borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file4. tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN
BERASASKAN MOODLE BAGI TAJUK
LINES AND AGLES II BAGI TINGKATAN TIGA
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya : KHADIJAH BINTI JOHARI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : KM 14 KAMPUNG BERANGAN PROF DR. ISMAIL BIN KAILANI ENAM, UMBAI,
77300 MERLIMAU, MELAKA
Tarikh : Tarikh :
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
(NAMA PENYELIA)
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazaah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : ………………………………..
Nama Penyelia : PROF DR.ISMAIL BIN KAILANI
Tarikh : 14 APRIL 2009
i
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE
BAGI TAJUK LINES AND ANGLES II BAGI TINGKATAN TIGA
KHADIJAH BINTI JOHARI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah SarjanaMuda Sains serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang mana setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .............................................
Nama pelajar : KHADIJAH BINTI JOHARI
Tarikh : 14 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Teristimewa untuk insan – insan tersayang ........
Untuk almarhum ayahanda tercinta
Johari Bin Abu Bakar, Al Fatihah
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda Amin
Untuk bondaku Mariyam Binti Aman
serta kekanda-kekanda dan adindaku,
serta anak saudara yang disayangi Intan Nur Amalina dan Muhammad Fikri Hakim
serta ahli keluarga semua
Untuk teman – teman seperjuangan,
Terima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan daripada kalian
Ya Allah, Tuhan yang menetapkan segala sesuatu.
Hanya Engkaulah yang memberikan segala kekuatan padaku
Golongkanlah kami ke dalam golongan orang – orang bersyukur
Amin
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Illahi dengan limpah dan
kurnianya mengizinkan saya menyempurnakan projek ini dengan jayanya. Semoga
dengan usaha saya ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berkenaan serta
mampu memberikan maklumat yang berguna kepada sesiapa jua.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan khas buat pensyarah pembimbing yang
dihormati Prof Dr. Ismail Bin Kailani yang telah banyak memberi tunjuk ajar,
teguran yang positif, cadangan dan bimbingan dalam menyiapkan projek ini. Terima
kasih juga kepada para pensyarah dan staf UTM yang terlibat secara lansung atau
tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan lain yang terlibat secara langsung atau tidak di atas doa, dorongan,
sokongan dan bantuan yang diberikan sehingga projek ini dapat dihasilkan. Jasa
kalian amat dihargai.
Kepada ibu serta seluruh ahli keluarga yang tersayang, terima kasih yang
tidak terhingga saya ucapkan. Sokongan, tiupan semangat serta iringan doa kalian
amat beerti buat saya. Tanpa kalian, adalah mustahil untuk saya berpeluang belajar di
UTM serta menyiapkan projek ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
E-Pembelajaran bukan dianggap sebagai satu strategi pembelajaran yang baru
malahan mengalami perkembangan pesat sekali di dunia pendidikan. Untuk mencari
pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran, sistem pengurusan kursus
yang dinamakan MOODLE telah digunakan. Sistem ini dianggap sesuai
memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Projek ini
telah menggunakan pendekatan bersistem model ADDIE yang merangkumi lima fasa
iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan e-
pembelajaran yang bertajuk “Lines And Angles II” bagi Tingkatan Tiga ini
menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan KBSM.
Bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah Lesson, Quiz,
Forum, Chat, Journal dan Assignment. Elemen soalan kuiz dibina berdasarkan
miskonsepsi dan analisis kesilapan yang sering pelajar lakukan dan setiap jawapan
akan diberikan maklumbalas. Sistem pengkalan data membenarkan guru dan pelajar
dapat mengikuti prestasi pelajar berdasarkan markah, tempoh masa, kekerapan yang
boleh diperolehi. Tugasan juga diberikan dalam usaha untuk memberi peneguhan
kepada pelajar khususnya. Di dalam ruangan forum dan ’Chat’, pelajar dan guru
dapat saling berinteraksi antara satu sama lain. Pelajar juga dapat melakukan refleksi
pembelajaran di dalam journal. Aktiviti tertentu membenarkan pelajar berinteraksi
dengan guru serta mendapat maklumbalas secara spontan. Persekitaran pembelajaran
turut dimantapkan dengan grafik dan animasi.
