. sikap yang negatif
iii. mudah terpengaruh dan terpedaya
iv. pengawasan ibu bapa yang semakin berkurangan
v. masyarakat yang bertambah individualistik
vi. tumpuan pendidikan agama dan moral yang merosot.
Faktor yang seterusnya adalah generasi kini tidak mengerti apa yang
dikatakan dengan nasionalisme dan apakah perbuatan yang boleh mencerminkan
semangat kecintaan kepada negara. Konsep nasionalisme Melayu adalah berbeza
dari tafsiran nasionalisme yang digunakan di Barat. Nasionalisme Melayu
adalah khusus untuk orang-orang Melayu. Nasionalisme Melayu lahir sebagai
manisfestasi cetusan rasa dan keinsafan bangsa Melayu. Nasionalisme Melayu
wujud kerana bangsa Melayu telah ditindas. Nasionalisme Melayu lahir kerana
bangsa Melayu diperas oleh penjajah pada suatu ketika dahulu. Nasionalisme
Melayu lahir sebagai pendorong kepada orang Melayu menyatukan rancangan
mereka, untuk membulatkan keputusan mereka serta untuk menjitukan tindakan
mereka di dalam menuntut kemerdekaan dari penjajah. Dalam kes ini kita tidak
boleh menunding jari untuk menunjukkan siapa yang salah tetapi kita perlu
cermin diri sendiri untuk melihat apa yang kita sendiri fahami tentang
nasionalisme itu.
Kesan kepada fenomena ini, terdapat kecenderungan dalam kalangan
sesetengah pihak yang seolah-olah melupakan asas sebenar kejayaan dan
pencapaian negara kita hari ini yang berdasarkan persefahaman dan tolak ansur
antara semua pihak. Ini kerana terdapat setengah pihak dalam masyarakat kita
hari ini mengemukakan tuntutan yang berbentuk sepihak dan mengenepikan
kepentingan pihak-pihak lain. Ia juga menunjukkan seolah-olah nasionalisme
kompromi itu kian hilang semangatnya. Apakah ia tidak releven selepas
mencapai kemerdekaan?
7
Dalam cita-cita mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju,
mantap dan berdaya saing dan memberikan erti sebenar kepada nilai
kemerdekaan, kerajaan mewujudkan beberapa rancangan jangka panjang.
Antaranya ialah Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Bekas Perdana Menteri
Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1991 yang disifatkan sebagai “…as the
leading for Malaysia in the 21st century.” (Ho Khai Leong dan James Chin,
2001) Ia disifatkan sebagai blue-print kepada masyarakat Malaysia yang bakal
terbentuk menjelang tahun 2020 nanti. Berdasarkan wawasan ini, masyakat
Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat yang mempunyai pakej lengkap iaitu
mempunyai kekuatan dari segi moral, rupa bangsa, ekonomi dan sosial. Apakah
dengan tercapainya segala cita-cita yang direncanakan dan dijalankan pada masa
kini, kita akan berjaya membentuk sebuah negara bangsa yang ideal dan
melengkapi setiap rakyat Malaysia dengan nasionalisme dan patriotisme.
1.3 Pernyataan Masalah
Hasil daripada ulasan yang ditulis pada bahagian latar belakang masalah,
didapati terdapat banyak faktor yang mendorong kepada kemerosotan semangat
nasionalisme pada generasi kini antaranya adalah kelunturan semangat
nasionalisme, bersikap individualistik dan sebagainya. Oleh itu, hasil daripada
masalah ini kita dapat membuat satu penyelidikan untuk melihat tahap
nasionalisme generasi kini berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Justeru itu,
bersesuaian dengan penyataan masalah bagi penyelidikan ini iaitu meninjau
tahap kesedaran nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi
Awam dan pelejar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut :
i. mengenal pasti tahap pengetahuan politik dalam kalangan pelajar
Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian
Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.
ii. mengenal pasti tahap patriotisme terhadap negara dalam
kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar
Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.
iii. mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan politik dan tahap
patriotisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi
Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar
Johor Bahru.
1.5 Soalan Kajian
i. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik dalam
kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar
Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru?
ii. Adakah terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara
dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan
pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru?
9
1.6 Hipotesis Kajian
Hо 1: Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik yang
signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan
pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.
Hо 2: Tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang
signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan
pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.
1.7 Rasional Kajian
Rasional kajian ini dilakukan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Antara faktor yang utama adalah isu kedaulatan dan kesucian tanah air yang
tercinta. Seperti yang ketahui negara Malaysia ini mempunyai sultan yang
berperanan sebagai ketua negara dan menjadi lambang bagi sesebuah negara.
Menurut Ibrahim (2009) mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-
Raja Melayu dan titah beberapa orang daripada baginda Raja-Raja Melayu
berhubung dengan kedudukan Islam, kontrak sosial serta kedudukan Raja-Raja
berperlembagaan, yang keseluruhannya bertujuan mengingatkan rakyat tentang
keluhuran Perlembagaan negara yang seharusnya dipertahankan demi menjaga
keharmonian dan perpaduan. Ini kerana rakyat umumnya memahami bahawa Raja-
Raja Melayu merupakan tunjang pemerintahan negara yang seharusnya dihormati
10
oleh semua lapisan rakyat, terutamanya ketika kuasa politik negara dihujani
dengan kepelbagaian cabaran dalaman dan luaran yang menggugat kestabilan
negara. Maka kenyataan Majlis Raja-Raja dan titah para Raja sendiri adalah
merupakan sesuatu yang seharusnya diberikan perhatian serius oleh rakyat dan
kerajaan.
Selain itu adalah mengenai isu keharmonian yang perlu dijaga oleh rakyat
Malaysia. Malaysia terdiri daripada 80 kaum yang mempunyai pegangan, dialek
dan budaya masing-masing di bawah satu rumpun yang sama. Bagaimana untuk
kita iaitu rakyat yang berbilang kaum untuk mengekalkan keharmonian ini untuk
mengelakkan berlakunya perpecahan. Salah satu kesefahaman yang perlu
diwujudkan adalah mengenai isu keagamaan. Seperti yang diketahui Islam
merupakan agama rasmi negara kita. Menurut Ibrahim (2009) kesediaan dan
komitmen tiga kaum terbesar Malaya ketika menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
daripada Kerajaan British, iaitu tentang kedudukan agama Islam dan kebebasan
bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka dalam aman dan harmoni,
merupakan satu persefahaman asas yang menjadi prinsip pemerintahan negara ini.
Hal inilah juga yang merupakan satu pendirian bersama yang dapat ditafsirkan
sebagai kontrak sosial dalam beragama di negara ini, di samping kontrak sosial di
dalam aspek-aspek yang lain lagi.
Seterusnya rasional kajian ini kepada golongan generasi muda yang akan
membentuk negara pada masa akan datang. Mereka ini adalah merupakan
golongan yang akan menggerakkan negara sama ada menjadi negara yang baik
atau tidak. Sehubungan dengan itu, semangat nasionalisme perlu ditanamkan
kedalam diri mereka sejak dari awal lagi. Menurut Ibrahim (2009) proses dan
usaha mempertingkatkan pentadbiran undang-undang di Malaysia, dan usaha
mengemaskinikan latihan dan pengeluaran tenaga manusia yang berkemampuan di
dalam pentadbiran dapat dilipatgandakan lagi untuk melahirkan institusi
11
pentadbiran, kehakiman, pendidikan dan semua institusi yang lebih berwibawa dan
cekap, sesuai dengan perkembangan negara yang pesat membangun. Untuk
menjadi negara yang maju, generasi-genarasi ini perlu menitik beratkan
nasionalisme dan patriotism dalam diri mereka agar negara kita bergerak seiringan
dengan arus permodenan tanpa melupakan sejarah-sejarah penting negara.
1.8 Kepentingan Kajian
Untuk menjadi negara maju dan seimbang dari segenap sudut ia perlulah
mempunyai bekalan dalaman yang kuat dan tidak mudah lentur. Apa yang
dimaksudkan dengan bekalan dalaman adalah semangat nasionalisme dan
patriotisme yang kuat. Ini kerana setiap individu harus dan wajib ada semangat
ini di dalam diri mereka ke mana sahaja individu itu berada. Ia menjadikan jati
diri seseorang individu itu sendiri. Seperti contohnya negara-negara maju seperti
Jepun, Korea, China dan sebagainya walaupun ia berada di tangga teratas dalam
semua perkara iaitu dari segi perniagaan, pembangunan, reka cipta ia masih
membawa jati diri negara masing-masing supaya negara lain tahu bahawa ia
dapat menggambarkan negara mereka sendiri. Itulah yang perlu ada di dalam
rakyat Malaysia sekalian, jangan kita terlalu bermegahkan dengan menyaingi
negara lain semata-mata mengejar kemajuan tetapi tidak mempunyai jati negara
sendiri, ia menunjukkan betapa naifnya kita.
Selain daripada itu, pendidikan dan pembelajaran memainkan peranan
yang penting untuk membentuk sesuatu generasi yang gemilang dan cemerlang
serta terbilang. Bak kata pepatah Melayu „melentur buluh biarlah dari
rebungnya‟ supaya anak-anak ini menjadi seperti acuan yang telah ditetapkan.
Generasi ini perlu dipupuk supaya belajar untuk mencintai negara, agama dan
12
bangsa seperti yang dituntut di dalam rukun negara. Ia akan menjadi bekalan di
hari kelak supaya apabila ia dewasa mereka tahu betapa pentingnya sesuatu
negara itu dibentuk dan pengisian di dalamnya. Kita tidak mahu melahirkan
generasi yang buta kepada semangat mempertahankan maruah negara dan tidak
mempunyai semangat kebangsaan.
Jika kita lihat dewasa ini generas-generasi muda hanya tahu bilakah
tarikh hari kemerdekaan ini kerana semua pihak-pihak pentadbiran mengambil
cuti. Mereka akan menyambut secara besar-besaran di dataran merdeka atau di
mana sahaja yang membuat sambutan hari kemerdekaan. Apa yang
menyedihkan jika di tanya apa yang dimaksudkan dengan kemerdekaan
mengikut pengertian masing-masing ia tidak menggambarkan semangat cintakan
kepada negara. Di sinilah kita dapat lihat betapa teruknya wabak ini berleluasa
di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Adakah kita sudah tidak memerlukan
kemerdekaan atau kita ingin mengadaikan maruah negara sendiri. Di sinilah
kepentingan kajian ini dijalankan untuk menjawab segala persoalan yang
melibatkan maruah negara, pendidikan serta individu sendiri.
1.9 Skop kajian
Skop kajian yang dijalankan dalam kajian ini adalah di Institut Pengajian
Tinggi Awam iaitu di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan di Institut
Pengajian Tinggi Swasta iaitu di Institut Teknologi Perindustrian YPJ.
13
1.10 Definisi
Berikut adalah definisi-definisi yang di gunakan dalam kajian ini
1.10.1 Nasionalisme
Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan
kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan
mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Para
nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik"
(political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya",
hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari
kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.
Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik
dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan,
seperti yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan
penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional
sosialisme, pengasingan dan sebagainya. Terdapat beberapa bentuk
nasionalisme .Nasionalisme boleh menonjolkan dirinya sebagai sebahagian
ideologi negara atau gerakan (bukan negara) yang popular berdasarkan pendapat
sivik, etnik, budaya, keagamaan dan ideologi. Kategori tersebut lazimnya saling
kait-mengait dan kebanyakan teori nasionalisme mencampuradukkan sebahagian
atau kesemua elemen tersebut.
14
1.10.2 Institut Pengajian Tinggi Awam
Institut Pengajian Tinggi Awam (juga Universiti Awam) ialah universiti
yang banyak dibiayai secara awam melalui kerajaan negara atau setempat.
Antara senarai universiti awam di Malaysia ini adalah Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi
Malaysia dan banayak lagi.
1.10.3. Institut Pengajian Tinggi Swasta
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang begitu pesat mencetuskan
keperluan terhadap sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi. Antara langkah yang diambil oleh negara ialah
menyediakan dasar pendidikannya yang liberal. Y.A.B. Perdana Menteri sendiri
sering menyatakan bahawa Malaysia telah bersedia menjadi tempat tumpuan
negara lain mendapatkan pendidikan tinggi.
Pendidikan tinggi di Malaysia telah mencapai taraf komoditi eksport
yang begitu strategik. Dasar ini telah disambut baik oleh badan-badan swasta
dengan menubuhkan pelbagai bentuk institusi pendidikan tinggi sama ada secara
bersendirian atau bekerjasama dengan institusi pendidikan tinggi awam tempatan
dan institusi pendidikan tinggi luar negara. Bagi menjamin pertumbuhan
pendidikan tinggi swasta ini dilaksanakan secara sihat, Parlimen telah
15
meluluskan dua akta yang berkaitan pada tahun 1996, iaitu Akta Pendidikan
Tinggi Swasta (Akta 555) dan Akta Lembaga Akreditasi Negara (Akta 556).
Akta Pendidikan Tinggi Swasta bertindak mengaturkan penubuhan dan
pengurusan institusi pendidikan swasta agar dapat menyediakan suasana
pendidikan tinggi yang berkualiti untuk pelajarnya. Antara institusi pendidikan
tinggi swasta Malaysia adalah Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia,
Universiti Industri Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan
banyak lagi.
1.10.4 Pengetahuan Politik
Menurut Ramanathan (1997), politik dianggap sebagai pengkajian
tentang pemerintahan ataupun tinjauan tentang kegiatan yang melibatkan semua
perkara yang berhubung kait dengan pemerintahan iaitu bentuk, struktur, fungsi
dan dasar-dasar kerajaan. Dalam kontek ini pengetahuan politik bermakna
segala ilmu pengetahuan yang diketahui atau dipelajari berkenaan politik.
1.10.5. Patriotisme Terhadap Negara
Menurut Ramanathan (1997), negara sebagai sekumpulan manusia yang
menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan
kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Justeru itu, sebuah negara
menuruti undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen
16
penduduk (rakyat atau populasi), wilayah (sempadan), kerajaan dan
kedaulatan.dalam konteks ini sikap terhadap negara bermakna perbuatan atau
pandangan yang berdasarkan pada pendapat atau fikiran seseorang individu
terhadap negara (iaitu Negara Malaysia).
