brighton college sekolah england dekad ini

8
BRIGHTON COLLEGE SEKOLAH ENGLAND DEKAD INI THE SUNDAY TIMES

Upload: others

Post on 23-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BRIGHTON COLLEGE SEKOLAH ENGLAND DEKAD INI

BRIGHTON COLLEGESEKOLAH ENGLAND DEKAD INITHE SUNDAY TIMES

Page 2: BRIGHTON COLLEGE SEKOLAH ENGLAND DEKAD INI

“ Salah satu pilihan utama dalam pendidikan persendirian.”

Page 3: BRIGHTON COLLEGE SEKOLAH ENGLAND DEKAD INI

“ Salah satu pilihan utama dalam pendidikan persendirian.”

Kami gembira dinamakan sebagai Sekolah England Dekad Ini oleh The Sunday Times. Berikut adalah beberapa perkara yang mereka katakan tentang kami:

Di bawah kepemimpinan Richard Cairns, Brighton College muncul sebagai salah satu institusi tersohor Britain, mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Persendirian Dekad Ini oleh The Sunday Times.

Apabila Cairns mengambil alih pada tahun 2006, sekolah ini berada di kedudukan ke-147 dalam panduan sekolah kami. Menjelang tahun 2010 ia berada di tangga ke-41 di England dan peningkatannya yang berkesinambungan menjadikannya kekal di tangga 10 teratas kami, mencapai tempat ketiga pada tahun 2019 - kedudukan yang tertinggi dan terbaik yang belum dicapai oleh sekolah campuran. Antara tahun 2010 dan 2019, perkadaran gred A* untuk A-level meningkat dari 28.4% kepada 44.2%. Brighton dinobatkan sebagai Sekolah Persendirian Tahun Ini pada tahun 2011 dan 2018.

Page 4: BRIGHTON COLLEGE SEKOLAH ENGLAND DEKAD INI

“ Brighton College melahirkan manusia yang berguna, bukan sekadar bijak pandai.”

Pelajar-pelajarnya dihalakan ke universiti-universiti terkemuka Russell Group dan 30 atau lebih telah memenangi tempat di Oxford atau Cambridge setiap tahun sejak 2016 (rekod terkini 37). Hanya empat pelajar yang ditawarkan tempat di Oxbridge pada tahun 2006. Semakin ramai pelajar Brighton juga memilih untuk belajar di Amerika, di institusi berprestij seperti Columbia dan NYU

Pencapaian tinggi sekolah didorong oleh pengajaran berinspirasi dan penekanannya pada kebaikan dan toleransi.

“Pengajaran berinspirasi dan penekanan pada kebaikan dan toleransi adalah kunci kejayaan Brighton College.”

Sekolah mahu melahirkan manusia yang berguna, bukan sekadar bijak pandai. “Pada penghujung hayat kita, kita tidak akan dinilai oleh kenderaan yang kita pandu, rumah yang kita miliki atau pekerjaan yang kita pegang, tetapi oleh bagaimana perasaan orang terhadap kita,” kata Guru Besar, yang telah membangunkan reputasi luar biasa atas inisiatifnya.

Pada tahun 2006 kolej ini menjadi sekolah persendirian pertama yang mewajibkan bahasa Mandarin untuk pelajar tahun 7, dan melaksanakan dasar untuk membawa semua pelajar tingkatan Enam Rendah ke Auschwitz setiap tahun. Keusahawanan adalah kunci utama dalam kurikulum pasca-16 dan pasukan bersaing untuk memenangi £10,000 untuk mengembangkan sesuatu idea.

Page 5: BRIGHTON COLLEGE SEKOLAH ENGLAND DEKAD INI

“ Brighton College melahirkan manusia yang berguna, bukan sekadar bijak pandai.”

Sekolah ini berterusan menyesuaikan diri untuk menangani banyak dan pelbagai cabaran dalam dekad yang lalu, memastikan bahawa pelajar-pelajar tidak hanya dilengkapi dengan keputusan GCSE dan A-level yang hebat tetapi memahami cabaran yang dihadapi di dunia hari ini dan sentiasa bersedia untuk memainkan peranan mereka.