vi
ABSTRACT
E-learning is no longer considered as new learning approach since it has been
rapidly spreading in education era. In the search for an effective approach to
implement e-learning, this project has employed a course management system by the
name of MOODLE. This system is favorable as it design support the principles of
social constructivism. This project used ADDIE instructional design theories which
contain five phase which are analysis, design, development, implementation and
evaluation. The web portal entitled “Lines And Angles II”. The various activities
under MOODLE’s terminologies are Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal
and Assignment. Quiz elements are developed based on students’ misconceptions and
common mistakes analysis. Every answer are well-provided with feedbacks. The
database system enable teachers and students monitor their marks, timing and mode
of usage from the activities provided. Assignment is given as reinforcement to
students. Teacher and students will interact with each other through forum and chat
activities. From certain activities, students have the opportunity to interact with the
course instructors as well as getting immediate feedback. The learning environment
is enhanced with graphics and animations.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 5
1.5 Objektif projek 6
1.6 Kepentingan Projek 7
1.6.1 Pelajar 7
1.6.2 Guru 8
viii
1.6.3 Sekolah 8
1.6.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 9
1.7 Keragka Teori Projek 10
1.7.1 Analysis ( Analisis ) 12
1.7.2 Design ( Rekabentuk ) 13
1.7.3 Development ( Pembangunan ) 13
1.7.4 Implementation ( Perlaksanaan ) 13
1.7.5 Evaluation ( Penilaian ) 14
1.8 Kerangka Perkakasan 14
1.9 Kerangkan Perisian 14
1.10 Skop Dan Batasan Projek 15
1.11 Definisi Istilah 16
1.11.1 Pembangunan 16
1.11.2 E-Pembelajaran 16
1.11.3 Pembelajaran 16
1.11.4 Pengguna 17
1.11.5 Konstruktivisme 17
1.11.6 Pengajaran 17
1.12 Penutup 17
2 SOROTAN PENULISAN 19
2.1 Pengenalan 19
2.2 E-Pembelajaran 20
2.2.1 Definisi E-Pembelajaran 20
2.2.2 Kebaikan E-Pembelajaran 20
2.2.2.1 Keluasan Penggunaan 21
2.2.2.2 Pembelajaran Secara ‘Hands-On’ 21
2.2.2.3 Pelbagai Tahap Kebolehan Dan
Minat
21
2.2.2.4 Kos Efektif 22
ix
2.2.2.5 Tahap Keyakinan 22
2.2.2.6 Kandungan Terkini 22
2.2.2.7 Perkongsian Maklumat 22
2.2.2.8 Penyebaran Serentak 23
2.2.2.9 Penilaian Secara Berterusan 23
2.2.2.10 Interaktif 23
2.2.3 Kelemahan E-Pembelajaran 24
2.2.3.1 Infrastruktur Yang Terbatas 24
2.2.3.2 Kemahiran Guru Yang Terbatas 24
2.2.3.3 Kekurangan Dan Ketidakcekapan
Guru
24
2.2.3.4 Disiplin Pelajar 25
2.2.3.5 Kos Yang Tinggi 25
2.2.3.6 Masalah Teknikal 25
2.3 Perbandingan E-Pembelajaran Dengan Perisian
Lain
26
2.3.1 Bahan Pembelajaran 26
2.3.2 Kepenggunaan 26
2.2.3 Harga 27
2.4 Perisian Sumber Terbuka 27
2.4.1 Ciri-Ciri Perisian Sumber Terbuka 27
2.4.2 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 28
2.5 Ciri-Ciri Sistem Pengurusan Kursus MOODLE 28
2.5.1 Rangka Keseluruhan MOODLE 29
2.5.2 Pengurusan Laman Web 30
2.5.3 Pengurusan Pengguna 29
2.5.4 Pengurusan Kursus 30
2.5.4.1 Modul Sumber (Resource Module) 30