1.11 Penutup
Apa yang dibincangkan di dalam Bab 1 ini adalah pengenalan awal bagi tajuk
pengkaji iaitu melihat perbezaan tahap nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor
Bahru. Jika dilihat terdapat pelbagai pendorong bagi faktor kemerosotan semangat
nasionalisme dalam kalangan muda kini antaranya adalah pengetahuan asas sejarah
bangsa, agama dan negara yang kurang, sikap masyarakat yang bertambah
individualistik dan sebagainya. Ini merupakan antara latar belakang masalah yang
dikupas oleh pengkaji yang dianggap masalah semangat nasionalisme kini semakin
membimbangkan kepada semua pihak. Pengkaji menjalankan kajian ini berlandaskan
kepada tiga objektif utama iaitu tahap pengetahuan politik, tahap sikap terhadap negara
dan perbezaan tahap pengetahuan politik, tahap sikap terhadap negara. Kesimpulannya
hasil daripada Bab 1 ini adalah pengkaji ingin mendekatkan pengetahuan nasionalisme
serta isu-isu semasa bagi melihat bahawa isu yang cuba dikaji oleh pengakji adalah
sangat penting dan boleh memberikan manfaat kepada semua.
BAB 2
SOROTAN PENULISAN
2.1 Ringkasan Sejarah Awal dan Proses Pembinaan Negara
Tanggal pada 31 Ogos 1957 menjadi satu tarikh keramat apabila negara ini
diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka yang dinamakan Persekutuan Tanah
Melayu. Proses yang dikenali sebagai bina negara ini dalam proses keseluruhan bagi
pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia mengambil masa yang panjang. Proses
memerdekakan negara bererti membebaskan diri daripada cengkaman penjajah serta
mendapatkan kembali hak mereka yang dirampas tetapi apa yang terjadi di Malaysia
berbeza kerana Malaysia harus membina dan menyusun semula hak yang ditinggalkan
penjajah dan diagihkan secara adil antara kumpulan kaum yang terbina akibat dasar
British yang lepas.
18
Jika dilihat sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana
pembentukan atau penggabungan wilayah di negeri-negeri Malaysia bermula atas
desakan kuasa luar dan bagi memenuhi kepentingan mereka. Sebagai contoh yang
berlaku selepas Perang Dunia II, Pihak Inggeris mula menilai kepentingan tanah-tanah
jajahan bagi ibu negara mereka. Kesan daripada peperangan yang berlaku terlalu
banyak kerosakan serta kemusnahan hampir semua tempat tanah jajahan. Ini
menyebabkan kos pembaikpulih yang sangat tinggi. Selain itu, impak yang amat ketara
adalah kegagalan Pihak Inggeris mempertahankan tanah jajahan dan penduduk setempat
daripada diancam pihak musuh telah melahirkan satu sikap dan pandangan yang serong
kepada Pihak Inggeris yang mementingkan diri sendiri. Ini telah membangkitkan
kembali semangat perjuangan dan kewibawaan yang tinggi dikalangan penduduk
setempat untuk membebaskan diri daripada penjajah. Hasil daripada perubahan yang
berlaku ini, timbul kebangkitan dalam kalangan penduduk untuk menentang
pentadbiran British seterusnya menggalakkan perkembangan gerakan semangat
kebangsaan dan nasionalisme di negara ini. (Mohd Idris,1994)
Apa yang dapat dilihat, gerakan nasionalisme terbahagi kepada dua iaitu
gerakan nasionalisme bersenjata dan tidak bersenjata. Gerakan nasionalisme bersenjata
ini juga dikenali sebagai gerakan penentangan awal yang berhubung dengan
kebangkitan awal masyarakat Melayu menentang penjajah. Antara tokoh awal yang
terlibat Datuk Dol‟ Said di Naning, Datuk Maharajalela di Pasir Salak, Datuk Kelana di
Sungai Ujong, dan ramai lagi. Gerakan ini gagal disebabkan beberapa faktor seperti
kekurangan senjata, tiada kesatuan antara orang-orang Melayu, masalah perhubungan
komunikasi, masalah semangat kenegerian yang kuat dan tiada tokoh yang dapat
menyatukan semua pihak. Biarpun gagal tetapi gerakan ini penting dalam merangsang
gerakan-gerakan penentangan yang lain pada masa hadapan. (Mohd Idris, 1999)
Manakala bagi gerakan nasionalisme tidak bersenjata adalah gerakan yang
menjadi tumpuan persatuan-persatuan dan organisasi-organisasi yang berhubung kait
19
dengan masyarakat Melayu. Penetangan yang mereka lakukan adalah berdasarkan
dengan keintelektualan yang mereka ada dan biasanya menerusi aktiviti penulisan atau
perjuangan dengan mata pena. Landasan mereka adalah sama iaitu membebaskan
daripada penentangan penjajah serta memperbaiki kehidupan masyarakat. Antara
institusi yang bertanggungjawab untuk melahirkan golongan nasionalisme daripada
kalangan intelektual adalah Universiti Al-Azhar di Mesir, Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris (NSPI).
Ulasan kepada perjalanan perjuangan ini adalah seperti yang diperkatakan oleh
Asnarulkhadi dan Jayun (1997),
“Pendek kata, era perjuangan membebaskan diri dari penjajah bukan
hanya bermula sekitar tahun 1940-an tetapi boleh disusur galur
sehingga pertengahan tahun 1870-an lagi. Dengan semangat ingin
memerintah negeri sendiri dan digalakkan lagi oleh semangat tolak
ansur dan bekerjasama di antara rakyat pelbagai etnik, Tanah
Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 1957”
Setelah jalan yang sukar dilalui oleh para pejuang kemerdekaan untuk Tanah
Melayu akhirnya berbaloi apabila Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi telah
diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 tepat jam 12.00 tengah malam apabila
bendera Union Jack diturunkan secara rasmi. Kini bermulalah satu sejarah baru untuk
warga Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara mengikut acuan sendiri.
Oleh kerana ketika itu, negara-negara jiran Tanah Melayu seperti Indonesia, Singapura
dan sebagainya tidak merdeka lagi pelbagai cara untuk menggabungkan negara seperti
yang dilakukan oleh Melayu Raya tetapi tidak berjaya oleh sebab-sebab yang tertentu.
20
2.2 Gagasan Persekutuan Malaysian
Terdapat pelbagai cadangan-cadangan awal untuk penubuhan gagasan Malaysia
antaranya cadangan daripada Malcolm MacDonald, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di
Asia Tenggara (1949-1952) diikuti dengan idea daripada David Marshall Ketua Menteri
Singapura dan akhir sekali Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku
Abdul Rahman menyuarakan konsep atau Gagasan Persekutuan Malaysia.
Terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan penting bagi Tunku
membuat cadangan gagasan tersebut. Yang pertama adalah Aspek keselamatan adalah
merupakan aspek terpenting di dalam sesebuah negara.tuanku ingin mengelakkan
daripada Negara kita berulang sejarah iaitu apabila Tanah Melayu pernah diishtiharkan
darurat sejak 1948 hingga 1960 dibawah pemerintahan Parti Komunis Malaya. Kedua
adalah Aspek imbang kaum, keseimbangan kaum dapat dilakukan walaupun terdapat
perbezaan yang besar antara penduduk Tanah Melayu dan penduduk Cina Borneo.
Negara Borneo ini adalah Sabah, Sarawak dan Brunei. Permasalahan imbangan kaum
ini terpaksan diambil serius bagi mengelakkan kekacauan yang mungkin berlaku.
Seterusnya adalah Jalan pintas untuk kemerdekaan dimana Tunku fikirkan untuk
membantu negara-negara jiran untuk mengecapi kemerdekaan. Apa yang Tunku
inginkan adalah suasana yang aman dan harmoni serta bebas di wilayah Asia Tenggara
ini. Akhir sekali ialah Aspek ekonomi adalah faktor lain yang memainkan peranan
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Tunku yang melihat pencantuman dengan
Singapura sebagai keperluan „ekonomi bersama‟. Pencantuman ini memberi ruang
kepada Singapura bagi menyelesaikan masalah-masalah ekonomi disebabkan
peningkatan populasi dan perdagangan entrepot yang memerlukan pulau ini
21
melancarkan pogram berskala maksimum ke arah industrialisasi. Oleh itu, pencantuman
ini menjadikan asas ekonomi dan politik yang sangat kuat
2.3 Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan
2.3.1 Kemunculan Pertubuhan Melayu
Menurut kamus pelajar edisi kedua, kesepakatan itu membawa maksud kepada
keadaan atau hal sepakat ; kerukunan. Manakala daripada kamus dewan edisi keempat,
perjuangan pula adalah perihal berjuang untuk merebut (mencapai, mempertahankan)
sesuatu diambil. Hasil daripada definisi-definisi ini jelaslah menunjukkan hasil daripada
persepakatan oleh sesuatu pertubuhan atau persatuan dapat mencetuskan satu bentuk
perjuangan bagi menuntut bela atau bagi mempertahankan hak masing-masing. Begitu
juga yang berlaku pada era sebelum dan selepas kemerdekaan banyak pertubuhan di
wujudkan bertujuan untuk memainkan peranan sebagai kesedaran kebangsaan. Senario
pada ketika itu adalah bersifat kenegarian serta memperjuangkan kepentingan ekonomi
dan sosial. Namun begitu, pertubuhan tersebut menjadi pendorong kepada kemunculan
pertubuhan yang bersifat kebangsaan. Hasil daripada kesepakatan ini dapat
mengukuhkan lagi semangat nasionalisme dikalangan rakyat ketika itu.
Terdapat pelbagai pertubuhan yang diwujudkan tetapi pengkaji hanya
membincangkan mengenai Kesatuan Melayu Singapura serta Parti Komunis Malaya.
Bagi pertubuhan ini telah menjadi perangsang kepada pemimpin-pemimpin di negeri-
negeri Melayu untuk menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan kepentingan orang
Melayu di negeri masing-masing. KMS ini telah diasaskan oleh Mohammad Eunos
22
Abdullah pada tahun 1926. Kesatuan ini dianggotai oleh golongan bangsawan,
kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga. Antara tujuan penubuhan ini adalah:
1. Mengalakkan ahlinya memainkan peranan yang lebih besar dalam politik
dan pentadbiran.
2. Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang pendidikan
3. Menjadi wakil orang Melayu untuk berurusan dengan kerajaan British
bagi hal yang berkaitan dengan hak dan kepentingan orang Melayu.
Justeru itu menjelang akhir tahun 1930-an, banyak persatuan Melayu yang
bersifat kenegarian telah ditubuhkan. Persatuan-persatuan ini hanya berlandaskan
dengan objektif untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
Perjuangan mereka ini bersifat sederhana seperti menunjukkan kesetiaan yang kuat
kepada Raja-Raja Melayu dan bekerjasama dengan Britishserta mereka mendesak
supaya lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran
kerajaan.
Berikutnya pada tahun 1939, KMS bersama-sama Persatuan Melayu Selangor
telah menganjurkan Kongres Melayu Se- Tanah Melayu yang pertama di Kuala
Lumpur. Kongres ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan
Orang Melayu. Seterusnya kongres kedua telah dijalankan pada 1940-an bertujuan
untuk menyarankan agar semua persatuan Melayu bekerja keras untuk memajukan
orang Melayu di negeri masing-masing.
Bagi Mahmud Embong (1990), tahun 1945 sehingga 1949 adalah tahap yang
paling menarik dan signifikan bagi penyertaan orang Melayu dalam gerakan komunis.
Tahun-tahun tersebut adalah klimaks bagi sejarah penyertaan orang-orang Melayu
dalam pergerakan komunis di Tanah Melayu. Hal ini disebabkan pendekatan yang
23
digunakan oleh PKM lebih tersusun dan terancang. Kader-kader komunis Melayu yang
dipilih disusupkan ke dalam parti politik, seterusnya mendalangi badan-badan barisan
hadapan. Kemudian mereka mengadakan kelas-kelas politik kiri dan akhirnya
mengheret orang-orang Melayu memasuki gerakan bawah tanah serta berjuang secara
gerila.
Di sini dapat dilihat cara Pihak Komunis menubuhkan sesuatu pertubuhan lebih
bersifat intelektual dan matang jika dibandingkan dengan pertubuhan yang ditubuhkan
dikalangan orang Melayu. Pertubuhan ini ditubuhkan untuk menetang penjajahan
Inggeris ke atas Tanah Melayu ketika itu, walaupun persatuan ini dianggap pengganas
sedikit sebanyak golongan ini memberi faktor untuk mempercepatkan panamatan
penjajah.
2.3.2 Kesatuan Melayu Muda
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur. KMM
merupakan sebuah pertubuhan Melayu yang bersifat politik yang pertama ditubuhkan di
Tanah Melayu yang bersifat radikal dalam gerakan nasionalisme Melayu. Ia telah
dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob. Walaupun perjuangan KMM belum sampai ke
peringkat bagi mencapai kemerdekaan, tetapi di kalangan sesetengah pemimpinnya
memang terdapat sikap antipenjajah dan anti golongan bangsawan yang mereka anggap
sebagai tali barut penjajah. Mungkin adanya sikap antipenjajah dan anti golongan
bangsawan di kalangan sesetengah pemimpin KMM, gerakan itu juga dikatakan oleh
Roff (1967) dan Fuston (1980) mempunyai ciri-ciri sosialis.
24
Sememangnya KMM adalah sebuah pertubuhan nasional, tetapi pandangan yang
mengatakan KMM bukan lagi sampai ke peringkat bagi mencapai kemerdekaan tidak
dipersetujui. Menurut Mustapha Hussain (salah seorang pemimpin KMM), KMM ini
ditubuhkan oleh „pemuda-pemuda sedar‟ atau pemuda-pemuda progresif‟ yang dalam
lingkungan lewat 20-an. „Pemuda-pemuda sedar‟ ini sebenarnya ingin membela nusa
dan bangsa sebelum ekonominya dieksplotasi sepenuhnya oleh bangsa lain dan sebelum
kemewahannya dikecapi oleh orang yang tidak berhak. Mereka kesal kerana nusa yang
bernama Tanah Melayu sudah pun diputar belit namanya sehingga menjadi Malaya.
Mereka juga kesal dengan sikap British yang membenarkan kemasukan bangsa asing
tanpa sebarang kawalan. Justeru itu, perkataan lumrah dalam perbualan mereka ialah
kemerdekaan, kebebasan dan ketuanan Melayu.
Sesungguhnya kehebatan penglibatan orang-orang Melayu dalam gerakan
komunis cukup dirasakan apabila PKM berjaya mendalangi badan-badan barisan
hadapan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Se-Malaya) iaitu Angkatan Pemuda Insaf
(API), Ikatan Pemuda Tanah Air (PETA), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan
Barisan Tanah Malaya (BTM) atau Barisan Tani SeMalaya (BATAS). Badan-badan ini
menurut Mahmud Embong diperalatkan oleh kader-kader komunis terutama sekali
AWAS dan BATAS dalam perjuangan membebaskan negeri ini daripada cengkaman
Inggeris dan kemudiannya mengikut telunjuk komunis (Mahmud Embong,1999).