“Di bawah kepemimpinan berinspirasi Richard Cairns pelajar-pelajar diajar kebaikan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.”Pelajar-pelajar yang gembira dengan warna kulit mereka, dihargai atas diri mereka sendiri dan dihargai oleh rakan sebaya mereka akan mencapai lebih banyak daripada yang difikirkan mungkin oleh ibu bapa mereka - dan itulah kisah Brighton.

Harapan tinggi untuk semua orang, termasuk para guru. Sementara menunggu untuk memohon jawatan di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel, Cairns memulakan pekerjaan di sekolah lamanya dan jatuh cinta dengan tugas-tugas mengajar. “Saya tidak pernah melupakan hal itu dan sebaik sahaja saya menjadi guru besar, saya memikirkan bahawa setiap pelajar layak mendapat inspirasi dalam setiap pembelajaran yang diberikan oleh setiap guru. Sekolah adalah hanya sebaik guru-gurunya. “

Brighton, yang berusia 175 tahun pada bulan November 2020, kini mempunyai 1,175 murid dan kurang dari satu perempat daripada 450 penghuni asramanya berasal dari luar negara.

Terdapat tiga permohonan untuk setiap tempat pada usia 13 tahun, usia kemasukan utama, walaupun sekolah ini menerima masuk murid dari usia 11 tahun dan dalam Tingkatan Enam. Dua pembekal pelajar terbesar sekolah di luar sekolah persediaannya adalah Thomas’s Clapham dan Thomas’s Battersea di London, tempat Putera George dan Puteri Charlotte belajar.

Asrama mingguan sangat popular di kalangan ibu bapa yang tinggal di London. Pelajar boleh tinggal empat malam di sekolah dan tiga malam di rumah.

Ini pengaturan yang terbaik bagi pelajar yang mendapat semua faedah tinggal di asrama tanpa kehilangan masa yang berkualiti bersama Ibu dan Bapa. Keluarga menyukainya, terutamanya untuk kedua ibu bapa bekerja.

“Salah sebuah sekolah tersohor di England bagi sukan ragbi, kriket dan bola jaring.”Brighton adalah salah sebuah sekolah tersohor di England bagi sukan ragbi, kriket dan bola jaring - apatah lagi penguasaannya dalam sukan bola tampar pantai. Ia mempunyai lebih daripada 30 ahli sukan lelaki dan

Page 6: BRIGHTON COLLEGE SEKOLAH ENGLAND DEKAD INI

wanita Alumni Brighton yang telah mewakili negara mereka dalam dekad yang lalu. Alumni Brighton termasuk pemain kriket England, Matt Prior dan Clare Connor. Bintang ragbi Marcus Smith dan atlet Toby Harries juga salah seorang pelajar Brighton

Tumpuan Brighton bukan eksklusif kepada sukan elit. Sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Guru Besar, Cairns menjadikan sukan lebih ingklusif dengan meningkatkan bilangan sesi mingguan dari dua sehingga enam minggu supaya pelajar dari semua kebolehan mendapat manfaat daripada kepakaran jurulatih utama sekolah, bukan hanya bintang-bintang sukan Brighton.

Stereotaip tidak mendapat ruang di sini. Tarian adalah aktiviti yang berkembang pesat untuk semua dan kira-kira 100 pelajar lelaki mengambil bahagian dalam kumpulan tarian dan pelajaran. Pembinaan akan dimulakan pada tahun depan di pusat seni persembahan, bahagian terakhir daripada rancangan utama untuk membangunkan semula kampus berhampiran pinggir laut di Kemptown. Sekolah muzik telah dibuka oleh David Gilmour dari Pink Floyd pada tahun 2015.