2.5.4.2 Modul Tugasan (Assignment
Module)
31
2.5.4.3 Modul Kuiz (Quiz Module) 31
x
2.5.4.4 Modul Forum (Forum Module) 32
2.5.4.5 Modul ‘Chat’ 33
2.5.4.6 Modul ‘Journal’ 33
2.6 Teori Pembelajaran Yang Diaplikasikan Oleh
MOODLE
33
2.6.1 Konstruktivisme 33
2.6.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Secara Konstruktivisme Sosial
35
2.6.3 Kebaikan E-Pembelajaran Secara
Konstruktivisme
36
2.7 Masalah Dalam Matematik 37
2.8 Masalah Konsep ‘Lines And Angles II’ Bagi
Tingkatan Tiga
40
2.8.1 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Dalam
Pembelajaran ‘Lines And Angles II’ Bagi
Tingkatan Tiga
40
2.8.2 Contoh Kesilapan Yang Sering Dilakukan
Dalam Pembelajaran ‘Lines And Angles II’
Bagi Tingkatan Tiga
41
2.8.2.1 Kesilapan Dalam Mengenalpasti
Sudut Selang-Seli
41
2.8.2.2 Kesilapan Dalam Mengenalpasti
Sudut Pedalaman
42
2.8.2.3 Kesilapan Dalam Mengenalpasti
Sudut Sepadan
42
2.9 Penyelesaian Masalah Dalam Matematik 43
2.10 Penutup 44
3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 45
3.1 Pengenalan 45
3.2 Kerangka Kajian 45
3.2.1 Mengenalpasti Keperluan 46
xi
3.2.2 Menentukan Isi Kandungan 46
3.2.2.1Pemilihan Topik Dan Isi
Pembelajaran
46
3.2.2.2 Skop Pembangunan perisian 47
3.3 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam
Merekabentuk E-Pembelajaran
47
3.4 Kaedah Perlaksanaan 48
3.4.1 Analisis 50
3.4.1.1Pengguna 50
3.4.1.2 Pengetahuan Sediada Pelajar 52
3.4.1.3 Kesalahan Yang Sering Dilakukan
Oleh Pelajar
52
3.4.1.4 Persekitaran Pembelajaran 53
3.4.2 Rekabentuk 53
3.4.2.1 Pembentukan Objektif 54
3.4.2.2 Pembinaan Item Teori 55
3.4.2.3 Rekabentuk Dan Model 55
3.4.2.4 Pemilihan Strategi 58
3.4.3 Pembangunan 58
3.4.3.1 Nota Pengajaran Guru (Teacher’s
Note)
58
3.4.3.2 Modul Kuiz 60
3.4.3.3 Modul Tugasan (Assignment) 60
3.4.3.4 Modul Forum 60
3.4.3.5 Modul Chat 61
3.4.3.6 Modul Glossari 61
3.4.4 Perlaksanaan 61
3.4.5 Penilaian 62
3.4.5.1 Penilaian Formatif 62
3.4.5.2 Penilaian Sumatif 62
3.5 Penutup 63
xii
4 HASIL PEMBANGUNAN 64
4.1 Pengenalan 64
4.2 Penghasilan Bahan Kuiz 65
4.2.1 Pemilihan Tajuk 65
4.2.2 Pembangunan Bahan Pembelajaran 65
4.2.3 Pembangunan Soalan Kuiz 65
4.2.3.1 Menguji Tahap Pengetahuan Pelajar 66
4.2.3.2 Menguji Tahap Pemahaman Pelajar 66
4.2.3.3 Penyelesaian Masalah 67
4.2.3.4 Soalan Mirip PMR 67
4.3 E-Pembelajaran Bagi tajuk Lines And Angles II 68
4.3.1 Skrin Log In 68
4.3.2 Skrin Main Menu 71
4.3.3 Modul Kuiz 72
4.3.3.1 Kuiz Menguji Pengetahuan Pelajar 72
4.3.3.2 Kuiz Menguji Pemahaman Pelajar 75
4.3.3.3 Kuiz Penyelesaian Masalah 77
4.3.3.4 Soalan Mirip PMR 79
4.3.4 Mencuba Kuiz 80
4.3.5 Skrin Review 82
4.3.6 Menu Glosari 82
4.3.7 Modul Chat dan Forum 83
4.3.8 Modul Assignment 85
4.3.9 Modul Summary 85
4.3.10 Menu Checklist 86
4.3.11 Menu Any Problems? 86
4.3.13 Rekod Keputusan Pelajar 87
4.3.13 Paparan Logout 89
4.4 Penutup 90
xiii
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
91
5.1 Pengenalan 91
5.2 Perbincangan 91
5.2.1 Pembinaan E-Pembelajaran Matematik
Berasaskan Objektif
92
5.2.2 Pembinaan Perisian Berasakan Model
ADDIE
92
5.2.3 Pembinaan Berasaskan Teori Sosial
Konstruktivisme
93