Apa yang dapat disimpulkan disini adalah menunjukkan betapa semangat
nasionalisme yang dibawa oleh mereka semata-mata untuk melihat Tanah Melayu bebas
daripada sebarang penajajahan. Setiap pertubuhan yang diwujudkan terdapat kelemahan
sendiri tetapi apa yang dibawa oleh mereka adalah api perjuangan yang tinggi . Jika kita
bandingkan semangat pertubuhan ini dahulu dan sekarang sangat jauh berbezanya, jika
dahulu matlamat utama adalah negara tercinta tetapi kini terdapat segelintir pertubuhan
yang hanya untuk kepentingan individu. Kita sepatutnya berasa malu kepada pejuang-
pejuang lepas kerana susah payah mereka seolah-olah sudah sampai ke penghujungnya.
25
Generasi kini seharusnya meneruskan perjuangan yang ada kerana segala yang kita
kecapi kini iaitu kemakmuran, kedamaian dan perpaduan adalah sangat bernilai lebih
daripada harga segunung emas.
2.4 Nasionalisme Malaysia
Terdapat pelbagai jenis nasionalisme tetapi disini pengkaji hanya
membincangkan empat jenis nasionalisme iaitu yang relevan dengan tajuk penyelidikan
pengkaji. Jenis-jenis nasionlisme yang akan dibincangkan di dalam bab ini adalah
nasionalisme awal, nasionalisme kepartian, nasionalisme kompromi dan nasionalisme
Malaysia masa kini.
2.4.1 Nasionalisme Awal
Tanah Melayu ini mula dijajah oleh pihak British yang mana ia mempunyai
agenda tersendiri. Terdapat pelbagai kesan hasil daripada pemerintahannya sehinggalah
terdapat banyak peristiwa pertumpahan darah yang mana korbannya adalah rakyat di
negara sendiri iaitu Tanah Melayu. Antara kisah yang sering manjadi sebutan sehingga
kini apabila pihak British menjadi penasihat kepada Sultan ketika itu. Secara tidak
langsung Sultan menjadi seperti boneka yang dikawal oleh pihak British. Selain itu
pihak Britsh juga mengishtiharkan bagi menubuhkan pusat pemungutan cukai yang di
letak dibawah kawalan Eropah. Impaknya pembesar-pembesar Tanah Melayu ketika itu
hilang pendapatan. Terdapat banyak lagi provokasi yang dilakukan oleh pihak British
untuk memanipulasikan seluruh rakyat di Tanah Melayu untuk tunduk dan hanya
mengikut arahannya
26
Ketika ini, terdapat beberapa golongan rakyat jelata cuba bangkit untuk
menentang dengan apa yang dilakukan oleh pihak Britsh. Seperti contoh Haji Abdul
Rahman Limbong yang merupakan ulama dari Terengganu yang menggunakan
sentimen agama. Beliau menegaskan bahawa peraturan-peraturan baru yang
diperkenalkan oleh British adalah peraturan kafir dan tidak wajar dipatuhi. Beliau juga
mendakwa pihak British tidak boleh menggenakan cukai kerana ini adalah tanah hak
milik Allah. Pandangan ini diterima oleh sebahagian besar rakyat Terengganu dan pihak
British terpaksa memadamkan penentangan ini dengan menggunakan senjata.
Terdapat ramai lagi pejuang-pejuang yang menetang apa yang dilakukan oleh
pihak British ini tetapi disebabkan beberapa faktor perjuangan mereka ini tidak
mendatangkan hasil kepada pihak British. Antara faktornya adalah kelemahan strategi,
senjata, sokongan masa dan tempoh yang terlalu singkat. Ketiadaan sokongan daripada
pihak pemerintahan tempatan sendiri merupakan faktor yang melemahkan gerakan
penentangan bersenjata. Selain itu, kegagalan gerakan kebagsaan yang disebabkan
masih kurang kesedaran mengenai kepentingan kemerdekaan negara di kalangan
masyarakat Melayu. Kekalahan perjuangan kelompok Melayu pada masa itu
menyebabkan masyarakat tempatan kehilangan beberapa orang tokoh pemimpin yang
berwibawa.
Walaupun pejuangan-pejuangan orang Melayu sebelum ini mengalami
kegagalan, namun ia tidak masih wujud kekosongan dalam nasionlisme tempatan pada
masa ini. Ini kerana menjelang abad ke 20 terdapat kemunculan gerakan kebangsaan di
negara ini diterjemahkan dalam bentuk intelektual di kalangan masyarakat Melayu. Ia
menampakkan bentuk gerakan kebangsaan yang menggambarkan cita-cita masyarakat
iaitu masyarakat yang inginkan bebas dan merdeka. Kecenderungan mereka ketika ini
dikaitkan dengan peranan agama Islam. Ia memberi cetusan idea dan pemikiran kepada
kesedaran kemasyarakatan, ekonomi dan politik di kalangan masyarakat di Tanah
27
Melayu ketika itu. Sejarah pendidikan di negara ini dimulakan oleh sistem pendidikan
pondok. Antara negeri yang awal menerima pendidikan adalah Kedah, Kelantan dan
Terengganu iaitu pada awal abad ke 19.
Hasil daripada pembacaan pengkaji didapati bahawa ketika pemerintahan pihak
British banyak faktor kemunduran masyarakat Melayu bukan disebakan oleh
ketidakupayaan yang terdapat pada diri mereka. Sebaliknya berpunca daripada peluang-
peluang yang diperuntukan untuk mereka yang sangat terhad. Peminggiran masyarakat
Malayu dalam hal-ehwal kemajuan dan pembangunan adalah bertitik-tolak daripada
dasar penjajah yang merencanakan supaya penduduk peribumi di negara ini ketinggalan
bagi membolehkan mereka menjajahnya dalam tempoh yang lebih panjang.
Kekuatan perjuangan masyarakat Melayu pada masa itu disebabkan kesedaran
sosial yang wujud di kalangan golongan cerdik pandai yang bertujuan memecahkan
kebekuan pemikiran dan mengubah persepsi masyarakat Melayu. Pada umunya, bentuk
semangat kebangsaan pada masa itu adalah semangat patriotism dan belum mencapai
tahap nasionalisme. Ini kerana semangat kebangsaan di kalangan orang-orang Melayu
belum diorganisasikan dalam bentuk yang lebih jelas dan komprehensif. Dengan kata
lain ia lebih berbentuk cetusan kesedaran dalaman yang dilahirkan melalui tingkah laku
individu dan kelompok tetapi masih belum wujud sebagai suatu bentuk organisasi
khusus yang mampu menggembleng semangat kebangsaan Melayu pada masa ini dalam
bentuk yang lebih ekslusif.
2.4.2 Nasionalisme Kepartian
28
Semangat kebangsaan yang diterjemahkan melalui kesedaran sosial yang
disuarakan mereka juga lebih banyak mengajak masyarakat pada masa itu bersatu padu.
Pada ketika ini, segelintir masyarakat Tanah Melayu yang bijak telah bangkit dan
menubuhkan beberapa persatuan dengan matlamat tersendiri. Ulasan mengenai parti-
parti yang berada di awal bab ini telah dibincangkan. Di sini pengkaji mengambil
contoh terdapat persatuan yang terdapat di setiap negeri mempunyai persatuan dan
objektif mereka adalah untuk pendidikan dan masa depan anak Melayu. Selain itu
Persatuan Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah ditubuhkan pada tahun 1936 dengan
objektif menjadikan soal kemerdekaan sebagai pokok perbincangan dan dasar
perjuangan mereka.
Terdapat banyak lagi kesatuan-kesatuan yang ada dan ini diperkukuhkan lagi
dengan peranan media massa terutamanya melalui WartaMalaya yang menjadi lidah
perjuangan KMM sendiri. Hasil daripada tulisan-tulisan ini dapat menyedarkan rakyat
lain tentang kepentingan persatuan untuk membela nasib negara sendiri.
2.4.3 Nasionalisme Kompromi
British berpandangan Melayu tidak akan muncul sebagai sebuah negara yang
merdeka dan kuat tanpa perpaduan daripada kaum-kaum yang menetap di negara ini.
Sehubungan dengan itu, masyarakat Cina dan India masing-masing telah menubuhkan
persatuan iaitu Parti MCA (Malayan Chinese Association) pada 27 Februari 1949
diketuai oleh Tan Cheng Lock manakala MIC (Malayan Indian Association) pada 1946.
Mereka menggembleng tenaga bersama-sama dengan masyarakat Melayu sesuai dengan
arus perdana pada masa itu iaitu cita-cita bagai mencapai kemerdekaan untuk Tanah
Melayu.
29
Persetujuan pemimpin-pemimpin politik pelbagai kaum iaitu daripda UMNO,
MIC dan MCA bergabung membentuk parti perikatan pada 1951 memulakan tradisi
kompromi dalam perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. Mereka telah berjaya
memenangi pertandingan pilihan raya pada 1955.
Kesanggupan orang Melayu untuk mengundi orang bukan Melayu adalah satu
pengorbanan yang sangat tinggi kerana bercita-cita untuk capai kemerdekaan dalam
masa yang lebih cepat iaitu dalam masa empat tahun sebagaimana yang terkandungan
dalam manisfesto parti parikan dalam pilihan raya tersebut. Pengorbanan tersebut
dilakukan atas dasar nasionalisme yang unggul tanpa terlalu mengambil kira soal
kepentingan bangsa Melayu walaupun mereka dapat berbuat demikian.
Semangat kerjasama, persefahaman dan tolak ansur ini kemudiannya
diterjemahkan secara sah dalam Perlembagaaan Malaysia 1957. Dalam perlembagaan
ini orang-orang Melayu bersetuju menerima penduduk bukan Melayu melalui
kerakyatan secara bebas iaitu melalui prinsip Jus Soli. Mereka bagi penduduk bukan
Melayu bersetuju memberi hak istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera
sebagaimana yang terkandung dalam Perkara 153 dan Perkara 161(A). Berdasarkan
persetujuan bersama, perlembagaan menetapkan Bahasa Melayu dijadikan sebagai
Bahasa Kebangsaan mengikut Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan agama Islam
sebagai agama rasmi mengikut Perkara 3. Selain daripada itu perlembagaan juga
menetapkan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintahan negara. (Salleh Abbas,
1997)
Nasionalisme yang berteraskan kompromi di kalangan rakyat berbilang kaum di
Malaysia ternyata sangat rapuh apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun
keputusan pilihan raya 1969 adalah penyebab peristiwa ini, namun masalah-masalah
30
ketidakseimbangan ekonomi dan sosial yang wujud antara penduduk Melayu dan Cina
adalah „api dalam sekam‟ dalam konteks hubungan kaum antara keduanya. Ia
menunjukkan berkenaan bahaya kebebasan yang keterlaluan yang digunakan oleh parti-
parti politik dalam kempen-kempen sepanjang pilihan raya tersebut.
2.4.4 Nasionalisme Malaysia Masa Kini
Selepas kita mencapai kemerdekaan ramai yang berpendapat nasionalisme tidak
lagi menjadi unsur yang penting. Apa yang lebih penting ialah usaha-usaha pengisian
kemerdekaan yang menitik beratkan soal-soal pembangunan dan kestabilan politik.
Nasionalisme hanya penting apabila sesebuah bangsa ataupun negara menghadapi
ancaman daripada dalam ataupun pihak luar.
Agak sukar menentukan apakah bentuk nasionalisme dan patriotism Malaysia
masa kini. Apakah pengukuran yang dapat digunakan dalam menentukan tahap
patriotism dan nasionalisme di kalangan rakyat di negara kita hari ini. Nasionalisme
Malaysia berjaya dicapai apabila wujud rasa sepunya atau esprit de corps yang kuat di
kalangan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan kepada Malaysia.
Bak kata pepatah melayu yang berbunyi „di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung‟ dapat menyuburkan perasaan cinta kepada tanah air beserta dengan usaha-
usaha yang bersepadu perlu dilaksanakan oleh semua pihak di negara ini.
31
2.5 Konsep Asabiah Dan Nasionalisme
Perkataan asbiyah berasal dari perkataan Arab yang kata dasarnya daripada
perkataan asab yang bererti mengikat, contohnya mengikat individu-individu ke dalam
masyarakat (asbtun, usbatun atau isabatun). Asabiyah juga berasal dari perkataan
asaba. Konsep asabiah ini ada dibincangkan oleh Ibn Khaldun iaitu ilmuan Islam yang
pernah bekerja sebagai hakim, kadi dan banyak mengeluarkan kitab-kitab mengenai
hal-hal kemasyarakatan, sejarah, epistemology dan cabang-cabang ilmu agama yang
lain seperti tasawuf. Menurut Muhammad Lufti Ishak (2010), konsep asabiah ini adalah
menghampiri makna nasionalisme yang berkembang kemudian dalam duni moden. Ibn
Khaldun melihat asabiah ialah komponen terpenting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesuatu bangsa. Apabila rasa asabiah atau perkauman berkurangan maka
perlahan-lahan tamadun sesuatu bangsa itu menuju kehancuran. Sampai masanya,
tampuk ketamadunan akan berubah teraju kepada kaum yang memiliki dan menghayati
perasaan asabiah dengan lebih mendalam.
Muhsin Mahdi (2006), yang mengkaji falsafah sejarah Ibn Khaldun turut
mengulas pendapat tersebut:
“ in order to be able to found a great civilization, or ti conquer
or build great empire, they may need an additional force to
eliminate their shortcomings…This force is religion. Religion,
like any other social cause, needs solidarity to establish
it…Once a religion is adopted and supported by such a group, it
becomes a highly effective force. It create new loyalty: absolute
belief in, obedience to, the demands of the law and the religious
leader.”
32
Oleh itu, konsep asabiah Ibn Khaldun tidak harus dilihat dalam
kerangka yang sempit, apalagi cuba mentafsirkannya berdasarkan paradigma
yang berkembang kemudian, khususnya di Eropah. Nasionalisme dikatakan
lahir di Eropah, khususnya di Perancis dan Inggeris pada awal abad ke-13.
Konsep nasionalisme mengambil masa hampir lima abad untuk muncul dan
difahami pengertian moden. Jadi, pelbagai peristiwa yang berlaku dalam
rentang masa itu, merupakan sebab kepada pemupukan makna nasionalisme.
Pelbagai peristiwa yang berlangsung seperti penjajahan dan kolonisme,
ialah faktor penting yang menyebarkan fahaman nasionalisme keluar dari
Eropah ke kawasan tanah jajahan termasuk ke dunia Islam. Menurut Esposito
(1995), terdapat dua isu besar yang mewarnai dunia Islam pada abad ke-19,
iaitu bengkitnya gerakan kemerdekaan dan isu nasionalisme. Maka, pada abad
ke-19, konsep nasionalisme dunia Islam dibentuk oleh tokoh-tokoh intelektual
antaranya seperti Jamaluddin al-Agghani, Muhammad Abduh dan Hassan al-
Banna. Oleh itu, tidak hairanlah nasionalisme yang subur dalam kalangan umat
Islam kemudiannya dibentuk oleh kerangka Islam yang menekankan kecintaan
kepada negara yang dilihat sebagai sebahagian daripada keimanan (hub al-
watan min al-iman).