Brighton adalah pengasas London Academy of Excellence Stratford, yang ditubuhkan untuk membantu anak muda dari latar belakang yang kurang bernasib baik untuk masuk ke universiti terkemuka. Di tempat sendiri, Brighton College melaksanakan program biasiswa yang menawarkan 20 tempat

di Tingkatan Enam secara percuma kepada anak muda tempatan yang kurang bernasib baik, termasuk pelarian. Brighton berminat untuk memupuk kesedaran sosial yang kukuh dalam diri pelajar-pelajarnya. Mereka membantu pelbagai projek komuniti di seluruh Sussex pada Hari Buat Perbezaan tahunan, dan menjadi sukarelawan pada setiap minggu untuk kerja-kerja kebajikan.

“Saya suka sekolah di mana saya berada, dan sangat berharap saya menjadi murid di sini,” kata Cairns. “Saya sukakan sifat berbilang aspek yang hanya boleh didapati di sekolah campuran. Saya sukakan semua campuran individu. “ Cairns percaya bahawa percampuran pelajar-pelajar perempuan dan pelajar-pelajar lelaki dapat menampilkan ciri-ciri yang terbaik dalam diri mereka. Beliau menambah: “Saya rasa kegembiraan besar sekolah campuran adalah anda melihat pelajar perempuan dan pelajar lelaki belajar cara pengendalian jantina lain dan mereka mula menyerapnya dan menirunya, dan itu adalah perkara yang baik supaya apabila mereka menyambungkan pelajaran di universiti, mereka tidak terkejut dengan kehadiran pelajar perempuan atau pelajar lelaki di kelas mereka.

Brighton telah mempamerkan kepada ibu bapa bahawa anda boleh memperoleh pengajaran yang menginspirasikan dan hasil yang luar biasa dalam persekitaran sampuran.

Page 7: BRIGHTON COLLEGE SEKOLAH ENGLAND DEKAD INI

1 St Paul’s Girls’ School2 Godolphin and Latymer School3 BrightonCollege4 King’s College School, Wimbledon5 Wycombe Abbey School6 Magdalen College School7 Guildford High School8 St Mary’s School Ascot9 St Paul’s School10 King Edward VI High School for Girls11 Eton College12 Haberdashers’ Aske’s School for Girls13 Cardiff Sixth Form College14 Westminster School15 City of London School16 North London Collegiate School17 Concord College18 Sevenoaks School19= Hampton School19= The Perse School21 Withington Girls’ School22 University College School, Hampstead23 The Haberdashers’ Aske’s Boys’ School24 City of London School for Girls25 Highgate School26 South Hampstead High School GDST27 Latymer Upper School28 James Allen’s Girls’ School29 Oxford High School GDST30 Eltham College31 Cheltenham Ladies’ College32 Winchester College33 St Albans High School for Girls34 Tonbridge School35 Lady Eleanor Holles36 Wimbledon High School GDST37 Royal Grammar School, Guildford38 King Edward’s School, Birmingham

39 Whitgift School40 Merchant Taylors’ School41 St Helen and St Katharine42 Channing School43 The Manchester Grammar School44 Abingdon School45 Ruthin School46 Putney High School GDST47 Queen Ethelburga’s College48 Reigate Grammar School49 Alleyn’s School50 Trinity School51 St Catherine’s, Bramley 52 St Michael’s School53= Dulwich College53= Notting Hill and Ealing High School55 Bancroft’s School56 Stephen Perse Foundation57 Kingston Grammar School58 Royal Grammar School, Newcastle59 Manchester High School for Girls60 Radley College61 St John’s College, Cardiff62 Epsom College63 Downe House64 St Mary’s Calne65 City of London Freemen’s School66 St Swithun’s School67 Wellington College68 Westbourne School69 The Abbey School70 Sydenham High School GDST71 Sir William Perkins’s School72 Caterham School73= Ibstock Place School73= Immanuel College75 Badminton School

75 Sekolah Menengah Persendirian Terbaik

Sumber: Sekolah menengah persendirian tersohor, November 2020. The Sunday Times. Kedudukan berdasarkan keputusan A-level dan GCSE.

kedu dukan

kedu dukan

nama nama

Page 8: BRIGHTON COLLEGE SEKOLAH ENGLAND DEKAD INI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

01273 [email protected]