5.3 Kebaikan E-Pembelajaran Bagi Topik Lines And
Angles II
93
5.3.1 Aspek Isi Kandungan 94
5.3.2 Aspek Kepenggunaan 94
5.3.3 Aspek Pedagogi 95
5.3.4 Aspek Navigasi 95
5.4 Kelemahan E-Pembelajaran Bagi Topik Lines
And Angles II
95
5.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi 96
5.5.1 Kurang Kepakaran 96
5.5.2 Isi Kandungan 96
5.5.3 Kekangan Masa 97
5.5.4 Perisian 97
5.5.5 Capaian Internet 97
5.6 Cadangan Penambahbaikan dan Pembangunan di
Masa Hadapan
98
5.7 Kesimpulan 99
RUJUKAN 100
LAMPIRAN 104
xiv
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jadual Pengajaran dan Pembelajaran tajuk ‘Lines
And Angles II’ Tingkatan Tiga
54
3.2 Perbandingan Penumpuan Kalangan Pelajar 56
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Teori Projek 10
1.2 Langkah perlaksanaan Model ADDIE 12
3.1 Aliran Kerja berdasarkan Model ADDIE 49
3.2 Penyusunan ilustrasi pada skrin komputer 52
4.1 Paparan Skrin Muka Hadapan 68
4.2 Paparan Skrin Login 69
4.3 Paparan Skrin maklumat pengguna baru 69
4.4 Paparan Skrin E-Pembelajaran Bagi Tajuk Lines And
Angles II
70
4.5 Paparan Skrin Update Profile 70
4.6 Paparan Skrin Profil Pelajar 71
4.7 Paparan Skrin Lesson 72
4.8 Paparan Menu kuiz menguji tahap pengetahuan pelajar
73
4.9 Paparan Kuiz 1 Soalan Berbentuk Jawapan Pendek. 73
4.10 Paparan Kuiz 2 Soalan Aneka Pilihan 74
4.11 Paparan Kuiz 3 Soalan Berbentuk Suai-Padan 74
4.12 Paparan Kuiz 4 Soalan Teka Silang Kata 75
4.13 Paparan Menu kuiz untuk menguji pemahaman pelajar
76
4.14 Paparan Kuiz 5 Soalan Aneka Pilihan 76
4.15 Paparan Kuiz 6 Soalan berbentuk suai-padan 77
4.16 Paparan Menu kuiz untuk penyelesaian masalah 77
4.17 Paparan Kuiz 7 Soalan Aneka Pilihan 78
4.18 Paparan Kuiz 8 berbentuk mengisi tempat kosong 78
xvi
4.19 Paparan Menu soalan mirip PMR 79
4.20 Paparan Soalan Mirip PMR Kertas 1 79
4.21 Paparan Soalan Mirip PMR Kertas 2 80
4.22 Paparan Info Quiz 80
4.23 Paparan contoh pilihan jawapan salah dan maklumbalas
81
4.24 Paparan contoh jawapan betul dan maklumbalas 81
4.25 Paparan Review Keputusan 82
4.26 Paparan Menu Glossary 83
4.27 Paparan Skrin Glosari 83
4.28 Paparan Menu untuk Forum &Discussion dan Chatroom
84
4.29 Paparan Ruangan Forum 84
4.30 Paparan Ruangan Chat 84
4.31 Paparan Menu assignment 85
4.32 Paparan soalan tugasan 85
4.33 Paparan Menu Summary 86
4.34 Paparan Menu checklist 86
4.35 Paparan Menu Any Problems. 87
4.36 Paparan pautan Grades 87
4.37 Paparan senarai keputusan pelajar bagi setiap kuiz 88
4.38 Paparan Senarai Participants 88
4.39 Paparan butang Logout 89
4.40 Paparan laman untuk Logout 89
xvii
SENARAI SINGKATAN ADDIE - Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation
CD-ROM - Compact Disc - Read Only Memory
CMS - Content Management System
HTML - Hyperlink Text Markup Language
JPEG - Joint Photographic Experts Group
KBSM - Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah
MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment
OSS - Open Source Software
URL - Uniform Global Locator
xviii
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN
TAJUK MUKA SURAT
A Soal selidik kepada guru matematik untuk membuat penilaian sumatif.