Nasioalisme jenis ini juga dikembangkan oleh Burhanuddin Helmy di
negara kita. Manifestasi nasionalisme yang dibawa oleh Burhanuddin Helmy
didorong oleh nilai Islam. Hal ini diakui oleh Kamaluddin Jaafar (2000) yang
melihat pemikiran Burhanuddin Helmy sentiasa berpasak pada tiga aspek
penting, yakni kemerdekaan, kebangsaan Melayu dan Islam.
Yang terbaru Mufti Negeri Perak turut menjelaskan hal ini dalam satu
artikelnya yang berjudul “Luaskan Makna Politik” dalam akhbar Mingguan
33
Malaysia. Dalam hal ini, Tan Sri Harussani memegang konsep asabiah seperti
yang didefinasikan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu suatu hari, seorang lelaki
bertanyakan kepada Rasulullah makna sebenar asabiah. Lelaki itu bertanya,
adakah dianggap asabiah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya.
Nabi menidakkannya dan menyatakan bahawa asabiah itu adalah seseorang itu
menolong bangsanya daripada kezaliman.
2.6 Patriotisme
Patriotism terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud
father dan patris yang bermaksud land. Apabila kedua-dua perkataan tersebut
digabungkan maka muncullah maksud kecintaan kepada tanah air. Pengertian
yang sama juga diberikan oleh kamus Webster. Menurut kamus Webster,
patriotism ialah “the devoted love, support and defence of one’s countray”.
Hasan al-Banna merupakan pengasas kepada gerakan Ikhwanul
Muslimim di Mesir turut mengupaskan mengenai konsep patriotisme. Menurut
Hassan al-Banna, Islam menerima baik empat konsep patriotism iaitu semangat
cinta akan tanah air yang wujud secara fitrah dan rasa tanggungjawab untuk
membebaskan tanah air dari kuasa asing serta meletakkan asas-asas
kemerdekaan serta kemuliaan rakyat. Selain itu, usaha menyatupadukan rakyat
dalam sesebuah negara demi kepentingan bersama serta Wataniyyatul-Fath,
iaitu perjuangan menguasai wilayah dunia dengan perutusan illahi.
Muhammad lufti Ishak (2010), tokoh-tokoh intelektual Muslim seperti
Iqbal juga mempunyai pandangan yang murni terhadap patriotisme. Dalam
34
satu perhimpunan di India (IKIM 2008): “Patriotisme merupakan satu
kebajikan yang benar-benar selaras dengan fitrah manusia, dan mempunyai
tempat dalam kehidupan moral manusia. Namun yang merupakan kepentingan
sebenarnya adalah keyakinan manusia, kebudayaan dan tradisinya. Hal-hal ini
yang merupakan erti yang seharusnya dibawa hidup dan dibawa mati, bukan
sejengkal tanah di mana jiwa manusia dihubungkan untuk sementara waktu.
2.7 Remaja dan Nasionalisme
Remaja adalah golongan manusia yang berumur dalam lingkungan 13
hingga 17 tahun. Golongan ini merupakan golongan yang dipandang serius
sama ada dalam instusi kekeluargaan, pendidikan dan negara. Ketika berada
dalam golongan umur ini, mereka lebih mudah terpengaruh kepada benda-
benda yang ada disekeliling mereka. Remaja sering menjadi bahan utama
dituduh tidak mempunyai semangat nasionalisme disebabkan pelbagai faktor.
Menurut Dewan Siswi (1991), remaja tidak boleh disalahkan
sepenuhnya. Memang diakui mereka tidak berminat bercakap tentang
nasionalisme. Walau bagaimanapun jika dilihat sekarang, bukan sahaja
golongan remaja malah dolongan yang lebih senior juga tidak menghiraukan
semangat ini. Mereka gagal menunjukkan contoh yang baik kepada remaja
tentang betapa perlunya nasionalisme. Selain itu, golongan ibu bapa juga gagal
mendedahkan betapa pentingnya nasionalisme kepada anak-anak mereka.
Mungkin mereka berasa janggal untuk menceritakan perkara ini kepada anak-
anak. Mereka hanya mendapat pendedahan tentang nasionalisme di sekolah
dalam mata pelajaran sejarah.
35
Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri memandang serius tentang
penghayatan semangat patriotism dalam kalangan remaja. Antara saranan dan
harapan beliau yang petik daripada buku yang berjudul Mahathir dan Belia
ialah:
“Generasi muda hari ini hendaklah sentiasa memupuk semangat
setia dan patriotisme dan tidak melakukan sesuatu yang boleh
merugikan bangsa dan negara. Sikap puak-puak dan bermusuhan
sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme. Oleh
itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak
mengutamakan kepentingan diri semata-mata. Kepentingan
negara hendaklah diambil kira bersama kerana kepentingan
negara akan membawa kebaikkan yang lebih baik kepada diri
sendiri.”
Menurut Dewan Siswa (1994), nilai-nilai patriotisme sememangnya
perlu ditanam dalam jiwa remaja. Hal ini kerana pada peringkat remaja masih
dalam menuju keperingkat dewasa. Patriotisme dapat mengajar remaja
mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang utuh akan membantu mereka
mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi sama ada alam persekolahan
atau pekerjaan. Sementelah itu negara memerlukan generasi muda yang
berdisiplin dan mampu membuahkan produktiviti yang cemerlang. Generasi
muda hari ini akan menjadi kemudi pembangunan dan kepimpinan negara pada
masa akan datang.
Di samping itu media elektronik juga memainkan peranan yang sangat
penting dalam membantu menerapkan semangat nasionalisme dalam kalangan
remaja dengan menyiarkan lagu, pendeklamasian sajak, drama dan forum yang
36
berunsurkan patriotik. Berbanding dengan media cetak, media elektronik dapat
menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.
Terdapat pelbagai cara untuk kita membuktikan semangat
nasionalisme, menurut Menurut Dewan Siswa (1994), untuk membuktikan kita
menyayangi Malaysia, kita haruslah bersatu padu tanpa menimbulkan perasaan
perkauman. Perasaan kedaerahan atau perkauman akan menyemarakkan api
permusuhan seperti yang dilakukan oleh kaum Serbi. Selain itu, penggunaan
simbol sebagai contoh apabila seseorang mencintai negaranya, dia akan
menunjukkan penghormatan dan cintanya melalui tingkah laku seperti
menghormati bendera negara, lagu kebangsaan, bahasa kebangsaan dan
simbol-simbol keagamaan. Tanpa perasaan sedemikian, masyarakat dapat
menumpukan terhadap pembangunan dan dengan demikian negara kita lebih
maju.
Hakikat sejarah tidak boleh di pandang ringan. Mahu tidak mahu kita
harus menerima fakta sejarah. Kita harus mengakui bahawa dalam kebenaran
sejarah bukan UMNO sahaja yang memegakkan kemerdekaan. Peranan puak
nasionalis dalam parti-parti lain turut harus diakui. Menurut Menurut Dewan
Siswa (1990), dalam suasana dan kehendak zaman moden nasionalisme masih
penting. Bagaimanapun nasionalisme pada peringkat ini harus sesuai dengan
kehendak masa dan perubahan dunia. Nasionalisme hari ini perlu wujud dalam
kontek yang lebih luas. Semangat menyayangi negara, mencintai bangsa
Malaysia harus sebati walau di mana pun kita berada. Jangalah kita bersikap
seperti sesetengah pelajar yang lupa diri iaitu apabila berada di negara asing
mengutuk dan mencerca negara sendiri walaupun mereka mengakui di dalam
hati tidak ada negara lain di dunia yang lebih baik daripada Malaysia.
37
2.8 Kajian Lepas
Kajian lepas yang bertajuk mengenalpasti tahap nasionalisme Malaysia
di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan dan pelajar sekolah
menengah swasta. Ditulis oleh Wong Shui Wah dan Mohammed Najib B.
Abdul Ghafar, Pm. Dr. pada 2005. Terdapat empat objektif dalam kajian ini,
iaitu mengenalpasti tahap identiti kebangsaan, tahap pengetahuan politik, tahap
sikap terhadap negara dan tahap nasionalisme dikalangan pelajar tingkatan
empat dari sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah swasta.
Pengkaji lepas menggunakan soal selidik untuk mengumpul data bagi kajian
ini adalah termasuk empat bahagian iaitu biodata pelajar, persoalan identiti
kebangsaan pelajar, persoalan tentang pengetahuan politik pelajar dan
persoalan tentang sikap pelajar terhadap negara (Malaysia). Responden kajian
terdiri daripada 276 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah
menengah kebangsaan dan dua buah sekolah menengah swasta di Negeri
Johor. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap nasionalisme
diantara pelajar dari sekolah menengah kebangsaan dan pelajar dari sekolah
menengah swasta. Tahap nasionalisme pelajar dari sekolah menengah
kebangsaan adalah lebih tinggi daripada pelajar dari sekolah menengah swasta.
Hasil kajian mengikut item dalam ketiga-tiga bahagian soal selidik
menunjukkan perbezaan yang ketara dalam persoalan tentang sikap pelajar
terhadap negara Malaysia.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang metodologi kajian yang merangkumi aspek
populasi, sampel, reka bentuk kajian dan lain-lain. Merujuk di dalam Kamus Dewan
edisi keempat, nasionalisme membawa makna satu ideologi yang mencipta dan
mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation")
dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.
Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan
ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Para
saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme
yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.
Kajian ini mengandungi tiga objektif iaitu mengenalpasti tahap pengetahuan
politik, tahap patriotisme terhadap negara dan perbezaan tahap pengetahuan politik
dan tahap patriotisme dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS.
39
Pengkaji berminat membuat kajian ini kerana pelajar dari IPTA dan IPTS
merupakan perintis yang akan mencorakkan dunia serta menjadi pemimpin pada
masa akan datang. Mereka adalah permulaan untuk kita melihat bekalan yang bakal
mereka bawa untuk mempertahankan tanah air mereka yang tercinta. Institut
pengajian tinggi merupakan institut yang akan membekalkan mereka dengan ilmu
pengetahuan yang akan digunakan pada masa akan datang. Ilmu berkaitan dengan
kenegaraan juga turut dipelajari oleh mereka tetapi sejauhmanakah ilmu itu dapat
menjadikan mereka seorang yang mempunyai nasionalisme yang tinggi dan
mempunyai tahap kecintaan yang tinggi terhadap negara mereka sendiri. Pengkaji
mengutip data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik
dimana ia dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah tentang latar
belakang responden. Manakala pada bahagian kedua pula tentang tahap pengetahuan
pelajar dan akhir sekali adalah bahagian ketiga mengenai sikap terhadap negara
Malaysia.
Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai rekabentuk kajian,
populasi dan sampel kajian, instrument kajian, kajian rintis dan akhir sekali adalah
mengenai cara menganalisis data. Setiap satunya akan dibincangkan dengan lebih
teliti dan teratur.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan menggunakan soal selidik
berbentuk ujian. Kaedah soal selidik merupakan satu kaedah kajian yang mudah,
iaitu sampel diberikan alat untuk dipenuhkan maklumat dan kemudian maklumat
diproses mengikut kaedah analisis yang dirancang oleh penyelidik. Pengisian
maklumat melalui borang soal selidik mempunyai kekangan tersendiri, terutamanya
jawapan responden adalah bergantung pada soalan (item) dan tafsiran responden
40
tentang apa yang dikehendaki oleh item. Kejelasan item adalah penting. Dengan itu,
kaedah tinjauan selalunya didahului dengan kajian rintis tentang instrumen supaya
pengkaji boleh membetulkan maklumat yang diperlukan. (Mohd Najib, 2003)
Untuk menjalankan kajian ini, terdapat banyak langkah dan prosedur yang
perlu dijalankan sebelum ianya menjadi satu penyelidikan yang lengkap. Langkah
pertama adalah dengan mencari masalah utama. Kajian melalui pelbagai sumber
rujukan seperti jurnal, majalah, surat khabar, internet dan buku-buku yang telah
dijalankan. Pengkaji tertarik untuk membuat kajian mengenai semangat cintakan
negara kerana banyak kes dilaporkan di akhbar yang melibatkan maruah negara
dicemari bukan sahaja oleh orang luar malah dalam kalangan rakyatnya sendiri.
Kajian ini pernah dilakukan oleh pengkaji yang lepas dimana beliau menggunakan
responden dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah kerajaan dan
swasta sekitar Johor Bahru. Oleh itu, saya berminat untuk menyambung kajian
tersebut dengan meninjau kesedaran nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Jangka masa untuk mendapatkan data mengenai kajian ini dianggarkan
mengambil masa sebulan. Ini kerana kajian ini adalah kajian berbentuk perbandingan
yang melihat dua buah IPT iaitu IPTA dan IPTS jadi ia mengambil masa sedikit
untuk mengumpulkan data. Kajian ini mengambil masa selama sebulan untuk
mengutip data. Pengkaji mengambil masa yang lama kerana perlu mengutip data di
dua buah IPT iaitu IPTA dan IPTS.
Untuk mendapatkan maklumat-maklumat objektif yang hendak diukur,
pengkaji telah membina soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian
latar belakang responden, bahagian tahap pengetahuan politik di Malaysia dan akhir
sekali bahagian patriotisme terhadap negara Malaysia.
41
Sebelum menjalankan kajian rintis, pengkaji telah menghantar borang soal
selidik kepada empat orang pengsyarah yang mempunyai latar belakang akademik
mengenai sejarah dan asas pendidikan. Ini bertujuan untuk mengesan kesahan soal
selidik yang digunakan seperti adakah soalan yang digunakan dapat menggambarkan
apa yang pengkaji maksudkan serta soalan yang releven untuk masa sekarang.
Kajian rintis dijalankan dalam kalangan pelajar salah sebuah IPTA dengan
menggunakan seramai sepuluh orang responden untuk melihat alat yang digunakan
adalah seperti yang hendak diukur serta dapat memperbetulkan kesilapan jika ada.
Jika terdapat kesilapan, pengkaji dapat membuat pembetulan sebelum soal selidik
sebenar dijalankan.
Setelah borang soal selidik diperbaiki, kajian sebenar telah dijalankan keatas
responden yang ditetapkan. Kemudian kesemua data yang diperolehi akan
ditukarkan dalam bentuk perisian iaitu ‘SPSS version 15.0’ for windows (Statistical
Package For Social Science). Perisian ini digunakan adalah untuk memudahkan
pengkaji melihat hasil daripada data yang telah diperolehi. Analisis data akan
dibentangkan dalam bab 4.
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Menurut Najib (1999), menjelaskan populasi adalah sumber bagi
penyelidikan untuk mendapatkan data-data atau maklumat berkenaan penyelidikan
yang dijalankan. Manakala responden yang terlibat dalam sesebuah kejian hendaklah
mewakili keadaan sebenar kesemua populasi. Azizi, et al (2007) pula menyatakan
populasi adalah keseluruhan kumpulan manusia, objek mahupun peristiwa yang
mempunyai sedikit persamaan secara spesifik. Populasi dalam kajian ini merupakan
pelajar IPTA dan IPTS iaitu seramai 140 orang.
42
Sampel adalah satu kumpulan subjek untuk mendapatkan data. Penggunaan sampel
dapat menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Dalam kajian ini, teknik
pensampelan yang digunakan adalah berdasarkan Jadual Krejcie, R.V and Morgan
D.W. Berdasarkan jadual tersebut, jumlah sampel yang digunakan dalam kajian ini
adalah sebanyak 100 orang berdasarkan kedua-dua IPT.
3.4 Instrumen Kajian
Untuk kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen jenis soal selidik yang
terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A adalah bahagian mengenai latar
belakang responden manakala Seterusnya bahagian B mempunyai 20 item berbentuk
ujian tentang pengetahuan politik responden (political interaction). Bahagian C juga
berbentuk ujian mengenai sikap pelajar terhadap negara Malaysia dimana
mempunyai 12 item (attitudes towards nation).
3.4.1 Soal Selidik Bahagian A
Seperti yang sedia maklum, bahagian A mempunyai empat item berkaitan
responden seperti jantina, bangsa, agama, pekerjaan ibubapa atau penjaga, tahun
pengajian dan pogram pengajian.
3.4.2 Soal Selidik Bahagian B
Dalam bahagian ini terdapat 20 item tentang pengetahuan politik pelajar-
pelajar IPTA dan IPTS berbentuk soalan aneka pilihan. Item-item ini adalah
mengenai simbol negara, nama pemimpin negara, ideologi negara, perkara-perkara
atau ciri-ciri yang berkaitan dengan negara Malaysia.
43
Jadual 3.1 : Komponen Yang Terdapat Pada Bahagian B
Bil Item-Item Bilangan Item
1. Simbol negara 7,11,16,18
2. Nama pemimpin negara 5,10,13,19
3. Ideologi negara 6 dan 20
4. Perkara atau ciri-ciri yang berkaitan negara 1,2,3,4,8,9,12,14,15,17
3.4.3 Soal Selidik Bahagian C
Untuk bahagian ini terdapat 12 item mengenai sikap nasionalisme terhadap
negara Malaysia. 12 item itu dibahagikan kepada empat komponen iaitu kesedaran
melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, kerelaan
melindungi negara, keinginan untuk emigerasi dan perasaan bangga seseorang rakyat
ketika menyambut hari kebangsaan. Item-item ini adalah berbentuk penyataan
positif. Para responden perlu menandakan salah satu pilihan sama ada ya atau tidak.
Jadual 3.2 : Empat Komponen Yang Terdapat Pada Bahagian C
Komponen Penyataan Soalan No. Penyataan Soalan
Kesedaran melakukan tanggungjawab
sebagai seorang warganegara Malaysia
1 hingga 3
Kerelaan melindungi Negara 4 hingga 6
Keinginan untuk emigerasi 7 hingga 9
Perasaan bangga seseorang rakyat ketika
menyambut hari kebangsaan
10 hingga 12
44
3.5 Kajian Rintis
Item-item soal selidik dipetik daripada instrumen kajian Ibrahim Saad (1987)
dalam kajiannya ‘Competing Identities In A Plural Society The Case of Peninsular
Malaysia’ dan diubah suai dalam kajian pengkaji. Pengkaji telah menjalankan satu
kajian rintis (pilot test) bagi memperbaiki item-item soal selidik. Bagi tujuan ini
seramai sepuluh orang mahasiswa di salah sebuah IPTA di sekitar Johor Bahru telah
dipilih untuk mengisi borang soal selidik ini dan mereka tidak terlibat dalam kajian
sebenar.
Nilai Alfa Cronbach bagi soal selidik kajian ini ialah sebanyak 0.7 . Nilai ini
mempunyai kebolehpercayaan yang bersesuaian dengan kenyataan Mohd
Majid(1994), meskipun tidak khusus boleh digunakan bagi menentukan pekali
kebolehpercayaan yang sesuai. Alat ukur pekali kebolehpercayaan yang lebih
daripada 0.60 sesuai digunakan dan menjadi rujukan paling minimum untuk
diterima. Nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai antara 0.6 sehingga 1.0.
3.6 Analisis Data
Setelah data diperolehi, data telah dianalisis dengan menggunakan perisian
‘SPSS version 15.0’ for windows (Statistical Package For Social Science) untuk
menjawab persoalan kajian ini. bagi jawapan soalan kajian. Penyelidik menggunakan
kaedah pengujian statistik, peratus, frekuansi dan ujian mann whitney untuk menguji
hipotesis.
45
3.6.1 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang Responden
Pada Bahagian A ini terdapat enam item yang berkaitan dengan latar
belakang responden iaitu jantina, bangsa, agama, pekerjaan ibubapa atau penjaga,
tahun pengajian dan pogram pengajian. Oleh itu, untuk menganalisis data ini
pengkaji menggunakan perisian ‘SPSS version 15.0’ for windows (Statistical
package for social science) untuk mendapatkan frekuansi dan peratusan.
3.6.2 Analisis Data Bahagian B : Tahap Pengetahuan Politik Malaysia
Pada bahagin ini, terdapat soalan berbentuk objektif aneka pilihan adalah
untuk menguji tahap pengetahuan maklumat politik bagi responden pelajar IPTA dan
IPTS di sekitar Johor Bahru. Bagi responden yang menjawab jawapan yang betul
akan mendapat skor 1 dan salah adalah 0. Untuk setiap item hanya mempunyai satu
sahaja jawapan yang betul. Pengkaji juga akan membincangkan hasil dapatan dalam
bentuk peratusan.
46
3.6.3 Analisis Data Bahagian C : Tahap Patriotisme Terhadap Negara
Di dalam bahagian ini, terdapat 12 item untuk melihat tahap patriotisme
terhadap negara bagi IPTA dan IPTS. Hasil dapatan akan dibincangkan dalam
bentuk peratusan.
3.6.4 Analisis Pada Bahagian Hipotesis
Dalam kajian ini terdapat dua hipotesis iaitu tidak terdapat perbezaan tahap
pengetahuan politik yang signifikan dalam kalangan pelajar IPTA dan pelajar IPTS
serta tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang signifikan
dalam kalangan pelajar IPTA dan pelajar IPTS. Menurut Ronald, et (2006),
penggunaan Mann-Whitney U-test ialah kumpulan yang bebas yang menguji antara
kumpulan tidak parametrik bagi membezakan dua kumpulan. Oleh itu, pengkaji
menggunakan ujian ini untuk melihat hipotesis hasil daripada analisis.
Jadual 3.3 : Ringkasan Statistik Kaedah Analisis
Bil. Objektif Kajian Jenis Statistik
1. Latar belakang responden Peratusan
2 Tahap pengetahuan politik malaysia Peratusan
3. Tahap patriotisme terhadap negara Peratusan
4. Perbezaan tahap pengetahuan politik Malaysia
dan tahap patriotisme terhadap negara
Mann-Whitney U-test
47
3.7 Kesimpulan
Metodologi kajian seperti yang telah dibincangkan didalam bab ini
merupakan proses yang dilakukan untuk mencapai matlamat kajian. Ia juga
menunjukkan kaedah yang telah digunakan dalam proses penganalisis data yang
dilakukan dalam bab 4. Data-data yang akan diperolehi akan digunakan untuk
dianalisis bagi mendapatkan dapatan kajian. Seterusnya data ini akan ditunjukkan
dalam bentuk jadual serta keterangan yang mudah difahami.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang analisis data yang diperolehi
daripada soal selidik. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap nasionalisme
dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut
Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 100
borang soal selidik kepada responden di IPTA dan IPTS sekitar Johor Bahru.
Soal selidik yang telah digunakan mengandungi tiga bahagian iaitu
Bahagian A latar belakang responden, Bahagian B tahap pengetahuan politik di
Malaysia yang mengandungi 20 item soalan berbentuk aneka pilihan (A, B, C
dan D) berkisar mengenai simbol negara, nama pemimpin negara, ideologi
negara, perkara-perkara atau ciri-ciri yang berkaitan dengan negara Malaysia.
49
Bahagian C pula meninjau tahap patriotisme terhadap negara yang mengandungi
12 item yang memerlukan jawapan ya atau tidak. Bahagian ini dibahagikan
kepada 4 bahagian iaitu kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai seorang
warganegara Malaysia, kerelaan melindungi negara, keinginan untuk emigerasi
dan perasaan bangga seseorang rakyat ketika menyambut hari kebangsaan.
4.2 Analisis Data
Untuk menganalisis data kajian menggunakan ‘SPSS version 15.0’ for
windows (Statistical Package For Social Science).
4.2.1. Bahagian A : Latar Belakang Responden.
Bahagian ini mengemukakan soalan tentang latar belakang responden
yang mempunyai enam item iaitu agama, jantina, bangsa, pekerjaan bapa atau
penjaga, tahun pengajian dan pogram pengajian.
50
Jadual 4.1 : Latar Belakang Responden: Perbandingan Pelajar Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor
Bahru.
Bil. Latar Belakang Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Awam (IPTA)
(%)
Swasta (IPTS)
(%)
1. Jantina Lelaki 22 34
Perempuan 78 66
2. Bangsa Melayu 96 90
Cina - 4
India - 6
Lain-lain 4 -
3. Agama Islam 96 90
Buddha - 2
Hindu - 6
Kristian 4 2
4. Pekerjaan
Bapa/Penjaga
Kerajaan 34 36
Swasta 12 34
Sendiri 54 30
5. Tahun Pengajian Tahun 1 22 26
Tahun 2 20 24
Tahun 3 - 50
Tahun 4 58 -
6. Pogram Pengajian SPE – 12 DTS – 32
SPH – 52 DST – 22
SPJ – 8 DSK – 22
SPR – 22 DTM – 24
SPC – 2
SPM – 4
51
Berdasarkan jadual 4.1, responden perempuan bagi kedua-dua IPT adalah
paling tinggi iaitu 78% bagi IPTA dan 66% bagi IPTS. Manakala bagi responden
lelaki untuk kedua- dua IPT masing-masing 22% untuk IPTA manakala 34%
untuk IPTS. Peratusan bangsa Melayu bagi kedua-dua institut pengajian adalah
tinggi masing-masing 96% dan 90%. Bagi bangsa Cina dan India hanya terdapat
pada IPTS dengan peratusan yang rendah iaitu Cina sebanyak 4% dan India
adalah 6%. Begitu juga dengan bangsa lain-lain hanya 4% di IPTA. Berdasarkan
jadual juga didapati pelajar beragama Islam mempunyai peratusan yang tertinggi
masing-masing mempunyai peratusan 96% dan 90%. Agama Hindu mempunyai
6% daripada pelajar di IPTS dan 4% bagi pelajar beragama Kristian di IPTA.
Manakala peratusan yang rendah bagi pelajar beragama Buddha dan Kristian di
IPTS iaitu sebanyak 2%.
Selain itu, didapati pekerjaan penjaga yang bekerja sendiri bagi pelajar di
IPTA paling tinggi iaitu 54% diikuti 36% adalah pekerjaan penjaga yang bekerja
di sektor swasta di IPTS. Manakala sebanyak 34% adalah bekerja di sektor
kerajaan bagi pelajar di IPTA dan sektor swasta bagi IPTS. Hanya 30% bapa
atau penjaga yang bekerja sendiri bagi IPTS manakala 12% bagi IPTA.
Manakala bagi hasil analisis tahun pengajian didapati peratusan tertinggi
ialah pelajar tahun 4 dengan 58% di IPTA dilihat 50% pelajar tahun 3 di IPTS.
Seterusnya dengan 26% adalah daripada tahun 1 dan 24% daripada tahun 2
masing-masing dari IPTS. Manakala di IPTA 22% adalah daripada tahun 1 dan
peratusan terendah sebanyak 20% daripada tahun 2. Bagi IPTA tiada responden
daripada tahun 3 kerana mereka mengikuti latihan mengajar dan bagi IPTS tiada
tahun 4 kerana pengajian mereka hanya 3 tahun.
52
Bagi pogram pengajian di IPTA, program pengajian SPH (Sarjana
Pendidikan Kemahiran Hidup) adalah paling tinggi iaitu 52%, diikuti dengan
22% adalah pogram SPR (Sarjana Pendidikan Elektrik dan Elektronik) sebanyak
12% daripada pogram SPE (Sarjana Pendidikan Elektrik) dan 8% di pogram SPJ
(Sarjana Pendidikan Jentera) manakala 4% adalah dari pogram SPM (Sarjana
Pendidikan Matematik) dan peratusan terendah adalah 2% dari pogram SPC
(Sarjana Pendidikan Kimia).
Akhir sekali bagi pogram pengajian di IPTS, pogram DTS (Diploma
Teknologi Seni Bina) adalah paling tinggi iaitu 32% dan bagi pogram pengajian
DTM (Diploma Teknologi Mekanikal) adalah 24%. Peratusan terendah adalah
22% iaitu pogram pengajian DPS (Diploma Pengurusan Sains) dan DSK
(Diploma Sains Komputer).
4.2.2. Bahagian B : Tahap Pengetahuan Politik Di Malaysia.
Bahagian B adalah mengenai pengetahuan sistem politik Malaysia yang
mempunyai 20 soalan. Analisis menunjukkan peratusan dan frekuansi bagi
jawapan yang betul dan salah sahaja.
53
Jadual 4.2. : Tahap Pengetahuan Politik Di Malaysia : Perbandingan Pelajar
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) Sekitar Johor Bahru.