104
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
E-pembelajaran atau pembelajaran elektronik yang kadangkala disebut
pengajaran berasakan web (web based instruction) adalah merupakan satu
perkembangan dalam pendidikan hasil daripada ledakan dan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi (Ismail Zain,2002). Sejajar dengan itu e-
pembelajaran ini dibangunkan bertujuan mengaplikasikan perkembangan teknologi
maklumat yang semakin berkembang pesat dengan pengajaran dan pembelajaran
matematik. Justeru itu penggunaan perisian MOODLE digunakan supaya pelajar
dapat mengakses e-pembelajaran dengan optimum. Perisian MOODLE digunakan
kerana terdapat banyak modul interaktif yang disediakan untuk diakses oleh pelajar
seperti modul sumber, tugasan, kuiz, forum, jernal dan glossari.
Terdapat banyak kelebihan menggunakan e-pembelajaran sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini termasuklah pembelajaran secara
“hands-on” tanpa rasa segan dan malu, pelajar dapat belajar mengikut tahap
kebolehan dan minat mereka yang berbeza dengan keyakinan yang tinggi dan
mengelak rasa rendah diri ketika berinteraksi dengan guru. Kandungan yang
disediakan adalah terkini serta wujudnya perkongsian maklumat dan penyebaran
maklumat yang serentak yang mengandungi bahan interaktif.
2
Kandungan sukatan pelajaran matematik Kurukulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dibahagikan kepada tiga bidang iaitu Nombor, Bentuk dan
Perlaitan. Tajuk ’Lines and Angles II’ Tingkatan Tiga yang dipilih merupakan salah
satu tajuk yang terdapat dalam bidang Bentuk. ‘Lines and Angles II’ ini biasa ditemui
dalam kehidupan harian kita. Tajuk ini juga merupakan asas yang penting di dalam
bidang geometri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada zaman teknologi maklumat ini, para guru haruslah menyiapkan diri
dengan pengetahuan di bidang teknologi maklumat serta menggunakan teknologi
yang ada dengan maksimum. Menurut Abu Bakar Abdul Majeed, Siti Fatimah Abdul
Rahman (1999) penggunaan multimedia di sekolah memberi peluang kepada pelajar
meneroka alam ilmu dengan cara yang paling berkesan masakini. Penggunaan
multimedia dan teknologi maklumat memungkinkan pelajar mendapat maklumat
terkini dengan dalam bentuk yang paling menarik.
Fokus utama penggunaan e-pembelajaran bagi tajuk ‘Lines and Angles II’
bagi Tingkatan Tiga ini adalah supaya pembelajaran yang berpusatkan pelajar dapat
dilakukan. Pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran adalah pendekatan
konstruktivisme. Dengan menggunakan e-pembelajaran sebagai bahan pendidikan,
pelajar dapat melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran. Pelajar
mendapat pengalaman belajar secara hands-on semasa menggunakan e-pembelajaran
ini. Pelajar juga dapat membuat latihan, latih tubi, serta menggunakan aplikasi-
aplikasi yang telah disediakan di dalam e-pembelajaran berulang kali tidak kira masa
bagi meningkatkan kecekapan dan menguji kefahaman terhadap sesuatu tajuk.
Menurut Muhammad Hassan Ab rahman (1998) penggunaan program pengajaran
multimedia dapat mendorong pelajar dan guru berinteraksi dengan lebih efektif dan
berkesan.
3
Seperti yang kita sedia maklum, ada sesetengah guru masih menggunakan
pengajaran secara tradisional seperti kaedah ’chalk and talk’, nota guru dan
sebagainya walaupun telah muncul penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik pada masa kini. Walaupun
demikian masih terdapat kekurangan dalam pengajaran bercorak tradisional ini.