No. Soalan Jawapan Betul Peratusan
Betul (%)
Peratusan
Salah (%)
IPTA IPTS IPTA IPTS
1 Persekutuan Tanah
Melayu mencapai
kemerdekaan pada
B. 31 Ogos
1957
96 98 4 2
2 Malaysia dibentuk
pada
A. 16 Sept.
1963
80 84 20 16
3 Sultan yang dipilih
menjadi Yang di-
Pertuan Agong akan
memerintah negara
selama
A.5 thn 92 80 8 20
4 Berapakah jalur pada
jalur gemilang
B.14 94 98 6 2
5 Siapakah nama Yang
di-Pertuan Agong
Malaysia sekarang
A. DYMM
Tuanku
Zainal
Abidin
94 98 6 2
6 Manakah kumpulan
mengandungi 5
prinsip Rukunnegara
B.kepercayaan
kepada Tuhan,
Kesetiaan
pada Raja dan
Negara,
Keluhuran
Perlembagaan,
Kedaulatan
100 98 - 2
54
Undang-
undang,
kesopanan dan
kesusilaan
7 Agama rasmi negara
Malaysia
A.Islam 100 100 - -
8 Terdapat 3 komponen
dalam parlimen iaitu
B.Yang Di-
Pertuan
Agong,
Dewan
Negara dan
Dewan Rakyat
36 22 64 78
9 Berapakah ahli dalam
Dewan Rakyat
A.219 42 38 58 62
10 Siapakah nama
Sultan Johor
sekarang
A.DYMM
Sultan
Ibrahim Ibni
Almarhum
Sultan
Iskandar
82 94 18 6
11 Bunga kebangsaan
Malaysia
A.Bunga Raya 100 100 - -
12 Warna apakah pada
bendera Malaysia
melambangkan
warna Diraja
A.Kuning 98 98 2 2
13 Siapakah Perdan
Menteri Malaysia
dari tahun 2003
hingga 2009
B.Tun Sri
Abdullah
Ahmad
BAdawi
90% 74 10 26
55
14 Ibu negara Malaysia B.Kuala
Lumpur
80 88 20 12
15 Malaysia terdiri
daripada 3 bangsa
yang besar iaitu
A.Melayu,
Cina dan India
100 100 - -
16 Binatang apakah
yang menjadi
lambing Negara
malaysia
A.Harimau 96 98 4 2
17 Lagu kebangsaan
Negara Malaysia
ialah
B.Negaraku 100 100 - -
18 Bahasa kebangsaan
Malaysia ialah
B.Bahasa
Melayu
98 100 2 -
19 Siapakah yang
digelar ‘bapa
kemerdekaan
malaysia’
A.Tunku
Abdul
Rahman
90 100 10 -
20 Wawasan 2020 ialah C.satu
‘crusade
slogan’ atau
‘motto’
Malaysia
42 36 58 64
Hasil daripada analisis didapati bahawa hampir keseluruhan pelajar di
kedua-dua institut dapat menjawab dengan betul. Hanya terdapat empat soalan
sahaja yang dapat dijawab oleh kesemua responden dengan tepat iaitu agama
rasmi negara Malaysia, bunga kebangsaan Malaysia, bangsa yang terdapat di
Malaysia dan lagu kebangsaan negara Malaysia.
56
Secara keseluruhannya, bagi pelajar di IPTA hanya dapat menjawab satu
sahaja soalan dengan tepat iaitu soalan mengenai rukun negara. Bagi pelajar di
IPTS pula secara keseluruhannya dapat menjawab dua sahaja soalan dengan
betul iaitu mengenai bunga kebangsaan dan siapakah yang digelar ‘Bapa
Kemerdekaan Malaysia’.
Jadual 4.2 menunjukkan hanya dua sahaja soalan iaitu mengenai
wawasan 2020 dan mengenai ahli Dewan Rakyat yang mendapat skor yang
rendah iaitu bawah 50%. Di dapati para pelajar IPTA dan IPTS lemah pada
soalan 20 iaitu mengenai pemahaman wawasan 2020. Kedua-dua pelajar institut
pengajian tinggi ini mendapat skor markah yang rendah iaitu 42% bagi IPTA dan
36% bagi IPTS. Selain itu, pelajar di IPTA menunjukkan bahawa mereka tidak
tahu mengenai ahli dalam Dewan Rakyat. Peratusan dengan skor yang
ditunjukkan adalah sebanyak 21%.
4.2.3. Bahagian C : Tahap Patriotisme Terhadap Negara
Pada bahagian C merupakan bahagian yang meninjau tahap patriotisme
terhadap negara. Ia mengandungi 12 item yang berbentuk penyataan positif. 12
item tersebut telah dipecahkan kepada empat komponen penyataan soalan utama
iaitu kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara
Malaysia, kerelaan melindungi negara, keinginan untuk emigerasi dan perasaan
bangga seseorang rakyat ketika menyambut hari kebangsaan. Jadual 4.3 dibawah
menunjukkan tahap patriotisme terhadap negara antara IPTA dan IPTS
57
Jadual 4.3 : Tahap Patriotisme Terhadap Negara: Perbandingan Pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Sekitar Johor Bahru.
Bil Item / Penyataan IPTA IPTS
Ya
(%)
Tidak
(%)
Ya
(%)
Tidak
(%)
1. Kesedaran melakukan
tanggungjawab sebagai seorang
warganegara Malaysia
1. Saya lebih mementingkan
tugas berkaitan dengan diri
saya berbanding tugas
terhadap negara
2. Saya berasa gembira, jika
dipilih untuk menyertai
PLKN
3. Jika diberi peluang, saya
mahu bekerja dengan
agensi kerajaan
12
72
98
88
28
2
14
76
100
86
24
-
2. Kerelaan melindungi negara
1. Jika Malaysia diserang
oleh musuh, saya rela mati
untuk mempertahankan
negara.
2. Jika Malaysia menyerah
kalah kepada negara lain,
saya akan menentang
sepenuhnya.
3. Saya sangat menghormati
pahlawan yang telah
berkorban untuk
mempertahankan negara
Malaysia.
86
98
100
14
2
-
92
92
100
8
8
-
3. Keinginan untuk imegerasi
1. Saya adalah warganegara
Malaysia, saya tidak akan
berpindah ke negara lain.
2. Saya merasai Malaysia
adalah tempat yang terbaik
untuk saya tinggal.
96
100
4
-
96
98
4
2
58
3. Malaysia ialah sebuah
negara yang aman,damai
dan selamat
96
4
100
-
4. Perasaan bangga seseorang rakyat
ketika menyambut hari
kebangsaan
1. Saya berasa sangat bangga
semasa menyambut Hari
Kebangsaan.
2. Saya berasa penuh
bersemangat semasa
menyanyikan Lagu
Kebangsaan
3. Saya menggantungkan
bendera Malaysia di
hadapan rumah saya
semasa Hari Kebangsaan
pada setiap tahun
92
96
54
8
4
46
98
98
86
2
2
14
Jadual 4.3 menunjukkan nilai peratusan bagi setiap jawapan yang
responden telah pilih. Bagi item yang pertama iaitu berkaitan dengan kesedaran
melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, terdapat tiga
penyataan untuk menilai item tersebut. Didapati bagi pernyataan yang pertama
majoriti pelajar di IPTA dan IPTS tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.
Sebanyak 88% IPTA dan 86% IPTS menyatakan tidak bagi item saya lebih
mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap
negara. Ini menunjukkan mereka lebih mementingkan tugas negara berbanding
dengan tugasan individu. Bagi penyataan kedua iaitu perasaan gembira untuk
menyertai PLKN, pelajar di IPTA sebanyak 72% manakala 76% bagi pelajar
IPTS. Penyataan yang ketiga iaitu mahu bekerja dengan agensi kerajaan.
Kesemua pelajar di IPTS setuju untuk bekerja di agensi kerajaan manakala hanya
98% pelajar di IPTA mahu bekerja di agensi kerajaan.
Bagi item kedua iaitu kerelaan melindungi negara juga terdapat tiga
penyataan untuk menjelaskan item ini. Penyataan pertama iaitu kerelaan
59
mempertahankan negara daripada serangan musuh. Peratusan IPTA
menunjukkan sebanyak 86% manakala di IPTS sebanyak 92% pelajar
menyatakan ya bagi penyataan ini. Penyataan kedua ialah penentangan terhadap
negara jika Malaysia menyerah kalah kepada negara lain, pelajar di IPTA
menunjukkan peratusan sebanyak 98% berbanding pelajar di IPTS 92%.
Manakala bagi penyataan ketiga ialah menghormati pahlawan yang telah
berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia. Kedua-dua IPT
menunjukkan 100% menyatakan ya bagi penyataan ini.
Untuk item yang ketiga pula adalah mengenai keinginan untuk imigerasi.
Penyataan yang pertama tentang berpindah ke negara lain. Dapatan kajian
menunjukkan 96% pelajar di IPTA dan IPTS tidak berpindah ke negara lain.
Bagi penyataan kedua pula tentang negara Malaysia merupakan tempat terbaik
untuk didiami. Pelajar di IPTA menyokong sepenuhnya penyataan ini manakala
hanya 98% pelajar di IPTS yang menyatakan ‘ya’ bagi penyataan ini. Penyataan
ketiga tentang Malaysia ialah sebuah negara yang aman, damai dan selamat.
Seratus peratus pelajar di IPTS menyatakan ya bagi penyataan ini manakala 96%
sahaja pelajar IPTA yang menyatakan ya.
Akhir sekali adalah mengenai item keempat iaitu perasaan bangga
seseorang rakyat ketika menyambut hari kebangsaan. Penyataan yang pertama
iaitu perasaan bangga semasa menyambut Hari Kebangsaan, didapati 98%
pelajar di IPTS dan 92% pelajar IPTA menyatakan ya pada penyataan ini.
Seterusnya bagi penyataan kedua ialah perasaan penuh bersemangat semasa
menyanyikan Lagu Kebangsaan. Bagi pelajar IPTS 98% manakala 96% pelajar
IPTA menyatakan ya pada penyataan ini. Akhir sekali adalah penyataan ketiga
ialah menggantungkan bendera Malaysia di hadapan rumah semasa Hari
Kebangsaan pada setiap tahun. Pelajar IPTS mendapat 86% dan 54% di IPTA
menyatakan ya bagi penyataan ini.
60
4.3 Analisis Mann-Whitney U-Test Bagi Perbezaan Tahap Pengetahuan
Politik Malaysia Dan Tahap Patriotisme Terhadap Negara Dalam
Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Pelajar
Institut Pengajian Tinggi Swasta Sekitar Johor Bahru.
Untuk menganalisis hipotesis ini, pengkaji menggunakan Mann-
Whitney U-Test untuk mendapatkan hasil analisis. Hasil daripada analisis
bagi hipotesis 1 iaitu :
Hо 1: Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik yang
signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan
pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.
dapat dilihat dalam jadual dibawah .
Jadual 4.4 : Jadual Statistik Bagi Tahap Pengetahuan Politik Dalam
Kalangan Pelajar IPTA dan IPTS.
Keputusan
Mann-Whitney U 1243
Wilcoxon W 2518
Z -0.05
Asymp. Sig. (2-tailed) 0.960
Hasil daripada dapatan analisis ini menunjukkan nilai ujian-U
adalah 1243 dan perbezaan kumpulan antara IPTA dan IPTS 0.960. Nilai
signifikan yang digunakan dalam ujian ini adalah 0.01dan dapatan kajian
61
mendapati nilai perbezaan antara kumpulan = 0.960 > 0.01. Ini
menunjukkan hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak terdapat
perbezaan tahap pengetahuan politik yang signifikan dalam kalangan
pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian
Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.
Bagi analisis hipotesis kedua:
Hо 2: Tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang
signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan
pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.
Jadual 4.5 : Jadual Statistik bagi Tahap Patriotisme Terhadap Negara
dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS.
Keputusan
Mann-Whitney U 936
Wilcoxon W 2211
Z -2.289
Asymp. Sig. (2-tailed) 0.022
Dapatan kajian mendapati nilai perbezaan antara kumpulan
= 0.022 > 0.01. Hipotesis nol ini diterima dan menunjukkan tidak
terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang signifikan
dalam kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut
Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.
62
4.4 Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat di dalam bab 4 ini adalah segala data
mentah pengkaji telah menggunakan ‘SPSS version 15.0’ for windows
(Statistical Package For Social Science) untuk melakukan penganalisisan.
Dengan menggunakan seramai 100 orang responden daripada IPTA dan IPTS
sekitar Johor Bahru dapat melihat pelbagai hasil yang diperolehi berdasarkan
objektif yang dibuat. Walaupun terdapat perbandingan yang ketara atau sama
antara IPTA dan IPTS ini menunjukkan variasi dalam melakukan kajian.
Seterusnya bagi perbincangan hasil daripada data yang diperolehi akan
dibincangkan dalam bab 5.
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Hasil daripada analisis yang diperolehi dalam bab 4, bab ini akan
membincangkan dapatan kajian dan merumuskan hasil daripada dapatan analisis.
Selain itu dalam bab ini juga pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan
yang sesuai dengan kesedaran nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
sekitar Johor Bahru. Aspek-aspek yang turut terkandung dalam bab ini adalah
ringkasan kajian, perbincangan, rumusan hasil kajian, cadangan dan kajian
lanjutan.
64
5.2 Ringkasan Kajian
Kajian menggunakan soal selidik yang mengandungi Bahagian A ialah
latar belakang responden, Bahagian B iaitu pengetahuan politik di Malaysia dan
Bahagian C mengenai patriotisme terhadap negara. Kesemua bahagian ini akan
dibincangkan secara terperinci.
5.2.1. Latar Belakang Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan responden dalam kalangan
pelajar IPTA dan IPTS sekitar Johor Bahru. Responden dipilih secara rawak
sebanyak 100 responden bagi kesemua institut pengajian tinggi. Dalam bahagian
A ini, pengkaji cuba melihat latar belakang responden berdasarkan jantina,
bangsa, agama, pekerjaan bapa atau penjaga, tahun pengajian dan pogram
pengajian.
Berdasarkan jadual 4.1, pelajar perempuan bagi kedua-dua institut adalah
tinggi berbanding pelajar lelaki. Begitu juga bangsa Melayu paling ramai
berbanding bangsa yang lain. Di IPTA tidak terdapat pelajar berbangsa Cina dan
India yang menjawab soal selidik ini dan di IPTS pula tiada pelajar dari bangsa
65
lain-lain yang menjawab soal selidik ini. Agama Islam bagi kedua-dua institute
IPT adalah tinggi manakala tidak terdapat agama Buddha dan Hindu di IPTA.
Di IPTA mempunyai peratusan yang tinggi bagi bapa atau penjaga yang
bekerja sendiri manakala di IPTS peratusan yang tinggi adalah bekerja di sektor
swasta. Untuk pengetahuan, pelajar yang belajar di IPTA ini mengambil pogram
sarjana muda dan di IPTS pula adalah pogram diploma. Bagi tahun pengajian di
IPTA, tahun 4 mendapat peratusan yang tinggi manakala di IPTS pula adalah
tahun 3 yang mendapat peratusan tinggi.
Akhir sekali adalah mengenai pogram pengajian. Jika dilihat di IPTA
terdapat 6 pogram pengajian dan di IPTS pula hanya 4 pogram. Bagi pogram
SPH(Sarjana Pendidikan Kemahiran Hidup) di IPTA adalah mendapat peratusan
yang tinggi. Untuk IPTS pula peratusan tinggi adalah bagi pogram DTS
(Diploma Teknologi Seni Bina).
5.2.2 Tahap Pengetahuan Politik Dalam Kalangan Pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.
Dalam soal selidik pada Bahagian B adalah tentang pengetahuan politik
di Malaysia. Terdapat 20 soalan yang dikemukakan untuk menguji tahap
pengetahuan politik para responden. Soalan-soalan yang disoal adalah berkaitan
dengan simbol negara, nama pemimpin negara, ideologi negara dan perkara-
perkara yang berkaitan dengan negara Malaysia.
66
Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa kesemua responden dapat
menjawab enam soalan sahaja iaitu soalan asas mengenai pengetahuan politik di
Malaysia dengan betul seperti agama rasmi negara Malaysia, bunga kebangsaan
Malaysia, bangsa terbesar di Malaysia dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
terdapat peratusan yang rendah iaitu soalan yang berkaitan dengan wawasan
2020 dan soalan ahli Dewan Rakyat. Kedua-dua IPT mendapat peratusan yang
rendah untuk kedua-dua soalan ini.
Apa yang dapat dilihat disini, kesemua pelajar mengetahui pengetahuan
asas di Malaysia dan mereka tidak berapa peka terhadap perkara yang baru
digubal oleh parlimen. Ini menunjukkan pengetahuan mereka terhadap poltik di
Malaysia tidak cukup tinggi.
5.2.3 Tahap Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Sekitar Johor Bahru.
Untuk mengukur tahap patriotisme ini pengkaji telah membahagikan
bahagian ini kepada empat bahagian iaitu kesedaran untuk melakukan
tanggunjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, kerelaan melindungi
negara, keinginan untuk imegerasi dan perasaan bangga menyambut hari
kebangsaan.
67
Bagi item pertama iaitu mengenai kesedaran melakukan tanggungjawab
sebagai seorang warganergara dalam kalangan pelajar di IPTA dan IPTS didapati
mempunyai peratusan yang tinggi. Ini menunjukkan mereka sedar akan
tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang rakyat Malaysia. Manakala
bagi item kedua iaitu kerelaan melindungi negara, pelajar di IPTA dan IPTS
bersetuju untuk menghormati pahlawan-pahlawan terdahulu yang berkorban
untuk negara begitu juga kerelaan mereka untuk mempertahankan kedaulatan
dan keamanan negara tercinta.
Untuk item ketiga iaitu keinginan untuk imegerasi pula, pelajar di kedua-
dua institut ini bersetuju menyatakan bahawa Malaysia adalah negara yang aman
dan sesuai untuk didiami serta mereka menunjukkan tidak mahu berpindah ke
negara lain. Akhir sekali iaitu mengenai perasaan bangga ketika menyambut hari
kebangsaan. Analisis menunjukkan pelajar di IPTA dan IPTS bersemangat
ketika menyambut hari bersejarah ini dan ketika menyanyikan lagu Negaraku.
Manakala bagi pelajar di IPTA hanya separuh daripada keseluruhan pelajar
sahaja yang menggantungkan bendera Malaysia ketika musim kemerdekaan, ini
berbeza dengan pelajar di IPTS yang mejoritinya mengantungkan bendera.
5.2.4 Perbezaan Tahap Pengetahuan Politik Dalam Kalangan Pelajar
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.
Hasil jumlah peratusan bagi IPTA dan IPTS pada bahagian ini
didapati jumlah yang diperolehi adalah hampir sama tetapi berada pada
tahap sederhana iaitu tidak mendapat seratus peratus. Ini menunjukkan
tiada perbezaan tahap pengetahuan politik bagi pelajar IPTA dan IPTS.
68
5.2.5 Perbezaan Tahap Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.
Pada bahagian ini pula, jumlah peratusan yang diperolehi bagi
IPTS adalah lebih tinggi berbanding IPTA. Ini menunjukkan terdapat
perbezaan antara IPTA dan IPTS.
5.3 Rumusan
Rumusan yang dapat dibuat adalah berdasarkan hipotesis yang telah
dibincangkan dalam bab sebelum ini. Untuk mengukur hipotesis, pengkaji telah
menggunakan Mann Whitney U-Test. Perkaitan akan dibuat berdasarkan analisis
dalam bab 4. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa :
1. Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik yang signifikan
dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar
Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.
2. Tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang
signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan
pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.
69
5.4 Perbincangan
Perbincangan ini hanya akan menyentuh bahagian pengetahuan politik di
Malaysia serta bahagian patriotisme terhadap negara. Selain itu pengkaji juga
akan menyatakan perbandingan yang dibuat pada kajian lepas iaitu mengenai
nasionalisme dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan
Sekolah Menengah Swasta sekitar Johor Bahru.
5.4.1 Pengetahuan Politik Di Malaysia Dalam Kalangan Pelajar Institut
Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar
Johor Bahru.
Jika diteliti dalam ringkasan kajian menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan politik di Malaysia dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS adalah
pada tahap sederhana. Ini terbukti bahawa mereka hanya mampu menjawab
enam sahaja yang betul secara seratus peratus manakala 14 soalan lagi pada
peratusan yang tinggi. Walaupun mereka mendapat peratusan yang tinggi bagi
jawapan yang lain, ini terbukti mereka tidak begitu menguasai pengetahuan yang
sepatutnya seorang rakyat perlu tahu.
Bagi kajian lepas yang dilakukan pada 2005, menunjukkkan pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan mampu menjawab tujuh soalan dengan
peratusan yang tinggi tapi begitu juga pelajar Sekolah Menengah Swasta.
70
Pengkaji melihat senario ini sebagai satu masalah kerana tahap
pengetahuan politik di Malaysia pada pelajar sekolah menengah adalah sama
pelajar di IPT. Sepatutnya pelajar IPT yang lebih matang perlu menunjukkan
penguasaan dari segi pengetahuan politik perlu dicontohi oleh pelajar sekolah
menengah. Bagi institut pendidikan segenap tahap pendidikan ada diterapkan
pembelajaran mengenai nasionalisme seperti di sekolah mata pelajaran Sejarah
adalah merupakan subjek ada dalam kurikulum dan pada peringkat pengajian
tinggi pelbagai mata pelajaran teras berkaitan kenegaraan diterapkan dalam
pembelajaran mereka seperti TITAS, Islam dan Isu-Isu Semasa, Hubungan Etnik
dan sebagainya. Sedikit sebanyak faktor ini sebenarnya memainkan peranan
untuk mendekatkan para pelajar supaya mempunyai nasionalisme dan
patriotisme dalam diri setiap individu.
Pengkaji merasakan penerapan pengetahuan mengenai politik dan asal
usul negara yang dijalankan oleh institut pendidikan tidak boleh disalahkan.
Mereka telah menerapakan budaya ini sejak dari tadika hingga ke peringkat
pengajian tinggi tetapi individu itu sendiri menolak untuk menerima budaya ini
sebagai sebahagian dari diri mereka. Untuk menerapkan pengetahuan mengenai
negara ini merupakan salah satu cabaran utama kepada pendidikan kini untuk
memastikan semua generasi muda dapat memahami negara sendiri dengan penuh
kecintaan. Seperti yang dijelaskan dalam Pelita Bahasa (2010) di bawah tajuk
Cabaran Pendidikan Kini iaitu:
“Hasrat dasar pendidikan kebangsaan ialah memupuk
perpaduan rakyat berbilang kaum melalui sistem
pendidikan yang mengutamakan perkongsian nilai, budaya
dan cita-cita yang sama. Cabaran yang besar adalah untuk
muncul sebagai kuasa pemersatuan yang jitu yang
mendidik murid tanpa mengira kaum, menghargai sejarah
pembinaan negara, bangsa, memahami kepelbagaian dan
71
menjunjungi aspirasi perpaduan selaras dengan semangat
dan cita-cita Satu Malaysia.”
Seperti yang dibincangkan dalam bab 2 iaitu berkaitan dengan
nasionalisme Malaysia kini iaitu nasionalisme Malaysia berjaya dicapai apabila
wujud rasa sepunya atau esprit de corps yang kuat di kalangan semua rakyat
tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan kepada Malaysia.
Selain itu, pada kajian yang lepas terdapat perbezaan tahap pengetahuan
antara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Swasta.
Ini terbukti dalam ujian –t yang dilakukan iaitu nilai signifikan yang <0.05.
Manakala bagi tahap pengetahuan pelajar di IPTA dan IPTS dengan analisis
yang dibuat menunjukkan tiada perbezaan. Hasil dapatan ini dapat dijelaskan
bahawa kurikulum yang dilaksanakan di institut pengajian adalah berkesan dan
mungkin faktor media juga memainkan peranan yang penting. Seperti yang
dijelaskan dalam bab 2 tentang pengaruh media elektronik dalam membantu
menerapkan semangat nasionalisme dalam kalangan remaja dengan menyiarkan
lagu, pendeklamasian sajak, drama dan forum yang berunsurkan patriotik.
Berbanding dengan media cetak, media elektronik dapat menyampaikan mesej
dengan lebih berkesan.
Walaupun terdapat banyak lagi faktor sama ada dalaman atau luaran yang
dapat mempengaruhi para pelajar khususnya di IPTA dan IPTS, ini semua adalah
terpulang kepada kesedaran mereka untuk menyayangi negara sendiri. Sekarang
kita lihat pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh golongan cerdik pandai yang
tidak tahu menilai sejarah dan asal usul negara mereka sendiri. Para pemimpin
mengharapkan agar golongan cerdik pandai ini dapat menjaga dan memelihara
negara sendiri sebelum ia hancur ditelan oleh kemajuan. Justeru itu, pelajar di
72
IPTA dan IPTS khususnya perlulah bijak dalam menimbangi pengetahuan
teknologi dan pengetahuan sejarah di Malaysia.
5.4.2 Patriotisme Terhadap Negara Dalam Kalangan Pelajar Institut
Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar
Johor Bahru.
Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
patriotisme dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS sekitar Johor Bahru. Hasil
dapatan ini adalah berbeza dengan dapatan kajian sebelum ini iaitu terdapat
perbezaan patriotisme dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
dan Sekolah Menengah Swasta.
Hasil dapatan bagi item kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai
seorang warganegara Malaysia, dilihat penyataan saya lebih mementingkan tugas
berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara tidak mencapai
seratus peratus. Walaupun peratusan yang diperolehi adalah tinggi, bagi pengkaji
nilai peratusan ini tidak cukup untuk mengambarkan kepentingan mereka
terhadap negara. Begitu juga pada item kedua tentang kerelaan melindungi
negara pada penyataan „jika Malaysia diserang oleh musuh, saya rela mati untuk
mempertahankan negara‟ dan ‟jika Malaysia menyerah kalah kepada negara lain,
saya akan menentang sepenuhnya‟. Nilai peratusan yang diperolehi tidak
mencapai seratus peratus dan ini menunjukkan mereka tidak sanggup berkorban
demi negara sama ada dari segi kewangan, masa, tenaga dan sebagainya.
73
Manakala bagi item ketiga iaitu keinginan untuk imegerasi, menunjukkan
hasrat untuk berpindah ke negara lain. Ini ternyata pada penyataan „saya adalah
warganegara Malaysia, saya tidak akan berpindah ke negara lain‟ tidak mendapat
peratusan ya seratus peratus. Akhir sekali pada item keempat iaitu perasaan
bangga ketika menyambut hari kebangsaan. Hasil dapatan menunjukkan pelajar
IPTA dan IPTS tidak mengantungkan bendera Malaysia pada hari kebangsaan.
Walaupun ia merupakan perkara yang mudah tetapi sebenarnya bendera kita
adalah sebagai lambang jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia yang berjiwa
patriotisme. Selain itu, hal ini dilihat sebagai sesuatu yang meruncingkan kerana
golongan ini yang akan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang
telah lama kita capai.
Menurut bab 2 yang membincangkan mengenai remaja dan
nasionalisme, menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor lain yang menjadikan
para pelajar ini kurang semangat kenegaraan seperti kurang penerapan mengenai
pengetahuan dan patriotisme daripada ibu bapa dan golongan yang lebih tua.
Selain itu, mereka menjadikan kelakukan orang dewasa sebagi idola mereka.
Jika orang dewasa itu tidak menunjukkan nasionalisme dan patriotisme terhadap
negara bagaimana golongan pelajar ini untuk menjadi rakyat yang sayang pada
negara.
Pelbagai langkah kerajaan cuba untuk menangani masalah ini seperti
yang biasa dilakukan oleh golongan yang bekerja di agensi kerajaan. Mereka
kerap mengadakan pelbagai kempen dan acara yang melibatkan kenegeraan
secara tidak langsung ibu bapa yang bekerja di agensi kerjaan dapat membawa
bersama-sama keluarga untuk meraikan acara ini. Anak-anak dapat diterapkan
nilai-nilai kenegaraan dalam diri mereka.
74
5.5 Cadangan
Berdasarkan hasil kajian didapati tahap pengetahuan pelajar di IPTA dan
IPTS adalah berada pada tahap sederhana. Di institut pengajian tinggi telah
memperkenalkan subjek kenegaraan di dalam kurikulum mereka dan pelbagai
aktiviti dan kempen dijalankan berunsurkan nasionalisme turut diadakan.
Hasilnya tahap pengetahuan politik mereka masih tidak memberangsangkan.
Justeru itu, pengkaji mencadangkan di peringkat institut pengajian tinggi untuk
menambahkan lagi subjek kenegaraan yang lebih interaktif dan dapat menarik
minat pelajar untuk belajar seperti pembelajaran sambil beraktiviti.
Selain peringkat institut pengajian tinggi, pihak media juga berperanan
untuk membentuk semangat nasionalisme dan patriotisme dalam kalangan
pelajar IPTA dan IPTS. Seperti yang sedia maklum pelajar lebih suka menonton
atau mendengar hiburan berbanding belajar jadi penerapan unsur-unsur
kenegaraan ini dapat dilakukan dalam bentuk cerita atau lagu. Dengan ini secara
tidak langsung pelajar akan lebih mudah untuk memahami mesej yang perlu
disampaikan.
Tambahan pula pada Kementerian Pembelajaran untuk menjadikan para
pendidik yang mempunyai kekuatan minda, ketangkasan daya fikir dan daya
cipta, kemantapan idealisme dan kekuatan jati diri. Kualiti dan profesionalisme
pendidikan perlu dibangunkan dalam persekitaran budaya cemerlang yang
berpaksikan etos masyarakat berpengetahuan. Justeru itu, pendidik yang
cemerlang mampu melahirkan pelajar yang gemilang.