Maka para guru harus menggabungkan pengajaran secara tradisional ini dengan
berpandukan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi menarik minat pelajar terhadap matapelajaran sains dan
matematik ini. Menurut Abu Bakar Abdul Majeed, Siti Fatimah Abdul Rahman
(1999) teknologi media dan multimedia memungkinkan pencapaian maklumat yang
terkini, tercepat dan dengan cekap dalam bentuk yang menarik. Ini dapat menarik
minat pelajar serta memudahkan tugas guru serta dapat menjimatkan masa daripada
menulis di papan hitam.
Melalui sistem pengajaran secara tradisional, guru tidak mampu untuk
memantau prestasi semua pelajar di dalam kelas disebabkan oleh kekurangan masa
serta bilangan pelajar yang agak ramai di dalam sesuatu kelas. Menurut Abu Bakar
Abdul Majeed, Siti Fatimah Abdul Rahman (1999) kaedah penilaian juga boleh
dipelbagaikan secara mudah. Pelajar juga akan berasa terkongkong serta bosan
dengan aktiviti pembelajaran yang telah dirancang oleh guru.Tetapi melalui aktiviti-
aktiviti pembelajaran yang menggunakan internet, guru dapat merekabentuk aktiviti-
aktiviti pembelajaran yang menarik, menyediakan bahan atas talian yang berkualiti
dalam menghasilkan pembelajaran kolaboratif (Razali Ismail, 2002). Melalui
pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat ini, guru dapat memantau dan
mengawal tingkahlaku pelajar serta mempelbagaikan kativiti-aktiviti yang akan
dilakukan di dalam kelas. Selain itu juga, pelajar dapat membuat ulangkaji di rumah
secara mendalam.
Pelajar di dalam kelas terdiri dari pelbagai tahap pemikiran serta berbeza latar
belakang keluarga. Menurut Abu Bakar Abdul Majeed, Siti Fatimah Abdul Rahman
(1999) bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mesti direkabentuk bagi menepati
sifat menyeluruh, beraneka dan kepelbagaian, di samping merangkumi pengalaman
pembelajaran yang meluas yang mengambilkira latarbelakang pelajar baik di segi
4
agama, sosio-ekonomi, minat serta kecerdikan. Bagi memenuhi tuntutan ini
penggunaan e-pembelajaran amat sesuai digunakan. Wan Salihin, Hj Mat Jizat Abdul,
Mohamad Bilal Ali (1999) telah mencadangkan beberapa cara bagaimana teknologi
ini dapat digunakan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran :
a) Membolehkan penglibatan aktif dalam pembinaan pengetahuan
b) Menyediakan situasi pembelajaran sebenar(real world situatios)
c) Kepelbagaian bahan pengajaran (multimedia, internet)
d) Latih tubi dalam konsep asas untuk mencapai tahap masteri
e) Kemudahan aktiviti kerjasama
f) Perkaitan konsep melalui hyperteks
Tajuk ‘Lines and Angles II’ ini dapat dilihat dari segi penggunaannya yang
meluas di dalam kehidupan seharian. Tajuk ini juga sangat penting digunakan dalam
bidang kejuruteraan. Menurut analisis kesilapan yang dibuat oleh Yong Ping Kiang
dan rakan (1994) dalam Pang Lee Yee (2000) tentang tajuk ’Garis dan Sudut Selari’,
di dapati
i- Pelajar tidak dapat menyebut sesuatu sudut dengan tepat,
ii- Pelajar menganggapkan sesuatu sudut itu sudut tegak walaupun tidak
disebutkan dalam soalan,
iii- Pelajar menganggap dua garis adalah selari walaupun tidak
disebutkan dalam soalan,
iv- Pelajar menganggap dua sudut adalah ’sudut bersebelahan’ walaupun
soalan tidak menyebut sesuatu garis itu adalah garis lurus.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah pengajaran matematik bagi tajuk ‘Lines and Angles II’ ini bermula
sejak tingkatan satu lagi bagi tajuk ‘Lines and Angles I’. Pelajar tidak dapat
menyebut nama sesuatu sudut dengan tepat. Pelajar tidak dapat membezakan jenis-
5
jenis sudut serta ciri-ciri bagi suatu jenis sudut termasuklah sudut tirus, sudut cakah
dan sudut refleks. Pelajar juga tidak mengetahui apakah sudut bagi garis yang
serenjang kepada garis lurus. Malah pelajar tidak dapat mengira sudut bagi garis
yang bersilang. Pelajar menganggap sesuatu sudut adalah sudut tegak walaupun tidak
disebutkan dalam soalan. Pelajar tidak dapat mengenalpasti sudut-sudut yang
berkaitan dengan dua garis yang selari. Malah ada pelajar yang menganggap
sebarang dua garis lurus merupakan garis selari selari walaupun tidak diberitahu
dalam soalan. Ini menunjukkan ramai pelajar masih tidak memahami konsep sudut
dan garis selari.
Bagi sudut kepada garis bersilang pada garis selari, pelajar tidak dapat
mengenalpasti serta membezakan sudut sepadan, sudut selang-seli atau sudut
dalaman. Pelajar juga tidak dapat mengenalpasti ciri-ciri sudut bagi dua garis selari
seperti sudut sepadan dan sudut selang-seli adalah sama serta jumlah sudut dalaman
adalah 180o. malah pelajar tidak dapat mencari nilai sudut bagi sudut sepadan, sudut
selang-seli dan sudut dalaman antara dua garis selari. Bagi soalan berbentuk
penyelesaian masalah, pelajar tidak dapat mengenalpasti dua garis selari berdasarkan
nilai sudut yang diberi.
1.4 Rasional Pemilihan Tajuk
Bentuk dan ruang merupakan suatu komponen penting dalam kurikulum
matematik sekolah menengah. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini serta
perkaitannya dengan topik-topik lain adalah berguna dalam situasi harian (Sukatan
Pelajaran Matematik KBSM ,2000). Pemahaman pelajar tentang aspek ini dapat
ditingkatkan. Malah pelajar dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
bidang geometri dengan berkesan. Di samping itu murid juga dapat mengembangkan
pemikiran secara visual serta menghayati nilai estetik yang terdapat pada bentuk dan
ruang. Tajuk Sudut dan Garis Selari merupakan salah satu tajuk dalam bidang
‘Bentuk’ ini. Antara topik di bawah tajuk ini termasuklah sudut, unit ukuran sudut,
putaran lengkap, jenis sudut, garis bersilang, sudut berkaitan garis bersilang serta
6
garis selari dan sifat sudut berkaitan garis selari. Tajuk ‘Lines and Angles II’ bagi
Tingkatan Tiga ini banyak penggunaannya dalam kehidupan seharian. Malah tajuk
ini sangat penting dalam bidang kejuruteraan. Walaubagaimanapun masih ramai
pelajar kurang memahami serta keliru dengan konsep dan ciri-ciri mengenai ‘Lines
and Angles II’ bagi Tingkatan Tiga.
Masalah ini bermula apabila pelajar tidak memahami konsep ‘Lines and
Angles I’ yang dipelajari semasa Tingkatan Satu. Daripada analisis kesilapan yang
telah dilakukan oleh Yong Ping Kiang dan rakan (1994) dalam Pang Lee Yee (2000)
tentang tajuk ‘Sudut dan Garis Selari’, didapati:
i- Pelajar tidak dapat menyebut sesuatu sudut dengan tepat,
ii- Pelajar menganggap sesuatu sudut itu adalah sudut tegak walaupun
tidak dinyatakan dalam soalan,
iii- Pelajar menganggap dua garis adalah selari walaupun tidak
disebutkan dalam soalan,
iv- Pelajar menganggap dua sudut adalah bersebelahan walaupun soalan
tidak menyebut sesuatu garis adalah garis lurus.
1.5 Objektif Projek
Dalam menjayakan pembangunan e-pembelajaran ini, objektif berikut telah
ditetapkan :
i- Membangunkan e-pembelajaran berpandukan MOODLE bagi tajuk
‘Lines and Angles II’ bagi Tingkatan Tiga.
ii- Mengisi e-pembelajaran yang disediakan dengan bahan bantu
pengajaran untuk guru.
iii- Mengisi e-pembelajaran yang disediakan dengan bahan pembelajaran
untuk pelajar.