75
Selain daripada dapatan kajian terdapat juga cadangan pada kajian ini.
Hasil daripada kajian menunjukkan terdapat kelemahan dari segi soalan dalam
soal selidik. Ini kerana soalan yang diberi adalah sedikit iaitu bahagian B
mempunyai 20 soalan dan bahagian C 12 soalan. Pada kajian yang akan datang
diminta agar menambahkan soalan-soalan yang lebih terkini sesuai dengan
responden yang digunakan.
5.6 Kajian Lanjutan
Kepada pengkaji yang ingin menyambung kajian ini diharap agar
melakukan kajian yang sama terhadap pelbagai etnik di seluruh negeri Malaysia
iaitu meninjau kesedaran nasionalisme dalam kalangan etnik seluruh negeri di
Malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan agar pengkaji dapat melihat tahap
nasionalisme berdasarkan etnik di Malaysia yang paling tinggi dan rendah.
Selain itu kajian ini juga boleh dilakukan kepada pelajar yang mengambil
jurusan pendidikan teknik dan vokasional.
xvi
BIBIOGRAFI
Anthony D.S. Smith and Martin Robertson (1979). Nationalism In The Twentieth
Century. Oxford
Gerard Delanty and Krishan Kumar (2007). The Sage Handbook of Nation and
Nationalism. Ltd. London: SAGE Publication
Musa Hitam (1986). Nationalism Krisis Dan Kematangan. Selangor: Pelanduk
Publication (M) Sdn Bhd.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan
Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Bailey, K.D (1992). Kaedah Penyelidikan Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Borg, W.R & Gall, M.D (1979). Education Research and Introduction. New York: 3rd
ed.
Logman
Wong Shui Wah (2005). Nasionalisme Malaysia Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Dan Pelajar Sekolah Menengah Swasta Sekitar Johor
Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Jeniri Amir (2010). Satu Bahasa Satu Malaysia. Dlm. Padilah Haji Ali . Pelita Bahasa.
Selangor: Dawama Sdn Bhd. 8-11
Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin (2010). Cabaran Pendidikan Kini. Dlm. Padilah Haji Ali
. Pelita Bahasa. Selangor: Dawama Sdn Bhd. 28-29.
Muhammad Lutfi Ishak (2010). Memaknakan Kemerdekaan Melalui Nasionalisme Dan
Patriotisme. Dlm. Padilah Haji Ali . Tunas Cipta. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.
4-7
xvii
Noha Abdullah (1990). Remaja Dan Nasionalisme. Dlm. Dewan Siswa
Roslee Muhamad Robat (1991). Nasionalisme Remaja. Dlm. Dewan Siswa
Razali Che Mat (1994). Melahirkan Patriotisme Dalam Jiwa. Dlm. Dewan Siswa
Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab. Ghani (2003). Kenegaraan Malaysia Isu-Isu Dalam
Pembinaan Negara. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Mohd Idris Salleh, Fauziah Shafie & Che Su Mustafa (1994). Sejarah Bangsa Dan
Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.
Abdullah Bin Haji Jaafar (1984). Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia
Ramlah Adam (1994). Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Ma’rof Redzuan dan Nazaruddin Hj. Mohd Jail (1997). Kenegaraan Malaysia. Universiti
Putra Malaysia: Aslita Sdn Bhd
Masariah Binti Mispai, Johana, Ridzuan Bin Hasan (2004). Kurikulum Bersepadau
Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ronald A. McQueen and Christina Knussen (2006). Introduction To Research Methods
And Statistics In Psychology. England: Pearson Education Limited.
Abdullah Zakaria, Abdul Rahman, Haji (1976). Malaysia in History. Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia.
xviii
LAMPIRAN
xix
LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SOAL SELIDIK
TAJUK :
MENINJAU KESEDARAN NASIONALISME DI KALANGAN PENUNTUT INSTITUT
PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI
SEKITAR JOHOR BAHRU.
Borang soal selidik ini mengandungi Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian A
mengandungi soalan yang berkaitan dengan latar belakang saudara/saudari. Bahagian B dan
Bahagian C adalah berkaitan dengan objektif kajian yang dijalankan.
Segala maklumat yang saudara/saudari berikan adalah SULIT. Diharapkan saudara/saudari dapat
menjawab soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas bagi mencapai objektif kajian ini dijalankan.
Di atas kerjasama yang diberikan oleh saudara/saudari didahului dengan berbanyak terima kasih.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kajian ini.
Sekian, terima kasih.
2
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
ARAHAN :
i) Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan bagi kenyataan yang berkaitan dengan diri
anda.
1. Bangsa
a. Melayu ( )
b. Cina ( )
c. India ( )
d. Lain-lain ( )
2. Jantina
a. Lelaki ( )
b. Perempuan ( )
3. Agama.
a. Islam ( )
b. Buddha ( )
c. Hindu ( )
d. Kristian ( )
e. Lain-lain ( )
sila nyatakan ________
4. Pekerjaan bapa/penjaga
a. Kerajaan ( )
b. Swasta ( )
c. Bekerja Sendiri ( )
5. Tahun Pengajian ( )
6. Pogram Pengajian _______________________________________________
3
BAHAGIAN B: PENGETAHUAN SISTEM POLITIK MALAYSIA
Sila jawab semua soalan yang disediakan. Bulatkan jawapan yang sesuai.
1. Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada
A. 31 Ogos 1967
B. 31 Ogos 1957
C. 13 Ogos 1957
D. 31 September 1957
2. Malaysia dibentuk pada
A. 31 Ogos 1957
B. 16 September 1957
C. 16 September 1963
D. 31 September 1963
3. Sultan yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan
Agong akan memerintah negara selama
A. 5 tahun
B. 3 tahun
C. 1 tahun
D. 7 tahun
4. Berapakah jalur yang terdapat dibendera
Malaysia
A. 15
B. 14
C. 13
D. 12
5. Siapakah nama Yang di-Pertuan Agong
Malaysia sekarang
A. DYMM Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan
Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan
Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
B. DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra
Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed
Putra Jamalullail
C. DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin
Alam Shah Al-Haj
D. DYMM Sultan Azlan Muhibbudin Shah
Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah
Ghafarullahu-lahu
6. Manakah kumpulan di bawah mengandungi 5
prinsip RUKUNEGARA
A. i.Kepercayaan Kepada Tuhan
ii.Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
I iii.Kesucian Perlembagaan
iv.Keluhuran Perlembagaan
v.Kesopanan
B. i.Kepercayaan Kepada Tuhan
ii.Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
iii.Keluhuran Perlembagaan
iv. Kedaulatan Undang-Undang
v. Kesopanan dan Kesusilaan
C. i.Keluhuran Perlembagaan
ii.Kepercayaan Kepada Tuhan
iii.Keluhuran Undang-Undang
iv.Kesetiaan Kepada Raja
v. Kesopanan dan Kemoralan
D. i.Kedaulatan Undang-Undang
ii. Kepercayaan Kepada Raja
4
iii.Kekuasaan Perlembagaan
iv.Kesopanan dan Kesusilaan
V.Kepercayaan Kepada Tuhan
7. Agama rasmi Negara Malaysia ialah
A. Islam
B. Tiada agama rasmi
C. Kristian
D. Taotism
8. Terdapat 3 komponen dalam Parlimen iaitu
A. Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negeri dan
Dewan Rakyat
B. Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan
Dewan Rakyat
C. Dewan Negara, Dewan Negeri dan Dewan
Rakyat
D. Dewan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan
Bandaran
9. Berapakah bilangan ahli dalam Dewan Rakyat
A. 219
B. 209
C. 129
D. 192
10. Siapakah nama Sultan Johor sekarang
A. D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum
Sultan Iskandar
B. Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-
Haj Ibni Alhmarhum Sultan Ismail
C. Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah
D. Tan Sri Yaacob B. Abd Latiff
11. Bunga kebangsaan Malaysia ialah
A. Bunga Raya
B. Bunga Ros
C. Bunga Orkid
D. Bunga teratai
12. Warna apakah pada bendera Malaysia
melambangkan warna Diraja
A. Kuning
B. Putih
C. Biru
D. Merah
13. Siapakah Perdana Menteri Malaysia dari tahun
2003 sehingga 2009
A. Tun Dr. Mahathir Mohamad
B. Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi
C. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
D. Tun Hussein Onn
14. Ibu Negara Malaysia ialah
A. Wilayah Persekutuan
B. Kuala Lumpur
C. Shah Alam
D. Johor bahru
15. Malaysia terdiri daripada 3 bangsa yang besar
iaitu
A. Melayu, Cina, India
B. Melayu, Cina , Iban
C. India, Iban, Malanau
D. Malanau, Melayu, Cina
16. Binatang apakah yang menjadi lambang Negara
Malaysia
A. Harimau
B. Beruang
C. Gajah
D. Singa
5
17. Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah
A. Negara saya
B. Negaraku
C. Terang bulan
D. Bangsaku
18. Bahasa kebangsaan Malaysia ialah
A. Bahasa Inggeris
B. Bahasa Melayu
C. Bahasa Cina
D. Bahasa Tamil
19. Siapakah yang digelar ‘Bapa Kemerdekaan
Malaysia’
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr. Mahathir Mohamad
20. Wawasan 2020 ialah
A. Satu dasar yang konkrit
B. Perlembagaan Malaysia
C. Satu ‘crusade slogan’ atau ‘motto’ Malaysia
D. Satu rang undang-undang
BAHAGIAN C: PATRIOTISME TERHADAP NEGARA
Jawab semua soalan yang disediakan. Sila tandakan ( / ) bagi kenyataan yang betul.
Bil Kenyataan Ya Tidak
1 Saya tidak bertanggungjawab keatas tugasan yang
berkaitan dengan negara
2 Saya berasa gembira, jika dipilih untuk menyertai
PLKN
3 Jika diberi peluang, saya mahu bekerja dengan
agensi kerajaan
4 Jika Malaysia diserang oleh musuh, saya rela mati
untuk mempertahankan negara.
5 Jika Malaysia menyerah kalah kepada negara lain,
saya akan menentang sepenuhnya.
6 Saya sangat menghormati pahlawan yang telah
berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia.
7 Saya adalah warganegara Malaysia, saya tidak akan
berpindah ke negara lain.
6
Bil Kenyataan Ya Tidak
8 Saya merasai Malaysia adalah tempat yang terbaik
untuk saya tinggal.
9 Malaysia ialah sebuah negara yang aman,damai dan
selamat
10 Saya berasa sangat bangga semasa menyambut Hari
Kebangsaan.
11 Saya berasa penuh bersemangat semasa
menyanyikan Lagu Kebangsaan
12 Saya menggantungkan bendera Malaysia di hadapan
rumah saya semasa Hari Kebangsaan pada setiap
tahun
-TAMAT-
MENINJAU KESEDARAN NASIONALISME DI KALANGAN PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI
AWAM DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI SEKITAR JOHOR BAHRU.
xx
LAMPIRAN B
SURAT MEMOHON KEBENARAN MENDAPATKAN MAKLUMAT
UMI SOLEHA BINTI RADZALI
No. 46, Perlop 3 Lasah
31100 Sg. Siput (U) ,
Perak Darul Ridzuan.
PENGARAH
Universiti Tun Abdul Razak,
Aras 4, Bangunan Perisind,
No.8, Jalan Bukit Timbalan,
8000 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim. 2 DISEMBER 2010
TUAN/PUAN,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMBUAT KAJIAN BAGI PROJEK SARJANA
MUDA DI UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
Seperti yang dimaklumkan di atas, saya merupakan mahasiswa dari Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai mengambil Jurusan Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi Kejuruteraan
Elektrik ingin memohon kebenaran daripada pihak Tuan/Puan untuk melakukan kajian di tempat
Tuan/Puan.
2. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, kajian yang saya jalankan ini bertajuk “ Mengenal
Pasti Perbezaan Tahap Nasionalisme Dalam Kalangan Penuntut Institut Pengajian Tinggi
Awam Dan Penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta”. Kajian saya ini adalah menggunakan
kaedah tinjauan. Saya memerlukan responden daripada mahasiswa yang belajar di Universiti Tun
Abdul Razak untuk membantu saya mendapatkan maklumat bagi kajian saya.
3. Di sini saya juga ada melampirkan kertas kerja kajian saya sebagai rujukan pihak Tuan/Puan.
Jika pihak Tuan/Puan membenarkan saya untuk melakukan kajian ini, saya akan mula mengutip
data bermula Januari 2011. Saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat membenarkan saya untuk
melakukan kajian di sini. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amat saya hargai.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
……………………………………..
(UMI SOLEHA RADZALI)
No. Tel : 012-4816710
xxi
LAMPIRAN C
SURAT PENGESAHAN SOAL SELIDIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN
81310 SKUDAI, JOHOR
PENGESAHAN DAN PENILAIAN TERHADAP BORANG SOAL SELIDIK BAGI PROJEK
SARJANA MUDA (PSM)
TAJUK :
MENINJAU KESEDARAN NASIONALISME DALAM KALANGAN
PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT
PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI SEKITAR JOHOR BAHRU.
Saya UMI SOLEHA BINTI RADZALI bernombor Matrik AP073046 dari Jurusan Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) –Spe sedang menjalankan projek sarjana
muda bagi memenuhi penganugerahan ijazah sarjana muda bagi semester 2/20102011. Untuk
pengetahuan pihak Tuan/Puan saya berada dibawah penyeliaan PN SANITAH MOHD YUSOF
daripada Jabatan Asas Pendidikan.
Untuk itu saya dikehendaki mendapatkan kesahan untuk setiap item di dalam borang soal selidik
ini. Disini saya turut melampirkan objektif dan persoalan kajian serta borang soal selidik bagi
rujukan Tuan/Puan. Harap pihak Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama dengan menilai
borang soal selidik ini.
PENGAKUAN
Saya dengan ini mengaku bahawa telah menyemak dan menilai item-item yang terdapat di dalam
soal selidik pelajar ini.
Nama Pengsyarah :……………………………………………………………….
Tandatangan :………………………………………………………………
Cop :
Tarikh :………………………………..
Ulasan:
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut :
i. Mengenal pasti sistem politik Malaysia dalam kalangan penuntut Institut
Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta di
sekitar Johor Bahru.
ii. Mengenal pasti patriotisme terhadap negara dalam kalangan penuntut
Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian Tinggi
Swasta di sekitar Johor Bahru.
1.2 Soalan Kajian
i. Adakah terdapat perbezaan sistem politik Malaysia dalam kalangan
penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian
Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru?
ii. Adakah terdapat perbezaan patriotisme terhadap negara dalam kalangan
penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian
Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru?